You are on page 1of 58

IMAN HAZIA

MEMPERSEMBAHKAN.

BEBASKAN AKU CINTA.

SEBUAH KISAH KOMEDI CINTA

“ TOLONGLAH! KENAPA NAK PERCAYA PADA PRINCE

CHARMING??? PRINCE CHARMING TAK WUJUD OKAY...”

TAG LINE: CINTA, PRINCE CHARMING, GADIS


IMPIAN.
PROLOG.

‘HANTU, JEMBALANG TANAH, JEMBALANG AIR, JEMBALANG LANGIT,

JEMBALANG RAJA SEGALA JEMBALANG’ Nadilla menyumpah-nyumpah di dalam hatinya

apabila dari jauh matanya sudah ternampak kelibat seseorang yang amat di kenalinya sendang

berjalan mendekatinya. Baru saja Nadilla nak buka langkah menjadi Usain Bolt versi wanita

membuat pecutan 100 meter olimpik tapi dia telah berjaya di kesan oleh pemangsa tersebut.

Tiba-tiba Nadilla merasakan kepalanya berasap. Telinga, hidungnya dan mulutnya dah

macam corong kepala kereta api mengeluarkan haba panas. Kalau di letak termometer mahu

meletup temometer itu. Lalu Nadilla scan hatinya, dengan yakin akhirnya hanya satu kesimpulan

mampu dia buat. Sah hatinya sedang sakit. Sakit menanggung rasa panas dan geram. Siapa yang

tak sakit hati apabila melihat kekasih gelapnya merangkap tunang di bencinya seorang lelaki

bernama si Taufiq itu berada di sini di hadapan matanya.

‘Dari mana pula mamat ni dapat mengesanku di sini?’ Keluh Nadilla di dalam hatinya.

Pening otak Nadilla berfikir siapa yang sangat tak sayang mulut memberitahu dirinya

berada di sini pada Taufiq. Kalau dia tahu dari mana atau lebih tepat lagi dari siapa mamat itu

tahu yang dia berkerja di sini memang siaplah wartawan tak bertauliah tu. Biarkan Nadilla

tauliahkan si dia cukup-cukup. Nampaknya sekarang Nadilla dah tak boleh nak lari lagi. Hari ini

dia dah kantoi… terasa macam nak je dia nyanyi lagu kantoi yang sedang popular tu…
“Hah nak ape?” Nadilla bertanya kasar sebaik Taufiq berdiri di hadapannya. Mamat

macam ni jangan di buat baik. Kalau buat baik nanti aku juga.. dapat penyakit bahasa melayu

sekolah rendah dengan singkatannya BMSR (Buang Masa, Sakit hati, Rosak otak).

“Ohh kat sini you kerja sekarang ye Dilla? I ingat you dah sampai ceruk manalah pula.

Untung I turun sini hari ini. Boleh I tangkap balik tahanan yang terlepas.” Taufiq tak menjawab

mengiku skema jawapan yang di perlukan. Sebaliknya sindiran yang sepedas cili boh di

lemparkan pada Nadilla.

‘Amboi mulut tak ada Insurans betullah si Taufiq ni. Malang sungguh nasib aku jadi

tunang dia. Siapa nak budak ni? Aku lelong 50 sen je….’ Gerutu Nadilla di dalam hatinya.

“ Amboi… berapa juta insurans mulut you tu? Beli yang mahal-mahal tau. Lepas tu letak

atas nama I. boleh I jadi jutawan segera, tak payah I masuk pertandingan power root.” Sindir

Nadilla pedas. Pedas biar lawannya pedas. Baru sama-sama puas hati.

“La you masuk peraduan power root tu ke? Mesti you power kan?” Taufiq tahu Nadilla

menyindirnya. Gadis itu, dia sudah faham sangat. Namun kerana itu dia tertarik pada Nadilla.

Di mata Nadilla terpampang wajah gedik Taufiq. Lelaki ni memang suka menggedik dan

setiap kali taufiq berbuat begitu di kepala Nadila hanya ada satu formula. Formula yang telah

lama di ciptanya:

‘Taufiq bersamaan dengan ‘Gedik + Gatal +Miang = LD (lelaki desperate)’.

“Fiq… You dah sampai?” Nadilla baru nak membalas ucapan penuh kegatalan dari

Taufiq. Namun sudah ada yang memintasnya dari berbuat begitu. Baru dia nak melancarkan

serangan balas, ada pula seorang minah ni tegur si LD ni.


“Mia, I baru sampai. Ingat nak tanya kat cleaner you ni mana perjabat you.” Dalam siaran

langsung Taufiq mengenakan Nadilla. Merah muka Nadilla dibuatnya. Suhu kemarahannya

bertambah-tambah. Macam terputus pula telinganya apabila mendengar Taufiq panggil dirinya

sebagai cleaner a.k.a pegawai pembersih. Ada rupa cleaner ke aku ni? Tolonglah buta ape mamat

ni.

“Encik kalau saya cleaner… telinga encik, otak encik dan badan encik tu dulu saya

bersihkan… biar kurang sikit beban dosa pada encik.” Balas Nadilla panas.

Di mata Nadilla, Taufiq ni dah macam sebesar semut je. Rasanya nak je dia pijak-pijak.

Geram. Kala dia nampak Taufiq ingin membalas, cepat-cepat Nadilla bermain kotor lalu

memotong peluang Taufiq bercakap. Dia pantas meminta diri daripada Taufiq dan temannya itu.

“Mia, I minta diri dulu ye. Banyak benda I nak clean ni.” Sempat saja Nadilla menyindir.

Dushh rasakan sebiji lagi daripadanya.

“Jap lah Dilla. I kenalkan you ini Encik Taufiq dari HQ. Taufiq, this is Nadilla our

operation manager.” Damia ni memang lurus sikit. Baik hati dia memperkenalkan Nadilla pada

Encik Taufiqnya itu.Nadilla tak memberi respon apa-apa. Sebaliknya hanya memberikan sebuah

senyuman yang tidak ikhlas sebelum pantas bergerak pergi.

‘HUH’ Ini mungkin kali yang ke seratus kalinya Nadilla mengeluh. Sejak tertangkap

dengan Taufiq tengah hari tadi, hatinya langsung tidak tenteram. Kepalanya jadi pening dengan

sendirinya. Kalau silap haribulan boleh demam susah hati dibuatnya.


Bertemu semula dengan Taufiq bermakna dia terpaksa membuka lembaran baru di buku

lama miliknya dulu. Persoalannya bersediakah Nadilla membuka lembaran itu esok, kerana dia

pasti esok akan menjadi titik mula untuk dia mencatatkan huruf pertama di lembaran baru itu.

Mengenali Taufiq, terlalu kenal sebenarnya membuatkan Nadilla boleh meneka setiap

langkah gerak yang akan di ambil oleh Taufiq. Taufiq tidak akan bermula hari ini, hari ini adalah

satu-satunya masa yang Taufiq peruntukkan untuk dirinya menyusun setiap strategi dan bersedia

untuk menghadapi peperangan antara mereka nanti. Tentunya esok Taufiq tidak akan

melepaskan dirinya lagi. Lelaki itu akan terus membayangi dirinya bagaikan bayang-bayang

yang sentiasa mengikut setiap langkahnya.

Nadilla tahu dia tiada pilihan lain, walaupun dia boleh berhenti dari syarikat ini dan lari

lagi dari Taufiq, namun dia tetap perlu tunggu selama 3 bulan sebelum perletakkan jawatannya

sah. Itu sudah tercatat di dalam kontrak perkhidmatannya. Jadi sama saja, dia tetap perlu

menghadapi Taufiq walau apa yang terjadi sekalipun. Lebih penting dia tak akan melepaskan

jawatannya sekarang hanya kerana Taufiq. Tolonglah, penat-penat dia bina kerjaya. Tak

mungkin dia lepaskan.

Lalu Nadilla tahu hanya tinggal satu pilihan iaitu terus berada di sini dan hadapi Taufiq.

Untuk itu, strategi harus di susun. Peperangan ini perlu dia menangi walau dengan apa cara

sekalipun. Dirinya perlu di jauhi dari Taufiq dan Taufiq perlu di halau jauh dari dirinya.

Taufiq tersenyum sendirian di pejabatnya. Dia pasti sekarang ini Nadilla tidak akan

senang duduk dibuatnya. Akhirnya dia mampu menjejaki Nadilla selepas setahun dia penat

menjalankan operasi mencari kewujudan gadis itu di setiap ceruk Kota Kuala Lumpur. Jauh dia
menjelajah mencari, namun jejak langkah Nadilla hilang tanpa dapat di kesan. Penat dia

menjejaki rupanya Nadilla tidak jauh manapun melangkah. Masih di bawah bumbung

syarikatnya juga. Khilafnya juga, sibuk sangat mencari di tempat lain sehingga lupa untuk

mencari dalam lingkauannya.

Mengenali Nadilla membuatkan Taufiq yakin gadis itu yang terbaik buatnya. Mungkin

Nadilla tak di jadikan sebagai seorang wanita yang cantik dan sempurna. Gadis itu tidak tinggi

mana dan tidak selangsing mana. Orangnya tembam, bercermin mata dan alang-alang tinggi saja.

Raut Nadilla bukanlah pada golongan cantik, hanya comel mata memandang. Istimewanya

Nadilla di matanya kerana ada satu pekara saja yang ada pada gadis itu yang belum pernah dia

jumpa dalam gadis-gadis yang di kenalinya. Nadilla ada kelebihan membuatkan dia percaya,

yakin dan hormatkan gadis itu.

Taufiq nekad, esok dia akan memulakan langkahnya. Nadilla akan di kejar dan di ikat

sehingga gadis itu tidak mampu lagi bergerak jauh darinya. Nadilla mungkin boleh mengelak

tapi jangan harap gadis itu boleh menyembunyikan diri daripadanya.


BAB 1

kisah kita yang dulu.

Nadilla menatap langit malam yang kelam dengan cukup penat. Bukan penat fizikal.

Penat fizikal boleh di ubati dengan tidur yang lena namun penat minda. Penat minda, semuanya

pun akan jadi penat. Semuanya akan jadi tidak tentu arah.

Hati Nadilla sudah tak mampu bertenang. Hatinya kembali merasakan perasaan yang satu

ketika dulu pernah menjengah dan menghuni hatinya. Perasaan yang satu ketika dulu pernah

hadir membawa titisan airmata di wajahnya. Aduh sakit sungguh rasa ini tak tertanggung pula

rasanya untuk di hadapi untuk kali kedua.

Kisah yang sudah lama ingin Nadilla lupakan dan dia hampir berjaya lupakan kini

kembali di dalam bayangan kotak ingatannya. Satu-persatu bermain bagaikan sebilah belati yang

menghiris kembali sisa-sisa luka lama yang baru saja ingin menghilangkan diri.

*******************

Tiga tahun sudah sejarahnya bermula apabila Nadilla mengenali Taufiq. Ketika itu dia

hanya seorang fresh graduated yang baru mula mencipata kerjaya di Sinar Holding. Prolog

kisahnya mula mencatat lebaran baru di dalam hidup Nadilla apabila dia mengenai Taufiq ketika
bertugas di syarikat lamanya dulu. Taufiq merupakan head of admin, jabatan yang menempatkan

Nadilla ketika itu yang merupakan salah seorang eksekutif muda di syarikat itu.

Entah macam mana dan apa yang berlaku di dalam otak si Taufiq. Lelaki itu boleh saja

mencerna idea cara-cara membuli Nadilla Binti Adha . Buli itu perkataan terbaik yang Nadilla

boleh keluarkan kerana sesungguhnya Nadilla merasakan dirinya sememangnya di buli oleh

Taufiq Bin Adam.

Cara Taufiq membuli memang lain dari lain bagi Nadilla. Lelaki itu tidak mengunakan

kekerasan untuk membuatkan Nadilla penat namun lelaki itu menggunakan otak membuatkan

Nadilla penat dengan bergerak ke sana ke mari dengan fiil Taufiq yang entah apa-apa itu.

Taufiq berkata pada Nadilla: ’YOU ARE MY BEST FRIEND.’ Kawan baik lah sangat.

