You are on page 1of 8

MENGAPA ANDA PERLU KAYA?

Oleh kerana sedikitnya orang yang berjaya, masyarakat kita seringkali menganggap negatif
terhadap orang kaya dan mencemburui orang kaya. Mungkin juga mereka melihat segelintir
orang kaya yang berkelakuan tidak baik, sombong atau tidak mengendahkan orang miskin.
Ibarat ada pemisah antara orang kaya dan miskin. Walhal dalam Islam, antara miskin dan
kaya itu patut bantu-membantu dan saling memerlukan. Contohnya orang kaya memerlukan
tukang membaiki paip di rumahnya yang sudah rosak, atau kerja-kerja buruh yang perlu
dilakukan. Sebaliknya orang miskin perlukan orang kaya untuk menyediakan peluang-
peluang pekerjaan, membina masjid, memberi sumbangan untuk membiayai kos
pembangunan dan sebagainya.

Pada 23 Mei, 2010, Berita Harian melaporkan, "Terdapat 489 kes orang yang dihantar
ke HKL tetapi tidak dijemput oleh keluarga atau anak selepas mereka sembuh". Kes
ini adalah satu fenomena baru dalam masalah sosial yang antara faktor penyebabnya ialah
kemiskinan, sama ada berpunca daripada anak, keluarga atau pesakit itu sendiri. Jika diteliti,
kemiskinan menyebabkan orang benci kepada kita kerana terpaksa menagih simpati dan
belas kasihan orang lain untuk survival kita. Sebaliknya jika 489 orang yang terlantar ini
adalah orang yang berada atau kaya, InsyaAllah perkara ini tidak mungkin berlaku kerana
mereka boleh berdikari.

Demikianlah banyaknya sebab mengapa kita, terutamanya umat Islam perlu kaya atau
berada untuk membolehkan kita melaksanakan tuntutan-tuntutan kehidupan. Untuk kaya,
kita perlu berusaha dan membaiki diri kita. Walau serendah mana pun kita, janganlah
berserah diri sebelum berjuang. Allah menginginkan kita mengubah diri kita dan berada di
tahap yang lebih baik. Janganlah membiarkan diri kita dalam kemiskinan atau kepapaan dan
menyusahkan orang di sekeliling kita. Laksanakanlah tanggungjawab kita sebagai ketua
keluarga, sebagai ibu atau ayah. Carilah yang halal. Moga dengan ketiadaan kita nanti,
waris-waris kita boleh bergembira dengan apa yang kita tinggalkan, bukannya menanggung
kesusahan selepas ketiadaan kita.

KECEMERLANGAN OTAK YANG


DISALAHGUNAKAN
Saiz otak manusia adalah kira-kira 325
gram dan menyerap kira-kira 75% oksigen
darah dalam tubuh manusia. Malangnya,
kapasiti otak yang mampu menjana
pendapatan, kekayaan dan kemakmuran itu
tidak diterokai sepenuhnya. Minda
kebanyakan manusia diselaputi kekaburan,
hasad, dengki, tamak, negatif, mengeluh,
resah dan sebagainya yang menjerumus
manusia itu kearah kemusnahan.

Semua perlakuan tersebut merupakan doa


dan tidak mengundang frekuensi positif,
aura dan kecemerlangan. Contohnya
apabila anda bercakap tentang keburukan
orang lain, kehinaan atau aib orang lain,
sebenarnya dari segi Undang-undang Daya
Tarikan, ia akan menarik apa yang anda
lakukan itu kepada diri anda semula. Seperti juga sekiranya kita mendoakan kebaikan untuk
seseorang, doa itu akan melimpah kepada diri orang yang mendoakannya.

Bukankah al-Quran telah memberi amaran kepada kita, “Celakalah (azablah - Neraka
Wail) bagi pengumpat dan pencela.” Al-Humazah: 1.

Ini juga bersesuaian dengan sebuah hadis Qudsi Sabda Nabi Muhammad s.a.w., “Wahai
sekalian manusia, janganlah kamu mengutuk makhluk yang lain, kerana kutukan itu akan
kembali kepada diri kamu.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan.
Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan

Kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan
bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan
silaturrahim. Sedangkan dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling
bertakwa.

Oleh itu, terbalikkan minda dari pemikiran yang buruk itu. Fikir positif, tarik tenaga
(energy) yang positif, kekuatan, kejayaan dan kekayaan agar ia melekat ke dalam diri anda.
Ia adalah pekerjaan yang sangat mudah.

