You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS, FIZIK, BIOLOGI DAN KIMIA KALI PERTAMA TAHUN 2011

Hari : Selasa
Tarikh : 11 Januari 2011
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Ketua Bidang

Kehadiran:
1. Tuan Haji Zulhariszan Abd. Manan (Ketua Bidang Sains dan Matematik)
2. Pn. Sarina Binti Zanjam (Pembantu Makmal)
3. Cik. Marhani Makda (Pembantu Makmal)
4. En. Ambrose anak Jerome (Ketua Panitia Fizik)
5. Cik Lee Li Yean (Ketua Panitia Sains)
6. Cik Nur Azanriah bt Abdul Rahman (Ketua Panitia Kimia)
7. Pn. Norzakira bt Yusuf (Ketua Panitia Biologi)
8. Cik Zaimah bt Zaini
9. Cik Michelle Muroh
10. En. Sultan Musa

Agenda Mesyuarat

1.0 Kata-kata aluan

1.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru sains atas keputusan yang
meningkat dalam PMR 2010.
Makluman: Semua guru tingkatan 3

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pemangku Ketua Bidang Sains dan
Matematik iaitu Cik Zaimah bt Zaini dan Cik Nurhaizum bt Haris semasa ketiadaan beliau
untuk menunaikan ibadah haji.
Makluman: Semua guru

1.3 Pengerusi turut memuji pencapaian yang cemerlang dalam panitia Sains, Fizik, Kimia
dan Biologi dalam mengendalikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Makluman: Semua guru

1.4 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) perlu diperkemaskan lagi dengan merancang
“in-house training” bagi tahun 2011.

Makluman: Semua guru

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Pencadang: Pn. Norzakira bt Yusuf


2.2 Penyokong: Cik Zaimah bt Zaini
3.0 Perancangan Kurikulum Tahun 2011
3.1 Pelan Strategik Sekolah Tahun 2011
3.3.1 Pengerusi mengadakan “brainstorming” terhadap segala perubahan dalam
Sasaran Kerja Tahunan bagi tahun 2011 terutamanya Pelan Taktikal untuk
perancangan satu (1) tahun.
Makluman: Semua guru

3.3.2 Mengubah strategi Sasaran Kerja Tahunan untuk meningkatkan kualiti dan
kuantiti pencapaian dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil
Peperiksaan Malaysia (SPM) dan kelas tiada peperiksaan.
Tindakan: Semua guru

3.3.3 Pengerusi turut menyarankan agar setiap strategi mesti dilaksanakan


dengan satu (1) atau dua (2) program.
Makluman & Tindakan: Semua guru

3.3.4 Pengerusi turut memaklumkan bahawa HIPERS ditangguh sementara waktu.


Maka HIPERS wajar dikeluarkan daripada Sasaran Kerja Tahunan (SKT).
Makluman & Tindakan: Ketua Panitia Sains dan Matematik

3.3.5 Pengerusi turut memaklumkan bahawa rancangan peningkatan kurikulum


tidak perlu diubah bagi tahun 2011.
Makluman: Semua Ketua Panitia

3.3.6 Pengerusi menetapkan tarikh penghantaran Pelan Strategik Tahun 2011


pada 25 Januari 2011.
Tindakan: Semua Ketua Panitia

3.2 Pengerusi turut menyarankan agar Jawatankuasa Matapelajaran dilantik iaitu Penyelaras
Makmal dan Penyelaras Tingkatan. Pengerusi turut menyatakan tugas bagi setiap
penyelaras adalah menyelaras post mortem dan kertas soalan.
Tindakan: Semua guru

3.2.1 Pengerusi turut menasihati semua guru agar mengubah teknik post mortem.
Bukan sahaja menyatakan kelemahan dan kekuatan pelajar, malah
keberkesanan terhadap program dan strategi yang telah dilaksanakan.
Makluman & Tindakan: Semua guru

4.0 Perancangan Kewangan Tahun 2011


4.1 Pn. Sarina menyatakan terdapat masalah dalam pembelian bahan-bahan mentah di
makmal untuk kegunaan eksperimen kerana tiada wang tunai.
Makluman & Tindakan: Ketua Bidang

