dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa selangkah beerti mara mengharung sejuta dugaan Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita Tugas kita bukan kecil kerana mengisi kemrdekaan rupanya lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menuntutnya Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan, mengangguk dan membenarkan, kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya, bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita kerana rupanya selain memerdekakan, mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut, pengembara malah penakluk terkemuka? Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap, menjadi pedagang dan peniaga selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang? Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera menjajah dunia yang tak dikenal Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian? Di manakah silapnya hingga bangsaku berasa begitu kecil dan rendah diri? Apakah angkara penjajah? Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar Tugas kita belum selesai rupanya bagi memartabat dan memuliakan bangsa kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita bukan sekadar memerdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya
Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996 MELAYU MUDAH LUPA
Melayu mudah lupa Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Dulu bangsanya terpencil Dulu bangsanya dipijak Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Tiada daulat Dulu bangsanya retak Tiada maruah Melayu mudah lupa Tiada bebas Dulu bangsanya teriak Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Dulu bangsanya haprak Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Sejarah bangsanya yang lena Dulu bangsanya kelas dua Tanah lahirnya yang merekah berdarah Melayu mudah lupa Ingatlah Dulu bangsanya hina Ingatlah Melayu mudah lupa Ingatlah
Dulu bangsanya sengketa Wahai bangsaku
Melayu mudah lupa Jangan mudah lupa lagi Kerana perjuanganmu belum selesai... Dulu bangsanya derita Melayu mudah lupa
Dr. Mahathir Mohamad
Perhimpunan Agung UMNO (PWTC) 23 Jun, 2001. ERTI KEMERDEKAAN
Dan jatuhnya hanya beberapa hari
lalu terbelenggu 400 tahun suatu tempoh yang amat payah dan panjang pengabdian dan kehilangan yakin diri 43 tahun kita berdiri menebus maruah merdeka mentafsir diri sendiri dan bangga pada apa yang ada masih mahukan harga itu diperjudikan?
Kita tidak akan mempertaruhkan nasib itu
di tangan kita masih panas keringat, tulang belulang dan tenaga fikir menghayun langkah membina wawasan waspada harimau di matahari terbenam tidak akan hilang belangnya mengisytiharkan dirinya yam tuan tunggal sejagat yang lemah longlai yang gagah gergasi akan meruntuhkan segala sempadan rimba atas nama membina perkampungan dunia mahukah kita biarkan mereka menginjak-injak dan menghancurkan taman kecil permai ini? Rimba tanpa sempadan atas nama “kebaikan” menyelinap menusuk matafikir hidupan dunia ketiga terpaku takjub dengan slogan ‘kasih alam ketelusan hukum keadilan timbangan kesatuan warga dunia kebebasan mutlak’ lalu beraraklah anak-anak bumi ini meraikan kesatuan alam dengan sorak sorai ‘runtuhkan sempadan! runtuhkan sempadan! runtuhkan korupsi runtuhkan kolisi’ dan di belakang mereka tidak melihat bayang-bayang belenggu halimunan yang lebih ganas daripada segala yang ganas kita pun akan kehilangan harga dan erti diri mengapa diundang mereka dan mereka tiba-tiba berada di depan pintu rumah kita? Kita telah bangun dengan segala kepayahan membuka belantara dan mempertahankan warisan kita tafsir merdeka mengikut acuan sendiri merdeka kita dengan fikiran dan kita pertahankannya dengan fikiran dunia sudah melihat kita dunia sudah menghormati kita Timur dan Selatan mengharapkan kita mereka datang berbondong-bondong mencari bumi ini perlindungan dan erti hidup mengapa kita sendiri masih belum mahu melihat dengan tangan masih terbelenggu ke belakang dan hanya sesekali menjulangnya mengikut rentak genderang dunia matahari terbenam? Bijak pandai pernah berpesan ‘mereka yang tidak belajar dari sejarah mereka didera dengan mengulangi kesalahan-kesalahan mereka berkali-kali’ sejarah mengajar kita betapa kukuh sesuatu bangsa akan tetap kecundang bila ditikam dari belakang mengapa kita mula halalkan sejarah hitam berulang? Nasib kita genggam dengan tangan sendiri dan segala kudrat kurniaan kita jalin kekuatan sulaman kasih bangsa kita didihkan dia dengan tradisi semangat juang maruah bangsa kita julang ke mercu alam kita bangunkan suatu tamadun cinta damai di sini kita ajar anak-anak kita erti sayang di sini kita tawarkan dunia menaja kemanusiaan dan bukan alat peperangan dunia belajar erti merdeka sejati mempelajari dan menerima segala perbezaan merdeka menafsir hidup tanpa paksaan kuasa Di sini kita yakin segalanya boleh Di sini kita yakin segalanya boleh Itulah erti kemerdekaan Perjuangan ini mesti diteruskan.