You are on page 1of 1

Dasar 1 murid, 1 sukan mula tahun depan Page 1 of 1

Dasar 1 murid, 1 sukan mula tahun depan


2010/05/22

KUALA LUMPUR: Rancangan transformasi pendidikan yang meliputi dasar satu murid bergiat
dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan akan mula dilaksanakan tahun depan, kata Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dasar itu bertujuan mengembalikan kecemerlangan
sukan di sekolah dalam negara selain dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat.

Katanya, aktiviti sukan juga dapat merapatkan hubungan dan meningkatkan persefahaman selain
boleh mewujudkan semangat "esprit de corp" iaitu saling membantu di antara satu sama lain.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Pertandingan Bola Sepak Piala
Sultan Azlan Shah 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria di sini.

Pada perlawanan bola sepak itu, tuan rumah SMK Victoria muncul juara selepas menewaskan Kolej
Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 4-0. - Bernama

Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas. Kembali ke atas

Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Dasar1murid_1sukanmulatahundepan/Ar... 09/07/2010

You might also like