You are on page 1of 3

RAHMAT MENJADI WANITA ISLAM

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki
yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada


badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik
susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di


dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa


kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh
rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan


Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga
500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga,
dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada
yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan
bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan


didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia
suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu
pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),
maka maalaikat-

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7
tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat
pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan


memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat


pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya
iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.


Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?
Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga
kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu
belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada
kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilihlah
Syurga dan bukannya Neraka. Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke
rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini
hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia
berjumpa Izrail.
Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam
700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak
beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.
Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung
kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita
masih hidup. Lepas tu di kapak-kapakkan kepala kita macam tembikai. Itu
baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan,etc... .

Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.

Hadis Nabi Mengenai Wanita

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal
tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia".

Wallahua'lam. .

Nilai Seorang Wanita Solehah

Di bawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai


kelebihan wanita solehah, mudah-mudahan dengan membaca dan
menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk
mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.
Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat-empat jenis ini bererti dia
telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu
bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan
cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".
(Ath-Thabrani)

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH
akan sebaik-baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia
menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya,
isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi
isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada
suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan
harta suaminya". (Ibnu-majah)

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik,


mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini
wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa
kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang
wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih
baik". (Ibnu – Majah)

You might also like