You are on page 1of 5

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBMT2103 : TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO

SEMESTER : SEPTEMBER 2010

NAMA : HASNI BT HASHIM

NO.KP : 760120086446

_______________________________________________________
Aktiviti Pengajaran Bagi Murid Pandai.

Tajuk : Isipadu Cecair


Tahun : 2 Platinum
Bilangan Murid : 24 orang
Masa : 60 minit
Objektif : 6.2.1 Mengukur dan membandingkan isipadu cecair.
Objektif Pengajaran : i- Mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan
piawai.
BBM :
1. bekas A, B dan C
2. 1 jag air berwarna oren
3. jadual keputusan

Nilai Murni : Bekerjasama

Langkah- langkah Pengajaran:

1. Murid telah berada dalam kumpulan masing- masing iaitu seramai 6 orang dalam
satu kumpulan. Setiap kumpulan dilantik seorang ketua dan penolong.
2. Guru beri penerangan tentang langkah- langkah yang akan dilakukan dengan
jelas.
3. Setiap ahli kumpulan mendengar arahan guru.
4. Guru meminta wakil setiap kumpulan tampil ke hadapan kelas untuk mengambil
alatan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti mengukur isipadu air berwarna
itu. Antara alatan yang perlu diambil ialah bekas untuk menyukat air iaitu bekas
A, B dan C serta jadual keputusan.
A B C 1 jag air berwarna

Rajah 1 :Bekas yang digunakan untuk menyukat air dan 1 jag air berwarna.

Bekas Bekas Cawan biasa Cawan teh Cina


Minuman A B C

Bilangan yang
digunakan
Gambarajah
bekas

Rajah 2 : Jadual keputusan


5. Seorang daripada ahli kumpulan akan melakukan aktiviti menyukat air dengan
menggunakan bekas A. Guru meminta murid membuat anggaran bekas A yang
ingin diambil. Air dituang sehingga habis tanpa ada baki. Seorang murid akan
mencatat bilangan bekas A yang digunakan. Murid juga akan melukis gambar
bekas tersebut dengan menggunakan petunjuk yang telah diberikan oleh guru.
(guru telah menunjukkan cara untuk menuang air)
6. Sebelum murid menuang air, bekas itu telah dialaskan dengan sebiji pinggan
supaya air yang berlebihan juga dapat disukat sehinngga habis. Bekas disusun
dalam satu barisan supaya bilangan bekas yang digunakan dapat dilihat dan dikira
dengan jelas.

Petunjuk

Mewakili Bekas A

Mewakili Bekas B

Mewakili Bekas C

Rajah 3 : Petunjuk uutuk murid melukis pada jadual keputusan

7. Ahli kedua pula akan melakukan aktiviti menyukat air dengan menggunakan
bekas B ( cawan biasa ). Murid mengganggar bilangan cawan yang akan
digunakan. Murid itu menuangkan air yang sama di dalam bekas B. Bilangan
cawan itu dicatat di dalam jadual keputusan dan murid juga melukis gambarajah
cawan.
8. Setelah bekas B selesai disukat, air dituangkan semula di dalam jag. Murid yang
ketiga pula akan menyukat air dengan menggunakan bekas C (Cawan teh Cina).
Bilangan bekas yang digunakan dicatat serta melukis gambarajah.
9. Apabila semua bekas telah digunakan untuk menyukat air selesai, guru meminta
wakil setiap kumpulan untuk menampal jawapan ( jadual keputusan ) di hadapan
kelas. Wakil tersebut akan memberi sedikit penerangan tentang keputusan aktiviti
kumpulan mereka.
10. Keputusan yang diperoleh dibincangkan bersama- sama.
11. Setiap ahli kumpulan mengambil bahagian dalam menjalankan aktiviti ini.

You might also like