You are on page 1of 6

) September 2006 / 22 Sya’ban 1427 H 15 (

‫ال َم‬َ ْ‫ض ى لنَ اَ اإلِس‬ ِ ‫هلل الَِّذى أَ ْكم ل َلَن ا ال دِّيْن َوأَتَ َّم َعلَْيَن ا النِّ ْعم ةَ َور‬ ِ ‫ح ْم ُد‬ َ ْ‫ال‬
َ َ َ َ َ
ِ
َ ْ‫ أَ ْش َه ُد أَ ْن الَ الَهَ إِالَّ اهللُ َو ْح َدهُ الَ َش ِري‬.‫ِديْنًا‬
َّ ‫ َوأَ ْش َه ُد أ‬,ُ‫ك لَه‬
ُ‫َن ُم َح َّم ًدا َع ْب ُده‬
‫َص َحابِ ِه‬ ِ ِ ٍ ِ
ْ ‫ص ِّل َو َس لِّ ْم َعلَى َس يِِّدنَا ُم َح َّمد َو َعلَى آل ه َوأ‬ َ ‫ اَللَّ ُه َّم‬،ُ‫َو َر ُس ْولُه‬
.‫َج َم ِع ْي َن‬
ْ‫أ‬
ِ ‫ إَِّت ُق وا اهللَ أُو‬،‫ َفيا أ َُّي َها الْم ْؤ ِم ُن و َن‬،‫أ ََّما ب ْع ُد‬
ِ ‫ص ْي ُكم وإِيَّاي بَِت ْق وى‬
‫ َف َق ْد‬،‫اهلل‬ َ َ َْ ْ ْ ْ ُ َ َ
.‫فَ َاز ال ُْمَّت ُق ْو َن‬

Hadirin Sidang Jumaat yang Dirahmati Allah,

Pada hari yang mulia ini, saya menyeru kepada diri saya dan sidang Jumaat
sekelian supaya bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Dengan
melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Mudah-
mudahan dapat menjadikan kita hamba yang dikasihi Allah serta mendapat
kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat Tatamu Allah Yang Dimuliakan,

Sebagai manusia yang sentiasa mengharapkan kebahagian hidup dan menjalani


kehidupan dengan penuh keselesaan, kita haruslah mensyukuri dan menghargai
setiap pemberian nikmat dari Allah s.w.t. yang menjadi keperluan asas bagi
kehidupan dengan sebaik mungkin. Terutamanya, nikmat air, udara, tumbuhan-
tumbuhan, haiwan dan sebagainya yang merupakan ciptaan Allah sebagai
pelengkap kepada kelangsungan kehidupan manusia di atas muka bumi ini.

Sememangnya Allah s.w.t. menjadikan alam ini sebagai kemudahan dan


keperluan bagi kehidupan hambanya. Segala kemudahan dan ciptaan Allah
sama ada di langit mahupun di bumi merupakan nikmat Allah kepada
hambanya. Dan dalam masa yang sama manusia diamanahkan menjadi khalifah
untuk memikul tanggungjawab mengurus dan mengatur alam ini dengan baik.
Disamping menggunapakai segala kemudahan tersebut untuk urusan keperluan
hidup dengan faedah yang terbaik. Dengan ertikata kita tidak melanggar

1
batasan-batasan yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran dan
Hadis Rasulullah s.a.w., terutamanya Allah memerintah agar manusia sentiasa
menjaga dan memanfaatkannya tanpa melakukan sebarang kerosakan. Hal ini
sebagaimana firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 56 :

Maksudnya : “ Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah


menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya. Dan berdoa’lah kepadanya
dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan
terharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-
orang yang memperbaiki amalannya ”.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,

Bersempena dengan sambutan minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat


Kebangsaan yang telah dilancarkan pada 12 September 2006 yang lalu, maka
mimbar Jumaat pada hari ini menyeru para jamaah dan seluruh rakyat Malaysia
untuk merenung tentang suatu amanah Allah s.w.t. yang telah
dipertanggungjawabkan kepada kita semua iaitu : “ PEMULIHARAAN ALAM
SEKITAR : TANGGUNGJAWAB BERSAMA “

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Pada hari ini masalah alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran air
pembuangan sisa toksik, penebangan hutan yang tidak terkawal, pengurangan
sumber bumi dan sebagainya telah mengakibatkan berlaku dan hilangnya
ketidak seimbangan kepada alam sekitar. Kerana itu, permasalahan ini menjadi
ancaman dan menjadi topik perbincangan hangat oleh setiap lapisan
masyarakat, sehingga krisis ini memaksa pihak kerajaan berusaha bersungguh-
sungguh bagi menanganinya supaya ianya sentiasa terkawal dan terpelihara.

