You are on page 1of 41

1.

0 – PENDAHULUAN

Dalam tajuk sumber-sumber hukum ini, kami akan memperjelaskan mengenai al-
Quran dan As-Sunnah. Dalam kajian yang kami perolehi, dapatlah kami simpulkan
bahawa al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang mengandungi berbagai jenis ilmu
pengetahuan, undang-undang syarak, adab peraturan, berita ghaib dan mengenai
berita yang telah berlaku, sekarang dan akan datang.

Manakala As-Sunnah pula didefinisikan sebagai perkara yang lahir daripada Nabi,
sama ada beberapa perkataan, atau perbuatan atau pengakuan.

Secara jelasnya, dapatlah kami simpulkan bahawa sumber hukum atau dalil
perundangan ialah sumber pengambilan di dalam mnetapkan sesuatu hukum syarak,
samada ia berasaskan sumber yang disepakati oleh ulamak mujtahid ataupun sumber
yang tidak disepakati oleh mereka.

Akhir sekali, kami berharap agar setiap usul yang akan kami bentangkan dapat
dijadikan pengetahuan serta dapat menambahkan ilmu khususnya yang berkaitan
dengan sumber-sumber hukum. Insya Allah.

1
2.0 - Al-QURAN

Al-Quran adalah sumber utama yang berada ditingkat yang paling atas dari segi
hierarki sumber pengambilan hukum. Semua perkara yang berlaku mestilah dirujuk
kepada al-Quran. Sekiranya hukum tersebut tiada dalam al-Quran barulah perlu dirujuk
kepada al-hadis dan sumber hukum yang seterusnya.1

2.1- Pengertian Al-Quran

Al- Quran adalah kalam Allah yang dapat melemahkan yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad dengan perantaraan Jibril yang ditulis dalam mashaf yang dipindahkan
dengan cara mutawatir dan dikira beribadat orang yang membacanya yang dimulakan
dengan surah al-Fatihah dan disudahi dengan surah an-Nas. Pengertian ini adalah takrif
yang disepakati oleh Jumhur Ulama’.2

Takrif atau pengertian al-Quran dapat diberikan dalam dua bentuk iaitu pengertian
dari segi bahasa dan istilah.

Dari segi bahasa mengikut pendapat Imam al-Syafi’e berpendapat, perkataan al-
Quran dieja dengan al-Quran iaitu tanpa huruf hamzah (‫ران‬//‫)الق‬, bukannya al-Quraan
.‫ القرآن‬Tiada huruf hamzah pada perkataan al-Quran kerana ia merupakan khusus
bagi perkataan al-Quran seperti juga nama bagi kitab Taurat dan Injil.3

Selain itu juga, al-Quran adalah sebuah kitab yang mengandungi berbagai jenis
sumber ilmu pengetahuan, undang-undang syarak, adab peraturan, berita-berita ghaib dan
mengenai berita yang telah berlaku, sekarang dan akan datang.

1
Faisal Bin Yahya, Pendidikan Syariah Islamiyah Fokus Jingga SPM,
(Selangor, Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd, Cetakan Pertama, 1999) h. 20
2
Rosmawati Ali @Mat Zin, Pengantar Ulum Al-Quran, (Kuala Lumpur, Prospecta Printers
Sdn.Bhd, Cetakan Pertama (September), 1997) h. 23
3
Rosmawati Ali @Mat Zin, ibid, h. 24

2
Menurut Al-Farra’ dan Al-Qurtubi, perkataan al-Quran berasal daripada perkataan
Al-Qara’in (‫ران‬//‫ )الق‬yang bermaksud tanda-tanda atau petunjuk. Ini kerana sebahagian
ayat-ayatnya menunjukkan maksud dan pengertian yang sama dengan sebahagian yang
lain. Huruf Nun di dalam kata al-Qara’in itu menunjukkan Nun yang asal, bukannya
huruf tambahan.

Mengikut pendapat al-Asy’ari pula al-Quran berasal daripada kata Qarana ‫قرن‬. Ia
bermaksud menggabungkan. Hal tersebut kerana ayat-ayat al-Quran dan surah-surahnya
dihimpun dan digabungkan dalam satu mashaf.

Al-Quran juga berasal daripada perkataan al-Qira’ah (‫راءة‬//‫ )الق‬yang bermaksud


bacaan. Al-Quran juga adalah masdar daripada perkataan maqru’ (‫ )مقروء‬yang bererti
bacaan. Al-Quran ialah masdar daripada perkataaqru’ (‫ )مقروء‬yang bererti yang dibaca.4

Wahbah al-zuhaili (1982) mendefinisikan al-Quran sebagai himpunan perkataan


Allah SWT yang diturunkan kepada Rasulullah SAW di dalam bahasa Arab untuk
melemahkan sesuatu dengan hanya satu surah sahaja, ia ditulisatau dikumpul di dalam
satu mashaf, ia disampaikan secara mutawatir, dikira ibadat apabila membacanya, ia
dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas.5

Perkataan al-Quran menurut bahasa diambil dari kata kerja (fi’il) kataba, ertinya
ia menulis. Maka perkataan kitab itu bererti tulisan. Maksudnya, agar ia tercatit atau
tertulis di dalam mushaf oleh segenap umat manusia terutama oleh para pemeluk atau
pengikut agama Islam.6

4
Rosmawati Ali @Mat Zin, ibid, h. 25
5
Faisal Bin Yahya, op.cit, h. 20
6
Ibnu Khalil, Al-Quran Dan As-Sunnah Sebagai Pedoman Hidup, (Johor Bahru, Percetakan
Nasional Malaysia Berhad, Cetakan Pertama, 1998) h. 191

3
Erti al-Quran menurut syariat pula adalah sebagaimana firman Allah:

“ Firman Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW yang bersifat mu’jizat
(melemahkan) dengan sebuah surah daripadanya, yang beribadat bagi yang
membacanya.”

Maksudnya: Al-Quran itu berisi firman Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad
SAW yang dengan sesurat daripadanya telah dapat melemahkan pihak lawan atau orang
yang mengingkarinya, dan orang yang membacanya dianggap beribadah kepada Allah.7

Manakala dari segi istilah pula ialah al-Quran membawa erti kalam Allah yang
azali yang diturunkan secara mutawattir kepada nabi Muhammad SAW dengan
perantaraan Jibril yang melemahkan musuh-musuh Islam dan dikira beribadat bagi
sesiapa yang membacanya.

Al-Quran ialah kalam Allah yang azali dan sekali gus berfungsi sebagai mukjizat
untuk membuktikan kebenaran kerasulan nabi Muhammad SAW yang mana ia
diturunkan kepada baginda melalui perantaraan malaikat Jibril, yang ditulis di dalam
mashaf, kemudiannya diriwayatkan secara mutawatir dan dikra beribadat apabila
membacanya.8

Menurut pengertian yang diberikan oleh Imam al-Suyuty di dalam kitabnya al-
Itqan Ulum al-Quran, al-Quran ialah: kalam allah yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW yang mana ia tidak dapat ditandingi oleh musuhnya walaupun satu
ayat.

Menurut pengertian yang diberikan oleh ulama Mutakkhirin ialah: kalam Allah
yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang mana ia tidak dapat ditandingi oleh
musuhnya walaupun satu ayat dan dikira ibadat sesiapa yang membacanya.

7
Ibnu Khalil, ibid, h. 192
8
Rosmawati Ali @Mat Zin, op.cit, h. 20

4
Menurut pendapat ulama al-Kalam, al-Quran ialah: kalam yang ghaib serta azali
daripada zat Allah yang mana ia sentiasa bergerak dan tidak ditimpa apa-apa bencana.

Menurut pendapat Imam al-Syaukani al-Quran ialah: kalam Allah yang azali yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang dibaca dengan lisan dan dipindahkan
kepada kita secara mutawatir.

Walaupun di sana terdapat perselisihan dan perbezaan pengertian yang diberikan


oleh ulama, namun perbezaan itu adalah dari sudut lafaz sahaja. Sebagai rumusannya, al-
Quran ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang menjadi
mukjizat serta ditulis di dalam beberap mashaf, diriwayatkan secara mutawattir, dikira
beribadat sesiapa yang membacanya dan kafir sesiapa yang mengingkarinya. Justeru itu,
berdasarkan pengertian tersebut, dapat difahami al-Quran sebuah kitab yang menjadi
panduan dan sesuai dilaksanakan dimana saja, tanpa ada batasan waktu serta terkandung
dalamnya perkara umum dan khusus. 9

2.2 - Kemukjizatan Al-Quran

Mukjizat merupakan suatu perkara yang aneh-aneh, kejadian yang ajaib-ajaib,


sifat dan kecekapan yang luar biasa, yang dapat mengatasi kecekapan dan kepandaian
musuh yang dihadapinya. Kelebihan yang diberikan Allah kepada utusan dan kekasihNya
itu dikenali sebagai mukjizat.10

Salah satu mukjizat yang diberikan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW
ialah al-Quran. Al-Quran adalah mukjizat yang paling besar dianugerahkan kepada
baginda Rasulullah SAW, kerana gaya bahasa dan nilai estetikanya terlalu tingi dan boleh
menimbulkan getaran jiwa, perasaan khusyu’ dan keinsafan yang tidak terdapat pada

9
Ibid, h. 27

10
H. Aboebakar Acheh, Sejarah Al-Quran, (Kuala Lumpur, Percetakan Polygraphic (M)
Sdn.Bhd, Cetakan Kedua, 1997) h. 46

5
kitab-kitab suci yang lain yang diturunkan oleh Allah ke dunia, hingga ahli-ahli sastera
Arab yang bijak terpegun mendengarnya.11

Al-Quran telah membuat ramalan terhadap perkara yang akan berlaku, kemudian
ramalan akan menjadi kenyataan, demikian juga ia menyampaikan beberapa peristiwa
besar yang telah berlaku kepada generasi-generasi dahulu kala yang tidak tercatat dalam
sejarah tamadun umat manusia. Penemuan-penemuan baru yang dilakukan oleh ahli-ahli
kaji purba telah membuktikan kebenaran berita dari kitab suci itu.