4.2 Cik Zaimah memaklumkan terdapat sebuah bikar yang pecah semasa penghantaran ke
sekolah di mana ia harus dipulangkan kepada pembekal di Miri.
Makluman: Ketua Bidang
4.3 En. Ambrose menyatakan masalah dalam lambat menggunakan duit Per Capita Grant
(PCG).
Makluman: Semua guru

4.4 Anggaran perbelanjaan PCG tahun 2011 boleh dirancang dengan anggaran penggunaan
sebanyak 70% dari PCG tahun 2010.
Makluman: Semua guru

5.0 Perkara berbangkit


5.1 Penetapan tarikh mesyuarat tahun 2011 peringkat panitia seperti berikut:
Mesyuarat Pertama : 11 Januari 2011
Mesyuarat Kedua : 12 April 2011
Mesyuarat Ketiga : 25 Ogos 2011
Mesyuarat Keempat : 15 November 2011
Makluman: Semua guru

5.2 Surat jemputan mesyuarat dan minit mesyuarat dihantar sebanyak 5 salinan. Salinan
dihantar kepada Ketua Panitia, Ketua Bidang, Pejabat, Penolong Kanan 1 dan Pengetua.
Makluman & Tindakan: Ketua Panitia

5.3 Perlantikan penyelaras Minggu Sains dan Matematik (MisMe) ialah Cik Nur Azanriah dan
Cik Kwok Mee Ing.
Makluman: Semua guru

5.4 Aktiviti Fire Drill tidak dikendalikan di bawah Bidang Sains dan Matematik.
Makluman: Semua guru

5.5 Pembantu makmal menetapkan tarikh pengemaskinian dan pelupusan barang-barang di


makmal. Minta kerjasama dan bantuan daripada En. Choo.
Tindakan: Pembantu makmal

5.6 En. Sultan mencadangkan penggunaan papan putih (white board) di makmal 2 dan
makmal 3. Walau bagaimanapun, penggunaan papan hitam masih boleh digunakan
dengan memperbaiki tali dan takal pada papan hitam.
Makluman & Tindakan: Ketua Bidang

6.0 Hal-hal lain


6.1 Penggunaan langsir di makmal perlu dikemaskini dengan menggunakan rel pencangkuk
langsir ditangguh sementara menunggu perpindahan sekolah baru.
Makluman & Tindakan: Ketua Bidang

6.2 En. Ambrose memaklumkan kepada semua guru agar menghantar Post Mortem Individu
Tingkatan 3 kepada Cik Lee Li Yean, Post Mortem Keseluruhan kepada Cik Mariana bagi
peperiksaan dalaman dan Post Mortem Keseluruhan kepada En. Abdul Hadi bin
Matsidek bagi peperiksaan percubaan, peringkat bahagian atau peringkat negeri (SPM).
Makluman: Semua guru
6.3 En. Zulhariszan menjelaskan peruntukan untuk MisMe adalah berdasarkan Per Capita
Grant (PCG) tahun 2011.
Makluman: Semua guru
6.4 Perlantikan penyelaras sains bagi setiap tingkatan:
Tingkatan 1 : Pn. Norzakira binti Yusuf
Tingkatan 2 : En. Sultan Musa
Tingkatan 3 : Cik Zaimah bt Zaini
Tingkatan 4 : Cik Michelle Muroh
Tingkatan 5 : Tuan Haji Zulhariszan Abd Manan
6.5 Perlantikan penyelaras makmal sains:
Makmal 1 : Cik Nur Azanriah bt Abdul Rahman
Makmal 2 : Cik Michelle Muroh
Makmal 3 : En. Ambrose anak Jerome

6.6 Cik Marhani berharap agar segala penggunaan barang-barang makmal yang dibawa
keluar dari makmal dikembalikan semula ke makmal seperti kerusi.
Makluman: Semua guru

7.0 Penutup
7.1 Pengerusi berharap agar guru-guru bekerjasama dalam meningkatkan pencapaian
akademik dari segi kualiti dan kuantiti bagi tahun 2011
Makluman: Semua guru

Mesyuarat dintagguhkan jam 3.45 petang.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

(AMBROSE ANAK JEROME) (TUAN HAJI ZULHARISZAN ABDUL MANAN)

Ketua Panitia Fizik Ketua Bidang Sains dan Matematik

You might also like