Bukan Nadilla tidak tahu yang Taufiq membuli dirinya dengan melantik dia menjadi kawan baik.

Bagi Nadilla pula Taufiqlah kawan yang tak baiknya. Bukan tak ikhlas ke? Nak mengutuk ke?

Tapi masalahnya Nadilla dah puas melarikan diri dari Taufiq dalam sesi buli membuli ni. Namun

Taufiq tetap juga hebat mencari helah membuatkan Nadilla terduduk pegang bendera putih di

dalam usahanya itu. Mana nak cari kaki buli yang pro macam Taufiq ni?

Ketika tu ke hulu ke hilir Taufiq mengheret Nadilla. Shopping, Nadilla juga dia cari.

Pergi makan, Nadilla juga dia tarik. Balik kampung jumpa nenek dia, Taufiq paksa Nadilla jadi

pemandu. Buli tak buli kalau dah gitu. Sikit lagi nak sakit jiwa Nadilla di buatnya. Boleh kata

semua rahsia Taufiq tu dalam poket Nadilla lah. Cakap je nak trick yang mana? Semua ada

dalam direktori Nadilla… tinggal nak key in dan tekan cari je tau.
Yang paling tak bestnya si Taufiq ni pada Nadilla adalah lelaki itu ada aweks. Aweks dia

pula huh sangatlah cantik. Budak kolej lagi. Memang jenis lelaki makan anak ikan lah si Taufiq

ni. Itu yang permulaan pada lembaran untuk part yang tak best tu.

Opss jangan salah anggap apabila Nadilla kata yang tak best itu sebab dia cemburukan

aweks Taufiq. Buang kes je dia nak cemburukan budak kolej tu. Nadilla bukan cemburu sebab

dia ada aweks ke? Sebab aweks dia cantik ke? (walaupun memang ada cemburu sikit sebab kulit

aweks dia cantik. Itu je, lebih-lebih memang tak da hah.)

Tapi part tak best bagi Nadilla tu bermula apabila di suatu hari yang hening selepas

makan sarapan waktu branch ketika itu ada sekeping cd sampai di atas meja Taufiq. Nadilla ingat

lagi masa tu kelam kabut Taufiq mencari dia dengan membaca cd tersebut. Nadilla ingat Taufiq

nak ajak dia pergi mana entah, tapi rupanya Taufiq hanya hendak bertanya dengan Nadilla yang

ada tak bos besar cari dia. Itulah harinya. Hari mencatatkan sejarah buat diri seorang insan

bernama Nadilla. Scene tu memang tak boleh lupa… Insan bernama Nadilla ini masih ingat lagi

setiap patah perkataan yang di ucapkan pada hari itu dan kini bermain di kotak kepalanya?

**********

“ Dilla, bos besar ada cari aku tak?” Taufiq dengan muka tauhu basinya bertanya pada

Nadilla yang sibuk meneliti borang cuti. Masa tu rasa nak saja Nadilla cari jantungnya yang

mungkin dah terjatuh di sebabkan terkejut oleh sergahan tak beradab dari Taufiq.
“Waalaikumsalam bos. Tak ada pula bos besar cari bos. Kenapa?” Dalam pada menjawab

itu Nadilla sempat memberi sindiran pedas buat Taufiq. Muka Taufiq ketika mendengar jawapan

itu pula berubah dari tauhu basi terus jadi tauhu segar. Berseri-seri. Hish mamat ni aganya dan

hilang skru kot, itulah segar walaupun di sindir.

Tanpa terima kasih, Taufiq terus ingin melangkah. Belum sempat dia nak begerak jauh

dari partition tu, telefon Taufiq pun berbunyi. Dia berbual sebentar, terus je muka dia kembali

pucat macam mayat. Risau juga Nadilla kalau dia ni mati berdiri ke, ape ke? Kang tak pasal-

pasal berhantu pula partition dia ni. Nadilla pula dengan baik hati pergi tanya pada Taufiq

dengan soalan: Kenapa Boss? Huh… memang malanglah soalan dua patah perkataan tu. Tup tup

Nadilla terasa dia di tarik untuk berdiri dan sedar-sedar saja dia sudah berada di dalam pejabat

boss besar.

“ Saya tak ingat kalau saya minta awak bawa sekali Dilla dalam bilik saya ini Encik

Taufiq.” Kata Tuan Haji yang merangkap bos besar syarikat ini. Satu penyataan itu bagai batu

yang besar menghempap kepala Iman. Sungguh dia jadi segan apabila merasakan itu satu

sindiran buatnya walaupun di tujukan pada Taufiq.

“Saya bawa dia kerana dia perlu ada di sini Tuan Haji. Dia teman wanita saya Tuan

Haji.” Taufiq menjawab tanpa rasa bersalah. Nadilla di sebelahnya sudah terbeliak

memandangnya. Di dalam hati Nadilla bertanya bila pula cap mohor dia teman wanita Taufiq di

keluarkan. Tak sedapnya rasa hati.

“ Hmm... Kenapalah awak yang cerdik pandai ni Dilla boleh terlibat dengan budak yang

tak berapa betul macam Taufiq. So Taufiq, awak rasa awak betul ke nak saya bincang hal ini

dihadapan Dilla? Awak tahukan saya nak bincang soal cd menarik yang baru saya terima ni.”
Tuan Haji menunjukkan satu sarung cd yang kosong. Nadilla tertanya-tanya apa isi kandungan

cd itu?

“ Saya dan Dilla tiada rahsia Tuan Haji.” Taufiq berkata yakin. Niatnya hanya satu

dengan ada Nadilla ada sini, Tuan Haji tidak akan mempertontonkan cd itu secara terang-

terangan. Malu Taufiq.

“Jangan awak ingat dengan ada Dilla di sini saya tak akan tunjuk isi kandungan cd ini

Taufiq. Saya nak kita berbincang dan habiskan soal ini di sini, hari ini juga. Ini soal maruah dan

keperibadian. Saya tak akan bertolak ansur. Saya dah beri peluang pada awak tapi awak sendiri

kata awak tiada rahsia dengan Dilla kan. Jadi tak salah kalau saya tunjukkan apa yang ada di

dalam cd ini.” Tuan Haji mengingatkan lagi sebelum dia memusingkan monitornya ke arah

Taufiq dan Nadilla untuk tontonan mereka.

Reaksi pertama Nadilla adalah tidak percaya. Matanya sungguh tidak percaya apa yang

dia tontoni sekarang. Kemudian Nadilla mendapati tangan Taufiq menutup matanya. Kedengaran

suara Taufiq melarangnya dari melihat lagi. Namun Nadilla perlukan kepastian, dia ingin tontoni

sekali lagi.

Berusaha Nadilla membuka tekupan tangan Taufiq di matanya, tapi tidak berjaya. Ianya

terlalu erat. Apabila merasakan tidak mampu, Nadilla menyiku perut Taifiq yang berdiri di

sebelahnya dan akhirnya pandangannya terang semula. Panorama di monitor itu kembali menjadi

santapan matanya.

Reaksi keduanya adalah jijik dan mual. Sarapan karipap dan milo ais yang bermukim di

perutnya tiba-tiba memohon untuk membuat operasi evacuation. Nasib baik bilik Tuan Haji itu

siap dengan toilet sendiri jadi mudah saja Nadilla melarikan tubuhnya ke dalam toilet dan
memuntahkan apa saja yang ada di dalam taman perumahan perutnya. Mual dan Jijik. Selagi

bayangan itu tidak hilang selagi itu banyak harta karun perutnya akan keluar.

“Okay tak ni Dilla?” Suara Taufiq bertanya. Tiba-tiba Nadilla merasakan ada usapan

lembut di belakangnya yang tengah sibuk membongkok untuk muntah. Baru Nadilla perasan

yang dia hanya menutup pintu bilik air itu tapi tidak menguncinya kerana sibuk ingin

mengeluarkan penduduk perutnya yang memberontak.

“You rasa I okay ke? I jijik tau tak. Mual tengok. You pergi jauh-jauh. Jangan sentuh I.”

Nadilla menepis sentuhan Taufiq.

“Janganlah macam ni. kau sakit tu. Lepas ni kita bincang. aku janji aku akan terangkan

semuanya.” Taufiq masih lagi berdiri di samping Nadilla. Dia ingin kembali mengusap belakang

Nadilla yang kelihatan sengsara melepaskan muntah itu, tapi dalam masa yang sama dia tak

mahu Nadilla marah. Lalu dia berdiri tanpa buat apa-apa.

BINCANG? Macamlah Nadilla nak berbincang dengan Taufiq. Kalau berbincang pun

akan percayakah Nadilla dengan alasan Taufiq?


BAB 2

Semuanya alasan semata

Nadilla hanya duduk mendengar perbincangan antara Taufiq dengan Tuan Haji. Dia

malas nak menyampuk ke nak ambik port ke? Itu urusan mereka. Nadilla betul-betul tidak tahu

apalah fungsi dia di sini. Bukannya dia ada kait-mengait pun dengan urusan ini. Lainlah kalau

dia salah seorang pelakon di dalam cd yang tak bermoral tu.

“Awak tahu tidak taufiq? Apa yang awak buat ini boleh menjejaskan nama syarikat.”

Balik-balik itu yang di ulang Tuan Haji dalam ceramahnya pada Taufiq. Sampai rasanya naik

bosan Taufiq mendengar ceramah yang berulang kali itu.

“Saya tahu Tuan Haji. Saya minta maaf, saya tak sangka jadi begini.” Taufiq bersuara

kesal. Entah betul entah tidak kesal mamat ni.

Nadilla mencebirkan bibirnya tanda tidak percaya. Pada Nadilla, hal yang boleh di elak

bergini lebih baik tak buat daripada buat kan. Kenapa dah berlaku baru nak menyesal. Dah tak

ada gunanya untuk menyesal. Sekarang siapa susah diri sendiri juga dan tak pasal-pasal dia juga

yang merasakan tempiasnya. Mual lagi bila teringat apa yang ada dalam sekeping cd itu.

“Habis sekarang apa awak nak lakukan? Awak perlu bertanggungjawab Taufiq.” Tegas

suara Tuan Haji menyatakan pendiriannya.


“Saya tak perlu bertanggungjawab Tuan Haji. Saya dan perempuan itu dah putus. Antara

kami hanya seperti apa yang ada di dalam cd itu tapi antara dia dan kekasihnya sekarang lebih

jauh terlanjur. Saya tidak mahu mengambil sisa orang Tuan Haji.” Tegas Taufiq menyatakan

pendiriannya juga.

“Jauh atau tidak tapi antara you dan dia juga pernah terjadi apa-apa. You tak boleh

sesedap rasa you nak lari dari kenyataan itu. Ini baru Tuan Haji yang tahu, kalau orang luar tahu?

Lagi parah. Silap-silap boleh hangat satu Malaysia. Jangan pandai baling batu tapi sembunyikan

tangan.” Sindir Nadilla. Dia cukup tidak suka dengan cara Taufiq yang sepertinya ingin

melarikan diri itu.

“Dilla, I tak ada niat nak larikan diri. Apa yang cerita tu memang betul I dengan Mikka

dah putus. I sendiri nampak dia dengan kekasih dia dalam bilik sebab tu I dan dia putus.” Terang

Taufiq bersungguh. Sekarang dia rasa dia di serang dari setiap sudut sisi.

“Mana you tahu dia lebih jauh terlanjur dengan kekasih dia dari bersama you? You dan

dia buat cd tu pun dalam bilikkan? Kot-kot mereka pun hanya buat apa yang you berdua pernah

buat. Siapa tahu?” Suara sinis adn jelik sekali Nadilla lontarkan pada Taufiq.

“You jangan nak menuduh I, Nadilla. I memang pernah buat silap itu bersama dia tapi I

belum sampai lagi nak rosakkan dia. Kami tak pernah pergi jauh. Sewaktu dia bersama I, I jamin

yang dia masih lagi anak dara. I tahulah mereka terlanjur jauh sebab dengan mata kepala ini

sendiri nampak mereka buat pekara itu. Puas hati?” Geram pula Taufiq. Sangkanya dengan

membawa Nadilla di sini boleh membantunya. Ini tidak Nadilla pula menambahkan lagi

masalahnya.
“You dah buat anak orang Taufiq. Walau apapun alasan you, you perlu

bertanggungjawab. Kalaupun I puas hati dengar cerita you ni, mungkin orang lain tak boleh

terima. Tetap aje perkara ini akan menjadi semakin teruk nanti.” Nadilla mencuba merasionalkan

Taufiq. Pekara ini bukan hanya antara mereka bertiga mungkin juga akan tersebar pada orang

ramai.

