You are on page 1of 1

Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan

ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia
sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti
ekonomi dan projek pembangunan.

Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru


semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran.Kesemua kesan negatif ini
semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian
bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap
aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan
pemeliharaan alam. Nilai yang boleh di ambil ialah peka terhadap isu-isu alam sekitar.Untuk
menggelakan pencemaran alam terus berlaku

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil


dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau
kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta
Kualiti Alam Sekitar 1974. Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada
pelbagai bentuk pencemaran alam.

Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna
pada tahun 2001:Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan
sebanyak 933,000 tan setahun.Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama pencemaran
ini(58.1%),diikuti oleh stesen jana kuasa(23.9%),pembakaran bahan api
industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran terbuka(4.9%).

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang
mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta
benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon
Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa
campuran bahan-bahan ini. Kita harus mengunakan pengankutan awam untuk mengekalkan
keseimbangan alam sekitar nilai kemapanan alam sekitar harus ditanam di hati kita

Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah


membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar.Pengusaha kilang
umpamanya,berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa
kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran. Oleh itu kita
harus ada sikap tanggungjawab

Kesimpulannya ialah saya sedar bahawa alam sekitar semakin teruk saya akan cuba
lakukan terbaik saya untuk mengimbangkan alam sekitar. Saya insaf kerana saya selalu
melakukan pembakaran terbuka. Saya iktibar untuk berkerjasama dan bertolak ansur satu
sama lain untuk mengekalkan alam sekitar sekarang. Saya akan mengurangkan pembakaran
terbuka dan menasihati orang lain untuk menjaga alam sekitar ini.

You might also like