You are on page 1of 24

PENDAHULUAN

Bahasa sebagai unsur budaya mempunyai ciri kedinamikannya tersendiri. Bahasa dapat
dipupuk serta dibina untuk terus berkembang, tetapi sebaliknya tidak mustahil juga bahasa itu
akan mati jika tidak ada masyarakat penuturnya. Dalam perkembangannya, sesuatu bahasa
akan bertembung dengan bahasa yang lain, apabila berlakunya pertembungan budaya atau
kontak budaya sesuatu bangsa, sama ada sebagai pemberi atau penerima. Dalam menempuh
evolusi yang sedemikian sesuatu bahasa tidak dapat lari daripada pengaruh inovasi
khususnya bahasa Melayu, kita dapati terdapat kepelbagaian dan beberapa gangguan baik
dari segi fonologi, tatabahasa atau leksikal.
Sudah berabad-abad bahasa Melayu mengalami proses peminjaman atau penyerapan
atau pengambilan kata daripada pelbagai bahasa di dunia seperti bahasa Inggeris, Perancis,
Rusia, Jerman dan sebagainya kerana terbatas penggunaannya dalam bidang sains dan
teknologi. Manakala dalam bidang falsafah dan pemikiran yang bercorak serantau, kita dapati
banyak bahasa serantau pula yang memenuhi perbendaharaan kata bahasa Melayu seperti
Jawa, Sunda, Iban, Mandiling dan dialek-dialek di Semenanjung Tanah Melayu.
Sekurang-kurangnya terdapat tiga pengaruh besar ke atas bahasa Melayu, iaitu hindu,
islam dan barat. Pengaruh Hindu dan Islam menyerap masuk melalui penyebaran agama,
manakala barat pula menyerap masuk melalui penjajahan. Pengaruh Barat paling berkesan
dalam mempengaruhi corak kehidupan masyarakat Melayu, khususnya yang berkaitan
dengan konsep baru dalam bidang sains dan teknologi. Kedatangan Inggeris membawa arus
perubahan yang besar dengan keterlibatan mereka dalam senario politik dan ekonomi
masyarakat Melayu sebagai penjajah yang membawa masuk keseluruhan pengaruh budaya
dan bahasanya.

1
1. PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Kerajaan dan Bahasa Melayu dikatakan telah wujud sejak abad ke - 2 masehi lagi

( Mangantar Simanjuntak, 1995 ). Ini dibuktikan dengan penemuan sebuah Kerajaan Melayu
Champa di Vietnam Tengah. Bahasa perantaraan yang digunakan oleh kerajaan ini ialah bahasa
Melayu.

Peredaran zaman menyebabkan bahasa ini mengalami proses evolusi sehingga


terhasilnya bahasa Melayu moden yang digunakan pada dekad ini. Proses evolusi tersebut di
bahagikan kepada beberapa peringkat atau zaman, iaitu zaman bahasa Melayu Purba, zaman
bahasa Melayu Kuno, zaman bahasa Melayu Klasik , zaman bahasa Melayu Peralihan atau
Pramoden dan zaman bahasa Melayu Moden. ( Asmah Haji Omar, 1993 )

Di Malaysia hari ini bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan seperti
perenggan 152 para satu perlembagaan Malaysia, secara tidak langsung telah mengiktiraf
bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Menurut ensiklopedia keluaran Dewan Bahasa dan
Pustaka, menjelaskan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ialah
peranan bahasa Melayu itu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai
alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti fizik, kimia, kejuruteraan,
perubatan, ekonomi, undang-undang, kesusasteraan, dan agama.

Ciri-ciri bahasa ilmu terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, keintelektualan bahasa
yang bermaksud keupayaan sesuatu bahasa itu menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan
tepat dan berkesan. Keintelektualan bahasa boleh dicapai melalui perkembangan perbendaharaan
kata (kosa kata) dan struktur kata. Contohnya perbendaharaan kata lebih banyak dan khusus,
struktur kata yang kompleks dan asing bermakna senang menerima unsur baru, dan akhir sekali
ialah pengimbuhan lebih kompleks dan ada imbuhan asing yang sudah mempengaruhi
pembentukan kata bahasa Melayu.

2
Ciri yang terakhir ialah kesempurnaan bahasa. Hal ini dicapai melalui kestabilan,
kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahannya. Kestabilan merujuk kepada
kepatuhan terhadap peraturan-peraturan sedia ada pada aspek system ejaan, pengimbuhan,
sebutan baku dan ayat. Kelenturan adalah kesesuaiannya terhadap pemnaharuan-pembaharuan
yang berlaku dalam masyarakat bahasa, boleh menyesuaikan diri dengan perubahaan masa dan
selera penuturnya tanpa mengorbankan sifat-sifat aslinya. Kepelbagaian pula merujuk kepada
gaya penyampaian yang berbagai. Keberkesanan bermaksud keupayaan menjelaskan maksud
dengan tepat dan berkesan. Akhirnya, keindahan iaitu penggunaan bahasa yang sedap didengar,
bertenaga dan menarik.

