You are on page 1of 26

BAB 1

PENGENALAN

PENDAHULUAN

1.1 Pembangunan ialah sesuatu yang luas ia merangkumi semua aspek pembangunan
kebendaan. Manusia hanya melakukan pembinaan sema-mata hanya hendak mengaut
keuntungan sahaja. Pembangunan itu hanyalah merupakan sebahagian kecil sahaja
daripada keseluruhan pembangunan manusia yang luas . Alam sekitar pula ialah
keadaan sekeliling kita yang dicipta oleh Allah S.W.T. untuk dimanfaatkan oleh
manusia. Kita boleh mengkaji semua hidupan yg dicipta oleh Allah S.W.T tanpa
melakukan apa-apa kemudaratan pada muka bumi ini dan tidak hanya ingin mengaut
keuntungan semata mata.

Perancangan dan Pembangunan atau dikenali sebagai (P & P) haruslah


berpandukan kepada prinsip-prinsip yang berasaskan nilai-nilai murni
sejagat.  Matlamat pembangunan sebenar hanya akan tercapai sekiranya manusia
memiliki sifat-sifat terpuji menerusi penghayatan nilai-nilai murni tersebut. Ini
adalah kerana pembangunan yang ingin diwujudkan ialah “pembangunan
seimbang di antara fizikal (kebendaan dan luaran), kerohanian (dalaman) dan
nilai-nilai murni manusia”. Pembangunan bukan sahaja bermaksud perubahan
(dari segi sosio-ekonomi dan peningkatan teknologi) dan pertumbuhan kuantitatif
(pembangunan fizikal dan alam sekitar) tetapi juga melibatkan aspek kualitatif
dari segi dalaman manusia iaitu kerohanian, moral dan etika individu serta
masyarakat. Ini selaras dengan Falsafah Doktrin Perancangan dan Pembangunan
Sejagat yang bersifat menyeluruh, manusia sebagai fokus pembangunan, aktiviti
pelbagai dimensi, perubahan kuantitatif dan kualitatif serta penggunaan dan
pengagihan sumber dengan saksama. Konsep pembangunan yang berasaskan
nilai-nilai murni sejagat perlu dijadikan landasan dalam membentuk prinsip,
strategi dan model perancangan dan pembangunan bandaraya dan kawasan
petempatan pada masa akan datang.

1
1.5. DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

Kerajaan telah mewujudkan tiga (3) dasar utama yang menjadi teras pembangunan
sebagai panduan kepada perancangan dan pelaksanaan pembangunan iaitu:

i. Wawasan 2020  

ii. Dasar Pembangunan Nasional  

-Matlamat Dasar Pembangunan Nasional (DPN) ialah untuk mewujudkan


sebuah masyarakat yang lebih adil dan bersatu padu, di samping
mengekalkan kestabilan sosial serta pengurusan ekonomi yang cekap. DPN
memberi penekanan ke arah pembasmian kemiskinan dan penyusunan
semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan
ekonomi antara kaum.  Salah satu aspek kritikal dalam DPN ialah
pembangunan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian
yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.

iii. Rancangan Lima Tahun Malaysia  

1.5.2 PERANAN PERANCANGAN FIZIKAL

Selaras dengan Wawasan 2020, DPN dan RM Ke-7, peranan perancangan fizikal di
dalam pembangunan negara adalah seperti berikut:

i. Menterjemah Matlamat Sosio-Ekonomi Dalam Bentuk Spatial dan


Fizikal

Selaras dengan strategi negara untuk mencapai pembangunan mampan,


penggunaan sumber-sumber perlulah secara optimum untuk menjamin
kekayaan negara dapat dinikmati oleh semua kalangan rakyat di samping
kewujudkan berterusan sumber-sumber ini untuk generasi masa
hadapan.  Untuk mencapai strategi ini, semua dasar sosio-ekonomi negara
perlu dinilai dari segi implikasi spatial dan fizikal.

2
ii. Menterjemah Dasar Pembangunan Dalam Pelan Perancangan Fizikal

Pembangunan negara pada masa hadapan dipengaruhi secara langsung atau


tidak langsung dengan adanya pelbagai dasar dan strategi pembangunan
bukan sahaja di peringkat negara malah diperingkat rantau Asia dan
Antarabangsa.  Dalam melaksanakan program perancangan fizikal, setiap
dasar dan strategi tersebut perlu diterjemahkan dari segi implikasi spatial dan
diselaraskan dalam perancangan fizikal.  

iii. Memberi Kepentingan Kualiti Alam Persekitaran Dalam Perancangan

Tekanan pembangunan kerapkali dikaitkan dengan penurunan kualiti alam


sekitar dan pencerobohan ke kawasan-kawasan yang sensitif.  Proses
perancangan fizikal perlu memberi pertimbangan terhadap aspek alam sekitar
secara lebih bersepadu bagi memastikan kualiti alam sekitar terpelihara.

iv. Merancang Keperluan Bagi Kemudahan Perbandaran

Senario pembangunan negara menjelang tahun 2020 menggambarkan hampir


70 peratus daripada jumlah penduduk tinggal di kawasan bandar. Selaras
dengan keperluan terhadap pembangunan mampan dan berterusan
(sustainable), agensi perancangan perlu memastikan kemudahan-kemudahan
perbandaran dapat disediakan dengan secukupnya.  Ini termasuklah
kemudahan-kemudahan asas, keperluan perumahan, pengurusan sisa pepejal,
pengangkutan, aktiviti ekonomi dan peluang pekerjaan selain daripada
permintaan terhadap kemudahan-kemudahan kemasyarakatan yang lain.  

v. Meyumbang dan Menangani Kemajuan Sains dan Teknologi

Kemajuan sains dan teknologi dijangka mempengaruhi aktiviti-aktiviti


gunatanah, di samping meningkatkan kecekapan pengangkutan awam dan
kenderaan persendirian.  Hasilnya corak perbandaran dan pola petempatan
dijangka mengalami perubahan di mana lebih banyak kawasan-kawasan baru

3
khususnya di pinggir bandar sedia ada akan dibangunkan.  Pembangunan
Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor-MSC) akan
mempengaruhi perkembangan teknologi maklumat dan telekomunikasi.  Ini
telah menggalakkan pembinaan bangunan- bangunan bistari di bandar-bandar
besar.  Kemajuan ini memerlukan sokongan perancangan bandar di peringkat
makro, umpamanya dalam perancangan bandaraya bistari (intelligent city)
dan infrastruktur maklumat.  Kemajauan sains dan teknologi serta berbagai
konsep baru ini dijangka mempengaruhi senario perancangan bandar pada
abad 21 dan agensi perancangan mempunyai peranan penting dalam
menangani perkara ini. 

1.5.3 ISU-ISU SEMASA PERANCANGAN FIZIKAL

i. Amalan Perancangan Semasa

Amalan-amalan perancangan bandar dan desa masa kini kurang menekankan


aspek persekitaran serta tamadun kehidupan yang berkualiti dan
berkekalan.  Konsep-konsep perancangan pula tidak memaparkan dengan
jelas (explicit) nilai-nilai murni yang perlu menjadi asas pertimbangan dalam
perancangan dan pembangunan.  Hasil daripada perancangan dan
pembangunan yang tidak berlandaskan nilai-nilai murni kerohanian ini telah
menimbulkan tanda-tanda kepincangan masyarakat dan juga kemusnahan
serta kerosakan kepada alam sekitar.

