You are on page 1of 23

SoalanAlaPTK/Boon/ipba/klInternational/2005 1

Soalan Soalan Ala PTK ( Pengajaran-Pembelajaran)

1. Dalam pengajarannya Cikgu Siti telah memandu pelajar belajar melalui


proses mencari maklumat, membina hipotesis, menguji hipotesis,
membuat penilaian dan membuat rumusan.
Strategi pengajaran tersebut ialah

(A) projek
(B) tunjuk cara
(C) penyelesaian masalah
(D) pengajaran berpasukan

2. Semasa mengajar, Cikgu Manisah telah mewujudkan satu situasi yang


menyerupai keadaan sebenar, dengan tujuan untuk menyelesaikan
sesuatu masalah.
Proses pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah dikenali sebagai
kaedah

(A) simulasi
(B) tunjuk cara
(C) sosiometrik
(D) sumbangsaran

3. Semasa mengajar tentang penggunaan kata adjektif guru akan memberi


contoh-contoh penggunaan kata-kata tersebut. Kemudian guru
membimbing pelajar membuat rumusan.

Strategi pengajaran ini ialah

(A) deduktif
(B) induktif
(C) sesi buzz
(D) perbincangan

4. Sesi buzz sesuai digunakan untuk pelajar sekolah untuk sekolah


menengah kerana kaedah tersebut

I. menekankan penyiasatan yang sistematik


II. memupuk semangat bekerjasama antara ahli kumpulan
III. memperkembangkan daya pemikiran dan kemahiran
psikomotor
IV. mengalakkan pelajar mengumpul maklumat daripada
pelbagai sumber
V. meningkatkan kebolehan berkomunikasi dan menilai
pandangan orang lain
SoalanAlaPTK/Boon/ipba/klInternational/2005 2

(A) I, II dan III sahaja


(B) I, III dan IV sahaja
(C) II, IV dan V sahaja
(D) III, IV dan V sahaja

5. Kejayaan menggunakan teknik simulasi dalam pengajaran pembelajaran


bergantung kepada

I. prestasi pelakon
II. reaksi penonton
III. tunjuk ajar guru
IV. persediaan yang rapi
V. skrip yang menarik

(A) I dan II sahaja


(B) I dan IV sahaja
(C) II,III dan V sahaja
(D) III, IV dan V sahaja

6. Untuk mengajar topik “ Keperluan Tumbuh-tumbuhan”, seorang guru


telah mencadangkan pelajar-pelajar melalui kaedah projek

(A) tujuan perancangan pelaksanaan penilaian


(B) perancangan pelaksanaan tujuan penilaian
(C) perancangan tujuan penilaian pelaksanaan
(D) pelaksanaan penilaian perancangan tujuan

7. Dalam proses pengajaran di bilik darjah, guru perlu meningkatkan daya


pengamatan dan penanggapan murid.

Dalam usaha tersebut guru boleh menggunakan

I. teknik hafazan secara latih tubi


II. kaedah syarahan dalam kumpulan besar
III. pengetahuan sedia ada murid
IV. kaedah induktif dan penemuan
V. bahasa yang mudah difahami

(A) I, II dan III sahaja


(B) I, II dan IV sahaja
(C) II, III dan V sahaja
(D) III, IV dan V sahaja
SoalanAlaPTK/Boon/ipba/klInternational/2005 3

8. Seorang guru yang ingin mengadakan satu permainan bahasa dalam


pengajaran bahasa Malaysia. Kelasnya terdiri enam kumpulan, tetapi
bilangan set permainan tidak mencukupi.

Langkah sesuai yang boleh diambil oleh guru itu untuk mengendalikan
permainan tersebut tanpa menimbulkan masalah disiplin bilik darjah
ialah

I. menjelaskan peraturan permainan


II. memberi latihan bertulis yang berkaitan kepada
kumpulan tanpa set permainan
III. menetapkan giliran bermain bagi setiap kumpulan
IV. menambahkan bilangan murid di dalam sesuatu
kumpulan supaya bilangan kumpulan bertambah kecil
V. menyuruh murid yang selesai membuat latihan
memerhati kumpulan yang bermain