Perkembangan bahasa melayu ini juga bertunjangkan kepada perkembangan


perkembangan istilah dan perbendaharaan kata. Pada zaman bahasa Melayu Moden ini,
munculnya istilah-istilah baru sama ada pinjaman dari bahasa asing mahupun pinjaman dari
bahasa serumpun. Istilah-istilah asing yang tiada dalam bahasa Melayu telah diterjemahkan ke
dalam bahasa Melayu. Ini menjadikan bahasa Melayu kaya dengan istilah-istilahnya walaupun
ada di antaranya dipinjam dari istilah Inggeris, Belanda, Portugis, Arab, Sanskrit, Jawa,
Indonesia, Brunei dan sebagainya.

Dalam usaha memperkaya istilah dalam bahasa Melayu untuk menjadikannya berupaya
menjadi bahasa ilmu moden, ribuan pakar dalam ratusan bidang, yang kesemuanya merupakan
aset negara telah dan sedang terlibat secara intensif melakukan penggubalan istilah, menyusun
glosari dan kamus istilah serta mengembangkannya dalam kuliah mereka di institusi pengajian
tinggi dan juga dalam pengurusan institusi profesional masing-masing.

Dalam usaha memperluas sumbangan kepakaran mereka untuk memperkaya bahasa


Melayu sebagai bahasa ilmu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah merancang dan memulakan gerak
langkah melibatkan pakar-pakar ilmu dan profesional itu dalam penghasilan karya ilmiah dalam
bentuk buku dan kamus ensiklopedik dalam bidang masing-masing, iaitu sebagai peningkatan
dan peluasan daripada kerja penggubalan istilah selama ini. Dijangka bahawa dengan strategi
bersepadu dan terancang itu, penghasilan karya ilmu dalam bahasa Melayu akan menjadi cukup
pesat dan diharapkan dapat memenuhi keperluan mengilmukan generasi pembina negara.

3
2. PENGARUH BAHASA ASING KE ATAS BAHASA MELAYU.

     2.1 Faktor menyebabkan wujud unsur asing dalam Bahasa Melayu.  

         Apabila lahir tamadun/ilmu baru, Bahasa Melayu terpaksa meminjam unsur
asing untuk memberikan kefahaman kepada fenomena atau benda baru itu.
Contohnya ketika agama Hindu mula memasuki alam Melayu banyak
perkara baru yang berkaitan agama baru itu perlu diperjelaskan, lalu lahirlah
pinjaman daripada Bahasa Sanskrit seperti syurga, neraka, sembahyang,
puasa dan sebagainya. Kemudian apabila ilmu sains dan teknologi melahirkan
benda serta ciptaan baru, Bahasa Melayu perlu meminjam perkataan
Bahasa Inggeris seperti komputer dan televisyen. 

        Ada juga perkataan Bahasa Melayu yang tidak menepati maksud bahasa
asing, terutama bagi perkataan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Contohnya
perkataan radio lebih tepat jika dibandingkan dengan tetuang udara. Juga
perkataan riba lebih tepat berbanding bunga. 

        Selain itu, sikap orang Melayu yang suka meniru bahasa asing juga
menyebabkan wujud perkataan pinjaman seperti boikot (pulau), daddy
dan mummy.

           2.2 Proses-proses pinjaman. 

         Proses penyebaran agama menyebabkan banyak bahasa asing


mempengaruhi Bahasa Melayu. Dalam konteks ini, unsur sanskrit dan Arab
dianggap dominan. Perhatikan nanti contoh unsur kedua-dua bahasa itu
dalam bidang agama.

        Pendidikan juga menyebabkan unsur asing meluas dalam Bahasa Melayu,
khususnya Inggeris dan Arab. Istilah baru kadangkala diambil daripada

4
kedua-dua bahasa itu apabila Bahasa Melayu tidak mempunyai perkataan
yang benar-benar tepat.

Perniagaan dan perdagangan – proses ini sudah berlaku sejak dahulu


hingga sekarang. Jika dahulu perkataan sanskrit dan Arab digunakan sebagai
ukuran seperti gantang, kati dan dirham digunakan, tetapi ketika ini Inggeris
pula berperanan besar seperti kilogram, komoditi dan sebagainya.

Penjajahan politik -  Dalam konteks ini, selain Inggeris unsur asing yang
terdapat akibat penjajahan melibatkan Bahasa Belanda dan Portugis,
sekalipun tidak banyak

            *   Unsur bahasa asing yang diambil termasuklah bunyi, huruf, sistem tulisan,
                 imbuhan, kosa kata dan strukutur ayat.
            *   Kemasukan unsur bahasa asing ke dalam Bahasa Melayu bermula daripada
                sanskrit, Arab, Inggeris, Portugis, Belanda, Indonesia, Cina dan kembalin
                kepada Inggeris. Di antara tersebut datang juga pengruh lain seperti Hindu,
                Siam dan Filipina.

