You are on page 1of 137

Seketika Sahaja Perasaanku Berubah

www.iluvislam.com
dihantar oleh : Nur itu Cahaya
editor : IskethaykaL

“Keretapi ke Pelabuhan Klang akan tiba dalam lima minit lagi.”

Kedengaran suara operator memaklumkan pengumuman yang aku nanti-nantikan. Aku


yang keletihan akhirnya dapat menarik nafas lega memandangkan aku terburu-buru takut
tertinggal keretapi yang sering kali tergendala.

“Nasib orang tak ramai, dapat juga aku duduk”, kataku sendirian.

Hatiku terasa amat tenang lalu terlelap. Aku terjaga apabila tiba di stesen yang seterusnya,
kelihatan seorang pakcik dan beberapa anak kecil memasuki gerabak yang aku naiki. Pak
cik itu duduk di sebelah aku. Budak-budak itu kelihatan amat comel dan aktif sekali. Pada
awalnya, hilang juga rasa penat melihat wajah mereka.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

“Pak long nak tahu, ini kali pertama kami naik keretapi, seronok sangat Pak Long,
terima kasih Pak Long,” kata salah seorang dari kanak-kanak itu.

Pakcik itu hanya tersenyum. Seronok betul kanak-kanak itu. Mereka berlari-lari bagai
berada di dunia sendiri. Tidak lama kemudian, kegembiraan mereka meresahkan hatiku.
Suara mereka yang riuh menghilangkan ketenteramanku. Mereka berlari ke sana ke sini
menjelikkan diriku. Dengan keadaan diriku yang baru sahaja ingin tenang, akhirnya telah
hilang dek kerana kerenah budak-budak itu.

“Ish budak-budak ni, aku dah la penat. Baru je aku nak rasa aman sikit, diorang ni
memekak pula,” omelku sendirian.

“Ah, aku dah tak tahan ni, baik aku suruh pakcik ni suruh budak-budak ni diam,”
kataku yang sudah tidak dapat menahan lagi melihat kerenah mereka.

“Assalamualaikum pakcik,” kataku pemula bicara.

“Waalaikumussalam,” pakcik itu tersenyum manis.

“Pakcik, saya ingin minta pak cik suruh mereka agar diam boleh? Mereka terlalu
bising pakcik, rasanya pakcik juga perasan kan?” aku menyatakan permintaanku.

“Hmm, pakcik mengerti perasaan anak ini, tapi pakcik tidak tahu bagaimana ingin
memaklumkan kepada mereka, pakcik rasa serba salah bagi menghilangkan
kegembiraan yang sedang mereka nikmati ini.”
“Eh pakcik ni, aku nak dia suruh budak-budak tu diam, dia cakap macam tu pula,
kata faham perasaan aku, tapi cakap serba salah, pandai pula pak cik ni nak main-
main dengan aku, nasib la pak cik ni lagi tua dari aku,” omelku lagi di dalam hati.

Kemudian, dengan nada yang sungguh sayu, pakcik itu menyambung lagi, “Sebenarnya
pakcik baru sahaja pulang daripada menjemput mereka dari rumah mereka, ibu
dan bapa mereka telah terlibat dalam kemalangan siang tadi dan telah selamat
dikebumikan oleh pihak masjid, mereka masih tidak tahu mengenai kedua orang
tua mereka itu, pakcik tidak tahu bagaimana ingin beritahu mereka.”

Tersentak aku mendengar kata-kata pakcik itu, sungguh kasihan pada kanak-kanak itu.
Mereka kehilangan kedua orang tua mereka pada usia yang sungguh muda. Perasaanku
yang seketika tadi tidak senang dengan kerenah mereka, akhirnya lahir perasaan simpati di
dalam hati. Seketika sahaja, perasaanku berubah.
Cabar Diri Untuk Berjaya
www.iluvislam.com
Dr. Tengku Asmadi Bin Tengku Mohamad
Editor: arisHa27

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu
perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga.

Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti;

Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri.

Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris 

Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara

Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh
kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti.

Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga
menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu
diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat
yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan
olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri.

Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan
baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada
kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan.

Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa
lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal
kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya
mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula.

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi:

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya
sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk
meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran
itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1
pula.

Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk
negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk
mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa
pula.
Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin
hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain:

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu
dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana
mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar
berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak.

Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku
kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk
membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang
membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya
dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa. Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan
tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima
anugerah daripada Perdana Menteri Malaysia.

Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati:

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih
pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata,

“Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya
dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”.

Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar
lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri
dengan orang yang lemah dan kurang dari kita?

Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang
berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita
belum lagi OK!

Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih
jauh lagi.

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif:

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif.

Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?

Mengapa nasib aku sentiasa malang?


 
Kenapalah orang semua tak suka aku?

Apalah nak jadi dengan aku ni?


Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita
mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?

Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
 
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
 
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara
hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau
hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda:

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita.

Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa;

Tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula.

Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos
pula.

Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula.

Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman
pula.

Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo
pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih
gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan
kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk
cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya
merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal
bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja
keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan
lagi keimanan dan ketaqwaan kita.

Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.
Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh : akrimimathwa*
Editor : naadherah

Tiada agenda yang lebih besar daripada agenda mengingati Allah

Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita cuba
check sembahyang kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara
keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang
agung seperti dulu.

Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak
sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie
kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut
orang sahaja. Tidak mempelajari cara-cara untuk solat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang sembahyang tiada.
Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu
terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood
baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan
penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu
bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada
sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi
fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini
lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang,
fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang
mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai
sembahyang awamul muslimin.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali
sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa,
berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya
serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai
sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah
jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak
terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah
mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai
sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.

Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz
didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan
atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya.
Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya
namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya.
Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak
mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu,
pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak
gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia
masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam
sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu
dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia
sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang.
Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali
ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang
itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat,
sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu
dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak
diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang
benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap
yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari
yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak
yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada
kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-
tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama
membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali
daulah Islam.Insya Allah...

Marilah kita berMUHASABAH


Dimanakah solat kita?
Adakah solat yang kita lakukan itu telah menunjukkan kesannya dalam gerakan kita/penglibatan kita/tanggungjawab
kita sebagai seorang ahli jemaah?
Moga kita bersama harapkan solat kita itu benar-benar menjadi tiang agama.
Adakah segalanya yang kita lakukan kelmarin...hari ini dan esok hasil kesan solat kita?
Oleh itu bersama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain...
Jika anda menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup dan pernah menyimpang dari kehidupan yang sepatutnya, lagu
di bawah adalah lagu yang mampu menenangkan hati anda. Hayatilah liriknya.

Alllahu Akbar…

If you ask me about love


And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way


To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light


Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard


There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way


To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard


There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way


To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…
Cinta Abu Bakar Untuk Al-Mustafa
www.iluvislam.com
dihantar oleh: 91kaduk
editor: deynarashid
 
‘Ketika Rasulullah berada di hadapan, ku pandangi pesonanya dari kaki hingga hujung kepala. Tahukah kalian apa
yang menjelma? CINTA!!' (Abu Bakar As-Siddiq r.a)

Langkah kaki pemuda Quraisy tidak lagi terdengar samar. Tak terasa tubuhnya bergetar hebat, betapa tidak, dari
celah gua ia mampu melihat para pemburu itu di atas kepalanya. Sesetengah berbisik berkatalah Abu Bakar, “Wahai
Rasulullah, jika mereka melihat ke kaki-kaki mereka, sesungguhnya mereka pasti melihat kita berdua.”

Rasulullah memandang Abu Bakar penuh makna. Ditepuknya sahabat karibnya ini perlahan sambil berkata,
“Janganlah engkau kira, kita hanya berdua. Sesungguhnya kita bertiga, dan yang ketiga adalah Dia, yang
menggenggam iaitu Yang Maha Kuasa".

Sejenak ketenangan menyapa Abu Bakar. Sama sekali dia tidak khuatir keselamatannya. Kematian baginya bukan
apa-apa, dia hanya lelaki biasa. Sedang untuk lelaki tampan yang kini dekat disampingnya, keselamatan diatas mati
dan hidupnya.

Bagaimana semesta jadinya tanpa penerang? Bagaimana Madinah jika harus kehilangan purnama? Bagaimana dunia
tanpa cahaya penyampai wahyu?

Sungguh, Baginda tidak gentar dengan tajam mata pedang para pemuda Quraisy, yang akan merobek tubuhnya serta
menumpahkan darahnya. Sungguh Baginda tidak bimbang, runcing anak panah yang akan menghunjam setiap inci
tubuhnya.

Baginda hanya takut Allah. Muhammad, ya Muhammad…

Mereka berdua berhadapan dan bersepakat untuk berjaga mengikut giliran. Keakraban mempesona itu bukanlah
suatu kebohongan. Abu Bakar memandang wajah syahdu di depannya dalam hening. Setiap uratan di wajah indah
itu dia perhatikan seksama. Aduhai betapa dia mencintai putera Abdullah.

Kelelahan yang mendera setelah perjalanan jauh, seketika seperti ditelan kegelapan gua. Wajah didepannya yang
saat itu berada nyata, meleburkan penat yang dirasai. Hanya pada satu nama yang tersemat didalam dadanya,
CINTA!

Kemudian Nabi Muhammad SAW melabuhkan kepalanya di pangkuan Abu Bakar seperti anak kecil, Abu Bakar
berenang dalam samudera kegembiraan yang sempurna. Tidak sama yang dapat mempesonakan selama dia hidup
kecuali saat kepala Nabi yang ‘Ummi’ berbantalkan kedua pahanya.

Mata Rasulullah terpejam. Dengan berhati-hati seperti seorang ibu, telapak tangan Abu Bakar mengusap peluh di
kening Rasulullah SAW. Masih dalam senyap, Abu Bakar terus terpesona dengan susuk cinta yang sedang
beristirehat dipangkuannya. Sebuah rasa mengalun dalam hatinya "Allah, betapa ingin hamba menikmati ini
selamanya".

Nafas harum itu terhembus satu persatu yang menyapa di wajah Abu Bakar. Abu Bakar tersenyum sepenuh kalbu.
Dia menatapnya lagi, tak bosan. Seketika wajahnya muram, dia teringat perlakuan orang-orang Quraisy yang
memburu purnama Madinah seperti memburu haiwan buruan.

Bagaimana mungkin mereka begitu keji mengganggu cucu Abdul Mutalib, yang begitu jujur dan amanah. Mendung
di wajah Abu Bakar belum juga surut. Sebuah kuntum keazaman memekar di dasar hatinya, begitu semerbak.

Selama hayat berada dalam raga, aku Abu Bakar, akan selalu berada disampingmu untuk membelamu dan tak akan
membiarkan sesiapa pun mengganggumu.

Kesunyian tetap terasa. Gua itu begitu dingin. Abu Bakar menyandarkan tubuhnya didinding gua. Rasulullah SAW,
masih tetap dalam lenanya.

Tiba-tiba sahaja, seekor ular mendesis-desis perlahan mendatangi kaki Abu Bakar yang terlentang. Abu Bakar
melihatnya penuh waspada, ingin sekali dia menarik kedua kakinya untuk menjauhi dari binatang yang berbisa ini.

Namun, keinginan itu diendahkan dari benaknya, tak ingin dia mengganggu tidur lena Rasulullah SAW. Bagaimana
mungkin, dia tidak membangunkan kekasihnya itu. Abu Bakar menahan sakit, ketika itu ular mematuk pergelangan
kakinya, tapak kakinya dibiarkan sahaja tidak bergerak sedikit pun. Ular itu meninggalkan mereka setelah beberapa
seketika.

Dalam keheningan, sekujur tubuhnya terasa panas. Bias ular menjalar ke seluruh tubuhnya. Abu Bakar menangis
dalam diam. Rasa sakit itu tidak dapat ditahan lagi.

Tanpa sengaja, air matanya menitis mengenai pipi Rasulullah SAW yang tengah berbaring. Abu Bakar
menghentikan tangisannya, kekhuatiran terbukti, Rasulullah SAW terjaga dan menatapnya penuh dengan rasa ingin
tahu.

“Wahai hamba Allah, apakah engkau menangis kerana menyesal mengikuti perjalanan ini?” suara Rasulullah
memenuhi ruang gua.

“Tentu saja tidak, saya redha dan ikhlas mengikutimu kemana jua,” kata Abu Bakar yang masih dalam kesaakitan.

“Jadi mengapakah engkau menggugurkan air matamu?”

“Seekor ular baru sahaja mematukku, wahai putera Abdullah, dan bisanya menjalar begitu cepat.”

Rasulullah menatap Abu Bakar dengan penuh kehairanan, tidak berapa lama bibir manisnya bergerak, “Mengapa
engkau tidak menhindarinya?”

“Aku bimbang mengejutkan engkau dari lenamu,” jawab Abu Bakar sendu.

Sebenarnya dia kini menyesal kerana tidak dapat menahan air matanya jatuh mengenai pipi Rasulullah SAW dan
membuatnya terjaga. Saat itu air mata bukan milik Abu Bakar sahaja. Selanjutnya mata al-mustafa berkabut dan
bening air mata tergenang dipelupuknya.

Betapa indah sebuah ukhuwah.

“Sungguh bahagia, aku memiliki seorang sepertimu wahai putera Abu Quhafah. Sesungguh Allah sebaik-baik
pemberi balasan”.

Tanpa menunggu waktu, dengan penuh kasih sayang, al-mustafa memengang pergelangan kakinya yang dipatuk
ular. Dengan menggunakan nama Allah Pencipta semesta alam, Nabi mengusap bekas patukan ular itu dengan air
liurnya.

Maha suci Allah, sketika rasa sakit itu tiada lagi. Abu Bakar segera menarik kakinya kerana malu. Nabi masih
memandangnya dengan rasa penuh kasih sayang.

“Bagaimana mungkin, mereka iaitu para kafir sanggup menyakiti manusia indah sepertimu. Bagaimana mungkin?”
kata Abu Bakar.

Gua Thur kembali ditelan kegelapan malam. Kini giliran Abu Bakar beristirehat dan Rasulullah SAW pula berjaga.
Abu Bakar menggelengkan kepala ketika Rasulullah menawarkan pangkuan Baginda.

“Tak ku rela diriku membebani pangkuan penuh abbarakah itu.”


 

Kita pasti tahu siapa Abu Bakar. Beliau adalah lelaki pertama yang memeluk Islam dan juga salah seorang sahabat
yang paling dekat dengan Rasulullah. Dari kembara sejarah, kita kenang cinta Abu Bakar terhadap Al-Mustafa.

Abu Bakar wafat pada usia 63 tahun, pada saat peperangan atas bangsa Romawi di Yarmuk. Jenazahnya
dikebumikan disebelah manusia yang paling dicintainya, iaitu Makan Rasulullah SAW. Dia mencintai Nabinya
melebihi diri sendiri.

Tidakkah itu mempersonakan?


Berapa Kali Nak Cakap,Couple tu Haram
www.iLuvislam.com
oleh: umairzulkefli

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..


Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak


kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..


Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..


"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..


Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat


Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..


Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..


Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..


Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran


Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..


Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..


Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..

Dalam proses perubahan saya,


Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di


antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik


Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..


saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..


tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..


dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...

Masa ni dah nak dekat Trial SPM..


lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..


ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~

Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain


(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.


Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang


hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau


dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..


saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..


saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."

******

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,


pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..


Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit


boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat
biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah
nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga
perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan
ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam
ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang
keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah
cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu
bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil
tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran
mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka
memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan
mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah
buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam,
maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu
sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun,
takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta
hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak
jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju.
Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat
elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak
apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang
bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab
larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh
berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina
dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati
dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari
daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang
salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U,
dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana
siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak
diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong
mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan
dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima
keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni.
Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun,
mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah
ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha
Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta
scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin,
die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab
nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung
balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena
berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu
salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus
tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan
perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan
nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa
tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada
kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak
akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri.
Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila
baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple,
bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash
masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam
tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah
tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi
rasanya, inilah masanya.."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat
dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa.
Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana
Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan
bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal.
Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa
ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah
hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya
memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula)
kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu
tidak mengetahui.

*******

Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak
lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil..
Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada
ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya".
Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan
pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu
juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,


ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..


tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.


Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya. .
Bayi Yang Berwajah Ular
www.iLuvislam.com
Oleh: Ahmad Saifuddin Amran*

Anda pasti pernah melihat video tentang kelahiran seorang bayi yang berwajah ular di atas. Diceritakan bahawa
kejadian yang pelik ini berlaku di sebuah hospital di Mekah. Berikut saya salin semula kisahnya.

Kejadian ini benar-benar berlaku di Makkah. Seorang rakan sepejabat pergi ke Makkah menunaikan Umrah.
Bertolak 10 Jun 2007 dan pulang ke Malaysia 27 Jun 2007. Ceritanya berlaku di hospital Makkah. Ibu malang ini
telah mempunyai 2 orang anak perempuan dan mengandungkan anak ketiganya yang menurut kata doktor anak itu
juga seorang perempuan. Memandangkan ibu itu sudah mempunyai 2 anak perempuan jadi dia teringin pula anak
lelaki. Oleh kerana doktor mengatakan anak yang dikandungnya adalah perempuan, dia merasa sedih dan setiap
kali orang tanyakan kandungannya lelaki ke perempuan (semasa dia mengandung) dengan berseloroh dia
menjawab dia mengandungkan anak ular. Tiba hari yang ditentukan Allah untuk dia melahirkan bayi di dalam
kandungannya itu, maka dia telah melahirkan anak yang menyerupai wajah ular.

Sebagai seorang yang pelajar beraliran sains dan mempelajari ilmu perubatan, amat sukar sekali bagi saya untuk
mempercayai cerita-cerita yang boleh dikategorikan sebagai tahyul edisi Mastika ini. Saya yakin dan percaya
sesuatu yang berlaku meski perkara paling ajaib di dunia sekalipun pasti ada penjelasan logik dan saintifik kerana
Allah tidak menjadikan dan mengatur alam ini melainkan dengan sunnah-Nya. Alhamdulillah, setelah melakukan
pencarian akhirnya saya menemui punca berlaku kejadian tersebut. Dan hakikatnya kejadian di atas tiada kaitan
dengan unsur-unsur mistik seperti yang digembar-gemburkan sebaliknya, ia termasuk dalam ilmu perubatan.

