You are on page 1of 2

Teknik Pemerhatian

Pengkaji menyatakan kajian yang dilakukan terhad kepada 18 orang murid yang mempunyai
pencapaian akademik yang sederhana dan kajian hanya tertumpu kepada perubahan tingkah
laku penguasaan kemahiran membina ayat dalam bahasa Inggeris. Antara penilaian diambil
kira ialah nahu atau grammar dan perbendaharaan kata atau vocabulary dalam ayat yang
dibina. Pengkaji juga turut menyatakan bagaimana persampelan dibentuk iaitu mengambil
sekumpulan pelajar dari kelas yang sama. Namun pengkaji juga menyatakan beberapa orang
dari sampel yang sama masih belum menguasai kemahiran membaca dan menulis. Namun
pengkaji tidak menyatakan bilangan sebenar pelajar yang belum menguasai kemahiran
membaca dan menulis ini. Maka, persampelan pelajar semakin kecil tanpa menyatakan
bilangan sampel yang sah.

Selain itu, pengkaji turut juga menyatakan instrumen kajian yang digunakan iaitu dengan
menggunakan kaedah Ujian Pra dan Ujian Pasca yang diambil dari buku latihan Unik Didik Sdn.
Bhd serta menjalankan permerhatian informal terhadap sampel. Pengkaji jelas sekali
menyatakan standard soalan yang digunakan sebagai instrumen kajian. Walaupun begitu,
pengkaji tetap menjalankan penyelidikan tinjauan daripada guru – guru yang mempunyai lebih
pengalaman sebelum menggunakan buku latihan Unik Didik Sdn.Bhd sebagai instrumen soalan
ujiannya.

Melalui kaedah pemerhatian, pengkaji telah mendapati pelajar-pelajar tidak mencuba untuk
berfikir lebih lama sebelum membina sesuatu ayat. Kebanyakkan para pelajar tahun 2 ini lebih
cenderung untuk menyalin balik kata kunci yang telah diberikan menjadikan percambahan idea
– idea para pelajar dalam mengeluarkan kata kunci adalah terhad.

Langkah- Langkah Tindakan

Pelaksanaan tindakan adalah berdasarkan perancangan yang telah dinyatakan oleh pengkaji
dalam laporan dimana ianya dilaksanakan dalam bentuk pengajaran dan pembelajaran seperti
biasa dan mengambil masa dua minggu berturut-turut untuk setiap sesi pengajaran. Namun,
pengkaji tiada menyatakan secara jelas bagaimanakah proses pengajaran dan pembelajaran
seperti biasa di dalam kelas tahun 2 Mulia.

Pengkaji turut juga menyediakan


Pelaksanaan tindakan adalah berdasarkan perancangan yang telah dinyatakan oleh pengkaji
dalam laporan, di mana satu sesi khas telah dijalankan. Sesi ini menumpukan kepada konsep
perbezaan diantara pembinaan rajah sinar kanta cembung dan kanta cekung. Pengkaji telah
melampirkan rancangan pengajaran untuk sesi tersebut. Kami mendapati rancangan ini adalah
bagus kerana merangkumi objektif pengajaran, isi pelajaran dan langkah-langkah pengajaran.
Sebagai seorang guru, kami berpendapat ini adalah satu langkah yang sistematik, meyakinkan
dan melambangkan sikap profesional seorang guru dalam mengatasi masalah yang dihadapi di
dalam pengajaran dan pembelajaran. Penilaian telah dilakukan selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran tersebut dan pengukuhan telah diberikan secara latihan bertulis

Melalui kaedah pemerhatian, pengkaji telah menjalankan pemerhatian dengan bantuan guru
lain sebagai pemerhati di dalam kelas sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengkaji telah melampirkan borang analisis pemerhatian kelakuan guru di mana lampiran ini
telah membantu pembaca lebih memahami kaedah yang digunakan. Kaedah ini seharusnya
turut digunakan oleh pengkaji-pengkaji lain sebagai salah satu kaedah kajian tindakan mengikut
kesesuaian kajian masing-masing. Mengikut pengkaji, pemerhatian ini telah dilakukan sebanyak
tiga kali dalam tempoh tiga minggu mengikut aspek yang telah ditentukan. Secara
kesimpulannya, pemerhatian ini memberi kesan atau impak yang ketara terhadap dapatan
kajian.

You might also like