3.           Jenis-Jenis pinjaman.

        Pinjaman tulen – Pinjaman ini mengambil sepenuhnya bunyi dan makna
bahasa asing berkenaan contohnya televisyen (Inggeris) dan iman (Arab).
Cuma yang disesuaikan ialah dari segi sistem ejaan.

            Peminjaman kacukan – peminjaman jenis ini berlaku apabila dua perkataan
sama makna disatukan. Contohnya kasut but, pintu gate dan cuba terai.

          Peminjaman pemerian – pinjaman jenis ini berlaku apabila perkataan


sedia ada dalam Bahasa Melayu diperikan dengan satu perkara lain hingga
membentuk satu perkataan baru. Contohnya bagi perkataan aeroplane dalam
Bahasa Inggeris tidak cuba disesuaikan dengan sistem bunyi dan ejaan. Oleh

5
sebab dalam Bahasa Melayu terdapat perkataan kapal (di laut), maka perkataan
itu diperikan dengan kata terbang untuk membentuk istilah (perkataan) baru iatu
kapal terbang. Contoh lain ialah peluru berpandu dan kapal selam.

           Peminjaman dialek – Peminjaman jenis ini berlaku kerana di Tanah Melayu
terdapat banyak dialek sama ada utara, pantai timur (Kelantan dan Terengganu),
Negeri Sembilan, Johor dsb. Contohnya kelmarin, batas (utara), Mek (Kelantan),
Jom (Negeri Sembilan) dsb.

             Peminjaman kuno – Peminjaman jenis ini mengambil semula perkataan


kuno dalam Bahasa Melayu yang dianggap lebih tepat untuk sesuatu perkara/istilah.
Contohnya dermaga, purnama dan limbungan.

          Peminjaman berpindah – Pinjaman jenis ini berlaku cuma mengambil kira
bunyi tetapi berbeza makna sebenar. Contohnya vokal dalam Bahasa Melayu
hanya bermasud huruf  a, e, I, o, u sahaja, tetapi perkataan Inggeris (vowel)
menjelaskan semua bunyi berdasarkan huruf itu termasuk e pepet dan e taling.

           *   Unsur pinjaman yang diambil termasuklah bunyi, huruf/sistem tulisan, imbuhan,
               kosa kata, strukutur, ayat, peribahasa atau simpulan bahasa dan kata-kata hikmat.

           *   Kemasukan unsur asing mengikut aturan – Sanskrit, Arab, Indonesia,
   Inggeris – Bagaimanapun selepas perkembangan Bahasa Melayu moden
   unsur ini saling dipinjam mengikut kesesuaian.

4.         Pengaruh Bahasa Sanskrit

            Pengaruh sanskrit amat dominan dalam Bahasa Melayu kerana agama Hindu
adalah peradaban awal yang tiba di Kepulauan Tanah Melayu.

           Kedatangan agama Hindu turut membawa banyak perkara baru dalam hal yang
berkaitan agama.

6
            Bukti Bahasa Melayu menerima pengaruh sanskrit terdapat dalam batu bersurat
pada abad ke-7.

            Selain itu, kedatangan agama Hindu turut membawa kitab Mahabrata dan Ramayana
yang sarat dengan ajaran agama. Keadaan ini sekaligus menyebabkan bahasa
sanskrit tersebar berikutan penyebaran agama Hindu.

            Aspek yang paling banyak dipinjam ialah kosa kata, imbuhan dan sistem bunyi,
walaupun pada peringkat awal sistem tulisan turut dipinjam seperti tulisan yang
terdapat di batu bersurat.

             Antara yang dipinjam adalah seperti di bawah :- 

Agama dan Falsafah – dosa, pahala, syurga, neraka, puasa, dewa.

Bahasa Istana – raja, maharaja, baginda, paduka, putera, puteri, sida-sida, bendahara,
santap, kaus, dsb.

Masyarakat dan saudara – saudara mara, suami, isteri, ayah.

Peralatan – gergaji, kecapi, kendi, jala, peti dsb

            Istilah abstrak – asmara, cinta dsb

            Tubuh badan – kepala, lidah, hasta, bahu, nadi sendi, urat

            Perniagaan – kasturi, sutera, kapas, guni, harga, harta, kati

            Waktu – senja, senjakala, hari, dinihari, purnama, tadi

            Kata sifat – mesra, merdu, dahaga

            Tumbuhan – seroja, teratai, melati, melur

           

·                    Termasuk juga yang dipinjam ialah awalan maha, tata, swa, tuna, panca, eka,

dwi, tri.

Juga akhiran wan, man, wati dan nita.

7
5.        Pengaruh Bahasa Arab

       Selepas agama Hindu, orang Melayu mula menerima pengaruh Islam pada
akhir abad ke-13. Kedatangan agama Islam turut membawa pengaruh bahasa Arab.