Harlequin type ichthyosis

 
Harlequin type ichthyosis (atau sinonimnya harlequin ichthyosis, ichthyosis congenita, keratosis diffusa fetalis)
adalah sindrom penyakit kulit yang paling parah dan hanya berlaku pada bayi yang baru lahir. Ciri-ciri Harlequin
dapat dilihat pada penebalan pada lapisan keratin kulit bayi yang membentuk sisik-sisik tebal kemerah-merahan dan
berbentuk seperti berlian (diamond). Sisik tebal pada kulit bayi ini sangat membataskan pergerakan bayi malah
menyukarkannya untuk bernafas dan makan. Bayi Harlequin selalunya tidak dapat bertahan untuk hidup lama. Hal
ini kerana rekahan-rekahan pada kulit yang mengeras tersebut memudahkan bakteria atau bahan tercemar
menembusi badan seterusnya mengakibatkan jangkitan yang membawa maut. Untuk memanjangkan hayat, bayi
Harlequin perlu dimasukkan ke dalam neonatal intensive care unit dengan segera. Penyakit ini amat jarang sekali
berlaku dengan kadar satu per 300 000 dan insidennya juga tidak cenderung pada mana-mana jantina atau bangsa.

Sejarah

Kelahiran pertama bayi Harlequin dicatatkan pada tahun 1750 oleh seorang Reverend Oliver Hart dari Charleston,
South Carolina yang menulis dalam diarinya:

On Thursday, April ye 5, 1750, I went to see a most deplorable object of a child, born the night before of one Mary
Evans in 'Chas'town. It was surprising to all who beheld it, and I scarcely know how to describe it. The skin was dry
and hard and seemed to be cracked in many places, somewhat resembling the scales of a fish. The mouth was large
and round and open. It had no external nose, but two holes where the nose should have been. The eyes appeared to
be lumps of coagulated blood, turned out, about the bigness of a plum, ghastly to behold. It had no external ears,
but holes where the ears should be. The hands and feet appeared to be swollen, were cramped up and felt quite
hard. The back part of the head was much open. It made a strange kind of noise, very low, which I cannot describe.
It lived about forty-eight hours and was alive when I saw it.

Punca

Kajian terkini oleh kumpulan pengkaji yang diketuai oleh Queen Mary's School of Medicine and Dentistry di
London telah mengenalpasti bahawa penyakit ini disebabkan berlakunya mutasi pada gen ABCA 12. Gen ABCA 12
berfungsi menghasilkan protein yang diperlukan untuk pertumbuhan kulit yang normal. Walaupun protein yang
dihasilkan itu masih belum lagi diketahui fungsi sebenarnya, namun para pengkaji percaya bahawa protein tersebut
memainkan peranan penting dalam pengangkutan lipid ke bahagian paling luar kulit (epidermis). Mutasi pada gen
ABCA12 mengakibatkan protein ABCA12 kehilangan fungsi dalam menghasilkan epidermis yang normal. Hal ini
menghalang kulit dari mendapatkan perlindungan yang berkesan lalu menyebabkan kulit menjadi keras dan bersisik.

Diagnosis

Diagnosis terhadap Harlequin mestilah dilaksanakan seawal 17 minggu selepas kehamilan. Tanda-tanda kelahiran
Harlequin dapat dikesan apabila terdapat penghasilan keratin yang berlebihan (overproduction) dan titisan lipid yang
abnormal dalam sampel cecair amniotik yang diperoleh. Ibu bapa akan diberi pilihan sama ada untuk menggugurkan
kandungan fetus setelah diagnosis benar-benar disahkan. Kini, ciri-ciri umum Harlequin dapat dikenalpasti dengan
bantuan alat ultrasound diikuti dengan pemeriksaan 3D ultrasound.

Rawatan

Bayi Harlequin memerlukan penjagaan yang intensif dan berterusan. Selain pengawasan yang berterusan, mata
mereka perlu sentiasa dilindungi dengan ophthalmic lubricant (pelincir mata). Mereka juga memerlukan nutrien
dengan cara intubation atau IV drips kerana sukar untuk memberi makan secara normal kepada mereka.

Sikap Masyarakat
Sesetengah masyarakat kita yang masih dibelenggui fahaman animisme dan khurafat gemar sekali mengaitkan
kejadian-kejadian ganjil seperti ini dengan sumpahan, buatan orang, jin atau syaitan, kenan atau lainnya. Jauh sekali
mereka mahu melihat perkara ini dari aspek saintifik. Lebih teruk lagi, terdapat mereka yang memanipulasikan
perkara ini sebagai alat mainan untuk gurauan atau menakut-nakutkan masyarakat. Sedangkan di Barat sudahpun
ditubuhkan institusi-institusi yang menyelidik penyakit ini secara khusus demi mencari punca dan penawarnya. Kita
pula masih rela dibodohkan dengan kisah-kisah khayalan dan kayangan yang tidak berpijak di bumi nyata. Malah
dengan membuta-tuli mempercayai hikayat-hikayat tersebut tanpa berusaha memastikan kebenaran dan
kesahihannya.

Bukanlah saya menafikan "kun fayakun" Allah, akan tetapi seperti yang saya jelaskan tadi Allah sekali-kali tidak
akan melanggar sunnah-Nya dalam mencipta dan mengatur alam. Segala-galanya pasti terdapat penjelasan yang
logik dan saintifik. Bukankah Allah banyak menekankan kita untuk memaksimakan penggunaan akal untuk
menghayati ciptaan-Nya?

 
Kisah Ibu Menangis
www.iLuvislam.com
Oleh : shran_86
Editor : ibnulatef

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

“Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.


Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin
tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara
bisikan yang didengarinya adalah:

1. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang
istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

2. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima
penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

3. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain
menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh
"

4. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,


bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

5. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan


melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

6. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik
takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

7. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya
untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

Tahukah kamu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,
susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu
ada."
Hati Mukmin Pasti Menangis
www.iluvislam.com
dihantar oleh: ArWa
Editor: deynarashid

Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf
Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan. Setiap banduan penjara
membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau
tidak, sepatu 'boot keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka.

Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseorang mengumandangkan suara-suara yang
amat ia benci.

"Hai... hentikan suara jelekmu! Hentikan... !" Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata.

Namun apa yang terjadi? Laki-laki dikamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya. Roberto
bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu
orang. Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak
puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala.
Sungguh ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan.

Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka... Tahanan
lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, "Bersabarlah wahai ustaz... InsyaALlah
tempatmu di Syurga."

Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak
marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-
kerasnya sehingga terjerembab di lantai.

"Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang
berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan
bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tidak
didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan
masuk agama kami."

Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan
dingin. Ia lalu berucap, "Sungguh... aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku
yang amat kucintai, Allah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemuiNya, patutkah
aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat
bodoh."
Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung.
Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya
yang telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto berusaha memungutnya. Namun tangan sang Ustaz
telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat.

"Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!" bentak Roberto.

"Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!" ucap sang ustaz dengan
tatapan menghina pada Roberto.

Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars seberat dua
kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah. Suara gemeretak tulang yang
patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga
mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas lagi ketika melihat tetesan
darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur. Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut
buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo
itu termenung.

"Ah... seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini."

Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh
tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal
tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol.

Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis
sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat
peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak. Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam
ingatan Roberto.

Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat
kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat
pembantaian kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu
jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia. Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab)
digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka gelantungan tertiup angin petang yang
kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara.

Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak
mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib. Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur
sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban
kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai
lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak - kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa,
sambil menggayuti abinya.

Sang anak itu berkata dengan suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah
berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa... .? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi... "

Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan
takut, tak tahu apa yang harus dibuat . Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak
memanggil bapaknya, "Abi... Abi... Abi... " Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat
petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam.

"Hai... siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut. "Saya Ahmad Izzah,
sedang menunggu Ummi... " jawabnya memohon belas kasih.
"Hah... siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka. "Saya Ahmad Izzah... " dia kembali
menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba, Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil.

"Hai budak... ! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar namamu dengan nama
yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf Roberto'... Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau
kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu.

Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu
membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka. Roberto sedar dari
renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang
melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah 'tanda
hitam' ia berteriak histeria, "Abi... Abi... Abi... "

Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia
masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu
sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai 'tanda
hitam' pada bahagian pusat. Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak
sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini.

Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, "Abi... aku masih
ingat alif, ba, ta, tha... " Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya. Sang ustaz segera membuka
mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat
melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya.

"Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu... " Terdengar suara Roberto
meminta belas. Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun
turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di
tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.

Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap. "Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak
saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah
engkau di negeri itu,"

Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah "Asyahadu anla
IllaahailALlah, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah... '.

Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini. Kini
Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, Islam, sebagai
ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru
dengannya...

Untukmu Ibu
www.iluvislam.com
dihantar oleh:  nurpalestina
Editor: ar-ruhul JADEED

“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau
buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab
sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah  dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal
di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang
hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar
dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini
darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau
cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along
semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga
tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan
pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali
dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along
meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?”
Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along
bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat
menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan
tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan
kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas,
si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap
mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya
sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan
peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat
memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang
sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along
sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di
dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal
ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai
minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia
menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini.
Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu
menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya.
Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah
tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu
kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau
adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along
ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak
derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan
melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab
ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu
kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok
mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu
menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke
dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba
berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah
melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah
menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus
memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti
dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas
mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan.
‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke
ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas
menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa
bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali
tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk
asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”,
soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-
kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat
disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” ,
arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu
juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti
hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah.
Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat
menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada
sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti
lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah
itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke,
apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku.
Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat
nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%.
Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”,
Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya.
“Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya
menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya
menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi
silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu
sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu.
“Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”,
pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah
berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka
seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia
belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama
sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah
ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba
membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau
pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan
membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di
meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni
teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik
perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab
kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja.
“Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu",
sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar
tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along
mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera
mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along
sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan
rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang
dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian,
Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa
dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan
selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along
menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu,
dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas
ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah
untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang
dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh
setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-
anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu
sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya
menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang
Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?”
Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap
ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu,
Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi
cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus
menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan
sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi
Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “Ada” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti?
Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengkan kepala.
“semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe
melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “Ala, gurau ja la Abang Joe.
Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja
suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia
bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun
membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along
kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni,
saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai
menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana
akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa
itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya
tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang
bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang
soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih
banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.”
Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan
pergi jauh.
Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu.
Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi?
Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan
sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak
bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu
aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau
kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih.
Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan
ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli
jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping
kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku
kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor
kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz
mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu
kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi.
“Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku
lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera
menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum
menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke
rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus
merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke
tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami
retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk
si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia
menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari
hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat.
Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta
merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila
dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah,
Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along
semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya
itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu
yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya
merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat,
terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk
selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan
lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah
jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap
along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along
janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan
terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai
membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih
dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-
tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.
“Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik.
Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal
dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam
anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita
Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along
kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu
sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik
jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia
terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia
berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan
mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini
dianggap derhaka.
MULIANYA HATI SEORANG ANAK
www.iLuvislam.com
hycarleyeman
editor: azzahra_solehah

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia
dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan ibadah fardhu haji pada tahun ini.

“Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu ringgit lagi tu. Selewat-lewatnya
minggu depan bayaran mesti dibuat,” beritahu pegawai itu lagi. “Insya’Allah encik. Saya akan bayar seberapa
segera,” janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari
pejabat Tabung Haji, dia terus balik ke rumah.

“Pah….. Ooo….. Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.

“Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?” tanya Mak Pah.

“Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ni akan tertunai. Insya’Allah, dua bulan lagi kita
akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai,”
cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.

“Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam
senarai.”

“Betullah Pah oii…….. saya ni baru je balik dari Pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu kena bayar
segera selewat-lewatnya minggu depan.”

“Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itupun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga
sekurang-kurangnya dalam seribu.” Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.
“Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma
dua ribu seorang saja.”

Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak-anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan
harapannya.

“Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik, boleh kita berunding,” cadang Pak Uwei.

“Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang,
lagipun apa pula kata menantu kita nanti, nak ke Mekah minta duit anak-anak.” Mak Pah tidak bersetuju dengan
rancangan Pak Uwei.

“Pah…. Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak
hulur dua ribu pun tak boleh, lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah,
saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni.” Yakin benar Pak Uwei, harapan yang
menggunung digantungkan kepada anaknya.

“Tapi bang………..”

“Dahlah…… pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu,”

pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang
dia akan pulang, kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa
memberitahu hajatnya.

“Insya’Allah, Kis balik nanti Abah. Ermm! Abah nak Kis suruh Intan balik sama?” tanya Balkis.

“Ikut suka kaulah, bagi Abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya….,” balas
Pak Uwei.

Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya, tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan denga Intan. Sikap
degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar, tidak seperti
Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak
Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang, mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini
hubungan mereka seperti orang asing.

“Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi.” Pak Uwei tidak bersetuju
dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.

“Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram.” Bantah
Intan menaikkan darah Pak Uwei.

“Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak
akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam
tu?”

“Itulah Abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat Abah. Kerja apa
dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh Abah.” Intan cuba
membuat Abahnya faham.

“Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia
membantah cakap macam kau ni!”

“Intan memang tak sama dengan Kak Balkis, Abah. Intan suka berterus-terang, kalau tak kena Intan cakap depan-
depan, bukan membebel kat belakang,” balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada Abahnya.
“Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi….. aku dah tak larat nak larang. Nak
terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah.”

“Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!” Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak
mempedulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu, Intan tetap pulang setiap kali cuti. Dia bersikap
selamba biarpun abahnya tidak mempedulikannya.

Intan selalu menghulur duit, tapi hanya kepada maknya sahaja. Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-
anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu, selesai menikmati makan malam
dan berjemaah sembahyang Isyak, mereka duduk berborak di ruang tamu.

“Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit,” Pak Uwei memulakan bicara.

“Hajat apa pula Abah?” tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.

“Abah dan Mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian Mak kau masih belum
cukup lagi, abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah,” Pak Uwei
mengutarakan hasratnya.

“Boleh tu boleh Abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru je keluarkan wang simpanan buat duit muka beli
rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan,” ujar Muaz.

“Tapi…… Pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan.”

“Kalau dalam seminggu dua ni Abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan
duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan,” jawab Muaz serba salah.

“Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?” tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya.

“Rumah baru tu besar sikit Abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar, masing-masing nak
bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi Abah, pelaburan masa depan juga,” sampuk Mira isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. “Kamu macam mana Kis, boleh tolong Abah? Nanti Abah
bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti,” Pak Uwei berpaling pada Balkis.

“Kis pun rasanya tak dapat nak tolong Abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal
perniagaan Abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah…… ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.”
Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.

“Man bukan tak nak tolong Abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke
Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman.”

“Betul kata Man tu Abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok,” sokong Muaz. Kata-
kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan,
Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.

“Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah Abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki, Mak pula
pergi,” Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan.

“Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau Awak tak pergi, biarlah
kita sama-sama tak pergi….. dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?” Pak Uwei bangun masuk ke bilik
meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.

Intan tahu Abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya, tapi Intan
faham kecewa Abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan
mengecewakannya begitu.

“Anak awak tu tak balik ke?” tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama dengan abang
dan kakaknya.

“Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,” balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.

“Nak ke mana pulak tu?” tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap.

“Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya.” Sengaja Mak Pah menekan
suara bila menyebutnya anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan
anak. Pagi Isnin itu selepas bersarapan, Intan bersiap-siap hendak keluar.

“Nak ke mana Intan pagi-pagi dah bersiap ni?”

“Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.”

“Kalau nak ke bandar suruhlah Abah kau tu hantarkan,” suruh Mak Pah.

“Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula Abah tu. Intan pergi dulu.” Mak Pah
menggeleng memerhatikan Intan berlalu. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati
membuat anaknya itu menyisihkan diri.

Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu, mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.

“Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni Abah kau ada beli ikan baung salai,
mak masak lemak cili api.”

“Ingat lagi Abah lauk kegemaran Intan rupanya,” usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.

“Mak Bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak,” jawap Pak
Uwei sinis. Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor, kemudian
dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedan membaca suratkhabar. Mak
Pah pula melipat kain.

“Mak, Abah….. Intan ada hal sikit nak cakap ni….,” ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan
suratkhabar yang dipegangnya., kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.

“Apa hal….. kamu nak kahwin ke?” soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar
soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar, Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa
hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu.

“Abah ni…… ke situ pulak….”

“Habis tu?”

“Ini….. kad Tabung Haji Mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ini resit memasukkan duit ke akaun Mak.
Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek Mak dan Abah. Yang dua ratus lagi ni untuk
buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti.” Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

“Apa???” Pak Uwei terkejut. Matanya merenung Intan dan duit ditangannya bagai tidak percaya.

“Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal Abah, terimalah. Selama ini
Intan banyak kali kecewakan Abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati Abah. Selama ini pun Intan selalu
sangat rasa kalah pada Abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak
seperti mereka. Intan tahu Abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat Abah.”

“Dah banyak kali Abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pulak
tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap Abah sudi terima pemberian Intan,” tutur Intan perlahan
memerhatikan air mata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia.

“Terima kasih Intan. Malu rasanya Abah nak ambil duit kamu…… dulu Abah selalu bangga dengan Balkis dan
Muaz yang memegang jawatan tinggi, tapi akhirnya anak Abah yang kerja kilang yang membantu Abah,” luah Pak
Uwei sambil mengesat air mata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.

“Sudahlah Abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira Abah sudi terima pemberian
Intan.”

“Pemberian kau ni terlalu terlerai bagi Abah dan Mak kau Intan….,” ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.

“Hah……tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni,” Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat
air mata penuh kesyukuran.

“Mak ni…..,” gelak Intan memandang abahnya yang tersengih. Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan
sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira
bercampur hiba.

“Semua dah siap ke Mak?” tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang
keperluan semasa di Mekah.

“Dah rasanya…… ada apa-apa yang Intan nak pesan Mak belikan di sana nanti?”

“Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli Mak. Yang penting Mak dapat menunaikan ibadah
dengan sempurna.”

“Hah! Awak dengan tu…. Kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah,” tambah Pak Uwei yang
turut mendengar perbualan dua beranak itu.

“Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di
dunia dan akhirat,” pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak
dengan permintaan Intan itu.

Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di
sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati.
Perasaan rindu pada anak-anak terutamanya Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan
mimpinya bertemu Intan di Tanah Suci. Intan tidak berkata sepatah pun, tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi
jauh.

“Kenapa resah aje ni Bang?” Mak Pah terjaga.

“Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.”

“Sabarlah, dah nak sampai dah ni,” pujuk Mak Pah. Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman
menanti mereka.

“Mak….. Abah…..,” Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan air mata
menitis laju.

“Mana yang lain ni, kamu berdua aje?” Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.

“Mereka menanti di rumah, Abah,” beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei.
“Intan pun tak datang juga ke?” tanya Pak Uwei terasa hampa.

“Awak ni….. kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.” Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ni nama Intan tak
terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak
Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.

“Dua tiga malam sebelum balik, Abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita
ni tentu dia gelihati.” cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz mengerling Azman yang sedang memandu.

“Tentulah Abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit,” balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

“Tapi Abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi Abah tu, Abah nampak Intan macam nak beritahu
dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun, hanya renung Abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?”

“Err….. tak ada Abah. Kita berhenti minum dulu Abah, tentu Mak haus,” ajak Azman.

“Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,” tolak Pak Uwei. Azman dan Muaz hanya berpandangan.
Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir
menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.

“Mak dengan Abah sihat ke?” tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya.

“Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?” Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.

“Naik dulu Ngahnya…….,” suruh Long Semah.

“Intan mana?” Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat
tangga menuju ke bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain
batik lepas. Dadanya bergetar.

“Az….. mana Intan? Mana adik kau Az?” tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah,
dia berpaut pada tepi pintu.

“Sabar Abah….,” Muaz menggosok belakang abahnya.

“Kenapa Az…….. kenapa?” Mak Pah menurunkan Syazwan, cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik
Intan.

“Mak…. Intan dah tak ada Mak,” Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak
bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu menglilinginya. Pak
Uwei duduk di tepi kepalanya.

“Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak
lihat kamu naik haji dah tertunai,” pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

“Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap
barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta
kita doakan dia,” Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu.

“Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?” tanya Mak Pah.

“Kami semua ada Mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya Mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini,
katanya nak kemaskan rumah. Mak dan Abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi, tiba-tiba malam Khamis tu
lepas solat Isyak dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital, tapi katanya masa dia
dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal Subuh hari Jumaat Mak…….. tiga hari lepas. Dia
pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,” cerita Muaz. Mak Pah menggenggam erat tangan suaminya,
terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka.

Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan, “Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari
sana. Hanya satu yang Intan mahu, Mak dan Abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat…..”

“Islam pada mulanya terasing, dan ia akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing”
Tangisan Seorang Lelaki di Bumi Debu Mesir
www.iLuvislam.com
oleh: akulahkaulah

``Hampir ku tangisinya ya Allah. Tidak! Sekali-kali tidak, aku tidak akan benarkan tangisan ini
ditumpahkan lagi. Cukuplah ia pernah berderai dahulu,tidak lagi sekarang ,mata ini juga perlukan
kerehatan. Benar, sukar sekali mata seorang lelaki untuk menangisi sesuatu ya Rahman. Apatah untuk
meratapi sesuatu dihadapan manusia .Kerana diri ini tetap seorang lelaki ,yang punyai egonya sendiri.’’

``Namun wahai Tuhanku,aku tidak mampu mengalah dari pinta hati ini ya Allah. Hanya engkau dan aku
yang mengetahui kesakitan ,jerit tawa,senyumnya,dukanya dan pilunya Ya Allah. Oleh kerana engkau
sahaja yang membelai hati ini wahai Pemilik hati, izinkan aku adukan padamu kesakitan hati ini.’’

Tuhan,aku kehilangan…
Diari hambamu..--/--/---,----------

Saat kau disisi,aku tersenyum ,malah tiada senyuman semanis ini dpt aku ukirkan selain diwaktu
disisimu,walau ia bukanlah terukir dibibir ini ,namun ku merasai kemanisannya. Sungguh! Di dasar hati
yang tidak pernah diketahui oleh sesiapa melainkan aku dan Dia. Tika itu kau membelai-belai jiwa ini
,bahkan kau genggam hati ini agar ia tidak berbolak balik lagi. Aku merasai kenikmatanya. Dunia ini tiada
apa bagiku bila kau disisi. Hari-hari ku penuh dengan kebahagian walaupun tika itu aku ditekan ,aku
dicerca dan aku dihina. Tapi kau pun tahu,selagi kau disisi,semua itu tidak bererti bagiku..Tapi,itu dulu..

Ingatkah kau di malam itu? Aku termenung,lembaran langsir ku buka dan ku tatapi wajah bulan. Ku tatapi
wajah bintang.
‘Hei bulan..tidakkah kau pernah menangis? Tidakkah kau pernah bersedih? Tidakkah pernah berasa
sengsara menanggung derita?
‘Hei bintang..kan best kalau aku jadi kau. Tiada duka,tiada sensara ..Pasti hidup kau gembira kan?..’
Namun bulan dan bintang membisu..aku pun turut membisu dan kau juga terus membisu waktu itu sambil
memandangku penuh sayu..malangnya,kelibat dirimu kabur dimataku detik itu..

Untukmu,
Tahukah engkau, aku merindukan sesuatu.Aku terasa kekosongan dalam diriku.Setiap langkahku menuju
ke university longlai, renungan ku di papan putih semuanya pura-pura, sedangkan fikiranku entah
melayang ke mana. Aku memujuk jiwaku agar memberikan haknya kepada seluruh pancainderaku.
Namun ku tidak mampu. Aku rindu..Aku rindukan dirimu..Rindukan belaian mu..
Memang benar,aku akui ini semua salahku,semua ini berpunca dari diriku yang hina ini. Aku tidak pernah
memberikan yang terbaik untukmu. Dulu aku bersungguh-sungguh ingin mendapatkan mu. Aku tahu
sahabat-sahabat ku juga berusaha untuk mendapatkan dirimu.Untuk dirimu yang berharga,ku korbankan
segala galanya. Harta,tenaga dan jiwa,semua adalah untukmu..kerana aku sgt sayangkanmu..

Aku juga teringat akan peristiwa-peristiwa kita dahulu..

Merisik
Waktu itu kusingkapi tirai hidupmu,aku ingin mengenali siapakah dirimu sebenarnya,tempat
tinggalmu,keluargamu,teman-temanmu..Aku bertanyakan pada sahabat-sahabatku yang pernah
mengenalimu.Mereka juga ingin mengenalimu dirimu. Peliknya,aku gembira kerana mereka juga seperti
aku. Benarlah,dirimu umpama mutiara yang tersimpan didasar lautan. Perlu diselam ,perlu tenggelam.
Siapa yang lebih mendambakanmu,pasti berusaha kearah itu. Aku ingin menjadi salah seorang darinya.
Meminang
Setelah itu, aku yakin…Aku pasti..kau tercipta untukku. Alhamdulillah,pinanganku diterima olehmu. Aku
mulai merasai kebahagiannya. Tidak sabar ingin menjadikan dirimu teman hidupku. Teman yang akan
memegang hati kecilku tika ku jatuh,teman yang akan mengingatkan ku pada bila saat aku perlukanmu.

itu semua dulu..


Tapi bila berlalunya waktu, dalam tidak ku sedari aku tidak lagi menyayangimu, tidak lagi membelaimu,
tidak lagi bertanyakan khabarmu..Bahkan tidak lagi memberikan semangat dan kekuatan padamu seperti
dulu di waktu kau menerima pinanganku. Hajatku untuk menjadikan kau teman hidupku pudar begitu
sahaja. Segala persiapan dan perancangan hanya tinggal sebuah dongengan. Malah,hinanya diri ini, aku
tidak mendengar setiap teguranmu, bahkan kadang-kadang aku memarahi dirimu yang suci itu. Sehingga
aku merasakan kau tidak lagi perlu disisiku. Kau hanyalah burung yang singgah dikamar hatiku tika
musimnya. Bila tiba waktunya, aku perlukanmu,tapi bila musimnya berlalu,engkau ku halau dari
menganggu di diari hidupku. Entah berapa kali agaknya jiwamu dirobek-robek oleh kelakuan sang
binatang sepertiku. Seringkali juga aku rasai yang kau ingin lagi menyentuh hati ini,kau ingin menyintai
hati ini. Tapi,seringkali juga aku menjadi api,menjauhi dan terus menjauhi..

Kini,kau pergi..

‘IMAN,berilah aku sekali lagi peluang melamarmu,


Aku perlukanmu ,aku rindukanmu.
Sudikah kau menjadi teman hidupku?
Untuk selama-lamanya?’

p/s: bukan NURUL IMAN ye!.. =)

Koleksi Artikel iLuvislam.com

Setiap artikel & gambar yang tersiar di iLuvislam.com adalah bertujuan untuk perkongsian
sesama kita dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang
terdapat di sini tanpa izin pihak iLuvislam.com terlebih dahulu. Namun alamat iLuvislam.com
hendaklah disertakan bersama untuk rujukan.
Mahalnya HidayahMu ya Allah
www.iluvislam.com
oleh : deynarashid*
Editor : doraemong13

“Nanti kat UK tu tak payah la pergi usrah-usrah ni. Ada group itu lah, group ini lah. Na pergi sana tu nak
belajar je, bukan nak join group-group ni”.

Inilah antara pesanan-pesanan terakhir keluarga sebelum fly. Ish, susah juga ni. Dari MRSM Langkawi saya join
usrah (walaupun kecil-kecilan yang di handle bersama oleh rakan taulan), takkan di UK tak pergi usrah? Sekurang-
kurangnya ada juga pengisian rohani, betul tak?

Orang selalu kata saya ini kira bertuah jugalah. Anak ke-5, abang-abang dan kakak-kakak semuanya belajar di UK.
Mereka tahu sahaja keadaan di sini macam mana. Kalau dari segi preparation, memang tak perlulah pergi pre-
departure programme. Dah muak dengar. Tapi sudah semestinya zaman berubah. Kakak sulung saya tinggalkan
Malaysia sewaktu berumur 18 tahun (1995). Sudah semestinya lagi banyak cabaran dengan allowance pada ketika
itu sekitar £432+ sebulan dan terpaksa bayar rumah mahal di tengah-tengah kota Londang!

Tapi Allah itukan Maha Adil. Jadi anak ke-5 ni bukanlah bahagia sentiasa. Kerana saya tidak dilahirkan dalam
sebuah keluarga yang begitu ‘islamic’ (rasanya faham kot..), jadi tanggungjawab sebagai da’ie itu lagilah mencabar!
Siapa nak dengar suara kanak-kanak ribena yang hanya berumur 21 tahun ini, ye dok? Paling saya terasa kalau saya
pergi ESQ Training untuk recharge, selalu cemburu tengok orang lain bersama keluarga. Cemburu yang amat.
Berbuih sudah mulut memujuk keluarga untuk pergi tapi seringkali menerima jawapan-jawapan sindiran yang cukup
perit untuk ditelan. Pernah sekali saya pakai t-shirt sedikit labuh ke lutut dan ada tulisan ‘muslimah identity’ di
depan, jadi issue besar! Ya Rabbi.Pakai baju salah, tak pakai pun salah, ye dok? Kuang3..

Tapi lama-lama telinga saya ini mengalami proses hypertrophy (menebal akibat penambahan cell) agaknya, jadi
makin lama makin lali. Dan bukan telinga sahaja, bahkan hati saya juga hampir sahaja give up untuk berdakwah
kepada keluarga! Susah sangat! Asalkan kita seorang baik sudah. Betul tak? Ye ke? Macam itulah rasanya saya fikir
waktu itu.

Tapi lama-lama, umur meningkat (terasa tua pula o_O) dan banyak dengar kisah-kisah Rasulullah dan para anbiya’
dahulu yang jauh jauh jauh lagi mencabar (ayah Nabi Ibrahim tukang buat berhala lagi! +_+) dan mereka tidak
pernah berputus asa dalam berdakwah kepada keluarga walau sesaat, saya rasa saya perlu go slow dan tidak terlalu
emotional. Sedikit demi sedikit, Allah ajar saya untuk berlapang dada dan bersabar. Yang penting, akhlak adalah
perkara utama yang perlu dijaga. Tapi logik je, kalau perangai buruk, siapalah nak ikut, kan?

Mad’u (target) utama adalah adik saya yang masih belajar di kolej sekarang. Masa kecil-kecil dulu, biasalah, suka
bagi nama timangan kan. Dulu kami panggil dia ‘Anid’ (‫) َعنِي ٍد‬. Sampai dah besar panjang, baru perasan, dalam Al-
Quran (14:15) maksud perkataan itu ialah ‘keras kepala’! Ya Rabbii, patutlah!!! Keras kepalanya hanya tuhan yang
tahu! Tapi sekarang dah kurang sebab dah tukar nama panggilan dan mungkin sebab dah besar sedikit jadi boleh
fikir baik buruk. Pengajaran: Nama ini bukan main-main. Eloklah kita panggil sesiapa sahaja dengan nama yang
elok ye ^_^

Dulu-dulu kami selalu gaduh. Mungkin juga mampu membawa ke Perang Dunia ke-3! Yalah, semua benda dia buat
semua saya marah. Saya pun satu, dulu tak reti nak tegur cara berhemah. Heh..Tapi berkat kesabaran, dan sudah
tentu atas petunjuk dan hidayah Allah, dia mula terima sedikit demi sedikit. Bukanlah berubah secara total. Saya
masih perlu usaha keras lagi. Tapi kalau nak dekat exam, atau ada apa-apa masalah, dia selalu minta nasihat
daripada saya.

“I need your words, man. I need you right here right now,”.

Waduh.Terasa seperti pop star ^_^ Tak macam dulu, sekarang saya tidak perlu berlapik-lapik. Dia sudah tahu, apa
yang saya akan cari tidak lain tidak bukan ialah Al-Quran. Dulu dia tak suka berusrah di kolej.

“Kau kan ade Dina. Aku usrah dengan kau je la..”

tapi berkat ‘berusrah’ dengan saya, dia akhirnya pergi juga usrah di kolej. Huhu..

Saya tidaklah diuji seperti Nabi Ibrahim yang dilahirkan sebagai anak tukang buat berhala atau Nabi Musa yang
ditakdirkan menjadi anak angkat Fir’aun. Tetapi tak bermaksud saya lari daripada tanggungjawab sebagai seorang
da’ie daripada keluarga. Allah beri saya peluang untuk belajar di UK bukan sahaja untuk menjadi seorang doktor,
tapi Allah beri saya peluang untuk belajar tentang agama juga. Sudah tentu sudah menjadi tanggungjawab saya
untuk sharing dengan keluarga yang tidak dapat peluang untuk belajar ‘Sejarah Islam’ dan semua yang kita dapat
ketika usrah. Tidak langsung terlintas niat di hati untuk ‘tidak dengar kata’ bahkan jauh sekali untuk memburukkan
mereka! (bagi sesiapa yang kenal saya secara personal, keluarga saya adalah segala-galanya! cewah..). Sebab saya
sayang mereka teramat sangatlah saya kena sabar dalam mendidik jiwa sendiri serta diri mereka juga.

Selain daripada usaha yang saya buat untuk adik saya, saya hanya mampu berdoa dan berdoa, pagi petang siang
malam, supaya Allah limpahkan hidayah ke dalam hati mereka. Dan juga cuba menunjukkan akhlak sebaik mungkin
pada mereka. Kalau kena ‘tegur’, senyum sahaja dan tidak cepat emotional. Berlembut (baca: berhemah) ini
memang sangat penting. Orang tengok muka kita senyum mestilah sejuk hati, ye dok? Especially kepada mad’u
yang jenis rebellious dan jenis tak makan saman. Tapi makan masa. Waktu berlalu detik demi detik. Terasa seperti
tiada perubahan. Ada la tahun lepas, kakak saya tanya tentang ESQ. Dia kata dia rasa macam nak pergi. Tapi bila
tahu sahaja harga, terus put off. Hmm.. Kemudian? Saya pun meneruskan kehidupan seperti biasa.

Masa cuti summer lepas, alhamdulillah Allah bagi saya peluang untuk spend time lebih banyak masa dengan kakak
sulung saya. Dan saya kena resit OSCE, jadi, dapatlah practice di rumah bersama kakak. MasyaAllah, terasa
bahagia sungguh! Selama ini saya dan kakak tidaklah begitu rapat. Dia ke UK sewaktu saya berumur 8 tahun.
Kemudian dia pulang ke Malaysia for good waktu saya di MRSM Langkawi. Boleh kata sepanjang saya membesar,
saya tak pernah kenal kakak saya secara dekat. Bila dia sudah berumah tangga, lagilah banyak komitmen. Saya pula
dah mula belajar di asrama. Saya tak pernah dapat kenal kakak saya secara heart-to-heart.

Tapi cuti summer lepas saya berpeluang ‘mengenali’ kakak saya dengan lebih rapat. Kalau saya ke rumah kakak
untuk ambil Nazme dan Effa, terdengar di laptop kakak ayat-ayat Al-Quran. Hati saya terasa sayu. Lama-lama saya
dapat rasakan yang dia sedang mencari ’sesuatu’. I keep on praying and praying, semoga Allah bantu kakak saya
dalam mencari ’sesuatu’ itu. Dan sejak beberapa minggu yang lepas, seringkali kakak saya mesej saya di Facebook.
Tanya khabar. Kadang-kadang mesej saya di handphone. Dan baru-baru ini, kakak saya banyak luahkan perasaan
kepada saya. Dan baru saya tahu, betapa kakak saya pernah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk mencari
hidayahNya!

“Dulu housemate a.i masa A-level pernah bagi jubah. Maybe it was her indirect way to say that my dressing is
inappropriate. But I found it very insulting. So I gave it to other people instead. And I never liked all those usrah
people because they treated me as if I was not in the ‘gang’ if you get what I mean. Why must they segregate bad
people from the good one? Who are they to say that I’m bad and they’re good? But tak kisah la. And then when I
was in 3rd year medical school, nearing the summer hols, I again had the same-ish feeling. I wanted to ‘change’
and wear jubahs. When I got home in Malaysia, I didn’t tell mum, but I told Kak H and she was very enthusiastic
about it until she said: “Memang trend sekarang orang pakai jubah. Banyak dah fesyen-fesyen baru.” Trend??!
I felt misunderstood and the feeling to wear a jubah suddenly just melted away.”