Kerana itu, selain peranan pihak kerajaan untuk menyelesaikan krisis dan
kemelut permasalahan alam sekitar yang berterusan ini, maka satu pendekatan
pemahaman dikalangan rakyat khususnya umat Islam yang tidak mendalami
ilmu dan peradaban Islam yang beranggapan bahawa permasalahan serta isu-isu
berkaitan alam sekitar merupakan perkara yang tiada hubung kait dengan ajaran
Islam.
Justeru, fahaman seumpama ini sememangnya salah dan perlu diperbetulkan,
kerana hakikat sebenarnya ialah segala hal-hal yang berkaitan dengan

2
pemuliharaan alam sekitar dan pelestariannya sangat berkait rapat dengan ilmu-
ilmu Islam yang dasar. Khususnya ilmu tauhid (usuluddin) yang mempunyai
hubungan yang erat dengan hal-hal pemuliharaan alam sekitar serta semua
elemen yang ada didalamnya, sama ada berupa makhluk yang hidup atau yang
mati, yang berakal atau sebaliknya. Kesemua ini membawa kepada petunjuk
yang nyata akan wujudnya Allah s.w.t. dan akan mendekatkan diri manusia
dengan Allah Yang Maha Mencipta.

Hadirin Sidang Jumaat yang Dirahmati Allah,

Islam juga telah mengingatkan kita supaya sentiasa menjaga alam sekitar.
Perkara ini sering diberi peringatan oleh Allah s.w.t. dalam banyak bentuk
seperti mengajak manusia berfikir akan kejadian alam dan dikaitkan dengan
apakah kesudahan yang akan menimpa manusia sekiranya tuntutan menjaga
alam sekitar diabaikan. Khususnya bagi manusia yang mempunyai sifat tamak
dan keinginan mengejar kemajuan ekonomi serta pembangunan sehingga
sanggup mengadai dan mengenepikan soal kepentingan menjaga pemuliharaan
alam sekitar.

Kerana itu, kita harus ingat bahawa setiap benca alam yang berlaku adalah
kerana sikap dan perbuatan manusia itu sendiri. Hal ini, al-Quran sendiri telah
menerangkan kepada kita bahawa kemusnahan dan kerosakan yang berlaku di
muka bumi ini adalah disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia.
Sebagaimana firmannya dalam surah ar-Ruum ayat 41 :

Maksudnya : “ Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut
dengan sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang
demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-
perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan
bertaubat)”.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,

Kita sedia maklum bahawa unsur terpenting yang mengimbangi kehidupan


manusia di dunia ini ialah air dan udara. Dimana ¾ bumi Allah ini adalah
diliputi air dan ¼ daripadanya merupakan daratan. Namun begitu 97 %
daripada air tersebut merupakan air masin (air laut) dan tidak boleh digunakan
untuk kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Hanya kira-kira

3
0.6% sahaja air di bumi ini untuk keperluan hidup manusia dan dalam masa
yang sama ianya dikongsi bersama oleh manusia dan haiwan serta tumbuhan-
tumbuhan. Cuba kita renung? Jika sejumlah kecil air yang terdapat ini pula
telah dikotori dan dicemari oleh sikap manusia yang tamak dan tidak
bertanggungjawab, maka sudah pasti kita yang akan menerima kesan buruk
akibat pencemaran tersebut.

Di antara perbuatan yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air ialah :

1. Sikap membuang sampah sarap ke dalam aliran air seperti longkang,


sungai, tali air, kolam dan sebagainya.

2. Disebabkan oleh air buangan dari kilang perindustrian seperti sisa- sisa
minyak dan sebagainya yang terus disalurkan longkang dan ke sungai
tanpa dirawat terlebih dahulu.

3. Buangan air kumbahan dari rumah atau kediaman yang tidak disalurkan
ke sistem pembetungan.

4. Pembuang sisa-sisa minyak dan sisa racun makhluk perosak ke dalam


sungai dan laut.

5. Air kelodak dari hakisan bukit-bukit akibat penebangan pokok-pokok


yang tidak terkawal dan air tanah tersebut kemudiannya mengalir ke
dalam sungai.