(A) I, II dan III sahaja


(B) I, II dan IV sahaja
(C) I, III dan IV sahaja
(D) II, Iv dan V sahaja

9. Pendekatan induktif akan berkesan sekiranya pelajar diminta

(A) merumuskan fakta dan prinsip dari contoh-contoh yang diberi


dalam situasi
(B) menyatakan idea-idea utama daripada perkara yang telah
dipelajari
(C) membuat pemerhatian dari segi persamaan dan perbezaan
(D) mengkelaskan dan menyusun contoh-contoh mengikut prinsip
yang telah dipelajari

10. Strategi perbincangan yang dilaksanakan dengan teratur dapat


membantu menyelesaikan sesuatu masalah dengan cepat.
Langkah yang boleh diambil oleh guru supaya muridnya dapat berbincang
dengan berkesan ialah

I. menegur murid yang aktif


II. membimbing tentang teknik perbincangan
III. mewujudkan suasana yang agak senyap
IV. menjelaskan tajuk yang akan dibincangkan
V. menggalakkan murid memberi pendapat secara bebas

(A) I, II dan III sahaja


(B) I, III dan IV sahaja
(C) II, III dan V sahaja
SoalanAlaPTK/Boon/ipba/klInternational/2005 4

(D) II, IV dan V sahaja

11. Pelajar diminta simulasikan satu situasi disebuah pasar malam sebagai
pengunjung, penjual dan pembeli.

Tujuan diadakan aktiviti tersebut ialah untuk

I. melatih kemahiran bertutur


II. membiasakan pelajar dengan alam perniagaan
III. mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan
IV. membina pemikiran yang kritis
V. mengurangkan kerumitan memahami sesuatu konsep

(A) I, II dan III sahaja


(B) I, II dan IV sahaja
(C) I, III dan V sahaja
(D) II, IV dan V sahaja

12. Semasa seorang guru mengajar pelajar Tingkatan 4 tajuk “ Pencegahan


Penyalahgunaan Dadah”, kaedah sesi buzz digunakan.

Pilihan kaedah perbincangan ini adalah sesuai dan berkesan kerana

I. pelajar mendapat kepuasan, idea mereka diterima


tanpa penghakiman
II. setiap kumpulan dapat membincangkan aspek yang
berlainan
III. pelajar berpeluang menyuarakan pendapat mereka
IV. pelajar dapat menjalankan aktiviti tanpa penglibatan
guru
V. pendapat pelajar dapat dirumuskan oleh guru

(A) I, II dan IV sahaja


(B) I, III dan IV sahaja
(C) II, III dan V sahaja
(D) II, IV dan V sahaja

13. Pernyataan yang manakah paling tepat untuk menjelaskan Teori Humanis?

(A) Pembelajaran berlaku dengan memerhati orang lain melakukan


sesuatu
(B) Pembelajaran berlaku dengan lebih baik apabila guru merancang
banyak aktiviti
SoalanAlaPTK/Boon/ipba/klInternational/2005 5

(C) Pembelajaran arah kendiri akan menyebabkan proses


pembelajaran menjadi lebih bermakna
(D) Setiap peringkat pembelajaran pembelajaran mesti disesuaikan
dengan peringkat perkembangan kognitif pelajar

14. Sekiranya seorang guru ingin membentuk tingkah laku yang diingini di
kalangan pelajarnya, prinsip peneguhan Skinner boleh digunakan iaitu

(A) sentiasa memberi ganjaran kepada muridnya


(B) sekali sekala memberi ganjaran kepada muridnya
(C) memberi ganjaran kepada murid yang tertentu sahaja
(D) memberi ganjaran untuk setiap langkah positif yang dilakukan oleh
muridnya

15.Mengikut teori pelaziman operan Pavlov guru harus menekankan

(A) pengembangan potensi pelajar


(B) pembelajaran dari am kepada khusus
(C) rangsangan dalam proses pembelajaran
(D) suasana pembelajaran yang menarik dan
menyeronokkan

16. Rama putus asa kerana tidak dapat menghasilkan karangan yang baik
walau pun dia mencuba berkali-kali. Cara yang paling berkesan yang
boleh digunakan untuk membantu Rama berlandaskan prinsip
peneguhan yang dikemukakan oleh Skinner ialah dengan

(A) memberi latihan dalam penulisan karangan yang pelbagai


(B) menjelaskan langkah-langkah dalam penulisan karangan
(C)memberi ganjaran bagi setiap langkah yang menuju kepada
jawapan karangan yang baik
(D) mengaitkan tajuk karangan dengan pengalaman Rama

17.
1. Mengenal pasti masalah
Menguji hipotesis
Mengkaji masalah serta membentuk hipotesis
Membuat penilaian
Membuat rumusan

