You are on page 1of 13

KEUTUHAN WACANA

4
KEUTUHAN WACANA

KEUTUHAN WACANA

Keutuhan wacana adalah satu aspek yang sangat penting kerana ia


menentukan apakah sesuatu itu boleh dianggap sebagai wacana atau hanya
merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur.Melalui analisis keutuhan wacana kita
dapat menentukan sama ada sesuatu teks itu sebuah wacana atau hanya
sekumpulan ayat yang tidak teratur. Melalui analisis keutuhan wacana juga kita
dapat pula memahami hubungan bahasa dengan alam di luar bahasa secara lebih
mendalam. Dari segi hierarki tatabahasa, wacana dikatakan terletak dalam hierarki
yang tertinggi selepas ayat.

kata Frasa Klausa Ayat


Wacana

2.1 Konsep keutuhan wacana

Wacana berasal daripada perkataan wacana berasal daripada bahasa Jawa


woco-no. Wocono pula daripada woco yang bermaksud baca. Dalam bahasa
Inggeris, dis-course berasal daripada bahasa Latin discursus yang bermakna ‘larian
ke dan dari’. Wacana dan teks digunakan saling bertukar ganti, dan kedua-duanya
merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. Wacana, merujuk
kepada kajian tentang unit tersebut, cabang linguistik yang setara dengan cabang
yang lain seperti morfologi atau sintaksis.

Wacana adalah keutuhan makna yang terdapat dalam sesebuah ayat atau
serumpun ayat. Wacana juga adalah unit bahasa yang lebih besar daripada ayat
yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian dialog, siri buku dan
sebagainya (Tatabahasa Dewan). Wacana juga adalah rangkaian ayat yang setara,
yang menghubungkan sesuatu preposisi dengan preposisi yang lain dan sesuatu
ayat dengan ayat yang lain untuk membentuk satu kesatuan.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan wacana disebut disource yang berasal


daripada bahasa Latin iaitu disource. Perkataan ini sering digunakan dalam kajian
semantik dan analisis wacana bagi merujuk kepada bahasa lisan, tulisan atau
perbahasan. Dalam kajian semantik, wacana merupakan unit linguistik yang terdiri
daripada beberapa ayat. Menerusi analisis wacana perkataan wacana merupakan

5
KEUTUHAN WACANA

singkatan kepada maklumat perbualan, iaitu merujuk kepada komunikasi yang


melibatkan pengetahuan tertentu. Terdapat bebrapa definisi wacana daripada
pengkaji bidang bahasa seperti yang dikemukakan oleh Sanat Md. Nasir (2002:34)
menerusi karyanya bertajuk Tautan Dalam Wacana Bahasa Melayu Akhbar.

Menurut Ng (1984:4): Wacana sebagai istilah umum yang bermaksud


percakapan atau penulisan yang menyatakan sesuatu yang agak panjang. Wacana
mempunyai topik dan sempadan yang biasanya lebih daripada satu ayat. Harimutrti
Kridalaksana (1984;208): Wacana merupakan kesatuan bahasa terlengkap, iaitu
dalam hierarki gramatikal merupakan satuan tertinggi seperti novel, buku dan
enskiklopedia, paragraf, kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap.

Crystal (1986:96): Wacana dalam linguistik merujuk kepada jujuhan bahasa,


iaitu bahasa lisan yang lebih besar daripada ayat. Definisi wacana yang paling luas
menurut Crystal, iaitu yang merujuk kepada unit perlakuan. Unit ini mempunyai
status prateori dalam linguistik, iaitu seberkas ujian yang terdiri daripada peristiwa
bahasa seperti perbualan, khutbah dan temu duga.

Tarigan (1987:27): Wacana ialah satuan bahasa yang terlengkap dan


tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi
tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata,
disampaikan secara lisan atau tulisan. Moeliono dan Soejono (1998:334): Wacana
sebagai rentetan kalimat berkaitan yang menghubungkan preposisi yang satu
dengan preposisi yang lain bagi membentuk kesatuan.