“Kata Nadilla itu betul. Kalaupun kami percaya cakap kamu Taufiq, bagaimana kamu

nak memastikan orang lain percaya cakap kamu juga nanti?” Tanya Tuan Haji. Nampak sangat

dia bersetuju dengan Nadilla. Jadi geram pula Taufiq di buatnya.

“ Saya akan bayar ugutan yang dia nak ini dan saya akan ambik balik copy asal cd ini

bersama surat peguam yang menyatakan cd ini telah di musnahkan. Jika dia nanti mengugut lagi

saya akan heret dia ke mahkamah.” Solusi dari Taufiq.

Ini satu yang Tuan Haji suka pasal Taufiq ini, seorang anak muda yang berfikiran kritis

da bijak menyelesaikan masalah. Tengoklah walaupun Taufoq di tekan daripada tadi, anak muda

ini tetap tenang dalam perbicangan ini. Hanya sesekali nampak terganggu dengan

ketidakpercayaan Nadilla padanya.

“Bayar? Bayar apa?” Nadilla tidak faham yang yang perlu Taufiq bayar?

“Bayar untuk cd ini. You ingat diaorang hantar cd ini hanya suka-suka ke? Diaorang ugut

I. Nak duit mudah gunalah cara ini. Itupun you nak I kahwin dengan orang macam tu.” Keras

Taufiq membalas. Nadilla terus terkelu senyap. Aduh kalau begitu niat si bunga memang sah

tiada kumbang yang ‘layak’ buat bunga.


“Sudah, tak ada gunanya kamu berdua bertengkar. Benda dah berlaku. Sekarang ini

Taufiq saya nak kamu selesaikan masalah ini. Cuma sebelum itu, saya mahu kamu tunjukkan

yang kamu serius. Kahwin cepat. Jadi kalaupun pekara ini menjadi gossip di kemudian hari

kamu boleh buktikan yang kamu dah berubah.” Tuan Haji memberi satu lagi cadangan ataupun

sebenarnya arahan yang perlu Taufiq ikuti.

“Memang sudah niat saya nak berkahwin pun Tuan Haji. Insya Allah kalau tak ada

halangan saya memang nak minta keluarga saya masuk meminang Nadilla. Kami bincangnya

akan bertunang dulu sementara menunggu Nadilla ini bersedia nak kahwin. Harap-harap pekara

ini tak menganggu perancangan kami.” Luah Taufiq sambil tersenyum.

Nadilla di sebelah sudah seperti di mandikan dengan ais kutub selatan. Selepas itu di

tenggelamkan dalam lava gunung berapi pula. Bila masa pula dia berjanji nak bertunang dengan

si Taufiq ini? Aduhh kes mana pula ni.

“Saya pasti Nadilla tidak akan terpengaruh dengan pekara ini. Nadilla seorang yang

cukup bijak menilai. Tidak begitu Nadilla?” Tuan Haji secara tidak langsung membuatkan

Nadilla tiada pilihan selain mengangguk.

“ Kalau macam itu, saya tunggu kad kamu berdua. Jangan tak jadi pula. Saya sanggup

buat majlis besar-besaran untuk kamu berdua ni. Kalau boleh saya sendiri yang akan pinangkan

Nadilla ini untuk kamu nanti.” Tuan Haji kelihatan begitu seronok pula. Macam anak dia pula

yang nak kahwin.

Taufiq sudah tersenyum simpul. Nadilla hanya memberi senyuman paksa. Aduh bala apa

pula yang sampai ini. Berpaling melihat senyuman meluat dari Taufiq membuatkan Nadilla

tekad, kaki Taufiq perlu di jadikan mangsa. Cepat saja Nadilla mengangkat senjata tumitnya
menghentak kaki Taufiq. Tapi bukan Taufiq yang sakit malah Nadilla pula yang geram. Taufiq

tidak berperasaan.

************************************

“Bila masa kita janji nak bertunang? Nak kahwin berbagai ni?” Tidak menunggu jauh,

sebaik keluar dari pejabat Tuan Haji, Nadilla terus meluahkan lava tidak puas hatinya.

“Kenapa pula kita tak boleh bertunang. You dah tengok semua badan I so you kena

tanggung jawab. You jangan nak mengelak pula.” Balas Taufiq selamba. Apa pula tangungjawab

ni? Bila masa pula dia tengok?

“Bila masa pula I tengok harta you tu sampai I kena tanggungjawab?” Tanya Nadilla

tidak puas hati.

“Tu tadi you tengok dalam cd tu apa?” Taufiq memang menyakitkan hati.

“Huh itu? I tengok dalam cd je tau. Yang Mikka tu bukan setakat tengok siap pegang

untuk you tak pula you suruh tanggugjawab.”

“Ala dalam cd ke? Siaran langsung ke sama je. Mikka tu dah ada lelaki lain inspect dia,

tapi you belum lagi kan? Jadi mestilah I nak you. Kalau you nak tengok siaran langsung pun I

boleh bagi apa.”


Aduhhhh melalut pula si Taufiq ini. Nadilla putus harap betullah kalau bercakap dengan

si Taufiq ni. Pening kepala dia. Lama-lama gila dia melayan. Daripada dia melayan baik dia

pergi. Dengan hentakkan kaki, lalu Nadilla berlalu pergi.


BAB 3

MOGA INI HANYA MIMPI SEMATA

Sangka Nadilla hari ini tidak akan sampai. Dia tak menganggap pun kata-kata yang

Taufiq lemparkan padanya sebulan dulu adalah sesuatu yang akan menjadi catatan hidupnya.

Waktu Taufiq menyatakan dia ingin bertunang dengan Nadilla, rupanya itulah saat lamaran

Taufiq buatnya. Pintanya ini hanya mimpi semata. Mimpi yang akan hilang pada esokkan

paginya. Inilah mimpi paling ngeri yang dia pernah rasakan.

Sebulan kiraan waktu hari-hari yang berlalu. Bayangkan 30 kali sang suria terbit dan

terbenam di ufuk langit ciptaan yang maha esa, dalam masa 30 hari selepas hari kejadian itu

tidak sekalipun sesiapa di antaranya dan Taufiq membuka bicara tentang hal ini, alih-alih pagi ini

muncul rombongan meminang di rumahnya.

Apa kejadah semua ini? Memang hendak kena si Taufiq ni. Patutlah semalam beria-ia dia

meminta dia mengingatkan Nadilla supaya balik rumah. Ada juga di suatu masa nanti si budak

Taufiq ni jadi cekodok pisang kang dia buat. Lepas ini mesti ibu dia membebel kerana hal ini.

“Kak, ibu panggil.” Tiba-tiba saja adik lelakinya yang bongsu ini muncul di hadapan

pintu bilik membawa warkah pemanggilan dari permaisuri rumah ini. Aduh kenapa pula ni. Tadi

ibu juga yang menyuruhnya menunggu dalam bilik selepas dia siap menghidangkan minuman

buat tetamu.

“Akak, ibu panggilah.” Sekali lagi kedengaran suara Adi, adik bongsunya memanggil

mungkin bosan menunggu Nadilla yang masih malas untuk bergerak.


“Yelah akak tahu.” Jawab Nadilla malas. Dia segera bangun dan membetulkan pakaian di

tubuhnya. Walaupun dia tidak suka akan kunjungan itu tidak bermakna dia boleh memalukan

keluarganya.

“Hish, akak ni tahu tapi tak bergerak. Berangan je. Macam mana nak kahwin macam ni.”

Amboi, pandai pula budak ni membebel. Nadilla mendekati Adi dengan senyuman salah. Bila

sampai terus saja telinga gajah milik Adi di piat. Kalau nak mengenakan orang kena ada skil,

kalau dia marah awal-awal tadi terlepaslah peluang dia nak piat si telinga gajah ini.

“ Amboi pandai je nak bebelkan akak ye.” Nadilla ligat memiat telinga gajah itu. Adi

mengaduh kesakitan.

“Sakitlah kak. Lepaslah.” Adi meminta di lepaskan.

“Tahupun sakit. Lepas ni nak bebel akak lagi tak?” Gertak Nadilla. Telinga Adi masih

didalam genggamannya.

“Tak. Tak. Lepas ni Adi tak buat lagi. Lepaslah kak.” Ujar Adi sambil memegang tangan

Nadilla yang berada di telinganya.

“Tahu pun. Ingat orang mungkir janji itu sebahagian perangai orang munafik.” Pesan

Nadilla sambil melepaskan telinga Adi. Nadilla seronok dapat mengenakan adiknya itu. Adi

menarik muka asam kecut pada Nadilla.

**********
Nadilla sopan melangkah menuju ke ruang tamu. Dia dengan penuh bersimpuh duduk di

sebelah sofa satu yang dihuni oleh ibunya. Sungguh manis pada mata yang memandang. Kali ini

Nadilla dapat memerhatikan siapa yang hadir. Yang dia kenali adalah Tuan Haji, majikannya,

seorang wanita di sebelah Tuan Haji semestinya isteri Tuan Haji dan nenek Taufiq yang memang

cukup dia kenali.

“Dilla apa khabar?” Nek Piah, nenek kepada Taufiq bertanya. Memang dari mula lagi dia

dah berkenan sangat dengan Nadilla ni. Sejak kali pertama Taufiq membawa Nadilla pulang ke

rumahnya dulu.

“Sihat nek. Nenek sihat?” Nadilla berbahasa pada Nek Piah.

“Sihat macam nilah. Tapi kalau hajat kami bersambut lagi nenek jadi sihat.” Sempat saja

Nek Piah berkias. Nadilla hanya tersenyum hambar. Faham sangat apa yang di maksudkan dalam

kiasan itu.

“Dilla, ini ibu nak kepastian dari Dilla. Mereka ini datang berhajat. Hajat nak meminang

Dilla untuk Taufiq. Kata Tuan Haji Dilla dah setuju dengan peminangan ini, Dilla setuju depan

Tuan Haji lagi. Ibu tak nak buat keputusan terburu-buru. Sekarang ibu nak Nadilla yang buat

keputusan hidup Nadilla ini. Ibu nak tanya Nadilla sekali ini saja. Betul ke Nadilla setuju

bertunang dengan Taufiq?” Terus tepat kepada topik persoalan Puan Nasiha, ibu Nadilla

bertanya. Hush brutal juga dia tentang hal ini.

Nadilla pula semakin resah gelisah. Tidak tahu untuk menjawab apa. Aduh satu kes pula

dia nak mencerna jawapan menolak di hadapan semua orang. Sudahlah ibunya bertanya di

hadapan yang berharap. Macam manalah dia nak menolak ini?


“Macam mana Nadilla? Hari tu awak dah setuju di hadapan saya kan. Saya dah tunaikan

janji untuk turun padang pinangkan awak untuk Taufiq ni.” Suara Tuan Haji mencelah pada

kedinginan Nadilla. Bertapa resah Nadilla dibuatnya.

“Dilla serahkan pada Ibu. Kalau baik pada fikiran Ibu, baiklah pada fikiran Dilla.” Hanya

itu yang mampu Nadilla jadikan jawapan. Dia tak mampu nak menolak pinangan yang membawa

harapan yang besar buat keluarga di sana. Namun hati dia juga tidak mampu nak menerima

pinangan ini. Lalu Nadilla serahkan pada takdir. Jika memang tersurat dia dan Taufiq bertunang,

jawapannya adalah atas restu ibunya dan abahnya.

“Macam inilah Tuan Haji, Hajjah. Beri saya tempoh sampai esok hari. Kalau ikut saya,

memang hati ini terbuka nak terima pinangan ini. Tapi biarlah saya berbincang dulu dengan

abahnya. Abahnya pun baru malam ini baru balik dari Perak. Itulah saya segan pula pada

keluarga Tuan Haji, datang-datang abahnya tak ada. Itu kurang, ini kurang. Itulah budak-budak

ni tak beritahu yang keluarga sebelah sana nak datang. Tak sempat yang kami di sini nak sedia

apa-apa. Maaflah ye, Haji, Hajjah.” Sungguh Puan Nasiha kesal. Macam tak beradap pula

mereka pada tetamu yang hadir.