Sejak kebelakangan ini bencana alam seperti banjir kilat, bangunan tumbang,
tanah runtuhan dan ancaman jerebu yang serius telah melanda negara
ini.  Insiden dan bencana ini adalah akibat kurangnya kepekaan manusia
menjaga perhubungannya dengan Pencipta, sesama manusia dan kepada alam
sekitar mereka.  

ii. Amalan Perancangan Era Tamadun Islam  

Perancangan di dalam era tamadun Islam menunjukkan ciri-ciri perancangan


dan pembangunan di mana konsep perancangan yang digunakan di dalam
membentuk bandar-bandar mempunyai nilai seni dan keindahan, penataan
fizikal yang menunjukkan perpaduan ummah, penggunaan masjid, sekolah,
pusat pengajian dan perpustakaan sebagai tumpuan dan fokus rekabentuk

4
bandar.  Pengekalan alamsemulajadi sebagai usaha ke arah mengingati dan
menghargai Pencipta juga merupakan suatu aspek yang menonjol.  

Segala jenis pembangunan menunjukkan keperihatinan kepada faktor-faktor


keselamatan, kemakmuran, menghormati keperluan ruang (space) untuk
berinteraksi, keselesaan serta perletakkan kemudahan infrasturktur yang
tersusun dan menghormati hak pengguna. Ciri-ciri ini dapat dilihat dengan
jelas pada perancangan bandar-bandar lama Islam seperti di Cardova dan
Granada di Sepanyol, Fes, El Bali (bandar lama Fez) di Maghribi dan di
Istanbul.

Garispanduan Perancangan berdasarkan Doktrin Perancangan dan


Pembangunan Sejagat yang disediakan ini adalah untuk mengembalikan
semula kesedaran perancangan bandar di negara ini berdasarkan tamadun-
tamadun gemilang terdahulu dan mengambilkira aspek-aspek penting dalam
perancangan sesuatu petempatan.

1.5.4 DOKTRIN PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN SEJAGAT  

Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat (DPPS) yang disediakan oleh


Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia merupakan
hasil kepekaan JPBD kepada kepentingan pembangunan insan dalam pembangunan
negara. Justeru itu, amalan-amalan perancangan masa kini perlu dipertingkatkan
supaya dapat memberi panduan yang komprehensif kepada usaha-usaha perancangan
dan pembangunan negara.  JPBD berpendapat bagi mempastikan kejayaan sesuatu
usaha pembangunan, lebih-lebih lagi di dalam keadaan kehidupan masa kini yang
serba canggih dan kompleks, perancangan yang teliti dan bermetodologi adalah
merupakan kunci utama.  Melakukan usaha secara sambil lewa atau dengan cara
“trial and error” tanpa analisis yang menyeluruh adalah berisiko tinggi dan
merbahaya.  Amalan seperti ini sering menimbulkan pelbagai kelemahan dan
kepincangan dan pasti akhirnya menemui kegagalan serta membawa kepada
kemusnahan.  Satu Doktrin Perancangan yang dapat menangani kepincangan

5
masyarakat dan menitikberatkan penjagaan alam sekitar sangat diperlukan untuk
digunapakai di dalam pendekatan perancangan masa kini.

1.4 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR MENURUT


PERSPEKTIF ISLAM

Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment” membawa
maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada
terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja
yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar
merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi
suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan
iklim dan cuaca.

Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman
“environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang
doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar
seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia.

Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam


sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan
sesuatu organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains
Alam Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan
semesta moden yang berteraskan kepada metode emperikal.

Dalam menguruskan alam sekitar, Barat memperlihatkan bahawa etika alam sekitar
dalam diri manusia adalah penting bagi menjamin kualiti alam sekitar. Prinsip-prinsip
tentang alam sekitar yang dibahaskan oleh Barat tidak harus bersifat teori sahaja
sebaliknya mestilah berupaya dipraktikkan.

Pengurusan alam sekitar di Barat bermula pada akhir kurun ke 19 kesan daripada
Revolusi Industri. Perkembangan itu bermula dengan tercetusnya kebimbangan ke
atas kesan yang timbul daripada proses pembangunan ke atas alam sekitar. Oleh itu,
mereka berusaha dengan pelbagai kaedah bagi mengawal kualiti alam sekitar daripada
terjejas.

6
Namun, walauapapun kaedah atau langkah yang diambil, mereka masih lagi gagal
untuk menguruskan alam sekitar dengan berkesan. Apa yang pasti, ini disebabkan
gejala “pemencilan pengaruh keagamaan” sebagai salah satu faktor penyumbang
kegagalan tersebut.

1.4.1 KONSEP ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM

Menurut Islam, “invironmentalisme” berasaskan kepada ajaran tauhid atau kefahaman


kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan tuhan. Agama Islam menjadikan
akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan. Menurut sebuah hadis
Rasullulah, misi kerasulannya ialah menyempurnakan akhlak yang mulia.

Berasaskan dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran alam sekitar
berpunca daripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya, alam dan tuhan.
Konsep manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini merupakan
hak Allah dan ciptaan-Nya maka manusialah perlu melaksanakan misi dan amanah
itu. Di samping itu, alam ini merupakan tanda yang tersirat atau simbol tentang
kebesaran dan kekuasaan Allah.

1.4.2 HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM

Manusia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan alam sekitar kerana manusia
dijadikan daripada unsur-unsur alam dan akhirnya akan kembali seperti asal
kejadiannya. Unsur alam lain seperti air juga mempunyai hubungan yang sangat rapat
dengan manusia kerana ia membina pertumbuhan dan kesihatan daripada manusia. Ini
bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud: “Dan tidakkah orang-orang kafir
itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada
asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara
keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa
mereka tidak mahu beriman?” (al-Anbiya’, 30)

Bahan makanan manusia juga dijadikan daripada unsur air termasuk juga semua jenis
haiwan. Ini telah dijelaskan oleh Allah di dalam firmannya yang bermaksud: “Dan
Allah menciptakan tiap-tiap haiwan Yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di
antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan

7
Dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan Dengan empat kaki. Allah
menciptakan apa sahaja Yang ia kehendaki (selain dari Yang tersebut), kerana
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” (an-Nur, 45)

Menerusi penjelasan dan penerangan berdasarkan dalil-dalil tentang hubungan


manusia dengan unsur-unsur tadi, dapat dilihat bahawa hubungan manusia dengan
alam sekitar adalah sangat erat saling berkait rapat antara satu sama lain. Malah ada
ulama’ yang mengatakan bahawa jasad manusia dijadikan daripada unsur yang telah
bercampur melalui bahan makanan yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan
(Muhammad al-Mubarak, 1973). Dengan ini jelaslah kepada kita betapa jelas dan
kompleksnya kejadian manusia dihubungkan terus dengan unsur-unsur bumi.

