Professional Documents
Culture Documents
Saling membantu dan bekerjasama sesama anggota keluarga dan lain-lain lagi.
Melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berguna kepada bangsa dan negara,
menyediakan anggota tentera untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.
EKONOMI
Menyediakan tenaga kerja dalam negara.
Menyediakan pengguna dan pembeli barang untuk mengembangkan ekonomi negara selain
meluaskan pasaran pengguna.
SOSIAL
Melahirkan zuriat bagi mengembangkan unit keluarga.
Memenuhi tuntutan agama bagi mendirikan keluarga secara sah.
Menggelakkan gejala tidak sihat seperti anak luar nikah, bersekedudukan dan pembuangan bayi.
Penyalahgunaan teknologi.
Pergaulan bebas.
Vandalisme
Gengsterisme.
3. Antara punca-punca yang mengakibatkan timbulnya pelbagai isu dan masalah sosial dalam masyarakat:
Kepincangan keluarga.
Pengaruh rakan sebaya.
4. Gejala sosial ini akan membawa kesan yang buruk terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara
kerana ia mengancam keselamatan, kestabilan dan keamanan serta merugikan negara.
5. Terdapat pelbagai usaha yang dilakukan bagi membasmi gejala sosial negatif:
Mengadakan kempen kesedaran.
Menguatkuasakan undang-undang.
Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan baik iaitu memberi perhatian dan kasih sayang.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG DALAM MASYARAKAT
1. Norma komuniti merupakan peraturan dan amalan-amalan yang menjadi kebiasaan dan diterima oleh
komuniti.
2. Antara amalan norma komuniti dalam masyarakat.
Adab dalam majlis rasmi dan di meja makan.
Amalan bergotong-royong.
Anak-anak menghormati dan mentaati ibu bapa atau orang yang lebih tua.
Mengawal tingkah laku dan perlakuan serta kehidupan dalam sesebuah komuniti.
5. Jenayah juvana merujuk kepada perlakuan jenayah atau antisocial yang dilakukan oleh golongan
juvana yang berusia di bawah 18 tahun.
6. Pesalah juvana lazimnya tidak akan dikenakan hukuman penjara sebaliknya akan dihantar ke pusat
pemulihan akhlak seperti Sekolah Henry Gurney yang dikelolakan oleh Jabatan Penjara Malaysia.
TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA
PRINSIP-PRINSIP PENTING DALAM AJARAN PELBAGAI AGAMA
1. Agama merupakan pegangan hidup manusia. Prinsip, amalan dan nilai yang terkandung dalam agama
tersebut dijadikan panduan dalam menjalani hidup dan seterusnya dalam menghadapi cabaran.
2. Agama rasmi negara kita ialah agama Islam, namun agama-agama lain bebas diamalkan secara aman.
Malaysia kaya dengan pelbagai agama seperti agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh, ajaran Confucius
dan Taoist.
3. Kesemua agama memberi panduan dan ajaran agar penganutnya menjadi manusia yang baik, taat
kepada ajaran agama masing-masing dan mengamalkan nilai-nilai murni untuk mencapai kecemerlangan
diri.
4. Agama Islam mengajar umatnya untuk berlaku adil kepada manusia lain dan menyebarkan ilmu yang
dimiliki kepada orang lain tanpa mengira waktu.
5. Nilai lain yang ditekankan oleh agama Islam ialah tidak bersifat pilih kasih, bersifat ihsan, sentiasa
sabar untuk menghadapi segala penderitaan dan kesusahan, merendah diri dan tidak memandang rendah
pada orang lain, selain benar dan amanah.
6. Agama Buddha pula menekankan keyakinan yang berdasarkan kepada pengetahuan. Seseorang
penganut agama Buddha mestilah mempunyai pemikiran yang rasional dan mengambil keputusan yang
bijak tanpa menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
7. Ajaran Hinduisme mengajar penganutnya untuk mempercayai Tuhan dan segala-galanya datang
daripada Tuhan dan Tuhan akan memberikan keputusan yang bijak tanpa menyusahkan diri sendiri dan
orang lain.
8. Agama Kristian juga mengajar umatnya untuk mempraktikkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
serta berkhidmat untuk masyarakat agar sentiasa dirahmati Tuhan.
KEPENTINGAN AMALAN-AMALAN TERTENTU DALAM PERAYAAN PELBAGAI KAUM
1. Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang kaya dengan pelbagai perayaan.
2. Perayaan-perayaan yang disambut setiap tahun ini mempunyai keunikannya tersendiri dan ia dirayakan
bersama-sama dengan kaum lain dengan perasaan muhibah dan perpaduan.
3. Antara perayaan-perayaan penting yang disambut di negara ini ialah Hari Raya Puasa, Tahun Baru
Cina, Deevapali, Thaipusam, Hari Wesak, Krimas, Hari Raya Aidil Adha, Hari Gawai, Tadao Keamatan,
Perayaan Ponggal dan Vaisakhi.
4. Keunikan ini juga menjadi daya penarik pelancong ke negara kita.
5. Amalan baik kampung menjadi tradisi semua kaum apabila menjelangnya sesuatu perayaan untuk
meraikannya dengan keluarga dan sanak-saudara.
6. Amalan ziarah-menziarahi merupakan fenomena yang biasa ketika sambutan perayaan. Secara tidak
langsung perpaduan antara kaum dapat dipupuk.
