You are on page 1of 1

Kepada,

9 Oktober 2010

Yang Berbahagia Dato’ / Datin / Tuan / Puan

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM AEROBIKTHON 2010

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

2. PIBG SK Seksyen 13 dan pihak Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 akan mengadakan


program Aerobikthon seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 30 Oktober 2010


Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Seksyen 13
Masa : 7:30 pagi – 12:30 tengahari

3. Objektif program ini adalah :-

3.1 Menampung kos program kecemerlangan akademik,sahsiah dan kokurikulum


murid
3.2 Membina papan-papan kenyataan di sepanjang laluan murid dari pondok
keselamatan ke bangunan Damai ( untuk dipamerkan informasi ‘Keselamatan,
Kesihatan dan Kebersihan dan lain-lain)
3.3 Menambah dana tabung PIBG untuk membiayai program-program akademik dan
aktiviti bagi tahun 2010 dan 2011.

4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan ikhlas dari pihak
Dato’/ Datin / Tuan / Puan.

5. Sumbangan dari pihak Dato’ / Datin / Tuan / Puan amat kami harapkan dan
didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian,terima kasih

“BERUSAHA BERILMU BERDISIPLIN BERJAYA”

Saya yang menurut perintah,

............................................................. ...............................................
(HAIRUL NIZAM BIN MOHAMMED) Guru Besar
Yang Dipertua PIBG Sek.Keb Seksyen 13
SK Seksyen 13,Jalan Bola Sepak,13/11 Shah Alam
40100,Shah Alam,Selangor

You might also like