You are on page 1of 46

EDU3103 – MURID DAN

ALAM BELAJAR
Oleh Muhaimi Suhaili
Kalau seorang guru…
• Mengajar sambil duduk, murid belajar
sambil mengantuk.
• Mengajar tanpa alat, murid belajar dengan
ralat.
• Mengajar banyak bercakap, ramai murid
bertambah gagap.
• Mengajar tanpa menilai, tidak tahu
muridnya bodoh atau pandai.
• Bekerja tunggu diarah, semua kerja kena
kerah.
Kalau seorang guru…
• Masuk mengajar kurang mengajar,
dapatlah murid kurang ajar.
• Mengajar kurang merancang, dalam kelas
pecah tembelang.
• Selalu suruh muridnya diam, suasana
kelasnya akan muram.
• Tidak suka murid bergerak, otak muridnya
penuh kerak.
• Bila mengajar suka menyindir, murid
anggap dirinya musuh terpinggir.
Konsep alam belajar
• Persekitaran yang menggalakkan dan
mempercepat perkembangan, keupayaan,
kebolehan menguasai sesuatu, yang pada
akhirnya membawa kepada perubahan
tingkah laku.
• Persekitaran itu termasuklah aspek
psikososial, fizikal dan komuniti
pembelajaran.
Psikososial
 Persekitaran tersebut termasuklah aspek
psikososial (keselamatan, kesihatan,
kebersihan, perapatan / kemesraan).
Fizikal
 Fizikal (keadaan fizikal bilik darjah, bahan-
bahan bantu belajar dll, suasana yang
kondusif, dll).
Komuniti Pembelajaran
 Persekitaran yang melibatkan hubungan
kerjasama antara manusia yang
memungkinkan berlakunya perubahan
tingkah laku seperti kerjasama, bantu-
membantu, perkongsian idea dan alat,
persaingan yang sihat dsb.
Pengalaman belajar kanak-kanak
* Pengalaman langsung.

* Penglibatan aktif.

* Kebebasan belajar mengikut gaya belajar,


gaya berfikir, minat, masa dsb.

*Contoh: Salah satu pengalaman belajar yang


paling bermakna ialah “bermain / main”.
Pengalaman belajar
kanak-kanak melalui:

• PENGALAMAN LANGSUNG
• (a) Petikan (sebuah petikan cerpen
diberikan kepada pelajar untuk dibaca.
Mereka kemudiannya diminta untuk
menulis semula tentang cerita dalam
cerpen tersebut).
CATATAN

• Kita ingat beberapa perkara yang diceritakan


dalam petikan tetapi kita tidak dapat mengingati
setiap patah perkataan yang diberikan. Ada
ketika beberapa perkataan yang digunakan agak
sukar diingat satu persatu, tetapi kita dapat
memahami apa yang hendak diceritakan oleh
penulis. Perkara yang dapat diingat ialah makna
secara umum sahaja.
• (b) Imbas Semula (Retrieval Practice)
• Soalan:
• i. Siapakah nama anda?
• ii. Bilakah perang dunia kedua berakhir?
• iii. Apakah nama ibu negeri Sepanyol?
• iv. Apakah menu makan malam anda tiga tahun
dari sekarang?
• v. Anda menghadiri sesebuah parti dan tiba-
tiba kita teringat frasa “pembuka selera”. Cuba
cari makna frasa tersebut dalam bahasa
Perancis yang menunjukkan makna yang sama
dan bagaimana mengejanya?
CATATAN

• Ada perkara yang mudah kita ingat dan otak


tidak perlu bekerja keras untuk mengingati
perkara tersebut seperti nama. Ada juga perkara
kita terpaksa berfikir seketika dahulu seperti
tarikh Perang Dunia kedua berakhir. Ada ketika
pula maklumat yang kita simpan dalam otak kita
tidak dapat diingat semula seperti menu
makanan malam kita tiga tahun dahulu atau
makna perkataan “pembuka selera” dalam
bahasa Perancis apatah lagi untuk mengeja
perkataan tersebut (appetizer = hors d’oeuvre)
BERMAIN / MAIN
• Pengalaman belajar kanak-kanak boleh
diperoleh dengan BERMAIN.
Nenek Si Bongkok Tiga
• Nenek-nenek si bongkok tiga
• Siang mengantuk malam berjaga
• Cucu-cucu di mana ada
• Nenek kahwinkan si anak raja.

• Cucu-cucu mana nak lari


• Nenek tua banyak sakti
• Sekarang nenek hendak mencari
• Siapa yang dapat dia menjadi.
Kepentingan main (play)
• Membentuk kemahiran sosial
• Membentuk kemahiran fizikal
• Menguasai situasi kehidupan harian
• Melatih proses-proses bahasa
• Membentuk kemahiran literasi
• Persediaan untuk kehidupan dan peranan
alam dewasa
• Membentuk konsep permainan
Model Perkembangan Manusia

• Menggunakan pendekatan sosiobudaya.


