You are on page 1of 2

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di
atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk
rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya.
Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:

• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat


tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga
subuh.

• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,


dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak


menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu,


Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap
perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya
rahmat.

• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka


Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT


akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

• Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan


nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah


pesanku biarpun satu ayat…”

Daripada Pesan Guruku:

Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan


membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan
ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan
maksiat pada Allah swt maka dia terselamat daripada segala kejahatan
yang datang dari syaitan ,jin dan manusia seperti:
• dikenakan sihir antaranya ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa
kehendak hatinya), penganiayaan(sakit santau), penipuan dan sebagainya
kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan

• terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol, kecurian mahu


kena pembuli jalanan.

• dijauhkan dari fitnah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan


jalanraya, tayar pancit dan sebagainya. Semua perlindungan ini adalah
datangnya dari Allah S.W.T atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah
kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah swt dan
RasulNya Nabi Muhammad saw. Bagi kaum lelaki jangan lupa selepas
selesai solat jumaat duduklah sebentar untuk melakukan amalan membaca
7 kali ayat Kursi ini dan 7 kali bagi setiap 3 Qul. Hikmah kelebihanNya
banyak bagi mereka yang mengamalkan, insya Allah

You might also like