You are on page 1of 40

SKAD 6143

ADVOKASI PEMBANGUNAN
TAJUK :
ADVOKASI INSTITUSI PONDOK DALAM
PEMBANGUNAN NEGARA
PENSYARAH :
DR. ER AH CHOY

PEMBENTANG :
MUHAMMAD AZMI BIN MOHD ZAIN (P55804)
MUHAMMAD ROSLI BIN MUHAMMAD JAAFAR (P55807)
MOHD FADZLI BIN YAHAYA (P56780)
SITI TAFSIR MASNORA BT SKH ABDUL KADIR(P57467)
MOHD AZRAAI ZAIN BIN TUSIMIN (P57984)
Pengertian Advokasi
Advokasi ialah mempengaruhi perubahan dalam proses
politik dan birokrasi atas nama seseorang atau beberapa
kumpulan. Proses menggunakan maklumat yang strategik
untuk mengubah dasar yang mempengaruhi kehidupan
orang yang kurang bernasib baik (Joan Isaac, 2004).

Tindakan memohon atau berbahas demi sesuatu, misalnya


sebagai penyebab, idea, atau dasar; sokongan aktif (The
American Heritage of the English Language,2000)

2
Mengapa perlunya advokasi?
Dasar yang tidak mempertimbangkan keadilan dan
keperluan atau suatu proses yang berjalan seperti yang
dikehendaki sedangkan pembuat dasar tidak memerlukan
perubahan ke arah positif sehingga menyebabkan
masyarakat sebagai subjek pembangunan yang mendesak
kepada berlakunya perubahan tersebut.

3
Dalam melakukan advokasi, perlunya menekankan dua
aspek penting iaitu:

 Sebagai penghubung realiti dan situasi yang


diinginkan berkaitan dengan hak asasi manusia.

Untuk memastikan tanggungjawab pemerintah


mengenai kewajipan mereka untuk melindungi,
memenuhi dan menghormati hak asasi seperti yang
dinyatakan dalam undang-undang hak asasi manusia.

4
Bentuk-bentuk Advokasi
1) Ideologis advokasi: dalam pendekatan ini, melawan sesuatu
kelompok, menyatakan tidak bersetuju keatas sesuatu dasar,
untuk memajukan idea-idea mereka dalam pengambilan
keputusan.
2) Massa advokasi : adalah semua jenis tindakan yang diambil
oleh kelompok besar (petisyen, demonstrasi, dll)
3) Birokrasi advokasi : orang dianggap “mahir“, memiliki
kesempatan dalam pengambil keputusan. Mereka
menggunakan birokrasi advokasi untuk mempengaruhi
agenda, namun pada kecepatan lambat.
4) Media advokasi : adalah "strategi penggunaan media massa
sebagai sumber untuk memajukaan masyarakat atau kebijakan
publik inisiatif" (Jernigan dan Wright, 1996). Contoh Masalah
pejabat rusia menerima rasuah sebanyak 50% di waktu perang
dingin.
5
Strategi Advokasi
Kemampuan berkomunikasi dan mendapatkan
maklumbalas daripada golongan sasaran.
Kemampuan yang mengarahkan penglibatan daripada
golongan sasaran.
Kemampuan memilih waktu yang tepat.
Kemampuan memberikan contoh teladan yang baik.
Penguasaan material dan pengetahuan.
Kemampuan untuk berunding dan berupaya
menyelesaikan sesuatu permasalahan.

6
Tiga tahap dalam mengembangkan
strategi advokasi:
Melakukan penilaian pada lingkungan advokasi.
1. Kempen advokasi berbeza bagi setiap negara kerana
lingkungan dasar dan undang-undang bagi sesebuah
negara berbeza.
2. Strategi yang paling harus memanfaatkan segala
kekuatan serta semua peluang yang ada.
3. Mengambil kira masalah-masalah yang dihadapi oleh
masyarakat dan orang yang bertanggungjawab bagi
mengatasi masalah tersebut.