Langkah- langkah menepati langkah-langkah teori pembelajaran


SoalanAlaPTK/Boon/ipba/klInternational/2005 6

(A) Dapatan Bruner


(B) Celik akal Kohler
(C) Pelaziman Skinner
(D) Peniruan Bandura

18. Teori Pelaziman Thorndike terkenal untuk eksperimen dengan


kucing.
Teori beliau mengutamakan pembelajaran berdasarkan

(A) peniruan
(B) penemuan
(C) penerimaan
(D) rangsangan

19. Jadual di bawah menunjukkan beberapa teori pembelajaran yang


penting pendekatan masing-masing. Yang manakah antaranya
menunjukkan kombinasi yang betul.

I. Gagne – Teori pembelajaran penemuan


II. Bruner - Teori pembelajaran pelaziman
III. Ausubel – Teori pembelajaran dapatan
IV. Bandura – Teori pembelajaran peniruan

(A) I
(B) II
(C) III
(D) IV
SoalanAlaPTK/Boon/ipba/klInternational/2005 7

Kurikulum

Menurut Akta Pendidikan 1996, kurikulum kebangsaan adalah

(A) segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah


sekolah atau institusi untuk mencapai matlamat pendidikan
(B) semua pengalaman yang diperolehi murid dalam suatu program
pendidikan yang dirancang mengikut suatu kerangka teori,
penyelidikan atau amalan
(C) suatu siri tindakan terancang yang diselaraskan untuk
menghasilkan pencapaian murid dalam penguasaan ilmu dan
kemahiran serta kebolehan memanifestasikan pengetahuan
tersebut
(D) suatu program pendidikan merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai unsure kebudayaan dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan murid dengan sepenuhnya

2. Antara pernyataan berikut, manakah yang menjelaskan implikasi FPK


terhadap perkembangan kurikulum?

(A) Perubahan budaya sekolah ke arah penilaian kendiri


(B) Perubahan sukatan pelajaran berorientasikan program
bersepadu
(C) Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk membentuk
budaya ilmu
(D) Perubahan kemudahan fizikal sekolah untuk mengembangkan
potensi pelajar

3. Dalam melaksanakan KBSR dan KBSM, perlu diberi tumpuan kepada


aspek penguasaan kemahiran asas, kemahiran generic, penerapan nilai
dan pendidikan umum.
Amalan tersebut menepati konsep

(A) penyerapan
(B) kesepaduan
(C) kesinambungan
(D) merentasi kurikulum
SoalanAlaPTK/Boon/ipba/klInternational/2005 8

4. Dalam usaha membentuk dan mengembangkan kurikulum, tumpuan


hendaklah diberikan kepada beberapa prinsip utama

Pilih pernyataan-pernyataan yang memenuhi prinsip dalam


perkembangan kurikulum.

I. Mengutamakan keperluan generasi sekarang dan akan


datang
II. Memenuhi kehendak politik dan pemerintahan negara
III. Menekankan nilai dan sentimen masyarakat
IV. Infratsruktur dan tenaga pengajar yang mencukupi
V. Kandungan ilmu berhubung kait dengan kehidupan
seharian

(A) I, II dan IV sahaja


(B) I,III dan V sahaja
(C) II, III dan IV sahaja
(D) II, IV dan V sahaja

5. KBSR dan KBSM dibentuk berlandaskan kehendak dan keperluan


individu, masyarakat dan negara.
Berdasarkan pernyataan di atas, yang manakah merupakan tujuan
khusus KBSM?

(A) Menguasai kemahiran asas bahasa iaitu bertutur, membaca dan


menulis
(B) Mendidik pelajar-pelajar supaya dapat menghadapi cabaran-
cabaran hidup
(C) pengetahuan, kefahaman, minat dan kepekaan terhadap
manusia dan alam sekitar

6. Guru boleh membantu pelaksanaan kurikulum secara desentralisasi


dengan

I. menjalankan penilaian berasaskan sekolah


II. melaksanakan pengajaran mengikut keperluan pelajar
III. mengambil bahagian aktif dalam Pusat Kegiatan Guru
IV. membantu Lembaga Peperiksaan menggubal soalan
peperiksaan pusat
V. mengamalkan system pendidikan kelas terbuka dengan
lebih berkesan

(A) I, II dan III sahaja


(B) I, II dan IV sahaja
SoalanAlaPTK/Boon/ipba/klInternational/2005 9

(C) II, III dan V sahaja


(D) III, IV dan V sahaja

7. Inovasi kurikulum memerlukan guru yang sanggup dan boleh melakukan


perubahan. Apakah cirri-ciri yang perly diamalkan oleh guru dalam
menghayati perubahan kurikulum?