1.4.3 PENGURUSAN ALAM SEKITAR MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Dalam konteks mengurus alam sekitar, Islam menegaskan supaya manusia tidak
melakukan kerosakan kepada alam sekitar sebagaimana yang telah kita lihat kini,
kerosakan alam sekitar yang dilakukan oleh tangan manusia seperti pembalakan,
penarahan bukit dan sebagainya. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan
sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian)
kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-
perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan
bertaubat)” (al-Rum, 41)

Sesungguhnya alam sekitar dan segala kekayaan adalah milik mutlak Allah
sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Allah jualah Yang Menguasai alam
langit dan bumi serta Segala Yang ada padanya; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa
atas tiap-tiap sesuatu”  (al-Maidah, 120). Jelas, tiada siapa yang berhak melarang
orang lain menceroboh haknya sendiri untuk mencari sara hidup di alam ini. Tetapi
perlulah diingat bahawa dalam mengejar kekayaan, alam sekitar tidak patut dicemar
atau dimusnahkan. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah dalam firmannya yang
bermaksud: “Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah
kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi” (al-Syu’ara, 183)

Dalam konsep Islam terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sebagai
satu pengurusan alam sekitar yang dikehendaki oleh Islam, maka Islam meletakkan 5

8
konsep penting yang perlu diterapkan ke dalam diri manusia supaya wujudnya proses
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

1. Konsep Tauhid

Dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, aspek penting yang paling
ditekankan ialah konsep tauhid. Ini kerana ia merupakan keperluan asas dalam Islam.
Dalam pandangan tauhid, manusia hanya takut pada satu kuasa dan
dipertanggungjawabkan dihadapan seorang hakim sahaja, mengadap pada satu kiblat
dan menumpukan harapan dan kehendak pada satu sumber sahaja.

2. Konsep Syariah

Syariah adalah teras perundangan hidup Islam. Ia merupakan bidang ilmu


pengetahuan yang menyediakan peradaban Islam dengan peraturan yang tetap. Segala
teori Syariah merangkumi semua aspek kehidupan manusia dan meliputi kehidupan
peribadi, sosial, politik dan intelektual. Secara praktiknya, ia memberi makna dan isi
kepada perbuatan orang Islam dalam kegiatan mereka di dunia.

3. Konsep Ilmu

Sebagai langkah ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, ilmu


pengetahuan merupakan perkar penting yang mesti ditekankan. Ini kerana orang yang
berilmu dan mengamalkannya tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh
merosakkan diri, masyarakat dan juga alam sekitar.

4. Konsep Khalifah

Dalam konsep mengurus alam sekitar, konsep ini amat penting untuk manusia
menjaga alam sekitar. Apabila mereka sedar diri mereka sebagai seorang khalifah,
maka mereka tidak akan melakukan kerosakan kepada lam sekitar malah akan
menjaga dengan sebaik mungkin.

5. Konsep Akhlak

Akhlak adalah amat penting terutama sekali kearah pengurusan ala sekitar. Akhlak
yang mulia adalah akhlak yang mengarahkan ke arah kebaikan dan keharmonian.

9
Dalam konsep penjagaan alam sekitar, sifat-sifat mulia seperti kasih sayang, sifat suka
menjaga kebersihan, bertanggungjawab dan sikap murni yang lain amat penting
dalam menjaga alam sekitar dengan sebaiknya.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa semakin pantas dunia berkembang


seiring dengan teknologi terkini, maka begitu juga semakin bertambahnya masalah-
masalah yang melibatkan alam sekitar.Iklim duni ayang semakin panas akibat
pemanasan global merupakan salah satu contoh mudah bagaimana kegagalan manusia
dalam memelihara alam sekitar. Sememangnya Islam menggalkan umatnya agar
sentiasa memajukan diri dengan pelbagai nikmat yang dikurniakan di alam ini.
Namun perlu diingat ianya juga tidaklah boleh sehingga melampaui batas yang telah
ditetapkan oleh syariat.

Sepertimana yang telah diperjelaskan penulis sebelum ini, konsep alam sekitar
menurut Barat ternyata hanya menumpukan usaha pemeliharaan alam sekitar
berdasarkan konteks falsafah hidup mereka sahaja tanpa disulami dengan nilai-nilai
agama. Mereka beranggapan agama tiada kaitan dengan alam sekitar. Namun ini
ternyata berlainan dengan Islam dimana Islam menekankan kehidupan ini secara
keseluruhan iaitu berdasarkan hubungan manusia yang bukan sahaja terhad kepada
Allah dan manusia tetapi juga meliputi hubungan manusia dengan alam sekitar. Ini
jelas membuktikan setiap makhluk ciptaan Allah itu berhubungan di antara satu sama
lain dan saling kait mengait bagi meneruskan kelangsungan hidup yang harmoni di
dunia. Maka dalam hal ini, Islam menekankan konsep-konsep asas dalam mengurus
alam sekitar agar sistem yang telah ditetapkan Allah itu tidak terganggu. Ini
sepertimana yang telah dibicarakan penulis iaitu dengan berdasarkan konsep tauhid,
syariah, ilmu, khalifah dan akhlak.

KESEDARAN MASYARAKAT

Ramai orang kini sedar tentang kemerosotan alam sekitar. Bagi tempat-tempat
tertentu kemerosotan alam sekitar telah mencapai krisis dan boleh dianggap sebagai
bencana. Sebagai contohnya, kebocoran loji nuclear di Chernoby, Ukraine ( dulunya

10
dalam kesatuan Soviet ) telah merosakkan alam sekitarnya tanpa dapat diperbaiki dan
masih menjadi ancaman kepada penduduk sekitar dan alam sekeliling. Media massa
sering membawa berita tentang aspek kemerosotan alam sekitar alam sekitar, dan
tidak kurang juga orang perseorangan menyuarakan tentang keadaan alam sekitar itu
dalam media tersebut. Antara perkara yang diberi perhatian termasuklah keadaan
pencemaran di Bandar-bandar besar, kesesakan lalu lintas di Bandar, banjir kilat,
pencemaran air, pencemaran udara, bunyi dan tanah tanih.Selain itu, penebangan
hutan tak terkawal dan kepupusan pelbagai spesis flora dan fauna juga turut diberi
perhatian.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan adalah amat penting untuk
kemajuan sesebuah negara. Namun pembangunan yang tidak mengambil kira ataupun
tidak diseimbangkan dengan kemampuan alam sekitar sudah semestinya akan
menyebabkan konsep pembangunan berterusan tidak dapat direalisasikan. Akibatnya
bukan hanya generasi ini sahaja yang akan mengalami masalah tetapi generasi masa
depan akan menwarisi masalah yang diwujudkan pada masa ini. Oleh itu, timbullah
pelbagai isu dan masalah berkenaan kualiti alam sekitar yang semakin merosot dan
diburukkan lagi dengan pelbagai kelemahan dan kekangan dalam menangani isu dan
masalah tersebut.

Pelbagai usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah dilakukan sama ada oleh
kerajaan, pihak swasta dan masyarakat sendiri melalui cara perundangan dan bukan
perundangan namun hasilnya tetap tidak memuaskan. Keadaan ini disebabkan oleh
pelbagai kelemahan dan kekangan dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut.
Adalah diharapkan tugasan yang dijalankan ini dapat mengenal pasti kekangan dan
masalah tersebut dan seterusnya mencadangkan cara penyelesaian yang lebih baik dan
berkesan untuk isu-isu tersebut.

