You are on page 1of 13

FORUM

TAJUK: Faktor-faktor yang menyebabkan ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina
pada peringkat institusi pengajian tinggi dan implikasinya terhadap individu, keluarga,
masyarakat dan negara.

Pengerusi Forum : Ainul Syariha Bt Azhar

Panel 1 : Syazreen Akhqma Bt Othman (Kaunselor Universiti Sains Malaysia)

Panel 2 : Nur Farehah Bt Johar ( Guru Super SMK Aminuddin Baki)

Panel 3 : Najihah Bt Md. Muhtar (Penolong Pengarah Pentadbiran Kementerian


Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

Panel 4 : Mohd Saiful B. Shafie (Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia


Kampus Pulau Pinang)

.........................................................................................................................................................

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam muhibbah dan salam penuh perpaduan


diucapkan kepada seluruh penonton-penonton rancangan ‘Ruangan Kampus’ baik yang berada
di studio satu mahupun yang menyaksikan dari kaca tv pada malam ini.

Baiklah, seperti biasa ‘Ruangan Kampus’ pada malam ini akan membawakan satu topik
yang cukup hangat dan cukup menarik untuk sama-sama kita kupas pada malam ini. Topik
yang akan kita bincangkan pada malam ini, tidak lain dan tidak bukan semestinya berkaitan
dengan isu gender yang menjadi tajuk perbualan hangat di dada-dada akhbar mahupun di
media massa baru-baru ini.

Para penonton sekalian,

Saya sebenarnya tertarik dengan satu artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian pada minggu
lalu mengenai ‘Mengapa pelajar perempuan lebih ramai di IPT berbanding pelajar lelaki’.
Menurut artikel yang dikeluarkan oleh pihak Bernama memetik, hampir 60% pelajar wanita
menguasai dan menduduki tempat di IPT. Menurut Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda UMNO,
Ahmad Ikmal Ismail menyatakan bahawa ketidakseimbangan ini sebenarnya boleh menjejaskan
sosioekonomi negara.
Jadi bagi membincangkan topik yang cukup hangat pada malam ini, bersama-sama
saya, tidak lain dan tidak bukan panel-panel yang cukup arif dan berpengalaman dalam
memberi idea dan komentar berkenaan isu ini.

MEMPERKENALKAN TETAMU JEMPUTAN

Baiklah, di sebelah kanan saya, seorang yang tidak asing bagi kita iaitu Puan Syazreen
Akhqma Bt Othman. Beliau merupakan seorang kaunselor yang berpengalaman luas dalam
bidang kaunseling dan psikologi. Telah pun berkhidmat sebagai kaunselor selama hampir 25
tahun dan kini berkhidmat sebagai kaunselor di Universiti Sains Malaysia. Selamat datang
diucapkan.

Seterusnya, di sebelah kiri saya pula, Puan Nur Farehah Bt Johar. Puan Farehah
merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Aminuddin Baki. Beliau mempunyai
pengalaman luas dalam bidang pendidikan selama hampir 30 tahun dan mendapat anugerah
Guru Super pada tahun lalu. Tahniah diucapkan puan!

Seterusnya, tetamu yang tidak asing lagi pada kita semua. Beliau ialah Toh Puan Najihah Bt Md
Muhtar. Merupakan Penolong Pengarah Pentadbiran di Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat.

Tetamu kita yang terakhir ini, merupakan Pengarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Pulau Pinang. Beliau ialah Tuan Muhamad Saiful B. Shafie.

Selamat datang sekali lagi diucapkan kepada semua ahli-ahli panel.


FAKTOR KETAKSAMAAN JANTINA DI UNIVERSITI

Berbalik kepada artikel yang dikeluarkan oleh pihak Bernama baru-baru ini, artikel
tersebut menyatakan bahawa faktor ketidakseimbangan jantina di universiti-universiti tempatan
dikaitkan juga dengan bilangan populasi wanita yang lebih ramai di negara ini berbanding lelaki.