       Apatah lagi, setiap penganut agama Islam diwajibkan belajar kitab suci al-Quran.
Oleh kerana al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab, maka bahasa itu mudah
diterima ke dalam Bahasa Melayu.

       Penyebaran agama Islam ini berlaku melalui pendakwah, alim ulama serta pedagang.

      Turut berlaku ialah perkahwinan campur antara orang Melayu dengan Arab.

       Seperkara lagi yang menyebabkan agama Islam mudah berkembang  kerana
ia bermula dari istana apabila golongan pemerintah lebih dahulu menganut agama suci
itu.

       Pengaruh Arab amat penting kerana turut membawa sistem tulisan iaitu jawi.

      Antara kosa kata yang dipinjam daripada Bahasa Arab ialah :-

Konsep agama – Islam, nabi, tarikat, tasawuf, iman, murtad, kiblat, tabligh,
mubaligh, rukuk, sujud, mufti, hadis, alim, ulama dsb

Ilmu pengetahuan – tarikh, kitab, falak, hisab dsb

Perasaan dan fikiran – akal, nafsu, ilham, niat dsb.

Undang-undang – hakim, wajib, haram, makruh, harus, adil dsb

Adat – nasab, kaum, umat, salam, sedekah dsb.

Kejadian -  wajah, insan, wujud, kubah, dunia, akhirat dsb

    Selain itu, struktur Bahasa Melayu, terutama pada zaman Bahasa Melayu
klasik banyak terpengaruh dengan Bahasa Arab. Ini dapat dilihat apabila
susunan dalam teks Melayu klasik banyak menggunakan ayat songsang
dan ayat pasif – seperti juga dalam Bahasa Arab.

8
       Bahasa Melayu juga meminjam unsur bunyi Bahasa Arab seperti kh (cth-khilaf),
th (cth – mithal), gh (ghaib), sy (syarat), f (fakir), z (zikir), dh (dhaif), dz (dzalim).

   Akhirnya turut dipinjam ialah awalan dan akhiran iatu bi (cth – biadab) dan
akhiran wi (duniawi), iah (lahiriah), in (muslimin), at (muslimat), ah (qariah).

6.         Pengaruh Bahasa Inggeris

       Punca pinjaman berlaku

           *   Penjajahan

           *   Pendidikan

           *   Sifat bangga dengan Bahasa Inggeris

           *   Pengaruh media seperti majalah, akhbar, televisyen dsb

           *   Perkembangan ilmu bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi, tetapi termasuk
juga falsafah, politik, masyarakat, sukan dsb.

Bunyi-bunyi Asing

Daripada bunyi-bunyi yang ada dalam bahasa Melayu, memang terdapat pinjaman daripada
bahasa-bahasa Arab, Inggeris dan sanskrit.

Daripada bahasa Sanskrit, kita dapati bunyi seperti /sy/ dan /sw/ seperti dala perkataan syurga,
swadaya, swasta, swalayan dan swasenyawa.

Daripada bahasa Arab dan Parsi terpahat pula, terdapat bunyi-bunyi seperti dalam jadual di
bawah. Bunyi /sy/ yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit diperteguh dengan meminjamnya
daripada bahasa Arab dan Parsi pula.

Bunyi Contoh Perkataan

9
/sy/ syarikat, syamsiah, syarak, isyarat, isyak
/kh/ khabar, khadam, khas, bakhil, tarikh
/gh/ ghairah, ghalib, ghazal, maghrib
/f/ fakir, fitrah, tafsir, tafahus, mualaf
/dh/ darab, darurat, kadi, fardu, haid (bunyi ini dilambangkan dengna huruf d)
/z/ zalim, zaman, wazir
/th/ sabit, selasa, isnin, misal, hadis (disebut sebagai `s')
/q/ qari, qadim, furqan

Daripada bahasa Inggeris (atau bahasa-bahasa Eropah lain) bahasa Melayu telah meminjam
bunyi-bunyi seperti berikut (lihat jadual):

Bunyi Contoh Perkataan


/f/ fasa, fokus, kafe, sofa lif, staf
/v/ vaksin, vakum, novel, televisyen
/sy/ syampu, syif, televisyen, kusyen
/z/ zip, zon, dozen, gazet

Imbuhan Asing

Bahasa Melayu juga telah meminjam imbuhan asing daripada tiga sumber bahasa, iaitu bahasa
Sanskrit, Arab-Parsi, dan Inggeris-Eropah.

Imbuhan yang dipinjam terdiri daripada awalan dan akhiran. Lihat jadual di bawah.