“Tak mengapa lah Siha, kami faham. Budak-budak ni bukan nak beritahupun apa-apa

pada kita. Nadilla tadipun rasanya macam tak tahu je kami ni nak datang. Salah si Taufiqlah tu.

Kami ni pun baru tahu hari rabu tu. Dia balik rumah bawa barang hantaran katanya, suruh

meminang si Dilla. Tak menyempat-nyempat. Dah tak sabar sangat lah tu. Kemaruk sangat nak

beristeri.” Cerita wanita bergelar Hajjah itu. Teburai ketawa semua yang ada di situ mendengar

cerita orang kemaruk berbini.


“Budak-budak sekarang ni memang macam tu Hajjah. Di suruh kahwin liat. Kalau sekali

rasa nak kahwin itu, tak menyempat-nyempat. Anak sulung saya, abang Si Dilla ini dulu macam

tulah. Bertahun-tahun saya dok membebel suruh dia kahwin, dia buat masuk telinga kiri keluar

telinga kanan saja. Sekali berkenan, langsung tak sabar. Selagi kita ni tak keluar minta, selagi itu

kita ini di gesanya. Nasib baik dia setuju nak bertunang. Kalau tidak, boleh pening di buatnya.

Tunang setegah tahun terus sibuk nak nikah. Dia orang ingat kerja nikah kahwin ni senang

agaknya.” Ibunya sudah mula berkongsi cerita.

Nadilla membiarkan saja mereka ini berkongsi cerita dan pendapat. Dia tidak larat nak

masuk korum perbincangan. Sekarang dia perlu fikirkan bagaimana untuk menghalang

pertunangan ini dari terjadi tanpa menyakiti hati sesiapa. Harapannya pada abahnya seorang saja

selepas ini. Ibunya awal-awal sudah menetapkan hatinya setuju akan pertunangan ini jadi

sekarang hanya pada keputusan abahnya saja yang boleh Nadilla sandarkan harapan.
BAB 4

Suasana makan malam di meja milik keluarga Nadilla berlainan sedikit auranya pada

malam ini. Selalunya kalau meja ini cukup korumnya dengan ahli keluarga yang pulang mencari

ketenangan. Meja ini akan riuh dengan usik mengusik namun buat malam meja ini hanya senyap

tanpa sebarang cerita yang menceriakan.suasana. Masing-masing senyap kerana malam ini akan

terjadi sesuatu keriuhan yang berlainan.

Nadilla jadi hilang selera memikirkannya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapi

semua ini selepas ini. Kali ini pasti sesuatu yang serius akan berlaku. Satu-satunya anak gadis di

dalam rumah ini akan bertunang tentunya satu isu besar buat keluarga ini. Kalau tidak masakan

ibunya memanggil abangnya pulang.

Lewat petang tadi abangnya sampai selepas setengah jam abahnya muncul di depan

pintu. Satu mesyuarat di adakan di antara ibu bapanya dan abangnya. Kehadirannya pula tidak di

alu-alukan. Mereka berbincang tanpa dirinya yang sudah awal-awal di kenakan arahan mandotori

supaya masuk ke bilik.

Hasilnya beberapa jam itu Nadilla menjadi resah ingin mengetahui apakah hasil

perbincangan ‘panel-panel’ hidupnya itu. Puas dia cuba mengorek dari kakak iparnya dan adik

kecilnya. Habis tawaran hebat untuk menyogok mendapatkan maklumat namun sorang pun di

antara mereka yang di sogokkan tidak mahu berkerjasama.

“ Tahulah teruja sangat nak bertunang, tapi tak kan tak nak makan Dilla? Dari tadi abah

tengok kamu bermain dengan nasi tu.” Encik Azril menegur anaknya itu.
“ Orang tak sabar abah. Macam tulah.” Aril ikut mengusik adik perempuannya itu

bersama senyuman nakal.

“Hish apa pula abang ni. Mana ada.” Nadilla menidakkan. Teruja? Tidak sabar? Ohh

bukan itu rasanya kalau boleh dia tak nak hari ini datang pun.

“Eleh. Malu lah tu.” Aril masih mengusik. Tiya hanya tersenyum memandang perangai

nakal suaminya itu. Kuat mengusik, itu suaminya.

“Dah. Jangan nak bising kat meja makan pula. Lepas makan ni, abah ada sesuatu nak

bincang. Semua orang berkumpul di depan.” Encik Azril cepat mematikan suasana sebelum

menjadi semakin riuh. Anak-anaknya itu kalau di biarkan nanti boleh kecoh satu meja makan ini

jadinya.

Nadilla yang mendengar arahan dari abahnya itu semakin resah. Tidak senang duduk dia

di buatnya. Apalah keputusan orang tuannya itu. Aduh kali ini Taufiq memang benar-benar

mengacau bilau hidupnya. Terbit pula rasa menyesal kerana mengenali lelaki bernama Taufiq

itu. Kenapalah dia oleh mengenali si Taufiq tu.

*************

“Abah rasa semua orang tahu kenapa abah panggil kamu semua ke mari. Abah terus-

terang katakan yang abah dan ibu tidak suka bila anak-anak abah berahsia daripada kami.

Rasanya selama ini kami dah cukup terbuka dengan anak-anak kami. Abah tak faham kenapa

semua ini berlaku pada hari ini. Nadilla, fahamkan maksud abah?” Encik Azril memulakan
mukadimah. Semua yang ada di ruangan tamu itu hanya senyap. Menghomati ketua keluarga

berucap.

“Dilla faham abah. Dilla minta maaf.” Nadilla faham apa maksud abahnya itu. Abahnya

pasti tidak senang apabila tiba-tiba rombongan datang tanpa mereka tahu kehadirannya.

“Abah terkejut bila ibu kamu telefon menyatakan ada yang datang bertanyakan kamu.

Kami tak tahu pun mereka nak datang. Ibu kamu sendiri terkejut dengan kedatangan mereka.

Sebelah kita tidak bersedia apa-apa pun menyambut mereka. Tak elok Nadilla kalau macam ni.

Apa pandangan mereka tentang keluarga kita nanti. Abah bukan tak suka mereka datang tapi apa

yang abah tak suka yang kita ni tidak bersedia menyambut. Abah pun tak ada kat rumah masa tu.

Kita ni ada adat. Ada adab. Abah harap benda macam ni tidak akan berulang lagi. Kamu tidak

tahu ke mereka nak datang?” Encik Azril puas berceramah. Namun bila melihat muka sedih anak

gadisnya itu. Sayu pula rasanya.

Tidak pernah Nadilla berkelakuan begini. Dulu apabila kawan-kawan anak gadisnya itu

datang pun sibuk saja Nadilla mencanangkan serumah tak kan hal sebesar ini anak gadisnya itu

hanya berdiam diri.

“ Taufiq ada beritahu Dilla sebulan lalu abah. Dilla ingatkan dia bergurau. Sebulan ni dia

senyap saja. Cuma dalam dua tiga hari ini dia sibuk ingatkan Dilla supaya balik kampung. Dilla

ingat tak ada benda, cuma ingatan dia. Tak tahu pula dia nak menghantar rombongan macam ni.

Maafkan Dilla abah.” Nadilla berterus terang. Takut pula kemarahan abahnya semakin dahsyat

nanti.
“Jadi betullah kamu bercinta dengan budak Taufiq tu?” Encik Azril bertanya lagi. Kalau

dari cerita yang di dengarinya dari Nadilla, sepertinya benar anaknya bercinta dengan lelaki

yang datang meminang anaknya itu. Kalau tidak masakan sampai nak bertunang macam ni.

“Tak adalah. Mana ada Dilla bercinta dengan dia. Dilla kawan biasa je dengan dia tu.”

Nadilla tidak boleh menipu. Berterus terang itu sifatnya kalau bersama orang tuanya.

“Kawan biasa saja. Habis kenapa nak bertunang pula ni?” Puan Nasiha bertanya. Pelik

pula dia, kalau benar katanya kawan biasa tak kan sampai pihak sana sanggup berjalan jauh

menghantar risikan.

“Entahlah dia tu bu. Dilla pun tak tahu, tiba-tiba ajak Dilla tunang. Dahl ah ajak depan

Tuan Haji. Tersenyap Dilla di buatnya.” Nadilla menceritakan hal sebenarnya pada Puan Nasiha.

Dia benar-benar tidak tahu apa tujuan Taufiq hendak bertunang dengannya.

“Ala ibu, budak lelaki tu sukakan akak lah tu ibu sebab tu terus ajak akak bertunang.”

Amboi si kecil di dalam rumah itu selamba menyampuk. Dilla merenung tajam pada adiknya

yang sesuka badak je memanjangkan cerita.

“Betullah itu ibu. Budak lelaki tu sukakan Dilla. Itu di ajaknya adik ni bertunang terus.

Mana nak cari budak lelaki macam tu. Itu tandanya dia budak baik, serius dengan Dilla. Abang

setuju kalau Dilla dengan orang macam tu.” Aril menyampuk bersetuju dengan pendapat adiknya

Adi. Bukan mudah seseorang lelaki nak melangkah ke alam yang sudah ada ikatan begini.

“ Abang tahu je. Abang bukannya kenal dia.” Nadilla tidak suka bila abangnya berkata

begitu. Lain yang dia harapkan. Lain pula yang jadi.


“Betullah kata abang kamu tu. Kalau dia bukan budak baik, dia tak datang minta kamu

cara baik macam ni sedangkan kamu dua berkawan biasa saja. Bagi kamu dia mungkin kawan

biasa. Dia pula suka kan kamu, terus di ajaknya bertunang. Itu tandanya dia budak baik. Ini abah

nak tanya, kamu dah ada calon lain ke selain Taufiq ni?” Encik Azril menyokong kata-kata anak

sulungnya.

“Mana ada abah.” Dilla cepat menjawab. Hish bila pula dia ada buah hati lain.

“ Kalau macam tu, baguslah. Lepas ini kamu telefon Taufiq, minta keluarganya datang ke

mari minggu depan. Abah dah bincang dengan ibu dan abang kamu. Kami setuju menerima

pinangan ini.” Hampir pengsan, Nadilla mendengar arahan abahnya itu. Pinangan ini di terima?

Sungguh dia tidak percaya.

“Tapi abah.” Nadilla ingin membantah cuma tidak tahu bagaimana untuk mengeluarkan

suara untuk itu.

“Kenapa Dilla? Kamu tidak suka ke? Ibu kata di pihak sana berharap sangat pada kamu

dan kamu pun pernah bersetuju dengan mereka. Kamu dah serahkan semua ini di tangan kami,

sekarang kami dah bersetuju. Kamu tak suka ke?” Tanya Encik Azril lagi. Pelik pula dengan

reaksi anak gadisnya itu. Seperti tak suka.

“Tak adalah abah. Nanti Dilla call Taufiq.” Dilla tidak jadi membantah apabila

mendengar suara tegas abahnya. Mungkin ini takdirnya dan dia redha untuk itu.
BAB 5

Aku tak peduli… Misi membalas dendam

Nadilla bergolek ke kanan kemudian dia kembali bergolek ke kiri. Puas dia cuba lelapkan

matanya. Puas dia cuba menidurkan dirinya sendiri namun dia tidak mampu. Sudah hampir

empat jam dia bergolek-golek cuba untuk tidur. Habis sebuah novel dia baca namun matanya

terlalu kejam untuk merehatkan mindanya. Pekara itu masih menganggu ketenteramannya.

Nadilla mengerling mata pada jam di meja sebelah katilnya. Sudah tepat pukul 4 pagi,

lama lagi untuk subuh. Teringat kembali pesanan abahnya yang menyuruhnya menelefon Taufiq.

Semalam sudah terlalu lewat untuk dia telefon. Dia masuk bilik pun dah hampir pukul 12 tengah

malam. Huh lelaki itu memang menyusahkannya dan menyebabkan dia tidak boleh tidur

sekarang. Agaknya sekarang ini lelaki itu sedap-sedap di buai mimpi.