7
Mengenali stakeholder dari isu advokasi.
Perlu mengenali orang yang harus dihubungi untuk
meminta bantuan atau sokongan bagi mencari jalan
penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan wujud yang
berkaitan dengan masyarakat.

Memilih strategi yang tepat.


Altenatif strategi yang dapat digunakan untuk melancarkan
advokasi:-
i. Advokasi media
ii. Advokasi legislatif
iii. Advokasi melalui lembaga ekskutif dan birokrasi
iv. Advokasi melalui pengadilan
8
Advokasi Agama
Menurut Fowler & Hertzke (1995), advokasi agama
bermaksud usaha yang diorganisasikan bagi
mempengaruhi sesuatu polisi awam. Dalam kajian yang
dijalankan oleh Ebersole (1951), terdapat enam belas buah
ruang legar keagamaan di Washington, DC.
Fairbanks (1979) pula menggunakan perangkaan bagi
keahlian gereja seperti “menyatakan budaya keagamaan”
dalam analisisnya dengan pelbagai “dasar-dasar moraliti”
di Amerika. Laporan yang dilakukan menunjukkan satu
penemuan analisis data yang dikutip dari penggubal
undang-undang negeri Wisconsin yang membenarkan serta
membetulkan kedua-dua batasan dalam kajian-kajian sedia
ada, iaitu dari segi keagamaan dan pengubalan undang-
undang.
9
Pertama, ia menyediakan pembolehubah yang
membenarkan lebih pemahaman kompleks keagamaan
individu. Keduanya, mengandungi langkah-langkah
menghubungi ahli majlis undangan dan pertubuhan
keagamaan bagi pengubalan dasar dan menilai peranan
advokasi agama di khalayak ramai.

10
Agama Menurut Islam
Agama menurut sudut pandangan Islam sangat berbeza
dengan persepsi Barat, dari sudut pandangan islam agama
adalah cara hidup, cara berfikir, berideologi, dan
bertindak. Agama juga meliputi sistem-sistem politik,
ekonomi, sosial, undang-undang dan kenegaraan. Agama
menitik beratkan pembentukan moral dan spiritual
sesebuah masyarakat serta pembinaan tamadun
(www.angelfire.com/country/maridjan/agama.htm).

11
Agama Menurut Barat
 Manakala Barat pula mendefinisikan agama dari sudut
pandangan yang berbeza-beza, antaranya agama itu tidak lebih
daripada konsep morality atau akhlak, mereka juga
mendefinisikan agama itu sesuatu yang menyentuh hal-hal
ruhaniayyah atau spiritual sahaja serta agama juga
didefinisikan oleh barat sebagai suatu upacara atau ritual
penyembahan.

12
Menurut Berger (1967), agama merupakan salah satu
bentuk realiti sosial yang dibina oleh manusia. Manakala
menurut Emile Durkheim, agama berperanan menyatukan
manusia dengan kumpulan masyarakatnya tetapi bukan
dengan Tuhannya. Upacara-upacara keagamaan
membantu seseorang meningkatkkan rasa “sense of
community“ sehingga menyatukan mereka dalam satu
kelompok sosial (Paul B. dan Chester L., 1999). Justeru
kedua-dua tokoh ini berpendapat agama terbentuk
daripada tingkah laku manusia.

13
Pengenalan Institusi Pondok
 Berasal dari perkataan Arab `Funduqun’ yang bererti tempat
penginapan, rumah tumpangan atau hotel untuk orang yang
mengembara

 Kamus Dewan (Edisi Keempat) `Pondok’ bermaksud rumah kecil


yang didirikan sementara untuk sementara di sawah, ladang dll;
rumah (untuk merendahkan diri apabila bercakap dengan orang);
rumah kecil yang tidak elok (berdinding buluh, beratap rumbia
dll); madrasah dan asrama tempat mengaji, belajar agama dll.