MASALAH KETEGASAN DAN PELAKSANAAN

Keberkesanan kaedah kawalan alam sekitar bergantung pada setakat mana kawalan-
kawalan itu mencukupi dan memandai. Apakah kawalan-kawalan itu merangkumi
segala aspek permasalahan alam sekitar, termasuk segala bentuk bentuk pencemaran

11
dan keutuhan sumber alam. Pengawalan bukan semata-mata terhadap masalah yang
telah serius tetapi juga turut merangkumi segala bentuk pencemaran walaupun masih
dalam peringkat yang tidak membimbangkan dan juga segala kemungkinan
kemusnahan terhadap alam sekitar yang akan berlaku juga perlu diambil kira. Di
Malaysia, peruntukkan undang-undang adalah merangkumi hampir segala aspek
tentang alam sekitar namun adalah menjadi satu trend bagi pihak berkuasa untuk
menumpukan kawalan ke atas masalah-masalah alam sekitar yang telah serius dan
mendapat perhatian dan meminggirkan masalah-masalah yang biasa. Namun pihak
berkuasa tidak boleh dipersalahkan kerana untuk melakukan kawalan yang
menyeluruh memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, pihak swasta dan masyarakat
secara amnya perlu mengeluarkan sedikit wang dan tenaga untuk membantu pihak
berkuasa menjalankan kawalan menyeluruh ke atas alam sekitar dan tidak
mengharapkan pihak kerajaan semata-mata..

Masalah seterusnya ialah dari segi ketegasan langkah-langkah kawalan yang telah
diambil. Apakah peraturan-peraturan yang dibuat dalam bentuk penetapan tingkat
piawaian misalnya, sudah cukup tegas dan sesuai dengan tingkat yang boleh
menjamin kesihatan, atau apakah tingkat tersebut sudah cukup tinggi sesuai dengan
tingkat penetapan yang telah dibuat oleh badan antarabangsa seperti Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) atau Amerika Syarikat. Begitu juga apakah cukai
pencemaran atau denda yang dikenakan itu sudah cukup tinggi sehingga ia boleh
dijadikan daya penggerak utama bagi menggelakkan pencemaran. Soalan seterusnya
ialah dari segi pelaksanaannya. Apakah semua program dan penetapan yang telah
dibuat itu dapat dijalankan sepenuhnya?

Masalah ini akan diulas lebih lanjut dalam kelemahan penguatkuasaan tetapi dari segi
umumnya tingkat piawaian pengurusan alam sekitar di negara ini ada yang telah
mencapai standard antarabangsa dan ada yang belum. Sebagai contoh, sistem
pembekalan air di Malayisa telah memenuhi piawaian WHO ( sumber: Majalah
MASSA ) namun pengurusan alam sekitar di Malaysia masih dikritik masyarakat
antarabangsa kerana lebih mengutamakan pembangunan. Tentang denda dan undang-
undang yang ada, secara keseluruhan ia masih belum mampu membendung
pencemaran di tahap yang dikehendali dan bukan semua program yang dirancang
dapat dilaksanakan kerana pelbagai masalah dan kekangan. Contohnya program kitar

12
semula yang bermula awal tahun 2000 semakin terpinggir kerana tiada sambutan
daripada masyarakat selain daripada kesukaran mewujudkan pusat kitar semula di
setiap daerah dan kawasan.

KEKANGAN POLITIK DAN EKONOMI

Masalah alam sekitar berkait rapat dengan masalah ekonomi dan seterusnya
kekukuhan politik pemerintah pemerintah. Keutamaan yang diberikan terhadap
penjagaan alam sekitar bermakna sedikit sebanyak akan menyekat dan menjejaskan
prestasi ekonomi. Ketidakstabilan ekonomi negara akan menyebabkan kemerosotan
sokongan rakyat terhadap parti pemerintah. Kerajaan pusat dan negeri memerlukan
sumber kewangan yang besar bagi projek-projek pembangunan. Oleh itu, projek-
projek pembangunan lebih diutamakan daripada kepentingan alam sekitar. Beberapa
contoh dapat dilihat. Pembinaan lebuh raya Karak-Kuala Lumpur telah menyebabkan
pencemaran Sungai Gombak dan perlahan-lahan menjadikannya sebagai kawasan
paya yang tidak berguna . Pembinaan jalan raya Relau-Balik Pulau telah merosakkan
tanaman di enam buah kampong di daerah Relau dan Balik Pulau.

Selain itu, keanggotaan dalam Majlis Kualiti Alam Sekitar ( sebarang peraturan alam
sekitar yang akan dibuat dirujukkan kepadanya) juga gagal untuk mencerminkan
penyertaan rakyat. Daripada sembilan perwakilan yang terdapat di dalamnya tiada
satupun daripada rakyat awam atau daripada mana-mana badan bukan berkepentingan
kerajaan. Cuma seorang sahaja yang dilantik daripada kalangan kakitangan akademik
universiti. Perwakilan yang seperti itu sudah tentu akan lebih memberatkan kepada
priority pembangunan ekonomi. Oleh itu, segala candangan dan nasihat daripada
perwakilan majlis ini kepada Menteri berkenaan juga tidak mungkin berada dalam
tingkat mendesak khususnya daripada keperluan piawaian yang tegas. Oleh itu, adalah
penting agar keanggotaan dalam Majlis ini dinilai semula atau mempunyai beberapa
pemerhati daripada golongan orang awam agar segala keputusan dan tindakan yang
diambil oleh Majlis ini tidak mengutamakan kepentingan ekonomi semata-mata.
Prinsip ‘check and balance’ yang diamalkan oleh perlanan sistem pemerintahan
negara yang terdiri daripada tiga cabang utama iaitu eksekutif, legislative dan
kehakiman boleh diguna pakai dalam hal ini.

13
Penguatkuasaan denda terhadap pihak yang melakukan pencemaran juga mempunyai
kaitan dengan kepentingan ekonomi. Jumlah denda yang tinggi kepada pengilang
bermakna ia akan menjejaskan aktiviti kilang tersebut. Keluaran mungkin akan
dikurangkan atau harga barang keluaran kilang berkenaan akan dikurangkan. Ini
menyebabkan pihak berkuasa berkecenderungan mengenakan denda yang sedikit bagi
kesalahan yang besar. Misalnya, pada bulan Februari 1982, Hotel Holiday Inn telah
didenda Cuma RM 300 kerana mencemarkan air laut di Batu Feringgi disebabkan
pelepasan najis tak sempurna dan sisa-sisa air buangan. Pada tahun 1981 pula, sebuah
kilang di Kedah telah didenda RM 500 kerana mencemar Sungai Tawar dan Sungai
Kangar.

Jika dilihat daripada contoh-contoh ini, hukuman yang dikenakan adalah amat tidak
berpatutan dengan peruntukkan yang ada. Hukuman bagi pelepasan buangan ke laut
ialah denda tidak lebih RM 10000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-
duanya. Manakala hukuman bagi pencemaran perairan daratan ialah denda tidak lebih
RM 10 000, penjara tak lebih dua tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan RM
1000 sehari bagi kesalahan yang diteruskan selepas mendapat notis daripada Ketua
Pengarah untuk menghentikanya. Di sini, banyak faktor boleh dilihat iaitu kelemahan
penguatkuasaan, unsur korupsi dan sebagainya yang menyebabkan masalah ini.
Tetapi masalah ini juga tidak dapat lari daripada jangkaan bahawa pihak berkuasa
lebih mengutamakan kepentingan ekonomi semata-mata dengan berlembut dengan
pihak yang bersalah. Denda yang dikenakan ini hanyalah merupakan derma daripada
pencemar yang sedikitpun tidak akan memberi sebarang pengajaran kepada mereka.
Mereka akan terus melakukan pencemaran dan membayar denda yang kecil.

