You are on page 1of 8

FALSAFAH & LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

TAJUK: TOKOH FALSAFAH AL-KINDI


NAMA SISWA : ZULHUSNI BIN JAIS
NO. MATRIK : JEA 080179
PENSYARAH : PROF. DR. AMRAN MUHAMAD
TUTOR : SITI KHADIJAH ABDOL RAHMAN
FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER : SATU SESI 2008 / 2009
RUJUKAN

1. Shahibuddin Laming , ( 2006 ) ; Pemikiran Al-Kindi


Dewan Bahasa Dan Pustaka : Kuala Lumpur.

2. Shahibuddin Laming , ( 2000 ) ; Konsepsi Manusia Menurut Al-Kindi


Tesis P.H.D Jabatan Pengajian Sains Dan Teknologi Fakulti Sains Universiti
Malaya ; Kuala Lumpur.

3. Rozilawati Abdul Wahab, ( 1996 / 1997 ) ; Al-Kindi & Aristotle


Pengajian Islam Universiti Malaya ; Kuala Lumpur.

4. Hamidah Husain , ( 1993 ) ; Al-Kindi


Petaling Jaya Penerbit Prima Kuala Lumpur.

5. Zawiyah Ismail , ( 1989 ) ; Konsep Ketuhana Menurut Al-Kindi


Akademi Islam Universiti Malaya ; Kuala Lumpur.
PENGENALAN

Nama lengkap Al-Kindi adalah Abu Yusuf Ya`qub Ibn Ishaq Ibn Shabbah Ibn Imran Ibn

Isma`il Ibn Muhammad Ibn Al-Asy’ath Ibn Qais Al-Kindi. Tahun kelahiran dan kematian Al-

Kindi tidak diketahui secara jelas. Yang dapat dipastikan tentang hal ini adalah bahwa ia hidup

pada masa kekhalifahan Al-Amin (809-813), Al-Ma’mun (813-833), Al-Mu’tasim (833-842), Al-

Wathiq (842-847), dan Al-Mutawakkil (847-861). Al-Kindi hidup pada masa penerjemahan

besar-besaan karya-karya Yunani ke dalam bahasa Arab. Dan memang, sejak didirikannya Bayt

Al-Hikmah oleh Al-Ma’mun, Al-Kindi sendiri turut aktif dalam kegiatan penerjemahan ini

Di samping menerjemah, Al-Kindi juga memperbaiki terjemahan-terjemahan sebelumnya

kerana keahlian dan keluasan pandangannya, ia diangkat sebagai ahli di istana dan menjadi guru

putra Khalifah Al-Mu’tasim, Ahmad.Ia adalah filosof berbangsa Arab dan dipandang sebagai

filosof Muslim pertama. Memang, secara etnis, Al-Kindi lahir dari keluarga berdarah Arab yang

berasal dari suku Kindah, salah satu suku besar daerah Jazirah Arab Selatan. Salah satu kelebihan

Al-Kindi adalah menghadirkan filsafat Yunani kepada kaum Muslimin setelah terlebih dahulu

mengislamkan pikiran-pikiran asing tersebut.Al-Kindi telah menulis hampir seluruh ilmu

pengetahuan yang berkembang pada saat itu. Tetapi, di antara sekian banyak ilmu, ia sangat

menghargai matematik di sini adalah ilmu bilangan atau aritmatika kerana jika bilangan tidak

ada, maka tidak akan ada sesuatu apapun.


PEMIKIRAN FLSAFAH AL-KINDI

Al-Kindi membahagi daya jiwa menjadi tiga: daya bernafsu (appetitive), daya pemarah

(irascible), dan daya berpikir (cognitive atau rational). Sebagaimana Plato, ia membandingkan

ketiga kekuatan jiwa ini dengan mengibaratkan daya berpikir sebagai sais kereta dan dua

kekuatan lainnya (pemarah dan nafsu) sebagai dua ekor kuda yang menarik kereta tersebut. Jika

akal budi dapat berkembang dengan baik, maka dua daya jiwa lainnya dapat dikendalikan

dengan baik pula. Orang yang hidupnya dikendalikan oleh dorongan-dorongan nafsu birahi dan

amarah diibaratkan Al-Kindi seperti anjing dan babi, sedang bagi mereka yang menjadikan akal

budi sebagai tuannya, mereka diibaratkan sebagai raja.