14
 Institusi pengajian tertua orang Melayu yang mengajar pendidikan
agama yang berteraskan kepada Al-Quran – tauhid, fikah, akhlak
dan hadis – kebanyakannya menggunakan kitab-kita Jawi

 Rosnani Hasim (1996) percaya bahawa sistem pondok berasal


dari Mekah walaupun ada mengatakan ia berasal daripada Patani
dan Sumatera

 Murid-murid yang belajar di Mekah dan Patani balik akan


membuka pondok-pondok mereka sendiri di Kelantan,
Terengganu, Kedah, Seberang Perai dan Perak – berkembang
pesat pada abad ke 19 dan awal abad ke 20

 Terdapat lebih daripada 64 buah pondok pernah wujud di Negeri


Kelantan, Terengganu dan Kedah

15
Latar Belakang
 Tidak diketahui dengan tepat bilakah tarikh mulanya sekolah pondok
diperkenalkan di Tanah Melayu - muncul dan berkembang mengikut
keperluan dan sambutan orang ramai yang datang belajar di satu-satu tempat
yang mempunyai Tok Guru yang mengajar ilmu-ilmu agama.
 Pengajian pondok dapat dikesan sejak zaman kerajaan Pasai, Melaka dan
Acheh iaitu pada abad ke 17. Perkembangannya boleh dibahagikan kepada
empat generasi (Shafie Abu Bakar, 1984).

1. Syaikh Nuruddin al-Raniri, Syaikh Abdurra`uf al-Fansuri dan Syaikh


Hamzah al-Fansuri (Tahun1600 dan sebelum).
2. Syaikh Abdus Shamad Palembang, Syaikh Daud Patani dan Syaikh
Muhammad Arsyad Banjar (Tahun 1700 hingga awal Tahun 1800).
3. Syaikh Muhammad Zain Patani, Syaikh Ahmad bin Muhamad Zain
Patani dan Syaikh Ahmad Khatib Minangkabau (Tahun 1800).
4. Tok Kenali, Syaikh Pak Da Eil, Al-Mufti Muhammad Nor bin
Ibrahim,Tok Guru Abdullah Tahir Bunut Payung dan Tok Guru Hj.
Abdul Aziz Pasir Tumboh (Tahun 1900).
16
Pondok dan Politik
 Penglibatan Tok Guru Pondok dalam politik Tanah Melayu
bermula seawal 1900 - Tok Kenali menerbitkan Majalah
Pengasuh pada tahun 1918 di Kelantan – Beliau juga
mengasaskan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Kelantan (Shafii Ibrahim, 1992).

 Di Terengganu Haji Wan Abdul Latif bin Abdul Kadir menyertai


Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

 Di Kedah, Haji Hussein Che Dol, Haji Abdullah Abas Nasution


dan Haji Yahya Junid menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM).

 Pulau Pinang, Mufti Haji Abdullah Fahim muncul tokoh


penentang Malayan Union.
17
Pondok dan Politik
 Penubuhan Maahad Al-Ehya Al Syariff Gunung Semanggol pada
tahun 1934 oleh Haji Abu Bakar al-Baqir.

