You are on page 1of 6

Rancangan Pengajaran Pengajaran Kajian Tempatan

Mata Pelajaran : Kajian Tempatan


Tahun : 6 Marikh
Bilangan Murid : 30 orang
Umur : 12 Tahun
Tarikh : 29 Januari 2010
Masa / Jangka Masa : 07.45 – 08.45 pagi / 60 minit
Topik / Subtopik : 1.1 Sumber Semula Jadi dan Kegunaannya
Tajuk Kecil : i Hasil dan Kegunaan Sumber
B. Hasil dan Kegunaan Sumber Laut

Ringkasan Isi Pelajaran : 1. Penggunaan sumber semulajadi secara


optimum
2. Sumber Alternatif

Hasil Pembelajaran : 1. Menyenaraikan langkah penggunaan


sumber secara optimum.

2. Meramalkan sumber alternatif jika kehabisan


sumber.

Pengetahuan Sedia ada : Muria telah mengetahui hasil dan kegunaan sumber
di negara kita.

Penerapan Nilai Murni/ : Semangat mencintai alam sekitar agar tidak


dicemari.

Unsur Patriotisme : Menyedari perlunya berjimat cermat dalam


penggunaan sumber.

Menyedari perlunya menggunakan sumber dengan


berhemah.
Sumber Pengajaran Pembelajaran

Bil Sumber Kuantiti


1. Bil elektrik terpakai 1
2. Borang pengurusan grafik 30 keping
3. Peta minda Whiteboard dan marker
4. Kad tugasan 30 keping
5. Lembaran nota
6. Borang teknik awam

Teori Kecerdasan Pelbagai(TKP): Kemahiran berfikir, Inkuiri penemuan, kecerdasan


pelbagai: kinestetik, kecerdasan pelbagai: verbal
linguistik dan kemahiran belajar

KB/KK: Membanding beza, mengklasifikasi, meneliti bahagian dan keseluruhan

Belajar Cara Belajar (BCB): Kemahiran mendengar, Kemahiran maklumat, Kajian


Masa depan

Prosedur Perlaksanaan Elemen Pengurusan Catatan


Pembelajaran Bestari (Penerapan
/ Kemahiran Generik Nilai Murni/ Nilai
Alam Sekitar/
Unsur
Patriosme/
Sumber
Pengajaran
Pembelajaran
Set Induksi / Masa 5 minit

1. Guru mengemukakan bil elektrik dan


menunjukkan jumlah bayaran yang
dikenakan ialah RM.......
2. Guru bersoal jawab dengan murid. Kemahiran Berfikir
(a) Berapakah jumlah bayaran
yang perlu dibayar?
(b) Mengepakah jumlah bayaran
tersebut perlu dibayar?
EA: Mengikut jumlah tenaga
elektrik yang telah digunakan.
3. Guru mengaitkan jawapan tersebut
dengan tajuk pelajaran pada hari ini.

Langkah 1 / Masa 20 minit

1. Guru menerangkan sumber semula


jadi yang telah dipelajari perlulah
digunakan secara optimum.
2. Murid diminta merujuk buku teks Inkuri Penemuan
(halaman 10) untuk mengenalpasti
jenis sumber.
Gambar 1: Sumber Tenaga
Gambar 2: Sumber Hutan
Gambar 3: Sumber Laut
3. Murid diminta menyatakan langkah- Kemahiran Belajar
langkah penggunaan sumber secara
optimum.
4. Murid diminta menyatakan contoh-
contoh lain penggunaan sumber
dalam kehidupan seharian.

Langkah 2 / Masa 15 minit

1. Guru mengedarkan borang


pengurusan grafik kepada setiap
murid.
2. Murid diminta melengkapkan borang
pengurusan grafik tersebut.
3. Murid dipilih secara rawak untuk Kecerdasan pelbagai:
membentangkan hasil dapatan verbal linguistik
dalam borang pengurusan grafik
tersebut.
4. Guru membuat catatan ringkas
pembentangan murid di papan tulis
untuk rujukan semua murid.
Langkah 3 / Masa 15 minit

1. Guru menerangkan sumber semula


jadi akan habis dan berbincang
dengan murid situasi yang akan
berlaku jika negara kita kehabisan
sumber semula jadi.
2. Guru membawa perbincangan
kearah keperluan mencari sumber
alternatif.
3. Murid dibahagikan kepada sembilan Kecerdasan pelbagai:
kumpulan. Kinestetik
Kump A&B: Sumber alternatif bagi
sumber mineral.
Kump C&D: Sumber alternatif bagi
sumber hutan.
Kump E&F: Sumber alternatif bagi
sumber laut.
4. Setiap kumpulan merujuk buku teks
(halaman 11) untuk mendapatkan
maklumat dan menulis catatan
didalam peta minda yang diberikan
oleh guru.
5. Wakil kumpulan membentangkan Kecerdasan pelbagai:
hasil dapatan menggunakan peta verbal linguistik dan
minda yang dihasilkan dihadapan kemahiran berfikir
kelas dan meminta ahli kumpulan
memberikan pendapat tentang
sumber alternatif yang dicadangkan
dalam peta minda tersebut.
6. Guru memberikan penjelasan lanjut
tentang sumber alternatif dalam peta
minda.
7. Murid menambahkan isi yang Kemahiran belajar
diberikan oleh guru kedalam peta
minda mereka.

Langkah 4: Penutup / Masa 5 minit

1. Guru merumuskan hasil


pembelajaran pada hari ini dengan
penggunaan sumber secara optimum
dan meramalkan sumber alternatif
jika kehabisan sumber.

Refleksi
Secara keseluruhannya, objektif pengajaran yang dirancangkan dapat dicapai.
Walaubagaimanapun, beberapa murid-murid yang lemah perlu diberi lebih
penekanan agar murid-murid tersebut dapat mengikuti setiap peringkat pengajaran
yang telah ditetapkan. Sepanjang sesi pengajaran berjalan, guru terpaksa beberapa
kali mententeramkan suasana kelas yang menjadi agak bising apabila kerja
kumpulan diberikan. Selain itu, setiap peringkat pengajaran dapat di capai
sepenuhnya dan ditamatkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Penilaian Kendiri Positif

Pengajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan kerana;-

1. Guru dapat menarik perhatian murid-murid pada peringkat awal dengan


menunjukkan bil elektrik yang kemudiannnya menjadi tanda tanya kepada murid-
murid.
2. Aktiviti berkumpulan yang dijalankan mendapat tindakbalas yang baik dari semua
murid.
3. Guru dapat menyesuaikan dan menghubungkaitkan setiap peringat pengajaran
agar isi pelajaran dapat difahami dengan mudah oleh semua murid.

Penilaian Kendiri Negatif

Pengajaran menjadi kurang berkesan kerana:

1. Aktiviti berkumpulan yang dirancangkan menjadi agak bising dan tidak terkawal
menyebabkan guru terpaksa memberikan arahan dengan lebih tegas.
2. Murid-murid memberikan kurang tumpuan sewaktu pembentangan oleh ahli
kumpulan lain kerana sibuk dengan tugasan walaupun telah diarahkan agar
berhenti membuat sebarang aktiviti semasa sesi pembentangan.

Tindakan susulan

Guru mengingatkan dan menasihatkan murid-murid agar memberikan kerjasama


yang baik dalam setiap aktiviti yang dijalankan terutama aktiviti berkumpulan agar
sesi pengajaran dapat berjalan dengan lancar.

You might also like