You are on page 1of 3

Kalimah bismillah bermula kata

Alhamdulillah bersyukur kita


Perihal Pulau Pinang tajuk cerita
Boria Anak Tanjung membawa berita

*
Lainlah buluh lainlah parang
Lain dahulu lain sekarang
Perubahan Pulau Pinang yang cukup terang
Boria Anak Tanjung cuba menerang

Rakyat sekarang pesat pembangunan


Kembang ekonomi mengikut susunan
Bangunan indah kiri dan kanan
Pemimpin berdedikasi memainkan peranan

(Ulang *)

Rakyat hidup berbilang bangsa


Tolong menolong setiap masa
Menabur bakti membuat jasa
Aman damai hidup selesa

(Ulang *)

Akhir karangan menyusun jari


Cerita kami yang tidak terperi
Salah dan silap tanpa disedari
Ampun dan maaf pohon diberi

Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2009/08/lirik-lagu-boria-anak-


tanjung.html#ixzz1BjITjBFp

ama Kumpulan Boria = BEB <----Boria Ekonomu Baru


Majlis Sempena Persaraan Ketua Setiausaha Kem Sumber Manusia (KSU)
Di Place Golden Horses.
Hint Boria: 
yang baik
Ksu org yang segak dan tampan, tinggi handsome
org tegas dan penjimat (perkira, kedekut).
Dasar ETP (economic transformation plan)
rajin, dan pintar. berwawasan.
nak pekena
suka cakap rubish, rubish, rubish.....
kalau nak berkurus hotel resort tak boleh.....yang boleh hanya adtec, niosh (bangunan
kerajaan)
bab duit memang cermat. "value for money".
yang lain tu common untuk org bersara..
thank you

Setelah perah otak selama 4 jam, ni la hasilnya..

Boria Perpisahan R. Segarajah

Kalimah bismillah bermula kata


Alhamdulillah bersyukurlah kita
Perihal perpisahan tajuk cerita
Boria Ekonomi Baru membawa berita.

Boria kami bukan nak mengata,


Telah menjadi biasa di merata-rata,
Kita kata orang, orang pula kata kita,
Bukan menyinggung, cuma nak bercerita.
Kisah bermula di sebuah negeri,
Kementerian sumber manusia lokasi dicari,
Ketua Setiausaha jawatan diberi,
KSU R. Segarajah bijak bestari.

Gayanya segak tampil berseri,


Orangnya tampan tinggi tak terperi,
Sikapnya tegas buat kami gigit jari,
Itulah KSU yang kami cari.

Dasar ETP menjadi fenomena,


KSU pintar bertarung di pena,
Berwawasan tinggi bijak bisana,
Dasar kerajaan kini terlaksana.

KSU suka berjenaka seloka,


Topic perbualan merepek belaka,
Ada yang mendengar ada yang tak suka,
Mungkin terhibur mungkin juga murka.

Bukan kedekut tapi berjimat,


Cerita bab duit memang nak cermat,
Berkursus di hotel, resort tak selamat,
ADTEC, NIOSH menjadi penyelamat.

Setiap yang datang perginya pasti,


Kisah jejaka yang baik hati,
KSU R. Segarajah sudahlah pasti,
Warga KSM turut mengingati.

Akhir karangan menyusun jari,


Cerita kami yang tidak terperi,
Salah dan silap tanpa disedari,
Ampun dan maaf pohon diberi. 

You might also like