‘Dia sedap-sedap tidur. Aku juga yang merana tak boleh tidur.’ Rungut Nadilla sendirian.

Tertekan dia kalau macam ini.

TING…tiba-tiba lampu di atas kepalanya menyala. Hilang muka tertekannya berganti

muka jahat dengan senyuman nakal. Kalau dia tidak boleh tidur, Taufiq juga tidak boleh tidur.

Pantas Nadilla mencapai telefon bimbitnya dari meja lampu di sebelahnya. Dia menekan nombor

di keypadnya. Misi membalas dendam bermula.

“Hello, dah tak tahu siang malam ke? Pagi-pagi telefon orang. Siapa ni?” Akhirnya

selepas enam kali membuat panggilan, Nadilla berjaya membangunkan Taufiq. Terbit senyuman

di bibirnya apabila mendengar kemarahan Taufiq. Misinya seakan berjayalah pula.


“Assalamualaikum bos. Bos tengah buat apa tu?” Sengaja Nadilla menceriakan suaranya.

Menambah lagi minyak di api kemarahan Taufiq. Pasti Tuafiq tengah bengang kerana tidurnya di

ganggu dan suara ceria Nadilla adalah pembakar terhebat kebengangan Taufiq.

“Dilla, kau ni dah tak tahu siang malam ke nak call. Sekarang ni tengah pagi buta tau

tak. Tak tahu ke orang nak tidur?” Suara bengang Taufiq bertambah degreenya. Aduh

sememangnya dia terlampau benganglah tu.

“Amboi bos. Marah-marah sampai lupa nak jawab salam... Berdosa tau bos.” Nadilla

sedaya mungkin menahan gelaknya. Di depan matanya sudah terbayang wajah Taufiq yang

merah dan menakutkan. Dalam hati Nadilla merasakan cukup puas. Padan muka Tuafiq, dia buat

orang tak boleh tidur. Dia pula sedap-sedap nak buat tahi mata.

“ Nadilla!! Kau ni pekak ke bodoh? Dah pukul berapa ni? Tak reti-reti ke nak tidur. Kau pergi

kacau orang tu kenapa? Dah teringin nak jadi hantu ke.” Suara Taufiq menengking. Terkejut

Nadilla mendengar tengkingan itu. Kecut terus perutnya. Mendengar setiap baris kata

yang di luahkan itu cukup bisa seperti patukkan ular senduk. Air matanya mengalir dengan

sendiri. Sebak menyelubungi dirinya.

“Kenapa diam? Sukakan buat kerja bodoh macam ni. Ganggu orang tidur. Kalau dah

bodoh tu bodohlah juga.” Aduh kata-kata itu umpama belati yang menusuk ke kalbu.

Sendirinya tangisan tadi menjadi esakkan yang panjang. Esakkan yang tidak boleh di

sembunyi lagi. Cukup lantang kedengaran di telinga di hujung sana. Esakkan yang membuatkan

masing-masing senyap dengan talian yang masing bersambung.


“Memang saya bodoh bos. Sebab saya bodohlah saya selalu jadi mangsa bos. Bos sedap-

sedap je tidur. Saya kat sini langsung tak boleh tidur fikirkan lamaran bos. Memang saya sedar

saya bodoh di mata bos.” Dengan geram Nadilla melepaskan perasaannya pada Taufiq. Punat

merah itu lantas di tekan memutuskan talian yang bersambung.

***********

Taufiq merenung telefon bimbitnya sambil membawa tubuhnya bersandar di kepala katil.

Dengan kedua belah tapak tangannya dia mengusap perlahan wajahnya. Hilang terus

mengantuknya apabila terdengar tangisan Nadilla tadi. Terbit rasa bersalahnya.

Sememangnya tadi Taufiq tersangat marah apabila lenanya di ganggu. Penat memerah

otak merencanakan rancangan buat jabatannya siang tadi membuatkan dia sangat perlukan rehat

yang cukup malam ini. Lalu apabila lenanya di ganggu di pagi buta, amarahnya datang tanpa

dapat lagi di bendung.

Entah apa-apa kata yang dia lafazkan pada si pemanggil. Terbang semua sumpah

seranahnya apabila suara ceria itu mencabar kewibawaanya. Tanpa berfikir dia menuturkan kata.

Tanpa tahu menghargai perasaan pendengar dia menghamburkan kata yang berbisa.

Apabila suara ceria itu bertukar tangisan, hatinya mula rasa bersalah dan apabila suara itu

mengeluarkan baris kata yang memilukan, rasa bersalah itu di campur dengan rasa kesal pula.

Masa itu hilang terus mengantuknya. Hilang terus penatnya. Wajah sayu dan tangisan Nadilla

pula menghantuinya. Sungguh dia menyesal dia mengeluarkan perkataan-perkataan itu.


‘Huh’ keluhan keluar dari bibir Taufiq di pagi-pagi buta ini. Kalau perempuan lain

mungkin dia akan sambung tidur semula. Tak akan dia pedulikan sebegini rupa malah mungkin

dia akan rasa puas kerana mampu melepaskan geramnya. Namun ini Nadilla, satu-satu gadisnya

yang rapat dengannya. Satu-satunya gadis yang dia ambil berat perasaannya.

Oleh itu tidak mungkin Taufiq membiarkan Nadilla bersedih kerana dirnya. Taufiq

merenung kembali telefon di tangannya. Dengan penuh semangat dia mendail nombor milik

Nadilla. Talian berbunyi cuma tidak bersambung. Pasti Nadilla marah sampai tidak mahu

mengambil panggilannya. Sebelas kali deringan masih belum berjawab. Taufiq mula tidak sedap

hati. Pantas sms di hantar pada gadis itu. Kali ini pasti panggilannya akan di jawab.

***********

Dilla, dah sebelas kali aku call, kalau kali ini kau tak angkat juga.

Kali ke 13 panggilan aku adalah pada telefon rumah kau.

Biar satu rumah kau tahu aku call kau.

Nadilla membaca sms dari Taufiq itu. Baru sempat dia habis membaca ayat terakhir

panggilan dari Taufiq masuk ke telefonnya. Kali ini mahu atau tidak, dia perlu menjawab

panggilan ini. Kalau tidak pasti telefon rumahnya akan berbunyi. Nadilla Azril cukup kenal siapa

Taufiq Adam.
“Assalamualaikum. Dilla?” Taufiq bersuara setelah lama talian bersambung namun tiada

sebarang kata dari Nadilla.

“Tak jawab. Dosa.” Taufiq mengumpan lagi mulut comek itu berkata-kata.

“Saya jawab dalam hati. Bos tahu apa?” Jawab Nadilla geram. Taufiq mula tersenyum.

Kenapa hilang kerisauannya apabila suara itu menjawab.

“ Dilla okay?” Taufiq bertanya lembut. Nadilla mengangguk kemudian baru dia tersedar

Taufiq tak mungkin dapat melihatnya.

“Okay.” Jawab Nadilla kurang ikhlas.

“Aku minta maaf ya tadi. Kau tak boleh tidur ya?” Entah kenapa Taufiq teringin berbual

dengan Nadilla. Baru dia teringat satu hari ini dia belum mendengar suara itu.

“Tak ada apalah bos. Saya ni memang bodoh kacau bos malam-malam macam ni.”

Nadilla dengan nada merajuknya.

“Dilla, sayang. I minta maaf okay. You tak boleh tidur kenapa? Mimpi ngeri ke?” Taufiq

tidak mahu membalas kemarahan itu dengan kemarahan. Biarlah dia mengalah.

“ Tak boleh tidur fikirkan lamaran bos. Bos, saya tak nak teruskan. Saya penatlah macam

ni. Tak boleh langsung tidur. Bos pergilah pinang orang lain.” Suara keanak-anakkan dan manja

keluar dari bibir itu.

“Dilla, kalau I nak pinang orang lain. I tak payah suruh keluarga I pergi lamar you.

Parent you cakap apa pula? Dia orang terima tak?” Taufiq bertanya lagi. Terbit risau di hatinya

kalau Nadilla menolak pinangannya. Walaupun nyatanya sekarang hatinya cukup sedih bila
gadis manja itu menyuruh dia meminang perempuan lain. Ya dia sedih cuma dia tidak tahu

kenapa dia sedih.

“Abah dan Ibu terima. Dia suruh keluarga bos datang hujung minggu depan. Kenapa bos

buat macam ni? Saya ini yang sengsara tak boleh tidur tau.” Makin manja pula kedengaran suara

Nadilla di telinga Taufiq. Tersenyum Taufiq mendengar rengekkan manja itu. Tidur aja yang

gadis itu fikirkan.

“Sebab I nak kahwin dengan youlah, I pinang you. Dahlah esok I datang rumah you okay.

Kenal keluarga you.” Taufiq dengan gembira mengkhabarkan hal itu.

Nadilla puas pula menolak. Nak buat apa Taufiq datang ke rumahnya. Tak mampu

memberi alasan menolak, dia menukar topik lain untuk berbual dengan Taufiq. Hampir sejam

juga mereka bergayut sebelum Nadilla tertidur. Taufiq pula di hujung talian tersenyum apabila

terdengar desah nafas lembut Nadilla yang tertidur. Penat dia bercakap sorang-sorang.

Yang tak boleh tidur tadi sudah lena, yang mengantuk pula tak boleh tidur. Taufiq pantas

membersihkan dirinya. Kunci kereta di atas meja di capai. Dia ada pejalanan yang jauh untuk di

tempuhi sebelum sampai ke rumah Nadilla. Niat di hatinya untuk sampai ke rumah gadis itu

sebelum habis mereka bersarapan.


BAB 6

Habislah.. Kecoh satu kampong.

Nadilla menguap lagi. Kalau tidak mengenangkan sekarang dia sedang berada di rumah

orang tuanya, mungkin dia masih belingkar seperti ular sawa lagi di atas katil. Mengantuk

sangat. Dia tidak tahu dia tertidur pukul berapa pagi tadi. Tahu-tahu dia terbangun apabila

mendengar leteran ibunya yang seperti riuh pagi di Era itu. Ibu dan abahnya memang pantang

kalau anak-anaknya bangun lambat sebab itu apabila berada di rumah ini, paling lewat dia

bangun pun 7.30 pagi,

Nadilla sedaya upaya cuba membuka matanya. Rasanya matanya ini lebih berat dari lori

empat tan. Mengantuk, ingin saja dia jeritkan perkataan itu agar semua orang tahu bertapa

seksanya dia menahan rasa mengantuk ini. Ini semua gara-gara Taufiq. Kalau Taufiq tak gatal

call dia semalam mesti dia tak mengantuk macam ni. Rasanya semalam dia bermimpi tidur

ketika berbual dengan Taufiq. Ye ke mimpi?

“Dilla ni mengantuk sangat ni kenapa? Tak tidur ke semalam?” Encik Azril bertanyakan

pada anak daranya seorang itu. Tengoklah mata dah macam di gantung beban berpuluh kilo.

“Tak boleh tidur abah.” Nadilla cuba menjawab sambil berusaha kelihatan segar. Dia

konon-kononnya berselera makan. Tak di hiraukan pandangan mata lain turut memandangnya di

meja makan itu. Terutama sekali ibunya.

Puan Nasiha sudah memandangnya dengan wajah terlukis ‘Ini yang ibu nak membebel

ni’. Jadi sebelum ibunya memulakan sesi motivasi pagi menggantikan Dato Dr Fadillah Kamsah.
Baik Nadilla menepis dulu dengan perisai ‘I okay mum’. Sungguh malam ini dia akan qada balik

tidur yang terlepas ini.

“ Tak boleh tidur kenapa?” Aduh abangnya Aril bertanya. Abangnya ini memang tak

boleh tengok dia senang sikit. Ada jelah nak di usik. Musim akan datang sah-sah dia daftarkan

abang dia ni masuk raja lawak kat astro ria tu.

“Sibuklah abang ni. Makan jelah.” Guman Nadilla. Tak ingin menjawab persoalan itu.

Bahaya jawab soalan itu. Boleh kecoh satu kampong kalau abang dia tahu dia tak tidur sebab

bergayut dengan Taufiq.

