You are on page 1of 5

 Skip to content

 Skip to main navigation

 Skip to 1st column

 Skip to 2nd column

HALUAN Malaysia
 LAMAN UTAMAHALUAN Malaysia
o Berita HALUAN
o Berita HALUAN Negeri
o Kenali HALUAN
o Khidmat HALUAN
o Keahlian HALUAN
o Hubungi Kami

 BAHAN BACAANKompilasi Bahan Bacaan


o Direktori Artikel
o Bicara Presiden
o Mesej Setiausaha Agung
o Bersama HALUANITA
o Salam Dari Rantau
o Cari Artikel

 GALERIGaleri Aktiviti & Maklumat HALUAN


o Galeri Foto
o Audio & Video
o Muat-turun Dokumen

 KALENDARKalendar Aktiviti HALUAN

10 Ciri Akhlak Terpuji


TUESDAY, 05 JANUARY 2010 05:08
Akhlak berasal dari
perkataan Al Khuluq. Al-
Khuluq bererti tabiat
atau tingkah laku.
Menurut Iman Al
Ghazali, akhlak
merupakan gambaran
tentang keadaan dalam
diri manusia yang telah
sebati dan daripadanya
terbit tingkah laku
secara mudah dan
senang tanpa
memerlukan
pertimbangan atau pemikiran. Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat besar
dalam membentuk tingkah laku manusia. Apa saja yang lahir dari manusia atau segala
tindak-tanduk manusia adalah sesuai dengan pembawaan dan sifat yang ada dalam
jiwanya.
Tepatlah apa yang dikatakan oleh Al-Ghazali dalam bukunya Ihya’ Ulumuddin,
“Sesungguhnya semua sifat yang ada dalam hati akan lahir pengaruhnya (tandanya)
pada anggota manusia, sehingga tidak ada suatu perbuatan pun melainkan semuanya
mengikut apa yang ada dalam hati manusia”.
 
Tingkah laku atau perbuatan manusia mempunyai hubungan yang erat dengan sifat
dan pembawaan dalam hatinya. Umpama pokok dengan akarnya. Bermakna, tingkah
laku atau perbuatan seseorang akan baik apabila baik akhlaknya, sepertimana pokok,
apabila baik akarnya maka baiklah pokoknya. Apabila rosak akar, maka akan rosaklah
pokok dan cabangnya. Allah Subhanahuwata’ala berfirman:
 
“Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah, dan
tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah
Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur.”
(Al- A’raf: 58)
 
Akhlaq yang mulia adalah matlamat utama bagi ajaran Islam. Ini telah dinyatakan
oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dalam hadisnya (yang bermaksud, antara
lain:
 
“Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia”.
 
Hal ini ditegaskan lagi oleh ayat al-Qur’an dalam firman Allah:

 
“Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”
(Al-Qalam: 4)
  
Juga dalam firman Allah swt. lagi:
 

Orang –orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya
mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’ruf
dan mencegah dari perbuatan yang mungkar dan kepada Allah kembali segala urusan.
(Al Hajj, 22 : 41)
 
Firman Allah swt. lagi:
 
Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan
tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian,
malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya
kepada kerabatnya, anak–anak yatim, orang-orang miskin, (yang memerlukan
pertolongngan) dan orang-orang yang meminta-minta, dan (memerdekakan) hamba
sahaya, mendirikan solat, dan menunaikan zakat, dan orang-orang yang menepati
janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan,
penderitaan, peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imannya) dan
mereka itulah orang-orang yang bertakwa.
(Al-Baqarah, 2: 177)
 
Akhlaq yang mulia adalah merupakan tanda dan hasil dari iman yang sebenar. Tidak
ada nilai bagi iman yang tidak disertai oleh akhlak. Sebuah athar menyatakan (antara
lain, bermaksud):
 
“Bukanlah iman itu hanya dengan cita – cita tetapi iman itu ialah keyakinan
yang tertanam didalam hati dan dibuktikan dengan amalan”
 
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pernah ditanya: Apa itu agama? Baginda
menjawab: Kemuliaan akhlaq (Husnul Khulq). Bila ditanya tentang kejahatan, baginda
menjawab: Akhlaq yang buruk (Su’ul khalq).
 
Diriwayatkan dari Annawas bin Sam’an ra. berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah
saw. Tentang bakti dan dosa, maka jawab Nabi saw. “Bakti itu baik budi pekerti, dan
dosa itu ialah semua yang meragukan dalam hati dan tidak suka diketahui orang.”
(HR. Muslim)
 
Abu Darda berkata, “Bersabda Nabi saw, “Tiada sesuatu yang lebih berat dalam
timbangan seorang mukmin di hari kiamat daripada husnul Khulq (akhlak yang baik).”
(HR. At Tirmidzi)
 
Aisyah ra. Berkata, “Saya telah mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya
seorang mukmin yang dapat mengejar budi pekerti yang baik, darjat orang itu sama
seperti orang yang terus menerus berpuasa dan solat malam.” (HR. Abu Daud)
 
Jabir ra. berkata, “Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya orang yang sangat saya
kasihi dan terdekat denganku pada hari kiamat nanti adalah orang terbaik akhlaknya.
Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh dariku pada hari kiamat nanti adalah
orang yang banyak bicara, sombong dalam pembicaraannya, dan berlagak menunjukan
kepandaiannya.” (HR. At Tirmidzi).  
 
