You are on page 1of 22

ELEMEN 1

MENGUMPUL
FAKTA SEJARAH
ELEMEN 2

MEREKOD FAKTA
SEJARAH
PERISTIWA
BERSEJARAH DI
MALAYSIA
ISI KANDUNGAN

Bil Perkara m/s

1 Penghargaan

2 Pendahuluan

3 Kaedah Kjian

4 Objektif Kajian

5 Hasil Kajian

6 Rumusan

7 Lampiran
8 Rujukan

PENGHARGAAN
Atas kerjasama daripada pelbagai pihak, saya dapat
menyiapkan projek ini dengan sempurna dan dalam jangka
masa 2 bulan.

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih


kepada semua yang telah menolong saya menyiapkan folio
ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibubapa
saya kerana menolong saya mencari serba sedikit bahan
dan sumber terutama dalam bentuk buku-buku ilmiah
sumber yang boleh digunakan untuk menyiapkan folio
sejarah saya ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Pengetua


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang yang telah
memberi kebenaran kepada saya dalam menyiapkan folio
ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada


Guru Sejarah kelas saya iaitu Pn. Teh Zaiton kerana banyak
membantu saya dalam membimbing saya dan memberi
tunjuk ajar kepada saya. Ucapan terima kasih ini juga turut
di ucapkan kepada rakan-rakan saya yang turut memberi
tunjuk ajar dan membantu mencari serba sedikit sumber
untuk saya.
PENDAHULUAN
Nama saya Muhammad Azim Aizat Bin Arman Shah.
Saya merupakan seorang pelajar tingkatan 2KAA di Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Ampang. Saya telah memilih
tajuk ’Hari Kemerdekaan Malaysia’ untuk folio sejarah ini.
Saya memilih tajuk ’Hari Kemerdekaan Malaysia’ kerana
ianya menarik minat saya untuk mengetahui dengan
sedalam-dalamnya dan mencintai negara tercinta dengan
sepenuh hati.

KAEDAH KAJIAN

1) Penyelidikan
Saya telah melayari internet untuk mendapatkan fakta
dan disamping itu, maklumat juga diperolehi daripada
buku-buku ilmiah. Buku-buku tersebut dipinjam dari
perpustakaan Tun Abdul Razak yang terletak di bandar
Ipoh.
2) Temu bual
Melalui kaedah ini, saya telah menemu bual orang-
orang tua yang pernah hidup di zaman penjajah. Saya
menemu bual orang-orang tua kerana mereka merasai
liku-liku kehidupan yang pahit untuk mencapai
kemerdekaan.
3) Lawatan dan Pemerhatian
Saya telah melawat tempat-tempat bersejarah di mana
pertumpahan darah berlaku untuk mencapai
kemerdekaan. Antara tempat bersejarah yang telah
saya lawati ialah Kubu Portugis di Pulau Pangkor dan
Kota A Famosa

4) Perbincangan
Saya telah berbincang dengan kawan-kawan saya
yang lebih arif tentang kemerdekaan. Saya juga turut
bertukar-tukar maklumat tentang kemerdekaan
bersama-sama kawan.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif khusus folio sejarah tentang peristiwa bersejarah


adalah untuk:

1) Mengetahui tentang sejarah kemerdekaan Negara.


2) Mengenal pasti pejuang-pejuang yang telah berkorban
untuk negara.
3) Mengenal pasti pemimpin yang berjasa sewaktu di
zaman penjajah.

HASIL KAJIAN

SEJARAH MALAYSIA

Sejarah Malaysia adalah baru berbanding cabang dari


sejarah dunia Melayu-Indonesia yang lebih luas. Secara
budaya dan bahasa, terdapat apabila sehingga masa baru
sedikit untuk membezakan wilayah dimana sekarang
mengandungi Malaysia dari tanah daripada Kepulauan
Melayu. Kini dunia Melayu dibahagi kepada enam negeri -
Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor
Timur – secara besar akibat dari pengaruh luar.

Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan


manusia awal berusia 40,000 tahun yang ditemui di
Kompleks Gua Mulu dan kompleks Gua Niah, Sarawak.
Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat
zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto
Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial.

Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat


perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India
memulakan perdagangan mereka melalui di Selat Melaka.
Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah
membuktikan wujud petempatan pesisir pantai seawal abad
ke-2 Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan
awal sebelum abad ke-10 adalah merupakan penempatan
pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk Langkasuka
dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara
di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15,
Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya
telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun
1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan
penempatan atau koloni di Selat Melaka.

Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba


Marudu sebelum abad ke-13 Masehi dan Santubung lebih
awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang
mendahului kewujudan Kesultanan Brunei dan kesultanan
Sulu.

Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan


pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari
perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu.
Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain
diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit
menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh
semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang,
Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi
semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri
Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan
persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk
menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat.
Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang
mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri
Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan
yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri
lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu
ialah Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang berada
di bawah kuasa Thai.

Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di


bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan
Sulu sekarang Sabah telah berada dibawah pajakan
Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881
sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja
British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke
sebelum dari itu.

Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan


kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin
menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatiri oleh British
khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat
imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union,
masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan
sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura
dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding
dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang
mendapat status warganegara Malaya dan negara asal
mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada
1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.
Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama
Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan
Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian
dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang
pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia
menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat
Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara
berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan
tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965,
Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya
rusuhan kaum pada 1969.

PENGISHTIHARAN

~Malam Merdeka

Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu


dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di
Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan
upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan
berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya
sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal
dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh
anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil
disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.

~Upacara Pengisytiharan

Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru


dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah
menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu
secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan
Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada
warganegara Tanah Melayu.

Hujan lebat yang turun sejak 3 pagi menyukarkan


pergerakan dan sehingga 6.30 pagi, stadium masih belum
dipenuhi oleh pengunjung. Ini menyebabkan upacara telah
ditangguhkan selama sejam dan pengumuman majlis
bermula kedengaran bukan pada pukul tujuh seperti yang
dijangka tetapi pada pukul lapan. 2,000 orang tentera
Persekutuan menumpang di sekolah-sekolah berhampiran
stadium sebelum itu berarak dalam hujan dan tujuh batalion
yang membuat perarakan ketika itu iaitu Rejimen
Persekutuan, Skuadron Isyarat, Skuadron Jurutera, Tentera
Laut Diraja Tanah Melayu, Tentera Laut Simpanan Diraja
Tanah Melayu dan Askar Sivil Persekutuan.

Pada pukul 8, para media telah diberi pengumuman


untuk bersedia dan semua peralatan kamera dan media
ketika itu dipasang dengan perlindungan plastik atau pelapik
kalis air lain di sekitar padang yang lembap. Kebetulan,
hujan reda yang memungkin segala persiapan sebelum
upacara bermula dapat dijalankan dengan mudah.
Pengunjung bertambah ramai untuk menyaksikan upacara
bersejarah ini.

Antara kumpulan pengunjung yang tiba di stadium


adalah Kadet, Pengakap Laut (dengan pakaian putih, topi
putih dan seluar pendek berwarna biru), Pandu Puteri
(berpakaian biru muda), Pengakap (dengan kain skaf,
berwarna merah dan emas, merah dan hitam, merah dan
biru, merah dan putih), Pasukan Briged St. John's
Ambulance dan Palang Merah British turut mengambil
tempat di sisi stadium manakala kumpulan pancaragam dan
pengawal kehormat berada di susur terowong masuk.
Kemudian, tetamu-temamu kehormat mula tiba Lord
Chancellor dari England berpakaian yang sama seperti
ketika dia menjadi hakim Mahkamah Tinggi Persekutuan.
Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
merupakan Raja Melayu yang pertama berangkat tiba diikuti
Tengku Mahkota Johor (dalam pakaian uniform tentera
baginda) yang menggantikan Sultan Johor, Sultan Perak
(berpakaian berwarna krim), Sultan Terengganu (berpakaian
emas bersama merah gelap dan hijau), Sultan Kelantan
(berpakaian emas pucat), Sultan Kedah (berpakaian biru
dan perak) Raja Perlis (berpakaian emas), Sultan Pahang
(berwarna merah senduduk dan dan perak) serta yang akhir
sekali, baginda Yang di-Pertuan Agong yang berpakaian
perang serta memakai keris yang baru. Setiap daripada
baginda diiringi bunyi nafiri dan berdiri di bawah payung
kuning keemasan sambil Yang di-Pertuan Agong berjalan ke
tempat duduk baginda. Pengunjung stadium masih lagi
berdiri apabila Duke of Gloucester masuk sambil diiringi Sir
Donald MacGillivray. Dengan ketibaan semua tetamu diraja,
upacara Pengisytiharan dimulakan.