SOALAN 1: (Panel 1)

Adakah faktor ini boleh menjadi punca kepada permasalahan ketidakseimbangan ini,
ataupun persepsi masyarakat itu sendiri yang menjadi punca kepada ketidakseimbangan
peluang pendidikan di universiti-universiti tempatan masa kini?

Assalamulaikum dan selamat malam saya tujukan kepada saudari pengerusi majlis, ahli-
ahli panel dan tidak lupa juga kepada penonton sama ada di studio atau di rumah.

Berdasarkan soalan yang diajukan saudari pengerusi kita tadi, saya berpendapat
bahawa persepsi masyarakat terutama terhadap kebolehan lelaki dan perempuan di peringkat
pengajian tinggi sangat memberi impak apabila kita menyentuh tentang faktor yang
menyumbang tehadap ketaksamaan peluang pendidikan terutama di pusat-pusat pengajian
tinggi.

Seperti yang kita semua sedia maklum, persepsi seperti ini memang wujud dari
dahulukala lagi di mana wujudnya terma seksisme yang merujuk kepada perbezaan
kepercayaaan atau sikap bahawa sesuatu jantina ini adalah lebih tinggi atau lebih rendah dari
jantina yang lain (dalam kes ini merujuk kepada jantina lelaki dan perempuan).

Jadi bagaimana yang boleh dikatakan bahawa faktor persepsi masyarakat ini
mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan di peringkat pengajian tinggi? Pertama-
tamanya, saya percaya bahawa persepsi yang berbaur diskriminasi terhadap kebolehan lelaki
dan perempuan terhadap bidang yang ingin diceburi boleh menjejaskan peluang pendidikan
seseorang. Contoh yang dapat saya berikan di sini adalah sesuatu yang sudah saban kali kita
dengar iaitu golongan lelaki sesuai untuk menceburi bidang teknologi, pembuatan, pemasangan
dan bidang-bidang ini pula tidak begitu memerlukan pencapaian akedemik yang tinggi.
Manakala bagi golongan perempuan pula, setinggi mana pun pelajaran yang diperoleh akhirnya
masih ke dapur juga.
Seterusnya saya sangat tertarik untuk memetik satu kenyataan yang dikeluarkan oleh
Dr. Sapura Sipong dari Universiti Sains Islam Malaysia yang mana terdapat tanggapan
masyarakat yang mengatakan bahawa pelajar lelaki adalah kurang bersifat akademik serta
kurang menerima sokongan sosial dan bimbingan yang sewajarnya untuk menjadi pelajara
cemerlang akademik dan ini dapat kita lihat menjejaskan peluang pendidikan pelajar lelaki
tersebut.

Selain itu, ketaksamaaan peluang pendidikan dari segi jantina di peringkat pengajian
tinggi juga boleh berlaku atas persepsi masyarakat bahawa keseimbangan jantina menjadi
aspek utama pemilihan kemasukan pelajar ke institut pengajian tinggi dan bukannya kelayakan
akademik yang dicapai. Pesepsi seperti ini sangat dapat menjejaskan peluang pendidikan yang
mana pelajar berputus asa sebelum mencuba terutama bagi golongan wanita.

Jadi saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa faktor persepsi masyarakat
sememangnya menyumbang kepada ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina
terutama di institut pengajian tinggi.

SOALAN 2: (Panel 4)

Bercakap tentang isu gender dan peluang pendidikan di Malaysia pada masa kini,
masyarakat umum mungkin menyedari bahawa pendidikan sangat penting sebagai
jaminan masa hadapan. Tetapi bagaimana pula dengan pihak keluarga? Adakah faktor
keluarga dan latar belakang seseorang individu itu memainkan peranan dalam isu ini
atau mungkin juga bagi sesetengah keluarga anak perempuan tidak seharusnya
mendapat pendidikan yang tinggi dengan alasan ‘alih-alih ke dapur juga’. Jadi apa
pandangan Tuan Saiful berkenaan isu ini?