Antara mukjizat al-Quran ialah tiap-tiap pembacanya tidak terasa jemu,


pendengarnya tidak terasa bosan, malahan semakin banyak dibaca dan semakin banyak
didengar semakin lagi khusyu’ dan menambah kesedaran dalam jiwa dan perasaan. Ini
semua adalah bukti yang terang bahawa al-Quran datang dari Allah SWT.

Kitab suci al-Quran mengandungi perkara-perkara pokok berhubung dengan


agama dan perkara-perkara pokok yang berkaitan dengan keduniaan. Al-Quran
menjelaskan berbagai-bagai perundangan agama dan juga perkara-perkara ghaib di
akhirat. Dalam al-Quran telah tercatat berbagai ilmu yang sulit dan sukar, hingga
dibuktikan kebenarannya oleh ilmu-ilmu moden yang baru muncul terkandung asas-asas
ilmu hayat, asas ilmu kesihatan, ilmu metafizik, asas-asas ilmu ekonomi, asas ilmu
kejuruteraan, asas-asas ilmu pertanian, asas-asas ilmu kimia, asas-asas ilmu astronomi,
asas-asas ilmu pelayaran dan perkapalan, asas-asas ilmu jiwa, asas-asas ilmu
antropologi, asas ilmu perlembagaan dan berbagai-bagai ilmu berhubung dengan
urusan-urusan di dunia yang merangkumi seluruh kebudayaan umat manusia. Oleh itu,
ramai orang bukan Islam telah menyatakan kekaguman mereka terhadap al-Quran al-
Karim antaranya ialah:

Doktor Moris Prancis, menyatakan : “ Sesungguhnya a-Quran adalah sebaik-


baik kitab yang dikeluarkan oleh ’inayah ketuhanan kepada anak Adam dan sebenarnya
ia bukan sebuah kitab yang tidak ada sebarang prasangka.”
11
Faisal Bin Yahya, op.cit, h. 25

6
Henry de Costrie pula berkata: “ Bahawasanya al-Quran menawan fikiran dan
lubuk hati manusia, dan ia telah diturunkan kepada Muhammad yang membuktikan
kebenaran risalahnya.”

Alex Loison berkata, “ Muhammad telah meninggalkan kepada dunia sebuah


kitab yang menjadi lambang keindahan bahasa dan sastera dan dasar akhlak, iaitu kitab
suci dan tidak ada masalah-masalah ilmiah yang baru dibongkar atau penemuan-
penemuan baru yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam, maka terbuktilah
persesuaian yang sempurna antara pengajaran al-Quran dan undang-undang alam.”12

Gothe seorang penyair barat yang terkenal berkata: “Bahawa pengajaran-


pengajaran al-Quran adalah praktikal dan selaras dengan keperluan-keperluan
pemikiran.”

Contohnya, kita boleh meniti beberapa petikan al-Quran al-Karim yang


membuktikan kebenaran, keindahan bahasa dan sastera serta ketajaman maknanya.
Firman Allah:

‫ور ٍة ِّمن ِّمثْلِ ِه َوا ْدعُواْ ُش َه َداء ُكم‬


َ ‫س‬
ِ ِ ٍ ْ‫َوإِن ُكنتُ ْم فِي َري‬
ُ ‫ب ِّم َّما َن َّزلْنَا َعلَى َع ْبدنَا فَأْتُواْ ب‬
‫َّار الَّتِي‬ َّ ِ ِ ‫ون اللّ ِه إِ ْن ُك ْنتُم‬ ِ ‫ِّمن ُد‬
َ ‫﴾ فَِإن ل ْم َت ْف َعلُواْ َولَن َت ْف َعلُواْ فَ َّات ُقواْ الن‬٢٣﴿ ‫ين‬ َ ‫صادق‬ َ ْ
ِ ِ ْ ‫ْحجارةُ أ ُِع َّد‬ ِ
٢٤﴿ ‫ين‬ َ ‫ت ل ْل َكاف ِر‬ َ َ ‫َّاس َوال‬ ُ ‫ود َها الن‬ُ ُ‫﴾ َوق‬
Terjemahan:
“ Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan (Al-Quran)
kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah
Yang sebanding Dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang Yang kamu percaya
boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang Yang benar. Maka
kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya,

12
Ibnu Khalil, op.cit, h. 203

7
maka peliharalah diri kamu dari api neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia
dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) Yang disediakan untuk orang-orang kafir.”
(Al-Baqarah: 2:23-24)

Secara jelasnya, al-Quran merupakan pelengkap kepada semua kitab sebelumnya.


Al-Quran juga merupakan kitab suci terakhir dan penutup kepada kitab suci sebelumnya.
Al-Quran sesuai digunakan dan diikuti pada semua keadaan, tempat dan masa, berlainan
dengan kitab sebelumnya hanya untuk umat tertentu pada tempat dan masa tertentu
sahaja. Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur berlainan dengan kitab sebelumnya
yang diturunkan secara sekaligus. Keaslian al-Quran terdapat di Luh Mahfuz. Sebahagian
besar ayatnya ditutup dengan menyatakan kebesaran Allah dan menyatakan keagungan
Allah SWT. Selain itu juga, mukjizat al-Quran adalah untuk menjaga dan memelihara
kesucian dan kebenaran syariat Islam. Al-Quran juga merupakan sebagai sumber rujukan
dan penyelesaian terbaik kepada semua masalah yang dihadapi.13

2.3 Kehujjahan Al-Quran

Kedudukan dan peranan dalam perundangan merupakan sumber pertama dalam


penetapan hukum yang disampaikan kepada kita secara mutawatir. Oleh itu al-Quran juga
merupakan wahyu yang mengandungi pengajaran dan petunjuk kepada manusia.
Firman Allah yang bermaksud:
ِ ‫الصالِح‬ ِ َّ ِ‫شر الْم ْؤ ِمن‬ ِ ِِ ِ
َّ ‫ات أ‬
‫َن لَ ُه ْم‬ َ َّ ‫ين َي ْع َملُو َن‬ َ ُ ُ ِّ َ‫إِ َّن َهـ َذا الْ ُق ْرآ َن يِ ْهدي للَّتي ه َي أَق َْو ُم َو ُيب‬
َ ‫ين الذ‬
٩﴿ ً‫َجراً َكبِيرا‬
ْ ‫﴾أ‬

13
Ibid, h. 204

8
Terjemahan:
“ Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (agama
Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang
mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.
(Al-Isra’, 17: 9)

Abdul Wahhab Khallaf mengemukakan tentang kehujjahan al-Qur'an dengan ucapannya


sebagai berikut:

“Bukti bahawa al-Qur'an menjadi hujjah atas manusia yang hukum-hukumnya


merupakan aturan-aturan yang wajib bagi manusia untuk mengikutinya, ialah kerana al-
Qur'an itu datang dari Allah, dan dibawa kepada manusia dengan jalan yang pasti yang
tidak diragukan kesahannya dan kebenarannya. Sedang bukti kalau al-Qur'an itu datang
dari Allah SWT, ialah bahwa al-Qur'an itu membuat orang tidak mampu membuat atau
mendatangkan seperti al-Qur'an."

Membuat orang tidak mampu (al-I'jâz) itu baru terjadi, demikian Abdul Wahhab
Khallaf, apabila tiga hal berikut ini terdapat pada sesuatu. Yaitu adanya tantangan (at-ta-
haddy), adanya motivasi dan dorongan kepada penantang untuk melakukan tantangan dan
ketiadaan penghalang yang mencegah adanya tantangan.

Nabi Muhammad SAW ketika menyatakan kenabiannya dan orang-orang kafir


menentangnya dan juga menentang ajaran Allah SWT (al-Qur'an) beliau berkata:
"Apabila engkau sekalian meragukan semua ini, cubalah kamu datangkan atau kamu
buat saja satu surat yang sama dengan al-Qur'an." 14

Ucapan seperti ini bukan bererti gurauan seraya dijawab dengan: Mana ada di
dunia ini sesuatu yang sama dengan yang lain. Bukan begitu. Akan tetapi makna yang
terpenting pernyataan ini ialah bahawa manusia tidak akan mampu menyusun satu ayat
pun sebagaimana ayat al-Qur'an, baik mengenai susunan dan keindahan bahasanya, dan

14
Ibid, h. 206

9
juga maknanya, lebih-Iebih kepastian dan kebenaran akan isinya yang mutlak yang
berlaku dan tidak bisa dipungkiri.