 Bersama-sama Dr Burhanuddin al-Helmy di bawah Parti


Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) mencetuskan penubuhan.
 Pusat Perekonomian Melayu Semalaya (PEPERMAS)
 Majlis Agama Tertinggi Semalaya (MATA)
 Lembaga Perpaduan Rakyat (LEPIR)
 Hizbul Muslimin (HAMIM) pada tahun 14 Mac 1948 – Bahaya
Dari Gunung – Dato’ Onn - 29 Julai 1948 pemimpin utama
HAMIM ditangkap – Haji Abu Bakar al-Baqir, Ustaz Abd.
Rabb al-Tamimi dan Ustaz Abdul Rauf Nur – HAMIM
diharamkan
18
Pondok dan Politik
 Pengharaman HAMIM menyebabkan ramai Tok Guru Pondok
seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan berjuang dalam UMNO -
dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno.
 Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah
mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan `Manifesto al-
Badawi’ dengan tema `Ulamak ke Jalan Allah’ bersempena
menyambut persidangan bagi menubuhkan PAS pada 24
November 1951.
 Di bawah kepemimpinan Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan,
Dr Haji Abbas Alias dan Dr Burhanuddin al-Helmy, PAS
memperjuangkan kemerdekaan yang ingin menegakkan hukum
Islam. PAS juga menolak kerakyatan jus soli dan mendesak
supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka.
19
Pondok dan Politik
 Mendapat sokongan yang kuat daripada institusi pondok - di mana
ada sawah, di situ ada pondok sehinggakan pondok sinonim
dengan `3P’ - `Padi, Pondok dan PAS’
 Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 -Terengganu dan
Kelantan berjaya dikuasai PAS - Mohd Daud Abdul Samad di
Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai
Menteri Besar
 PAS menyertai beberapa parti lain dan telah membentuk Kerajaan
Campuran PAS - Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama
mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974
 PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu
kepemimpinan ulama tradisi (1951 - 1956), kepemimpinan
nasionalis kiri (1956 - 1969), kepemimpinan nasionalis kanan
(1969 - 1982) dan kepemimpinan ulama haraki (1982 - sekarang)
20
Pondok dan Politik
 Penyertaan Tok Guru Pondok dalam politik telah melatari
perkembangan politik negara – menjadikan agama sebagai teras
perjuangan
 Golongan ulama dan guru-guru agama seperti pondok merupakan
golongan pertama yang memberi sokongan kepada perjuangan
PAS (Kesseler, 1978)
 Mempengaruhi dasar negara dalam pelbagai aspek seperti
pendidikan, pentadbiran, ekonomi dan sosial
 Membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada
tahun 1982 – merancakkan proses Islamisasi di Malaysia
 Bekerja lima hari seminggu dan cuti bersalin 60 hari
 Pewujudan pajak gadai berasaskan Islam (Ar Rahnu)
 Perisytiharan Malaysia sebagai Negara Islam oleh Dr
Mahathir pada 29 September 2001
21
Pondok dan Pendidikan
 Abdul Halim Ahmad menganggap sistem pendidikan pondok sebagai sekolah
Melayu yang asal (Khoo Kay Kim, 1985)
 Sekolah pondok boleh dianggap sebagai satu legasi pendidikan tertua dan
berpengaruh di Tanah Melayu (Mohd Nor Manutty)
 Berkembang menjadi sekolah-sekolah agama rakyat – dimodenkan dan di
bawah pengurusan yang sistematik – Lembaga Penasihat Rancangan Dasar
PAS Kelantan - Yayasan Islam Kelantan (YIK)
 Banyak SAR telah diserapkan dan mendapat bantuan daripada kerajaan
pusat
 Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan
 Pusat Pengajian Tinggi Islam di Nilam Puri yang ditubuhkan pada 1968
akhirnya telah dijadikan sebagai Cawangan Akademi Islam Universiti
Malaya
 Madrasah Sultan Zainal Abidin (1925) dijadikan sebagai Sekolah Menengah
Agama Sultan Zainal Abidin (1958) – KUSZA (1980) – UDM (2006)
22
Pondok dan Pendidikan
 Semasa PAS berada di bawah BN (1974 – 1978) berjaya
bertindak sebagai kumpulan pendesak – menuntut lebih banyak
institusi pendidikan agama dibangunkan – Maktab Perguruan
Islam, mendesak supaya Koleh Islam Malaya dijadikan
Universiti Islam (Kolej Islam Kelang)
 Kemasukan bekas pemimpin ABIM dalam PAS akhir 70-an
memperkukuhkan lagi institusi pendidikan agama yang di bawa
oleh PAS
 Penubuhan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) berjaya menarik
sokongan – 1996 terdapat 700 cawangan, 2,000 orang guru dan
30,000 murid – 70% bukan ahli PAS
 Memperkukuhkan semula SAR di bawah kerajaan Pakatan
Rakyat – Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan
bantuan RM1.5 juta kepada 17 SAR.
23
Pembangunan Pendidikan Islam
 Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam melalui JAKIM
telah diwujudkan pada 1 Januari 1991, sebagai urus setia
kepada Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan
Pendidikan Agama Islam (LEPAI).