“Sekarang kan musim haji. Do you know that I can’t think about Kaabah and Mekah without getting spasms in
my throat and tears in my eyes – kuat sangat rasa keinginan plus kesedihan tak dapat nak pergi sana lagi. I so
want to go. How great it would be to take a small break in your life i.e taking a break from being a wife, mother,
daughter, doctor.. And just being able to beribadah 24 hours a day in front of the Kaabah.. rumah Allah? And
think of nothing except Him? And begging for keampunan atas semua dosa-dosa yg telah dilakukan selama
ni..?”

Ya Allah ya Allah..Saya rasa terkilan sangat. Sangat terkilan. Sebab di kala saya berada jauh dari rumah, di kala
saya selesa ditemani sahabat-sahabat yang saling mengingati, di kala saya ’secured’ by my circle of friends di sini,
saya terpaksa berjauhan dengan orang-orang yang saya sayang yang perlukan saya disisi mereka. Banyak lagi yang
saya nak sampaikan pada mereka sebenanrya. Di kala saya berjuang di sini, sentiasa dilimpahi dengan tazkirah-
tazkirah daripada sahabat-sahabat, saya terlupa dengan kesusahan orang-orang yang saya sayang untuk mencari
hidayahNya!

Tapi saya tahu, apalah kuasa yang saya ada kalaupun saya bersama mereka sekarang kalau tidak atas rahmat Allah
sendiri. Apa-apa pun yang saya buat, Allah jualah yang mampu memberikan hidayah kepada orang yang Dia
kehendaki! Ya Allah, mahalnya hidayahMu ya Allah! Tidak mampu tercari dan tidak mampu dibeli dengan apa jua
di atas muka bumi ini!! Bahkan Rasulullah s.a.w pun tidak mampu mengislamkan bapa saudaranya!

Banyak yang saya belajar daripada semua yang berlaku. Tapi yang paling utama ialah, kita tak boleh putus asa
dalam mengajak orang dan DIRI SENDIRI kepada Islam (baca: yang betul-betul satria 165! Bukan satria 5 tanpa 1
dan 6! Pergh, susah ni!) walau sesusah mana pun. Saya tahu kebanyakan daripada kita berlatar belakangkan
keluarga yang agak ‘islamic’. Tapi saya hanya berkongsi sedikit sebanyak just to be aware of people coming from
different walks of life! Sebab mungkin sekarang kita rasa kita ‘telah’ diberi hidayah dan kita berasa ’secure’
sedangkan kita tak dapat guarantee daripada Allah pun macam mana keadaan kita apabila dimatikan nanti. Adakah
kita ingin simpan ‘hidayah’ pada diri kita sendiri sahaja? Kalau ya, maka amat rugilah kalau kita tak sama-sama
kongsi dengan orang lain yang masih ramai mencari-cari di luar sana.

Ya Allah.Sia-sialah hidupku ini. Sia-sialah kejayaanku selama ini. Sia-sialah pencapaian duniawiku selama ini. Sia-
sialah segala usahaku selama ini. Sia-sialah masa mudaku selama ini. Sia-sialah segala-galanya TANPA
pengampunanMu ya Allah. Sia-sialah segala-galanya TANPA keredhaanMu ya Allah. Maka berkatilah daku ya
Allah. Ampunkanlah daku ya Allah. Lemparkanlah lembayung rahmatMu kepadaku, ibu bapaku, adik-beradikku,
ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, serta semua orang yang bersamaku ya Allah. Kumpulkanlah kami semua
sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w yang dapat bersama-sama baginda ke syurgaMu kelak. Amin ya Rabbal
‘Aalamiin!
Otak

Kesan Zikir Terhadap Otak


www.iluvislam.com
PenaHalaqah
Editor : doraemong13

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk
melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti
yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik
yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa
kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan
saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut
menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf
yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang
sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk
melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran
Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan
PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap
perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila
sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf,
termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan
yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini
sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti
meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah
lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng
kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Berundur Dalam Beribadah
www.iLuvislam.com
Zaffan Khalid*
Editor : kasihsayang

“Naqib…….”, kedengaran suaranya yang lemah melalui telefon.

“Ramai yang keluar hujung minggu ini”, katanya lagi.

Naqib dapat mengagak mesej yang cuba disampaikan.

“Apakah kamu bersedih?” soal Naqib.

“Sedikitlah. Tidak ramai yang dapat hadir. Muka yang biasa, tiada. Apa kata ditangguhkan pada minggu hadapan”,
dia mencadangkan.

“Sedikit atau ramai bukanlah motivasinya. Mereka keluar mecari ilmu. Mereka yang tinggal di dalam juga perlukan
sesuatu. Kita teruskan sahaja dengan apa yang ada”, Naqib memberikan keyakinan.

“Baiklah. Kita teruskan!”, suaranya kembali ceria.

Debaran Sebelum Bermula

Setiap kali sebelum bermula, Naqib pasti berdebar dan tertanya-tanya. Berapa ramailah agaknya yang bakal turut
serta.

Astaghfirullah. Serahkan semuanya pada Allah.

Naqib serta sahabat-sahabatnya telah berusaha. Jauh sekali ingin memaksa, sebaliknya memberikan pilihan serta
kebebasan penuh pada mereka agar kehadiran lahir dari dalam diri.

Jam menunjukkan masa yang dijanjikan untuk bermula. Alhamdulillah, ada yang sudah tiba. Jelas kali ini tidak
ramai seperti biasa. Namun syukur kepada Allah kerana angka 20 sudah cukup memeriahkan suasana. Paling
penting ialah hati-hati yang hadir dan berkumpul pada ketika itu ikhlas keranaNya.

Beberapa individu sempat bertemu Naqib menunjukkan muka. Memohon maaf kerana tidak dapat turut serta.

“Maaf tidak dapat join kali ini”, ujarnya.

“Tiada siapa yang bersalah”, ujar Naqib dalam senyuman dan bersalaman.

Jangkitan Budaya Memberi

“Mengapa agaknya kita lakukan aktiviti ini setiap kali” tanya Naqib kepadanya.

“Ruang untuk memberi serta menerima. Ruang untuk santai dan berfikir hal-hal seharian kita lalu mengaitkannya
dengan Maha Pencipta”, jawabnya ringkas.

“Tepat sekali. Justeru, apakah pantas berundur kerana jumlah kehadiran yang sedikit? Atau mungkin kerana
cabaran-cabaran lain yang pelbagai, bisikan syaitan dan manusia?”, soal Naqib lagi.

Dia diam. Mungkin terkenangkan perbualan di telefon.

“Berakviti sebegini ibarat memberi. Memberi adalah satu ibadah. Justeru, kita bukannya ingin berlawan. Ibadah
bukan untuk menyakitkan siapa-siapa. Bahkan untuk menunaikan ibadah, hati perlu tenang dan ikhlas agar Allah
terima. Moga-moga kita akan lebih rancak berlumba-lumba dalam kebaikan. Moga-moga, semangat untuk memberi
ini tersebar lalu berjangkit pada orang lain pula”, Naqib memberikan pendapat.

“Apabila semua orang beraktiviti positif, bukankah mudah kerjanya”, dia menamatkan bicara.

Setiap tindakan kita perlu jelas tujuannya. Apabila bertindak, perlulah bijak serta penuh tanggungjawab. Kelak
setiap tindakan akan meninggalkan kesan yang perlu kita berhadapan dengannya.

Tindakan yang dimulakan dengan niat ikhlas pasti dipermudahkan sekalipun terbentang cabaran. Usahlah gusar.

Andai jumlah bilangan yang hadir itu melemahkan, masakan tentera Badar al-Kubra tetap terus melangkah ke
medan perang.
 Our Fajr Double Advantage
www.iLuvislam.com
Productivemuslim*
editor : everjihad

The key to spiritual and material success for Muslims!

"Early to bed, early to rise makes a man healthy, wealthy and wise" - a famous maxim coined by the American
scientist, writer and inventor, Benjamin Franklin.  And he was not alone in these beliefs.  The writer Samuel
Johnson also warned that "nobody who does not rise early will ever do any good".

This is not just opinion but proven scientific fact.  A study by researchers at Brigham Young University in Provo in
the American state of Utah found that:

    "students who habitually go to bed late and sleep late the next day have lower grade point averages (GPAs)
than students with early-to-bed and early-to-rise sleeping habits.  The later students slept in the morning, the
lower their grades tended to be.  Out of all the factors studied, weekday and weekend wakeup times had the
strongest association with students' GPAs. Each hour over the average that students slept in on weekdays was
associated with a 0.13-point drop on the GPA (0.0-4.0 scale)."
    Source: Journal of American College Health 2000; 49: 125-130

Of course, we Muslims are well used to getting up not just at the crack of dawn but actually half an hour before it to
begin the day with the ritual worship of fajr salat (and even earlier in Ramadan before starting the day's fast).

Spiritual Success

What are the spiritual blessings of fajr salat?

According to a hadith recorded in Sahih Muslim, prophet Mohammed (Peace be upon him) stated that the action
which is dearest to God is salat at its proper times.  On another occasion prophet Mohammed (Peace be upon him)
also said to his companions:

"The five set prayers may be compared to a stream of fresh water, flowing in front of your house, into which you
plunge five times each day. Do you think that would leave any dirt on your body?' When they replied: 'None at all!'
Mohammed (Peace be upon him) said: 'Indeed the five prayers remove sins, just as water removes dirt." 
(Bukhari, Muslim)

And once while standing beside a tree in autumn, he stated:

"When a Muslim observes his salat with due attention and devotion, he sheds his sins just like this tree is shedding
its leaves." (Ahmad)

Moreover, in the Quran we are told that prostrating (in salat) brings us closer to God (96:1).

Prophet Mohammed (Peace be upon him) also tells us that fajr salat along with isha is particularly rich in blessings:

"If people only knew what blessings are in the fajr and isha prayers, they would come to them, even if they had to
crawl."
(Bukhari and Muslim)

And according to Utham, (RA), prophet Mohammed (Peace be upon him) said:

"To perform the dawn prayer, [fajr], in congregation is like keeping vigil throughout the night." (Muslim).

Material Success

In Surah 23, ayats 1-2 of the Quran we learn that:

"Certainly the believers have succeeded, those who offer salat with devotion."

Spiritual success certainly.  But as Muslims we are also called upon not just to earn spiritual blessings for the next
world but also to be materially successful in this one.  Despite the obvious call to work hard and make the most of
our abilities demonstrated in the parable of the talents, the Christian West has often had an ambiguous attitude
towards wealth, sometimes glorifying poverty and misinterpreting Jesus's gospel statement that "love of money is
the root of all evil" to mean that money itself is the root of all evil.  As a Muslim, I am more inclined to agree with
the playwright George Bernard Shaw who is reported to have said that "lack of money is the root of all evil".

[Shaw was an admirer of prophet Mohammed (Peace be upon him) and in the 1936 book The Genuine Islam
referred to him as "the wonderful man" and "the saviour of humanity".]

Prophet Mohammed (Peace be upon him) himself stated:

"There will dawn a time over people when the destruction of a man will be at the hands of his wife, parents, and
children. They will humiliate him because of his poverty and will make such demands which will induce him to
engage in such activities (to gain more money) which will finally destroy his religion."
- Baihaqi. Narrated by Ibn Mas'ood (RA) and Abu Hurairah (RA)

The other side of the coin, so to speak, is:

"How excellent is the wealth of the Muslim".


- Sahih Bukhari hadith 4.95 Narrated by Abu Said Al Khudri (RA)

It is wealth which enables us to take care of our families, keep on the straight path and avoid doing wrong in order to
make ends meet.  It is wealth which enables us to meet our obligation to pay Zakat.  It is wealth which enables us to
help others and contribute to Dawah through additional charity.  It is wealth which enables us to meet our obligation
to go on Hajj.

It was wealthy Muslim traders who peacefully spread Islam throughout West Africa and the areas we now know as
Malaysia, Indonesia and Brunei.  And if we look at the first generation of Muslims, we find the shining example of
Abdur-Rahman Ibn Awl.  The eighth person to embrace Islam, he migrated twice to Abyssinia.  Abdur-Rahman
distinguished himself in both the battles of Badr and Uhud, suffering more than twenty wounds at the latter.  Then
starting with nothing, he went on to achieve tremendous success as a merchant, becoming the richest of the
companions.  From his great wealth, Abdur-Rahman financed the Muslim armies, contributed to the upkeep of the
family of Mohammed (Peace be upon him) after the prophet's death and was universally renowned for his fabulous
generosity.

So how can we turn getting up for Fajr to our material advantage?  Certainly not by slinking back into bed again and
snuggling up for another few hours.  As prophet Mohammed (Peace be upon him) said:

"The most excellent jihad is that for the conquest of self." (Bukhari)

In the context of fajr, what this means is, once up, stay up!  Stay up and do something useful.  Work on your goals. 
If you don't have any, set some.  Decide what you want to achieve in life.  Devise a plan to make those goals a
reality then take action.  You will be amazed at what you can get done in those few quiet hours when most of the
rest of the world is still asleep.  You can organise your day, learn a language, work on your degree course or get fit
by going jogging in the coolness of the morning.

You can also turn staying up after fajr to your career advantage by driving into work earlier, beating the traffic then
packing so much productive work into the next hour without interruption because no one is there to pop into your
office and the phone hasn't started ringing yet.

A further fajr advantage is that along the way you can listen on cassette to the wisdom and inspiration of
motivational and business speakers.  We spend hundreds of ours commuting in our cars every year, by some
estimates the equivalent to two full terms of university tuition.  Put this time to good use, especially first thing in the
morning when you are relaxed and driving on a virtually empty road, when you are bright and fresh and can best
take it all in.  Turn your car into a university on wheels.

Each of our lives is different, but you know how to apply these ideas to your own situation.
Take action now!

"Ah, that's too hard", I hear you say.  Well God assures us in the Quran that:

"We do not lay a burden on anyone beyond his capacity." (Quran: 23:62)

It is possible to turn these early hours to great advantage.  It's desirable and it's beneficial.  We are obliged to get up
for fajr anyway.  From this we derive a spiritual advantage.  Let's stay up and get to work.  Why have just one type
of advantage when we can have two - spiritual and material.  As Muslims we are uniquely placed.  The next fajr is
less than 24 hours from now.  First thing tomorrow morning make sure that you take advantage of your fajr double
advantage.

[Author's footnote: After working on other tasks, I started this article at 6 am and have just finished it at 8.20.  Now
for a day's work!]
Bagaimana BidadariMu?
www.iluvislam.com
Dihantar oleh : apa2punbleh*
Editor : arisHa27

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan
jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”

Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

Wanita Mananah:

Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; “Aku membuat
itu keranamu”

Wanita Hananah:

Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada
anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:

Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk
memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:

1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.


2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:

Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan.
Glosari:
1. Lagha : sia-sia

Nota:
*Penghantar artikel ini menyatakan bahawa artikel ini bersumberkan perkara yang dicatatkan
oleh Imam Al-Ghazali.
Sibuknya Kamu
www.iluvislam.com
Abang Imam
Editor: Afdhal87

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,


"Beribadah disaat-saat huru hara, dunia kacau bilau adalah seperti hijrah kepadaku."
(Hadis riwayat Imam Muslim).

Muslim yang mampu beribadah dan menunaikan kewajipan agamanya disaat-saat yang penuh dengan huru-hara
dan gangguan daripada segenap penjuru dan mampu mengingati Allah s.w.t disaat-saat orang lain lupa dan
disibukkan dengan perkara yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilalui
oleh kaum muhajirin dizaman Rasulullah s.a.w. Inilah hikmah perbezaan zaman. Mudah-mudahan kita termasuk
dalam golongan yang mampu beribadah walaupun dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan dan
mudah- mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan Allah seperti yan dinyatakan dalam hadis
Rasulullah s.a.w. Hadis ini termasuk dalam kitab yang menerangkan tentang hadis-hadis akhir zaman sedangkan
tiada disebut dalam lafaz dan mantan hadis peristiwa tentang akhir zaman ataupun tanda-tanda kiamat. Tetapi
pada maknanya inilah kejadian akhir zaman.Kita duduk pada zaman yang terakhir.

Tanda hari kiamat sudah mendekati dunia islam ialah Kelahiran Nabi Muhammad S.a.w itu sendiri. Nabi telah
meninggalkan kita sudah 1430 tahun dan kita ini sudah berada di penghujung. Dunia sudah terlalu tua. Dalam
keadaan yang penuh dengan huru-hara. Ini terbukti dengan macam-macam kisah jahil dengan niat mengejar
dunia,cari makan,cari harta dan sebagainya. Sibuk dengan pemerintahnya,sibuk dengan hal masing-masing
ataupun huru- hara dengan makna berlakunya pelbagai maksiat yang tak pernah berlaku dan maksiat yang sudah
berlaku semakin bertambah banyak.

Maka dalam keadaan masyarakat hari ini.Masing-masing lupa kepada beribadah kepada Allah. Barangsiapa yang
masih lagi sempat meluangkan masa beribadah kepada Allah maka pahala-pahala hijrah.iaitu pahala yang telah
didapat oleh golongan muhajirin iaitu sahabat yang telah berpindah dari Mekah ke Madinah. Walaupun tidak sama
seperti pahala orang orang muhajirin tetapi pahala hijrah itu maksudnya pahala yang sangat besar disisi Allah s.w.t.

Kenapa pahala yang begitu besar diberi kepada kita oleh Allah s.w.t ?
Kerana pada akhir zaman maksudnya orang semakin lupa untuk beribadah. Ketika orang ramai sibuk beribadah
seperti mana zaman Nabi s.a.w.,zaman para sahabat, zaman tabi'in dan zaman solafus soleh. Pada masa ini pahala
yang didapati tidak sebanyak pada zaman kita. Apa jua pekerjaan pun kalau ramai orang boleh melakukannya
maka bayarannya sedikit sahaja. Tetapi bila pekerjaan itu tidak ramai yang boleh melakukannya maka bayarannya
akan banyak.

Zaman kita ini ramai yang tidak mencari akhirat tapi bila kita masih lagi mencari maka banyak pahala yang akan
diperolehinya. Itulah kelebihannya kerana orang ramai tidak memerlukannya. Terbuktinya sekarang ini masing-
masing sibuk. Sibuk sampai tidak sempat pergi ke masjid. Hanya mampu sekali seminggu saja pergi ke masjid iaitu
pada hari Jumaat. Kalau tidak hanya pada Solat sunat hari raya sahaja. Sibuk sampai tidak sempat menadah kitab.
Orang mengajar hadis, tidak boleh hadir, orang mengajar tafsir, tidak boleh mari, orang mengajar feqah, tidak ada
masa, orang mengajar akidah , ada mesyuarat, Orang mengajar Al-Quran biar jadi lembut lidah, biar jadi sah
sembahyang, ada hal kat pejabat, orang nak beritahu bab taharah, haid, nifas, tayamum, wudhu. Tidak
diperbolehkan juga. Kenapa? nak sambut menantu dan menimang cucu.

