You are on page 1of 36

ELEMEN 1

MENGUMPu
L
FAKTA
SEJARAH
ELEMEN 2

MEREKOD
FAKTA
SEJARAH
PERISTIWA
B`SEJARAH
DI
MALAYSIA
SeNaRai KaNdUnGan

Bil Perkara m/s

1 Penghargaan

2 Pendahuluan

3 Kaedah Kjian

4 Objektif Kajian

5 Hasil Kajian

6 Rumusan

7 Lampiran

8 Rujukan
HARI KEMERDEKAAN

Hari Kebangsaan Malaysia

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31


Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu
penjajahan British sejak 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa
utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan
perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan
pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang
ditetapkan setiap tahun.
Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya
pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni
bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh
pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari
tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur
terutama di Dataran Merdeka.
Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di
Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan
kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia,
Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari
kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia.
Posted by shahjehan at 12:42 AM

http://shahsejarah.blogspot.com/2007/03/hari-kemerdekaan.html
Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun
1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan
Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti
Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam
pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC
memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan
kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah
dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang
pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu


rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara
mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga
minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani
pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi
kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah
Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh
kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel


ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya
Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai
Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian
terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel.
Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh
Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan
Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan


Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat
pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri
Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman
mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah
Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan
kemerdekaan.
Pengistiharan Kemerdekaan
Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah
mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium
terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan
Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah
bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu
dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun


dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium
pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah
padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan
kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi,
Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri
adalah Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan
melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar
ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya
Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin


mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan
mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap
sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping,
berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta
bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan


Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan
British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen'
berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan
pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke
telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald
MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung


kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di
kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang


mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia
menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada
negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan'
yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan


yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah,
Persekutuan Tanah  Melayu untuk selamanya sebuah negara
yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam
dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah
negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan


mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai
menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi
pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang
datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan
harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh
bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai
mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka!
Merdeka!
 
Perdana Menteri Malaysia Pertama - BAPA
KEMERDEKAAN
ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ
IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIMSHAH
(1957-1970)
http://www.i-
putra.com.my/announcement/sej_merdeka_more.htm
Hari Kebangsaan Malaysia
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku


Muhammad dibawa menyaksikan perbarisan ketika Hari Kebangsaan Tanah
Melayu 1958

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap


31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada
belenggu penjajahan sejak 1511. Hari kebangsaan merupakan
peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan
mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas,
pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-
tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos, 2007, Malaysia
telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-50.

Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya


pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni
bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili
oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana
hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala
Lumpur terutama di Dataran Merdeka.

Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di


Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan
kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia,
Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari
kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Kebangsaan_Malaysia
PENDAHULUAN
Saya Nurul Bazilah Bt Bazaruddin, saya
pelajar dari kelas 2 KAA.Saya
menjalankan kerja kursus sejarah iaitu
Peristiwa Bersejarah pada Hari
Kemerdekaan.
Saya memilih tajuk ini kerana
mempunyai banyak maklumat. Ini
memudahkan saya untuk mencari
maklumat di dalam internet dan bahan
rujukan yang lain.
Saya mengambil masa selama 10
minggu untuk menyiapkan kerja kursus
ini. Menerusi kerja kursus ini saya
mendapat banyak maklumat yang
berguna tentang peristiwa bersejarah
di malaysia.Saya mendapat
pengalaman yang berguna semasa
mengumpul maklumat dan prosesnya
untuk kerja kursus ini.
PeRiStIwA

HaRi

KemeRdEkaan
PenGhaRgaAn
Saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang
telah membantu saya dalam
pengumpulan maklumat sehingga
terhasilnya kajian ini. Ucapan terima
kasih ini ditujukan khususnya kepada
ibu bapa saya yang telah banyak
memberi sokongan dan dorongan
sepanjang kajian ini dijalankan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada
Pn.Teh Zaiton Bt Puteh, guru sejarah
saya yang telah banyak memberi tunjuk
ajar, panduan, nasihat serta bimbingan
sepanjang masa kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga ditujukan
kepada orang-orang sumber yang sudi
ditemubual dan memberi maklumat.
Tidak lupa juga kepada kawan-kawan
saya yang telah banyak memberi
kerjasama semasa kajian ini dijalankan.
KaeDaH KaJiaN

1)Penyelidikan
Saya telah melayari internet untuk
mendapatkan informasi, informasi juga
diperolehi daripada buku-buku ilmiah.
Buku-buku tersebut diperoleh dari
perpustakaan awam.

