You are on page 1of 8

2.

0 Pengurusan Kumbahan Berpusat 

Di Malaysia, terdapat dua jenis perkhidmatan sistem pembetungan iaitu sistem


pembetungan bersambung ke loji olahan kumbahan awam atau tangki septik individu. IWK
adalah bertanggungjawab untuk mengendalikan dan menyelenggarakan loji-loji olahan
kumbahan awam serta rangkaian saliran paip pembetungan bawah tanah. Perkhidmatan
perkhidmatan ini disediakan melalui 18 Pejabat Pusat Khidmat Pelanggan di seluruh negara
kecuali Johor Bahru, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

2.1 Perkhidmatan Tangki Septik Individu


 
Sistem pembetungan yang banyak terdapat di Malaysia ialah tangki septik individu.
Dianggarkan lebih kurang 1.2 juta premis mempunyai tangki septik inidividu. Tangki
septik individu yang sempurna iaitu mengikut Piawaian Malaysia – MS 1228 mempunyai
3 sehingga 4 penutup logam bersegi empat tepat dan pada lazimnya berada di luar
kawasan premis sama ada di bahagian hadapan, belakang atau tepi premis. Adakalanya,
tangki septik tersebut berada di dalam premis yang telah diubahsuai. Kumbahan (najis)
yang mengalir ke dalam tangki septik tidak menjalani rawatan sepenuhnya dan oleh itu
tangki septik tersebut perlu dikosongkan secara berjadual, lebih kurang setiap dua tahun
sekali; untuk memastikan ianya berfungsi dengan efisien. IWK menyediakan
perkhidmatan mandatori dan amat penting ini untuk premis-premis kerajaan.
 

Gambar menunjukkan Tangki Septik Individu yang dibina


mengikut Piawai 1228 (MS 1228 )

2.2 Sistem Pembentungan Bersambung


 
Perkhidmatan pembetungan bersambung mempunyai saluran paip pembetungan yang
disambung terus ke loji rawatan kumbahan awam melalui rangkaian paip pembetungan di
bawah tanah. Perkhidmatan ini, selalunya terdapat satu ruang kecil di luar rumah mereka,
sama ada di tepi, hadapan atau belakang. Ruang pemeriksaan ini mempunyai penutup logam
bersegi empat tepat dan digunakan untuk memeriksa paip pembetung persendirian sekiranya
terdapat masalah paip pembetungan tersumbat.

Sistem Pembentungan Bersambung


Ruang pemeriksaan tidak perlu dikosongkan. Ia berbeza daripada tangki septic individu
kerana tangki septik individu mempunyai dua atau empat penutup yang terletak sebaris atau
bersebelahan di antara satu sama yang lain. Premis yang mempunyai sistem pembetungan
bersambung ke loji pada lazimnya mempunyai satu “ruang pemeriksaan” yang ditutupi
dengan satu penutup logam bersegi empat tepat. Ia biasanya terletak di luar kawasan premis
sama ada di hadapan, belakang atau tepi premis. Di dalam ruang pemeriksaan adalah saliran
paip daripada tandas, bilik-bilik mandi dan dapur yang disambungkan ke loji olahan
kumbahan melalui saliran paip pembetungan awam bawah tanah. Sekiranya saliran paip
tersumbat, pemeriksaan dan pengeluaran sekatan dijalankan melalui ruang pemeriksaan ini.

Walau bagaimanapun, premis jenis banglo pada lazimnya akan mempunyai lebih
daripada satu ruang pemeriksaan bergantung kepada jumlah tandas, bilik mandi dan dapur di
dalam premis. Jika premis mempunyai 5 tandas dan satu dapur, maka di luar kawasan premis
akan mempunyai 6 ruang pemeriksaan dan bukan satu ruang pemeriksaan sahaja. Sering kali,
pemilik rumah jenis banglo beranggapan bahawa ruang-ruang pemeriksaan ini adalah tangki
septik. (Tangki septik adalah dibina sebaris serta sekelompok dan tidak terletak di merata
tempat di dalam kawasan rumah).