Terima kasih Saudari Pengerusi atas soalan yang saya kira cukup menarik jika nak
dikupaskan. Berbalik kepada soalan saudari Pengerusi sebentar tadi, faktor keluarga
sesungguhnya memainkan peranan yang sangat besar dalam isu ini.

Mengapa saya katakan begitu adalah kerana keluarga mencorak cara pemikiran dan
cara hidup seseorang individu itu. Seperti kata pepatah Arab ‘ anak-anak seperti kain putih,
ibubapalah yang mencorakkannya.’ Jadi dalam konteks ini, anak-anak itu sendiri merujuk
kepada siswa siswi pada masa kini manakala ibubapa semestinya merujuk kepada keluarga itu
sendiri. Jadi bagaimana ibubapa atau keluarga itu mencorakkan pemikiran anak-anak, maka
begitulah yang akan berlaku kepada tindak balas perlakuan yang mana keluarga menjadi
cerminan kepada cara fikir dan tingkah laku anak-anak itu tadi.

Tidak dapat saya nafikan, dalam dunia teknologi yang serba canggih ini, anak-anak kita
pada masa kini tidak lagi terikat dengan mentaliti keluarga kerana anak-anak pada masa kini
lebih terbuka dan terdedah kepada kepentingan ilmu dalam kehidupan. Jadi di sini tidak timbul
isu keluarga mempengaruhi keinginan anak-anak untuk belajar.

Seperti kata pengerusi sebentar tadi, anak perempuan selalu dinafikan hak mereka
dalam mendapat peluang pendidikan. Namun, dalam dunia serba maju hari ini, saya kira anak
perempuan dan anak lelaki mendapat layanan yang sama rata. Persepsi bahawa anak
perempuan tidak berupaya mencapai pencapaian yang cemerlang dan hanya layak duduk
diceruk dapur merupakan andaian lapuk dan tidak dapat diterima akal. Buktinya, banyak
kejayaan-kejayaan pelajar di peringkat peperiksaan nasional dimonopoli oleh pelajar
perempuan.

Jadi disini ingin saya tekankan bahawa keluarga boleh memainkan peranan dalam
mempengaruhi peluang anak-anak mendapat pendidikan, namun, anak-anak juga harus diberi
peluang dalam mendapat pendidikan yang sewajarnya. Sekian terima kasih.

PENGERUSI FORUM:

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Saiful atas pandangan yang saya kira cukup bernas dan
jitu sebentar tadi. Seterusnya, saya ingin tujukan soalan berikut kepada Puan Nur Farehah.

SOALAN 3: (Panel 2)

Puan, jika kita lihat fenomena yang berlaku dewasa ini, pelajar perempuan ternyata
memonopoli tempat di IPT berbanding pelajar lelaki. Dengan keputusan akademik yang
cemerlang, tidak hairanlah pelajar perempuan boleh menguasai tempat di IPT. Jadi,
adakah faktor pencapaian akademik pelajar perempuan yang cemerlang tadi
menyumbang kepada lambakan pelajar perempuan di IPT dan bagaimana pula dengan
kedudukan pelajar lelaki di Institusi Pengajian Tinggi sekarang?

Terima kasih saya ucapkan kepada saudari pengerusi majlis, pertama sekali sekali,
Assalammualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada penonton yang berada di
studia dan juga di rumah.
Merujuk kepada isu yang kita bincangkan ini iaitu faktor yang mendorong kepada
ketaksamaan peluang pendidikan jantina bagi kemasukan ke IPTA, jika kita lihat kepada situasi
Negara kita sekarang yang aman serta makmur ini, seharusnya isu ketaksamaan peluang
pendidikan bagi jantina seharusnya tidak berlaku dan tidak seharusnya wujud kerana wanita
dan lelaki pada zaman sekarang, sudah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.
Malangnya perkara ini masih juga berlaku, pada pendapat saya ini mungkin disebabkan oleh
pencapaian akademik itu sendiri yang mendorong kepada situasi di mana peluang untuk
kemasukan ke universiti-universiti yang ada ini memihak kepada jantina tertentu sahaja.