Selain itu, berlaku penindihan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan Negeri dalam
isu-isu dan hal berkaitan dengan alam sekitar. Peruntukkan dalam Perlembagaan
Persekutuan dan Negeri berkenaan sumber dan hal-hal alam sekitar adalah jelas.
Perundangan subsidiari sama ada undang-undang jenayah dan sivil yang dibuat oleh
Kerajaan Persekutuan dan negeri adalah mengikut garis panduan Perlembagaan
masing-masing kerana ia merupakan undang-undang yang tertinggi. Kerajaan
Persekutuan dalam usahanya untuk mewujudkan undang-undang yang seragam antara
negeri telah meluluskan undang-undang berkaitan alam sekitar yang dapat digunakan
di semua negeri. Langkah ini diterima di semua negeri di semenanjung namun

14
keseragaman ini tidak dapat dicapai di Sabah dan Sarawak kerana kedua buah negeri
ini mempunyai peruntukkan khas dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh,
tiada pindaaan yang boleh dibuat dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkait
dengan hal ehwal kedua buah negeri seperti hal- hal perundangan negeri, bidang
kuasa Mahkamah Tinggi, agama dan adat istiadat kedua buah negeri tanpa
persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah atau Sarawak.

Selain itu, Jabatan Alam Sekitar yang merupakan agensi persekutuan di bawah
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tiada kawalan menyeluruh berkaitan
dengan sumber-sumber alam sekitar. Hal berkaitan dengan dengan tanah, hutan,
sumber air , kawasan Kerajaan tempatan, perikanan and pertanian adalah di bawah
bidang kuasa Kerajaan Negeri seperti yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan,
Senarai Negeri , Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, konflik sering berlaku antara
Kerajaan Persekutuan dan Negeri berkaitan dengan pengurusan alam sekitar.

Di dalam kes pemuliharaan alam sekitar, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta
Kualiti Alam Sekeliling ( Pindaan ) 1985 merupakan akta-akta yang digubal dan
diluluskan oleh kerajaan Persekutuan tetapi pengurusan sumber alam sekitar masih
dalam kawalan Kerajaan Negeri. Kejayaan Akta-akta tersebut bergantung kepada
kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Namun kadang kala
kerjasama ini susah dicapai jika berkait dengan kepentingan kedua-dua buah pihak
seperti dalam kes pembalakan di Endau- Rompin.

Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) Hutan Simpan Endau-Rompin


akan dijadikan Taman Negara. Taman Negara ini terdiri daripada kawasan seluas 500
000 ekar dan termasuk 90 000 ekar di Pahang dan 120 000 ekar di Johor. Pada tahun
kedua Rancangan ini, Kerajaan Negeri Pahang telah menggunakan 30 000 ekar
daripada kawasan tersebut untuk pembalakan. Sebalik pelbagai bantahan daripada
badan bukan kerajaan dan orang awam, kerajaan Negeri menyatakan mereka amat
memerlukan hasil daripada pembalakan tersebut. Walaupun mendapat pelbagai
tentangan dan perhatian daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Pahang
bercadang mengeluarkan lebih banyak lesen pembalakan. Hal ini hanya dapat
diselesaikan selepas pilihan raya pada tahun 1978 di mana Menteri Besar Pahang
yang baru dilantik.

15
Kes Endau-Rompin merupakan contoh pertelingkahan kepentingan antara kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Masalah pertelingkahan kepentingan dan
pertindihan kuasa akan tetap berlaku kerana masing-masing mempunyai hak untuk
menguruskan sumber-sumber alam sekitar seperti yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Persekutuan. Peruntukkan tersebut bukanlah buruk atau membebankan
kerana ia bertujuan mengimbangi kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri di dalam sistem pemerintah negara yang berbentuk persekutuan. Namun ia
tetap mempunyai kelemahannya seperti yang telah dinyatakan. Dengan membuat
pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan ia dapat menyelesaikan masalah tersebut
tetapi mewujudkan juga masalah baru seperti kuasa mutlak berada di tangan Kerajaan
Persekutuan dan tiadanya imbangan kuasa dalam pemerintahan negara.

Namun, langkah terbaik dalam hal ini ialah meminda Perlembagaan Persekutuan
dengan memberi kuasa sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk menguruskan
sumber dan hal-ehwal alam sekitar namun adalah penting memasukkan peruntukkan
melantik badan yang bebas untuk mengawasi tindakan kerajaan dalam menguruskan
alam sekitar. Hanya dengan cara ini masalah pertindihan kuasa dan pertelingkahan
dapat diselesaikan di samping memastikan Kerajaan Persekutuan tidak bertindak
sesuka hati dalam pengurusan alam sekitar negara dengan melantik badan pemerhati
bebas untuk mengawasi mereka. Sesungguhnya, jika pihak kerajaan betul-betul
mengutamakan alam sekitar mereka haruslah megetepikan kepentingan politik dan
ekonomi dan melaksanakan pembangunan terancang (substainable development)
seperti yang diperuntukkan dalam rancangan Malaysia Ketiga hingga kini
( Rancangan Malaysia Ke- 9 ).

Tentang masalah melaksanakan undang-undang persekutuan di Sabah dan Sarawak


kerana kedua buah negeri ini mempunyai keistimewaan di dalam Perlembagaan
Persekutuan. Kerajaan Negeri kedua buah negeri perlu juga mengambil kira
kebaikkan undang-undang tersebut terhadap pembangunan alam sekitar di negeri
masing-masing. Tiada salahnya mengguna pakai undang-undang tersebut dengan
menggubal undang-undang yang sama dengan undang-undang tersebut dan
menguatkuasakannya di negeri masing-masing jika ia betul-betul merupakan pilihan
terbaik disebabkan kekangan yang ada untuk menggunakan undang-undang
persekutuan.

16
Tetapi masalah yang ada kini ialah kedua buah negeri terlalu mengikut telunjuk
Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan sesuatu projek sambil mengabaikan
kepentingan alam sekitar. Contohnya, Pembinaaan Empangan Bakun di Sarawak
banyak menjejaskan ekosistem alam sekitar. Kerajaan negeri dalam hal ini perlu
menggunakan kuasa mereka seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan
Persekutuan untuk tidak membenarkan projek ini pada awalnya jika mereka betul-
betul mengutamakan kepentingan dan pengurusan alam sekitar.

MASALAH BIDANG KUASA DAN HIERARKI JABATAN ALAM SEKITAR (JAS)

Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditubuhkan pada tahun 1975 untuk menguatkuasakan
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan diketuai oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam
Sekeliling yang mempunyai bidang kuasa tertentu dalam mentadbir pengurusan alam
sekitar di bawah Akta tersebut. Jabatan ini merupakan salah satu agensi kerajaan di
bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ( kini Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar ).