Sumber Jenis Imbuhan Imbuhan Contoh Perkataan


Sanskrit awalan maharaja, mahaguru,
maha-
mahasiswa
prakata, prasangka,
pra-
prauniversiti
tatacara, tatarakyat,
tata-
tatasusila
swasta, swadaya,
swa-
swalayan
ekabahasa, ekafungsi,
eka-
ekanada
dwi- dwibahasa

10
pancaindera,
panca-
pancalogam,.
-man seniman, budiman
-wan karyawan, hartawan
akhiran
-nita biduanita
-wati seniwati, angkasawati
binomial, biadab,
Awalan bi-
bimormal
-i abadai, insani, akhiri
-wi duniawi
Arab-Parsi
-iah ilmiah
Akhiran
-in hadirin
-ah ustazah
-at hadirat
anti- antibiotik, anti-Yahudi
prokerajaan, pro-
pro-
Amerika
poli- poliklinik
Awalan auto- autonomi, autograf
subgolongan,
Inggeris-Eropah sub-
subbidang
supranasional,
supra-
suprakelas
klinikal, kritikal,
-al
praktikal
Akhiran
idealisme,
-isme
nasionalisme

Pengaruh Bahasa Inggeris

11
 

Aspek Pinjaman

Kosa kata: lokap, komen, polis, saman, notis, doktor, warden, bas, lori, kelas, sarjan,
lesen, tenis, elaun, aiskrim, opera, motokar, radio, reformasi, demokrasi, nepotisme, teknologi,
sains, komputer.

Pinjaman Nahu

Kopula/kata pemeri: Ialah dan adalah (is)

Pinjaman Peribahasa: Beban kerja (work load), bulan madu (honey moon), ulat buku
(book worm), hitam putih (black and white), di mana ada kemahuan di situ ada jalan (where
there's a will there's a way).

Kata pinjaman asal dari bahasa Inggeris boleh digolongkan kepada dua
bidang iaitu “istilah politik,ekonomi dan akademik moden” dan “nama
barang industri,letrik dan teknologi tinggi”.

Sebaliknya, orang Belanda menjajah Indonesia setelah mereka


meninggalkan Melaka pada 1924 Masihi. Oleh itu orang Belanda juga
memberi perkataannya kepada bahasa Indonesia dan sifatnya digolongkan
dalam bidang yang hampir sama dengan perkataan dari bahasa Inggeris
dalam bahasa Melayu.

Tetapi agaknya kebanyakan kata pinjaman dari bahasa Belanda dalam


Kamus Dewan merupakan kata Belanda yang dipinjam melalui bahasa
Indonesia. Oleh sebab perkataan itu dilabel IB(Indonesia Belanda)
dalam Kamus tersebut.

Contoh : Bahasa Inggeris : akaun, arkitek, elektronik, faktor, filem,


gobenor, kabinet, hidrogen, insurans, motosikal, parlimen, stesen,
teknologi, paip, sains, kamera, radio, satelit, taksi, virus, wayarles

Bahasa Belanda : akademikus, debitur, ekonomis, introdusir, invalide, kubus, langdros,


komponis, mester, otobis, percis, supremasi, nol, mebel, marsuse, bangkir, pigmen, rektor,
studen, universitas

12
Soalan 2

13
Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin
dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan
untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran
inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan
dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam
tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian
dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.

Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk
mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya
matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi
keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan
Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.
 

LAPORAN RAZAK (RAZAK REPORT – 1956)

Pilihanraya 1955 telah dimenangi oleh Parti Perikatan. Oleh itu untuk menunaikan janji
pilihanraya memberikan satu sistem pelajaran yang sama bagi semua penduduk maka Kerajaan
Perikatan telah menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan 1956 yang dikenali sebagai LAPORAN
RAZAK

TUJUAN UTAMA

1. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bahasa perpaduan dan bahasa
pengantar di sekolah. Selain daripada itu, ia dapat mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu,
Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu.

2. Untuk melahirkan perpaduan antara kaum.

3. Menyediakan kemudahan pelajaran yang mencukupi, untuk melahirkan masyarakat yang


berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.
14
4. Mewujudkan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan

5. Merapatkan jurang antara kaum di Tanah Melayu

6. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif

7. Untuk memenuhi keperluan negara merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan.

SYOR-SYOR LAPORAN RAZAK

1. Menteri Pelajaran bertanggung jawab terhadap pelajaran menengah dan latihan perguruan
serta dasar pelajaran kebangsaan

2. Pihak berkuasa pelajaran tempatan bertanggungjawab bagi pelajaran rendah dan pertukangan.

3. Menubuhkan jemaah nazir sekolah

4. Lembaga pengelola sekolah akan ditubuhkan bagi semua sekolah

5. Penubuhan dua jenis sekolah sahaja itiu sekolah rendah persendirian atau yang menerima
bantuan dan sekolah menengah persendirian atau yang menerima bantuan.

6. Guru-guru akan dilatih dibawah rancangan yang sama

7. Sekolah rendah ditukar menjadi sekolah umum dan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar. Sekolah jenis umum menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar.
Sekolah rendah yang bukan umum akan terus diberi bantuan oleh kerajaan dalam tempoh
perolehan.

8. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah rendah
dan sekolah menengah.