Jika kita imbas kembali rekod Universiti Malaya pada tahun 2006 contohnya, statistic
menunjukkan yang hanya kira-kira 40 peratus sahaja pelajar lelaki yang diterima masuk melalui
Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) memperoleh CGPA 3.0 dan ke atas, manakala
bagi pelajar wanita pula hampir 60 peratus. Daripada data ini dapatlah kita bandingkan bahawa
tahap akademik wanita dan lelaki perbezaannya agak jauh dan perkara ini membuatkan
universiti-universiti ini mengambil langkah dengan bersikap lebih terbuka kepada kaum lelaki
dengan menutup sebelah mata kepada kemasukan pelajar lelaki ke kursus-kursus yang
memerlukan banyak tenaga lelaki seperti kejuruteraan, manakala untuk kemasukan pelajar
wanita pula terpaksa diketatkan.

Walaupun perkara ini dilihat tidak adil, serta ketara berat sebelah, namun ianya masih
perlu dilakukan untuk menyeimbangkan populasi satu-satu kursus itu. Hal ini menyebabkan
wanita pada zaman kini lebih kompetitif dan berusaha dengan lebih keras untuk memasuki
kursus yang diingini, manakala kaum adam ini pula akan kurang berusaha serta tidak
menggunakan potensi diri dengan semaksimum mungkin.

PENGERUSI FORUM:

Terima kasih diucapkan kepada Puan Farehah.

SOALAN 4: (Panel 3)

Sebenarnya, ketidakseimbangan gender di IPT boleh juga dikaitkan dengan kursus-


kursus yand ditawarkan. Kalau dilihat secara kasar, bidang pendidikan banyak diceburi
oleh wanita manakala bidang kejuruteraan dan teknikal banyak dimonopoli oleh kaum
lelaki. Persoalannnya, adakah kursus-kursus yang ditawarkan di IPT sekarang boleh
dijadikan faktor ‘gender bias’ ini ataukah keupayaan pelajar yang menjadi ukuran?
Bagaimana pula halnya dengan pasaran kerja? Dipersilakan Toh Puan Najihah untuk
memperkatakan isu ini.

Pada pandangan saya , yang menjadi masalah atau punca ketaksamaan peluang
pendidikan dari segi jantina yang berlaku di Institut Pendidikan Tinggi(IPT) sekarang ada
hubung kaitnya dengan kos atau kursus yang ditawarkan di IPT itu sendiri.

Jika kita lihat sekarang atau pun suatu masa dahulu, majoriti atau kebanyakan penuntut
yang memenuhi IPT adalah dari golongan wanita, dan golongan lelaki hanyalah segelintir
sahaja. Keadaan ini berpunca dengan kursus yang diambil. Sebagai contoh, banyak kursus
yang lebih mengutamakan wanita, seperti undang-undang, rekaan fesyen, pendidikan,
perubatan, jahitan, dan sebagainya. Sedangkan kursus untuk golongan lelaki hanyalah sedikit,
dan yang paling popular adalah kejuruteraan dan dan IT.

Kemasukan pelajar ke IPT adalah tidak seimbang dari sudut kursus serta
kekosongannya. Saya berasakan tindakan ini agak berat sebelah. Manakala bidang masakan
pula kebanyakkannya adalah dari golongan wanita. Jika kita lihat sekarang, bidang yang
dimonopoli oleh kaum lelaki iaitu kejuruteraan, walaupun ada segelintirnya adalah wanita,
namun begitu pemilihan dan kepercayaan dari segi peluang telah diberi kepada kaum adam.
Dari sini kita dapat lihat bahawa ketaksamaan peluang pendidikan di IPT memang wujud sejak
dulu lagi dan pada saya pemikiran sebegini harus diubah.

