You are on page 1of 17

Laporan PBSM 2010

SK 2 JALAN BATU TIGA BULAN SABIT MERAH


KLANG, SELANGOR MALAYSIA

LAPORAN
UNIT BERUNIFORM
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)
TAHUN 2010

DISEDIAKAN OLEH:

Pn Norizan Bt Awang@Rashid

17
Laporan PBSM 2010

PENDAHULUAN

Bulan Sabit Merah Malaysia

Malaysian Red Crescent

Jenis Pertubuhan bukan untung


Ditubuhkan 1948
Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia
Industri Kesihatan
Produk Bantuan kemanusiaan
Laman Web http://www.redcrescent.org.my

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang
ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada
tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.

17
Laporan PBSM 2010

PENGENALAN

Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyai urutan sejarah
sebelum merdeka. Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu di bawah
penjajahan British sebagai "a branch of the British Red Cross".  Peperangan Dunia Kedua dan
waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di dalam negara kita
dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.

Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalam perenggan
penutup dan mencatatkan:

" Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang teruk dilanda kemusnahan
di Tenggara Asia dan penduduknya menanggung derita yang amat sangat semasa
pemerintahan Jepun. Oleh yang demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang Merah adalah
banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah diwujudkan,adalah diharapkan bahawa
ianya akan berkembang dalam tahun-tahun akan datang ".

Cawangan Sabah
Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan
bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan April
1948.

Cawangan Sarawak
Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun 1948,walaupun mengikut
rekod satu permohonan rasmi mewujudkan  cawangan Palang Merah di Sarawak ialah
dibuat lebih awal iaitu pada bulan Februari 1948.

Cawangan Semenanjung Malaysia


Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950,yang
kemudiannya menjadi satu cawangan.dalam bulan Februari 1951,Cawangan Persekutuan
Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua
orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang Merah Pahang telah
ditubuhkan pada tahun 1952.

17
Laporan PBSM 2010

17
Laporan PBSM 2010

AKTA PERTUBUHAN

Bulan Sabit Merah Malaysia adahalh ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti
berikut :

1.        Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi
Persatuan Palang Merah di Semenanjung bertaraf  cawangan sahaja dan ibupejabatnya jauh
di London. Satu Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu
Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act of Patliment (Act No 4 of 1962)
dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962.

2.        Apabila Malaya di tukarnama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan Sarawak
dibawahnya telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965 iaitu Malaysian Red Cross Society
(Incorporation) atau Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malaysia Act
540) di seluruh Malaysia pada  1 Julai 1965.

LAGU

Bulan Sabit Merah Di Malaysia


Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya

Di Mana Jua Adanya Sengsara


Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia


Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat

*Lyrics: Dato’ Dol Ramli @ Song: Dato’ Johari Salleh”Lagu Bulan Sabit Merah” – was
first played in a ceremony 1975 to commemorate the change of name of the Society from the
Malaysian Red Cross Society to the Malaysian Red Crescent Society.

17
Laporan PBSM 2010

PRINSIP-PRINSIP ASAS PALANG MERAH

KEMANUSIAAN
• memberi pertolongan tanpa membeza-bezakan mereka yang tercedera di medan
perang.

KESAKSAMAAN
• tidak mengamalkan diskriminasi berasaskan bangsa, kaum, kepercayaan agama,
darjat atau fahaman politik.
• memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius.

BERKECUALI
• pergerakan tidak boleh menyertai mana-mana pihak yang berperang atau
melibatkan diri pada bila-bila masa dalam perbalahan-perbalahan yang berunsur
politik, perkauman, agama atau ideologi.

KEBEBASAN
• pergerakan adalah bebas dan mengekalkan otonominya supaya sentiasa dapat
mengikut prinsip-prinsip pergerakan.

KHIDMAT SUKARELA
• pergerakan bantuan sukarela yang bukan didorong dalam apa hal jua sekalipun oleh
hasrat untuk mendapatkan keuntungan.

• KETUNGGALAN
• hanya SATU sahaja Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah yang harus
wujud dalam sesebuah negara.

KESEJAGATAN

17
Laporan PBSM 2010

• Dalam Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, semua Persatuan
mempunyai taraf yang sama serta memikul tanggungjawab yang sama rata.
• merupakan satu pergerakan sedunia.

OBJEKTIF

a. Menerapkan 7 prinsip asas ke dalam diri setiap ahli-ahli BSMM.


b. Memberi penekanan kepada kepentingan pertolongan cemas.
c. Memberi pendedahan kepada ahli persatuan tentang ciri-ciri
BSMM yang sebenar selaras dengan prinsip-prinsip BSMM.
d. Menggalakkan murid bekerjasama dan sedia berkhidmat
dikalangan murid-murid dan juga masyarakat.