Cook (1992:356): Wacana sebagai bahasa dalam penggunaan untuk tujuan


perhubungan. Chafe (1992:356): Wacana digunakan dengan pelbagai maksud oleh
pelbagai pengkaji. Pada umumnya, wacana dilihat sebagai sesuatu yang melampaui
sempadan ayat yang terpisah-pisah. Wacana dan teks digunakan saling bertukar
ganti dan kedua-duanya merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada
ayat. Tegasnya, wacana merujuk kepada kajian tentang unit tersebut dan ia cabang
linguistik yang setara dengan morfologi atau sintaksis.

Trask (1993:84) : Wacana dikatakan sebagai siri ujaran yang bersambungan


oleh seorang penutur atau lebih. Definisi Trask lebih khusus daripada definisi Chafe
yang pertama, iaitu menekankan aspek lisannya. Van Dijk (1997:1-34) : Konsep

6
KEUTUHAN WACANA

wacana kabur kerana ia berkaitan dengan fenomena yang rencam. Namun, wacana
menurut beliau suatu bentuk penggunaan bahasa yang melibatkan komunikasi dan
interaksi. Manakala Werth (1991:1): Wacana sebagai suatu peristiwa bahasa yang
sempurna yang mempunyai awal dan akhir.

2.1.1 Jenis-jenis wacana

Umumnya wacana dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu wacana lisan yang
melibatkan pembicaraan dan pendengar. Manakala yang kedua ialah wacana tulisan
yang melibatkan penulis dan pembaca.

 Wacana lisan
 Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan, iaitu melibatkan
pembicaraan dan pendengar. Komunikasi yang terlibat dalam wacana lisan ini
ialah komunikasai interaktif, iaitu komunikasi yang melibatkan hubungan
pembicara dan pendengar secara langsung. Dalam wacana lisan juga, pembicara
bisanya akan menggunakan ekspresi wajah, intonasi suara, gerak badan dan
sebagainya untuk menyampaikan maklumat kepada pendengar. Biasanya dalam
wacana lisan, pembicara akan mendapat respon daripada pendengar pada ketika
itu juga. Antara contoh wacana lisan adalah menerusi perbualan, temu ramah,
ceramah, khutbah, pidato dan siaran televisyen atau radio.

 Wacana tulisan
 Wacana tulisan ialah wacana yang disampaikan secara bertulis. Wacana tulisan
melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca. Komunikasi yang terlibat
ialah komunikasi tidak langsung, iaitu komunikasi satu arah. Penulis tidak
berhadapan dengan pembaca sewaktu wacana tersebut dihasilkan. Oleh itu,
penulis tidak mendapat respon secara langsung daripada pembaca. Wacana
tulisan seringkali disunting terlebih dahulu bagi menghasilkan tulisan yang
berkualiti dan tepat. Dalam wacana tulisan, pembaca perlu membaca teks yang
ditulis untuk memahami maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang
pengarang atau penulis. Antara contoh wacana tulisan ialah tulisan-tulisan yang
terdapat di dalam akhbar, majalah dan buku.

7
KEUTUHAN WACANA

2.2 ciri-ciri keutuhan wacana

Dalam Tatabahasa Dewan (2008:524) menyatakan suatu wacana yang utuh


mempunyai dua ciri utama, iaitu kohesi (atau tautan) dan koheren (atau runtutan).
Namun, terdapat juga ciri-ciri lain yang membantu untuk mengasilkan wacana yang
utuh.

Bagi tugasan kerja kursus pendek Bahasa Melayu II pada kali ini, saya perlu
menjelaskan wacana berdasarkan ciri-ciri semantik, leksikal, tatabahasa dan
fonologi.

2.2.1 Kohesi dan koheren

Penjelasan tentang ‘kohesi’ dalam Tatabahasa Dewan merujuk kepada ciri


wacana yang membawa keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan
unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghsilkan wacana yang
lengkap. Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara satu
perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama.

Seterusnya, bagi konsep koheren pula, Tatabahasa Dewan (2008:525)


menjelaskan ia merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah
wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna.

Istilah yang digunakan iaitu kohesi ialah tuntutan dan koheren iaitu tautan
adalah bertujuan untuk memberikan perspektif dan konsep yang tekal bagi
membantu pemahaman pembaca.