 LEPAI adalah sebuah lembaga yang telah ditubuhkan


berdasarkan kepada pertimbangan dan perkenan Majlis Raja-
Raja pada 24 Februari 1983.

 Misi penubuhannya ialah untuk membangunkan masyarakat


Malaysia yang berilmu, beriman, beramal dan beramal
mulia.

24
Pembangunan Pendidikan Islam
 Fungsi-fungsinya ialah:
1. Perlaksanaan Pendidikan Islam, Moral dan Bahasa Arab
di sekolah.
2. Penempatan dan pertukaran guru pendidikan Islam.
3. Memantau dan menyelaras aktiviti-aktiviti pendidikan
Islam di sekolah.
4. Menguruskan bantuan kewangan dan kemajuan sekolah
rendah agama dan menengah kebangsaan agama.

25
Kurikulum Pendidikan Islam
 Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran wajib bagi semua
peringkat persekolahan, ia selaras dengan pernyataan bahawa Islam
adalah Agama Persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia.

 Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)


merupakan kesinambungan daripada program Pendidikan Islam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

 KBSR menekankan kemahiran membaca Al-Quran,Asas ‘Ulum


Syari’iyah dan Asas Akhlak Islamiyah sebagai fardhu ain.

 KBSM untuk para pelajar ditingkatkan lagi pengetahuan dan


penghayatan dalam bidang Tilawah Al-Quran, Ulum Syari’iyah dan
Asas Akhlak Islamiyah.

26
ADVOKASI DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN
 Lebih bersifat reaktif kepada situasi sosio-agama di dalam dan
luar negara.
 Tekanan daripada pengaruh politik PAS, NGO Islam seperti
ABIM, gerakan Islamisasi antarabangsa memerlukan Kerajaan
mengubah cara pentadbiran bagi memenuhi aspirasi rakyat dan
mengekalkan penguasaan politik.
 Proses Islamisasi di Malaysia sangat sinonim dengan zaman
pemerintahan Dr. Mahathir (1981 – 2003).
 Berbeza dengan Perdana Menteri sebelumnya, Dr. Mahathir
sering disebut sebagai Perdana Menteri Malaysia yang
konsisten dan tidak terpaut pemikirannya dengan ideologi
pemisahan agama dalam urusan politik dan negara.

27
DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM
PENTADBIRAN, 1985
 Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran adalah
sebahagian daripada pelbagai usaha Kerajaan Malaysia untuk
memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan
rakyat Malaysia. Rasional Kerajaan memberi perhatian kepada nilai-
nilai khususnya nilai-nilai Islam ialah:
"Dalam usaha untuk memelihara maruah Warganegara Malaysia,
maka perlulah ia mempunyai satu identiti yang kukuh. Dalam
konteks ini, unsur yang terpenting sekali dalam pembentukan
identiti Warganegara Malaysia ialah nilai. Ia merupakan satu
faktor utama yang boleh memastikan kelahiran sesebuah
masyarakat yang disegani. Sesuatu bangsa yang tidak mempunyai
nilai kehidupan yang tertentu akan mudah menjadi mangsa kepada
bangsa lain yang sentiasa berusaha mengembangkan nilai-nilainya
dan dengan perkembangan ini akan dapat menguasai bangsa yang
28 tidak mempunyai nilai-nilai yang kukuh."
DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM
PENTADBIRAN
Sebelas daripada nilai-nilai Islam yang banyak telah dipilih untuk
dijadikan asas dasar ini. Nilai-nilai tersebut ialah:

