You are on page 1of 2

AMTHAL HADITH

Pendahuluan

Difinisi amthal

Bahasa : amthal ialah kata jamak ( banyak ) daripada mathal yang berasal daripada rumpun bahasa
samit. Dalam bahasa arab, ia disebut mathal, manakala dalam bahasa ibri, ia disebut masal. Dalam
bahasa aramit pula ia disebut matla,manakala dalam bahasa akadi disebut meslum. ( )

Menurut al-razi ( m.721H) ,mathal ialah perkataan penyamaan atau penyerupaan .pendapat yang sama
turut dikemukakan oleh Ibn manzur ( m.711H) dalam kitabnya lisan al-arab.

Manakala al-raghib al-asfahani ( m.502H) mendefinisikan al-amthal sebagai satu ungkapan ke suatu
ungkapan lain yang menyerupainya. Antara kedua-duanya terdapat persamaan untuk menjelaskan
antara satu sama lain.

Mengikut bahasa,amthal dalam bahasa melayu adalah perumpamaan yang merupakan kata terbitan
daripada perkataan umpama. Perkataan umpama pula adalah sinonim dengan perkataan
ibarat, misal,laksana, seperti, macam, amsal,sebagai,dan bak. Dalam kamus dewan edisi keempat
perkataan perumpamaan terbahagi kepada 3 maksud, pertama, umpamaan sesuatu yg dianggap
sama dengan, ibarat, misal: dengan menggunakan ~ dan lambang, penyajak dapat memberi
makna yg banyak dan berlapis-lapis pada ungkapan-ungkapan katanya; kedua, peribahasa yg
berupa perbandingan dgn sesuatu yg lain (umumnya mengandungi ajaran); ketiga, sesuatu yg
dijadikan contoh (misal hal-hal yg telah berlaku dan lain-lain).

Secara umumnya,amthal pada pandangan kami ialah apabila terdapat dua perkara yang berbeza dalam
satu ayat tetapi kedua-dua perkara itu saling berkait atau mempunyai hubungan yang dapat
menjelaskan antara satu sama lain atau salah satu daripadanya.contohnya jika kita ingin menerangkan
bentuk sesuatu benda dengan kata-kata,maka kita umpamakan benda tersebut dengan benda lain yang
ada persamaan dengan benda yang ingin katakan sehingga benda itu dapat digambarkan oleh orang lain
bagaimana bentuknya.

Istilah : ramai ulama memberi pengertian tentang mathal antaranya ibn al-sikkit, al-mubarrad, al-
marzuki. Adapun ibn sikkit ( yakub bin ishaq, m.243H/857m) menyatakan bahawa al-amthal ialah suatu
ungkapan yang berbeza dengan ungkapan yang dibandingkan ,tetapi ia menepati makna ungkapan
tersebut.manakala al-mubarrad ( m.285H/898m) pula berpendapat bahawa al-amthal ialah kata- kata
yang tersebar luas yang membandingkan keadaan kedua dengan keadaan yang pertama. Bagaimanapun
al-marzuqi ( ahmad bin Muhammad al-hassan,m.421h/1030m) dalam kitabnya sharh al-fasih ,
menyatakan bahawa al-mathal ialah beberapa ungkapan yang terpotong daripada asalnya atau
dilepaskan ,yang diterima dan dimaklumi tersebar . ia dipindahkan daripada apa yang berlaku kepada
setiap perkara yang boleh dikaitkan dengannya tanpa melibatkan sebarang perubahan dan keterangan
zahirnya dengan bandingan pengertiannya. Ia dibandingkan walaupun tidak diketahui sebab-sebab yang
melahirkannya.
Secara kesimpulan, amthal adalah perumpamaan sesuatu dengan sesuatu yang diketahui umum oleh
masyarakat supaya maksud sebenar sesuatu ayat itu dapat difahami,dirasai dan diambil iktibar
daripadanya.

Maksud amthal hadith

You might also like