Bidang kuasa JAS adalah terhad. Dalam hal-hal penentuan keputusan dan program,
JAS tidak dan kurang berperanan. Ia cuma sebagai badan penasihat yang nasihatnya
tidak semestinya akan diterima. Kementerian sendiri dalam usaha untuk memajukan
penyelidikan sains misalnya penyelidikan dan kegunaan atom dari segi keputusan dan
perancangannya tidak pun meminta dan mengambil kira pandangan JAS, sedangkan
kedua-dua bahagian ini berada dalam Kementerian yang sama. Di sini jelas bahawa
peranan JAS hanyalah kepada pelaksanaan peraturan alam sekitar yang tertentu
sahaja, itu pun setelah berlakunya kerosakkan. Sekiranya dalam kementerian yang
sama JAS tidak atau kurang mempunyai kuasa untuk menyertai proses membuat
keputusan, maka apatah lagi dalam Kementerian lain atau jabatan-jabatan luar
daripada kementerian ini.

Masyarakat cenderung menyalahkan Jabatan Alam sekitar apabila berlaku satu


pencemaran yang serius kerana tidak mengambil langkah awal mencegahnya. Apakah
daya Jabatan ini untuk melaksanakan langkah pencegahan awal jika tidak mendapat
sokongan dan kerjasama daripada Kementeriannya sendiri. Jabatan boleh
mengesyorkan mengambil tindakan awal untuk mencegah sesuatu pencemaran
daripada berlaku namun jika Kementerian sendiri tidak menyokong tindakan mereka

17
dan meluluskannya serta lebih mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata,
cadangan itu hanya tinggal cadangan tanpa pelaksanaan. Masyarakat perlu sedar
bahawa kakitangan JAS hanya makan gaji dengan kerajaan dan tidak mampu
mengingkari arahan majikan sendiri. Oleh itu, JAS tidak sepatutnya disalahkan
seratus peratus apabila berlaku pencemaran alam sekitar yang serius.

Contoh masalah yang mungkin timbul antara JAS dan Kementerian ialah pihak
Kementerian membenarkan pembalakan di sesuatu kawasan dan JAS berpendapat
pembalakan tersebut akan memberi kesan yang serius kepada alam sekitar. Jika
Kementerian tetap dengan keputusannya JAS tidak mampu menghalang kerana
Kementerian dan pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam hal ini. Oleh itu,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Menterinya Datuk Seri Adenan
Satem perlu peka terhadap perkara ini dan mengambil kira penglibatan dan pendapat
JAS sebelum membuat sesuatu keputusan agar objektif pembangunan terancang dapat
dicapai.

Selain itu, beberapa kelemahan lain wujud dalam JAS dalam melindungi dan
meningkatkan mutu alam sekitar, misalnya tidak terdapat unit-unit penguatkuasa khas
iaitu pegawai-pegawai dalam setiap unit ( unit pencemaran air, udara dan sebagainya)
yang bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan peraturan. Yang ada cuma
perbincangan perbincangan antara JAS dengan unit-unit tersebut sahaja. Untuk
menyelesaikan masalah ini dan melancarkan penguatkuasaan, adalah wajar dilantik
seorang pegawai bagi setiap unit penguatkuasaan agar dapat menyelia dan merancang
setiap tindakan unit tersebut.

Pertindihan kuasa antara bidang kuasa pengurusan alam sekitar antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga merumitkan kerja JAS. Sebahagian besar
sumber alam sekitar yang sepatutnya berada dalam pemantauan JAS adalah di bawah
bidang kuasa kerajaan Negeri seperti tanah, air dan hutan. Oleh itu, mungkin timbul
isu JAS tidak dibenarkan menjalankan tugas mereka oleh Kerajaan Negeri kerana
tindakan mereka melibatkan bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sebagai contoh, terdapat
sebuah kilang membuang bahan buangan ke dalam sungai dan JAS hendak
mengambil tindakan terhadap mereka. Namun mereka memberikan surat daripada
Kerajaan Negeri yang membenarkan perbuatan tersebut. Dalam hal ini, JAS akan
berada dalam dilema sama ada mengambil tindakan atau tidak kerana perkara tersebut

18
berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Dalam keadaan ini, JAS perlu
melaksanakan tugas mereka kerana mereka mempunyai hak di bawah Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974 dan jika perkara ini dibawa ke mahkamah, mahkamah perlu
memainkan peranan dalam menyelesaikannya.

Namun pertindihan kuasa ini juga mempunyai kebaikkan di mana kerajaan tempatan
yang juga mempunyai kuasa dalam pengurusan alam sekitar boleh membantu JAS
dalam penguatkuasaan. Kerjasama ini sudah tentunya membawa lebih banyak
kebaikkan daripada bertelingkah tentang pertindihan kuasa yang ada. Selain itu,
kerjasama juga boleh dibuat dengan agensi penguatkuasa yang lain seperti Jabatan
Pengangkutan Jalan, Jabatan Perikanan, Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan
Tanah dan Jabatan Kesihatan.

MASALAH KAKITANGAN

Masalah utama yang dihadapi oleh Jabatan Alam Sekitar dalam menguatkuasakan
Akta Kualiti Alam Sekitar adalah dari segi masalah kakitangan organisasi iaitu
berkaitan dengan pengambilan kakitangan untuk mengisi jawatan kosong. Oleh sebab
kakitangan yang ada tidak mencukupi untuk menjalankan segala aktiviti yang
berkaitan dengan penguatkuasaan peraturan yang ditetapkan di bawah akta tersebut,
maka jawatan kosong ini perlu diisi.

Pada peringkat awal pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pejabat-pejabat
JAS yang mentadbirkan Akta ini memang telah menduga bahawa masalah perjawatan
akan wujud dan dijangka bahawa akta ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya
dua atau tiga tahun sebelum dapat dilaksana dan dikuatkuasakan sepenuhnya. Pada
tahun 1974 dan 1975, tugas-tugas untuk menyelengarakan penubuhan JAS sebagai
agensi yang akan mentadbirkan akta ini dan masalah pentadbirannya terpaksa
dikendalikan oleh hanya dua orang Pegawai Tadbir Diplomatik (P.T.D ) serta tanpa
kakitangan pembantu yang tetap. Sehingga tahun 1975, kedudukan kepegawaian di
Jabatan Alam Sekitar masih lagi serius dengan beberapa kekosongan jawatan berlaku
pada peringkat yang lebih kanan. Daripada sejumlah 25 jawatan yang ada cuma 13
jawatan sahaja yang terisi.

19
Pegawai-pegawai teknikal hanya diperoleh pada peringkat rendah mulai dari bulan
Mei 1975. Sungguhpun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan
Awam telah berusaha mencari calon yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan-
jawatan tersebut tetapi masih tidak dapat dipenuhi kerana ketiadaan calon yang sesuai
dalam bidang yang berkaitan. Oleh yang demikian, program kerja yang menyeluruh
tentang langkah-langkah kawalan dan kerja-kerja perancangan tidak dapat dijalankan
secara sistematik dan sempurna sepertimana yang diharapkan.

Masalah kekurangan kakitangan ini sedikit sebanyak sudah pasti menjejaskan


kejayaan pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Contohnya dalam aktiviti
kajian dasar untuk menentukan pencemaran air pada tahun 1980, hanya dua kajian
dasar sahaja dapat dijalankan berbanding lapan kajian yang dicadangkan. Ini
disebabkan oleh kekurangan kakitangan pada awal tahun berkenaan.

Berdasarkan statistik yang dikemukakan, ia adalah statistik pada 25- 30 tahun dulu.
Jadi apakah keadaannya sekarang? Sehingga kini masalah kakitangan yang tidak
mencukupi masih menjadi masalah bagi JAS dalam melaksanakan penguatkuasaan
dan perancangan. Walaupun JAS mempunyai pejabat di setiap negeri, pegawai
penguatkuasa masih belum mencukupi. Masalah ini mungkin berpunca daripada
pembiayaan yang tidak mencukupi daripada Kerajaan Persekutuan dan masalah ini
juga berlaku pada agensi penguatkuasa yang lain.