2.2.2 ciri Semantik


Dari segi semantik wacana ialah daripada aspek kepaduan makna yang wujud
dalam sesuatu wacana. Kepaduan makna ini dapat dilihat antara bahagian wacana,
keseluruhan wacana, situasi sesuatu wacana, dan unsur-unsur paralinguistik yang
terdapat dalam wacana. Contohnya seperti dibawah:

a) Hubungan sebab dan akibat:


 Lelaki itu terbabit dalam pengedaran dadah. Dia dijatuhi hukuman gantung
sampai mati.

8
KEUTUHAN WACANA

b) Hubungan sebab dan hasil.


 Pelajar itu rajin berusaha. Dia mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan STPM.

c) Hubungan sebab dan tujuan.


 Aduka berpakaian kemas. Dia mahu memikat Basilah.

d) Hubungan syarat dan hasil:


 Kita mesti rajin berusaha. Kerajinan menjamin kejayaan.

e) Hubungan latar dan kesimpulan:


 Halaman rumah Cikgu Nasir sentiasa hijau dengan pokok-pokok bunga
yang menyegarkan. Rupa-rupanya isteri beliau yang pandai menanam
dan mengurus tanaman

f) Hubungan perbandingan:
 Afifah cantik. Kakaknya lebih cantik lagi.

g) Hubungan sampingan:
 Saya sudah membuat kerja rumah. Saya letih jadi saya hendak tidur.

h) Hubungan memperkuat isi atau hubungan penjelasan:


 Bencana Tsunami sungguh dasyat. Ombak besar itu mengorbankan
ratusan ribu nyawa manusia serta banyak memusnahkan harta benda.

Hubungan semantik dalam sesuatu wacana juga dikaitkan dengan situasi


wacana. Dalam hal ini, pengetahuan tentang laras bahasa yang digunakan akan
membantu seseorang memahami sesuatu wacana. Pemahaman tentang sesuatu
wacana juga dibantu oleh unsur-unsur paralinguistik yang terdapat dalam wacana.
Unsur-unsur paralinguistik merujuk kepada alat-alat lain yang digunakan untuk
memperjelaskan persembahan wacana. Dalam tulisan, alat-alat ini termasuklah
penggunaan tanda baca seperti koma, noktah, koma bertitik, noktah bertindih, tanda
petik, dan sebagainya. Dalam lisan, keadaan air muka dan isyarat daripada

9
KEUTUHAN WACANA

gerakan tangan akan menghasilkan wacana yang utuh daripada segi semantik
kerana penggunaan unsur-unsur paralinguistik ini membantu seseorang memahami
ujaran tersebut.

2.2.3 Ciri fonologi

Dari aspek fonologi wacana dapat dilihat daripada segi hentian suara, nada suara
dan intonasi suara. Ini dapat menimbulkan hubungan semantik di antara bahagian
wacana. Intonasi suara mempunyai peranan penting sebagai penanda dan pemisah
frasa dan pembeza struktur ayat, contohnya seperti ayat di bawah:

a. Malaysia negara yang aman.


b. Negara yang aman, Malaysia. (ayat penyata)
c. Aman negara Malaysia?. (ayat tanya)

contoh lain:

Ayat Ibu bapa Ali telah meninggal dunia mengandung ketaksaan makna,
bergantung pada hentian atau kesenyapan suara yang berlaku.

Sekiranya kesenyapan suara berlaku selepas perkataan Ali, maka ayat ini
membawa maksud ”kedua-dua ibu bapa Ali telah meninggal dunia”. Akan tetapi,
sekiranya kesenyapan suara berlaku selepas perkataan Ibu dan perkataan Ali,
maka ayat ini bermaksud ”nenek Ali telah meninggal dunia”.

Begitu juga halnya dengan intonasi yang berbeza. Misalnya, dengan tingkat nada
yang meninggi di akhir ayat, ayat penyata Ali menulis surat akan menjadi ayat tanya
Ali menulis surat? Seterusnya, ayat minimal duduk, sekiranya diucapkan dengan
nada yang lembut, maka ayatnya ialah silaan. Tetapi, jika diucapkan dengan nada
yang keras, ayat ini merupakan ayat suruhan yang membawa perasaan marah dan
tidak boleh ditentang.