9. Pelajaran menengah lanjutan dan sambilan akan diadakan. Pelajaran teknik disusun semula
dan dimajukan lagi.

10. Penubuhan satu jenis sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang terbuka kepada semua
bangsa dan menggunakan satu sukatan pelajaran yang sama dan satu kurikulum yang boleh
dimasukkan pelajaran semua bahasa dan kebudayaan.
15
11. Peperiksaan sijil pelajaran rendah dan sijil pelajaran Tanah Melayu akan diambil oleh calon
dari semua sekolah menengah.

12. Saiz sekolah dan bilik darjah dikawal dan satu penyelesaian secara berhati-hati terhadap
masalah kanak-kanak lebih umur di sekolah.

13. Diadakan usaha bagi menggalakkan kemajuan bahasa kebangsaan dan menambah
pengetahuan mengenainya bagi semua penduduk persekutuan.

14. Berusaha menjadikan semua sekolah berorientasikan Tanah Melayu dan memperkenalkan
sukatan pelajaran serta jadual waktu yang sama bagi semua sekolah.

ANALISIS LAPORAN RAZAK

FALSAFAH DAN KANDUNGAN

1 Untuk menyatukan budak-budak dari semua bangsa di bawah sistem pelajaran


kebangsaan yang bahasa pengantarnya bahasa kebangsaan.

- Ke arah pembentukan satu sistem pelajaran kebangsaan

- Semua sekolah ke arah sukatan yang sama dan untuk peperiksaan yang sama, satu bahasa
digunakan.

- Sekolah rendah dibahagikan kepada dua jenis iaitu sekolah kebangsaan dan jenis
kebangsaan

- 3 jenis kursus dicadangkan di sekolah menengah iaitu akademik, vokasional dan teknikal

- Kandungan kurikulum dan jadual waktu sama bagi semua sekolah

2 pelajaran melalui bahasa kebangsaan untuk melahirkan anak muda bersemangat


kebangsaan dan memupuk persefahaman penduduk pelbagai kaum

3 Pendidikan menengah dibahagikan kepada menengah rendah, menengah atas dan


prauniversiti

16
4 Dengan pengajaran bahas Inggeris di semua sekolah, peluang bagi pelajaran tinggi
terbuka kepada semua kaum

5 Penubuhan pihak berkuasa pelajarran tempatan bertujuan menggalakkan lebih ramai


individu tempatan mengambil bahagian menggalakkan pelajaran rendah

6 Penubuhan Jemaah Nazir Bebas dapat memelihara mutu pelajaran

7 4 peperiksaan utama akan diduduki oleh murid sekolah

- Peperiksaan kemasukan sekolah menengah Tanah Melayu - (pada akhir peringkat sekolah
dasar)
-- SRP – setelah 3 tahun di sekolah menengah

- SPM – setelah tamat dua tahun menengah

- STP – setelah menamatkan pendidikan prauniversiti dua tahun bagi melayakkan diri ke
Universiti.

8 Apabila Bahasa Melayu diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah maka;

-- Tertubuhlan Institut Bahasa di Lembah Pantai, Kuala Lumpur untuk latihan guru BM

- Tertubuhlah DBP bagi meningkatkan lagi perkembangan dan pengajian Bahasa Melayu

Implikasi Laporan Razak dan kesannya terhadap system pendidikan Negara.

1. Bantuan yg sama telah diberi kepada semua sekolah tanpa mengira bahasa pengantar.

2. Perkembangan terhadap pembelajaran teknik mampu melahirkan pekerja yang mahir.

3. Sukatan pelajaran yang sama telah digunakan bertujuan untuk mewujudkan standard

pembelajaran yang sama.

4 Laporan Razak masih mengekalkan jurang persekolahan kerana masih terdapat empat
aliran bahasa di sekolah rendah. Ini bermakna ia mash mengekalkan jurang persekolahan
kerana masih terdapat empat aliran bahasa di sekolah rendah. Ia bermakna ia masih
mengekalkan status- Quo bahasa-bahasa lain dalam system pendidikan rendah dan ia
merupakan satu ciri yang diwarisi dari system penjajahan Inggeris.

17
LAPORAN RAHMAN TALIB (1960)

Berperanan mengkaji semula semua Laporan Razak yang diketuai oleh En. Abdul Rahman Talib,
Menteri Pelajaran ketika itu.

Syor-Syor (termaktub dalam akta pelajaran 1961)

1. Pelajaran rendah percuma untuk semua kanak-kanak bermula pada tahun 1962

2. Semua sekolah rendah bantuan akan ditukar menjadi sekolah kebangsaan (SK) dan
sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK)

3. Umur berhenti sekolah dinaikkan kepada 15 tahun dengan mengadakan sekolah pelajaran
lanjutan. Ini membolehkan murid-murid menyambung pelajaran selama tiga tahun lagi
dengan penekanan kepada pelajaran seni perusahaan.