Amanah Bersih
Tanggungjawab Berdisiplin
Ikhlas Bekerjasama
Dedikasi Berbudi mulia
Sederhana Bersyukur
Tekun
Sebelas nilai ini dipilih kerana ia merupakan unsur-unsur yang boleh
diterima sebagai kunci kepada kejayaan dalam menjalankan urusan-
urusan kehidupan terutamanya dalam pentadbiran sesebuah negara.
29
DASAR WANITA NEGARA vs DASAR WANITA
KELANTAN

Dasar Wanita Negara, 2009 berhasrat menjamin pembangunan dan


pengupayaan wanita dengan mengarusperdanakan kepentingan
wanita untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya dalam
perancangan dan pembangunan negara untuk mencapai
kesaksamaan gender.

Dasar Wanita Kelantan, 2001 bertujuan untuk membangun,


mengembangkan kemuliaan serta memupuk potensi wanita untuk
kemajuan dan kesejahteraan masyarakat dan rakyat Kelantan
dengan penghayatan cara hidup Islam.

30
DASAR WANITA NEGARA vs DASAR WANITA
KELANTAN

BIL DWN DWK


1. Membangun potensi dan Mempertahan dan membina kemuliaan
mendayaupayakan wanita dari wanita melalui pengukuhan akhlak dan
pelbagai lapisan masyarakat dan moral.
dalam semua sektor sebagai agen
perubahan kepada masyarakat
serta penyumbang kepada
pembangunan ekonomi dan sosial
negara.
2. Menyediakan persekitaran yang Membangun wanita sebagai potensi
kondusif, termasuk penggubalan sumber manusia untuk pembangunan
dasar dan perundangan mesra masyarakat.
wanita, bagi meningkatkan
martabat dan kesejahteraan hidup
wanita dalam semua aspek
termasuk fizikal, ekonomi, sosial,
31
politik, kesihatan, psikologi dan
kerohanian.
DASAR WANITA NEGARA vs DASAR WANITA
KELANTAN

BIL DWN DWK


3. Membudayakan kesaksamaan Menggalakkan penyertaan wanita dalam
gender di kalangan semua lapisan proses pembangunan masyarakat.
masyarakat dalam semua sektor.
4. Memastikan pandangan dan suara Memastikan perkongsian yang adil
wanita diterima pakai dalam terhadap peluang penyertaan wanita
proses membuat keputusan di bagi manfaat pembangunan.
semua peringkat.
5. Mencapai perkongsian saksama Ruang dan peluang yang adil untuk
antara wanita dengan lelaki dalam wanita untuk meningkatkan kemajuan
memperoleh dan mengawal kerjaya dalam semua sektor .
sumber dan peluang penyertaan
serta menikmati manfaat
pembangunan.

32
DASAR WANITA NEGARA vs DASAR WANITA
KELANTAN

BIL DWN DWK


6. Meningkat dan mengukuhkan Mempertahankan dan meneguhkan
perkongsian adil dan saksama sistem kekeluargaan supaya dibina dan
antara wanita dengan lelaki dalam diurus berdasarkan cara hidup Islam.
semua aspek kehidupan bagi
memantapkan institusi keluarga
serta membangunkan komuniti
dan masyarakat.

33
KONSEP ISLAM HADHARI vs DASAR PENTADBIRAN
DAN PEMBANGUNAN NEGERI KELANTAN

Islam Hadhari atau "Islam yang bertamadun" merupakan konsep


kerajaan Malaysia pimpinan YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad
Badawi berasaskan Islam dari Al-Quran. Ia bukanlah agama baru,
bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha untuk
mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang
terkandung dalam Al-Quran dan Hadis yang merupakan teras
pembinaan Tamadun Islam.

34
Visi: Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam
contoh.

Misi: Melaksanakan agenda pembangunan negara dan


ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju,
bertamadun, bertoleransi dan berimbang.