10
KEUTUHAN WACANA

2.2.4 Ciri Leksikal


Hubungan wacana ini dapat dilihat daripada aspek wujudnya pertalian antara
perkataan dalam sesuatu wacana. Hubungan leksikal antara bahagian dalam
wacana tercapai dengan cara memilih kosa kata yang serasi. Terdapat beberapa
cara untuk memperoleh hubungan leksikal. Antara caranya termasuklah, pertama,
dengan mengulang kata yang sama. Contoh:

”Semalam dia termenung. Hari ini dia termenung lagi. Tampaknya dia memang
gemar termenung”.

i. Antonim:
Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara.
”Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

ii. Sinonim”
Ali seorang yang rajin. Kegigihannya belajar membolehkan dia melanjutkan
pelajaran ke universiti.
”Sindrom bahasa rojak kini menular dalam masyarakat kita. Gejala ini
sungguh membimbangkan para pencinta dan pejuang bahasa Melayu”.

iii. Hiponim:
Dia menanam pokok melur, cempaka, bunga raya dan bunga kertas di
halaman rumahnya. Jadi halaman rumahnya nampak indah dengan pokok-
pokok bunga tersebut.
”Terdapat pelbagai jenis ikan diternak di dalam kolam itu. Antaranya
termasuklah keli, haruan, tilapia dan puyu”.

iv. Himonim:
Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat tinggi. Aku bersa sangat letih
kerana mengeluarkan banyak peluh sehingga badanku dipeluhi dengan daki.

11
KEUTUHAN WACANA

v. Kolokasi
”Kawasan hutan digondolkan untuk pembangunan. Kini gajah dan harimau
kehilangan habitat semula jadi”.

vi. Memanfaatkan unsur bersambut


”Guru mengemukakan soalan. Pelajar memberikan jawapan”.

2.2.5 Ciri Tatabahasa

Dari segi tatabahasa pula, Wacana berkualiti mesti memperlihatkan hubungan


berdasarkan binaan tatabahasa. Ini dapat dilihat daripada penggunaan penanda
gramatik antara penanda tatabahasa yang mewujudkan keutuhan wacana ialah
penanda rujukan, penanda penggantian, elipsis dan penanda penghubung seperti:

a. Penanda penghubung:

Menghubungkan di antara ayat dengan ayat atau perenggan dengan perenggan


yang lain. Penanda rujukan digunakan untuk perkaitan antara bahagian dalam
wacana. Penanda penghubung berfungsi menjalinkan kata dengan kata, frasa
dengan frasa, klausa dengan klausa, dan ayat dengan ayat.

i) Berfungsi sebagai penghuraian:


(Seterusnya, selain itu, pada sudut yang lain dan sebaliknya)

ii) Berfungsi sebagai pengembangan idea:


(Seperti, oleh itu, kerana, dan)

iii) Berfungsi sebagai penambahan:


(Sebelum, selepas, kemudian, berikutnya, pada masa, ketika itu, lebih-lebih lagi,
selajutnya)

iv) Berfungsi sebagai tentangan

12
KEUTUHAN WACANA

Menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu ayat baru yang diperkatakan


dengan ayat sebelumnya dalam sesebuah wacana.
(tetapi, sebaliknya, namun, walau bagaimanapun)

v) Berfungsi sebagai penghubung musabbab.


Sebab berlakunya sesuatu.
(kerana itu, oleh sebab)

vi) berfungsi sebagai penghubung tempoh.


Menunjukkan urutan sesuatu masa atau siri berlakunya sesuatu.
(pertama, kedua, ketiga, kemudian, sebagainya)

Perhatikan contoh ayat ini untuk mengetahui bagaimana penanda penghubung


menjalin semua yang dinyatakan itu :

a) ”Gejala bahasa rojak turut menular melalui rancangan-rancangan hiburan.