Allah sendiri berfirman di dalam al-Qur'an sebagai berikut:

ِ ‫ب ِّم َّما َن َّزلْنَا َعلَى َع ْب ِدنَا فَأْتُواْ بِسور ٍة ِّمن ِّمثْلِ ِه وا ْدعُواْ ُش َه َداء ُكم ِّمن ُد‬
‫ون‬ ٍ ْ‫َوإِن ُكنتُ ْم فِي َري‬
َ َ ُ
٢٣﴿ ‫ين‬ ِ ِ ‫﴾اللّ ِه إِ ْن ُك ْنتُم‬
َ ‫صادق‬َ ْ

Terjemahan:

"Dan apabila engkau sekalian di dalam keadaan ragu-ragu terhadap apa yang telah
Kami turunkan kepada hamba Kami, buatlah satu surat yang serupa dengannya, dan
datangkanlah saksi-saksimu selain Allah, apabila engkau sekalian memang orang-orang
yang benar." 15

(Al-Baqarah: 2: 23)

Di dalam surat yang lain Allah juga berfirman:

‫ون اللّ ِه‬


ِ ‫ات وا ْدعُواْ م ِن استَطَ ْعتُم ِّمن ُد‬
ٍ ِِ ِ
ْ َ َ َ‫أ َْم َي ُقولُو َن ا ْفَت َراهُ قُ ْل فَأْتُواْ ب َع ْش ِر ُس َو ٍر ِّمثْله ُم ْفَت َري‬
١٣﴿ ‫ين‬ ِ ِ ‫﴾إِن ُكنتُم‬
َ ‫صادق‬َ ْ

Terjemahan:

"Apakah mereka berkata Muhammad itu membuat-buat al-Qur'an? Katakanlah


Muhammad; Datangkanlah sepuluh surat yang dibuat-buat yang menyamainya, dan
panggillah orang-orang yang kamu sanggup memanggilnya selain Allah apabila engkau
sekalian memang orang-orang yang benar."

15
Ibid, h. 207

10
(Hud: 11: 13)

‫آن الَ يَأْتُو َن بِ ِمثْلِ ِه َولَ ْو َكا َن‬


ِ ‫ْج ُّن َعلَى أَن يأْتُواْ بِ ِمثْ ِل َهـ َذا الْ ُقر‬
ْ َ
ِ ‫ت ا ِإلنس وال‬
َ ُ
ِ ‫اجتَم َع‬ َِّ
َ ْ ‫قُل لئ ِن‬
ٍ ‫ض ُه ْم لَِب ْع‬
٨٨﴿ ً‫ض ظَ ِهيرا‬ ُ ‫﴾ َب ْع‬

Terjemahan:

"Katakanlah Muhammad, sekiranya Jin dan manusia berkumpul untuk membuat yang
serupa menyamai al-Qur'an ini mereka tidak akan dapat melakukannya, sekalipun
sebagian mereka membantu kepada sebagiannya."16

(Al-Isrâ':17: 188)

Juga Allah menegaskan:

٣٤﴿ ‫ين‬ ٍ ‫﴾ َفلْيأْتُوا بِح ِد‬٣٣﴿ ‫﴾أ َْم ي ُقولُو َن َت َق َّولَهُ بل اَّل ي ْؤ ِمنُو َن‬
ِ ِ ‫يث ِّمثْلِ ِه إِن َكانُوا‬
َ ‫صادق‬َ َ َ ُ َ َ

Terjemahan:

“Apakah mereka mengatakan Muhammad itu membuat-buatnya. Sebenarnya mereka


tidak beriman. Hendaklah mereka mendatangkan kalimat yang sepadan dengan al-
Qur'an itu. Apabila mereka itu orang-orang yang benar."

(Ath-Thûr:50: 33-34)

Betapapun mereka, yang menentang al-Qur'an itu tidak dapat memberikan yang
serupa dengan al-Qur'an itu, apakah itu dari segi bahasanya, atau isinya dan lebih-lebih
ketepatan isinya yang menyangkut baik riwayat orang-orang dahulu, tentang hukum-
hukum yang dikemukakan oleh Allah SWT.
16
Ibid, h. 208

11
Dan dunia juga membuktikan orang-orang tidak melakukan apa yang dikehendaki
oleh Allah SWT sebagaimana yang tercantum di dalam al-Qur'an, dan mereka berbuat
yang seolah-olah menentangnya, maka bencanalah yang terjadi. 17

2.4 Pendalilan Al-Quran Terhadap Hukum

Pendalilan al-Quran terhadap hukum terdapat tiga lafaz:

1. Lafaz tuntutan melakukan sesuatu.18

 Lafaz amar yang soreh.

َ ‫ان َوإِيتَاء ِذي الْ ُق ْربَى َو َي ْن َهى َع ِن الْ َف ْح‬


‫شاء َوال ُْمن َك ِر َوالَْب ْغ ِي‬ ِ ‫إِ َّن اللّهَ يأْمر بِالْع ْد ِل وا ِإل ْحس‬
َ َ َ ُُ َ
٩٠﴿ ‫﴾يَِعظُ ُك ْم لَ َعلَّ ُك ْم تَ َذ َّك ُرو َن‬

Ertinya: sesungguhnya Allah menyuruh kamu dengan keadilan dan berbuat kebaikan
serta memberi (menolong) keluarga.
(An-Nahl: 15: 90)

 Lafaz fe’el amar. Firman Allah:

‫اص فِي الْ َق ْتلَى‬


ُ ‫ص‬
ِ
َ ‫ب َعلَْي ُك ُم الْق‬
ِ
َ ‫آمنُواْ ُكت‬
َ ‫ين‬
ِ َّ
َ ‫يَا أ َُّي َها الذ‬

Ertinya: Telah wajib ke atas kamu mengambil hukum qisas pada orang yang membunuh.
( Al-Baqarah:2: 178)
17
Ibid, h. 209
18
Abd.Latif Muda B.A. M.A. Usuluddin (UM), Rosmawati Ali @ Mat Zin B.A. M.A. Usuluddin
(UM), Pengantar Usul Fiqh Tingkatan 6, (Kuala Lumpur, Ilham Abati Enterprise, Cetakan Pertama,
1997) h. 71

12
 Menceritakan sesuatu perbuatan itu baik dan membawa kebaikkan. Firman
Allah:19

ِ ِ ‫الد ْنيا و‬
َ َ‫اآلخ َر ِة َويَ ْسأَلُون‬ ِ
ُ ُ‫ح لَّ ُه ْم َخ ْي ٌر َوإِ ْن تُ َخالط‬
‫وه ْم‬ ْ ِ‫ك َع ِن الْيَتَ َامى قُ ْل إ‬
ٌ َ‫صال‬ َ َ ُّ ‫في‬
ِ ِ ‫فَِإ ْخوانُ ُكم واللّه يعلَم الْم ْف ِس َد ِمن الْم‬
ٌ ‫صل ِح َولَ ْو َشاء اللّهُ أل ْعنَتَ ُك ْم إِ َّن اللّهَ َع ِز ٌيز َحك‬
‫يم‬ ْ ُ َ ُ ُ َْ ُ َ ْ َ

Ertinya: Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (masalah)
anak yatim. Katakanlah: memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya,
dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka
adalah saudara-saudara kamu (yang seagama).
(Surah al-Baqarah: 2:220)

 Fe’el jawab bagi syarat. Firman Allah:

‫س َر ِم َن ال َْه ْد ِي‬
َ ‫اسَت ْي‬
ِ ْ ‫فَِإ ْن أ‬
ْ ‫ُحص ْرتُ ْم فَ َما‬

Ertinya: Maka sekiranya kamu dikepung (dan dihalang daripada


menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, kamu bolehlah bertahallul serta)
sembelilah dan mudah didapati.
(Surah al-Baqarah: 2: 196)

2. Lafaz tegahan melakukan sesuatu20

Al-Quran menuntut meninggalkan sesuatu dengan lafaz berikut:

19
Abd.Latif Muda B.A. M.A. Usuluddin (UM), Rosmawati Ali @ Mat Zin B.A. M.A. Usuluddin
(UM), ibid, h. 72
20
Ibid, h. 73

13
 Lafaz nabi yang soreh atau tahrim. Firman Allah:

‫س َر ِم َن ال َْه ْد ِي‬
َ ‫اسَت ْي‬
ِ ْ ‫فَِإ ْن أ‬
ْ ‫ُحص ْرتُ ْم فَ َما‬
Ertinya: Dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan
mungkar serta kezaliman.
( surah an-Nahl: 15: 90)
 Lafaz nahi atau perintah meninggalkan. Firman Allah:

‫َوالَ َت ْق ُتلُواْ أ َْوالَ َد ُكم ِّم ْن ْإمالَ ٍق‬


Ertinya: Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan.
(Surah al-An’am: 6:151)

 Menceritakan sesuatu perbuatan itu buruk atau jahat. Firman Allah:

ِ َ‫وت ِمن ظُهو ِرها ول‬


‫ـك َّن الْبِ َّر َم ِن َّات َقى‬ َ ُ‫س الْبِ ُّر بِأَ ْن تَأُْت ْواْ ال ُْبي‬
َ َ ُ َ ‫َولَْي‬
Ertinya: Dan bukanlah perkara kebajikan, kamu memasuki rumah dari bahagian
belakangnya (ketika kamu berihram), akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang
yang bertaqwa.
(Surah al-Baqarah:2: 189)

 Perbuatan yang disertai janji tidak baik. Firman Allah:21

‫َّم‬ ِ
ُ ‫َو َمن َي ْقتُ ْل ُم ْؤمناً ُّمَت َع ِّمداً فَ َج َزآ ُؤهُ َج َهن‬
Ertinya: Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka
balasannya ialah neraka jahannam.

