You are on page 1of 3

AKTIVITI PENGAJARAN BAGI MURID LEMAH

Tajuk : Isipadu Cecair


Tahun : 2 Emas
Bilangan Murid : 20 orang
Masa : 60 minit
Objektif : 6.2.1 Mengukur dan membandingkan isipadu cecair.
Objektif Pengajaran : i- Mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan
piawai.
BBM :
1. Bekas air A dan B
2. satu jag air berwarna
3. slaid
4. jadual keputusan
5. kad gambar
6. pita pelekat

Nilai Murni : Bekerjasama dan mengikut arahan.

Langkah- langkah Pengajaran yang dilakukan.

1. Murid telah dibahagikan dalam kumpulan iaitu seramai 4 orang dalam satu
kumpulan.
2. Guru mengedarkan kad arahan kepada setiap kumpulan. Guru membaca setiap
arahan yang perlu dilakukan dan murid menyemak kad arahan itu.
3. Guru menyediakan alatan yang akan mereka gunakan untuk menyukat air itu.
Setiap kumpulan disediakan dengan 1 jag air berwarna, cawan dan mangkuk serta
kad gambar.
4. Wakil setiap kumpulan akan mengambil alatan untuk aktiviti menyukat serta kad
gambar cawan dan mangkuk yang akan digunakan untuk ditampal pada jadual
keputusan.
1 jag air berwarna bekas A bekas B
Rajah 2 : Alatan yang disediakan

Bekas Bekas A Bekas B

Bilangan bekas yang dapat


mengukur air
( tampal kad gambar )

Rajah 2 : Jadual keputusan di papan putih

Bekas A bekas B
Rajah 3 : kad gambar

5. Guru sudah menyediakan kad keputusan di papan putih. Setiap wakil kumpulan
akan melekatkan kad gambar pada jadual keputusan mereka itu.
6. Wakil kumpulan masing- masing akan tampil ke hadapan setiap kali air penuh
dituangkan di dalam bekas A dan B. Ini adalah untuk memudahkan murid
mengira bilagan bekas yang telah digunakan untuk menyukat air di dalam jag itu.
Bekas yang telah penh disusun supaya memudahkan muid menampal kad gambar.
Aktiviti menyukat air ini dilakukan sehingga air di dalam jag itu habis disukat.
7. Murid melakukan aktiviti ini dengan bimbingan guru sepenuhnya. Guru
menunjukkan cara menuang air ke dalam cawan dan mangkuk. Murid menuang
secara pelahan- lahan tanpa air tumpah di atas meja. Guru juga beri penegasan
tentang paras air yang dikatakan penuh itu. Air tidak boleh terlalu melimpah.
8. Setiap kali air dituang, bekas itu mestilah diletakkan di dalam pinggan. Ini dalah
untuk mengelakkan daripada air tumpah. Lebihan air akan dimasukkan semula ke
dalam jag.
9. Murid melakukan aktiviti sehingga kedua- dua bekas itu digunakan untuk
menyukat air.
10. Setelah selesai aktiviti, guru dapat melihat keputusan bilangan cawan dan
mangkuk yang digunakan untuk menyukat sejag air berwarna mengikut kumpulan
masing- masing.
11. Murid yang lemah perlu dibimbing sehingga mereka dapat mengira bilangan
cawan atau mangkuk yang digunakan untuk menyukat isipadu cecair.
12. Murid dan guru berbincang tentang jawapan yang diberikan oleh setiap
kumpulan.

You might also like