 Dalam hal ini, rancangan yang paling ketara banyak merojakkan bahasa
Melayu ialah drama dan siri komedi tempatan yang sengaja merojakkan
bahasa Melayu dengan alasan untuk memperlihatkan realiti masyarakat
Malaysia.

Sebagai contoh, dlam siri komedi tempatan, kita sering mendengar kata-kata atau
ungkapan –ungkapan seperti :

”cubateral”, ”you ni teruk la”, ”I punya motor buat trouble”, ”break no eat”,
”What la you ni”, dan sebagainya.

Ungkapan-ungkapan seperti ini memberikan kesan negatif terhadap penggunaan


bahasa anak-anak muda kerana merekalah golongan yang kerap menonoton
rancangan hiburan seperti ini.

b) Penanda rujukan:

13
KEUTUHAN WACANA

Kata yang boleh menggantikan sesuatu sama ada benda atau manusia. Penanda
rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tunjuk.
Penanda rujukan digunakan untuk perkaitan antara bahagian dalam wacana.

i) Kata ganti nama:


Saya, dia, mereka, kami, kita, itu, ini dan siapa.

Berikut adalah contoh penanda rujukan yang menggunakan kata ganti nama diri
orang. Kata ganti nama diri orang yang digunakan sebagai penanda rujukan dalam
contoh ini ialah mereka, :

”Wanita sekarang bukan seperti wanita dahulu. Dahulu mereka lebih banyak
membantu suami di rumah tetapi sekarang mereka telah tampil ke hadapan
untuk memberikan sumbangan dalam pembangunan negara”.

Yang berikut ini pula ialah contoh penanda rujukan yang menggunakan kata ganti
nama tunjuk :

”Ini kampung saya. Saya telah tinggal di sini sejak empat puluh tahun yang
lalu”.

c) Penanda penggantian:

Untuk mengelakkan pengulangan terhadap sesuatu maklumat daripada penyataan


yang diberikan. Penanda penggantian merujuk kepada proses menggantikan unsur
bahasa dengan unsur lain. Penggantian dalam bahasa Melayu dapat bersifat kata
nama (nominal), kata kerja (verbal), dan klausa. Penggantian nominal ialah
penggantian yang dilakukan terhadaap kata nama atau frasa nama, manakala
penggantian verbal melibatkan penggantian terhadap frasa kerja atau kata kerja.
Penggantian klausa pula melibatkan penggantian sebahagian daripada ayat.

Ini ialah contoh penggantian yang bersifat kata nama atau nominal:

14
KEUTUHAN WACANA

”Jiran kami membeli sebuah kereta baru. Kami juga membeli sebuah”

“Ali menendang bola dengan laju manakala Hassan menendang dengan perlahan”

Ini pula ialah contoh penggantian yang bersifat kata kerja atau verbal :

”Pelajar itu sering melakukan kegiatan samseng di sekolah. Perbuatan seperti


itu menyebabkan dia diberhentikan sekolah”.

d) Elipsis:

Elipsis melibatkan pengguguran kata, frasa, atau klausa yang telah disebut dalam
ayat sebelumnya. Pengguguran ini dilakukan kerana pembaca atau pendengar
sudah mengetahui maklumat tersebut berdasarkan konteks wacana.

Elipsis dapat dikatakan sebagai penggantian kosong, iaitu sesuatu yang ada tetapi
tidak diucapkan atau dituliskan. Contohnya :

REMAJA A: Sekarang kamu belajar di mana?


REMAJA B: Institut Bukit Metajam. (Sepatutnya, Sekarang saya belajar di
Institut Bukit Mertajam.)
REMAJA A: Sejak bila? (Sepatutnya , Sejak bila kamu belajar di situ?)
REMAJA B: Tiga bulan lalu. (Sepatutnya, Saya belajar di situ sejak tiga bulan
yang lalu.)

Contoh lain

Pemuda itu kelihatan resah.

Tidak tahu arah mana yang harus ditujuinya

Dalam ayat di atas, frasa pemuda itu tidak diulang dalam ayat kedua. Walaupun ayat
kedua tidak mnyatakan unsur yang sama seperti ayat pertama, tetapi ayat kedua ini
masih difahami.

15
KEUTUHAN WACANA

16

You might also like