You are on page 1of 3

TERAPI PENYEMBUHAN PENYAKIT MELALUI SOLAT

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya


mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu
meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil


kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa


melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila
selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan
gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman
ringan. Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam
beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti
senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,
katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara
berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau
berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang
aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia
yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh
diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis
alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur
isyarat otak daripada aktiviti elektrik. Gelombang otak mempunyai
beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi.
Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,
katanya.

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang
dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas
bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum
sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam
dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah, katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang


menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Siew Chok
berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara
dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat
membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia
terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

1
Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama,


iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Beliau berkata, ada
beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu
menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan
tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di
Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit
seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,
katanya. Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi
tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali
sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk
dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara
sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini


mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Katanya, kajian mendapati
secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih
baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. Kita mendapati apabila
berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh
manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti
dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika
solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan
cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif, katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai
badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan


dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan
bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa,
komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat
seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat
serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit
pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan
senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai
gerakan solat. Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan
ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang
belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama
sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya
berkurangan. Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk
merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat
yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita

2
mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan
melakukan senaman sama seperti gerakan solat, katanya. Jangan terkejut
kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali
sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki
normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan
volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. Kajian dilakukan dengan
mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama,
tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua
bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan
volum mencapai tahap normal, katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak
tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira
30 minit Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian
pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama
ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling
rendah adalah ketika berbaring.

Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan


paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan
posisi tubuh ketika solat adalah bagus, katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas


untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit
jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh
memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan
senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman
selama 30 minit setiap hari.

You might also like