AHLI JAWATANKUASA BSMM


a. Penasihat : Pn Nur’Aini bt Abdul Aziz
b. Pengerusi : Pn Selvarani a/p S.Nalliah
c. Guru Penasihat : Pn Norizan Bt Awang @ Rashid
Pn Surizan Bt Hassan
Cik Nurulhusna Bt Yem
Pn Nurkhalimaton Bt Ardani
Pn Masa’ah Bt Abd Latif

BILANGAN KEAHLIAN : 43 orang.

a. Pengerusi : Nur Eren Bt Abdul Rani


b. Naib pengerusi : Sates Kumar
c. Setiausaha : Reni Nurmaria Bt Nazarudin
d. Bendahari : Aiswariya A/P Kalaichelvan

17
Laporan PBSM 2010

e. AJK Tahun 3 : Altaf Syaqiq Bin Sherulanuar


Tahun 5 : Mohd Daniel Sidney B. M. Amirul Sidney
Tahun 6 : Linkesh A/P Sathasivam

AKTIVITI PBSM SEPANJANG TAHUN 2010

BIL AKTIVITI CATATAN / TARIKH

1 Perjumpaan Pertama

- mengadakan perjumpaan kali


pertama untuk melantik AJK BSMM
bagi tahun 2010.
- menetapkan yuran kepada setiap
ahli untuk membeli kain anduh dan Rabu
buku nota. 13 Jan 2010
- memberikan penerangan kepada 10.00 – 11.00 pg
murid mengenai tugas-tugas ahli
jawatankuasa yang telah dilantik.
- menerangkan objektif penubuhan
persatuan BSMM dan sasaran yang
ingin dicapai pada tahun 2010.

Kedatangan murid : 24 / 38

2 Perjumpaan Kedua

- pembahagian ahli kumpulan


- menulis ikrar BSMM di dalam buku
nota. Rabu
- Memanggil wakil murid untuk 20 Jan 2010
membaca ikrar dan ahli lain 11.00 – 12.00 tghr
membaca beramai-ramai.
- Membuat latihan merentas desa

Kedatangan murid : 38 / 38

17
Laporan PBSM 2010

Perjumpaan Ketiga
3
- Menyanyikan lagu BSMM bersama-
sama.
- Guru membaca Ikrar BSMM dan
diikuti oleh murid.
- Murid membuat latihan sukan Rabu
mengikut latihan sukan 27 Jan 2010
10.00 – 11.00 pg
Kedatangan murid : 23 / 38

4 Perjumpaan Keempat

- Membaca ikrar dan menyanyikan


lagu BSMM Rabu
- Murid membuat latihan sukan 3 Feb 2010
mengikut rumah sukan masing- 11.00 – 12.00 tghr
masing

Kedatangan murid : 35 / 38

SUKAN SEKOLAH AHAD


7 FEB 2010

5 Perjumpaan Kelima

- Membaca ikrar dan menyanyikan


lagu BSMM
- Menyalin lagu BSMM
- Menyanyikan lagu BSMM beramai- Rabu
ramai diketuai oleh Cik Nurulhusna. 24 Feb 2010
- Murid menyanyikan sendiri lagu 10.00 – 11.00 pg
BSMM beramai-ramai.
- menulis biodata sendiri dan rakan
kumpulan untuk aktiviti ‘ice
breaking’

17
Laporan PBSM 2010

Kedatangan murid : 27 / 42

6 Perjumpaan Keenam

- Guru meminta murid menyalin


Prinsip BSMM ke dalam buku nota.
- Murid hendaklah menghafal dan
mengingati setiap prinsip BSMM. Rabu
- Murid membentuk kumpulan kecil 3 Mac 2010
dan berlatih membaca Ikrar dan 11.00 – 12.00 tghr
Prinsip BSMM.
- Bermain permainan telefon rosak

Kedatangan murid : 24 / 42

7 Perjumpaan Ketujuh

- Bacaan Ikrar dan nyanyian lagu


BSMM
- Penerangan mengenai hidung
berdarah (rawatan untuk
pendarahan hidung )
- Murid menyalin nota dan membuat
demostrasi.
- Tayangan video mengenai sejarah
Rabu
BSMM
10 Mac 2010
- Murid menyalin nota sejarah
10.00 – 11.00 pg
BSMM
- Guru menunjukkan contoh pakaian
lengkap ahli BSMM.
- Murid diberi gambar pakaian
lengkap ahli BSMM dan diminta
menampal di dalam buku nota
BSMM.
- Murid menyalin nota mengenai
alat-alat perubatan yang terdapat
di dalam peti kecemasan.