Melihat kepada masalah ini yang masih belum selesai sejak Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 mula berkuatkuasa, ia menunjukkan kelemahan daripada pihak
kerajaan dan negeri dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan alam
sekitar. Keadaan ini juga jelas menunjukkan ketidaksungguhan pihak terbabit dalam
melindungi alam sekitar dan melaksanakan pembangunan terancang seperti yang telah
dinyatakan dalam pelan Rancangan Malaysia Ketiga hingga sekarang. Oleh itu,
masalah ini perlu diselesaikan segera dengan mengambil sumber tenaga yang
diperlukan untuk Jabatan Alam Sekitar dan jabatan penguatkuasa yang lain agar
masalah ini tidak berlarutan dan undang-undang yang ada dapat dikuatkuasakan
dengan lebih berkesan di samping perancangan pembangunan alam sekitar yang lebih
baik.

20
Namun janganlah mengambil mereka yang tidak berkelayakan atau tidak berminat
dengan isu alam sekitar untuk memenuhkan jawatan yang kosong. Adalah lebih baik
menanamkan dulu sikap yang betul kepada mereka yang dilantik agar mereka tidak
menjalankan tugas dengan sambil lewa.

MASALAH KOS PENGURUSAN

Dalam Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980) , JAS telah mendapat peruntukan


perbelanjaan pembangunan awam berjumlah RM 40 juta dan jumlahnya telah merosot
kepada RM 36 juta dalam Rancangan Malaysia Keempat, walaupun keperluan
penjagaan alam sekitar semakin mendesak. Jika dibandingkan jumlah peruntukan
perbelanjaan pembangunan awam, peratusnya adalah terlalu kecil, tidak melebihi 2
peratus dalam kedua-dua rancangan tersebut. Walaupun begitu peruntukan kendalian
JAS terus meningkat melebihi 10 kali ganda antara tahun 1976-1985, ini khususnya
disebabkan oleh bilangan kakitangan JAS yang semakin meningkat.

Bagi buangan kotoran kumbahan domestik, JAS telah menetapkan buangan sebanyak
50 mg/1 BOD ke sungai yang tidak digunakan bagi pembekalan air dan 20 mg/1 bagi
sungai yang digunakan bagi sumber pembekalan air. Kajian menunjukkan bahawa
untuk mencapai matlamat antara 2-20 mg/1 ia memerlukan perbelanjaan pelaburan
sebanyak RM 2.71 billion. Jumlah ini terlalu besar dan tentunya menyukarkan bagi
pihak kerajaan membuat keputusan segera ke atasnya. Pungutan dan pelupusan
sampah sarap pepejal dikatakan melibatkan kos purata pada tahun 1983 sebanyak RM
50 setiap tan. Kalau bagi Kuala Lumpur yang dianggarkan buangan pepejal sampah
ialah 1000 tan sehari, maka ini bermakna sejumlah lebih daripada RM 18 juta akan
terlibat bagi setiap tahun untuk kawasan Kuala Lumpur sahaja.

Dari segi pihak pengilang (pencemar), kesukaran juga timbul dalam melaksanakan
kawalan pencemaran. Kos yang besar akan terpaksa ditanggung bagi memenuhi
piawaian yang ditetapkan. Bagi kilang getah dan kelapa sawit sahaja, sehingga tahun
1983, sejumlah RM 200 juta terpaksa dibelanjakan bagi tujuan ini.

21
Menurut data terkini kerajaan memperuntukkan RM194 juta untuk hal-hal berkaitan
alam sekitar dalam belanjawan 2005. Jumlah ini cukup besar dibandingkan dengan
15-20 tahun lalu tetapi persoalan yang timbul ialah adakah jumlah ini mencukupi?
Jumlah ini menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan dalam pembangunan alam
sekitar negara. Namun jika pencemaran terus meningkat tanpa pengawalan, jumlah ini
sudah tentunya tidak mencukupi untuk menanggung semua gaji pegawai dan
kakitangan yang terlibat dalam hal-hal alam sekitar, pembersihan semula kawasan
pencemaran, program pemeliharaan dan pemuliharaan dan sebagainya.

Salah satu langkah untuk mengurangkan kos ialah memberi kontrak pada pihak
swasta menjalankan proses pembersihan atau menswastakan sesebuah agensi atau
jabatan yang cuma bertanggungan dalam hal-hal pembersihan pencemaran. Langkah
ini sudah pasti mengurangkan beban kerajaan namun masalah akan timbul bila orang
ramai terpaksa membayar harga yang tinggi untuk menikmati alam sekitar yang
bersih. Dalam hal ini sudah pastilah pihak kerajaan akan dipersalahkan pula.

Kesimpulannya, berapa banyak pun peruntukkan yang diberikan kepada kerajaan


untuk pembangunan alam sekitar negara, ia tetap tidak mencukupi jika pencemaran
terus meningkat dan masyarakat tidak turut memainkan peranan memelihara alam
sekitar. Oleh itu, langkah terbaik ialah orang ramai turut memainkan peranan agar
pencemaran dapat dikawal dan seterusnya mengurangkan beban kerajaan. Langkah ini
akan turut melancarkan pembangunan alam sekitar negara agar orang ramai dapat
menikmati alam sekitar yang bersih.

MASALAH KESEDARAN DAN PENERIMAAN UMUM

Sungguhpun kesedaran rakyat tentang kepentingan alam sekitar telah meningkat,


tetapi kesedaran ini masih belum mencapai peringkat yang realistik. Masih ramai
yang melihat pengurusan alam sekitar semata-mata untuk mengadakan udara yang
nyaman dan air yang bersih tanpa melihat kaitannya dengan usaha pembangunan.

Berdasarkan keadaan ini terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab terus


melakukan kegiatan yang mencemarkan alam sekitar dan melanggar peraturan alam
sekitar. Masih ramai pemandu kenderaan motor yang menggunakan asap-asap

22
kenderaan melebihi paras yang dibenarkan iaitu tak lebih 50 UAH yang ditetapkan di
bawah kaedah-kaedah Kereta Motor ( kawalan Pelepasan Asap dan Gas) 1977.

Majoriti rakyat Malaysia masih tiada kesedaran yang menyeluruh tentang


pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Pelbagai pihak hanya melenting dan
mengutarakan pendapat mereka apabila suatu isu alam sekitar itu menjadi sensasi atau
mendapat liputan meluas media massa. Namun tiada tindakan susulan yang berkesan
yang diambil untuk menyelesaikannya. Sebagai contoh, isu bahan toksik yang
diletakkan di dalam sebuah kilang terbiar di Johor di mana bahan toksik itu datang
dari Taiwan . Pelbagai pihak mengutarakan kebimbangan mereka dan kesan bahan
toksik itu terhadap penduduk setempat, namun masih tiada tindakan berkesan untuk
menghapuskan bahan toksik atau memindahkannya ke tempat lain. Mereka yang
terbabit memberikan pelbagai alasan seperti pihak Taiwan enggan menerima balik
bahan itu, masalah pengurusan dan undang-undang dan sebagainya. Seharusnya
tindakan drastik harus diambil dalam hal ini seperti menlupuskan bahan toksik ini
dengan segera dengan cara yang dipratikkan dan bukan membiarkannya begitu
sehingga suatu hari nanti memudaratkan penduduk.