PENGERUSI FORUM: Terima kasih diucapkan kepada Toh Puan Najihah atas penerangan
yang diberikan.

Para penonton sekalian,

IMPLIKASI

SOALAN 1: (Panel 1)

Tadi kita telah melihat faktor-faktor yang menyumbang kepada ketaksamaan peluang
pendidikan dari aspek jantina. Ada yang mengatakakan faktor keluarga, pencapaian
akademik pelajar yang cemerlang dan persepsi masyarakat yang menjadi punca kepada
permasalahan ini. Jadi sekarang kita hendaklah melihat sejauh mana ketidaksamaan
jantina di universiti-universiti tempatan memberi kesan terhadap diri individu itu sendiri.
Jadi Puan Syazreen, sebagai seorang kaunselor yang semestinya banyak terlibat dalam
permasalahan pelajar, bagaimanakah isu gender ini boleh mempengaruhi pencapaian
dan prestasi seseorang individu itu?

Apabila kita melihat implikasi isu ini kepada individu itu sendiri,menurut pengalaman
saya, ketaksamaan peluang pendidikan ini secara tidak langsung dapat menjejaskan peluang
pelajar untuk meningkatkan pengetahuan, taraf hidup dan sebagainya. Namun, apa yang saya
ingin sentuh berdasarkan kepada implikasi terhadap individu ini, saya sebenarnya lebih melihat
kesan tersebut dari aspek motivasi individu untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademik yang mana iai mungkin berkurangan dan mungkin juga bertambah bergantung
kepada bagaimana individu tersebut menerima isu ini.

Implikasi ini ingin saya tegaskan para hadirin sekalian, boleh dilihat dari kedua-dua
sudut positif dan negatif. Sebagai contoh, jika dilihat dari sudut yang negatif, golongan lelaki
akan mudah berasa rendah diri dengan kelayakan atau pencapaian akademik yang mereka
peroleh manakala golongan wanita pula mudah berputus asa dengan peluang yang tidak
setimpal dengan usaha yang mereka lakukan. Ini berbeza pula jika dilihat dari sudut yang positif
yang mana golongan lelaki mungkin akan merasa tercabar dan berusaha dengan lebih gigih
untuk memajukan diri manakala golongan wanita pula akan cuba untuk meningkat usaha
mereka dalam bersaing untuk menempatkan diri dalam bidang yang ingin mereka ceburi.

SOALAN 2: (Panel 2)

Sebentar tadi Tuan Saiful ada mengatakan bahawa faktor keluarga sedikit sebanyak
memberi kesan terhadap masalah ini. Jadi, pandangan Puan Farehah sendiri bagaimana?
Bagaimanakah isu ketidaksamaan jantina ini boleh memberi kesan terhadap sesebuah
keluarga dan institusi masyarakat itu sendiri? Dipersilakan.

Terima kasih atas soalan tadi, pada pendapat saya, implikasi atau impak terbesar yang
mungkin berlaku sekiranya perkara ini berterusan terjadi dari aspek keluarga dapat kita kupas
dari dua aspek iaiti negatif serta positif.

Keburukannya, atau dari aspek negatifnya adalah keluarga mungkin akan mendesak
supaya anak-anak perempuan mereka supaya tidak meneruskan pengajian di peringkat IPT
kerana saingan yang terlalu tinggi serta dan mereka akan memberi keutamaan yang lebih
kepada kaum lelaki shaja untuk meneruskan pengajian ke Universiti. Alasannya di sini adalah,
dengan keputusan yang minima sahaja, pelajar lelaki dapat menempatkan diri di Pusat-pusat
pengajian tinggi ini, berbanding pelajar wanita yang lebih ‘demand’.