2)Pemerhatiaan
Saya telah melawat beberapa tempat
bersejarah di mana berlakunya hari
kemerdekaan iaitu Dataran Merdeka
dan tempat-tempat bersejarah yang
lain.

3)Temu Bual
Saya telah menemu bual orang-orang
yang berpengalaman hidup di zaman
penjajahan. Saya menemu bual kerana
mereka berpengalaman merasai liku-
liku kehidupan di zaman itu.
ObJeKtIf KaJian

Objektif khusus folio sejarah tentang


peristiwa bersejarah ialah:

1)Mengenalpasti pemimpin yang


telah terkorban untuk negara.

2)Mengenalpasti tentang sejarah


peristiwa bersejarah.

3)Mengenalpasti kesan-kesan
peristiwa.
4)Menerapkan nilai-nilai murni dan
unsur patriotisme dalam kajian ini.
HaSiL KaJIan
Rentetan sejarah mendapatkan
kemerdekaan
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah
Melayu merupakan peristiwa
pengumuman kemerdekaan Tanah
Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini
dipilih dalam mesyuarat antara Ketua
Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan
timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa
Perdana Menteri Malaysia ke-5) di
Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956.
Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah
Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) turut
ikut serta dalam perbincangan
tersebut.
PeNGisyTirAhan
Sebelum pemasyhuran kemerdekaan
Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos
1957 pukul 12.00 tengah malam di
Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur,
telah diadakan upacara menurunkan
bendera Union Jack bagi menandakan
berakhirnya penjajahan British di Tanah
Melayu dan lahirnya sebuah negara
baru yang berdaulat, setaraf dan
setimpal dengan semua negara-negara
yang berdaulat di dunia. Bendera
Persekutuan Tanah Melayu telah
dinaikkan oleh anggota Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM) sambil
disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul
Rahman.
UpaCara
PengisYtiharan
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di
stadium yang baru dirasmikan iaitu
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah
menyaksikan peristiwa bersejarah bagi
Tanah Melayu iaitu secara rasminya
penyerahan pemerintahan Persekutuan
Tanah Melayu daripada pemerintahan
British kepada warganegara Tanah
Melayu.
Hujan lebat yang turun sejak 3 pagi
menyukarkan pergerakan dan sehingga
6.30 pagi, stadium masih belum
dipenuhi oleh pengunjung. Ini
menyebabkan upacara telah
ditangguhkan selama sejam dan
pengumuman majlis bermula
kedengaran bukan pada pukul tujuh
seperti yang dijangka tetapi pada pukul
lapan. 2,000 orang tentera Persekutuan
menumpang di sekolah-sekolah
berhampiran stadium sebelum itu
berarak dalam hujan dan tujuh batalion
yang membuat perarakan ketika itu iaitu
Rejimen Persekutuan, Skuadron Isyarat,
Skuadron Jurutera, Tentera Laut Diraja
Tanah Melayu, Tentera Laut Simpanan
Diraja Tanah Melayu dan Askar Sivil
Persekutuan.
Pada pukul 8, para media telah diberi
pengumuman untuk bersedia dan semua
peralatan kamera dan media ketika itu
dipasang dengan perlindungan plastik
atau pelapik kalis air lain di sekitar
padang yang lembap. Kebetulan, hujan
reda yang memungkin segala persiapan
sebelum upacara bermula dapat
dijalankan dengan mudah. Pengunjung
bertambah ramai untuk menyaksikan
upacara bersejarah ini.
Antara kumpulan pengunjung yang tiba
di stadium adalah Kadet, Pengakap Laut
(dengan pakaian putih, topi putih dan
seluar pendek berwarna biru), Pandu
Puteri (berpakaian biru muda),
Pengakap (dengan kain skaf, berwarna
merah dan emas, merah dan hitam,
merah dan biru, merah dan putih),
Pasukan Briged St. John's Ambulance