Maknanya kita sangat sibuk. Maka zaman orang sibuk ini, barangsiapa yang sempat maka kitalah orang yang
terpilih. Manusia hamba Tuhan yan berakal yang diberikan taufik beserta dengan hidayah. Dalam keadaan ramai
orang yang lalai maka janganlah kita menjadi lalai.
Dalam surah Al-Ara'f , Allah berfirman ,
"Jangan ada kamu tergolong dalam golongan orang- orang yang lalai".

Kita kena beribadah dalam keadaan ikhlas kepada Allah. Segala perkara yang baik kita niat kerana Allah s.w.t akan
menjadi satu ibadah. Memasak kerana Allah, membasuh kereta kerana Allah dan jadikanlah setiap detik itu berada
dalam niat ibadah. Hati elemen yang paling utama dalam memimpin manusia itu kepada beribadah kepada Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Dalam tubuh anak adam itu ada seketul daging,kalau baik daging yang seketul ini maka baiklah keseluruhan
tubuhnya,jika buruk seketul daging itu maka buruklah keseluruhannya,ketahuilah olehmu itu ialah hati".

Beruntung kita yang membersihkan hati !


Di sebalik ''Al-Fateh'' dan Erdogan
www.iluvislam.com
dihantar oleh : viceur
editor : everjihad

Dalam pada umat tercari-cari bilakah ‘Salahuddin Al-Ayyubi’ akan muncul untuk membebaskan Baitul Muqaddis
dan menyelamatkan umat Islam di Palestin, mengusir keluar kaum Yahudi yang menguasai Baitul Maqdis sekarang
(sebagaimana Salahuddin yang berjaya menghalau tentera Salib dari 4 buah negara Eropah pada masa lalu), tiba-tiba
hari ini telah berlaku satu peristiwa seolah-olah telah munculnya seorang ‘Salahuddin’ tersebut. Heboh diperkatakan
oleh media-media antarabangsa sikap ‘hero’ yang ditunjukkan oleh Erdogan di Davos yang menggambarkan
kebencian kepada tindakan serangan Israel yang membunuh lebih 1300 orang penduduk Palestin dan mencederakan
lebih 5000 warga Ghaza. Bahkan yang menarik terdapat suatu ketika dulu dalam laporan Berita Astro Awani  yang
menjuluki nama Erdogan dengan gelaran ‘Penakluk Davos’ atau jika ditukar ke dalam bahasa Arabnya menjadi “Al-
Fateh”. Ini sebagaimana gelaran yang diberikan kepada Muhamad Al-Fateh yang membuka kota Constantinople dan
menukar namanya menjadi IslamBul (Bandar Islam).

Sebelum kita menjadikan seseorang itu hero di kalangan pemimpin-pemimpin pengecut kaum Muslimin, marilah
kita melihat terlebih dahulu sejarah hidupnya, dan tindakan negara pimpinannya.

Dahulu, selain berjaya membebaskan Baitul Maqdis, Solahuddin Al-Ayubi juga berjaya menggulingkan
pemerintahan ‘Khalifah’ Fatimiyyah yang sesat di Mesir. Beliau seterusnya berjaya membawa Universiti Al-Azhar
menjadi institusi keilmuan yang terkenal dan disegani. Kini, kejayaan Erdogan adalah menggulingkan pemerintahan
Turki dan menjadikan negaranya sebagai hub untuk logistik tentera Amerika Syarikat.

Mengikut laporan CNN 70% dari kargo udara ke Iraq adalah melalui Negara Turki. Turki yang sebelum ini
merasakan perlu bertindak untuk mengehadkan kerjasama setelah ‘terasa’ dengan tindakan Amerika yang menghina
negara bangsanya, ternyata telah memberikan bantuan sepenuhnya kepada Amerika, dalam keadaan dia (Erdogan)
tahu bahawa bantuannya kepada AS akan memudahkan AS menyerang Iraq dan akan menyebabkan huru-hara dan
mengorbankan ribuan nyawa umat Islam di Iraq. Jika sahaja mereka tidak memberikan kerjasama, nescaya ini akan
menjejaskan usaha Amerika untuk menduduki Iraq dalam tahun 2003 dan dapat mengelakkan episod penuh
kemusnahan dari terlakar dalam sejarah Iraq. Begitu juga dengan Mesir, Arab Saudi, Qatar dan Kuwait yang turut
mengkhianati Allah, Rasul dan kaum Muslimin dengan membenarkan negara masing-masing menjadi ‘base’ kepada
AS.

Penjajahan Amerika ke atas Iraq telah menyebabkan ketidakstabilan di rantau itu, menguatkan nasionalisme Kurdish
dan mengancam kestabilan wilayah Kurdish di Turki secara langsung." Sebagai seorang pemimpin dan panglima
perang Muslim, Salahuddin Al-Ayubi telah menghantar banyak ketumbukan tentera untuk memerangi kaum kuffar,
yang merupakan musuh Allah dan Rasul dan musuh kita semua. Manakala pada tahun lepas dan dua tahun lepas,
Erdogan, sebagai pemimpin Muslim dan orang yang memegang ketenteraan, telah menghantar banyak ketumbukan
tentera untuk memerangi puak Kurdish yang dianggapnya sebagai musuh, pengganas dan militan.

Lebih menyedihkan, serangan tersebut dilakukan dengan ‘restu’ dari Amerika, walhal Amerika yang ketika itu
sedang mengganas di bumi Afghanistan dan Pakistan. AS langsung tidak diperangi oleh Eerdogan, malah sebaliknya
(AS) ‘dibantu’ oleh Erdogan untuk memudahkan golongan kuffar itu membunuh umat Islam yang lain. Fakta yang
tidak kurang pentingnya adalah hubungan kerajaan Turki pimpinan Erdogan dengan institusi haram Yahudi. Turki
adalah antara negara yang mengadakan hubungan diplomatik secara rasmi dengan Israel hingga ke hari ini. Duta
Turki ke Malaysia sendiri iaitu Barlas Ozener adalah bekas Duta Turki ke Israel, dalam temuramah dengan Berita
Harian, dia sendiri menerangkan masalah pegangan sekularnya.

Beberapa kenyataan mengecewakan dari kedutaan Turki sendiri dapat kita lihat tentang hubungan Turki dengan
Israel.

Turkish Ambassador in Israel, Barlas Ozener, called upon Turkish entrepreneurs to make further cooperation with
their counterparts. Ozener noted that he wanted cooperation with Israel in trade and technology in addition to
military projects and said: "Turkish businessmen can sell everything to Israel on condition that they pay attention to
quality". Ozener stated that Israel's state-of-the-art technology in agriculture could also be evaluated in joint
projects with Turkey and added that following the free trade agreement between Turkey and Israel, the agreement
for the prevention of double taxation and the encouragement of investments should be promulgated at the Turkish
Parliament as soon as possible.

Hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa Turki bukan sahaja sebuah negara yang banyak melakukan hubungan
dagang dengan Israel secara langsung, malah melakukan latihan ketenteraan dan inteligensia secara bersama-sama,
dan hal ini dicemburui oleh beberapa Negara Arab yang lain. Dengan kata lainnya, Turki dari dulu telah melakukan
hubungan antarabangsa yang baik dengan Institusi Haram Israel ini, di bawah pimpinan Erdogan. Sedangkan
Salahuddin Al-Ayubbi sebagai penyelamat kepada Baitul Maqdis, beliau membebaskan Baitul Maqdis dengan
melawan serangan hebat Eropah. Siapa yang tidak kenal dengan kehebatan perang dan ketakwaan Salahuddin? Hatta
Eropah pada masa itu sendiri mengenalinya sebagai singa dan mereka menyebutnya dengan Saladin.

Ketika tentera salib hampir memusnahkan Masjid Al-Aqsa dengan lautan darah dari pembunuhan lebih 5,000 umat
Islam di Palestin, bagaikan 'singa lapar' Solahuddin dan tenteranya melancarkan jihad bagi menamatkan kekejaman
Kristian hampir 200 tahun itu (1096/489H - 1192/588H). Ribuan tentera Salib yang diketuai raja-raja Eropah ketika
itu, (Raja Jerman, Frederick I Barbarossa, Raja Perancis, Philip II Augustus dan Raja England, Richard The Lion
Heart) mati serta tunduk kepada perjanjian damai yang diputuskan oleh Salahuddin pada bulan Syaaban 588 Hijrah
(1192 Masehi).

Siapakah yang dapat menandingi sikap dan kejayaan Solahuddin yang benar-benar berlandaskan al-Quran dan Al-
Sunah? Siapakah di kalangan pemimpin kaum Muslimin hari ini yang berani menyebut perkataan ‘jihad’?.
Sesungguhnya ‘keberanian’ Erdogan meninggalkan Davos amat jauh untuk meletakkan dirinya di tempat ‘Al-
Fateh’.

Semasa umat Islam di seluruh dunia mengharapkan adanya pemimpin Islam yang terus segera melancarkan jihad ke
Gaza tatkala Gaza diserang, di manakah Erdogan dengan tenteranya? Apakah yang Erdogan buat dengan tenteranya,
yang dahulu begitu berani digerakkannya untuk memerangi sesama umat Islam Kurdish? Ternyata, Erdogan hanya
memilih untuk berdiam diri dan bersikap penakut sebagaimana pemimpin Islam lain yang hanya pandai
mengemukakan usul perdamaian.

Perjuangan Erdogan masih lagi ditekan dari aspek kesekularan negaranya. Tatkala Salahuddin berjuang keras
melindungi umat Islam di Baitul Maqdis dengan mujahidin dan menghalau tentera kufur, dan barulah dia melakukan
kesepakatan gencatan senjata, namun kini Erdogan dengan Turki yang sekular terus menerus mengadakan hubungan
intim dua-hala dengan negara Israel pembunuh, tanpa berbuat apa-apa ke arah pembebasan bumi Palestin. Untukmu
Erdogan, kalau anda ingin digelar Al-Fateh maka bertindaklah sebagai Al-Fateh. Bebaskan Palestin sebagaimana
Salahuddin Al-Ayubi membebaskannya. Isytiharkan jihad ke atas Israel, dan serulah kepada semua pemimpin dunia
Islam agar bergabung mengalahkan Israel dan Amerika.

Jika inilah yang engkau lakukan, maka kisah kehebatan Erdogan sebagai pembebas Baitul Maqdis akan pasti
dikenang oleh generasi umat ini sebagaimana umat ini mengenang Muhamad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubi dan
juga Sultan Abdul Hamid II. Jika inilah yang engkau serukan wahai Erdogan, maka nescaya namamu terpahat indah
dan diabadikan dengan penuh keharuman di dalam lipatan sejarah kaum Muslimin. Dan jika inilah yang engkau
serukan, Insya Allah namamu akan terpahat di pintu syurga sebagai pejuang dan penegak agama Allah.
14 Februari : Hari Apakah Itu Bagi Seorang Muslim?
www.iLuvislam.com
Abu Saif *
editor : everjihad

Perayaan adalah sesuatu yang mengiringi fitrah kehidupan manusia. Ia adalah hari manusia memecahkan rutin
kehidupan dengan melakukan sesuatu yang dikhususkan pada hari berkenaan dengan tujuan yang pelbagai. Kerana
itulah, setiap bangsa manusia mempunyai perayaan mereka yang tersendiri. Ia disambut dengan pelbagai cara,
dengan sebab, “˜sempena”™ dan matlamat yang berbeza-beza.

Islam sebagai cara hidup fitrah yang telah Allah sempurnakan ciri-ciri dan kemampuannya, turut menggariskan
perayaan bagi umatnya. Sebagai umat Islam, perayaan turut menjadi salah satu cabang hidup yang mesti kita
tempuhi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Hadith Abu Daud yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A secara jelas menegaskan bahawa Allah SWT telah
memperuntukkan bagi umat Islam dua perayaan bagi menggantikan segala bentuk keraian yang diwarisi dari zaman
jahiliah dan sumber yang tidak Islam. Dua perayaan berkenaan adalah Aidilfitri dan Aidiladha. Inilah dua hari yang
bukan sahaja menjadi hari perayaan, bahkan Allah SWT menuntut kita agar tidak alpa dari me”raya”kannya. Puasa
yang menjadi ibadah yang dipuji Allah, diharamkan pada dua hari berkenaan supaya umat Islam menyambutnya
dengan sempurna dan tidak berlebih-lebihan di dalam ibadah sehingga ia “˜disangka taqwa”. Akan tetapi, dengan
pertemuan Islam bersama bangsa lain, dan nilai iman yang corot, umat Islam mula meniru amalan yang tiada kena
mengena dengan agamanya. Apatah lagi di dalam keadaan mereka yang bermastautin di negara bukan Muslim.
Di suatu ketika, seorang sahabat Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang dahulunya seorang Nasrani, iaitu ‘Adi bin
Hatim radhiyallaahu ‘anhu, bertanya kepada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Siapakah yang dimaksudkan dengan al-maghdhoob ‘alayhim (golongan yang dimurkai Allah) seperti yang tersebut
di dalam surah al-Fatihah? Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab, “mereka itu adalah Yahudi”. Adi
bertanya lagi: siapakah pula yang dimaksudkan sebagai al-dhaalloon (golongan yang sesat) itu? Rasulullah
sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab, “mereka itu adalah Nasrani”. Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tirmidhi
dan Ahmad serta dinilaikan sebagai sahih.

Biar pun pada aqidah kepercayaan kaum Yahudi itu ada sesatnya, namun mereka lebih menonjol sebagai golongan
yang banyak menimbulkan kerosakan yang mengundang murka Allah. Begitu juga dengan kaum Nasrani, walaupun
terdapat juga perlakuan mereka yang merosakkan dan mencetuskan murka Allah, namun mereka lebih menonjol
sebagai kaum yang mendatangkan kepercayaan yang sesat dan mengelirukan. Justeru Yahudi disimbolkan sebagai
KAUM YANG DIMURKAI-NYA, manakala kaum Nasrani pula dilabelkan sebagai KAUM YANG SESAT.

Setiap hari, seorang Muslim bersolat dan membaca Surah al-Fatihah berulang-ulang kali. Pengulangan ini
merupakan sebab mengapa surah al-Fatihah dinamakan juga sebagai al-Sab’u al-Mathaani yang bermaksud 7 ayat
yang diulang-ulang. Pengulangan berlaku dalam kehidupan kita apabila ia merupakan sesuatu yang amat penting,
teras dan dasar yang manusia tidak boleh hidup tanpanya. Kerana itu kita diajar, dipaksa malah mungkin dirotan
agar mengulang-ulang hafalan kita terhadap sifir di dalam Matematik, kerana sifir itu adalah teras dan dasar ilmu
pengetahuan yang kita sulit hidup tanpanya.

Di dalam surah al-Fatihah yang diulang-ulang sebanyak 17 kali sehari itu, kita berulang kali merayu kepada Allah
Subhanahu wa Ta’aala agar mengekalkan diri di dalam petunjuk-Nya, hidup sebagai sebahagian daripada alladheena
an’amta ‘alayhim (golongan yang Engkau kurniakan nikmat ke atas diri mereka). Golongan ini diterangkan oleh
Allah Subhanahu wa Ta’aala di dalam surah al-Nisaa’ ayat 69 sebagai:

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama
orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, Iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin,
dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan
(kepada orang-orang yang taat)” [al-Nisaa’ 4: 69]

Berusaha untuk menjadi kaum yang beroleh rahmat dan karunia nikmat dari Allah, tidak sempurna jika
sekadar mengejar Islam, tanpa menolak dan menghindarkan diri daripada lawan Islam iaitu Jahilillah.
Sebagaimana kita berulang kali memohon hidayah-Nya, kita juga berulangkali mengisytiharkan penolakan
kita kepada cara hidup kaum yang dimurkai Allah dan cara hidup kaum yang sesat dan bingung
kepercayaannya. Itulah intipati erti jati diri seorang Muslim. Tersendiri pada kepercayaan dan cara
hidupnya. Istimewa dan unik mengatasi kaum yang bersalut murka dan dusta.

“Islam itu tinggi dan tiada sesuatu yang lebih tinggi daripadanya”
(Hadith riwayat al-Baihaqi dan dinilaikan sebagai sahih oleh al-Albani)

Ketinggian Islam itu bukanlah terletak pada nasab keturunan, bersikap hidung tinggi merasakan diri sebagai kaum
pilihan Tuhan, tanpa sebarang nilai dan pengorbanan. Tingginya Islam adalah pada keluhuran prinsipnya dalam
mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya, serta hubungan manusia sesama manusia. Islam menjelaskan
dengan terang dan nyata akan erti hablun Minallaah, Islam menghuraikan Aqidah dengan luhur dan jelas sandaran.
Islam juga memuliakan manusia dengan meninggikan keistimewaan manusia iaitu pada akal fikirannya. Justeru
tidak tahyul dan pemaksaan kepercayaan kepada kita dalam melengkapkan diri sebagai seorang Muslim. Semuanya
jelas dan luhur, serta mampu dipercayai oleh seorang manusia dan upaya dirinya.

Itulah Islam.

Bukan sahaja memurnikan jalan berTuhan dalam kehidupan, Islam juga mengatur hubungan manusia sesama
manusia dengan sebaiknya. Islam menganjurkan perbuatan baik dan perkongsian manfaat sesama manusia,
memuliakan keadilan, mengharam serta memerangi kezaliman dan penindasan.

Itulah Islam.

Kemuliaan yang bukan sebagai sebuah hadiah pemberian, tapi ganjaran atas mujahadah dan pengorbanan kita
mencari kemuliaan itu. “Islam itu tinggi dan tiada sesuatu yang lebih tinggi daripadanya” (Hadith riwayat al-
Baihaqi dan dinilaikan sebagai sahih oleh al-Albani)

Ketinggian Islam itu bukanlah terletak pada nasab keturunan, bersikap hidung tinggi merasakan diri sebagai kaum
pilihan Tuhan, tanpa sebarang nilai dan pengorbanan. Tingginya Islam adalah pada keluhuran prinsipnya dalam
mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya, serta hubungan manusia sesama manusia. Islam menjelaskan
dengan terang dan nyata akan erti hablun Minallaah, Islam menghuraikan Aqidah dengan luhur dan jelas sandaran.
Islam juga memuliakan manusia dengan meninggikan keistimewaan manusia iaitu pada akal fikirannya. Justeru
tidak tahyul dan pemaksaan kepercayaan kepada kita dalam melengkapkan diri sebagai seorang Muslim. Semuanya
jelas dan luhur, serta mampu dipercayai oleh seorang manusia dan upaya dirinya.