21
Ibid, h. 74

14
(surah an-nisa’: 4: 93)

 Lafaz nafi sesuatu perbuatan atau nafi halal melakukannya. Firman Allah:

ِ َّ ‫فَِإن لَّ ْم َي ْعتَ ِزلُو ُك ْم َو ُي ْل ُقواْ إِلَْي ُك ُم‬


‫ث‬
ُ ‫وه ْم َح ْي‬ ُ ‫السلَ َم َويَ ُك ُّف َواْ أَيْد َي ُه ْم فَ ُخ ُذ‬
ُ ُ‫وه ْم َواق ُْتل‬
ِ
ُ ‫ثِق ْفتُ ُم‬
‫وه ْم‬
Ertinya: Oleh itu, jika mereka tidak membiarkan kamu (dan terus menganggu atau
berpihak kepada musuh), dan (tidak pula) menawarkan perdamaian kepada kamu, dan
juga (tidak) menahan tangan mereka (daripada menerangi kamu), maka hendaklah kamu
bertindak menawan mereka dan membunuh mereka di mana sahaja kamu menerimanya.
(surah an-Nisa’: 4: 91)

3. lafaz takhyir dan ibahah22

Lafaz menunjukkan takhyir dan ibahah sebagaimana berikut:

 lafaz menunjukkan ibahah dan mengingkarkan mereka yang


mengharamkan.firman Allah:

‫اد ِه‬
ِ ‫قُل من ح َّرم ِزينَةَ اللّ ِه الَّتِي أَ ْخرج لِ ِعب‬
َ ََ َ َ َ َْ ْ
Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): siapakah yang (berani) mengharamkan
perhiasan Allah yang telah dikeluarkan untuk hamba-hambanya.
(Surah al- A’raf: 7: 32)

 lafaz yang menunujukkan pilihan membolehkan dan lafaz halal. Firman


Allah:
22
Ibid, h. 75

15
ُ َ‫الَْي ْو َم أ ُِح َّل لَ ُك ُم الطَّيِّب‬
‫ات‬
Ertinya: Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan yang lazat-lazat serta
baik-baik.
(Surah al-Maidah: 5: 5)

 Lafaz-lafaz nafi ithm, nafi junah, nafi haraj. Firman Allah: 23

ٌ َ‫س َعلَْي ُك ْم َواَل َعلَْي ِه ْم ُجن‬


‫اح َب ْع َد ُه َّن‬ َ ‫لَْي‬

Ertinya: Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang
tersebut.
( surah an-Nur: 24:58)

 lafaz yang menunujukkan sesuatu itu dijadikan untuk manusia. Firman


Allah:

ِ ‫ُه َو الَّ ِذي َخلَ َق لَ ُكم َّما فِي األ َْر‬


ً‫ض َج ِميعا‬

Ertinya: Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.
( Surah al-Baqarah: 2: 29)

23
Ibid, h. 76

16
2.5 Jenis Hukum Dalam Al-Quran

Jumlah jenis hukum-hukum yang terkandung di dalam al-Quran yang dibebankan ke atas
umat manusia, diringkaskan seperti berikut:

Pertama: Hukum-hukum muamalat antara Allah dan hamba iaitu segala ibadah yang
tidak sah jika tidak dengan niat. Di antaranya termasuk kesemua ibadah sembahyang,
puasa dan ibadah kepada masyarakat yang dilakukan untuk kepentingan masyarakat
seperti haji. Keempat-empat jenis ibadah itu adalah sesudah iman yang dinamakan
sebagai dasar Islam.24

Kedua: Hukum-hukum muamalah antara hamba dengan hamba dan ia mempunyai


beberapa bahagian:

1. syariat untu mengamankan dakwah (seruan kepada Islam) iaitu berjihad,


berperang membela agama Allah.
2. Syariat mengatur urusan rumahtangga yang berkaian dengan urusan perkahwinan,
perceraian, keturunan dan pusaka.
3. syariat memelihara keamanan umum dengan mendatangkan hukum-hukum siksa
ke atas orang yang bersalah seperti hukum qisas dan had.
4. syariat untuk kepentingan muamalah di antara manusia seperti jual- beli, sewa-
menyewa, upah-mengupah dan sebagainya yang semua itu terkenal dengan kata
muamalat.

24
Wahbah Al-Zuhaili, Fiqh Dan Perundangan Islam, (Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, Cetakan Pertama, 1996) h. 45

17
Dengan ini jelaslah bahawa hukum-hukum yang terserbut di dalam al-quran itu tidak saja
berkaitan dengan urusan ibadah, tetapi juga bersentuhan dengan urusan muamalat dan
juga masyarakat.

2.6 Isi Kandungan Al-Quran

Kandungan ayat al-Quran secara umumnya dibahagikan kepada dua iaitu:


1) Ayat muhkamat
2) Ayat mutasyabihat25

i) Ayat Muhkamat

Ayat Muhkamat ialah ayat yang terang dan jelas maksudnya dan dapat difahami
dengan mudah. Contohnya:

1. Firman Allah:

‫الربَا‬
ِّ ‫َح َّل اللّهُ الَْب ْي َع َو َح َّر َم‬
َ ‫ َوأ‬
Terjemahan:
“ Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli(berniaga) dan mengharamkan
riba….”

(Al-Baqarah:2: 275)

2. Firman Allah:
   
Terjemahan:
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat…”
25
Abd.Latif Muda B.A. M.A. Usuluddin (UM), Rosmawati Ali @ Mat Zin B.A. M.A. Usuluddin
(UM), op.cit, h. 63

18
(Al-Baqarah, 2: 43)

ii) Ayat Mutasyabihat26


Ayat Mutasyabihat dapat diberikan dengan dua pengertian iaitu:

1. Pengertian yang pertama ialah ayat-ayat yang mengandungi beberapa pengertian


dan ia tidak dapat ditentukan apa maksud sebenarnya melainkan dengan mengkaji
secara mendalam dan menilai serta berpandukan dalil untuk menentukan maksud
sebenarnya. Seperti, ayat yang berbentuk mujammal dan ayat-ayat yang
mengandungi lafaz musytarak.

Firman Allah:

ِ ‫أَ ْو يَ ْعفُ َو الَّ ِذي بِيَ ِد ِه ُع ْق َدةُ النِّ َك‬


‫اح‬

Terjemahan: “Atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (tidak
menuntutnya)”
(Al-Baqarah, 2:237)

Dalam ayat tersebut terdapat lafaz mujammal, iaitu tidak jelas siapakah
sebenarnya yang dimaksudkan dengan orang yang memegan ikatan nikah. Iaitu sama ada
suami ataupun wali.
Mengenai ayat-ayat mutasyabihat, menurut pengertian pertama di atas jumhur
ulama’ berpendapat, hendaklah ditangguh untuk beramal dengannya sehinggalah didapati
dalil yang menentukan erti sebenar.

Firman Allah:
    

26
Ibid, h. 64

19
Terjemahan:
“Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka
(dari berkahwin) selama 3 kali suci……..”
(Al-Baqarah:2: 228)

Dalam ayat tersebut lafaz Quru’ merupakan lafaz musytarak yang membawa erti
suci dan haid.

2. Pengertian yang kedua ialah ayat-ayat yang mana Allah sahaja yang mengetahui
maksudnya sebenar. Contohnya ayat yang berkaitan dengan alam ghaib, syurga
dan sebagainya. Ayat-ayat yang menunjukkan seolah-olah Allah bersifat seperti
makhluk, iaitu ayat-ayat yang dimulakan dengan huruf dan lainnya.27

Contohnya, firman Allah:

‫ق أَ ْي ِدي ِه ْم‬
َ ‫يَ ُد هَّللا ِ فَ ْو‬
Terjemahan:
“Allah menguasai keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk dibalasnya)”
(Surah Al-Fath, 48:10)

Firman Allah:
(١﴿ ‫الم‬
Terjemahan:
“Alif, Lam, Mim.”
(Al-Baqarah: 2:1)

Menurut pendapat jumhur ulama’, mengenai ayat mutasyabihat menurut


pengertian kedua di atas pula, terdapat dua pendapat iaitu:

27
Ibid, h. 65

20
a) Setengah ulama’-ulama’ lain berpendapat boleh ditakwilkan.
b) Menurut pendapat lain, tidak boleh beramal dan tidak boleh ditakwilkan.28
Selain itu juga, kandungan yang terkandung dalam al-Quran adalah:29
1. Ibadat, yaitu kegiatan-kegiatan dan perbuatan yang mewujudkan dan
menghidupkan di dalam hati dan jiwa.
2. Janji dan ancaman, yaitu janji dengan balasan yang baik dan pahala bagi mereka
yang berbuat baik, dan ancaman yaitu siksa bagi mereka yang berbuat
mengejikan. Janji akan memperoleh kemuliaan baik di dunia maupun di akhirat
dan ancaman akan kesengsaraan baik di dunia maupun di akhirat. Janji dan
ancaman di akhirat berupa syurga dan neraka.
3. Jalan menuju kebahagiaan dunia dan akhirat, yang bererti berupa ketentuan-
ketentuan dan aturan-aturan yang hendaknya dipenuhi agar dapat mencapai
keredhaan Allah SWT.
4. Riwayat dan cerita, yaitu sejarah orang-orang terdahulu, baik itu sejarah bangsa-
bangsa, tokoh-tokoh maupun nabi-nabi utusan Allah SWT.