Menurut Al-Kindi, fungsi filsafat sesungguhnya bukan untuk menggugat kebenaran

wahyu atau untuk menuntut keunggulan yang lancang atau menuntut persamaan dengan wahyu.

Filsafat haruslah sama sekali tidak mengajukan tuntutan sebagai jalan tertinggi menuju

kebenaran dan mahu merendahkan dirinya sebagai penunjang bagi wahyu.Ia mendefinisikan

filsafat sebagai pengetahuan tentang segala sesuatu sejauh jangkauan pengetahuan manusia.

Karena itu, Al-Kindi dengan tegas mengatakan bahwa filsafat memiliki batasannya dan bahwa ia

tidak dapat mengatasi masalah seperti mukjizat, syurga, neraka, dan kehidupan akhirat. Dalam

semangat ini pula, Al-Kindi mempertahankan penciptaan dunia ex nihilio, kebangkitan jasmani,

mukjizat, keabsahan wahyu, dan kelahiran dan kehancuran dunia oleh Tuhan.
SUMBANGAN AL-KINDI

Sebagai seorang doktor, Al-Kindi adalah ahli farmakologi pertama untuk menentukan dan

menggunakan dos ubat yang betul untuk kebanyakan daripada dadah-dadah yang terdapat pada

masa itu. Sebagai satu ahli kimia yang termaju, beliau adalah seorang penentang alkimia; beliau

menunjukkan kesilapan mitos yang logam asas mudah boleh diubah menjadi logam berharga

seperti emas atau argentum. Dalam matematik, beliau menulis beberapa buah buku yang

ditujukan khas bagi sistem nombor, dan banyak menyumbang bagi asas hisab moden. Al-Kindi

juga mempopularkan angka Hindu-Arabic di kalangan orang Arabs.

Al-Kindi menulis sekurang-kurangnya dua ratus lima puluh buah buku, kebanyakannya

sumbangannya bagi geometri (tiga puluh dua buah buku), falsafah dan perubatan (dua puluh dua

buah buku setiap satu), logik (sembilan buah buku), dan fizik (dua belas buah buku).

Pengarunnya dalam bidang fizik, matematik, ubat, falsafah dan muzik adalah meluas dan

berpanjangan selama beberapa abad. Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Kindi juga aktif dalam

bidang terjemahan. Beliau adalah antara penterjemah awal yang terlibat dalam menterjemahkan

hasil karya dalam bidang Yunani ke dalam bahasa Arab.

Kebanyakan daripada buku-bukunya, malangnya, telah hilang, bagaimanapun beberapa

yang terselamat dalam bentuk terjemahan Latin oleh Gherard Cremona, dan yang lain telah

ditemui dalam manuskrip arab dan yang lebih penting lagi, 24 hasil kerja beliau yang hilang

telah dijumpai kembali pada pertengahan abad ke 20.


Sebagai contoh, misalnya, satu teks yang baru ditemui Manuskrip berkenaan Nyah

Diskrip Perutusan yang Diskrip, satu wacana dalam kriptologi, merangkumi kaedah pemecahan

tulisan rahsia, encipherments, pemecahan tulisan rahsia bagi encipherments tertentu, dan analisis

statistik dan penganalisisan statistik mengenai surat-surat dan penggabungan surat dalam Tulisan

Arab.Antara sumbangan besar Al-Kindi ialah mengenai 11 teks yang menerangkan mengenai

nombor dan analisis nombor.

Antara sumbangan besar Al-Kindi ialah mengenai 11 teks yang menerangkan mengenai

nombor dan analisis nombor.Al-Kindi juga menghasilkan 241 buah buku dalam pelbagai bidang

yang merangkumi bidang seperti astronomi 16 buah buku, arimetik 11 buah buku,geomatri 32

buah, perubatan 22 buah, fizik 12 buah, falsafah 22 buah, logik sembilan buah, psikologi 5 buah,

dan muzik tujuh buah.Selain itu, Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Kindi juga menghasilkan tulisan

dalam bentuk monograf meliputi bidang astronomi, batu-batan, batu berharga dan sebagainya.