Itulah Islam.

Bukan sahaja memurnikan jalan berTuhan dalam kehidupan, Islam juga mengatur hubungan manusia sesama
manusia dengan sebaiknya. Islam menganjurkan perbuatan baik dan perkongsian manfaat sesama manusia,
memuliakan keadilan, mengharam serta memerangi kezaliman dan penindasan.

Itulah Islam!

Kemuliaan yang bukan sekadar sebagai sebuah hadiah pemberiaan, tapi ganjaran atas mujahadah dan pengorbanan
kita mencari kemuliaan itu. Perayaan-perayaan bukan Islam seperti Hari Krismas dan Hallowen saling mengunjungi,
bukan sahaja dengan sebutan-sebutan mulut malah turut hadir bersama jualan murah di kedai-kedai, promosi besar-
besaran di media dan hiasan-hiasan di sepanjang jalan. Semua itu sudah tentu menjadi perang psikologi,
sehinggakan mereka yang tidak turut serta, boleh terasa janggal, dicemuh sebagai “anti sosial” atau apa-apa label
yang kurang menyelesakan. Tidak lama lagi, Hari Valentine pula muncul. Anak-anak muda, malah mungkin juga
yang sudah “out of season” sedang menanti apakah surprise yang bakal disediakan oleh insan tersayang, menjelang
14- Februari akan datang. Apa kata, 14 Februari ini kita sediakan surprise yang paling bermanfaat, iaitu penjelasan
berikut:

Di dalam sepotong Hadith yang terdapat di dalam Sunan Abi Dawood, Rasulullah SAW telah bersabda,

“Barangsiapa yang meniru atau berkumpul meramaikan sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan
mereka”

Menjelang 14 Februari, kaum Nasrani dan masyarakat Barat sibuk meraikan Hari Valentine. Hari Kekasih yang
disandarkan secara sejarahnya kepada Valentine of Rome, peristiwa mengenang Saint Valentine yang dikebumikan
di Via Flaminia sekitar tahun 269M. Hari Valentine yang mengalami pelbagai penafsiran di sepanjang sejarah
Eropah Moden akhirnya menjadi hari memuja kekasih, tidak terhad hanya kepada nilai, cara hidup dan kaum
Nasrani di Barat, malah akhirnya menyerap sebagai budaya kaum Asia. Malang sekali, ritual yang tidak punya
sebarang kaitan dengan kita sebagai kaum Muslimin, sedikit demi sedikit terserap sebagai budaya dan amalan anak-
anak muda kita. Perlu ditegaskan, seorang suami berkewajipan menghargai sang isteri, begitu juga seorang isteri
terhadap suaminya. Ia adalah sebesar-besar ajaran Islam. Namun penghargaan yang ingin diberi, telah ada caranya
menurut ajaran Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Tidak seharusnya kita mengambil ritual kaum lain, apatah lagi
dosa di atas dosa, tatkala penghargaan itu adalah pada sebuah perhubungan di luar akad perkahwinan!

Para kekasih dan teman akrab, pada hari itu, akan saling menjadi musuh di antara satu sama lain, kecuali mereka
yang bertaqwa” [al-Dzukhruf 43: 67]

Para kekasih yang berkasih dalam belenggu dosa, kasihnya hanya hiasan nafsu di dunia. Di akhirat kelak, tatkala
para kekasih ini berdepan dengan keputusan Allah ke atas mereka, setiap seorang akan bermusuhan dengan orang
yang pernah dikasihinya, kerana masing-masing mahu menyelamatkan diri. Hanya yang bertaqwa sahaja beroleh
jemputan berikut:

Mereka – yang bertaqwa – itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): “Wahai
hamba-hamba-Ku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan dan kamu pula tidak akan
berdukacita”.(Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan kami, serta mereka menjadi
orang-orang Islam yang taat patuh,

(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke dalam syurga
bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan”
[al-Dzukhruf 43 : 68-4-70]

Jika mahu membalas cinta, balaslah dengan cara yang menyampaikan dua kekasih itu ke syurga. Bukan
cinta berbalas dosa.Bukanlah soal bunga ros atau sekeping kad itu yang menjadi persoalan, tetapi
kemusnahan jati diri sebagai seorang Muslim, dan sikap terhegeh-hegeh meniru segala yang datang daripada
Barat itulah yang menjadi persoalannya.
Syaikhul Islam Ibnu Taymiah menulis di dalam kitabnya Iqtidha al-Sirat al-Mustaqeem (jilid 1, muka surat 470)
menyebut, “Terdapat beberapa noktah penting yang mesti diberi perhatian apabila kita membincangkan tentang
perayaan dan hari kebesaran golongan bukan Islam. Pertama; perayaan, hari kebesaran dan amalan adalah peraturan,
undang-undang dan cara hidup dalam konteks yang luas. Allah SWT menyebut di dalam Al-Quran, “Bagi setiap
umat itu telah Kami jadikan bagi mereka amalan yang mereka ikuti.” (Al-Hajj: 67) .

Tiada bezanya menyertai mereka di dalam perayaan dengan meyertai mereka di dalam amalan-amalan mereka yang
lain. Bersetuju dengan perayaan mereka, adalah merupakan persetujuan ke atas perkara kufur. Bersetuju dengan
mana-mana aspek kecil kepercayaan mereka adalah sama dengan kepercayaan terhadap cabang kufur. Malah, hari
kebesaran (Holiday) dan perayaan salah satu kaedah utama yang membezakan adat dan undang-undang di antara
satu kaum dengan kaum yang lain. Ia juga merupakan amalan yang paling menonjol bagi satu-satu bangsa. Redha
dan bersetuju dengan perayaan itu adalah persetujuan terhadap perbuatan kufur paling khusus yang menjadi simbol
bagi amalan dan cara hidup mereka. Tidak syak lagi, persetujuan seperti itu atau meletakkan diri pada ikutan
terhadap situasi sedemikian rupa, hanya merebakkan kekufuran.”

Ini merupakan sedutan daripada kenyataan Syaikhul Islam Ibnu Taymiah yang cuba untuk memahamkan kita
bahawa pesta-pesta dan sempena yang terhadap di sekeliling kita ini adalah simbol kepada cara hidup golongan
bukan Islam. Tidak timbul soal sekadar hendak berseronok atau belajar bersosial, jika yang dilakukan itu adalah
cabang redha kepada kufur yang hanya menatijahkan kemurkaan Allah SWT.

Lanjutan hal tersebut, para Ulama juga telah menegaskan bahawa perbuatan menyampaikan tahniah kepada
golongan bukan Islam sempena hari kebesaran dan perayaan mereka, adalah sesuatu yang dilarang. Ibn al-Qayyim
di dalam kitabnya Ahkam Ahl al-Dhimma (jilid 1, muka surat 205) menulis, ” Memberikan tahniah pada perayaan-
perayaan tertentu yang dikhususkan kepada bukan Muslim dengan menyebut “Blessed holiday for you” atau apa-apa
yang semakna dengannya, adalah dianggap tidak harus, pada persetujuan para Ulama. Walaupun seseorang itu
mengucapkan tahniah di dalam keadaan bersih daripada mana-mana aspek kufur, ia tetap dianggap terlarang kerana
tahniah itu adalah ucapan kita ke atas dosa-dosa besar seperti minum arak, berzina dan lain-lain perbuatan keji yang
menjadi intipati perayaan tersebut. Ramai di kalangan mereka yang tidak begitu menjaga agama melakukan
perbuatan seperti ini (mengucapkan tahniah) di dalam keadaan mereka tidak mengetahui betapa besarnya kejahatan
yang mereka lakukan. Barangsiapa yang mengucapkan tahniah kepada seseorang atas mana-mana dosa atau
kekufuran yang dilakukannya, maka dia telah mendedahkan dirinya kepada siksaan dan kemurkaan Allah SWT.”

Ibnu al-Qayyim juga telah menyimpulkan di dalam satu bahagian kitabnya tentang pendapat para Ulama berkaitan
dengan hal ini. (Ahkam Ahl al-Dhimma, jilid 2, muka surat 722). Antara yang disebut, “Adalah tidak dibenarkan
bagi para Muslim membantu golongan bukan Islam di dalam sambutan perayaan-perayaan mereka atau menghadiri
majlis-majlis mereka berdasarkan kepada persetujuan para Ulama. Para ahli Fiqh yang mengikut keempat-empat
mazhab yang muktabar itu juga telah menegaskan secara terang dan nyata di dalam kitab-kitab mereka. Abu al-
Qasim al-Tabari menulis, “Adalah tidak dibenarkan bagi para Muslim menghadiri pesta dan hari kebesaran
golongan bukan Islam kerana ia adalah dari jenis kebatilan yang keji. Jika golongan yang baik bercampur gaul
dengan golongan yang jahat tanpa sebarang usaha untuk menghentikan apa yang dilakukan oleh golongan yang jahat
itu, maka jadilah mereka sebahagian daripada mereka yang merestui kekufuran dan berada di bawah pengaruhnya.
Dan sesungguhnya kita takut terjatuh ke dalam kemurkaan Allah disebabkan oleh keramaian mereka itu.”

Sabda Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta
sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat
bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa
lagi kalau bukan mereka?” - [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Setiap masa, suami tanyalah kepada isteri dan isteri tanyalah kepada suami, di manakah anak-anak kita. Jangan tidak
lekatnya mereka di rumah itu, rupa-rupanya mereka sedang berbondong-bondong masuk ke lubang biawak Yahudi
dan biawak Nasrani.

Ibn al-Qayyim juga menyatakan  bahawa Ibn Al-Qasim tidak menyukai orang Islam memberikan hadiah kepada
orang Kristian semasa perayaan mereka. Beliau menganggap perbuatan ini sebagai memberikan penghormatan
kepada perayaan itu, dan membantu orang Kristian berkenaan berkekalan di dalam kekufurannya.

Al-Baihaqi yang merupakan ahli Hadith bermazhab Syafie, meriwayatkan dengan sanad yang sahih bahawa
Abdullah ibn Umar R.A. menyebut “Barangsiapa yang tinggal di tanah air bukan Islam dan sama-sama menyambut
perayaan-perayaan mereka serta berkelakuan seperti mereka sehingga dia mati, maka dia akan dibangkitkan bersama
golongan Kuffar berkenaan pada hari Kiamat.”
Sesungguhnya kenyataan-kenyataan para Ulama ini menjadi amaran kepada diri kita agar tidak sewenang-
wenangnya menelan segala yang ditemui di sini. Ada sesetengah kehidupan yang mana terdapat di tengah-tengah
manusia yang hidupnya adalah pesta, gembira, joli sana dan joli sini tanpa menunggu hari dan masa yang tertentu.
Oleh itu hendaklah kita berusaha memelihara diri dan Iman agar tidak mudah terkesan dengan perang psikologi 24/7
ini. Artikel ini tidak bermaksud untuk membincangkan tentang asal usul perayaan Valentine kerana kita boleh
memperolehinya secara meluas menerusi internet.

Akan tetapi maksud perbincangan kita di sini adalah untuk mengingatkan diri tentang jati diri kita sebagai Muslim.
Integrasi antara kaum dan rakan taulan tidak menuntut diri kita untuk sampai terheret kepada kemurkaan Allah
SWT. Bahkan golongan bukan Islam juga tidak berhasrat untuk memberikan apa-apa manfaat kepada kita menerusi
perayaan mereka melainkan ia akan berakhir dengan kita dan mereka, sama-sama terjerumus ke lembah yang hina.
Cuma kita sebagai orang Islam yang sangat sensitif dengan soal harga diri dan Iman, membiarkan diri terjebak ke
perbuatan-perbuatan imitasi buta itu hanya mencerminkan dangkal intelektual kalau tidak mampu disebut sampai ke
dangkal Islam.

Jika benar kita mahu membuktikan kasih sayang, maka buktikanlah ia menerusi cara Islam yang halal,
indah, penuh barakah dan tiada kesan sampingan. Tanpa perlu menunggu 14 Februari, berkahwin adalah
Sunnah Nabi SAW, yang jika kita serius ke arah itu, susunkanlah agenda hidup ke arahnya dengan baik.
Usahlah dibazirkan wang untuk membeli bunga ros, kad-kad ucapan, atau candle light dinner di restoran-
restoran mahal, kerana semua itu adalah keindahan yang menjadi pagar-pagar kemurkaan dan neraka
Allah SWT. Kumpulkan wang dengan baik, beli buku yang mengajar cara hidup rumah tangga Islam dan
laluilah 14 Februari ini seperti kita melalui hari-hari yang lain, iaitu dengan mengulangkaji pelajaran,
menghadiri majlis-majlis ilmu, beribadah dan berlumba-lumba mengejar kebaikan.

Semoga Allah mengurniakan kebaikan untuk kita semua.


Wallahu A'lam bi As-Sawaab.
Facebook, Yahudi dan Status Hukum
www.iluvislam.com
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman *
Editor : GonjengPO

Soalan

Ustaz, SYUBHAHKAH menyertai FACEBOOK? ana ada terbaca artikel yang mana pemiliknya, Mark Zucherberg
menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon
penjelasan ustaz?

Jawapan

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak pula ditulis oleh pelbagai individu di forum dan
blog.

Sebelum ini saya sendiri tidak menggunakan facebook walaupun saya telah membuat beberapa kajian serba ringkas
dan membaca semua terma perjanjian yang terkandung di web facebook.

Namun ramai individu meminta dan mencadangkan saya membuka akaun facebook untuk menyebarluaskan lagi
dakwah dan ilmu yang terkandung di dalam website saya. Biasanya, permintaan itu saya abaikan, sehinggalah rakan
webmaster zaharuddin.net sendiri mencadangkan kepada saya, lalu saya tolak atas alasan kesibukan.

Beliau kemudian mencadangkan dibuka fanpage facebook dan bukannya facebook profile individu bagi mengelak
kesibukan yang dibimbangkan tadi. Beliau juga bersetuju membantu proses pembukaan itu dan administrasi.

Atas tanggungjawab dakwah dan melihat web saya yang kerap ditimpa masalah server akhir-akhir ini, saya izinkan
beliau memulakan fanpage facebook untuk pengunjung zaharuddin.net.

Maka sejak dari 28 Dis 2009, saya mula menjenguk facebook zaharuddin.net dan membuat pengisian serba
ringkas.

Kembali kepada soalan, dalam menentukan keputusan dan hukum penyertaan facebook, menurut pendapat saya,
terdapat beberapa isu yang perlu diperhati dan telah saya perhati sebelum saya memberi izin kepda rakan
webmaster saya membuka fanpage facebook. Ia adalah seperti berikut :-

1) Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulan bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel terdahulu. Baca di sini . Kesimpulannya,
adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk
Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli
dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-
‫ِي إلى أَ َج ٍل َو َر َه َن ُه د ِْر ًعا من َحدِي ٍد‬ ْ ‫أَنَّ النبي صلى هللا عليه وسلم ا‬
ٍّ ‫ش َت َرى َط َعا ًما من َي ُهود‬

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh,
dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Tambahan dalil boleh dibaca dari link artikel saya yang lalu di atas.

2) Apa maksud saudara penyoal dengan ayat ‘menyumbang kepada bangsa Yahudi'?

Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak
bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat banyak yang berjual beli dengan
Yahudi di Madinah.

Cuma persoalannya di sini, adalah menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis. Namun adakah dakwaan itu
boleh dibuat dan dipercayai semudah itu, tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandarkan kepada latar
belakang peribadi si pengasas?

3) Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah
Palestin?

Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan
keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses
penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah
menjadi HARAM menurut sepakat ulama.

Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook,
tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian
semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk
berhati-hati dan peka sahaja.

Malah majoriti pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut.
Kecuali yang menyertai skim-skim yang ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan)

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti-bukti itu sebelum memberi pandangan
berkenaan status hukum. Justeru boleh saya katakan, kajian telah dibuat dan kami gagal MENDAPATI sebarang
bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang membuat andaian.

Jika dikatakan

"bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pihak syarikat facebook dan mereka memberikan sumbangan secara
senyap-senyap"

Maka jika demikian, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama ini. Jika andaian
sedemikian masih ingin digunakan, kelak mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam
pada banyak perkara dan aktviti lain, kerana larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan
Islam beragama Hindu, Kristian, Buddha dan lainnya. Penjual-penjual tersebut juga boleh diandaikan menyumbang
kepada gerakan melawan Islam secara senyap. Akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri,
hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti yang jelas.

Oleh kerana itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukum adalah
HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi
sekadar membuka akaun facebook.

Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syuhbat diketika
wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian ‘case by case'.

Pun begitu, pengguna facebook sukar untuk dibebankan dengan masalah ini keran amereka TIDAK BERJUAL BELI
denga facebook, mereka hanya menggunakannya secara percuma. Jika dikatakan, penggunanya menyebabkan
trafik facebook menjadi tinggi dan iklan mencurah masuk lalu memberi keuntungan kepada pemilik facebook. Ia
juga sukar kerana kesesakan trafik bukanlah bersifat ‘direct' membantu facebook, tambahan pula sebagaimana di
katakan tadi, tidak jelasnya sumbangan kepada keganasan Yahudi.

4) Privacy pengguna facebook dijajah?

Ini mungkin ada benarnya, setelah saya menghabiskan bacaan privacy policy yang terkandung di dalam web
facebook, ia memberikan gambaran bahawa gambar, info dan segala yang terkandung di dalam facebook kita
boleh tetap wujud di facebook orang lain yang dikongsi, dan saya yakin pihak facebook juga mempunyai simpanan
data terbabit.

Policy menyebutkan :

"Even after you remove information from your profile or delete your account, copies of that information may
remain viewable elsewhere to the extent it has been shared with others, it was otherwise distributed pursuant to
your privacy settings, or it was copied or stored by other users."

Terma ini adakalanya boleh membawa sedikit mudarat jika tidak ditangani dengan bijak oleh pengguna. Namun
demikian, terma ini sahaja tidak mampu menjadi keseluruhan facebook sebagai haram.

