You are on page 1of 2

LATAR

Latar Masa
tahun 2002 ke atas; waktu pagi (di stesen kereta api), waktu petang (air terjun), waktu
malam (kompleks arkelogi)

Latar Tempat

1 Desa Karpus: tapak cari gali artifak / kompleks arkeologi yang dinamakan (secara
tidak rasmi) sempena nama tulang karpus yang dijumpai. Lokasinya di belantara
Titiwangsa, berhampiran Bukit Mat Raya. Kebanyakan penceritaan novel berkisar di
situ. Pesawat Cessna yang dinaiki Ripley, isterinya (Brenda), dan anak (Samantha @
Ipah @ Jeniffer) terhempas di situ menandakan detik bermulanya konflik keluarga
Tau. Dianggap sebagai "tapak suci" oleh Tau yang saban malam menjenguknya sejak
berbelas-belas tahun.

2 Perkampungan orang Asli di sekitar Bukit Mat Raya: petempatan keluarga Itai,
bersama-sama Ludin (ayah saudara, ketua kampung), Tau (adik Ludin), Jidin (bapa
Ludin, Tau).

3 Air Terjun Angin: tempat Malique datang berjumpa Amira dan JC, memberikan
alamat e-mel. Amira tergelincir ke dalam arus sungai yang berhampiran ketika
berharap untuk bertemu Malique buat kali kedua.

4 Gunung Gua Gajah: terdapat dinding lakaran arang yang ditunjuki Tau dan
jumpaan kapak batu zaman neolitik oleh Rusdi. Amira pula terpijak mobile disk milik
Malique yang terjatuh gaung bersama-sama pacuan empat roda. Peranti itu menjadi
petunjuk dalam misi menyelamat Malique yang 'ditawan' oleh makhluk misteri
separuh beruang.

5 Bukit Kerengga: sebuah bukit curam yang hanya boleh didaki dengan pacuan
empat roda oleh pemandu berpengalaman seperti Roslan yang membawa John O'Hara
dan Malique.

6 Stesen kereta api Dahan Hijau: tempat Amira dan JC menunggu Pak Lias
menjemput mereka ke Desa Karpus. Amira juga mengqada solat Subuh di situ.
Menghubungkan belantara Titiwangsa dengan pekan terdekat.

7 Lata Bukit Hijau, Kulim: lokasi dusun nenek Amira.

8 Batu Feringghi: banglo keluarga Jacintha yang dijaga oleh Baba Teck dan Nyonya
Sim setelah bapa JC berkahwin lain.

9 Bilik asrama sekolah sawasta di Pulau Pinang: tempat Amira memancing


perhatian JC untuk mengajaknya menyertai rombongan kajian arkeologi Desa
Karpus. JC tetap menginap di situ pada waktu cuti persekolahan bagi mengelakkan
diri daripada ibu tirinya walaupun disediakan tiket penerbangan ke London.

10 Koc (gerabak kereta api: pertama kali Amira terpandang Malique (berkulit agak
gelap), kontras dengan seorang lelaki kulit putih yang nyenyak di sebelahnya.