7. Islam menyarankan umatnya memohon maaf ketika perayaan Hari Raya Puasa. Amalan ini dapat
menjernihkan sebarang perselisihan faham dan memulihkan kasih sayang antara anggota keluarga.
8. Semangat komuniti atau kemasyarakatan dapat dilihat ketika sambutan perayaan-perayaan ini. Amalan
memakai pakaian dan memasak makanak tradisional menyerikan lagi sambutan tersebut.
9. Mengadakan rumah terbuka merupakan satu lagi amalan yang sering diadakan oleh kerajaan Malaysia
untuk menjalinkan perpaduan antara kaum. Pelbagai acara dan aktiviti serta juadah tradisional akan
dihidangkan untuk semua lapisan masyarakat.
10. Amalan-amalan ini mewujudkan rasa hormat, persefahaman dan tolak ansur antara pelbagai kaum di
negara ini.
KELEBIHAN SAMBUTAN PELBAGAI PERAYAAN
Mengeratkan hubungan pelbagai kaum.
Mengekalkan amalan dan tradisi setiap kaum.
AMALAN-AMALAN PENTING KETIKA PERAYAAN
HARI RAYA AIDILFITRI
Wajib berpuasa selama sebulan (bulan Ramadan) sebelum berhari raya.
Membayar zakat fitrah.
HARI DEEPAVALI
Menyalakan pelita di kawasan rumah.
Amalan mandi minyak geliga bertujuan untuk penyucian badan dan pembuangan dosa.
HARI KRIMAS
Menghias pokok Krimas dan bertukar-tukar hadiah dengan kaum keluarga.
Berkumpul bersama keluarga untuk makan malam.
TADAO KEAMATAN
Mengadakan upacara kepada semangat padi sebagai tanda kesyukuran.
Menjamu makanan tradisional dan minuman tapai.
HARI GAWAI
Mengadakan upacara sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran .
Menghidangkan air tuak.
HARI VAISAKHI
Berkumpul untuk mendapat restu daripada guru di Gudwara.
Menggantikan bendera suci di Gudwara.
TEMA 5: KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
1. Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan
kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini.
2. Kedudukan perlembagaan adalah lebih tinggi dan mengatasi kekuasaan Yang di- Pertuan Agong,
Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah.
Peraturan atau prinsip asas yang menjadi penentu pentadbiran sesebuah negara.
POLITIK
menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik.
Menjamin pentadbiran dan pemerintahan yang cekap, adil dan telus.
EKONOMI
Memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum.
Kestabilan politik menjamin perkembangan ekonomi.
SOSIAL
Mewujudkan integrasi yang membentuk negara dan bangsa yang bersatu padu dan taat setia
kepada negara.
Menjaga dan memelihara hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
1. Perlembagaan Malaysia terbahagi kepada 15 bahagian dengan 183 perkara.
2. Peruntukan utama Perlembagaan Malaysia merangkumi bahasa, agama, kewarganegaraan,hak
asasi, kedudukan istimewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
BAHASA
Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Bahasa Malaysia digunakan untuk maksud dan tujuan rasmi, namun penggunaan bahasa lain
tidak ditegah.
AGAMA
Agama Islam sebagai agama rasmi negara, namun semua orang bebas mengamalkan dan
menganuti agama masing-masing.
Raja/Sultan ialah ketua agama Islam.
KEWARGANEGARAAN
Mempunyai taraf keanggotaan sesebuah negara.
Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab dan hak terhadap negara.
Tanggungjawab utama warganegara ialah mempertahankan dan menjunjung
perlembagaan.
HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK
Tiga perkara menjadi hak keistimewaan utama, iaitu peluang dalam perkhidmatan awam,
ekonomi dan pelajaran.
Kedudukan istimewa orang Melayu- berhubung dengan tanah rizab.
HAK ASASI
Kebebasan beragama- setiap individu bebas mengamalkan agama masing-masing.
Kebebasan diri- setiap individu yang tidak bersalah di sisi undang-undang tidak boleh diambil
nyawanya, dipaksa kerja, dihukum, dibuang negeri, dihalang bersuara, dilarang berkumpul dan
ditegah menubuhkan persatuan.
Kebebasan ekonomi- setiap individu bebas menjalankan aktiviti ekonomi selagi tidak
bertentangan dengan undang-undang negara.
TEMA 6: CABARAN MASA DEPAN
PENGGUNA RASIONAL
1. Pengguna ialah mereka yang menggunakan barangan atau perkhidmatan yang ada di pasaran.
2. Pengguna rasional merujuk kepada pengguna yang pandai membuat keputusan, bermaklumat dan
bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan. Pengguna rasional selalunya akan berbelanja
secara berhemah dengan membuat bajet dan mengikut keperluan serta kemampuan.
3. Pengguna yang bijak seharusnya mengetahui haknya dan bertindak dengan bijaksana. Terdapat 8
hak pengguna:
5. Pengeluar perlu mematuhi kod etika semasa menguruskan perniagaan dan harus mematuhi garis
panduan yang telah ditetapkan oleh SIRIM dan Jabatan Standard Malaysia.
6. Standard amat penting untuk menyelaraskan pembuatan sesuatu produk supaya kehidupan lebih
selamat dan terjamin.
9. Pengguna juga harus peka dan mengambil inisiatif untuk memperluaskan pengetahuan mereka
agar tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga atau pengeluar.