Satu lagi kekeliruan yang sering berlaku di kalangan pengguna adalah perbezaan di
antara saliran paip dalaman atau persendirian dan awam. Ramai pengguna tidak tahu bahawa
saliran paip dari ruang pemeriksaan ke saliran paip pembetungan awam atau lurang
pembetungan awam adalah saliran paip persendirian milik dan tanggungjawab pengguna
untuk membaiki dan mengganti paip-paip yang pecah atau mengeluarkan sekatan atas
perbelanjaan sendiri.

Kawasan yang mempunyai sistem pembetungan bersambung akan mempunyai “lurang


pembetungan” di sepanjang jalan awam dan ditutupi dengan penutup logam bulat. Di dalam
lurang pembetungan, sedalam 3 meter sehingga 6 meter, terdapat saliran paip pembetungan
bawah tanah dari premis-premis ke tapak loji olahan kumbahan. Apabila terdapat saliran paip
tersumbat, kerja-kerja pemeriksaan dan pengeluaran sekatan akan dilakukan melalui lurang
pembetungan menggunakan vakum berkuasa tinggi dan pancutan air tekanan tinggi. Orang
awam adalah dilarang membuka penutup lurang pembetungan tanpa kelulusan daripada IWK
atau Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Orang ramai boleh memaklumkan kepada IWK di talian 1-800-88-3495, jika terdapat sesiapa
yang mencurigakan cuba membuka lurang pembetungan tersebut

Gambar Ruang Pemeriksaan

Lurang Pembentungan

 
2.3 Rawatan Enapcemar

Semua sistem pembetungan daripada tangki septik individu ke loji


mekanikal yang canggih menghasilkan enapcemar. Enapcemar ialah sejenis bahan organik yang akan
cepat menjadi busuk sekiranya dibiarkan dan tidak dirawat. Enapcemar yang tidak dirawat merupakan
ancaman kepada alam sekitar dan kesihatan awam. Walau bagaimanapun, enapcemar yang telah dirawat
dan stabil adalah selamat untuk digunakan sebagai baja untuk tanah. Malaysia mengeluarkan 3.2 juta
meter padu enapcemar domestik setiap tahun. Walau bagaimanapun, kemudahan untuk merawat dan
melupuskan enapcemar ini adalah terhad. Pada ketika ini, loji-loji rawatan kumbahan yang mempunyai
kapasiti lebih digunakan untuk merawat enapcemar daripada tangki septik.

Menjelang tahun 2005, Malaysia akan mengeluarkan 4.3 juta meter padu enapcemar
domestik setahun. Oleh itu, lebih banyak kemudahan-kemudahan untuk merawat dan
melupuskan enapcemar diperlukan untuk menyelenggarakan jumlah yang banyak ini. Satu
cara yang baik ialah dengan membina lagun enapcemar yang akan dijadikan tempat
kemudahan menyimpan dan merawat enapcemar. Cara ini sesuai untuk kegunaan jangka
masa pendek di kawasan-kawasan bandar serta kegunaan jangka masa panjang di kawasan-
kawasan yang berdekatan dengan kampung.

Walau bagaimanapun, bagi kegunaan jangka masa panjang di kawasan-kawasan bandar,


tangki-tangki pemendapan serta pencernaan enapcemar diperlukan, seperti di Loji Rawatan
Kumbahan Pantai di Kuala Lumpur. Sebagai satu langkah segera, IWK bercadang
menggunakan loji-loji rawatan kumbahan sedia ada yang mempunyai kapasiti lebih. Bagi
strategi jangka masa pendek, di antara dua sehingga lima tahun, IWK bercadang untuk
membina lagun-lagun enapcemar, manakala bagi strategi jangka masa panjang pula ialah
untuk membina kemudahan-kemudahan pencernaan enapcemar serta alat pengeringan
mekanikal.