• Perkembangan individu itu adalah hasil
daripada “budaya” mereka.
• Lebih merujuk kepada perkembangan
mental seperti: pemikiran, bahasa dan
proses penaakulan.
• Keupayaan mereka ini dibentuk melalui
interaksi sosial dengan orang lain
(terutamanya ibu bapa), iaitu gambaran
perkongsian pengetahuan mereka dalam
lingkungan sosiobudaya.
Model Perkembangan Manusia
• Oleh itu, “budaya” memberi makna kepada
kanak-kanak tentang, “WHAT TO THINK
& HOW TO THINK”.
• Vygotsky melihat bahawa, keupayaan
intelektual adalah lebih khusus kepada
cara / budaya kanak-kanak itu dibesarkan.
• Bagi Vygotsky, bahasa mempunyai
peranan khusus dalam pembelajaran &
perkembangan dengan memperoleh /
memanfaatkan bahasa, kanak-kanak
menyediakan makna untuk berfikir dengan
cara baru & dan memperoleh alat
pemikiran baru untuk mengenali dunia.
• Bahasa digunakan oleh kanak-kanak
sebagai “alat tambahan” dalam
menyelesaikan masalah, mengatasi
dengan cara / tindakan yang mengikut
gerak hati, merancang sesuatu
penyelesaian / cara / kaedah sebelum
mencuba untuk mengatasi dan mengawal
tingkah laku mereka.
“Permainan sosial” oleh Mildred
Parten
• Unoccupied play (Tidak menyertai
permainan)
• Solitary play (Bersendiri, seorang diri)
• Onlooker play (Pemerhati, penonton)
• Parallel play (Selari)
• Associative play (Bergabung)
• Cooperative play (Kerjasama)
Unoccupied play
• Kanak-kanak tidak bermain dengan
sesiapa atau dengan mana-mana objek.
• Kanak-kanak semata berdiri atau duduk
sahaja, malah tidak memerhati sesuatu
permainan yang diadakan.
Solitary play
• Walaupun terlibat dalam permainan,
kanak-kanak hanya bermain seorang diri
dan tidak mempedulikan kawan-kawannya
yang lain.
Onlooker play
• Kanak-kanak melihat dan memerhati
kanak-kanak lain yang sedang bermain.
Tumpuan minatnya ialah permainan yang
sedang dilakukan.
Parallel play
• Bermain seorang diri tetapi barang
permainannya sama dan cara
memainkannya juga sama.
Associative play
• Kanak-kanak berinteraksi antara satu
sama lain. Kadang-kadang bertanyakan
soalan atau berkongsi material, tetapi
tidak bermain bersama-sama.
Cooperative play
• Kanak-kanak bermain secara aktif
bersama-sama.
Cognitive Play

Permainan Peringkat Piaget

• Permainan Fungsional
• Permainan Simbolik
• Permainan Berperaturan
• Permainan Kontruktif
Permainan berfungsi

• Pengulangan bahasa dan tingkah laku


berlaku.
• Mereka mengulang perlakuan mereka
tetapi hanya untuk memperoleh
keseronokan
• Guru berbincang dengan kanak-kanak
tentang apa yang dilakukan mereka,
melabel objek atau kejadian dan
menyusun pengalaman kanak-kanak
supaya lebih bermakna agar mereka
faham fungsi objek seperti permainan
buaian (Kenapa perlu ada tali?
Menyeronokkan? Macam mana hendak
bergerak? Takut? Dll)
Permainan Simbolik

• ”Biar kita main-main jadi/olok-olok jadi...”


• Kanak-kanak bebas mempamerkan daya
penghasilan dan kemampuan fizikal serta
kesedaran sosial
• Contoh: main-main jadi binatang, kereta,
ayah, emak, bangunan dll
• Prasekolah – banyak melibatkan
permainan ini
Permainan berperaturan
• Memerlukan kanak-kanak memahami dan
mengikuti peraturan untuk berjaya dalam
permainan tersebut. Contoh “permainan sorok”.
Kanak-kanak diminta menutup mata dalam
tempoh hitungan 10 atau 50 untuk memberi
peluang kepada rakan-rakan yang lain untuk
menyorok. Selepas tamat mengira, masa untuk
rakan-rakannya sudah tamat untuk menyorok
diri. Apabila kanak-kanak menjumpai dia,
mungkin memanggil namanya dan sebagainya.
Permainan membina

• Bahan digunakan oleh kanak-kanak dalam


permainan berfungsi untuk digunakan bagi
membuat sesuatu binaan. Contohnya,
blok. Kanak-kanak diajar tentang ciri-
cirinya (saiz, berat, rasa, bentuk dll).
• Melalui objek itu mereka membina sesuatu
yang bermakna seperti rumah atau pasir
untuk membuat kek dll). Galakkan
perkembangan kanak-kanak ini dengan
bertanya: Adik hendak bina apa? Apa
bentuk kuih ini? Mengapa empat segi?Apa
yang boleh diletakkan di atasnya supaya
nampak menarik?
Mainan Sosiodramatik
• Boleh dilakukan secara individu atau
berkumpulan.
• Pilih situasi drama, ambil satu peranan
dan pilih objek yang dapat membantu
mereka.
• Berasaskan pengalaman sebenar.
• Guna kemahiran kognitif untuk mengingat
pengalaman yang pernah dilalui.
• Contoh: pengalaman kanak-kanak ketika berada
di hospital dan menceritakan peristiwa tersebut
semula dengan cara “berlakon” atau bermain.
Guru akan bertanya soalan bagi membantu
kanak-kanak itu berfikir tentang apa yang perlu
mereka “main”. Guru juga membantu mereka
menyediakan prop yang sesuai seperti carta
pesakit, stethoscopes, kotak untuk peralatan
perabot dan lain-lain.
• Terima kasih

You might also like