28
Ibid, h. 66
29
Wahbah Al-Zuhaili, op.cit, h. 50

21
2.7 - Sifat-Sifat Hukum Yang Terdapat Di Dalam Al-Qur'an

Umumnya hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Qur'an itu bersifat garis


besarnya saja, tidak sampai kepada perincian yang kecil-kecil. Kebanyakan penjelasan al-
Qur'an ada dalam as-Sunnah. Sekalipun demikian, ketentuan-ketentuan yang terdapat di
dalam al-Qur'an cukup lengkap. Hal ini dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Qur'an:
30

ِ ‫َّما َف َّرطْنَا فِي‬


‫الكتَاب‬

Terjemahan:

"Tidaklah Kami alpakan sesuatupun di dalam al-Kitab."

(al-An'am:6: 38)

Al-Qur'an telah sempurna, sebab syari'at juga sudah sempurna, sebagaimana Allah
berfirman:

ً‫يت لَ ُك ُم ا ِإل ْسالَ َم ِدينا‬


ُ ‫ض‬ ََ َ ْ ُ ‫ْت لَ ُك ْم ِدينَ ُك ْم َوأَتْ َم ْم‬
ِ ‫ت َعلَْي ُكم نِ ْعمتِي ور‬ ُ ‫الَْي ْو َم أَ ْك َمل‬

Terjemahan:

“Hari ini telah Kusempurnakan bagi kamu sekalian akan agamamu, dan
Kusempurnakan Pula kepadamu sekalian akan nikmatKu, dan Akupun ridla Islam
sebagai agama bagi kamu sekalian."

(Al-Mâidah: 3)

30
Ibid, h. 51

22
Memang sudah jelas, hukum-hukum solat, zakat, haji dan lain-lainnya, namun al-Qur'an
tidak menjelaskannya dengan tuntas, yang menjelaskannya adalah as-Sunnah, demikian
pula tentang perkahwinan, transaksi, qishash dan lain-lainnya.

Sebagaimana kita ketahui, dalil-dalil atau ladasan pokok di dalam Islam adalah al-
Qur'an, as-Sunnah, al-Ijma' dan al-Qiyas. Semua itulah yang akan menjelaskan al-Qur'an.
Mula-mula as-Sunnah, kemudian al-Ijma' dan kemudian al-Qiyas. Semua ini landasannya
juga terdapat di dalam al-Qur'an.

Jadi kesimpulannya, kebanyakan hukum yang terdapat di dalam al-Qur'an itu kulli
(bersifat umum, garis besar, global), tidak membicarakan soal yang kecil-kecil (juz'i). 31

2.8 - Asas-Asas Hukum

Asas-asas hukum sebagai yang tercantum di dalam al-Qur'an ialah:

1. Tidak memberatkan.

Hal ini dinyatakan dalam firman Allah:

‫َو َما َج َع َل َعلَْي ُك ْم فِي الدِّي ِن ِم ْن َح َر ٍج‬

Terjemahan:

"Dan tidaklah Allah membuat atasmu dalam agama itu suatu kesukaran."

(al-Hajj: 21: 78)

31
Ibid, h. 52

23
Demikian pula firman Allah yang lain:

َ‫ف اللّهُ َن ْفساً إِالَّ ُو ْس َعه‬


ُ ِّ‫الَ يُ َكل‬

Ertinya:

" Allah tidak memberatkan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

(al-Baqarah:2: 286)

Nabi pun bersabda:

Ertinya:

"Aku diutus membawa agama yang mudah lagi senang." 32

(HR. Ahmad dan al-Baihaqi)

Juga dalam riwayat lain:

Ertinya:

“Tidaklah Rasulullah disuruh memilih antara dua perkara kecuali beliau mesti memilih
yang lebih mudahnya apabila di dalam yang lebih mudah itu tidak dosa."

32
A.Hanafie M.A., Usul Fiqh, (Selangor, Klang Book Centre, Cetakan Pertama, 1988) h. 104

24
(HR. Bukhari)

Sebagai contoh, solat yang dilakukan dengan berdiri, dibolehkan dilakukan dengan duduk
bagi mereka yang sakit. Dan ketika Ramadlan boleh seseorang tidak berpuasa apabila
sakit atau bepergian, asal nanti diganti di waktu lain.

1. Islam tidak memperbanyak beban atau tuntutan.

Ertinya segala sesuatu yang ditentukan di dalam al-Qur'an, juga di dalam as-Sunnah
semua manusia mampu melakukannya.

2. Ketentuan-ketentuan Islam datang secara berangsur-angsur.

Contohnya, khamr mula-mula dikatakan oleh Allah, orang-orang tidak diperbolehkan


solat apabila dalam keadaan mabuk, kemudian dikatakan di dalam khamr itu ada
kemanfaatannya tetapi ada juga kemafsadatannya, akan tetapi kemafsadatannya itulah
yang lebih besar. Akhirnya khamr sama sekali diharamkan.

Ayat-ayat hukum yang terdapat di dalam al-Qur'an tidak banyak, kurang lebih 200 ayat
saja.

2.9 -Penerangan Al-Quran Terhadap Hukum Dan Cara-Caranya

Al-Quran menerangkan hukum dalam dua cara iaitu:

1. Hukum secara Qat’I (jelas)


2. Hukum secara Zanni ( tidak jelas)

1. Hukum secara Qat’I33

33
Abd.Latif Muda B.A. M.A. Usuluddin (UM), Rosmawati Ali @ Mat Zin B.A. M.A. Usuluddin
(UM), op.cit, h. 68

25
Antara ayat yang mana hukmnya diterima secara Qat’I sebagaimana firman Allah:

‫سا ِرقَةُ فَا ْقطَ ُعو ْا أَ ْي ِديَ ُه َما‬


َّ ‫ق َوال‬
ُ ‫سا ِر‬
َّ ‫َوال‬

Terjemahan:
“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya)
potonglah tangan mereka.”
(Al-Ma’idah:5:38)

Lafaz pencuri dalam ayat tersebut adalah penetapan secara qat’I iaitu pasti yang
tidak dipertikaikan lagi maksudnya serta hukumya. Iaitu pencuri lelaki dan perempuan
hendaklah dipotong tangan keduanya.

2. Hukum secara Zanni34

Manakala nas al-Quran yang Zanni contohnya, tentang hukum ‘iddah perempuan
yang diceraikan, sama ada tiga kali haid atau tiga kali suci, disebabkan kekeliruan
perkataan Quru’ yang boleh ditafsirkan dengan erti suci atau haidh.
Firman Allah:

‫ات يَتَ َربَّصْ َن بِأَنفُ ِس ِه َّن ثَالَثَةَ قُر َُو ٍء‬


ُ َ‫َو ْال ُمطَلَّق‬

Terjemahan:
“Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka
(dari berkahwin) selama 3 kali suci (dari haidh)”
(Al-Baqarah: 2:228)
Lafaz quru’ dalam ayat tersebut adalah zanni kerana ia memberi 2 makna, iaitu
haidh atau suci.

34
Ibid, h. 69

26
Terdapat sesetengah hukum yang menunjukkan hukum Qat’I dan sesetengah lagi
menunjukkan Zanni.

Firman Allah:
  
Terjemahan:
“Dan sapulah sebahagiaan dari kepala kamu”
(Al-Maidah, 5:6)

Ayat tersebut menunjukkan dengan Qat’i (jelas) hukum wajib menyapu kepala
ketika berwudhu’. Dalam keadaan lain pula ia juga menunjukkan hukum secara Zanni
(tidak jelas), iaitu mengenai kadar kepala yang wajib disapukan.