“Dah-dah mari kita makan. Jangan nak kecoh pagi-pagi macam ni.” Encik Azril cepat

masuk campur. Kalau di biarkan boleh panjang ceritanya nanti.

**********

“Assalamualaikum.” Kedengaran suara yang memberi salam dari hadapan rumah.

Kebetulan ketika itu mereka baru habis membaca doa makan, terus terdengar suara yang

memberi salam dihadapan rumah.

Aril pantas memandang ke arah Nadilla. Nak suruh tengok siapa yang datanglah tu.

Nadilla pula pantas memandang Adi. Kali ini Aril juga memandang Adi. Itu tandanya masing-

masing malas nak bangun tengokkan siapa yang datang. Dan mangsanya utamanya adalah Adi.

“Kenapa selalu Adi yang jadi mangsa?” Rungut Adi.


“Sebab adik yang paling bongsu.” Jawapan yang bertahun-tahun menjadi alasan Aril dan

Nadilla ketika tahap kemalasan terlampau lalu mangsanya adalah Adi.

“Kenapalah Adi dapat abang dan kakak yang kaki buli macam ni?” Guman Adi. Kali ini

dia tetap bangun dari tempatnya.

“Itu kena tanya ibu dan abah.” Jawab Nadilla sambil di sambut oleh gelak tawa Aril.

Encik Azril dan Puan Nasiha menggeleng saja kepala. Tahu sangat sikap anak-anaknya yang

pelik itu.

**********

“Akak. Ini kawan akak, abang Taufiq datang.” Suara Adi memberitahu Nadilla

kedatangan Taufiq. Macam mengumumkan ketibaan saja.

“Alah, adik nak balas dendamlah tu. Paling-paling Mak Limah, girlfriend adik tu yang

datang.” Jawab Nadilla yang membelakangi Adi langsung tidak menoleh. Nadilla tak percaya

kata-kata Adi. Tak masuk akal Taufiq datang ke rumahnya. Lagipun mana Adi kenal Taufiq.

Padanya Adi sengaja nak mempermainkan dia.

“Duduklah Taufiq. Makan sekali.” Pelawa Encik Azril.

Apabila Encik Azril mempelawa begitu baru Nadilla berpaling. Hampir tersembur air

milo di dalam mulutnya ketika matanya terbeliak memandang Taufiq sebetulnya berdiri di
belakangnya bersama Adi. Beberapa kali dia mengerlipkan matanya untuk memastikan

sesungguhnya Taufiq secara fizikal di hadapannya.

“Orang cakap tak nak percaya. Nasib baik tak tersembur. Duduklah abang Taufiq.” Adi

yang tadinya duduk di sebelah Nadilla mengalihkan tempat duduknya ke sebelah Tiya, kakak

iparnya. Secara tidak langsung memberi tempat duduk di sebelah Nadilla itu pada Taufiq.

“ Maaflah kalau kedatangan saya tersalah masanya. Menganggu ke ni?” Taufiq bertanya

namun tetap duduk di sebelah Nadilla.

“Tak adalah menganggu. Kami baru nak sarapan. Kamu dah sarapan ke belum?” Ramah

pula Encik Azril dengan jejaka yang baru di kenalinya dengan nama Taufiq ini.

“Belum pak cik.” Jawab Taufiq dengan wajah segan-segan kucing.

Nadilla macam nak hantuk-hantuk je kepala Taufiq. Tak tahu malu betul Taufiq

menjawab begitu di hadapan keluarganya. Apalah yang ada dalam otak lelaki itu. Silap Nadilla

juga, lupa Taufiq ni memang lelaki tak tahu malu.

“Kalau macam tu marilah makan sekali. Nadilla, pergilah ambil pinggan dan cawan

untuk Taufiq.” Kedengaran suara Tiya memberi ‘sokongan’ moral pada Nadilla untuk menjadi

calon isteri terbaik. Aril di sebelah isterinya itu sudah senyum mengusik.

Nadilla bangun mengambil pinggan dan cawan buat Taufiq. Saja dia melengah waktu di

dapur. Saat dia kembali ke meja, seluruh ahli keluarganya sudah berkenalan secara tidak rasmi

dengan Taufiq. Adi siap panggil abang Taufiq lagi. Sangat tidak cukup zat adiknya seorang ini.
**********

Nadilla mahu tidak mahu. Rela tidak rela. Dia terpaksa juga memahukan dan merelakan

kehadiran Taufiq di rumahnya. Keluarganya sememangnya sudah dapat menerima kehadiran

lelaki itu. Kalau siap abah dan abangnya boleh mengajak Taufiq pergi memancing bersama

mereka. Adi pula boleh nak mengajak Taufiq merempit dengan dia keliling kampung. Nadilla

betul tak faham. Kenapalah keluarganya cepat saja menerima Taufiq?

Dalam dia duduk termenung memikirkan jawapan yang belum tentu ada itu. Taufiq balik

dengan membonceng motor adiknya. Adi tu tak padan kecik, tapi mampu juga membawa Taufiq

memboncengnya. Dah macam menara maxis dengan KLCC dah.

“Balik dari mana adik?” Nadilla bertanya pada adiknya. Takkan nak tanya Taufiq pula

kan? Wajiblah lelaki tu tak tahu ceruk kampong dia ni.

“Dari warung Mak Limah. Makan cendol abang Pyan.” Selamba Adi menjawab.

Nadilla yang mendengar pula rasa macam nak masuk ICU. Aduh adik kesayangan dia

seorang ni. Tak ada tempat lain ke nak bawa Taufiq tu merayau. Kenapa warung Mak Limah

yang menjadi pusat penyebaran berita sensasi itu juga dia bawa. Lepas ni sah-sah kecoh satu

kampung.

“Kenapa adik bawa kat situ?”

“Dah nak ajak abang Taufiq makan cendol abang Pyan jadi haruslah pergi situ.”

“Habis Mak Limah tak tanya apa-apa ke?”


“Tanya juga siapa abang Taufiq.”

“Habis tu Adik jawab apa?”

“Adik jawablah bakal tunang akak.” Jawab Adi.

Jawapan yang membuatkan Nadilla terduduk. Betul-betul terduduk di beranda rumah

mereka. Taufiq yang sedari tadi mendengar perbualan dua adik beradik tu terus merapati Nadilla

yang sudah terduduk. Dia memapah Nadilla bangun semula.

“Okay tak ni?” Taufiq pantas bertanya pada Nadilla. Risau tiba-tiba gadis itu terduduk di

lantai. Macam di tiup angin Tsunami. Nadilla hanya mengangguk tanda dia okay.

“Kenapa adik jawab macam tu?” Guman Nadilla geram. Nak marah, Taufiq pula di

sebelahnya. Nanti kecil pula hati lelaki di sebelahnya ini.

“Dah memang betul. Nak cakap apa lagi. Apalah akak ni.” Adi buat muka tak bersalah

terus melangkah masuk.

“Adik tu memang sebab tu adik boyfriend kesayangan Mak Limah.” Laung Nadilla

geram. Melepaskan sakit hatinya pada Adi.

“Apa kes ni?” Taufiq ingin tahu. Kenapa Nadilla nampak marah sekali dengan Adi. Pada

Taufiq tak ada pun salah Adi. Malah Adi itu baik budaknya kerana sudi mengajak dia mengenali

kampong mereka.

“Tak ada apa-apalah.” Balas Nadilla dalam kegeraman. Pantas dia masuk meninggalkan

Taufiq sendirian. Kalau Taufiq nak masuk pandailah dia masuk sendiri lagipun kan tadi abah dia

dah berpesan kat lelaki itu suruh buat macam rumah sendiri.
BAB 7

TAK AKAN KU LEPASKAN DIKAU PERGI!!

Taufiq tekun memandu sambil bibirnya sesekali mengikut rentak lagu yang di mainkan di

radio. Hatinya sangat gembira. Tak sia-sia dia tak tidur semalam dan cukup berbaloi-baloi

pejalanannya ke kampung Nadilla. Kalau begitu penerimaan keluarga di sebelah pihak Nadilla.

Selepas ini lurus lah jalannya untuk masuk ke keluarga itu.

Kalau terkenangkan pejalanannya pagi tadi, dia akan tersenyum sendirian. Belum pun

pukul 6 dia sudah ada di atas jalan. Bersembahyang subuh di R & R. Begitu semangat dia ingin

menemui Nadilla. Belum pernah lagi dia sesemangat ini. Ingin membuat kejutan dan nyatanya

kejutannya menjadi apabila Nadilla hampir saja tersedak ketika melihatnya. Comel saja wajah itu

dengan mata berkelip-kelip memandang ke arahnya. Rasa nak saja dia tarik pipi milik Nadilla

ketika gadis itu berbuat begitu. Sungguh selepas ini kalau Nadilla buat lagi muka comel tu, pasti

dia tarik-tarik pipi si comel Nadilla.

“Happy sangat ke?” Suara Nadilla memecah lamunan Taufiq.

Satu yang Taufiq tak faham tentang Nadilla. Apalah yang Nadilla sakit hati sangat

dengan dia. Sejak dia mampir ke rumah keluarga milik gadis itu. Nadilla bagai memendam

perasaan dengannya. Kalau perasaan sayang cinta rindu. Tak apalah juga. Ini gadis itu macam

tak puas hati je dia datang ke sana.

“Happylah dapat jumpa bakal keluarga.” Jawab Taufiq tanpa rasa soalan itu adalah satu

keadaan sinikal yang boleh membuatkan dia memerlukan bantuan klinikal satu hari nanti.
“Eee huh!!!” Nadilla melepas geram. Pantas saja tangannya memukul bahu Taufiq yang

memandu. Taufiq terkejut dan hampir saja hilang kawalan. Kekiri ke kanan sebentar kereta

Honda Accord barunya itu.

“Kenapa ni? Tiba-tiba je. Nasib baik tak jadi apa-apa.”Ujar Taufiq yang tak puas hati

dengan serangan mengejut Nadilla.

“Kenapa? Bos tu yang kenapa dok berani sangat datang rumah saya?” Nadilla bertanya

dalam keadaan geram. Memang dia sedang geram. Geram memikirkan usikan abangnya uang

entah bila akan berakhir dan geram memikirkan gosip yang mula panas di kampungnya itu.

“Kenalah datang rumah you. Itukan keuarga I juga.” Balas Taufiq dengan selamba.

Mendatar saja suaranya. Langsung tak rasa bersalah nampaknya. Tak terkesan pun dengan kata-

kata Nadilla yang tak suka akan kehadirannya.

“Bila masa pula keluarga bos? Itu keluarga saya tahu tak. Perasan je lebih.” Sengaja

Nadilla cuba mengusik api kemarahan milik Taufiq. Asyik-asyik dia je dapat garisan kedut

daripada Taufiq. Biar kali ini Taufiq pula dapat garisan kedut itu.

“Memanglah belum jadi keluarga I tapi akan jadi kan? Lupa ke yang keluarga you dah

bagi approval kat kita.” Nadilla yang nak buat taufiq sakit hati. Alih-alih dia yang menderita

kegeraman sendiri.

Kalau ikutkan tahap kegeraman yang sudah melepasi tahap bahaya ini, nak je Nadilla

terjun dari kereta Taufiq. Dia memang tak ingin pun nak duduk sekali dengan Taufiq di dalam

ruangan bergerak ini.


Ini semua sebab abahnya yang beria-ia menyuruh dia mengikuti Taufiq. Tidak mahu

menaikan kemarahan abahnya, Nadilla terpaksa menurut walaupun hatinya sakit dengan

senyuman penuh usikan daripada abangnya Aril. Teringat kebali perbualan mereka ketika

menghantar dia ke kereta tadi. Apabila abahnya bertanyakan pada taufiq sama ada dirinya sudah

memaklumkan keputusan keluarga mereka.

“Sebelum pakcik terlupa, pakcik nak tanya Dilla dah ke beritahu kamu tentang keputusan

keluarga kami semalam?” Terniang-niang suara abahnya menanyakan pada Taufiq yang sudah

bersedia untuk menuju ke kereta.