4. Murid-murid dinaikakn darjah secara automatik dengan syarat diadakan peperiksaan


sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan peperiksaan tahunan.

5. Bantuan separuh kepada sekolah menengah (yang tidak mematuhi) akan ditamatkan
mulai januari 1962. Sekolah swasta dibenarkan terus berfungsi dengan syarat yang
ditetapkan.

6. Semua peperiksaan am di sekolah menengah akan diadakan dalam salah satu bahasa
rasmi sahaja.

7. Sistem Lembaga Pelajaran Tempatan di tamatkan. Sistem Jemaah Pengurus/Pengelola


akan diteruskan.

8. Kenaikan pangkat guru-guru yang dibuat oleh Jemaah Pengurus hendaklah dibuat oleh
Menteri Pelajaran.

9. Jemaah Penasihat Pelajaran Negara dan Negeri hendaklah ditubuhkan.

10. Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik hendaklah didirikan.

11. Bilangan sekolah vokasional kampung yang menyediakan pelajaran vokasional


hendaklah ditambah dan dibuka kepada murid-murid lelaki dan perempuan.

12. Bilangan guru terlatih yang mengajar mata pelajaran vokesional dan Bahasa Melayu
hendaklah ditambah

18
13. Pelajaran Agama Islam hendaklah disediakan di semua sekolah bantuan yang mempunyai
murid Islam tidak kurang 15 orang. Pendidikan akhlak juga hendaklah ditingkatkan.

14. Kos pengajaran di sekolah rendah ditanggung oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan
negeri sementara sekolah menengah bantuan perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan
persekutuan.

15. Jemaah Nazir Persekutuan hendaklah diteruskan dan Jemaah Nazir Tempatan dibentuk.

16. Kedudukan Bahasa Kebangsaan hendaklah diperkukuhkan dalam sistem pelajaran


negara.

KESAN PELAKSANAAN SYOR LAPORAN RAHMAN TALIB

1. Umur berhenti sekolah 15 tahun yang dicadangkan memberi ruang kepada pelajar lebih
bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi untuk menjawat pekerjaan.

2. Pendidikan sekolah rendah telah diberikan secara percuma untuk membolehkan setiap
kanak- kanak berpeluang untuk belajar di sekolah

3. Penubuhan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dapat memperkasakan


kedudukan bahasa kebangsaan dan dalam masa yang sama memelihara bahasa dan
budaya kaum lain.

4. Sistem naik kelas secara automatik di sekolah rendah dan menengah menjamin pelajar
tidak tercicir daripada sistem persekolahan terlalu awal. Peperiksaan tahunan yang
diadakan adalah untuk menjamin mutu pengajaran dan pembelajaran.

5. Bantuan separuh kepada sekolah menengah yang tidak mematuhi peraturan adalah untuk
menjamin pencapaian matlamat pendidikan kebangsaan.

6. Semua peperiksaan di sekolah menengah diadakan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa
Inggeris. Matlamatnya untuk mewujudkan perpaduan di antara kaum.

7. Penubuhan sekolah menengah pertukangan dan sekolah teknik adalah untuk memenuhi
kehendak murid yang berbeza dari segi pencapaian akademik.

19
8. Penubuhan sekolah lanjutan kampung yang menyediakan pelajaran vokasional akan
memberi peluang pelajaran bagi penduduk luar bandar.

9. Bilangan guru terlatih bagi pelajaran vokesional dan Bahasa Melayu akan menjamin
mutu pelajaran vokesional dan bahasa kebangsaan.

10. Pelajaran agama Islam dan Pendidikan Moral akan memelihara akhlak dan moral murid-
murid.

Sejarah Pendidikan Selepas Kemerdekaan

1. Terdapat tiga jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan selepas
kemerdekaan, iaitu:
i. Laporan Barnes (1950)

Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes.

Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki
pendidikan orang Melayu.

Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu:

i. Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.


ii. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa
pengantar.
iii. Pelajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika terdapat 15
orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda
mereka.
iv. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa
lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.
v. Mewujudkan sekolah vokasional moden, maktab perguruan berasrama
penuh ditubuhkan untuk lulusan Senior Cambridge, penubuhan jemaah
nazir, mewujudkan jemaah penguasa pelajaran tempatan serta
tumpuan kurikulum kepada sains dan seni perusahaan.