I. Menggalakkan fikiran terbuka dan tidak defensif


II. Mengukuhkan kebiasaan dan identity diri
III. Sanggup menghadapi cabaran
IV. Boleh menganalisis dan mengubah suai
V. Menerima perubahan berlandaskan kebolehan diri

(A) I, II dan III sahaja


(B) I, III dan IV sahaja
(C) II, IV dan V sahaja
(D) III, IV dan V sahaja

8. Pengalaman pembelajaran yang terhasil di sekolah secara tidak diduga


dan tanpa dirancang boleh dikategorikan sebagai kurikulum

(A) ideal
(B) tersirat
(C) tersurat
(D) formal
SoalanAlaPTK/Boon/ipba/klInternational/2005 10

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

1. Dalam proses memilih kandungan pelajaran bagi sesuatu topik,


seorang guru harus berpandukan kepada

(A) objektif implisit


(B) objektif eksplisit
(C) kesimpulan pelajaran
(D) set induksi yang menarik

2. Dalam persediaan mengajar, objektif pengajaran mestilah ditulis


dalam bentuk tingkah laku yang eksplisit.
Pernyataan manakah memenuhi kriteria-kriteria objektif eksplisit?

(A) Pelajar dapat mengkaji lima sebab pencemaran alam sekitar


berlaku
(B) Pelajar memahami factor-faktor yang membawa kepada
pencemaran alam sekitar
( C) Pelajar dapat menghayati keindahan alam sekitar yang tanpa
pencemaran alam sekitar
(D)Pelajar dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya lima sebab
pencemaran alam sekitar berlaku tanpa merujuk nota

Penilaian

Setelah satu semester, Cikgu Abdul mengajar mata pelajaran Matematik , beliau
membuat perbandingan pencapaian murid-muridnya.
Cikgu Abdul menilai prestasi murid berdasarkan

A. ujian rujukan norma


B. ujian rujukan criteria
C. ujian diagnostik
D. ujian formatif

UPSR dianggap sebagai penilaian sumatif kerana ujian ini dapat

A. mengesan punca kelemahan untuk tujuan pemulihan


B. menghasilkan keputusan untuk penggredan murid
C. mengukur tingkah laku kognitif, psikomotor dan
afektif
D. mengukur kemajuan murid dari semasa ke semasa
SoalanAlaPTK/Boon/ipba/klInternational/2005 11

Setelah mengajar tajuk “ Perusahaan Perikanan di Malaysia” guru memberi ujian


untuk mengetahui pemahaman muridnya terhadap tajuk itu. Ujian ini ialah jenis

A. Sumatif
B. formatif
C. saringan
D.diagnostik

Kriteria utama yang membezakan soalan objektif dengan soalan subjektif ialah

A. peruntukan masa
B. cara pemarkahan
C. cara pentadbiran
D. cara memberi arahan

PKBS bertujuan menilai pencapaian murid dalam aspek kognitif, afektif dan
psikomotor. Cara yang paling sesuai untuk menilai aspek afektif ialah melalui

A. pemerhatian
B. hasil kerja
C. rekod profil
D. ujian kertas pensel

Cikgu Riseta hendak memberi ujian kepada kelasnya. Langkah-langkah untuk


menyediakan sesuatu soalan ialah

I. memilih isi ujian


II. menentukan objektif ujian
III. membentuk soalan
IV. menentukan aras kesukaran

A .I, II , III dan IV


B. I, III, IV dan IV
C. II, I, III dan IV
D. II, I, IV dan III
SoalanAlaPTK/Boon/ipba/klInternational/2005 12

Penilaian Kendalian Sekolah(PKS) dilaksanakan untuk mendapat gambaran


tentang kemajuan pembelajaran pelajar disamping memberi maklum balas
tentang keberkesanan pengajaran guru.