Perkara ini berkemungkinan besar berlaku terutamanya di kawasan-kawasan


pedalaman yang mana kepentingan pendidikan itu tidak diterapkan secara serius, serta
kekecewaan yang di alami jikalau anak perempuan mereka yang memperoleh keputusan yang
cemerlang di dalam peperiksaan tidak diterima masuk ke mana-mana universiti lebuh
mendalam. Hal ini akan menyebabkan peluang bagi anak-anak yang lain untuk mendapatkan
peluang pendidikan yang sama akan turut terjejas, terutama bagi anak perempuan.

Manakala jika kita tinjau dari aspek positifnya pula adalah, keluarga akan menumpukan
lebih perhatian kepada anak-anak perempuan mereka dengan memberikan motivasi serta
sering mengingatkan anak-anak perempuan ini supaya berusaha dengan lebih keras jika mahu
memasuki ke kursus yang diminati atas dasar saingan yang lebih sengit dan akan menghalakan
anak-anak perempuan ini untuk mereka untuk berusaha ke arah itu.

SOALAN 3: (Panel 3)

Jika kita lihat dari sudut realitinya, relatif gaji wanita dikebanyakan sektor pekerjaan
dilihat lebih tinggi berbanding lelaki. Pernah suatu ketika dahulu, timbul isu di mana
lelaki hari ini takut untuk meminang wanita dengan alasan segala-galanya yang tinggi.
Gaji yang tinggi, hantaran nya tinggi, lulusannya juga tinggi. Jadi bagaimana Toh Puan
menilai isu ini serta kesannya terhadap masyarakat?

Kebanyakan masyarakat zaman dahulu sangat menitikberatkan soal jodoh anak


mereka, dari segi kelulusan, pangkat, harta dan seganainya. Keadaan ini amat berbeza dengan
masyarakat kita sekarang, di mana ibi bapa lebih gemar memberi peluang anak-anak mereka
memilih sendiri pasangan hidup. Namun begitu pemikiran sebegini ada baik buruknya. Berbalik
kepada soalan pengerusi majlis sebentar tadi, ramai jejaka atau kaum lelaki takut hendak
meminang atau menyunting perempuan yang lebih berharta atau lebih bekerjaya, kerana takut
hantaran tinggi dan sebagainya. Pada saya itu tidak menjadi masalah. Saya suka menegaskan
dan menasihati anak-anak sekarang, bahawa sebagai lelaki, mereka yang bakal memikul
tanggungjawab sebagai ketua, seharusnya mereka lebih yakin dan berani. Tidak seharusnya
ada dalam kamus hidup mereka takut untuk menyunting wanita yang jauh lebih berharta. Ini
kerana setiap ciptaan Tuhan itu adalah sama, Cuma yang membezakan anta mereka adalah
amalan-amalan mereka. Jadi tidak wujud persaan sebegini. Jadi di sini saya ada tips untuk para
pria di luar sana supaya tampil lebih berani. Pertama sekali sebagai seorang lelaki, mereka
perlu ada keyakinan yang tinggi. Sikap ini saya rasakan mesti ada pada setiap orang orang dan
kepada kaum lelaki, mereka perlu ada keyakinan diri yang tinggi dalam mempersenbahkan diri
mereka terutama sekali dalam memikat dan mengambil hati wanita. Sekalipun mereka hanyalah
pekerja biasa yang tidak berkedudukan dan hanya meraih gaji yang sedikit, itu tidak menjadi
masalah asalkan mereka mampu meyakinkan pasangan yang mereka mampu membahagiakan
pasangan dan ada jaminannya, itu sudah mencukupi. Jadi begitulah pandangan saya dan saya
rasa sudah menjawab soalan pengerusi majlis dan berharap apa yang saya sampaikan sedikit
sebanyak dapat membantu mereka yang di luar sana.