Kekuatan akhlak lahir melalui proses panjang yang memerlukan kesediaan untuk
sentiasa memberi komitmen dengan nilai-nilai Islam. Seorang ulama menjelaskan
thariqah (jalan) untuk membina akhlak islami adalah dengan kemahuan untuk
melaksanakan latihan (tadribat) dan pendidikan (tarbiyah). Setiap muslim memiliki
kesempatan yang sama untuk menjadi baik atau buruk, masalahnya adalah sejauh
mana usaha kita untuk mendisiplinkan diri dengan nilai-nilai dan amalan Islam bagi
melahirkan muslim yang berakhlak ampuh. Malangnya keampuhan akhlak inilah yang
sering dilupakan. Malah kian rapuh sehingga hilangnya jatidiri muslim hakiki. Justeru
menjadi punca lunturnya sinar Islam pada penghujung zaman. Gejala keruntuhan
akhlak yang berlegar di sekeliling kita seperti zina hati, mata, lisan dan seumpamanya
meruntun jiwa kita selaku pendokong agama. Keruntuhan yang tidak dikawal pada
satu tahap yang minima membawa insan kepada bertuhankan nafsu, lantas melupakan
terus Pencipta Yang Maha Esa.
 
Islam adalah ajaran yang benar untuk memperbaiki manusia dan membentuk
akhlaknya demi mencapai kehidupan yang baik. Islam memperbaiki manusia dengan
cara terlebih dahulu memperbaiki jiwa, membersihkan hati dan menanamkan sifat-
sifat terpuji. Islam benar-benar dapat membawa manusia untuk mencapai
kebahagiaan, kelapangan dan ketenteraman.
 
Sebaliknya manusia akan menjadi hina apabila ia merosakkan sifat, pembawaan dan
keadaan dalam jiwanya. Allah Subhanahuwata’ala berfirman :

“Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah
keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
 (Ar-Ra’d: 11)
Di antara ciri-ciri akhlaq yang sewajarnya menghiasi diri seseorang insan supaya ia
menjadi seorang muslim yang benar adalah akhlaq-akhlaq berikut:
 
1.     Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara yang syubhat
 
Seorang muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang dilarang oleh
Allah dan juga perkara-perkara yang samar-samar di antara halal dan haramnya
(syubhat) berdasarkan dari hadith Rasulullah yang berbunyi:  
 
“Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah
mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Sesungguhnya yang halal
itu nyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-
perkara yang kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka
barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya ia
memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh kedalam perkara
kesamaran jatuhlah ia kedalam yang haram, seperti seorang pengembala yang
mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di
dalamnya. Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah!
Bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkan-Nya. Ketahuilah! Bahawa di
dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan
apabila ia rosak, rosakkalah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)   
 
Adapun setinggi-tinggi pencapaian darjat wara’ adalah sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dalam hadith baginda (antara
lain, bermaksud):
 
“Seorang hamba (Allah) itu tidaklah termasuk dalam martabat golongan muttaqin
sehinggalah ia meninggalkan sesuatu perkara yang tidaklah menjadi kesalahan (jika
dilakukan tetapi ia meninggalkannya) kerana sikap berhati-hati dari terjerumus ke
dalam kesalahan”
 
2.     Memelihara penglihatan.
 
Seseorang muslim itu mestilah memelihara pandangan daripada melihat perkara-
perkara yang diharamkan oleh Allah kerana pandangan terhadap sesuatu (yang
menarik itu) boleh merangsang syahwat dan boleh membawa ke kancah pelanggaran
dan maksiat. Sehubungan dengan ini Al-Quranul Karim mengingatkat orang –orang
mu’min supaya memelihara diri dari penglihatan yang tidak memberi faedah, firman
Allah Subahanu Wata,ala:
 
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci
bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".
 (An-Nur: 30)
 
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pula bersabda (antara lain, bermaksud):
 
“Pandangan itu ada satu panahan dari panahan iblis”
 
Baginda juga mengingatkan (antara lain, bermaksud):
 
“Hendaklah kamu memelihara pandangan kamu, menjaga kehormatan (kemaluan)
kamu atau Allah akan menghodohkan wajah kamu.”
                                          (Hadith Riwayat At Tabrani)
 
3. Memelihara

You might also like