Melalui PKS, guru dapat

I. menggalakkan penilaian kendiri


II. mengesan keberkesanan pengajaran guru
III. mengesan perkembangan pelajar secara menyeluruh
IV. menekankan perkembangan sekolah
V. menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta

(A) I, III dan IV sahaja


(B) II, III dan IV sahaja
(C) II, III dan V sahaja
(D) III,IV dan V sahaja

Penilaian portfolio bertujuan untuk

I. mendokumentasi pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi


semasa melaksanakan tugasan
II. menganalisis dan menilai perkembangan serta arah pemikiran pelajar
III. memberi peluang guru membuat penilaian secara objektif
IV. memberi maklum balas perkembangan pelajar dari semasa ke
semasa
V. menunjukkan hasil tugasan pada peringkat akhir kepada guru

(A) I , II dan III sahaja


(B) I, II dan IV sahaja
(C) II, III dan V sahaja
(D) III, IV dan V sahaja

Setelah mengajar tentang operasi tambah yang melibatkan tiga digit, Cikgu
Minah mentadbir satu ujian kepada pelajar-pelajarnya untuk memastikan
mereka menguasai konsep operasi tambah itu.

Cikgu Minah menilai prestasi pelajar berdasarkan ujian jenis

A. rujukan norma
B. rujukan criteria
C. objektif
D. aptitud
SoalanAlaPTK/Boon/ipba/klInternational/2005 13

Cara penilaian yang sesuai di gunakan untuk menilai semua aspek tersenarai
dibawah ialah

i. hasil kerja yang sebenar


ii. kecekapan membuat refleksi
iii. perkembangan pemikiran pelajar
iv. tahap kerjasama antara pelajar
v. koleksi bahan-bahan yang relevan

A. pemerhatian
B. portfolio
C. ujian amali
D. ujian prestasi

Bidang afektif dalam KBSM boleh dinilai melalui

I. lembaran kerja
II. soal selidik
III. ujian kertas pensel
IV. sesi temubual
V. pemerhatian

A. I, II dan IV sahaja
B. I, III dan V sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. II, IV dan V sahaja

Penilaian dimaksudkan sebagai satu proses

(A) menentukan bentuk ujian sesuai dengan perkara yang


hendak diukur
(B) membandingkan kandungan mata pelajaran dengan
soalan-soalan dalam sesuatu ujian
(C) menyediakan prosedur yang sistematik bagi mengukur
sebahagian aspek tingkah laku murid
(D) mengumpul maklumat untuk memperolehi maklumat bagi
membuat pertimbangan, keputusan dan tindakan

Portfolio dibina oleh pelajar bagi tujuan menilai kemajuan, pencapaian dan sikap
pelajar dalam satu –satu bidang pembelajaran.
Antara pernyataan berikut yang manakah bukan prinsip portfolio?

(A) Portfolio diusahakan oleh pelajar agar mempertingkatkan dirinya


(B) Maklumat dimasukkan ke dalam portfolio secara beransur-ansur
(C) Bahan dalam portfolio boleh berubah dari semasa ke semasa
SoalanAlaPTK/Boon/ipba/klInternational/2005 14

(D) Penilaian portfolio hanya dibuat pada penghujung setiap semester

Cikgu Maimunah mengambil alih kelas Matematik Tingkatan Dua kerana


Matematik kelas tersebut telah bersara. Beliau telah mengadakan ujian pada hari
pertama memasuki kelas itu.

Tujuan utama ujian tersebut adalah

(A) membuat kajian tingkah laku pelajar


(B) memotivasikan pembelajaran pelajar
(C) mengetahui pembelajaran lampau
(D) mengesan masalah pembelajaran di kalangan pelajar

Dalam penggubalan soalan peperiksaan, guru hendaklah menyediakan Jadual


Penentuan Ujian.
Kepentingan bagi guru menyediakan JPU adalah

i. menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian


ii. menjadi panduan kepada pembinaan soalan
iii. memastikan ujian tidak dibina secara sembarangan
iv. menentukan taraf kesukaran soalan yang berbeza dari
tahun ke tahun
v. membolehkan ujian dibina oleh penggubal soalan yang
tertentu sahaja

(A) I, II dan III sahaja


(B) I, II dan IV sahaja
(C) II, III dan V sahaja
(D) III, IV dan V sahaja

Cikgu Sunny merancang untuk memberi satu ujian berbentuk subjektif kepada
muridnya pada hujung semester ini.

Pernyataan manakah menunjukkan kelebihan ujian berbentuk subjektif?