3.0 - AS-SUNNAH

3.1 - Pengertian As-Sunnah

Pengertian as-Sunnah dari segi bahasa ialah membuka jalan sama ada yang baik
atau buruk pengertian ini disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:35

Terjemahan: Sesiapa yang mmbuka jalan yang baik maka ia mendapat ganjaran
orang-orang yang mengerjakannya hingga hari kiamat, sebaliknya siapa yang membuka
jalan yang jahat ia akan menerima dosanya dan dosa yang mengerjakannya hingga ke
hari kiamat.
(Riwayat kebanyakan Ahli Sunnan)

Makna yang kedua dari segi bahasa ialah lawan bagi perkataan bida’ah, yakni
perkara yang disyaratkan secara mutlak sama ada berpandukan al-Quran atau athar
daripada Rasulullah s.a.w. Maksud bida’ah ialah perkara yang bertentangan dengan
35
A.Hanafie M.A., op.cit, h. 107

27
ajaran-ajaran Islam yang sebenar. Takrif al-Sunnah dari segi Islam ialah perkara yang
datang daripada Rasulullah s.a.w yang merangkumi perkataan, perbuatan dan
pengakuannya.

Menurut takrif yang dibuat oleh Dr. Mohd. Yusuf Musa ialah tiap-tiap perkara
yang keluar daripada Rasulullah s.a.w. sama ada perkataan atau perbuatan atau
pengakuannya. Maksud pengakuan di sini ialah setengah sahabat berkata atau membuat
suatu perkara di hadapan Rasulullah s.a.w, maka baginda berdiam diri atau memujinya.
Maka ini pun dikira persetujuan atau pengakuan dari Nabi juga.

Menurut istilah, mengikut jumhur ulama’, perkara yang lahir dari nabi, sama ada
berupa perkataan, atau perbuatan atau pengakuan. Segala yang disandarkan kepada nabi
dari segi perkataan, perbuatan, sifat, takrir, baik sebelum dibangkitkan menjadi rasul atau
selepas baginda dibangkitkan. Segala yang datang dari nabi, selain dari al-Quran baik
berupa ucapan, perbuatan, sifat dan pengakuan.

3.2 - Kedudukan As-Sunnah Dalam Perundangan Islam

Tidak diragukan lagi bahawa al-Quran al-Karim adalah sumber pertama dan
utama perundangan Islam. Sunnah yang menjadi sumber kedua selepas al-Quran.
Kedudukan as-Sunnah sebagai sumber yang kedua perundangan Islam tidak dapat
dipertikaikan lagi, Cuma ada segelintir manusia Islam yang meragui as-Sunnah dan ada
pula yang menolaknya. Ini sebenarnya berpunca dari pengaruh orientalis barat yang
memang tugas mereka mengganggu keyakinan umat Islam bukan sahaja terhadap as-
Sunnah malahan terhadap al-Quran itu sendiri. Sebagai umat Islam yang sebenar kita
wajib percaya kepada as-Sunnah dan wajib menerima dengan penuh yakin bahawa as-
Sunnah itu adalah sumber undang-undang yang kedua, jika Muhammad tidak dipercayai
sebagai seorang Rasul, maka bagaimana pula al-Quran itu boleh dipercayai
kebenarannya, sedangkan ia diturunkan melalui Muhammad.36

36
Ibid, h. 108

28
Jika keraguan tentang as-Sunnah itu wujud maka sedarlah bahawa itu adalah
suatu kejayaan musuh-musuh Islam terutamanya orientalis yang berusaha untuk
menjauhkan umat Islam dari agamanya. Mereka telah lama berusaha dengan berbagai-
bagai cara untuk menyesatkan kita. Di antara masalah yang boleh menyesatkan kita, ialah
meragui sumber asli perundangan Islam itu sendiri. Oleh yang demikian kita perlu yakin
bahawa as-Sunnah itu sebenarnya sumber kedua perundangan Islam.

3.3 – Kehujahan As-Sunnah

Sunnah menjadi pegangan kepada kaum Muslilmin dan menjadi sumber yang
kedua dalam perundangan. Seluru ulama’ menerimanya sebagai salah satu daripada
sumber atau punca pengambilan hukum dalam Islam, kerana al-Quran itu kebanyakannya
berbentuk ijmal atau umum, yang memerlukan kepada penjelasan atau keterangan
selanjutnya. Misalnya al-Quran memerintahkan kaum Muslimin supaya mendirikan
sembahyang dengan firmanNya "‫الة‬//‫وا الص‬///‫ "واقيم‬maknanya: Dirikanlah kamu akan
sembahyang, maka Rasulullah s.a.w lah yang menyatakan secara satu persatu tentang
kaifiyat dan cara sembahyang itu. Missal yang kedua Allah memerintahkan kaum
Muslimin mengeluarkan zakat, perintah tersebut adalah berbentuk umum, maka
Rasulullah s.a.w. telah menerangkan dengan lebih terperinci tentang zakat, iaitu
diterangkan bahawa zakat haiwan ternakan itu dikenakan kepada jenis unta, jenis kerbau,
jenis lembu dan kambing biri-biri sahaja. Jadi, Sunnah juga merupakan wahyu dari Allah.
37

Jika kita berpegang dengan as-Sunnah atau hadis beerti kita berpegang kepada al-
Quran. Firman Allah:
        
Terjemahan: “Kami pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Al-Quran Yang
memberi peringatan, supaya Engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa Yang
telah diturunkan kepada mereka,”
(Al-Nahl, 16:44)
             
  
37
Ibid, h. 109

29
Terjemahan: “Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa Yang telah diturunkan kepadamu
dari Tuhanmu; dan jika Engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya),
maka bermakna tiadalah Engkau menyampaikan perutusanNya.”
(Al-Maidah, 5:67)

Ada segelintir manusia yang termasuk dalam golongan ahli bida’ah yang bersikap
sangsi terhadap Sunnah. Manakala ulama’-ulama’ yang muktabar dan seluruh kaum
Muslimin telah memberi penghargaan yang tinggi kepada Sunnah. Apabila sah sesebuah
hadis yang datang daripada Rasulullah s.a.w mereka terus menerimanya. Mereka tidal
pernah menolak hadis yang benar atau memakai pendapat yang bertentangan dengan
Sunnah, Cuma apabila ditemui sesebuah hadis yang samara-samar atau kurang diyakini
tentang kebenarannya atau ia mentafsirkan menurut pendapatan yang dianggap kuat
mungkin ia meninggalkan hadis yang kurang pasti itu.

Sebagaimana telah ditegaskan di atas bahawa jika kita berpegang kepada hadis
beerti kita berpegang kepada al-Quran. Seorang lelaki berkata kepada Mutarrif bin
Abdullah, “Jangan kamu cakapkan kepada kami kecuali al-Quran,” lalu beliau
menjawabnya, “Demi Allah: Kami tidal mahu penggantian dengan al-Quran, tetapi kami
mahu orang lebih memahami tentang isi al-Quran dari kami.”

Al-Imam al-Auza‘I telah meriwayatkan daripada Hassan bin ‘Atiyah katanya:


Wahyu turun kepada Rasulullah s.a.w dan Jibril membawa bersamanya Sunnah yang
mentafsirkan wahyu itu, maka tiap-tiap perkara yang keluar daripada Rasulullah s.a.w
sama ada perkataan, perbuatan dan pengakuannya, adalah berasal dari wahyu juga.38

Jadi kedudukan Sunnah adalah sumber kedua selepas daripada al-Quran yakni
bila tidak didapati nas dalam al-Quran maka barulah berpindah kepada Sunnah
Rasulullah s.a.w, demikianlah yang dilakukan oleh sahabat-sahabat dan ulama’-ulama’
Islam yang muktabar.

38
Ibid, h. 110

30
Ada beberapa puak dan golongan yang telah sesat, kerana mereka telah menolak
Sunnah dan meninggalkan hadis Rasulullah s.a.w. Kata mereka dalam kitab Allah teal
dinyatakan segala-galanya apakah kita perlukan Sunnah lagi?

Sebenarnya mereka telah tersalah tanggapan, kononnya fikiran dan pendapat


mereka sudah memadai untuk menyelami tujuan dan maksud al-Quran sedangkan
tanggapan itu menyimpang jauh. Inilah di antara sebab-sebab yang menyebabkan
golongan al-Rawafidh, golongan Jahmiyah dan puak al-Khawarij yang menentang
golongan ahli Sunnah wal jamaah. Golongan al-Rawafidh teal menolk hadis.39
Terjemahan: Kami para Nabi-nabi tidak boleh mempusakai, apa yang kami tinggalkan
itu adalah sedekah.