Objektif: Melahirkan individu dan masyarakat yang


mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual,
material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan,
inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara
bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

35
KONSEP ISLAM HADHARI vs DASAR
PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN NEGERI
KELANTAN
Berdasarkan slogan Membangun Bersama Islam dengan tiga sendi
utamanya Ubudiah, Mas’uliah dan Itqan, Kerajaan Negeri berusaha
mentadbir dan membangunkan Negeri Kelantan Darul Naim, Negeri
Serambi Mekah dengan tadahan wahyu dari Nya.
Membangun Bersama Islam bererti kepimpinan yang menekankan
tanggungjawab di dunia dan di akhirat dengan meletakkan Al-Quran
dan Sunnah sebagai rujukan utama, dan Ulama’ sebagai paksi
kepimpinan. Ianya menuntut pelaksanaan syariat Allah,
menyampaikan dakwah, berusaha menyeru kepada kebaikan dan
mencegah kemungkaran.
Dasar ini bermatlamat untuk memastikan semua urusan
pemerintahan dan pentadbiran negeri yang dirancang adalah selari
dengan matlamat Membangun Bersama Islam berpandukan ajaran Al-
Quran dan Sunnah.
TINDAKBALAS LAIN
PERKARA KERAJAAN NEGERI KERAJAAN PUSAT
Sistem Pajak Gadai Dilaksana tahun 1992 oleh Diperkenalkan oleh YAPEIM
Islam Ar-Rahn PKB tahun 1993
Kemudahan Cuti Diumumkan pada 19 Mei Diumumkan pada 15 Oktober
Bersalin 90 hari 2010 dan dilaksana mulai 2010 dan dilaksana mulai
2011 (60 hari mulai 1990) 2011 (60 hari mulai 1998)
Waktu Bekerja 5 Hari Dilaksana pada tahun 1990 Mula dilaksana pada 1 Julai
Seminggu 2005
Penyertaan Wanita Wanita dilarang menyertai Pemberian elaun bulanan
Dalam Tilawah tilawah (1990 – 2009) dan mulai Okt 2010 kepada
dikaji semula qari/qariah yang menjadi
johan antarabangsa.

Cuti bersalin: Shahrizat ‘kerja keras’ ikut Kelantan – The Malaysian Insider (21.5.2010)

37
 Islamisasi merujuk kepada proses pengislaman dengan
memasukkan nilai-nilai suci yang terdapat di dalam ajaran
Islam. Dalam konteks Malaysia, Islamisasi diertikan sebagai
proses menerapkan nilai-nilai Islam dalam segenap aspek
yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia. (Ahmad Fadhli
Shaari, 2001)
 ‘Sejarah Sebagai Hakim Muktamad’ - `mengulas mengenai
kebimbangan perlumbaan Umno dengan Pas untuk
mengislamisasikan negara’ (Lee Ban Chen, 2002)
 Isu Negara Islam adalah satu isu yang melibatkan semua
rakyat dan bukan sahaja menjadi isu yang melibatkan UMNO
dan PAS sahaja (Ahli Parlimen DAP Kawasan Tanjung,
Chow Kon Yeow Semasa Membahas Belanjawan 2002,
2001)
38
Rumusan
 The Emerging Politics of Islam Hadhari’ menyentuh bahawa
idea Islam Progresif bukanlah suatu yang baru tetapi
mengulangi kembali landskap politik rakyat Malaysia
semenjak awal 1970-an. (Terence Chong, 2006)
 Ada dua pandangan popular dalam masyarakat bukan Islam.
Pertama, apakah Islam Hadhari agama baharu? Dan yang
keduanya adakah Islam Hadhari satu proses Islamisasi yang
baharu di Malaysia? (Sarjit Singh, 2006)
 Kajian mengenai perspektif masyarakat Cina berpelajaran
terhadap agama Islam di Malaysia mendapati responden
bersetuju masuk Islam bermakna menjadi Melayu (Aminudin
Ruskam al-Dawamy, 2002)
39
40

You might also like