dan Palang Merah British turut
mengambil tempat di sisi stadium
manakala kumpulan pancaragam dan
pengawal kehormat berada di susur
terowong masuk.
Kemudian, tetamu-temamu kehormat
mula tiba Lord Chancellor dari England
berpakaian yang sama seperti ketika dia
menjadi hakim Mahkamah Tinggi
Persekutuan. Pemangku Yang di-
Pertuan Besar Negeri Sembilan
merupakan Raja Melayu yang pertama
berangkat tiba diikuti Tengku Mahkota
Johor (dalam pakaian uniform tentera
baginda) yang menggantikan Sultan
Johor, Sultan Perak (berpakaian
berwarna krim), Sultan Terengganu
(berpakaian emas bersama merah gelap
dan hijau), Sultan Kelantan (berpakaian
emas pucat), Sultan Kedah (berpakaian
biru dan perak) Raja Perlis (berpakaian
emas), Sultan Pahang (berwarna merah
senduduk dan dan perak) serta yang
akhir sekali, baginda Yang di-Pertuan
Agong yang berpakaian perang serta
memakai keris yang baru. Setiap
daripada baginda diiringi bunyi nafiri
dan berdiri di bawah payung kuning
keemasan sambil Yang di-Pertuan
Agong berjalan ke tempat duduk
baginda. Pengunjung stadium masih
lagi berdiri apabila Duke of Gloucester
masuk sambil diiringi Sir Donald
MacGillivray. Dengan ketibaan semua
tetamu diraja, upacara Pengisytiharan
dimulakan.
Adikung Duke membawa watikah
perlembagaan yang menyatakan
pengunduran daripada perlindungan
British terhadap negeri-negeri Melayu
dan kedaulatan terhadap Pulau Pinang
dan Melaka. Raja-raja Melayu mula
melangkah ke pentas dan Duke
mengambil tempat di depan pentas
sambil menerima hormat diraja sambil
diiringi oleh Sir Donald MacGillivray.
Ketika itu merupakan kali terakhir satu-
satu upacara negara menyanyikan lagi
kebangsaan British di Persekutuan
Tanah Melayu. Kemudian, baginda
Duke membacakan perutusan daripada
baginda Ratu Elizabeth II akan
pernyataan baginda yang mengalukan
kemasukan Persekutuan ke dalam
Komanwel dan mendoakan kejayaan
negara ini.
Kemudian, Perdana Menteri Tunku
Abdul Rahman bangun dari tempat
duduknya dan menerima watikah
perlembagaan sebagai lambang
penyerahan kuasa pemerintahan
sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah
Melayu. Duke mengambil tempat duduk
dan Tunku mulakan ucapannya dalam
bahasa Inggeris. Setelah Tunku
mengucapkan penghargaan kepada
Great Britain akan pertolongan untuk
mencapai kemerdekaan, beliau mula
membaca teks "Pengisytiharan
Kemerdekaan".
RuMuSaN
Sesungguhnya, kajian ini telah
memberikan banyak kesan positif.
Melalui kajian ini, saya telah lebih
mengetahui tentang perjalanan
peristiwa bersejarah ini. Kajian ini juga
memberikan informasi tentang
rentetan sejarah mendapatkan
kemerdekaan. Akhir sekali saya juga
turut mengetahui kesan-kesan
terhadap peristiwa ini.
Kajian ini juga telah menyedarkan saya
bahawa kita seharusnya merasa
bersyukur kerana mempunyai negara
yang aman dan damai. Jika
dibandingkan dengan negara-negara
yang tidak bernasib baik, negara kita
adalah jauh lebih bertuah kerana
mempunyai penduduk yang harmoni.
Oleh yang demikian, kita seharusnya
menghargai dengan apa yang kita ada
dan menyayangi negara kita sedalam-
dalamnya.
Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan
(Pemasyhuran) Kemerdekaan
RuJuKaN

1)http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Kebangsaa
n_Malaysia

2) http://www.i-
putra.com.my/announcement/sej_merdeka_mor
e.htm

3)http://shahsejarah.blogspot.com/2007/03/hari
-kemerdekaan.html
SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN SERI
AMPANG IPOH, PERAK

Kerja Khusus Sejarah


Tajuk:Peristiwa Kemerdekaan
Nama:Nurul Bazilah Bt
Bazaruddin
Tingkatan: 2KAA
Nama Guru:Pn Teh Zaiton Bt
Puteh

You might also like