Adikung Duke membawa watikah perlembagaan yang


menyatakan pengunduran daripada perlindungan British
terhadap negeri-negeri Melayu dan kedaulatan terhadap
Pulau Pinang dan Melaka. Raja-raja Melayu mula
melangkah ke pentas dan Duke mengambil tempat di depan
pentas sambil menerima hormat diraja sambil diiringi oleh
Sir Donald MacGillivray. Ketika itu merupakan kali terakhir
satu-satu upacara negara menyanyikan lagi kebangsaan
British di Persekutuan Tanah Melayu. Kemudian, baginda
Duke membacakan perutusan daripada baginda Ratu
Elizabeth II akan pernyataan baginda yang mengalukan
kemasukan Persekutuan ke dalam Komanwel dan
mendoakan kejayaan negara ini.
Kemudian, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman
bangun dari tempat duduknya dan menerima watikah
perlembagaan sebagai lambang penyerahan kuasa
pemerintahan sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah
Melayu. Duke mengambil tempat duduk dan Tunku mulakan
ucapannya dalam bahasa Inggeris. Setelah Tunku
mengucapkan penghargaan kepada Great Britain akan
pertolongan untuk mencapai kemerdekaan, beliau mula
membaca teks "Pengisytiharan Kemerdekaan".

Pengisytiharan itu disambut dengan laungan


"MERDEKA" 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan
Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat
Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta
perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-
negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu
telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku
yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi
dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan
seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang
baru dan tembakan meriam seratus satu das.

Dengan bunyi nobat nafiri, Yang di-Pertuan Agong


diiringi oleh Duke of Gloucester, berangkat pergi dari pentas
diikiuti oleh pemerintah Melayu yang lain, Perdana Menteri
dan Sir Donald MacGillivray. Kemudian, Doa Selamat
dibacakan bagi memohon keberkatan dan keredhaan Allah
terhadap sebuah negara yang baru dilahirkan

Dengan pengisytiharan itu, maka berakhirlah


penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda Ratu ke atas
Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan
Melaka iaitu sejak lebih 170 tahun. Pada hari itu juga
Pesuruhjaya Tinggi British terakhir di Persekutuan Tanah
Melayu, Sir Donald MacGillivray dan isterinya telah
meninggalkan negara ini dan pulang ke England.

TETAMU KEHORMAT

Apabila Tanah Melayu meraikan Hari Kemerdekaannya


yang pertama, hotel-hotel baru didirikan di serata Kuala
Lumpur untuk menampung delegasi luar yang bakal datang
setelah dijemput oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
untuk menyaksikan hari bersejarah tersebut.

Barisan pertama perwakilan asing ke Tanah Melayu ialah:

 Raja dan Permaisuri Siam

 Putera dan Puteri Mahkota Jepun

 Johannes Gerhardus Strijdom, Perdana Menteri Afrika


Selatan

 Jawaharlal Nehru, Perdana Menteri India

 Huseyn Shaheed Suhrawardy, Perdana Menteri Pakistan

 Pham Van Dong, Perdana Menteri Vietnam

 Solomon Bandaranaike, Perdana Menteri Ceylon (Sri


Lanka)

 U Nu, Perdana Menteri Burma

 Sim Var, Perdana Menteri Kemboja

 Sir Alexander Grantham, Gabenor Hong Kong

 John Foster Dulles, Setiausaha Negara Amerika Syarikat


(mewakili Presiden Amerika Syarikat)
 Duta Australia, Kanada dan New Zealand

 Lim Yew Hock, Ketua Menteri Singapura

 Putera Henry, Duke of Gloucester (wakil Ratu Elizabeth


II), Puteri Alice, Duchess of Gloucester dan Putera William
of Gloucester

 Sir Gerald Templer (bekas Pesuruhjaya Tinggi British di


Tanah Melayu)

 Lady Gurney dan Lady Gent (isteri bekas Pesuruhjaya


Tinggi British di Tanah Melayu).

Ketika mendarat di Lapangan Terbang Sungai Besi,


tetamu kehormat telah disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi
British di Tanah Melayu, Sir Donald Charles MacGillivray
dan Lady MacGillivray, Yang di-Pertuan Agong Tanah
Melayu yang pertama, Tuanku Abdul Rahman diiringi Raja
Permaisuri Agong dan Perdana Menteri Tanah Melayu yang
pertama, Tunku Abdul Rahman.

RUMUSAN
Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara
pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara
bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari
kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut
secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan
warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan
pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat
yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos, 2007,
Malaysia telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan
yang ke-50.
Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula
menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang
berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara
perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan
bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari
kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur
terutama di Dataran Merdeka.

Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga


dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan,
rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan
mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini
menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan
merupakan hari cuti am di Malaysia.
LAMPIRAN

RUJUKAN
1)http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemasyhuran_Kemerdekaan_
Tanah_Melayu

2) http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysia

3)Utusan Malaysia 2007

You might also like