SOALAN 4: (Panel 4)

Isu kuota di IPT-IPT tempatan dilihat seolah-olah tidak mengiktiraf pencapaian wanita.
Ada wanita yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi tetapi dinafikan haknya
dengan alasan untuk memenuhi kuota. Bagi lelaki pula mereka seolah-olah tidak diberi
peluang oleh pihak majikan untuk membuktikan keupayaan diri dalam bidang pekerjaan
dengan alasan tiada pencapaian akademik yang tinggi. Jadi bagaimana isu ini boleh
memberi impak kepada perkembangan ekonomi khasnya untuk kesa jangka panjang.

Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada Tuan Pengerusi, ahli-ahli panel dan juga para
penonton sekalian. Isu gender bias ini jika dibincangkan pasti tidak akan habis-habis kerana
manusia pada asasnya dijadikan tidak sempurna, punya kekurangan dan kelemahan.

Seperti mana siang dan malam, bulan dan bintang, Allah menjadikan semua manusia itu
berpasang-pasang serta saling melengkapi antara satu sama lain. Begitu juga dalam hal-hal
pendidikan. Sepertimana yang telah di jelaskan oleh panel-panel hakim kita tentang sektor-
sektor pekerjaan misalnya, ada sektor yang dimonopoli oleh kaum wanita dan ada pula sektor-
sektor tertentu dimonopolikan oleh kaum lelaki. Secara fitrahnya, manusia ini saling melengkapi
dan tidak boleh dan tidak mampu seseorang individu itu hidup dengan sendirinya.

Jadi berbalik kepada isu yang sedang kita bincang ini, bagaimana isu ketaksamaan gender ini
boleh memberi kesan terhadap ketidakseimbangan ekonomi. Saya melihat isu ini dari dua
sudut. Yang pertama, dengan bertambahnya bilangan wanita di IPT tempatan, maka bilangan
wanita cerdik pandai semakin bertambah di negara ini. Dengan bertambahnya bilangan wanita
yang cerdik pandai maka harga diri dan nilai wanita itu sendiri semakin tinggi. Tambahan lagi,
tenaga kerja manusia di negara ini turut meningkat dan ini secara tidak langsung memberi
kesan terhadap sistem dan perkembangan ekonomi negara.

Namun, tidak dapat dinafikan disebalik kejayaan-kejayaan ini, ada pula golongan yang semakin
ketinggalan kebelakang iaitu lelaki. Siswa-siswa hari ini dilihat kurang berdaya saing serta
mudah goyah dalam menghadapi cabaran semasa. Akibat daripada kekurangan tenaga guna
manusia daripada pihak lelaki, maka negara akan menjadi kurang produktif dan hasilnya sistem
ekonomi negara turut terjejas.

Dalam hal ini saya kira, lelaki mahupun wanita haruslah meletakkan usaha pada tahap tertinggi
agar modal insan negara menjadi semakin bertambah dan bermutu. Sekian, terima kasih.

PENGERUSI FORUM:

Terima kasih diucapkan kepada semua panel-panel yang telah memberi idea-idea dan kupasan
yang bernas berkenaan isu kita pada hari ini. Baiklah, nampaknya masa amat mencemburui
kita. Apa pun, ‘Ruangan Kampus’ akan terus bersiaran pada hari yang sama, waktu yang sama
minggu hadapan. Salam hormat daripada saya. Jumpa lagi dan selamat malam.
INSTITUT PERGURUAN IPOH PERAK

31150, HULU KINTA

PERAK DARUL RIDZUAN

EDU 3106:
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(FORUM)

NAMA : AINUL SYARIHA BT AZHAR (870119-14-6138)

MUHAMMAD SAIFUL B SHAFIE (870223-08-5865)

NAJIHAH BT MD MUHTAR (870216-02-6074)

NUR FAREHAH BT JOHAR (871210-14-5608)

SYAZREEN AKHQMA BT OTHMAN (890925-08-6036)

UNIT : PISMP-IPGM MATHEMATIK 1

SUBJEK : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

PENSYARAH: PUAN HJH. SAFIAH BT HARUN

You might also like