Berikan masa untuk mengubah kehidupan anda dan kurangkan masa untuk mengubah
pendirian orang lain. Untuk mengubah diri seseorang, percayalah potensi yang diberi Allah
kepada kita, iaitu Allah telah mengurniakan kita sesuatu yang tidak diberi kepada haiwan
iaitu akal fikiran (haiwan hanya diberi nafsu dan otak dan berfikir secara tindakbalas
(reflex))

Apa yang penting, bagaimana sesuatu itu dirakam di dalam kotak fikiran anda dan
disimpan, sehalus-halus nya. Dengan cara ini minda anda dapat merakamnya dengan sangat
cemerlang dan “meregister” perkara itu di dalam kotak fikiran/minda anda.

Manusia juga diberi kelebihan yang melebihi makhluk-makhluk Allah yang lain. Firman
Allah, “Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak Adam, Kami angkat mereka di
daratan dan di lautan. Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan
mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami
ciptakan". Al-Israk: 70

FREKUENSI MINDA
Wallace Wattles yang dilahirkan pada 1860, telah menulis
sebuah buku berjudul The Science of Getting Rich. Menurut
beliau, "Apa imej yang anda bentukkan di dalam kepala anda
(mental image) akan datang kepada anda dalam bentuk fizikal –
melalui proses alamiah seperti pernigaan, perdagangan dan
sebagainya."

Katanya lagi:

"Untuk memperolehi kekayaan ini, anda mesti aktif. Anda mesti


membuat apa yang seharusnya anda lakukan setiap hari untuk
membolehkan imej tersebut menjadi realiti. Sesiapa yang
melakukan panduan ini, akan menjadi kaya. Dan kekayaan yang
mereka perolehi adalah sama banyak dan bertepatan dengan
gambaran dalam minda mereka, ketepatan tujuan mereka, kejituan kepercayaan mereka
dan kedalaman tanda syukur yang mereka zahirkan."

Tak hairanlah, ada orang menyebut beliau sebagai: “Seorang yang telah mengubah dunia
dengan buku kecilnya yang berwarna hijau.”

Pada satu hari di Chicago dalam tahun 1896, satu rahsia besar telah di terbongkar. Wallace
mendapat inspirasi dan jawapan mengapa beliau tenggelam dalam kemiskinan selama ini.
Dengan mengubah imaginasi, beliau telah mengubah segala-galanya dan mendapat jalan
bagaimana merealisasikan kehidupan yang beliau ingini - kemakmuran dan hasil yang
melimpah ruah.

Malam tersebut, kehidupannya berubah untuk selama-lamanya. Selepas mengkaji tanpa


mengira penat-lelah dan menguji-kaji prinsip ini, beliau telah mencantumkan formula yang
membawa kejayaan dan kekayaan. Dengan itu lahirlah buku The Science of Getting Rich.
Secara mudahnya, buku tersebut memulakan berkembangnya teori Law of Attraction iaitu
bagaimana prinsip imaginasi menarik kekayaan atau apa yang kita ingini.
Tetapi selama bertahun-tahun, penemuan-penemuan Wattles telah dilupakan – hampir
kesemuanya, kecuali oleh beberapa orang sahaja.

Bagaimana manusia yang dijadikan Allah ini boleh mencapai kejayaan yang begitu
gemilang? Tentu ada formulanya. Ada yang mencapai jalan pintas dan ada yang terpaksa
melalui kesusahan demi kesusahan dan menghabiskan sepanjang usianya. Yang mengetahui
formulanya, InsyaAllah akan dapat jalan yang cepat dan lebih mudah.

Einstein telah menyatakan bahawa imaginasi lebih penting daripada ilmu. Agak sukar untuk
dipercayai. Tetapi tentulah beliau, seorang genius amat berhati-hati sebelum membuat
sesuatu kesimpulan; dan tentulah kesimpulan beliau itu berasaskan kajian dan pemerhatian
yang panjang lebar.

Allah menyuruh kita memikirkan apa yang dijadikanNya. Bukan hanya memikir, malah
merenung, membuat kajian, mendalami ilmu, membuat ujikaji, bertanya kepada yang tahu
dan sebagainya.

Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Fikirkanlah mengenai segala apa jua (yang diciptakan Allah),
tetapi janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah..." H.R. Ibn Abbas r.a.

EBOOK FREKUENSI KAYA


Semua yang anda baca di atas adalah merupakan sebahagian kandungan yang terdapat di
dalam ebook "Frekuensi Kaya". Ebook ini melihat sejauh mana kita harus kaya dan tidak
membelakangkan petunjuk dari Al-Quran dan hadis yang menyebut bahawa kadangkala
harta dunia dan kekayaan boleh membawa kepada kerosakan.
Dalam ebook ini, kita akan melihat satu-persatu aspek kaya-miskin dan mengapa kita perlu
kaya menurut pandangan Islam dan melihat kepada realiti kehidupan itu sendiri. Untuk
menjadi kaya, anda wajib berada di dalam sistem yang berbeza dengan sistem semasa anda
belum kaya atau miskin. Apa yang dimaksudkan dengan sistem ialah pemikiran, cara
berfikir, cara bertindak, cara pergaulan, ilmu, tabiat, kawan-kawan, minda, imaginasi,
amalan, bacaan dan seterusnya.

Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai sekalian manusia, sejauh mana
engkau cenderung kepada dunia dan sejauh mana engkau mencintai-Ku, maka sekadar
itulah darjatmu di sisi-Ku. Kerana sesungguhnya tidak Aku campurkan antara cinta
kepada-Ku dengan Cinta kepada dunia di dalam satu hati untuk selama-lamanya.” Hadis
Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan.

Begitu juga disebalik kemiskinan itu, orang Islam kena juga kaya sekiranya kaya itu
membawa kepada keredaan Allah. Contohnya dengan kaya seseorang itu boleh
melipatgandakan sedekahnya dan bantuannya kepada orang miskin yang memerlukan
bantuannya.

Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai manusia, perbendaharaan-Ku
tidak akan habis selama-lamanya. Sebanyak mana engkau memberi, sebanyak itulah yang
Ku-beri untukmu; sejauh mana engkau tahan, sejauh itulah pula yang Ku-tahan
daripadamu. Kekikiranmu memberi bantuan kepada orang-orang miskin daripada harta
yang Ku-Kurniakan kepadamu, adalah kerana engkau berburuk sangka terhadap-Ku dan
kerana engkau takut menjadi miskin atau kerana engkau tidak percaya kepada-Ku.”

PERSOALAN YANG DIJAWAB DALAM


EBOOK INI!
Antara perkara yang terjawab dalam ebook ini ialah:

 Harta dan kaya yang bagaimanakah yang menjadi jambatan ke akhirat?


 Tahap mana miskin yang diredai Allah?
 Bagaimana harta boleh hilang dalam sekelip mata?
 Mengapa dikatakan dunia ini syurga bagi orang kafir dan penjara bagi yang
Mukmin.
 Apakah amalan sebelum datang 7 perkara?
 Apa akibat buruk sangka dan mengapa Islam melarang buruk sangka?
 Apakah batas kaya yang membinasakan dan miskin yang diredai?
 Mengapa dilarang mengutuk makhluk yang lain, dan kutukan itu akan kembali
kepada diri kita sendiri?
 Bagaimana berbillion sel dalam otak kita akan memandu kita untuk mencapai
tujuan yang anda hajatkan dan niatkan?
 Mengapa dikatakan bahawa otak manusia mengandungi sekitar 10 ke 15 bilion
sel neuron yang dijadikan oleh Allah untuk memimpinnya setiap nano saat
pergerakannya?
 Bagaimana mengaplikasi Undang-undang Daya Penarik (UDP) ialah bahawa
apa-apa perkara yang anda fikirkan, anda akan dapat. (WYTWYG – What you think
is what you get.)
 Berpandukan ilmu fizik dan teori “Law of Attraction” – Undang-undang daya
penarik (UDP), tindakan kita akan menghampiri sesuatu yang kita gambarkan,
fikirkan dan hajatkan. Bagaimana melakukannya?
 Bagaimana menggunakan frekuensi minda?
 Bagaimana mendatangkan kejayaan dengan begitu mudah yang tak pernah anda
fikirkan?

DAPATKAN SEKARANG
Jika anda berminat untuk mendapatkan ebook ini, sila klik butang tempahan dibawah, ianya
hanya berharga RM30 sahaja untuk membolehkan anda mendalami dengan lebih terperinci
tentang kekayaan menurut perspektif islam.

Yang Benar..

Zahidan Abdul Aziz


Usahawan & Penulis Ebook
www.RahsiaRezeki.com
www.RahsiaSedekah.com
www.FekuensiKaya.com

P/s :- Di dalam website ini, tiada ayat-ayat yang akan menjanjikan anda menjadi kaya
sekelip mata selepas membaca ebook ini. Ini kerana, bukan itu objektif ebook ini. Ebook ini
bertujuan untuk memberikan panduan yang sebenar "Mengapa anda perlu kaya?" , "Kaya
yang bagaimanakah yang sebenarnya disarankan oleh islam?." dan "Bagaimanakah kuasa
minda itu boleh mempengaruhi usaha kekayaan kita?"
P/p/s:- Seringkali kita bercita-cita untuk membela agama dengan kekayaan yang dimiliki,
tetapi, ramai yang alpa mengenainya setelah mencapainya. Jadilah orang kaya yang
diberkati Allah.

Diterbitkan dan diedarkan Oleh:


Shuth Network Sdn. Bhd , 
Lot 2, Bukit Jalil Golf & Country Resort, Jalan 3/155B, 57000 Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Tel: 03- 20969112 | Fax : 03 - 2096 9117

 Pesanan dari:

www.frekuensikaya.com

You might also like