You are on page 1of 1

PROJEK AKHIR KEJURUTERAAN AWAM

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KAPUR TERHIDRAT SEBAGAI BAHAN PENGISI DALAM CAMPURAN TURAPAN BERBITUMEN
DKA 5A

Ahli Kumpulan
Mandave Singh A/L Jagjit Singh 08DKA08F1009
Osman bin Esa 08DKA08F1024
Manimurugaan A/L Lingam 08DKA08F1032
Premnan A/L Duraisamy 08DKA08F1037

Tajuk
Keberkesanan Penggunaan Kapur Terhidrat Sebagai Bahan Pengisi Dalam Campuran Turapan
Berbitumen.

Penyataan Masalah
Kerosakan yang sering berlaku terhadap binaan jalan raya dikawasan perindustrian merupakan
pemangkin kepada tercetusnya idea-idea baru dan penyelidikan terhadap bahan-bahan yang
digunakan dalam pembinaan jalan raya. Penggunaan pengisian dalam campuran turapan
berbitumen merupakan antara penyelesaian dalam memperbaiki kadar ikatan antara bahan-
bahan utama dalam turapan berbitumen berbanding simen.

Objektif Kajian
Matlamat utama kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan penggunaan kapur terhidrat
sebagai bahan pengisi dalam campuran panas turapan berbitumen. Antara objektif kajian
termasuklah:
1) Mengenalpasti potensi penggunaan kapur terhidrat dalam campuran turapan
berbitumen.
2) Kesan penggunaan kapur terhidrat sebagai pengisi terhadap parameter-parameter
Marshall.
3) Menentukan kandungan kapur tehidrat optimum dalam campuran turapan berbitumen.

Skop Kajian
Skop atau ruang kajian ini merangkumi beberapa aspek antaranya seperti penggunaan kapur
terhidrat sebagai pengisi dan sebagai bahan peganti simen. Dalam kajian ini 3 sampel
digunakan. Perbandingan antara campuran kapur terhidrat dengan simen iaitu Sampel 1, 6%
simen, Sampel 2, 3% simen dan 3% kapur dan sampel 3, 6% kapur sebagai bahan pengisian
dalam turapan berbitumen.

POLITEKNIK SULTAN SALAHDDIN ABDUL AZIZ SHAH

You might also like