You are on page 1of 2

Alam Melayu atau Dunia Melayu merupakan satu konsep yang sudah lama digunakan oleh

penulis Barat. Ia merujuk kepada wilayah budaya dan geopolitik Malaysia dan Indonesia dan
dikenali dengan pelbagai nama seperti Kun-lun, Suvarnabhumi (Tanah Emas), Yavadvija
(Pulau Emas), Malay Acrcipelagi dan pelbagai nama lagi. Di negara kita konsep ii mulai
dipopularkan oleh Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) melalui aktiviti Simposium Dunia
Melayu yang diadakan di Melaka pada 18-20 Disember 1982.

Dari segi kesarjanaan Alam Melayu ialah satu konsep tentang manusia dan
kebudayaannya yang merujuk kepada perhubungan manusia dan budaya daripada sejumlah
bangsa di Nusantara yang memiliki kesamaan dari segi asal usul, bahasa, agama, adat istiadat
dan kesenian (Darwis, 1991:38). Manusia yang dimaksudkan itu ialah manusia yang pada
dasarnya berasal daripada satu rumpun ras yang sama, berasal dari daerah budaya yang sama,
bercakap dalam bahasa yang bayak persamaannya, mempunyai kepercayaan yang sama,
memiliki adat istiadat yang sama dan juga mempunyai ciri-ciri kesenian yang banyak
persamaannya. Kesamaannya yang banyak dalam pelbagai aspek kehidupan ini membolehkan
manusia ‘Melayu’ tergolong dalam satu rumpun dan satu dunia.

Berdasarkan kesamaan-kesamaan itu maka Alam Melayu ini merupakan satu kawasan
budaya (caltural area) yang luas dan dilanda dengan kebenuaan yang bercirikan kelautan dan
kepulauan. Maka Alam Melayu itu merupakan satu kawasan budaya yang kaya dan luas
melingkungi rantau geografi yang meliputi Malaysia, Indonesia, Filipina, Brunai, Singapura,
Selatan Thai, Indo-Cina dan melebar ke kawasan Kepulauan Pasifik di bahagian Timur, ke
Malagasi di bahagian Barat dan Formosa (Thaiwan) di bahagian utara.

6 perkara yang terdapat dalam ruang lingkup tersebut.

GEOPOLITIK

- Meliputi kawasan yg dibatasi sempadan negara.


- Disempitkan mengikut kawasan politik negara masing-masing.
- Negara Nusantara
- Kongsi budaya yang sama.

BUDAYA

- Mengamalkan budaya yang hampir sama


- Tidak dilihat dari aspek manusia tetapi persamaan budaya.
- Cara hidup masyarakat dikongsi bersama (kesenian, sosial, politik, makanan,
ekonomi)

AGAMA

- Islam penentu kemelayuan.

MASYARAKAT
- Terbentuk daripada individu-keluarga-masyarakat.
- Terdiri daripada kaum/bangsa/etnik/ras
- Saling berinteraksi dan ada hubungan sosial.
- Berkongsi kebudayaan.

FASAL 160

- Yang menentukan seseorang itu Melayu.


- Beragama Islam
- Amal adat resam Melayu
- Guna Bahasa Melayu dalam kehidupan harian

FIZIKAL

- Rangka badan – tinggi/sederhana


- Berhidung pesek
- Kulit sawo matang
- Bersopan santun dan berbudi bahasa yang tinggi.

You might also like