“Dah pakcik. Semalam lagi Dilla dah maklumkan pada saya. Insya Allah, hujung minggu

ni keluarga saya datang ke mari.” Taufiq menjawab penuh keyakinan soalan itu. Tak pernah

Taufiq kelihatan sebegitu yakin dan gembira menjawab. Abah hanya mengangguk.

“Patutlah tak cukup tidur. Bergayut ye Dilla. Amboi masa berbincang bukan main lagi

nak mengelak tapi bila masuk bilik terus call. Dah tak sabar nak beritahu.” Satu lagi usikan dari

Aril yang menyakitkan hati Nadilla. Nadilla yang berdiri di hadapannya itu cepat saja

menghantarkan siku buat Aril.

“Kamu ni Dilla. Depan Taufiq pun nak tunjuk lagi perangai keras kamu tu. Tak malu

ke?” Geramnya Nadilla sudah sampai tahap merbahaya ketika itu. Dia pula di salahkan.

Sedangkan abangnya yang mengeluarkan statement itu terlepas begitu saja.

“Kami pergi dulu” Nasib pantas saja Taufiq memohon diri buat mereka. Kalau tidak

mahu di pelangkungnya abang kesayangannya itu.


“Bawa kereta tu elok-elok.” Kali ini ibu pula berpesan. Habis saja Nadilla bersalaman

dengan keluarganya. Dia pantas menuju ke kereta Taufiq. Sengaja di menghempas kuat kereta

Taufiq tanda melepaskan geram.

“Mengelamun apa?” Suara Taufiq mengejutkan Nadilla. Mengurut dada sebentar Nadilla

dibuatnya. Apalah si Taufiq ni ada saja yang dia lakukan untuk membuatkan Nadilla ini pendek

umur.

“Terfikir lepas ni apa nak jadi pulak.” Saja Nadilla pinjam ayat dari filem tiga Abdul itu.

Biar panas sedikit telinga Taufiq. Namun Taufiq nampaknya tidak peduli. Dia hanya ketawa saja

bagai kata-kata Nadilla itu satu gurauan. Lalu tangan ketam Nadilla mencai lengan Taufiq dan di

cubitnya geram.

“Auchh. Sakitlah.” Adu Taufiq.

“Padan muka. Siapa suruh.”

“You ni Dilla, manja juga ye. Hmm I nak tanya boleh?”

“Tanyalah?”

“Kenapa panggil Mak Limah tu awek Adi?” Soalan itu mengundang gelak tawa Nadilla.

Sekejap saja moodnya kembali seperti sedia kala.

“Sebab dulu, bila Adi balik sekolah, Mak Limah suka belanja dia aiskrim. Jadi saya dan

abang terus usik Adi yang Mak Limah tu awek dia. Selagi dia tak menagis selagi tu kami usik

dia. Sampai satu ketika dia minta kat abah nak pindah sekolah. Masak juga saya dan abang kena
hukum masa tu.” Cerita Nadilla. Terkenang lagi setiap kali Adi balik sekolah membawa aiskrim

mesti dia akan di usik sampai menangis. Abangnya lah paling jahat mengusik. Sampai satu

ketika Adi memohon minta tukar sekolah supaya tak perlu nak melalui jalan warung Mak Limah

ketika pulang sekolah. Masa tu masak dia dan abangnya di hukum oleh abahnya kerana

mengusik Adi.

“Nakal juga you kecik-kecik dulu.” Ujar Taufiq.

“Alah nakal budak-budak.” Alasan semata dari Nadilla.

“Hujung minggu ni kita tunang.” Dari soal Adi, sekejap je Taufiq menukar channel ke

kisah mereka. Nadilla terus senyap. Tidak terkata apa. Yelah apa nak dia katakan lagi?

Keluarganya sudah setuju. Jadi ikutkan sajalah.

*********

Hujung minggu itu sekali lagi rumah mereka di kunjungi. Dengan sebentuk cincin yang

di sarungkan ke jari, sahlah Nadilla menjadi tunangan Taufiq. Majlisnya hanya ringkas namun

penuh adat dan memori yang akan Nadilla kenang sampai bila-bila. Apatah lagi ketika dia

membaca SMS dari Taufiq yang mengucapkan terima kasih di atas kesudian dia menerima

pinangan itu. Itulah saatnya hatinya terusik. Taufiq berjaya mengusik hatinya.

Seorang lelaki tidak akan meminang seorang gadis jika tiada rasa yakin di

hatinya dan seorang gadis tidak akan menerima pinangan seorang lelaki jika tiada

rasa percaya di hatinya. I yakin you yang I cari selama ini dan I percaya yang you
percaya pada I seperti mana I yakin pada you. Semoga keyakinan dan kepercayaan

ini membuatkan kita lebih menghormati dan saling dekat. Terima kasih Nadilla Binti

Mohd Azril kerana sudi menerima keyakinan dan kepercayaan I. I tidak mampu

berjanji tapi I mampu berusaha untuk menjaga kepercayaan dan keyakinan you.
BAB 8

HATI INI YANG KAU SAKITI

Hati yang terusik makin tertawan apabila Taufiq menampilkan wajah sebagai lelaki

budiman di mata Nadilla. Kasih kian mekar dengan sikap lelaki itu yang nampak berubah. Dia

benar-benar membuka hatinya mengenali Taufiq. Cuba fahami kasih yang Taufiq hulurkan

padanya.

Minggu yang berlalu berganti bulan. Bulan kian pantas menagih waktu. Mungkin kerana

hati yang sudah memang terbuka dan matanya hanya memandang wajah itu selama tiga bulan,

akhirnya jelas hati milik Nadilla merasai cinta itu. Buat sekian kalinya Nadilla sudah pandai

merindu. Sudah pandai menagih kasih dan sudah cukup mengerti untuk merasakan bahagia pada

perhatian Taufiq.

Tiga bulan yang indah buat Nadilla. Dalam hidupnya kini ceria. Indah perasaannya

berteman ini. Makan berteman, keluar ke mana-mana pun ada yang menemani. Segala-galanya

bersama Taufiq sehinggakan Taufiq mula menjadi sebahagian hariannya. Malah kalau tanya

Taufiq bersama, Nadilla terasa pelik untuk ke mana-mana.

Kalau di fikirkan mula-mula dulu agak lucu juga macam mana dia berusaha menolak

pelawaan Taufiq untuk keluar bersama. Sampai satu saat dia sudah tak berdaya apabila Taufiq

dengan muka tak tahu malu membangunkan satu taman perumahan Nadilla dengan bunyi hon di

pagi hari. Gara-gara Nadilla tidak mahu menemankan dirinya balik ke kampung Nadilla sendiri.

Aduh masa tu sebulan wajah Nadilla tebal dengan jiran sebelah menyebelah rumah.
Keluarga? Keluarga Nadilla cukup menerima baik kehadiran Taufiq. Masing-masing

sudah menganggap Taufiq bagai keluarga sendiri. Ini semua juga kerana usaha Taufiq memikat

hati keluarganya. Taufiq tidak segan untuk pulang ke kampungnya. Taufiq tidak perlu di pinta

untuk menghubungi keluarganya bertanyakan khabar. Semuanya Taufiq lakukan atas inisiatif

sendiri. Keikhlasan itu yang menawan hati keluarganya. Tak perlu Nadilla melobi keluarganya

untuk Taufiq kerana lelaki itu telah di terima tanpa syarat di dalam keluarganya.

Hati yang terbuka, keluarga yang menerima. Di sangkakan panas hingga ke petang

namun ribut di tengah hari. Janji hanya tinggal janji. Kepercayaan yang dia beri di khianati dan

keyakinan yang dia pernah amanahkan di cabuli. Taufiq berdusta memungkiri janjinya.

Ingatkan sudah berubahlah si teruna pengusik hati namun sebaliknya wajah hipokrit

yang terlukis pada kepingan hati itu. Taufiq tidak jujur untuk bersamanya. Di belakang Taufiq

masih beratur para gadis yang mengikutinya. Rasa cinta itu hilang ketika tahu dirinya diduakan.

Sakit yang melanda hati Nadilla.

Siapa tak sakit? Siapa yang tak pedih? Siapa yang tak sedih? Hati yang dia bukakan

untuk kasih rupanya di buka untuk di sakiti. Pedih terlalu pedih. Pedih apabila mata kepalanya

sendiri melihat, setia yang dia berikan dan kasih yang dia hulurkan hanya mainan Taufiq.

Apatah lagi kesakitan itu juga di sumbangkan oleh Mikka, gadis yang dimana diawal

pertunangannya dan Taufiq dulu, Taufiq bersumpah tiada lagi akan terjalin perhubungan. Talian

yang di yakini telah putus itu rupanya terjalin di belakang dirinya.

Tak mungkin Nadilla akan lupakan rasa tersayat itu. Di matanya masih dan akan

terbayang wajah Taufiq bercumbuan dengan Mikka di tempat letak kereta pejabatnya. Kebesaran
tuhan, hari itu dia datang ke pejabat walaupun sebenarnya di dalam cuti sakit. Di situlah mata

dan kepalanya berfungsi semula. Tidak lagi buta, tidak lagi kabur dengan kepura-puraan Taufiq.

Nadilla berdiri berhadapan dengan Taufiq. Dia mencari kebenaran di sebalik penjelasan.

Dia mencari kejujuran di sebalik pertahanan diri yang Taufiq ingin perluaskan. Bertalu-talu

pertanyaan diluahkan akhirnya dia ketemui kejujuran itu. Cukup sahih dan solid kejujuran yang

Taufiq akui dalam pertahanannya.

“Hanya mencuba. Hanya buang bosan. Itu kali pertama.” Tiga ayat di dalam pertahanan

yang rapuh. Yang menyakitkan hati Nadilla.

Adakah manusia yang hanya mencuba untuk bercumbu dengan kaum berlainan

jenis? Itu bukan mencuba tapi itu nafsu.

Adakah manusia yang membuang bosan dengan bercumbu dengan seorang gadis

yang bukan miliknya? Itu bukan buang bosan tapi tu serakah.

Kali pertama? Adakah itu kemucak pertahanan. Pertama, kedua atau ketiga?

Salah tetap salah. Khianat tetap khianat.

Manusia yang mengikut nafsu akan sesat di jalan yang terang. Manusia yang mengikut

serakah akan terbabas dari tembok kehidupan. Kesalahan ini boleh di lentur. Kesalahan ini masih

boleh di ubati dengan taubat namun apabila kepercayaan yang di khianati, payah untuk di

pulihkan.. Itu kemuncak masalahnya.

Itu kemuncak keputusan yang di ambil oleh Nadilla, dia tak ingin berdampingan dengan

lelaki yang tidak jujur. Dia tak mahu bersama dengan lelaki yang tidak jujur. Dia tidak mahu
bersama lelaki yang tidak boleh dia percayai. Dia tidak mahu bersama lelaki yang tidak mungkin

dia yakini lagi.

Dalam perhubungan perlu ada rasa percaya, yakin dan hormat. Pada Nadilla itu rencah

kebahagiaan. Kalau semua itu sudah tiada maka tiadalah harapan lagi buat mereka. Kini apa

yang Nadilla rasa adalah, kepercayaan yang luntur. Keyakinan yang gugur dan rasa hormat yang

menghilang. Hati ini yang dia sakiti sukar untuk di ubati. Tiada perlunya seiring lagi jika setiap

langkah sudah sumbang rentaknya. Tiada perlunya dia meneruskan perjalanan dengan Taufiq. Di

persimpangan ini mereka telah ambil jalan yang berbeza.

*****

Nadilla suarakan kehendaknya. Nadilla utarakan keputusannya pada keluarga tersayang.

Nampaknya jalan yang dia lalui tak seindah yang dia sangkakan. Keluarganya membantah. Apa

pun alasan langsung tak di terima. Lalu satu jalan yang klise yang mampu di ambil oleh Nadilla.

Jalan klise yang masih berkesan dalam menyelesaikan masalah sakit hati dan ketidak

percayaan. Jalan klise yang membawa kepada percaturan Nadilla untuk larikan dirinya. Nadilla

pergi dari kehidupan orang membesarkannya, orang yang di besarkan bersamanya. Hanya kerana

seorang manusia bernama Taufiq, Nadilla tinggalkan segalanya.

