You are on page 1of 2

PENGENALAN

K
ata-kata utama “WAJIB JAWAB, WAJIB SEMAK, WAJIB PULIH”
mengungkapkan konsep asas Program WAJA 2010 Negeri Perak. Inisiatif Sektor
Pengurusan Akademik menekankan beberapa topik terpilih yang wajib dijawab dalam
peperiksaan awam. Program ini bertujuan membantu guru melonjakkan pencapaian
murid sederhana dalam memahami konsep dan menguasai kemahiran asas mathematics sekali gus
meningkatkan prestasi Mathematics dalam SPM di negeri Perak. Penggunaan Modul P&P dan
pendekatan Pembelajaran Masteri merupakan strategi utama Modul WAJA Mathematics 2010.

D
alam menghasilkan Modul WAJA Mathematics 2010, panel penggubal telah berusaha sedaya upaya
menyediakan soalan yang boleh menaikan minat dan membantu murid berpencapaian sederhana
mencapai Learning Outcome yang telah ditetapkan dalam Mathematics Curriculum Specifications.
Panel penilai telah berusaha mengawal kualiti modul ini seiring dengan konsep Program WAJA
Negeri Perak. Namun begitu manusia tidak sempurna. Kami panel penggubal dan panel penilai
memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan yang tidak disengajakan di dalam penghasilan modul
ini. Semoga Modul WAJA Mathematics 2010 dapat memenuhi citarasa semua guru yang terlibat dan
berjaya membantu meningkatkan prestasi Mathematics SPM di negeri Perak.

Don’t measure a man’s success by how high he climbs but how high he bounces
when he hit bottom.
General Datton

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL WAJA MATHEMATICS 2010


B
agi mata pelajaran Mathematics Menengah Atas, Form 4 Mathematics Module dan
Form 5 Mathematics Module dihasilkan dalam dua salinan: Student’s Copy dan
Teacher’s Copy. Modul ini direkabentuk mengikut Learning Objective (LOb) dan
Learning Outcome (LOc) dalam Mathematics Curriculum Specifications. Secara
umumnya, modul ini memberi fokus kepada sebilangan Learning Objective dan Learning Outcome
bagi topic-topik yang penting, sukar dan mampu dikuasai oleh kumpulan sasaran program ini. Ia
dibina dalam bentuk lembaran kerja (Worksheet) yang boleh digunakan semasa P & P . Modul ini
merupakan latihan formatif untuk membantu guru menguji kefahaman konsep dan penguasaan
kemahiran asas Mathematics Form 4 dan Mathematics Form 5. Modul ini tidak bertujuan untuk
mengubah pendekatan pedagogi guru mathematics yang dilaksanakan sekarang. Fleksibiliti diberikan
dalam menjalankan latihan formatif ini mengikut Learning Area dalam Yearly Lesson Plan Panitia
Mathematics bagi sekolah masing-masing. Setiap lembaran kerja (Worksheet) perlu disimpan dan
difailkan dengan teratur mengikut Learning Area bersama Student’s Self–Evaluation Form yang perlu
diisikan oleh murid sendiri. Hasil dapatan Student’s Self–Evaluation Form (SSEF), guru perlu
melengkapkan Record of Worksheet Implementation (ROWI) untuk tujuan penilaian pencapaian
murid, pemulihan dan pemantauan pihak JPN.

Strategi Pelaksanaan:

(a) Sasaran : Murid berpencapaian sederhana dalam mathematics


(b) Tempoh : Januari hingga Oktober 2010
(c) Konsep : Wajib Jawab – Wajib Semak – Wajib Nilai – *Wajib Pulih
*(jika tidak capai tahap dikehendaki)
(d) Pelaksanaan :
Proses P&P mengikut LOc

Gunakan Worksheet

SSEF

ROWI

No LOc?
50%
Yes
Teruskan LOc yang
berikutnya

You might also like