Selain itu, juga disebutkan :

To respond to legal requests and prevent harm. We may disclose information pursuant to subpoenas, court
orders, or other requests (including criminal and civil matters) if we have a good faith belief that the response is
required by law. This may include respecting requests from jurisdictions outside of the United States where we
have a good faith belief that the response is required by law under the local laws in that jurisdiction, apply to users
from that jurisdiction, and are consistent with generally accepted international standards. We may also share
information when we have a good faith belief it is necessary to prevent fraud or other illegal activity, to prevent
imminent bodily harm, or to protect ourselves and you from people violating our Statement of Rights and
Responsibilities. This may include sharing information with other companies, lawyers, courts or other
government entities."

Berdasarkan kepada terma di atas. Sebenarnya pihak facebook mempunyai hak untuk mendedahkan informasi kita
kepada mana-mana berdasarkan alasan yang disebut di atas. Tiada takrif jelas bagi yang disebut di atas, semua
masih tetap terpulang kepada keputusan pihak facebook. Maka menyerahkan info dan gambar kita kepada
syarikat tertentu, CIA, FBI atau apa jua badan kerajaan adalah hak facebook jua.

Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan pengunaan facebook sebagai haram,
apa yang perlu adalah kawalan dan had limit.

KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang
ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut :-

· Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan
pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi,
Amerika dan lainnya.

Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan
untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna
facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook
melakukan perkara haram secara umum.

Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-

a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada
wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak
tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di
facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan
sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz
ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam
aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau
kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar
ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti
politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook.
Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.

Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam
hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia
DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan
melalui facebook itu.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

19 Muharram 1431 h

05 Januari 2010
Obama Menakluk Negeri-negeri Kaum Muslimin
www.iluvislam.com
Dihantar oleh: xjihadx
Editor: RosNiza Abdullah

OBAMA MENAKLUK NEGERI-NEGERI KAUM MUSLIMIN MULAI DARI TURKI HINGGA KE MESIR
DAN MELEWATI REJIM PEMERINTAHAN SAUDI

Belum pun dua bulan Obama berkunjung ke Istanbul dan memberikan ucapannya di sana, kini dia mengalihkan pula
sasarannya ke wilayah Kinanah (Mesir) melalui Jazirah Arab. Dia kemudian disambut oleh rejim Mesir pada pagi
hari Khamis (4/6/2009) dengan sambutan bak pahlawan yang baru pulang dari medan tempur dengan membawa
kemenangan! Sejak pukul 9 pagi, di mana pesawat yang dinaikinya dijadualkan akan mendarat, bahkan jauh
sebelum itu, sudah tampak pengawalan yang amat ketat. Pasukan keselamatan kelihatan di mana-mana.

Pelbagai bunga dan hiasan ucapan selamat berderetan menyambut Obama, Presiden Amerika, pemimpin kekufuran,
yang hingga kini masih tetap menumpahkan darah umat Islam di Afghanistan, Pakistan, dan Irak. Rejim Mesir telah
menyiapkan di setiap penjuru kawasan, pelbagai konvoi yang lengkap dan tercanggih, pasukan elit bersenjata,
limosin mewah berserta alunan muzik. Kemudian, pemimpin rejim Mesir menyambut si kafir ini dari pintu Istana
Kubah dengan sambutan hangat dan penuh penghormatan.

Lalu, dari sana, Obama pergi menuju ke Universiti Cairo untuk berdiri di mimbar kehormat yang telah dipersiapkan
khusus untuknya, lalu menyampaikan ucapannya kepada kaum Muslimin! Isi ucapan yang disampaikan Obama
tidak ada bezanya dengan polisi umum mantan presiden Amerika sebelumnya dan juga mantan-mantan presiden AS
sebelum ini, baik dalam hal perang yang dilancarkan Amerika ke atas negeri-negeri kaum Muslimin, isu Palestin,
hubungan erat dengan entiti Yahudi, isu senjata nuklear mahupun isu-isu lainnya. Isi pidato Obama tidak keluar
daripada usaha merealisasikan kepentingan Amerika, mulai dari awal hingga akhir, di mana semuanya merupakan
usaha AS untuk menarik public opinion kaum Muslimin agar “memahami” bahawa perang yang dilancarkan
Amerika di negeri-negeri kaum Muslimin selama ini adalah perlu dan bersandar atas kebenaran.

Namun demikian, dilihat dari sudut bentuk penyampaian, pidato yang disampaikan Obama memiliki keistimewaan
melebihi para pemimpin sebelumnya. Penyampaian Obama dibaluti dengan penipuan yang begitu halus dan
sempurna sehingga sesiapa sahaja yang mendengarkan perkataannya akan beranggapan bahawa ucapan tersebut
tidak lebih dari usaha Obama untuk mewujudkan hubungan baik dengan dunia Islam. Inilah kehebatan Presiden AS
ini dari seni penipuan dan penyesatan melalui permainan kata-katanya.

Allah SWT berfirman, “Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika
mereka berkata, kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka
mengira bahawa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya),
maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai
dipalingkan (dari kebenaran)?” [TMQ al-Munafiqun (63):4].

Ini dilihat dari sudut usaha Obama membangun hubungan umum. Sedangkan jika dilihat dari sudut isu-isu sensitif
dan isu-isu lain yang dapat diamati, isi ucapannya itu merupakan suatu yang sangat pedas, tajam, jelas dan tanpa
terlindung, memanifestasikan permusuhannya yang tidak mengenal maaf terhadap kaum Muslimin.

Allah SWT mengingatkan kita, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman
kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka ini tidak henti-henti (menimbulkan)
kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian daripada mulut
mereka, apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-
ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” [TMQ Ali Imran (3):118].

Obama memulakan pidatonya dengan melontarkan berbagai ancaman kepada mereka yang disebutnya sebagai puak
teroris dan puak ekstremis di Afghanistan dan Pakistan dan Obama berikrar tidak akan sekali-kali bertolak-ansur
dengan golongan ini. Bahkan dia menyeru semua negara untuk berperang dengan golongan tersebut. Dengan
bangganya Obama mengatakan bahawa dirinya telah mengumpulkan 46 buah negara untuk membantunya berperang
di Afghanistan. Tidak cukup dengan itu, Obama telah (benar-benar) mengebom Pakistan, baik secara langsung
mahupun tidak. Dalam hal ini, dia tidak merasa bersalah sama sekali, bahkan dia menilainya sebagai pembunuhan
yang “mulia”, meskipun yang dibunuhnya itu kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita, kanak-kanak dan orang-
orang tua. Sungguh, semua pembunuhan itu dapat disaksikan dengan jelas di Afghanistan.

Namun, tragedi pembunuhan wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua ini dijustifikasikan oleh tentera Obama
sebagai suatu 'kesilapan', bukannya kesengajaan! Sekiranya pembunuhan kejam ini tidak tersiar, nescaya mereka
akan mengatakan bahawa kesemua yang mereka bunuh adalah para ekstremis!

Sesungguhnya, setiap Muslim yang berpegang teguh dengan agamanya, yang tidak ingin negerinya diduduki dan
dijajah oleh Amerika, atau seorang Muslim yang tidak ingin tempat-tempat sucinya dirampas oleh bangsa Yahudi,
maka Muslim seperti inilah yang dinilai Obama sebagai seorang ekstremis! Meskipun telah jelas pelbagai kejahatan
dan pembunuhan secara ganas yang terus-menerus dilakukannya di Afghanistan, Pakistan, dan Irak, namun Obama
tidak henti-henti mengatakan bahawa dia tidak ingin memerangi Islam dan kaum Muslimin, seperti yang telah dia
katakan di Turki. Sungguh benar sekali Rasulullah SAW yang telah memberi gambaran tentang siapakah manusia
yang tidak tahu malu, dengan sabda baginda, “Jika kamu tidak tahu malu, maka berbuatlah sesukamu.” [HR
Muslim].

Tentera Amerika telah melakukan pembantaian di negeri-negeri kaum Muslimin dan melancarkan peperangan
kejam ke atas umat Islam siang dan malam yang mengakibatkan ribuan nyawa melayang dan jutaan orang menjadi
pelarian meninggalkan negeri yang sebelumnya memberikan ketenangan dan keamanan kepada mereka. Namun
demikian, Obama masih sahaja mengatakan bahawa dia tidak ingin memerangi kaum Muslimin.

Kemudian ketika Obama beralih ke isu Palestin di dalam ucapannya itu, dia dengan lantang dan berterus-terang
mengatakan bahawa hubungan keselamatan dan hubungan lainnya antara Amerika dan Yahudi (yang telah
merampas tanah Palestin) teramat rapat dan tidak dapat dipisahkan. Presiden AS itu dengan tegas menyatakan
bahawa negara Yahudi harus tetap wujud di atas tanah yang didudukinya (Palestin) dan dia tidak akan menerima apa
pun alternatif selain ini! Obama seterusnya menekankan solusi dua-negara (two-state solution), iaitu hak bangsa
Yahudi atas sebahagian besar tanah Palestin, sementara tanah yang tersisa sedikit, jika pun ada, disebut sebagai
‘negara’ bagi warga Palestin. Kemudian dengan liciknya, Obama cuba ‘menarik’ sensitiviti umum, bahawa dia ingin
menghentikan pembinaan penempatan Yahudi.

Obama sesungguhnya bukan bermaksud untuk menghapuskan penempatan Yahudi (yang sedia ada), cuma mahu
menghentikan pembinaannya (yang baru) sahaja. Itu pun, dia hanya akan menghentikannya setelah puak Yahudi
melihat tidak ada lagi tanah yang aman bagi mereka, kecuali dengan dibangunkan benteng dan istana. Keinginan
menghentikannya itu pun tidak akan dilakukan begitu sahaja, tetapi mesti ada persyaratannya, iaitu umat Islam harus
menghentikan setiap bentuk perlawanan dan permusuhan terhadap Yahudi, sebagaimana yang ditegaskan di dalam
road map tajaan Amerika.

Obama seterusnya berucap tentang isu senjata nuklear di mana Iran menjadi fokus utamanya. Dia menginginkan
rantau Timur Tengah yang bersih dan bebas daripada senjata nuklear dan tidak ada perlumbaan pembinaan senjata
nuklear di dalamnya. Di sini, Presiden AS ini sama sekali tidak menyentuh entiti Yahudi walau sedikit pun, padahal
dia tahu dengan jelas bahawa institusi Yahudi adalah negara berkekuatan nuklear. Meskipun semua ucapannya
dipenuhi ancaman dan penentangan terhadap umat Islam, namun rejim Mesir telah menyambut baik si kafir ini,
walhal dia datang dengan penuh kejahatan dan kelicikan dengan mulut yang manis. Semua ini dilakukan Obama
demi menutup wajah hodohnya menumpahkan darah umat Islam yang tak berdosa di bumi Afghanistan, Irak dan
Pakistan.

Rejim Mesir telah siap mengatur orang-orangnya yang akan bersorak-sorai dan memberikan tepukan atas ucapan
jelek, keji dan beracun ini, sehingga tergambar di sana adanya persetujuan dari orang-orang Mesir atas racun yang
ditiupkan oleh Obama dalam ucapannya itu. Sesungguhnya sorak-sorai dan tepukan gemuruh yang telah dirancang
ini menjadi bukti bagi setiap insan yang celik. Bagaimana mungkin seseorang boleh memberi tepukan tentang solusi
dua-negara? Apakah seorang Muslim boleh menerima, malah bersorakan dan memberikan tepukan gemuruh
terhadap penyelesaian ‘membahagi-dua’ negara yang penuh barakah, tanah Israk dan Mikraj, antara pemilik yang
hak dengan golongan kafir yang telah merampasnya? Bagaimana mungkin mereka bersorak-sorai dan memberikan
tepukan, padahal Obama telah memalingkan ayat-ayat Allah dari maknanya yang sebenar, ketika dia menyebut
Firman Allah,

“Barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena
membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya.” [TMQ al-Ma’idah
(5):32].

Menurut Obama, ayat ini ditujukan kepada mereka yang disebut sebagai ekstremis Muslim! Padahal ayat ini
merupakan ayat yang pertama kali diturunkan kepada Bani Israel. Namun, Obama menuduh seorang Muslim yang
membela agamanya, keluarganya, dan memerangi orang-orang yang menyerangnya, sebagai telah membunuh semua
manusia. Sebaliknya, apa yang dilakukan oleh entiti Yahudi, yang membunuh warga Palestin, merampas tanahnya,
mengusir dari rumah-rumahnya, menodai kehormatan dan kesuciannya serta kerosakan demi kerosakan yang
dilakukan Yahudi, maka semua itu di mata Obama bukan pembunuhan ke atas semua manusia! Begitu juga
pembantaian yang dilakukan Amerika terhadap kaum Muslimin, di mata Obama juga bukan pembunuhan seluruh
manusia.

Benarlah Firman Allah, “Alangkah jeleknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan
(sesuatu) kecuali dusta.” [TMQ al-Kahfi (18):5].
Bagaimana mungkin mereka boleh memberi tepukan gemuruh kepada orang yang mengatakan dengan jelas bahawa
masalah di Palestin bukan disebabkan oleh penempatan sedia ada Yahudi, tetapi oleh sebab adanya pembinaan
penempatan baru, (penempatan baru) inilah kononnya yang tidak sepatutnya ada!? Bukankah hanya talibarut rejim
sahaja yang akan sanggup bersorak-sorai dan memberikan tepukan atas perkataan buruk dan keji Obama ini?
Bagaimana mungkin mereka boleh memberi tepukan gemuruh kepada Obama yang dengan jelas mengumumkan
bahawa al-Quds (Jerusalem) yang dibebaskan oleh Saidina Umar dan para panglimanya melalui perjanjian
Umariyah, yang menetapkan bahawa tidak seorang pun Yahudi yang boleh tinggal di dalamnya, lalu dibebaskan
pula oleh Salahuddin, adalah tanah air yang kekuasaannya dikongsi bersama antara kaum Yahudi, Kristian dan
Islam? Padahal al-Quds (Jerusalem) sudah lama disandarkan kepada bangsa Timur dan tidak pernah dikaitkan
dengan bangsa Barat! Sesungguhnya semua sorakan dan tepukan itu penuh dengan kedustaan.

Rejim Mesir tidak akan mampu menyembunyikan fakta ini, meskipun mereka menyiapkan pentas sandiwara yang
hebat untuk Obama agar Obama dilihat sebagai seorang yang adil dan bertolak ansur. Rejim Mesir juga tidak dapat
menyembunyikan dirinya sebagai penyembah Amerika daripada sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara
walaupun ia (rejim Mesir) cuba menzahirkan kononnya ia berpandangan neutral terhadap Palestin dan Yahudi yang
dianggapnya mempunyai hak yang sama, walhal hakikatnya adalah jelas bahawa ia (rejim Mesir) berpihak kepada
Yahudi laknatullah!

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya Obama mendatangi kalian dengan “pakaian ibadah”, agar dia dapat
memanfaatkan kalian, sementara kalian tidak merasa atau sedar bahawa kalian dimanfaatkan. Justeru, Obama
sesungguhnya jauh lebih berbahaya daripada orang yang terang-terangan atau secara terbuka memusuhi kalian.
Semua ini dilakukannya agar kalian sepakat menyerahkan urusan kalian kepadanya. Hakikatnya, watak Obama
adalah saling tak tumpah dengan perwatakan Amerika di bawah Bush sebelumnya.

Sesungguhnya bagi Amerika, berada di bumi kalian terasa sangat sempit sekali, meskipun ia dikelilingi oleh
golongan elit dan penguasa kalian yang merupakan talibarut mereka kesemuanya. Sesungguhnya Amerika berada
dalam kepanikan dan ketakutan terhadap kalian meskipun mereka dilengkapi dengan persenjataan berat dan moden.
Jika tidak demikian, tentu Amerika akan mengumumkan secara terbuka permusuhannya terhadap kalian. Dalam
keadaan dia menceroboh dan membunuh saudara kalian di bumi kalian sendiri, Obama tetap ingin kalian bergembira
dan memberikan tepukan kepadanya. Dengan menampakkan senyuman yang manis, Obama berusaha menarik rasa
suka dan kesetiaan kalian kepadanya, seumpama kata pepatah, “Dia datang kepadamu dengan senyuman yang manis
di bibirnya, sementara ia menerkammu seperti seekor serigala.”
 
Wahai kaum Muslimin! Obama tidak memilih untuk menjelajah ke negeri-negeri kalian tanpa pertimbangan. Dia
memulainya dari Istanbul, melalui Jazirah Arab dan berakhir di wilayah Kinanah (Mesir). Dia tidak memilih semua
itu secara rawak, namun dengan penuh kesedaran. Istanbul merupakan wilayah al-Fatih, ibu kota Khilafah yang
pernah berdiri kukuh sebagai benteng daripada dominasi Yahudi ke atas Palestin.

Obama juga menyedari bahawa wilayah Jazirah Arab adalah wilayah ibukota Khilafah yang pertama, yang daripada
sana Umar berjaya membebaskan al-Quds (Jerusalem). Dan Obama juga menyedari bahawa wilayah Kinanah
(Mesir) adalah pusat kekuasaan Salahuddin, yang daripada sana Salahuddin membebaskan al-Quds daripada kaum
Salibiyyin. Obama menyedari semua itu dan kerana itulah dia datang ke negeri-negeri tersebut membawa mesej
untuk umat Islam bahawa era kemuliaan kaum Muslimin dahulu sudah lenyap dan berkubur. Kini, autoriti dan
kekuasaan berada di tangan Obama dan sekutunya, serta di bawah hegemoni Amerika.

Sesungguhnya, kaum kafir penjajah lebih banyak mengetahui pusat-pusat kekuatan umat Islam daripada
sebahagian kaum Muslimin sendiri. Mereka mempelajari sejarah kita, mempelajari agama kita, mengerti
sumber-sumber kekuatan kita dan mengerti karakter terbaik yang dikembang oleh umat Islam.

Jadi, bukanlah suatu kebetulan apabila Obama menyebut Firman Allah, “Wahai manusia, sesungguhnya Kami
menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan
bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal...” [TMQ al-Hujurat (49):13].

Dan dia berhenti di situ, tanpa meneruskan hingga ke akhir ayat, iaitu, “...Sesungguhnya orang yang paling mulia di
antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.”

Obama tidak menyebut tentang takwa yang akan menjadikan umat Islam paling mulia dan paling perkasa dan
dengan ketakwaanlah umat Islam akan menjadikan Amerika dan pengikutnya sebagai umat yang paling rendah dan
paling hina.