Rakyat perlu sedar bahawa mereka turut bertanggungjawab dalam pemeliharan alam
sekitar dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata. Kesedaran perlu ada dan
bukannya hanya mengambil mudah isu-isu alam sekitar atau hanya pandai bercakap
tanpa apa-apa tindakan. Cadangan dan pelan tanpa apa-apa tindakan berkesan
umpama mencurahkan air ke atas daun keladi.

KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Pendidkan dari peringkat awal memainkan peranan penting untuk menanamkan


kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat. Namun
nilai-nilai ini jarang dapat dilihat dalam masyarakat kini dan pencemaran dan
kemusnahan alam sekitar semakin meningkat. Keadaan ini membuktikan kecacatan
dalam sistem pendidkan negara yang gagal menanamkan sifat-sifat sivik dan terpuji
serta tentang hal-hal alam sekitar kepada masyarakat dan golongan pelajar.

23
Di sekolah Rendah dan Menengah, pendidikan alam sekitar tidak diajar sebagai
matapelajaran yang berasingan dan dimuatkan dalam matapelajaran lain seperti sains
dan Kajian tempatan. Namun untuk keperluan peperiksaan, sering kali matapelajaran
seperti Kajian Tempatan digunakan untuk mengajar subjek lain. Oleh itu, pendidkan
alam sekitar diabaikan untuk memenuhi keperluan alam sekitar dengan menggunakan
masa itu untuk pelajaran lain. Pada peringkat institusi pengajian tinggi pula hanya
pelajar yang mengambil ijazah atau subjek berkaitan dengan alam sekitar sahaja
mengetahui tentang isu-isu dan cara untuk menguruskan alam sekitar. Manakala
pelajar lain hanya berpandangan seperti masyarakat biasa iaitu alam sekitar hanya
berkait dengan kebersihan, flora dan fauna dan persekitaran tanpa mengetahui
kepentingan pengurusan alam sekitar yang betul.

Namun kini terdapat harapan dalam pendidkan alam sekitar di mana kerajaan
mengutamakan pendidikan alam sekitar bermula dari Rancangan Malaysia Ketujuh
(1996-2000) dan masyarakat turut melibatkan diri dalam pendidikan yang bersifat
tidak formal. Contohnya promosi kesedaran alam sekitar, pertandingan bertemakan
alam sekitar dan penyiaran rancangan berbentuk alam sekitar di dalam media
elektronik dan media massa.

Adalah diharapkan usaha-usaha yang ada berterusan agar kesilapan masa lalu tidak
diulangi dan generasi muda dan baru memperoleh ilmu yang menyeluruh tentang
pendidikan alam sekitar serta dapat mempraktikkannya kelak untuk berdepan dengan
isu-isu alam sekitar di masa hadapan. Pendidikan adalah medium yang berkesan untuk
pembangunan kelak.

KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Ketiadaan pegawai penguatkuasa yang mencukupi dan kesusahan dalam menyediakan


laporan yang lengkap sebelum sesuatu tindakan dapat diambil adalah kelemahan
dalam penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dan menyebabkan kepercayaan
orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan semakin menurun. Masalah lain ialah
pemantauan sering dilakukan dalam waktu bekerja walhal banyak pencemaran

24
dilakukan pada waktu malam seperti pelepasan asap kilang dan sisa buangan ke dalam
sungai.

Di peringkat Kerajaan Tempatan dan Pejabat Daerah keadaannya lebih serius kerana
bilangan anggota yang terhad, kebanyakkan daripada mereka tidak dilatih berkenaan
cara menguatkuasakan undang-undang alam sekitar. Malah ada di antara mereka yang
tidak mengetahui pun adanya peruntukkan tentang penguatkuasaan undang-undang
alam sekitar di bawah bidang kuasa mereka. Di Pejabat Daerah Hulu Langat, tiada
seorang pun pegawai yang dilatih dalam hal-hal penguatkuasaan alam sekitar dan
mereka juga tidak tahu adanya peruntukkan berkenaan hal berkenaan di bawah bidang
kuasa mereka.

Selain itu, masalah-masalah lain yang dihadapi ialah kekangan politik dan ekonomi,
pertindihan kuasa antara kerajaan Negeri dan Persekutuan, tiadanya kos yang
mencukupi dan tiada kerjasama daripada orang ramai. Selain itu, masalah pecah
amanah atau rasuah juga mungkin timbul yang menyumbang kepada masalah
kelemahan penguatkuasaan namun tiada data atau kes mengenainya yang diketahui
umum.

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kelemahan penguatkuasaan alam


sekitar. Namun masalah ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk para pegawai
penguatkuasa untuk tidak menjalankan tugas mereka dengan baik. Mereka sepatutnya
berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas agar usaha mereka
dihargai dan mendapat pujian ramai. Melalui cara ini sahaja, masalah-masalah lain
yang dihadapi mereka akan disedari pihak terbabit dan seterusnya menyelesaikan
masalah tersebut satu persatu. Kelemahan dan tiada kesungguhan di pihak pegawai
penguatkuasa sendiri akan membantutkan lagi penguatkuasaan dan menambah
masalah yang sudah banyak berkenaan penguatkuasaan .

KESIMPULAN

Negara sudah mempunyai banyak peruntukkan undang-undang berkenaan alam


sekitar yang jika dikuatkuasakan sepenuhnya mampu menangani masalah-masalah
alam sekitar yang timbul kini. Namun penguatkuasaan sepenuhnya masih tidak dapat
dijalankan kerana pelbagai kelemahan dan kekangan yang ada. Dalam hal ini,

25
kerajaan perlu mengambil kira faktor ini dan bukannya menggubal dan meluluskan
undang-undang alam sekitar yang baru.

Selain itu, pihak swasta dan orang ramai juga perlu memainkan lebih peranan dalam
meringankan beban kerajaan dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata
menangani isu-isu alam sekitar yang timbul. Penyelesaian masalah alam sekitar secara
bukan perundangan seperti melalui pendidikan formal dan tidak formal perlu
dipergiatkan lagi dan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat agar pembangunan
terancang dapat dicapai dengan berkesan.

Pelan pembangunan negara dan pengekalan alam sekitar negara sebenarnya menuju
ke arah yang betul seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ketiga hingga
Rancangan Malaysia Kesembilan. Namun masih banyak lagi tindakan yang perlu
dilakukan untuk mencapai tahap yang diingini disebabkan pelbagai kelemahan dan
kekangan yang timbul. Kuncinya adalah kerjasama daripada semua pihak dan bukan
kerajaan semata-mata. Mengejar kekayaan materialistik sekarang merupakan trend
kehidupan orang ramai tanpa mengambil kira pembangunan alam sekitar, tetapi
apakah nilai harta benda itu kelak jika kita terpaksa membayar harga yang tinggi
untuk menikmati alam sekitar itu sendiri yang sepatutnya percuma sahaja.

Adalah diharapkan mereka yang berpendidikan tinggi juga sedar akan kepentingan
alam sekitar dan menjadi penunjuk arah ke arah pengekalan alam sekitar dan
pembangunan terancang untuk semua.

26

You might also like