Demi untuk meninggalkan kehidupan lalunya, Nadilla hilangkan jejaknya. Nadilla

berhenti kerja. Nadilla pindah rumah. Nadilla tukar no telefon dan dia lakukan saja apa yang

perlu. Perlu untuk hilangkan diri. Nadilla tidak mahu begini namun dia terpaksa apabila tiada
yang mempercayainya. Untuk apa mengharap orang yang tidak akan percaya padanya. Pada

keluarga yang lebih memilih orang luar darinya.

Setahun dia pergi. Dia bina jalan kerjayanya sendiri. Siang malam yang dia tahu hanya

kerja sahaja. Dia tidak perlukan sesiapa. Dia tidak mahukan sesiapa di dalam hidupnya. Hati

yang pedih dan sedih dia ubati dengan kesibukkan diri. Setahun itu walau tidak setenang ketika

dia menjadi anak keluarganya. Walaupun dia tidak sebahagia ketika bersama adik-beradiknya

tapi setahun itu banyak membawa Nadilla mengenali dunia dan mengenali dirinya.

Tempoh masa setahun itu cukup membuatkan Nadilla belajar sesuatu. Nadilla belajar

berdikari. Nadilla berlajar untuk hidup sendiri. Membuat keputusan sendiri. Segalanya dia

lakukan sendiri. Sungguhnya setahun itu telah mengubah Nadilla menjadi gadis yang baru. Gadis

yang lebih keras dan lebih kental.


BAB 9.

lembaran baru dalam kisah ini. Akan ku tebus kekesalan ini.

Tersenyum sendirian, Taufiq di buatnya. Setelah setahun akhirnya dia temui apa yang dia

cari selama ini. Di rasakan segala penat lelahnya selama ini berbaloi apabila dia temui apa yang

dia cari. Setahun yang seksa telah berlalu pada hari ini. Taufiq sudah menjejaki Nadilla.

Selama setahun dia penat merantau di Bandaraya besar ini mencari kewujudan gadis itu

di setiap ceruk Kota Kuala Lumpur kerana hatinya. Jenuh dan jauh dia menjelajah mencari,

namun jejak langkah Nadilla hilang tanpa dapat di kesan. Di setiap tanah, tempat kakinya

melangkah tak pernah sekalipun Taufiq lupa untuk mencari Nadilla.

Di sebalik setiap pencarian itu, Taufiq yakin Nadilla tidak jauh darinya. Masih lagi di

Kuala Lumpur dan kini ternyata dia benar berlaka. Penat dia menjejaki rupanya Nadilla tidak

jauh manapun melangkah. Masih di bawah bumbung syarikatnya juga. Khilafnya juga, sibuk

sangat mencari di tempat lain sehingga lupa untuk mencari dalam lingkauannya.

Melepaskan Nadilla pergi setahun dulu adalah pekara yang paling Taufiq kesali. Waktu

itu dia belum mengerti sejauh mana Nadilla bererti buatnya. Ketika itu dia masih mencari apa

yang dia inginkan sehingga dia tidak sedar dia sudah miliki semua itu. Tika itu hatinya terlalu

angkuh untuk berjuang hingga dia hilang antara pekara terbaik yang pernah dia rasai.

Namun saat kali pertama dia tahu Nadilla menghilangkan diri, serta merta sebahagian

dari hatinya menjadi kosong. Kosong dan sepi. Taufiq bagaikan kehilangan sesuatu kemudian

kehilangan itu menjadi duri yang saban hari mencucuk hatinya. Yang saban hari membuatkan
hati semakin parah. Nadilla hilang membawa dua kesan di hatinya. Nadilla membuatkan dirinya

terasa kehilangan dan menyakiti hatinya.

Jauh Taufiq dari Mikka, paling sedih pun Taufiq hanya akan merasa sepi namun bila

Taufiq jauh dari Nadilla, kesepian itu sudah jatuh di tangga ke berapa setelah rasa pedih, hilang,

rindu dan sayang bertamu di hatinya. Lantas Taufiq sedar Nadilla gadis yang dia cari. Gadis

yang telah melengkapi hatinya dalam diam. Gadis yang membuatkan dia menyesal kerana

melepaskan gadis itu pergi.

Dulu di mata Taufiq, Nadilla adalah gadis biasa saja. Mungkin Nadilla tak di jadikan

sebagai seorang wanita yang cantik dan sempurna. Gadis itu tidak tinggi mana dan tidak

selangsing mana. Orangnya tembam, bercermin mata dan alang-alang tinggi saja. Raut Nadilla

bukanlah pada golongan cantik, hanya comel mata memandang.

Cuma istimewanya Nadilla di matanya kerana ada satu pekara saja yang ada pada gadis

itu yang belum pernah dia jumpa dalam gadis-gadis lain yang di kenalinya. Nadilla ada

kelebihan membuatkan dia percaya, yakin dan hormatkan gadis itu. Mengenali dan kehilangan

gadis itu membuatkan Taufiq yakin gadis itu yang terbaik buatnya. Walaupun tidak sesempurna

gadis-gadis lain namun Nadilla cukup sempurna di matanya. Itu sudah cukup buatnya.

Taufiq sedar, Nadilla yang di hadapannya sekarang bukanlah Nadilla yang dulu. Sinar

mata gadis itu sudah berbeza. Kekerasan dan ketegasan nampak di wajah itu. Nadilla tidak

seampuh dulu, itu yang paling Taufiq sedar. Gadis itu sudah bisa menjawab dan membalas

segala perlian dan sindirannya tanpa mengaku kalah. Mungkin ini yang akibat perbuatannya.

Akibat kesilapannya dulu lalu membina Nadilla yang kini.


Terus terang Taufiq katakan, dia tidak tahu macam mana caranya untuk dirinya

menambat kembali hati yang terluka itu. Namun tidak tahu itu tidak bermakna dia tiada jalan

untuk memenangi hati Nadilla. Kali ini kekesalan dulu akan dia tebus dan akan dia akhiri dengan

kebahagiaan. Walau apa pun terjadi? Nadilla akan menjadi miliknya. Taufiq tak akan benarkan

Nadilla menjauh lagi. Tidak mahu merasakan pahitnya seperti dulu, sewaktu gadis itu jauh dari

hidupnya. Tika hari pertama dia tahu Nadilla hilang, itu adalah kesakitan yang ingin dia jauhi

buat seumur hidupnya..

*****

Taufiq menanti di hadapan pejabat Nadilla. Hari ini dia ingin bertemu empat mata dengan

gadis itu. Sekarang sudah hampir waktu makan tengah hari. Pasti sebentar lagi Nadilla akan

keluar untuk menjamu selera dan niat Taufiq, biarkan hari ini menjadi hari pertama Nadilla

kembali rasmi menjadi tunangannya.

Sebenarnya boleh saja Taufiq menelefon Nadilla, mengajak gadis itu makan tengah hari

bersamanya. Semalam lagi melalui Damia, Taufiq sudah mendapatkan nombor telefon bimbit

Nadilla, namun Taufiq tidak mahu berbuat begitu kerana dia pasti Nadilla akan menolak

perlawaannya.

Taufiq agak pelik juga sebenarnya kerana semalam buat pertama kali, Damia sepupunya

itu sanggup menolongnya. Selalunya kalau soal perempuan Damia langsung tiada hati dan

perasaan hendak menolongnya. Pintalah macam mana pun tak mungkin gadis itu membantu,

paling-paling dia hanya tayangkan wajah selamba. Namun bila dalam persoalan ini, tanpa

banyak soal, tanpa sebarang syarat, Damia menghulurkan nombor milik Nadilla hanya dengan
pesanan, hargai Nadilla sebaik mungkin. Tidak perlu Damia pesankan pun kerana itu pasti

Taufiq lakukan. Pelik sungguh pelik tapi benar.

Taufiq masih setia menanti dan kesetiaannya terbalas apabila Nadilla muncul dengan

berlenggang kangkung. Nadilla tengah beriringan dengan Damia itu di dekati. Namun belumpun

dia sampai ke radius terdekat antara dirinya dan Nadilla. Kelihatan Nadilla berhenti dan menoleh

ke belakang. Dari kejauhan itu Taufiq nampak seorang jejaka merapati tunangan dan sepupunya

itu. Kelihatan mereka di sana berbicara sambil bibir Nadilla dihiasi senyuman manis. Langsung

sakit hati Taufiq melihat adegan itu. Kelansungan sakit hati itu, makin pantas kakinya di bawa

melangkah ke tempat Nadilla.

“ Assalamualaikum.” Taufiq menegur kumpulan itu lalu secara tidak langsung

melengkapi forum yang tadinya hanya bertiga.

Damia menjawab mesra salam yang dihulurkan oleh Taufiq. Wajah Nadilla pula pantas

saja berubah. Nampak sangat kehadiran Taufiq langsung tak dia senangi. Pemuda tadi pantas

menghulurkan tangan untuk saling berkenalan. Mahu tidak mahu Taufiq terpaksa menyambut

salam itu. Tidak mahu menambah merit kejahatan di mata Nadilla.

“Taufiq.” Taufiq memperkenalkan diri sambil menghulur salam perkenalan yang nyata

tidak seberapa ikhlas.

“ Nuqman.” Lelaki tadi membalas salam yang terhulur itu.

“You buat apa kat sini Fiq? ” Tanya Damia ramah. Mematikan pandangan berbisa Taufiq

terhadap Nuqman yang berdiri di sebelah Nadilla.


“  I datang ingat nak ajak you dan Dilla keluar lunch dengan I” Taufiq mengeluarkan

hasratnya sambil matanya tepat di wajah Nadilla.

“Kalau macam tu jomlah. Dilla, jom.” Damia jelas gembira dengan ajakkan itu.

Sedangkan Nadilla langsung tidak berminat.

“You jelah pergi dengan dia Mia, I ada janji dengan Nuqman.” Nadilla pantas mengelak

dari ajakan itu. Itupun dalam keadaan penolakkan yang di rasakan sudah cukup baik. Kalau tak

di kenangkan kehadiran Damia dan Nuqman, pasti tolakkannya itu berserta sumpah seranah.

Makin tajam renungan Taufiq pada Nadilla ketika alasan itu sampai di telinganya. Amboi

sanggup menolak pelawaan tunangan sendiri untuk makan dengan lelaki lain. Mendidih jiwa dan

raganya. Jangan sampai satu saat nanti dia heret saja Nadilla keluar bersamanya.

“ Alah, jomlah. Kita pergi ramai-ramai. Nuqman, you tak kisahkan nak ikut kita orang

sekali?” Damia beria-ia benar mengajak mereka makan bersama. Lebih dari itu Damia

sebenarnya takut melihat wajah kepanasan Taufiq.

“ Tak apalah, you all pergi je. I ada hal lain. Dilla nanti jelah kita date ye. Lepas lunch

nanti I cari you. Okay Taufiq, Mia. I got to go.” Nuqman bukan tak ingin membantu. Namun dia

juga lelaki, dia faham pandangan mata Taufiq dan dia tidak mahu mencai musuh.

“  Kalau macam tu I ikut you.” Pemintaan cari pasal dari Nadilla membawa kesabaran

Taufiq ke kemuncak.

“ Kenapa beria nak ikut dia? You lunch dengan I” Nyata suara Taufiq itu penuh

ketegasan dan kemarahan.

“Suka hati I lah. I nak lunch dengan siapa.” Makin kental Nadilla mencabar Taufiq.
Tanpa isyarat tanpa pemberitahuan, wajah yang sudah merah padam dan kemarahan

Taufiq pantas mencapai lengan Nadilla. Nadilla yang tadi berdiri di sebelah Taufiq pantas di

tarik ke sisinya. Walaupun Nadilla meronta-ronta untuk di lepaskan tapi Taufiq lebih tega

melihat gadis itu kesakitan dari melepaskan Nadilla pergi.

“ Kita lunch next time je Mia. Hari ini I nak lunch dengan Dilla je. See you.” Seringkas

itu Taufiq meminta diri tanpa sebarang penjelasan lanjut. Sepantas itu juga dia mengheret

Nadilla ke keretanya. Nadilla di humban masuk ke keretanya lalu di kunci pintu keretanya

dengan autolock. Mahu tidak mahu dengan cara begitu Nadilla akan terpaksa mengikutnya.

You might also like