Mereka berpegang kepada ayat al-Quran yang umum iaitu melalui firman Allah:
   
Terjemahan: “Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka (untuk)
anak-anak kamu.”
(Al-Nisa’, 4:11)

Golongan al-Jahmiyah telah menolak semua hadis yang membayangkan sifat-sifat


Allah s.w.t. kerana mereka berpegang kepada umum. Firman Allah :
   
Terjemahan: “Tiada sesuatupun Yang sebanding Dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan
pentadbiranNya)”
(Al-Syura, 42:11)

Golongan Khawarij telah menolak semua hadis yang menyatakan syafa’at dari
Rasulullah s.a.w, sebab mereka yang berpegang kepada keumuman. Firman Allah:

39
Ibnu Khalil, op.cit, h. 224

31
         
       
Terjemahan: ”Wahai orang-orang Yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa
Yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) Yang tidak ada
jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada
pula pertolongan syafaat.”40
(Al-Baqarah, 2:54)
Mereka juga menolak hadis-hadis yang mengatakan orang yang melakukan dosa
besar itu akhirnya boleh keluar juga dari neraka, kerana mereka berpegang kepada janji
seksa dan amaran-amaran yang keras dalam al-Quran al-Karim. Sebenarnya Nabi kita
telah membayangkan sikap golongan yang sesat itu dengan pengetahuan ghaib yang
dikurniakan oleh Allah dan Nabi mengecam orang-orang yang menolak Sunnah yang
benar. Ada hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w yang bersabda yang
bermaksud:

Hampir seorang daripada kamu duduk bersenang-senang di atas kerusi sambil


bercakap suatu hadis daripadaku, dan berkata kita dan kamu ada kitab Allah, apa yang
kita dapati halal di dalamnya maka kita halalkan dan apa yang kita dapati haram di
dalamnya kita haramkan, tidakkah ia ketahui bahawa tiap-tiap perkara yang
diharamkan oleh Rasulullah sama juga dengan yang diharamkan Allah.
(Riwayat sebahagian Ahli Sunan)

Apakah alasan yang dipegang oleh golongan tersebut yang semata-mata


berpegang kepada zahir al-Quran dan tidak mahu mengambil panduan dengan cahaya
kenabian dan kerasulannya, sedangkan al-Quran sendiri menyuruh berpegang kepada
Sunnah Rasulullah s.a.w dan mengecam keras terhadap mereka yang membantah dan
tidak mahu berpegang kepadanya. Firman Allah:
     
Terjemahan: ”Dan Taatlah kamu kepada Allah serta Taatlah kepada Rasul Allah, dan
awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya).”
(Al-Maidah, 5:92)
40
Ibid, h. 226

32
3.4 - Bahagian-Bahagian As-Sunnah

Daripada pengertian tersebut, maka as-Sunnah dapat itu dapat dibahagikan kepada empat
atau lima bahagian, iaitu:
1. Sunnah Qauliyyah.
2. Sunnah Fi’liyyah
3. Sunnah Taqririyyah
4. Sunnah Hammiyyah
5. Sunnah Tarkiyyah.41

Sunnah Qauliyyah

Maksud sunnah Qauliah ialah sunnah nabi yang berupa perkataan. Jelasnya ialah
penjelasan-penjelasan yang diberikan oleh nabi muhammad SAW tentang hukum-hukum
dan anjuran-anjurannya mengenai budi pekerti dalam pergaulan hidup bersama.
Misalnya:

‫ال صرر وال ضرار‬


Maksudnya: tidak ada kemudaratan dan tidak pula memudaratkan.42

Sunnah Fi’liyyah

41
Ibid, h. 238
42
Faisal Bin Yahya, , op.cit, h. 157

33
Para ulama’ ahli usul fiqh telah menetapkan bahawa perbutan-perbuatan Rasulullah itu
terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

1. Perbuatan-perbuatan nabi SAW yang termasuk urusan tabiat seperti


makan, minum, berdiri dan duduk hukumnya mubah( boleh), sama ada
untuk diri baginda mahupun untuk umatnya.
2. Perbuatan nabi SAW yang khusus bagi baginda sendiri, seperti berpuasa
terus menerus dan beristeri lebih dari empat orang, maka sepanjang ijma’
para sahabat nabi, tidak boleh dicontohi atau diikuti oleh umatnya.
3. Perbuatan-perbuatan nabi SAW yang ternyata untuk menjadi penjelasan
bagi firman Allah atau sabda-sabda baginda yang bertalian dengan firman
Allah (al-Quran). Jika firman Allah itu menunjukkan wajib, maka
perbuatan nabi yang menerangkannya itu hukumnya wajib. Jika firman
Allah itu menunjukkan sunnah (sunnat), maka perbuatan nabi yang
menerangkannya itu hukumnya sunnat dan jika firman Allah itu
menunjukkan mubah, maka perbuatan nabi yang menerangkannya pula
mubah juga.
4. Perbuatan-perbuatan nabi SAW yang bukan dari tabiat kemanusiaan,
bukan pula untuk khusus bagi diri baginda dan bukan pula sebagai
penjelasan dari ayat-ayat firman Allah, maka perselisihan oleh para ulama
iaitu: sebahagian ulama menghukumkan sunnat dan sebahagian ulama
yang lain menghukumkan mubah. Dan ada pula sebahagian ulama
berpendapat: tidak ada hukumnya. Tidak ditetapkan suatu hukum ke
atasnya, sebelum ada keterangan atau perintah yang jelas dari nabi.

Sunnat Taqririyah

Takrir pula adalah nabi mendiamkan diri, di mana baginda tidak menyuruh atau
tidak menegah perkara tersebut yang dilakukan dihadapan baginda atau pada masa hayat
baginda. Hal ini ulama’ sepakat dan berhujah berdasarkan dalil dimana nabi tidak sekali-

34
kali menyuruh perkara yang buruk terhadap umatnya dan nabi akan mencegah kiranya
sesuatu itu salah di sisi syarak dan mungkar. Contoh sunnah taqririyyah ialah:

Pengakuan atau taqrir baginda terhadap kata-kata abu bakar kepada tentera Islam, yang
bermaksud: sesiapa yang dapat membunuh musuh di dalam peperangan, bolehlah ia
mengambil batrang-barang yang dipakai oleh musuh tersebut.43

Sunnah Hammiyyah

sunnah hammiyah adalah perbuatan yang dikehendaki Rasul, tetapi belum sampai
diperbuatnya. Menurut Imam Syafi’e rasul kehendak termasuk sunnah. Kerana perbuatan
tersebut adaalh baik untuk kita. Urutan-urutan sunnah menurut beliau, ialah sabda,
perbuatan, kemudian taqrir, kemudian lagi hammum (apa yang hendak diperbuat rasul).44
Menurut Imam Syaukani Hammum dari rasul tidak termasuk sunnah kerana
hammun itu hanya merupakan lintasan hati dan tidak dilaksanakan. Kita tidak diperintah
Allah dan rasulnya untuk mwengambil tauladan dengan hammun tersebut.

Diriwayatkan oleh ibnu Abbas: ketika Rasulullah berpuasa pada hari kesepuluh
Muharram ( Asyura) berkata: ya Rasulullah, hari itu adalah hari besar yang dimuliakan
oleh yahudi dan kristian. Maka rasulullah bersabda: Insy Allah tahun depan saya akan
berpuasa hari yang kesembilannya. Sebelum datang tahun berikutnya, beliau sudah wafat.
(riwayat Muslim dan Abu Daud). Berhubung dengan riwayat tersebut, sebagai ulama
menganggap sunnah berpuasa pada hari kesembilan muharram.

Sunnah Tarkiyyah

Sebagaimana sebahagian perbuatan, sunnah bagi nabi Muhammad SAW


mengerjakan, sunnah pula bagi kita mengerjakan, demikian juga sunnah bagi kita
meninggalkan perbuatan yang baginda ditinggalkan.
43
Ibnu Khalil, op.cit, h. 255
44
A.Hanafie M.A, op.cit, h. 124

35
Mengikut penjelasan Imam Al-Qasthalani, beliau menjelaskan dalam kitabnya al-
mawahib al-laduniyyah, di antaranya ialah:
Dan sesuatu yang ditinggalkan ( tidak dikerjakan) oleh rasulullah SAW itu
sunnah hukumnya.sebagaimana yang dikerjakan oleh baginda itu sunnah juga. Maka
tidak boleh bagi kita menyama ratakan antara yang baginda kerjakan dengan baginda
yang tinggalkan, lalu kita mengerjakan sesuatu di tempat yang baginda tinggalkan
dengan menyamakan sesuatu perbuatan di tempat yang baginda kerjakan. Tegasnya:
kita (umat islam) tidak boleh mengerjakan sesuatu di tempat yang tidak pernah
dikerjakan oleh nani muhammad SAW.

Sunnah dilihat dari sudut sanad dibagi dua, yaitu mutawatir dan ahad. Golongan Hanafi
menambahkan satu lagi, yaitu masyhur atau juga dinamakan mustafidl. 45

Sunnah yang mutawatir ialah sunnah yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW oleh
sekelompok perawi yang menurut kebiasaannya perawi ini tidak mungkin bersepakat
untuk berbuat bohong atau dusta. Hal ini disebabkan jumlah mereka yang banyak, jujur
serta berbeda-bedanya keadaan serta lingkungan mereka. Dari kelompok ini, kemudian
sampai juga kepada kelompok yang lain, yang sepadan dan setingkat keadaannya dengan
kelompok yang terdahulu, dan kemudian sampailah kepada kita. Mereka, kelompok
perawi ini diketahui menurut kebiasaannya, tidak mungkin bersepakat untuk melakukan
kedustaan, mereka jujur dan terpercaya.

