You are on page 1of 3

TIDUR SEBAGAIMANA SUNNAH RASULLULLAH

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun
untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya
akan jadi ibadat. Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.

Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa
untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.
Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati
syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang
untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.

Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW, dia hanya akan
dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat
mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan
doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah
syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang
yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,
dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk
menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira
seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik
pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang
piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak
tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk
dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.
Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

1
Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan
kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya
Syaitan/Jin Betina.

Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan
mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin
akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk
bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut
perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.”

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah
bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu
tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika
mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia
sedang mencaci dirinya sendiri”.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat
dilakukan dengan baik dan seimbang. Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan
menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang. Bukan itu sahaja, tidur bagi
seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 dalam
Islam antaranya:

1. Berwuduk. Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur. Malah biasakan
diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat
dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan
dan iblis.

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang. Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika
mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh
menyebabkan perut anda cepat rasa sebu. Perut yang kenyang juga boleh
menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar
untuk bangun.

3. Mengingati Kesilapan. Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal, cuba


anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian. Sekiranya
anda melakukan perkara-perkara yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus
mengekalkan perbuatan yang baik. Tetapi sekiranya anda banyak melakukan
kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar
memohon keampunan daripada Allah S.W.T.

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu. Ketika ingin melelapkan mata, amalkan
membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu. Pastikan kedudukan tidur
anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat. Rasulullah S.A.W
sering mengamal membaca surah Al Ikhlas , Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya
dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh
badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini
diulang sebanyak tiga kali berturut-turut.

2
5. Berazam Untuk Bangun Awal. Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al
Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal. Berazam
untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh.

6. Bangun Pagi. Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya, ucapkanlah rasa
syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa: “Segala puji bagi
Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami. KepadaNya kami
akan dibangkitkan.” Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-
otot badan .

You might also like