Akibat daripada kesemua perbuatan yang disebutkan tadi, telah mengakibatkan


sungai-sungai dan lautan kita tercemar. Malahan telah membunuh ikan-ikan
serta hidupan air. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja menyekat
peluang rezeki para nelayan kita, malahan telah mengancam keselamatan hidup.
Kerana kita tidak selamat lagi untuk menggunakannya air tersebut bagi tujuan
kegunaan harian seperti untuk bersuci, mandi, dan menggunakannya sebagai air
minuman.

Sidang Jumaat Tatamu Allah Yang Dimuliakan,

Selain daripada kepentingan air kepada manusia, udara yang bersih juga amat
perlu dalam kehidupan kita. Tanpa air kita masih boleh hidup untuk beberapa
hari, tetapi tanpa udara kita tidak boleh hidup. Ini menunjukkan betapa
pentingnya udara kepada kita. Maka, udara yang bersih merupakan nikmat
Allah yang perlu dipelihara dan dikekalkan. Lebih-lebih lagi ianya merupakan
keseimbangan bagi makhluk-makhluk Allah yang lain seperti tumbuh-
tumbuhan dan haiwan.

4
Maka kesedaran mengenai udara yang tercemar perlu diberi perhatian yang
serius oleh semua lapisan masyarakat. Kerana ia boleh mendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan manusia seperti kesukaran pernafasan, sakit
paru-paru, asma atau lelah dan penyakit jangkitan mata. Selain daripada itu
pencemaran udara juga menyebabkan berlakunya jerebu yang teruk dan berlaku
peningkatan suhu bumi. Maka marilah sama-sama kita merenung dan
menginsafi perbuatan kita. Kerana Allah s.w.t amat membenci kepada orang-
orang yang mendatangkan kesusahan dan kemudaratan kepada orang lain.

Kesimpulannya, terdapat beberapa pengajaran daripada khutbah pada hari ini


diantaranya :

1. Manusia sebagai makhluk yang diamanah oleh Allah untuk memakmur


dan membangunkan bumi, menerusi aktiviti pertanian, perindustrian dan
pembangunan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang
ditetapkan bagi mengelak berlakunya kerosakan dan kemusnahan
terhadap alam sekitar.

2. Nikmat air dan udara yang bersih adalah anugerah Allah s.w.t. untuk kita
gunakan dan mengurusnya dengan penuh bijaksana.

3. Janganlah kita menggadaikan segala kurniaan Allah ini hanya untuk


mengejar kemajuan dan kemewahan hidup tanpa memikirkan hak-hak
makhluk lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang menumpang
seperti kita di atas bumi Allah ini.

4. Pemuliharaan alam sekitar serta semua elemen yang ada didalamnya,


sama ada berupa makhluk yang hidup atau yang mati, yang berakal atau
sebaliknya. Kesemua ini membawa kepada petunjuk yang nyata akan
wujudnya Allah s.w.t.

‫ أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬:

Maksudnya : “ Dan ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua
yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu
menentukan bilangannya bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat

5
‫‪suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat‬‬
‫‪tuhannya ”.‬‬

‫) ‪( Surah Ibrahim ayat : 34‬‬

‫ب ار َك اهلل ِلى ولَ ُكم فِى ال ُق رءَا ِن الْع ِظ ْيم‪ ،‬و َن َفعنِى وإِيَّا ُكم بِاآلْي ِ‬
‫ات َوال ِّذ ْك ِر‬ ‫َ َ ْ َ ْ َ‬ ‫َ‬ ‫ََ ُ ْ َ ْ ْ ْ‬
‫الس ِم ْي ُع ال َْعلِ ْيم‪ .‬أَ ُق ْو ُل َق ْولِ ْى‬
‫ِّى َو ِم ْن ُك ْم تِالَ َوتَ هُ‪ ،‬إِنَّهُ ُه َو َّ‬
‫ن‬ ‫م‬‫الْح ِكي ِم‪ ،‬وَت َقبَّل ِ‬
‫َ ْ َ َ ْ‬
‫ات‬‫َه َذا وأَس َتغْ ِفر اهلل الْع ِظ ْيم لِى ولَ ُكم ولِس ائِ ِر الْمس لِ ِم ْين والْمس لِم ِ‬
‫ََ ُْ َ‬ ‫ُْ‬ ‫َ ْ ُ َ َ َ ْ َ َْ َ‬
‫الر ِح ْيم ‪.‬‬ ‫اسَتغْ ِف ُر ْوهُ إِنَّهُ ُه َو الْغَ ُف ْو ُر َّ‬
‫فَ ْ‬

‫‪6‬‬

You might also like