Setelah mengambil kira perkara yang tersebut di atas, tapak tanah amat diperlukan untuk
dijadikan tapak kemudahan-kemudahan mengumpul dan merawat enapcemar supaya
perkhidmatan mengosongkan tangki-tangki septik serta loji-loji rawatan kumbahan dapat
dilakukan secara besar-besaran. Pendekatan pengurusan enapcemar mesra alam merupakan
batu asas untuk Malaysia menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan pembetungan.
Pengurusan enapcemar yang berkesan dan efisien akan menjadi penyumbang besar kepada
Malaysia untuk menjadi negara yang bersih dan selamat bagi generasi yang akan datang.

2.4 Ciri-ciri Kumbahan

 
Kumbahan dibezakan berdasarkan kepada komposisi
fizikal, kimia dan biologi. Bahan-bahan utama dalam
komposisi fizikal, kimia dan biologi boleh dirumuskan
seperti berikut: -
 
Sifat-sifat fizikal: warna, bau, pepejal, suhu.
 
 
Bahan-bahan kimia :
Organik – Karbohidrat, Lemak, Minyak, gris, protein,
surfactants.
Bukan organik – pH, klorida, citrogen, phosphorus,
sulfur
Gas – hidrogen sulfida, metana, oksigen

3.0 Loji-Loji Olahan Kumbahan Di Malaysia


Di Malaysia, sistem-sistem rawatan utama yang digunakan secara menyeluruh adalah
tangki septik komunal, tangki Imhoff dan sistem-sistem kos rendah seperti kolam-kolam
pengoksidaan. Sebagai tambahan, kawasan bandar yang besar adalah menggunakan Tangki
Septik Individu (IST) dan terdapat lebih daripada sejuta tangki septik individu di Malaysia.
Tangki-tangki ini hanya merawat kumbahan secara separa, melepaskan efluen yang masih
mempunyai kandungan bahan organik yang tinggi. Ini berpotensi untuk mengakibatkan
masalah kesihatan awam dan persekitaran, terutamanya di kawasan bandar.

IWK bertanggungjawab untuk merancang dan merasionalisasikan kemudahan-


kemudahan pembetungan awam untuk mengurangkan loji-loji olahan yang menggunakan
“konsep berbilang titik” atau serantauan. Akhirnya, rangkaian paip-paip pembetungan akan
dibina di kawasan bandar yang menggunakan IST dan menyalurkan kumbahan ke
kemudahan rawatan sekunder yang moden.

Di Malaysia, 38 peratus daripada loji olahan kumbahan adalah loji-loji mekanikal.


Loji-loji ini beroperasi menggunakan perkakasan mekanikal yang mempercepatkan
pemecahan kumbahan. Dalam jangka masa panjang, adalah diharap agar sistem pembetungan
Malaysia akan menjadi lebih cekap menerusi pemiawaian jenis-jenis loji yang digunakan.
Program-program menyeluruh ini merevolusikan pengurusan kumbahan domestik di
Malaysia. Keseluruhan infrastruktur pembetungan akan melalui proses perubahan. Anggaran
telah dibuat mengenai jumlah dan jenis loji-loji olahan awam di Malaysia.

  Jadual 1: Loji-loji Olahan Kumbahan Awam di Malaysia  

Kesetaraan
No. Jenis Loji Olahan Kumbahan Sehingga Dis 2008
Penduduk (PE)
1 Tangki Imhoff 760 557,752
2 Kolam-kolam Pengoksidaan 436 1,824,403
3 Loji-loji Mekanikal 4,026 15,099,139
4 Stesen-stesen Pam Rangkaian 668 3,558,108
  JUMLAH 5,890 21,039,402

TANGKI SEPTIK KOMUNAL 3,635 433,573


 

You might also like