You are on page 1of 2

Encik ali hassan atau nama sebenarnya Mohd Ali Hassan bin Hassan telah memulakan

kerjayanya dengan menjual pakaian sukan secara kecil-kecilan berbekalkan modal yang kecil
dengan kelompok pelanggan yang tidak besar.Beliau menjual produk beliau kepada rakan-rakan
serta pensyarah ketika menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara(UITM) Skudai Johor.
Beliau ketika itu mengamalkan konsep beli satu dan jual satu.Ini disebabkan modal yang tidak
mencukupi dan jualan juga kecil.

Selepas tamat pengajian beliau membuka perniagaan pertamanya di ruang sempit


Holiday Plaza di Johor Bahru dengan modal perniagaan yang diusahakan dari hasil titik peluhnya
sendiri.Beliau mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman modal dari institusi kewangan
kerana saiz perniagaannya yang kecil.Oleh kerana itu beliau berusaha keras dengan menjual baju
sukan secara pantas dan cepat.Setelah barang sampai ke tangan beliau akan terus pasarkan secepat
mungkin.Belau sanggup bersusah-payah berulang-alik dari pejabat kerajaan dan swasta bagi
memperoleh tempahan dan memasarkan barangannya.

Encik Ali Hassan mengusahakan perniagaannya secara serius pada tahun 1994 apabila
mendapati bahawa wujud trend permintaan terhadap barangan sukan yang amat
menggalakkan.Beliau menjual barangan sukan yang berjenama seperti
Nike,Adidas,Umbro,Lotto,Diadora,Puma dan Reebok dengan harga yang berpatutan dan mampu
dimiliki.Barangan beliau berkualiti dan setanding dengan barangan di butik-butik berjenama. Al-
Ikhsan menjadi tumpuan golongan remaja dan dewasa yang menggemari barangan sukan yang
berjenama.Kini Al-Ikhsan telah membuka sebanyak 59 buah cawangan di seluruh negara dan
membuktikan bahawa Al-Ikhsan merupakan sebuah empayar perniagaan milik usahawan yang
berjaya.

You might also like