You are on page 1of 2

Sistem tenaga aerobik dan anaerobik, karbohidrat dan lemak.

Secara umunya sistem tenaga di bahagikan kepada dua jenis iaitu aerobik dan
anaerobik. Melalui pengetahuan mengenai sisten tenaga ini, kita dapat menentukan jenis
latihan yang diperlukan tubuh badan, contohnya menambah berat badan yang ideal melalui
jenis latihan yang sesuai, seseorang yang mempunyai tubuh badan yang gemuk yang ingin
mengurangkan lemak badan, latihan jenis yang diperlukan dan sebagainya. Secara umunya,
aerobik bermaksud aktiviti yang menggunakan oksigen, manakala anaerobik bermaksud tidak
menggunakan oksigen.

Bagaimana hendak mengenal pasti sesuatu aktiviti itu bercorak aerobik atau
anaerobik?. Persoalan seperti ini mudah diihat melalui perbezaan seorang pelari pecut dan
seorang pelari marathon. Pelari pecut tidak menggunakan oksigen ketika berlari, manakala
pelari marathon menggunakan oksigen untuk penghasilan tenaga. Aktiviti anaerobik terjadi
bila badan tidak dapat menyalurkan oksigen yang cukup kepada otot yang memerlukan.
Contoh dalam larian pecut, biasanya pelari akan tercungap-cungap selepas habis berlari. Ini
berlaku kerana pelari perlu mengambil sebanyak mungkin oksigen untuk penggantikan hutang
oksigen ketika berlari.

Aktiviti anaerobik menghasilkan asid laktik, dimana secara amnya menyebabkan


keletihan atau kelesuan pada otot. Sesuatu aktiviti akan bermula dengan anaerobik dan akan
bertukar ke bentuk aerobik jika aktiviti tersebut berterusan. Contohnya, seseorang individu
yang berlari di atas treadmill, pada peringkat awalnya diklasifikasikan sebagai latihan
anaerobik dimana individu tersebut menggunakan tenaga daripada molekul adenosine
triphosphate (ATP-PC) di samping tempoh masa 10 saat hingga 3-4 minit sebelum bertukar
aerobic yang menggunakan glikogen dan lemak sebagai sumber tenaga. Lemak dapat dibakar
dengan kehadiran glucose dan oksigen yang akan dibakar sebagai sumber tenaga dalam
aktiviti aerobik.

Lemak tidak akan terbakar tanpa kehadiran karbohidrat. Sering kali kita melihat
seseorang yang ingin menurunkan lemak akan mengurangkan sama sekali karbohidrat kerana
berpendapat karbohidrat antara penyebab kegemukkan. Keadaan ini menjurus kepada
ketidakfahaman mengenai hubungkait karbohidrat dengan kegunaannya kepada tubuh badan.
Jika seseorang melakukan aktiviti dengan kadar 65% - 75% daripada kadar nadi maksima,
individu tersebut akan membakar peratusan lemak yang tinggi, dimana dari apa dibakar, 40%
daripada karbohidrat dan 60% daripada lemak. Jika individu tersebut menggunakan intensiti
yang lebih rendah, badan akan akan membakar glikogen sebagai sumber tenaga dan tidak
cukup untuk memproses lemak.

Bagaimana dengan intensiti yang lebih tinggi?. Bila intensiti meningkat, badan akan
bertindak balas yang tubuh badan kekurangan tenaga, badan akan simpan lemak sebagai
simpanan untuk masa depan dan akan membakar protein dan otot sebagai sumber tenaga. Jadi
intensiti latihan aerobik berkadar songsang dengan pembakaran lemak.

You might also like