Sunnah ahad ialah sunnah yang diriwayatkan oleh satu orang atau dua orang atau
kelompok yang keadaannya tidak sampai pada tingkatan tawatir. Dari seorang perawi ini
diriwayatkan oleh seorang perawi yang seperti dia dan sampai kepada kita dengan sanad
tingkatan-tingkatannya ahad, bukan merupakan kelompok yang merupakan tingkatannya
itu mutawatir. Hadits-hadits yang demikian biasanya disebut juga dengan Khabarul
wahid. 46

45
Ibnu Khalil, op.cit, h. 246
46
Ibid, h. 250

36
Sunnah yang masyhur ialah sunnah yang diriwayatkan dari Rasulullah oleh seorang atau
dua orang atau sekelompok sahabat Rasulullah yang tidak sampai pada kelompok tawatir
(perawi hadits mutawatir), kemudian kelompok dari kelompok-kelompok tawatir itu
meriwayatkan hadits atau sunnah tersebut dari satu orang perawi ini atau beberapa orang
perawi. Dan dari kelompok ini diriwayatkan oleh kelompok lain yang sepadan
dengannya, sehingga sampai kepada kita dengan sanad yang kelompok pertamanya
mendengar dari Rasulullah, atau menyaksikan perbuatannya oleh seorang atau dua orang,
akan tetapi mereka ini tidak sampai kepada tingkatan tawatir, dan semua tingkatannya itu
adalah kelompok-kelompok tawatir. Termasuk di dalam tingkatan ini ialah sebagian
hadits yang diriwayatkan Umar bin Khattab atau Abdullah bin Mas'ud atau Abu Bakar.
Kemudian salah seorang dari mereka diriwayatkan oleh sekelompok orang yang tidak
mungkin bermufakat untuk melakukan kedustaan. Contohnya:

Ertinya:

"Amalan itu lantaran niat atau karena niat."

Perbedaan antara sunnah yang mutawatirah dan sunnah yang masyhurah ialah
yang mutawatir setiap lingkungan mata rantai sanadnya terdiri dari kelompok tawatir,
sejak awal menerima dari Rasulullah hingga sampai kepada kita, sedang yang masyhur
lingkungan mata rantai sanadnya yang pertama bukanlah sekelompok diantara kelompok-
kelompok tawatir, bahkan diterimanya oleh seorang atau dua orang atau sekelompok
yang tidak sampai kepada tingkatan tawatir. Hanya saja keseluruhan lingkungan itu
merupakan kelompok tawatir.

3.5 - Syarat-Syarat Menerima Hadis Ahad Atau Beramal Dengannya

1. Kedewasaan47

47
A.Hanafie M.A, op.cit, h. 118

37
Orang yang meriwayatkan hadis harus sudah orang dewasa. Periwayatan kanak-
kanak tidak diterima. Jika waktu menerima hadis masih kanak-kanak, kemudian waktu
meriwayatkannya sudah dewasa, maka dapat diterima. Jadi syarat kedewasaan hanya
diharuskan pada waktu meriwayatkan sahaja.

Para ahli hadith telah sepakat menerima hadis-hadis yang diriwayatkan Ibnu
Zubair, Nu’man Bin Basyir dan Anas Bin Malik tanpa menanyakan bila mereka
menerimanya. Sedangkan waktu menerima hadis, mereka masih kecil. Ibnu zubair
dilahirkan pada tahun pertama Hijrah. Waktu Rasul wafat, Umur Ibnu Zubair tidak lebih
dari 10 tahun. Nu’man bin Basyir dilahirka 18 bulan sesudah Hijrah nabi. Anas ketika
nabi hijrah ke madinah berumur 10 tahun. Untuk menerima sesuatu hadis tidak ada batas
umur tertentu, tetapi manakala sudah mengerti isi pembicaraan dan dapat menjawabnya,
maka pendengarannya sudah dianggap sah. Kanak-kanak berbeza kesanggupan dalam
menerima hadis. Oleh kerana itu, perlu juga diketahui keadaan mereka masing-masing.

2. Islam
orang yang meriwayatkan hadis harus Islam. Adapun waktu menerimanya, tidak
diharuskan Islam. Para ahli hadis menerima apa yang diriwayatkan Jubai Bin Mut’im,
bahawa ia dengan Rasulullah SAW membaca surah Tsur dalm solat maghrib, padahal
waktu mendengar ia masih kafir. Meriwayatkan hadis dalam keadaan kafir tidak
diterima,kerana periwayatan hadis termasuk soal-soal agama. Soal-soal agama tidak
boleh diambil dari orang-orang yang memusuhinya atau dari orang-orang yang berbeza
agamanya, baik Ia yahudi mahupun kristian.

3. A’dalah

Adil hanya diharuskan pada waktu meriyatkan hadis. Adapun waktu


menerimanyatidak diharuskan adil. Menurut Imam Ahmad Bin Hanbal, apabila keadilan
seseorang menjadi hilang kerana berbuat dusta atas Rasulullah SAW, maka
periwayatannya tidak akan diterima selamanya. Ini adalah pendapat yang tepat.

38
Yang dimaksud dengan keadilan ialah kesanggupan atau kebiasaan membawa diri
kepada taqwa dan keperwiraan, sekurang-kurangnya meninggalkan dosa besar, tidak
terus-menerus melakukan dosa kecil dan menjauhkan perbuatan-perbuatan yang tidak
sopan. Dosa besar atau kecil banyak dibicarakan kitab-kitab hadis dan kitab-kitab fiqh.
Perbuatan-perbuatan tidak sopan ialah perbuatan-perbuatan yang sebenarnya tidak
dilarang, akan tetapi menurut kebiasaan tidak baik, seperti merayau dijalan, main-main
yang berlebihan, melakukan perbuatan-perbuatan hina menurut pandangan
lingkungannya.

4. ketelitian (thabit)48

syarat keempat bagi seorang perawi, ialah ketelitian. Ketelitian dan


ingatannya harus lebih kuat daripada kelalaiannya, agar terdapat dugaan tentang
kebenarannya. Ketelitian dapat diketahui kerana terkenaldemikian atau kerana
sesuai dengan periwayatan orang-orang yang terkenal, baik tentang lafaz
mahupun pengertiannya(makna).

Apabila seseorang perawi banyak lupa, maka riwayatnya tidak diterima,


kecuali dalam hadis yang sudah terang tidak dicampuri kelalaiannya. Apabila
seorang perawi sedikit lupa dan maka diterima hadisnya, kecuali dalam hadis
yang sudah terang dicampuri keluputannya. Kalau sama-sama kuatnya, antara
kesalahan dan tidaknya maka ada mengatkan diterima riwayatnya. Ada yang
mengatakan tidak diterima.

3.6 – Hukum Beramal Dengan Hadis Ahad

Wajib beramal dan berhujjah dengan hadis ahad tetapi tidak kufur sesiapa
menolaknya. Khabar ahad dithabitkan secara zhanni dan memberi faedah keilmuan
secara nazri.49

48
Ibid, h. 119
49
Muhammad Hasyim Bin Nawawi, Ahmad Kamil Bin Haji Mat, Azuira Bin Abdul Aziz,
Pendidikan Al-Quran Dan As-Sunnah Tingkatan 4, (Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka,

39
4.0 - KESIMPULAN

Setelah kita menyelongkar segala sumber hukum yang berkaitan dengan


perundangan Islam, dapatlah kita fahami bahawa sumber hukum ini merupakan sesuatu
yang penting dalam perundangan Islam.

Semoga dengan terhasillah makallah ini, kami berharap agar ianya dapat dijadikan
rujukan dan panduan untuk semua generasi sebagai satu permulaan mengetahui sumber
hukum Islam.

Dengan mengetahui serba sedikit sumber mengenai perundangan Islam, kami


berharap agar ianya dapat memberikan keberkatan di dunia dan akhirat. Insya Allah.

BIBLIOGRAFI

Cetakan Pertama, 2002) h. 183

40
1. Abd.Latif Muda B.A. M.A. Usuluddin (UM), Rosmawati Ali @ Mat Zin B.A.
M.A. Usuluddin (UM), Pengantar Usul Fiqh Tingkatan 6, (Kuala Lumpur,
Ilham Abati Enterprise, Cetakan Pertama, 1997)
2. A.Hanafie M.A., Usul Fiqh, (Selangor, Klang Book Centre, Cetakan Pertama,
1988).
3. Ibnu Khalil, Al-Quran Dan As-Sunnah Sebagai Pedoman Hidup, (Johor
Bahru, Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Cetakan Pertama, 1998)
4. H. Aboebakar Acheh, Sejarah Al-Quran, (Kuala Lumpur, Percetakan
Polygraphic (M) Sdn.Bhd, Cetakan Kedua, 1997)
5. Rosmawati Ali @Mat Zin, Pengantar Ulum Al-Quran, (Kuala Lumpur,
Prospecta Printers Sdn.Bhd, Cetakan Pertama (September), 1997)
6. Faisal Bin Yahya, Pendidikan Syariah Islamiyah Fokus Jingga SPM,
(Selangor, Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd, Cetakan Pertama, 1999)
7. Wahbah Al-Zuhaili, Fiqh Dan Perundangan Islam, (Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Cetakan Pertama, 1996)
8. Muhammad Hasyim Bin Nawawi, Ahmad Kamil Bin Haji Mat, Azuira Bin Abdul
Aziz, Pendidikan Al-Quran Dan As-Sunnah Tingkatan 4, (Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Cetakan Pertama, 2002)

41

You might also like