II. mampu menguji bidang yang luas


III. mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi
IV. berupaya mengurangkan fenomena teka meneka
V. sesuai menggalakkan murid berfikir secara kreatif
VI. menguji peringkat kognitif yang lebih tinggi iaitu sintesis dan
penilaian
SoalanAlaPTK/Boon/ipba/klInternational/2005 15

(A) I, dan II sahaja


(B) I, II dan III sahaja
(C) II, IV dan V sahaja
(D) III, IV dan V sahaja

Seseorang guru ditugaskan untuk memeriksa skrip soalan subjektif untuk kertas
peperiksaan Geografi SPM.

Unutk menjamin ketekalan dalam memberi markah, guru hendaklah memeriksa


secara

I. analitik
II. holistic
III. menyeluruh
IV. calon demi calon
V. soalan demi soalan

(A) I, dan II sahaja


(B) I dan V sahaja
(C) II, III dan IV sahaja
(D) III, IV dan V sahaja

Model dan teori Pengajaran Pembelajaran

Mengenal Merancang Mengumpul


pasti topik/ strategi maklumat yg
masalah penyelesaian berkaitan

Membuat
Y
generalisasi
atau rumusan

Dalam proses menjalankan inkuiri, langkah Y ialah

A. Menentukan langkah-langkah penyelesaian


B. Mengkaji dan menganalisis maklumat
C. Membuat pemerhatian ke atas persekitaran
A. Menentukan kaedah penyelesaian
SoalanAlaPTK/Boon/ipba/klInternational/2005 16

 Pelajar akan belajar perkara yang ingin dipelajari


 Pelajar melakukan penilaian kendiri kerana hal ini lebih bermakna
kepadanya
 Pelajar berasa pembelajaran lebih berkesan jika tidak berasa
terancam

Ciri-ciri Pembelajaran di atas merupakan prinsip teori pembelajaran

A. kognitif
B. Sosial
C. behaviouris
D. humanis

Salah satu implikasi teori konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran


bilik darjah ialah

(A) pelajar digalakkan belajar dan melaksana tugas secara individu


(B) pelajar dimotivasikan untuk belajar secara ekstrinsik
(C) pelajar belajar melalui simulasi dalam kumpulan
(D) Pelajar memainkan peranan utama dalam membina makna
dalam pembelajaran

Tindakan yang menunjukkan aplikasi Teori Behaviourisme Skinner dalam


pengajaran dan pembelajaran adalah

(A) mendenda pelajar yang tidak menyiapkan latihannya


(B) memberi pujian setiap kali pelajar dapat menjawab soalan
dengan betul
(C) memberi latihan tambahan kepada pelajar yang telah
mempelajari konsep
(D) berhentikan ganjaran kepada pelajar yang sudah dapat
menyempurnakan tugas

Teori pembelajaran sosial mencadangkan guru menggunakan kaedah


pengajaran

(A) pemerosesan maklumat


(B) lawatan sambil belajar
(C) Melaksanakan projek dalam kumpulan
(D) demonstrasi dengan contoh-contoh yang sesuai
SoalanAlaPTK/Boon/ipba/klInternational/2005 17

Pengajaran dan Pembelajaran

Matlamat utama pembentukan kumpulan dinamis dalam bilik darjah ialah untuk

(A) melahirkan individu yang sempurna dari segi social dan intelek
(B) memberi peluang kepada guru supaya berinteraksi dengan murid
(C) mewujudkan suasana bilik darjah yang sentiasa mesra dan aktif
(D) memberi kuasa kepada pelajar supaya mereka dapat menunjukkan bakat
dalam sesuatu pelajaran

Bagi menghasilkan satu perkembangan isi pelajaran yang baik, seorang guru
seharusnya

(A) menyampaikan maklumat secara berasingan


(B) menitikberatkan isi sukatan pelajaran
(C) memastikan isi pelajaran disediakan mengikut urutan yang logical
(D) mengolah isi pelajaran dengan menumpukan kepada sekumpulan pelajar
sahaja

Aspek-aspek utama yang harus diambil kira oleh seseorang guru semasa
menyediakan rancangan pengajaran harian ialah

I. hasil pembelajaran atau matlamat pengajaran


II. pengetahuan sedia ada pelajar
III. pendekatan yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu
topik
IV. kemahiran guru dalam menyampaikan sesuatu topik
V. kerjasama yang akan diperolehi daripada rakan guru

(A) I, II dan III sahaja


(B) I, III dan IV sahaja
(C) III, IV dan V sahaja
(D) I, II, III dan IV sahaja

Cikgu Alyne telah mengadakan perbincangan tentang jenis tumbuhan.