Al-Kindi dikenal sebagai sebuah kamusanika kerana banyaknya bidang-bidang ilmu

pengetahuan yang ditulisnya dan banyaknya buku-buku yang dikarangnya. Menurut cerita,

beliau telah mengarang 265 buah buku di dalam berbagai bidang pengajian. Beliaulah ahli

falsafah pertama yang berpendapat perlunya mencari pertolongan matematik untuk

menyelesaikan masalah falsafah iaitu satu pendapat yang disalahhubungkan dengan Descartes

sebagai orang yang pertama mengeluarkan pendapat ini.


Al-Kindi telah menulis sebuah sebuah buku lengkap untuk membuktikan kebenaran teori

ini, tetapi kesannya teori ini telah rosak kerana dipengaruhi oleh aliran Pytagoras. Al-Kindi

telah menulis sebuah buku mengenai ilmu optika yang dianggap sebagai buku asas dalam

pengajian ini.Dan buku ini telah menjadi buku rujukan penting kepada para pengkaji dalam

bidang optika. Roger Bagon dan Cardanus telah memperlihatkan minat mereka yang sungguh

terhadap hasil-hasil penyelidikan dan pemikiran Al-Kindi.

Cardanus bersetuju dengan pendapat Al-Kindi yang mengatakan alam ini sebagai satu

unit yang mempunyai pertalian yang begitu rapat hingga apabila kita telah dapat mengenal

sebahagiannya dengan sebenarnya, maka ini bererti kita mendapat sebuah cermin yang

tergambar di dalamnya seluruh alam dan dengan demikian dapatlah kita mengenal seluruh alam.

Al-Kindi mempunyai suatu teori pengetahuan yang masih diperhatikan oleh aliran

pemikiran Kant. Beliau berpendapat bahawa sumber-sumber pengetahuan itu ialah pancaindera,

akal, dan imaginasi. Pancaindera menangkap hal-hal juz’i yang universal atau gambaran-

gambaran benda, akal pula bertugas menangkap hal-hal umum atau univarsal atau gambaran-

gambaran mental, sedangkan imaginasi pula memegang tugas pertengahan di antara dua perkara

iaitu menangkap hal-hal juz’i yang universal hingga Kant telah disangka sebagai orang yang

meletakkan imaginasi di tengah-tengah antara pancaindera dan akal.


Dalam hal masalah ini, ternyata bahawa terdapat ahli-ahli falsafah lain yang mendahului

Kant, dan mereka ialah Addison (1719M), Muraturi (1750M), dan Lord Kanes (1782M).

Namun hakikat sebenarnya bukan Kant dan ahli-ahli falsafah tadi yang mula-mula mewujudkan

pendapat ini tetapi yang mula-mula mencetuskankannya ialah Al-Kindi yang hidup sebelum

Kant kira-kira sembilan abad lamanya.

Kesimpulannya, Al-Kindi merupakan ahli falsafah yang menitik beratkan ilmu matematik

di dalam ilmu falsafah. Hal ini disebabkan kerana bagi Al-Kindi matematik, adalah muqaddimah

bagi siapa saja yang ingin mempelajari filsafat. Mukaddimah ini begitu penting sehingga tidak

mungkin bagi seseorang untuk mencapai keahlian dalam filsafat tanpa terlebih dulu menguasai

matematik. Matematik di sini meliputi ilmu tentang bilangan, harmoni, geometri dan

astronomi.Yang paling utama dari seluruh cakupan matematik.

Selain itu pendapat-pendapat Al-Kindi dalam falsafah di gunakan dan dikaji oleh

falsafah-falsafah barat. Salah satu kelebihan Al-Kindi ialah beliau mengislamkan dahulu

pemikiran-pemikiran yang dikeluarkan oleh falsafah Yunani sebelum menghadirkannya kepada

kaum muslimin. Hal ini dilakukan oleh Al-Kindi bagi menolak segala pengaruh falsafah Yunani

ke dalam agama islam kerana islam memiliki panduan yang diteteapkan oleh syariat didalam

sesuatu keterbatasan kajian dan ilmu.

You might also like