17
Laporan PBSM 2010

Kedatangan murid : 32 / 43

8 Perjumpaan Kelapan

- Menyanyikan lagu BSMM dan ikrar


BSMM
- Guru menerangkan jenis-jenis luka
yang biasa ditemui
- Aplikasi PC – terkena bahan kimia
- Aplikasi PC – batuk Rabu
- Aplikasi PC – benda asing dalam 24 Mac 2010
telinga 11.00 – 12.00 tghr
- Guru juga menerangkan rawatan
bagi setiap luka.
- Murid menyalin nota mengenai
jenis-jenis luka dan rawatannya.

Kedatangan murid : 37 / 43

9 Perjumpaan kesembilan

- Membuat latihan kawad kaki


- Penerangan dan amali mengenai
pengiraan denyutan nadi
Rabu
- Murid menyalin nota mengenai
31 Mac 2010
pengiraan denyutan nadi dan
10.00 – 11.00 pg
mengelak petir
- Menyanyikan lagu BSMM (Ala epo
ei tai tai eya)

Kedatangan murid : 35 / 43

10 Perjumpaan Kesepuluh Rabu


7 April 2010
- Nyanyian lagu BSMM dan ikrar 11.00 – 12.00 tghr
BSMM

17
Laporan PBSM 2010

- Penerangan mengenai kebakaran


oleh Cikgu Norizan
- Murid menyalin nota
- Latihan kawad kaki
- Guru menerangkan ‘command’
untuk aktiviti kawad.

Kedatangan murid : 22 / 43

11 Perjumpaan Kesebelas

- Menyanyikan lagu BSMM


- Lafaz ikrar BSMM
- Latihan perbarisan dan guru Rabu
mengambil kedatangan 14 April 2010
- Guru menerangkan tentang teori 10.00 – 11.00 pg
kawad

Kedatangan murid : 23 / 43

12 Perjumpaan keduabelas

- Nyanyian lagu BSMM dan ikrar


- Lafaz ikrar BSMM
- Perbarisan dan mengambil
kedatangan
- Penerangan dan amali mengenai
Rabu
CPR (bantuan pernafasan)
28 Apr 2010
- Demostrasi mengenai CPR
11.00 – 12.00 tghr
- Nyanyian lagu-lagu sosial

Kedatangan : 22 / 43

17
Laporan PBSM 2010

13 Perjumpaan ketigabelas
Rabu
- Menyanyikan lagu BSMM
5 Mei 2010
- Lafaz ikrar BSMM
10.00 – 11.00 pg
- Latihan perbarisan dan kawad kaki

Kedatangan : 23 / 43

14 Perjumpaan keempatbelas

- Nyanyian lagu BSMM dan ikrar Rabu


- DRABC – guru member penerangan 12 Mei 2010
dan murid menyalin nota 11.00 – 12.00 tghr
- Demostrasi mengenai DRABC

Kedatangan : 27 / 42

15 Perjumpaan kelimabelas

- Nyanyian lagu BSMM


- Ikrar BSMM
- Penerangan mengenai kecederaan Rabu
sendi dan otot (terkehel dan 19 Mei 2010
terseliuh) 10.00 – 11.00 pg
- Murid menyalin nota
- Guru membuat demostrasi
- Latihan kawad kaki

Kedatangan : 20 / 42

16 Perjumpaan keenambelas
Rabu
- Nyanyian lagu dan ikrar BSMM
26 Mei 2010
- Amali ikatan dan patah tulang
11.00 – 12.00 tghr
- Murid membuat amali secara
berpasangan

17
Laporan PBSM 2010

Kedatangan: 27 / 42
17 Perjumpaan ketujuhbelas

- Nyanyian lagu BSMM dan Ikrar


BSMM
- Amali ikatan membalut luka dan Rabu
ikatan buku sila 23 Jun 2010
- Peperiksaan amali secara 10.00 – 11.00 pg
berpasangan
- Guru mengambil markah

Kedatangan : 39 / 42

18 Perjumpaan kelapanbelas

- Menyanyikan lagu BSMM Rabu


- Lafaz ikrar BSMM 30 Jun 2010
- Tayangan video sejarah BSMM 11.00 – 12.00 tghr
- Kuiz sejarah BSMM

Kedatangan : 33 / 42

19 Perjumpaan kesembilanbelas

- Menyanyikan lagu BSMM Rabu


- Lafaz ikrar BSMM 7 Jul 2010
- Tajuk: pembalut segi tiga 10.00 – 11.00 pg
- Cara penggunaan dan cara
menyimpan

Kedatangan: 32 / 42

20 Perjumpaan keduapuluh
Rabu
- Menyanyikan lagu BSMM
14 Jul 2010
- Cara membuat simpulan buku sila
11.00 – 12.00 tghr
- Langkah-langkah

Kedatangan : 29 / 42

17
Laporan PBSM 2010

21 Perjumpaan keduapuluh satu

- Menyanyikan lagu BSMM


- Lafaz ikrar
Rabu
- Menyalin nota mengenai tajuk
21 Julai 2010
pengsan.
10.00 – 11.00 pg
- Memeriksa pernafasan dengan
teknik melihat, mendengar,
merasa.