Dalam komponen penutup beliau mengatakan kepada murid-muridnya. “
Hari ini kita telah mempelajari tentang epifit, saprofit dan parasit.”
SoalanAlaPTK/Boon/ipba/klInternational/2005 18

Cikgu Alyne telah menggunakan jenis penutup

(A) afektif
(B) social
(C) kognitif
(D) penilaian

Pembelajaran ketara antara pengajaran masteri dengan pengajaran kelas biasa


ialah

(A) pencapaian murid ialah berdasarkan kepada pengajaran guru


(B) penggunaan jadual waktu anjal meningkatkan proses pengajaran
pembelajaran
(C) pengajaran pembelajaran adalah satu proses interaksi sehala antara guru
dan murid
(D)penguasaan kemahiran awal perlu ditentukan sebelum berpindah ke
kemahiran lain

Ciri-ciri pembelajaran koperatif merangkumi

I. kepentingan diri
II. kepimpinan berkongsi
III. kemahiran social dipupuk
IV. saling pergantungan positif
V. tiada peninjauan perkembangan kumpulan

(A) I, II dan IV sahaja


(B) I, III dan V sahaja
(C) II, III dan IV sahaja
(D) III, IV dan V sahaja

 Cikgu Siti memberi aktiviti kumpulan dan murid-muridnya


menjalankan aktiviti
 Murid-murid bertanggungjawab tentang hasil pembelajaran sendiri dan
kumpulan
 Cikgu Siti sebagai fasilitator
 Murid-murid berinteraksi secara baik dengan ahli-ahli dalam kumpulan
 Murid-murid sedar bahawa mereka perlu bekerjasama untuk mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran
SoalanAlaPTK/Boon/ipba/klInternational/2005 19

Berdasarkan cirri-ciri yang dikemukakan di atas, Cikgu Siti telah melaksanakan


kaedah

(B) kelas
(C) koperatif
(D) inkuiri penemuan
(E) pembelajaran kendiri

Teknik sumbangsaran merupakan teknik yang disaran dalam pelaksanaan


KBSR kerana ia dapat

I. menyelesaikan keperluan aktiviti pengayaan


II. melatih murid menerima pendapat orang lain
III. menekankan aspek peneguhan dalam sesi pembelajaran
IV. memindahkan focus dari pengajaran kepada pembelajaran
V. membatu murid mendekati sesuatu masalah dari beberapa
sudut

(A) I, II dan III sahaja


(B) I, II dan IV sahaja
(C) II, IV dan V sahaja
(D) III, IV dan V sahaja

Cikgu Milly menggunakan strategi main peranan ketika mengajar satu satu unit
pelajaran dalam mata pelajara Geografi.

Tujuan-tujuan main peranan adalah seperti berikut kecuali

(A) menyediakan murid menghadapi masalah social pada masa depan


(B) menyediakan peluang bagi murid memperkukuhkan kemahiran pertuturan
(C) membolehkan murid mengambil alih peranan guru bagi satu atau dua
waktu
(D) menyediakan peluang bagi murid melahirkan perasaan mengikut watak
secara spontan

Pengurusan B.D/Kokurikulum/ Komputer/Pusat Sumber


SoalanAlaPTK/Boon/ipba/klInternational/2005 20

1. Dari pengurusan disiplin murid, ganjaran mempunyai kelebihan daripada


hukuman kerana

A. ganjaran lebih bertindak sebagai pencegah masalah


B. hukuman menyangkalkan hasrat sekolah penyayang
C. hukuman dapat menyesuaikan disiplin dalaman dan luaran
D. ganjaran menggalakkan dan mengekalkan moral yang tinggi

2. Akaun persatuan kokurikulum boleh dibuka di mana-mana bank dengan


syarat

A. bendahari persatuan sahaja yang boleh membuka akaun


B. proses pengeluaran dilakukan oleh bendahari persatuan
C. borang yang diisikan dan ditandatangani Pengetua
D. keputusan pembukaan akaun ditentukan dalam mesyuarat
Jawatnkuasa Kerja

3. Kejayaan sesebuah perpustakaan bergantung kepada organisasi pusat


sumber itu sendiri. Perkara yang paling penting dalam menjayakan
organisasi pusat sumber ialah