20
2. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya ialah:
3. Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris
dan bahasa Melayu.
4. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada
sekolah kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa
kebangsaan, iaitu bahasa Melayu

Implikasi Laporan Barnes

Penyata Barnes telah mencadangkan agar sekolah bantuan kerajaan dimansuhkan dan
ditubuhkan sekolah vernacular (sekolah jenis kebangsaan) serta penubuhan interracial school
(sekolah kebangsaan di peringkat pendidikan rendah).[35] Jenis pendidikan ini dibuka kepada
semua pelajar dri semua kaum dan tenaga pengajarnya pula terdiri dari guru-guru yang
berwarganegara Persekutuan Tanah Melayu serta mempunyai pendidikan yang lengkap. Bahasa
pengantar yang digunakan dalam sistem pendidikan ini hanyalah Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris sahaja. Dalam satu kenyataan yang dikemukakan dalamLaporan Barnes, ia
mengkehendaki semua pelajar bukan Melayu mengambil inisistif untuk mempelajari kedua
bahasa ini dengan baik dan penuh komitmen sebagai tanda kasih pada Tanah Melayu serta
menghapuskan perasaan perkauman dalam diri masing-masing.[36] Namun begitu sekiranya
para pelajar atau ibu bapa tidak bersetuju untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang
dicadangkan, mereka masih diberi peluang untuk memilih sekolah vernakular sebagai tempat
pendidikan awal anak-anak mereka.

Nasib pendidikan Melayu dan sekaligus nasib bahasa Melayu di tangan penjajah Inggeris
tampak cerah sedikit apabila kerajaan Inggeris membentuk Jawatankuasa Barnes (mengambil
sempena nama pengerusinya L.J. Barnes, Pengarah Latihan Kemasyarakatan, Universiti Oxford,
London) pada tahun 1951 yang mengakui pentingnya bahasa Melayu dalam pembinaan sistem
pendidikan yang bersifat kebangsaan, di sisi terus mempertahankan taraf bahasa Inggeris.
Laporan Barnes sedikit banyak mendukung falsafah menjadikan bahasa Melayu sebagai
landasan perpaduan melalui pendidikan. Bagaimanapun peranan bahasa Melayu tetap terbatas di
peringkat sekolah rendah dan apabila ke sekolah menengah murid-murid akan melalui sistem

21
pendidikan yang berbahasa penghantar bahasa Inggeris (Asmah Haji Omar, 1984: 18 dan Mohd.
Salleh Lebar, 1988: 45-47).

Laporan Fenn Wu

Masyarakat Cina dan India yang telah dibawa oleh British juga telah membawa sama
sistem pendidikan dari negara asal mereka telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada
Laporan Barnes. Kedatangan Dr. W.P.Fenn dan Dr. Wu The You pada tahun 1951 bertujuan
mengkaji potensi sekolah Cina di Tanah Melayu telah menghasilkan Laporan Fenn Wu 1951.
Antara cadangan yang terkandung dalam laporan ini adalah mempertahankan kewujudan
sekolah Cina, mempelajari tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan bahasa ibunda mereka,
matlamat pendidikan beridentiti kebangsaan, membina maktab perguruan cina, menambah
bantuan kewangan.

Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya ialah:

a. Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa,


iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa kebangsaan juga diadakan.
b. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.
c. Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk menampung
keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.

Tetapi cadangan ini ditolak kerana tidak menguntungkan semua pihak, kurang biaya dan tenaga
pelatih.

22
PENUTUP

Kesimpulannya, Bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya hingga menjadi


lingua frangca dan bahasa ilmu sewaktu pada suatu ketika dahulu, kerana sifat keterbukaan yang
ada padanya iaitu mudah menerima pengaruh bahasa asing. Para sarjana barat berasa kagum dan
mempelajarinya, buktinya terdapat sumbangan yang dihasilkan oleh sarjana Belanda dan British.

Bahasa Melayu telah mengalami tiga tahap perkembangan iaitu pemupukan, pembinaan
dan pemantapan bahasa. Perkara 152 Perlembagaan negara telah menjamin dan mengiktiraf
bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seterusnya menjadikan bahasa ilmu. Dasar
Pendidikan Kebangsaan sebagai peneguhnya iaitu memberi halatuju kepada bahasa Melayu
dalam sistem pendidikan negara.

Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan moden akan tetap kekal
walaupun tidak dinafikan bahawa di negara ini, bahasa Inggeris turut berfungsi sebagai bahasa
untuk menimba ilmu. Keadaan ini tidak bercanggah kerana sudah menjadi dasar pendidikan
negara untuk menghasilkan pelajar yang dwibahasa sifatnya. Itulah sebabnya bahasa Inggeris
diperkenalkan sebagai mata pelajaran sejak tahun satu sekolah rendah. Seseorang pelajar yang
telah mengikuti sekolah rendah dan sekolah menengah melalui sistem pendidikan kebangsaan
dijangka telah menerima pendidikan bahasa Inggeris selama 11 tahun dan sepatutnya telah
menguasai bahasa tersebut dengan baik.

Bibliografi

23
Ismail Hussein (1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Asal-usul bahasa
Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1989,1994.

Kamus Baru Bahasa Melayu. Koa Kyokai, Aikoku Shinbunsha Press. 1941

Nik Safiah Karim (2006). Kuasa DBP Mengembalikan Upaya Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa.

Yahya Don (2007). Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur:PTS Professional.

Zaitul Azmz Zainon Hamzah (2006). Membudayakan Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa.

24

You might also like