Kedatangan : 29 / 43

22 Perjumpaan keduapuluh dua


Rabu
- Nyanyian lagu BSMM dan Ikrar
28 Julai 2010
- membuat ikatan dan simpulan
11.00 – 12.00 tghr
- Pertolongan cemas; renjatan

kedatangan : 20 / 43

23 Perjumpaan keduapuluh tiga


Rabu
- Nyanyian lagu BSMM
4 Ogos 2010
- Lafaz ikrar
10.00 – 11.00 pg
- Perbarisan dan kawad kaki

kedatangan : 27 / 43

24 Perjumpaan keduapuluh empat

- hari penutup ko-kurikulum


permainan Rabu
- baling selipar 6 okt 2010
- nenek-nenek si bongkok 3 10.00 – 12.00 tghr
- galah panjang
- tenteng

kedatangan : 35 / 43
Rabu

17
Laporan PBSM 2010

25 Perjumpaan keduapuluh lima

- hari penutup ko-kurikulum


unit beruniform
13 Okt 2010
- sandwich
10.00 – 12.00 tghr
- kawad
- ikatan
- anduh

KEWANGAN
- tiada –

KEKANGAN DAN HALANGAN


a. Asas pengetahuan dan minat yang berbeza
b. Material yang tidak mencukupi
c. Kehadiran murid yang kurang memberangsangkan
d. Tempat yang disediakan tidak sesuai untuk aktiviti BSMM
e. Penyertaan murid yang tidak menyeluruh
f. Terlalu kerap perjumpaan dengan waktu yang singkat
menyukarkan aktiviti dijalankan.

TINDAKAN SUSULAN YANG DIAMBIL


a. Memberi penerangan yang lebih terperinci kepada murid
b. Membantu murid yang lemah
c. Menyediakan nota yang lebih lengkap supaya murid tidak lagi
perlu menyalin nota kerana ia mengambil masa yang agak lama
bagi murid-murid yang lemah.
d. Memohon bekalan material yang mencukupi daripada pihak
sekolah seperti buku nota dan kain anduh.
e. Penyediaan tempat yang lebih selesa untuk tahun hadapan.
f. Setiap perjumpaan mestilah dengan waktu yang sesuai dan
mencukupi.

17
Laporan PBSM 2010

CADANGAN AKTIVITI 2010


a. Membekal guru yang benar-benar mempunyai asas yang cukup
dalam BSMM.
b. Memberi peluang kepada guru-guru lain untuk memegang unit
BSMM.
c. Memperbaiki kelemahan kemahiran murid melalui latihan dan
bimbingan yang berterusan seperti latihan praktikal berkenaan
dengan BSMM.
d. Mengadakan latihan rawatan luka dan kecemasan dengan
menjemput Jabatan Kesihatan / Unit BSMM untuk ke sekolah
memberi penerangan dan tunjuk ajar.
e. Peruntukan waktu sekurang-kurangnya 2 jam untuk setiap
perjumpaan dan 2 kali sebulan.

KESIMPULAN
Bulan Sabit Merah Malaysia mempunyai prinsip tolong menolong dan
bekerjasama yang kuat sesama ahli dan masyarakat. Melalui aktiviti-aktiviti
yang telah dijalankan, murid dapat memahami serba sedikit mengenai prinsip
dan matlamat BSMM yang diadakan di peringkat sekolah rendah.
Selain itu, murid juga mendapat pengetahuan baru serta pengalaman
daripada aktiviti-aktiviti dan mungkin dapat diaplikasikan dalam kehidupan
seharian.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat yang telah
banyak membantu dan memberikan sokongn serta kerjasama kepada Bulan
Sabit Merah di sekolah ini.
Sekalung terima kasih juga untuk unit BSMM Chapter Klang
kerana sudi hadir melibatkan diri untuk hari perkhemahan yang lepas. Semoga
dapat bekerjasama lagi selepas ini.

Disediakan oleh: Disemak oleh :

…………………………….............. …..….………………………
( PN NORIZAN BT AWANG@RASHID) ( PUAN SELVARANI N. )
Guru Penasihat GPK Kokurikulum
Bulan Sabit Merah Malaysia SK (2) Jln Batu Tiga
SK (2) Jln Batu Tiga.

17

You might also like