A. mengenakan yuran keahlian


B. merekod kehadiran pelajar/guru/pensyarah
C. mengkatalog dan mengklasifikasi semua jenis buku
D. menyusun semula struktur organisasi pusat sumber

4. Penubuhan bidang-bidang kokurikulum bergantung kepada peraturan


sekolah. Faktor-faktor lain yang menentukan penubuhan bidang –bidang
tertentu adalah spt berikut kecuali

A. minat pelajar
B. guru yang terlatih
C. kemudahan fizikal
D. pemilihan ibu bapa

5. Taylor telah mengelaskan peranan komputer dalam pendidikan sebagai “


Tools, Tutor dan Tutee” Satu contoh aplikasi dalam kelas “tutee” ialah
perisian

A. latih tubi
B. hamparan elektronik
C. pemproses perkataan
D. bahasa pengaturcaraan
SoalanAlaPTK/Boon/ipba/klInternational/2005 21

6. Minit mesyuarat jawatankuasa yang lalu perlu disahkan sebelum


meneruskan agenda lain dalam mesyuarat ini. Siapakah yang boleh
mencadangkan minit mesyuarat tersebut disahkan?

A. Ahli-ahli yang hadir pada mesyuarat lalu


B. Ahli –ahli yang hadir pada mesyuarat ini
C. Semua ahli jawatankuasa persatuan tersebut
D. Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari persatuan

7. Setiap komputer memiliki perisian-perisian untuk membolehkan


seseorang guru untuk membuat kerja tertentu.

Manakah perisian yang sesuai digunakan sekiranya anda hendak


menganalisis keputusan peperiksaan semester?

A. Microsoft Word
B. Microsoft Excel
C. Microsoft Access
D. Miscrosoft Powerpoint

8. Pegawai Pusat Sumber di sekolah A telah ditugaskan untuk mengelaskan


buku yang telah dibeli. Selepas mengelaskan buku tersebut Pegawai
Pusat Sumber itu mencatatkan butir-butir buku tersebut di dalam buku
tersebut di dalam

A. Pembelian bukul
B. Perolehan buku
C. Pengelasan buku
D. Pengkatalogan buku

Pernyataan yang manakah antara berikut prinsip pelaksanaan


9.. kokurikulum di sekolah?

A. Melengkapkan bidang akademik pelajar


B. Mengukuhkan ilmu pengetahuan pelajar
C. Menggalakkan penyertaan pelajar
D. Meningkatkan inovasi pelajar

Jawapan untuk Soalan Ala PTK (Fungsi)


SoalanAlaPTK/Boon/ipba/klInternational/2005 22

Pengajaran Kurikulum Penilaian


Pembelajaran
1 C 12 B 1 A 1 A
2 A 13 C 2 C 2 B
3 B 14 D 3 B 3 B
4 D 15 C 4 B 4 B
5 B 16 C 5 B 5 B
6 A 17 A 6 A 6 B
7 D 18 D 7 B 7 D
8 C 19 D 8 C 8 D
9 A 20 Perancangan 9 D
P&P
10 D 1 B 10 C
11 A 2 D 11 A

Pengurusan Bilik Darjah/Kokurikulum


1. D 3. C 5. D 7. B
2. D 4. D 6. A 8. B
9. C
Peng
/Pemb
1 D 1 C
2
1 B 2 C
3
Model 3 A
/Teori
1 B 4 C
2 D 5 D
3 D 6 C
4 B 7 C
5 D 8 C
9 C
SoalanAlaPTK/Boon/ipba/klInternational/2005 23

Pengajaran Kurikulum Penilaian


Pembelajaran
1 C 12 B 1 A 1 A
2 A 13 C 2 C 2 B
3 B 14 D 3 B 3 B
4 D 15 C 4 B 4 B
5 B 16 C 5 B 5 B
6 A 17 A 6 A 6 B
7 D 18 D 7 B 7 D
8 C 19 D 8 C 8 D
9 A 20 Perancangan 9 D
P&P
10 D 1 B 10 C
11 A 2 D 11 A

Pengurusan Bilik Darjah/Kokurikulum


1. D 3. C 5. D 7. B
2. D 4. D 6. A 8. B
9. C
Peng
/Pemb
1 D 1 C
2
1 B 2 C
3
Model 3 A
/Teori
1 B 4 C
2 D 5 D
3 D 6 C
4 B 7 C
5 D 8 C
9 C

You might also like