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya, Obama dalam ucapannya itu berusaha untuk memperlihatkan bahawa
dirinya adalah pemimpin dunia. Untuk itu, dia menyiapkan bagi dirinya para penguasa boneka di negeri-negeri
kalian, di mana penguasa-penguasa boneka tersebut memberinya sebuah mahkota melebihi apa yang dia inginkan.
Mereka menyerahkan bumi berserta pelbagai kemudahan dan perhiasannya untuk Obama. Bahkan mereka memberi
Obama beragam perhiasan dan kesenangan yang tidak mudah didapati oleh Obama di negerinya sendiri.

Keadaan Obama dengan para bonekanya ini tidak ubah seperti keadaan Fir’aun dengan kaumnya, “Maka Firaun
mempengaruhi kaumnya (dengan perkataan itu) lalu mereka patuh kepadanya kerana sesungguhnya mereka adalah
kaum yang fasik.” [TMQ az-Zukhruf (43):54].

Jika benar Obama adalah seorang yang cerdas dan pintar seperti yang terzahir daripada ucapannya, dia akan sedar
bahawa sesungguhnya wilayah Istanbul, wilayah Jazirah, dan wilayah Kinanah (Mesir) tidak pernah menerima,
apalagi menyambutnya.

Jika Obama seorang yang bijak, dia pasti sedar bahawa orang yang menyambutnya hanyalah sekumpulan para
pengkhianat daripada rejim-rejim yang tidak lama lagi akan disingkirkan daripada kehidupan kaum Muslimin.
Obama juga pasti sedar bahawa segala keindahan kata-kata dan pernyataan dusta yang dilontarkan di dalam
ucapannya, tidak akan mampu mempengaruhi umat Islam yang ikhlas dan berakal yang benar-benar mengerti akan
apa yang dizahirkan dan disembunyikanya.

Sesungguhnya sorak-sorai dan tepukan gemuruh yang didengarnya itu, semuanya ini tidak datang kecuali daripada
orang-orang hina yang telah siap dibayar oleh penguasa rejim yang menganjurkan sambutan keji tersebut.

Sesungguhnya Hizbut Tahrir mengumumkan kepada Obama dan kepada dunia, bahawa Islam memiliki para pejuang
yang akan menegakkan Daulah Khilafah yang akan lahir semula menjadi negara nombor satu di dunia. Bukan
dengan cara mengekploitasi dunia, menjajah, dan merampas kekayaannya, namun, Daulah Khilafah akan datang
untuk menegakkan keadilan, menghapuskan kezaliman, mengembalikan setiap hak kepada yang berhak, kemudian
akan mengusir Amerika agar kembali ke rumahnya sendiri dalam keadaan hina-dina dan lemah tidak berdaya.

Daulah Khilafah seterusnya akan menghapuskan kaum Yahudi laknatullah yang telah merampas tanah yang
diberkati Palestin, sehingga semua negara umat Islam akan kembali bersatu dan berdiri teguh menjadi bahagian dari
Negara Islam. Bumi akan kembali bersinar dengan tegaknya Khilafah dan kebaikan akan tersebar dan dinikmati di
seluruh penjuru dunia. “Dan Allah berkuasa terhadap (wujudnya) urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahuinya.” [TMQ Yusuf (12):21].
Iktibar dari Al Quran
www.iluvislam.com
Ustaz Nasrudin Tantawi*
Editor:lailatulema

1. Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 September dan 1
Oktober baru - baru ini cukup memilukan .

2. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar .
Musnah harta benda dan binasa segala nyawa .

3. Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam
sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan
Qadar Allah swt .

4. Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di
dapati dalam banyak surah dan ayat berguna untuk membimbing ummat manusia agar
beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt .
5. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat
quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di
Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan
gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1
Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

6. Apabila kita selaraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita
akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam
17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]

7. Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al
Anfaal .

‫و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا‬

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri,
maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu
(supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu,
maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami),
kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

‫و إن من قرية إال نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا‬

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka
penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami
azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah
tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

‫كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات هللا فأخذهم هللا بذنوبهم إن هللا قوي شديد العقاب‬

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan
pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-
ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya.
Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

8. Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke
atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia
boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang
untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .

9. Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh
seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang
dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku
di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar
makin membarah .

10. Kami menyeru seluruh rakyat negara ini agar kembali kepada Islam sekaligus
meninggalkan maksiat dan mungkar [ zina , pergaulan bebas , pendedahan aurat , judi ,
arak , rogol , rompak , samun , rasuah , salah guna kuasa , zalim dan 1001 perkara
mungkar ] agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt .
Ada Apa Denganmu
www.iluvislam.com
dihantar oleh: faka91
Editor: ar-ruhul JADEED

Baru-baru ini dunia telah digemparkan dengan tawaran yang amat tinggi oleh pengurus Manchester City, Mark
Hughes terhadap perancang AC Milan, Kaka.Tawaran City untuk Kaka dilaporkan bernilai 108 juta pound, lebih
daripada 60 juta pound rekod dunia yang dicatatkan oleh Real Madrid kepada Juventus untuk mendapatkan khidmat
Zinedine Zidane. Malah, City juga sanggup memberikan 500,000 pound seminggu untuk Kaka. (namun gagal)

Namun PERSOALANNYA IALAH BAGAIMANA MEREKA (Mark Hughes dan pemilik City, Syeikh Mansour
bin Zayed Al Nahyan) MASIH MAMPU MELETAKKAN HARGA YANG AMAT TINGGI UNTUK MEMBELI
KAKA, SEDANGKAN EKONOMI DUNIA KINI SEDANG MENGALAMI KEMEROSOTAN? ADAKAH
MEMBELI MANUSIA YANG SEPERTI KAKA INI LEBIH BERNILAI DARIPADA MENYELAMATKAN
MANUSIA TERUTAMANYA RAKYAT PALESTIN? (sedangkan pemilik City ini orang Islam)

Berapa harga diri kita sebenarnya? Jika kita melihat manusia yang berbakat dan hebat seperti Kaka dan Robinho,
harga dirinya amatlah tinggi. Sebaliknya, jika kita melihat hamba Allah seperti pelacur, GRO dan sebagainya yang
sanggup menjualkan tubuh badan mereka, harga diri mereka rendah. Sebenarnya, harga diri kita 'priceless' di antara
kita sebagai manusia kerana kita semua adalah sama dan tiada bezanya, namun kitalah yang menentukan harga diri
kita. Sebagai contohnya, harga sebiji epal yang elok berbeza harganya dengan 100 biji epal yang elok. Sebaliknya,
di hadapan Tuhan yang Maha Esa itu, kita hanyalah sekadar hamba hina yang sentiasa alpa dan lalai kepada-NYA.
(manusia=al-insan=an-nas=amnesia=pelupa)
Namun, manusia kini ber'tuhan'kan wang, ber'iman'kan kuasa, dan tergelincir serta menjadi golongan yang sanggup
mencampakkan harga dirinya ke lembah yang hina, mengutamakan wang dan kuasa dalam isi hati mereka. Memang
patut surah Al-Fatihah menjadi surah yang wajib dibaca dalam solat (paling minimum kita baca sehari ialah 17
kali). Pendek tetapi bernas dan sungguh padat. Surah yang sepatutnya menjadi tazkirah (peringatan) dan doa yang
secara tidak langsung kepada diri kita yang pelupa.

Adakah duit menjadi ukuran dan kuasa menjadi rebutan? Sedangkan Khalifah Umar Abdul Aziz teramat sedih
apabila beliau dilantik menjadi khalifah pada zaman Umaiyyah, mengapa kita menjadi gila pangkat (GIPANG)?
Sedangkan Abdul Rahman bin Auf yang merupakan jutawan yang amat kaya-raya itu sanggup mendermakan
keseluruhan hartanya untuk Islam, mengapa kita menjadi tamak ringgit (TARING)? Tamak akan kuasa dan gila
pangkat, adalah tanda-tanda kiamat nak dekat.

P/S: Kenapalah manusia mengejar duniawi tapi tidak mahu menukar akhlak? kenapalah manusia melihat tersurat
tapi buta yang tersirat?
Catur, X-Box, Play Station : Hukum Main, Jual & Kerja
www.iluvislam.com
Ustaz Zaharuddin Abd.Rahman*
Editor: lailatulema

Soalan: Apakah hukumnya bagi seseorang yang bekerja sebagai seorang pereka
grafik/animasi untuk permainan komputer atau yang terlibat dalam pembikinan games itu
sendiri?Apakah hukum bermainnya pula?Adakah pekerjaan tersebut dikira sebagai haram
dilaksanakan kerana secara asasnya, permainan komputer kadang-kala melekakan
pemainnya?Adakah pereka permainan tersebut menanggung dosa pemain tersebut
sekiranya mereka bermain sehingga meninggalkan solat, sebagai contoh?

Jawapan: Bagi memberikan jawapan dalam hal ini, pertamanya kita perlu menentukan
terlebih dahulu APAKAH HUKUM PERMAINAN/ GAMES' ITU SENDIRI?, hanya selepas itu kita
mampu mengetahui hukum individu yang bekerja dalam pembikinannya.

Bagi mengetahui hukum sesebuah permainan, saya suka untuk merujuk kepada perbahasan
ulama dalam bab hukum bermain catur. Benar, di zaman silam tiada play station 3, x-box,
wii-games dan yang sepertinya, antara permainan yang ada serta mempunyai beberapa
persamaan adalah catur . Justeru saya meyakini dengan memahami hukum catur, kita akan
dapat menentukan sikap terhadap permainan moden yang disebut tadi, dari sudut asasnya.

Saya tidak ingin mengulas terlalu panjang lebar dan terlalu ilmiah sambil menyertakan
perdebatan ulama berkisar hukum bermain catur, cukuplah saya menghidangkan ringkasan
sahaja. Secara umumnya di dalam perbincangan hukum permainan catur, ilmuan Islam
berbeza kepada tiga jenis pendapat :-

1)Harus : Namun Dengan Syarat


Antara yang paling diketengahkan dalam kumpulan ini dari kalangan ulama kontemporari
adalah Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi. Beliau juga menyandarkan pendapat HARUS ini kepada
beberapa orang sahabat seperti Ibn Abbas, Abu Hurairah, dan tabi'en seperti Said al-
Musayyab dan malah Imam al-Baihaqi ada meriwayatkan  beberapa ulama terhebat tabien
yang turut bermain catur seperti  Said ibn Jubair, As-Sya'by  dan lain-lain. Imam Al-
Ghazzali juga turut tergolong dalam kelompok ini. ( As-Sunan al-kubra, al-bayhaqi, 
10/211)
Justeru, Al-Qaradawi dalam fatwanya menyebut  :

Menurut pendapat dan ilmu kami bahawa permainan catur itu menurut hukum asalnya
adalah mubah(harus), sebab tidak ada dalil yang menunjukkan pengharaman catur, malah
selain daripada ia dikira  lahwun (lalai) dan hiburan, catur mempunyai nilai positif yang
berperanan sebagai merupakan sukan minda dan melatih berfikir.

Antara syarat yang diletakkan oleh Al-Qaradawi :-

·       Tidak menangguhkan waktu solat dan kewajiban lain disebabkan keasyikan permainan
itu.

·       Tidak disertai dengan judi dan pertaruhan.

·       Hendaknya pemain dapat menjaga lisannya dari perkataan kotor seperti maki hamun
kerana tewas dan sebagainya. ( Al-Halal wal Haram Fil Islam, hlm 273, cet Al-Maktab Al-
Islami)

Melalui pendapat ini, jelas bahawa sebab-sebab pengharaman yang mungkin datang
bukanlah kerana catur atau permainan itu sendiri, tetapi lebih kepada sebab-sebab luaran.

Oleh itu, jika berdasarkan pendapat ini, games moden turut diharuskan dengan syarat yang
disebut oleh al-Qaradawi dan ditambah satu lagi menurut pendapat saya iaitu : mestilah
intipati games yang direka cipta atau dbeli itu tidak bercanggah dengan Islam dan
hukumnya. Iaitu konsepnya, ideanya, gambarnya dan lain-lain.

2) Haram : Yang melarang


Antara mereka adalah Ali bin Abi Talib r.a, Ibn Umar r.a, Ibn Abbas r.a, Mazhab Hanafi,
Hanbali, dan Maliki.  Demikian juga Ibn Taymiah dan kebanyakan ulama kontemporari
Saudi, pandangan haram ini juga dinisbahkan kepada beberapa orang sahabat seperti Ibn
Umar. Imam Abu Hanifah  dan Imam Malik turut termasuk dari mereka yang
mengharamkannya.  Demikian dinukilan oleh Imam Ibn Qudamah dan lain-lainnya.
( Mughni, 10/172)

Ulama kontemporari Saudi turut mengharamkannya malah mereka mengatakan semua


syarat yang diletakkan oleh Qaradawi itu amat jarang dipenuhi oleh sang pemain.

Ibnu Taimiyah pernah berbicara panjang di dalam masalah ini, dari halaman 216 hingga
halaman 245 jilid XXXII dari kitab Majmu Fatawa, antara kata beliau :

"Misalnya kita tetapkan bahwa permainan catur itu bebas dari itu semua -maksudnya tidak
melalaikan kewajiban dan tidak akan melakukan hal yang haram- maka larangan perbuatan
itu ditetapkan oleh para sahabat. Sebagaimana yang sohih dari Ali bin Abi Thalib
Radhiyallahu ‘anhu, bahwa beliau pernah menjumpai kaum yang sedang bermain catur.
Lalu beliau mengatakan

Ertinya : "Mengapa kamu menekuni patung ini? Sungguh jika salah satu diantara kamu
menggengam bara api sampai padam itu lebih baik daripada memegang catur" ( Riwayat
Al-Baihaqi, 10/212)

Kumpulan yang mengharamkan mengatakan penyamaan mainan catur dengan patung


(berhala) yang dibuat oleh Ali itu jelas menunjukkan bahawa ia satu permainan yang
haram.

Ibn Taimiah pula menisbahkan Imam Syafie sebagai berkata : "Permainan yang paling aku
benci adalah an-nard, permainan catur dan permainan burung dara sekalipun tanpa
perjudian. Sekalipun kebencian kami kepada permainan itu lebih ringan dari pada
permainan dadu"

Namun demikian, apa yang jelas, tiada satu hadis yang sohih menyatakan pengharaman
catur, hanya wujud adalah perdebatan berkenaan pandangan para sahabat sahaja. Cuma
Imam Ibn Qudama cuba membawa dalil berikut sebagai hadis pengharamannya :-

Ertinya : Sesungguhnya Allah swt sentiasa melihat (kepada hambanya) pada setiap hari
sebanyak 360 kali pandangan, dan orang yang bermain catur ini tiada termasuk dari
kalangannya ( Al-Mughni, 10/172)

Ibn Qudamah kemudiannya terus menghuraikan pemain catur sama seperti pemain an-nard
kerana lalainya mereka semasa bermain dari ingatan terhadap Allah swt. Namun demikian,
penyamaan ini (qiyas) ini ditolak oleh ulama Syafie kerana perbezaan konsep asas antara
kedua permainan tadi.

3)Makruh (tidak begitu digalakkan)


Antaranya adalah Imam As-Syafie dan merupakan pandangan mazhab Syafie.Imam Syafie
berkata ertinya : Apabila catur tidak besertanya pertaruhan dan kata-kata maki hamun,
melupakan solat, maka ia TIDAK lah termasuk dari yang haram ( Tafsir Ibn Kathir, 6/40 )

Imam an-Nawawi menjelaskan pendirian mazhab Syafie dengan katanya :-

Ertinya : Adapun catur, dalam mazhab kami (Syafie) ia adalah makruh dan tidak jatuh
haram, dan ia (keharusannya) juga diriwayatkan dari kumpulan tabien; namun menurut
Imam Malik dan Ahmad, ia adalah haram dan Imam Malik berkata ia lebih buruk dari An-
Nard ( sejenis permainan arab yang berasakan judi), serta melekakan diri dari kebaikan,
justeru mereka menqiyaskan catur dengan an-nard, namun dalam ahli-ahli dalam mazhab
kami (Syafie) tidak bersetuju dengan qiyas tersebut. ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi,
hadis no 2260, jil 15, hlm 15)

Imam al-Ghazali pula memberikan perbezaan antara catur dengan an-nard dengan
hujjahnya ia berbeza adalah kerana :

Catur adalah mainan latihan perangkaan strategi perang, ia lebih mirip kepada sukan
memanah, berkuda dan berlumba ( dari sudut manfaatnya) ( Rujuk Al-Wasit, 7/353 )

Kesimpulan hukum main catur

Dari sudut dalil yang diberi serta banyak lagi yang tidak disertakan, saya berpandangan
yang HARUS TETAPI MAKRUH JIKA BERLEBIHAN adalah lebih kukuh.

Tidak dinafikan bagi seseorang yang ulama atau ahli agama, pandangan YANG
MENGHARAMKAN tentunya terpakai untuk dirinya. Bukankah status kedudukan para ulama
itu menjadikan dirinya perlu lebih ketat dalam pengalaman berbanding orang awam.
Sebagai kata-kata yang kerap kita dengari

"Kebaikan yang dilakukan oleh orang awam, masih dikira keburukan bagi seorang yang
hampir dengan Allah swt"

Ertinya bagi seorang yang soleh, mengkahatamkan al-quran sebanyak satu kali pada bulan
Ramadhan boleh dianggap satu kesalahan dan aib, berbanding orang awam yang dikira
sebagai satu kejayaan besar. Jika piawaian ini diambil kira bolehlah kita katakan,
pandangan ‘HARUS DENGAN SYARAT' atau ‘MAKRUH' lebih ringan untuk dihidangkan
kepada orang awam khususnya : -

    * Tiada dalil spesifik yang menyokong pengharaman,

    * Hujjah yang mengatakan haram semuanya disebabkan wujudnya faktor luaran seperti
lupa Allah SWT, judi dan sepertinya, maka jika tiada faktor-faktor ini bak kata Imam al-
Ghazzali, semuanya kembali menjadi hukum mubah.

    * Qiyas catur dengan an-Nard adalah tidak tepat sebagai pandangan mazhab Syafie
kerana an-Nard sememangnya diasasi oleh perjudian berbanding catur yang amat boleh
dimainkan tanpa pertaruhan.

Namun begitu, walaupun ia ‘harus dengan syarat' atau ‘makruh' sahaja, saya amat
bersetuju dengan fatwa Imam al-Ghazzali yang lebih kurang sama dalam bab muzik.
Gunakanlah ia secara terkawal dan tidak terlalu kerap kerana ia umpama ubat,
yang tidak boleh terlalu kerap, kelak akan membawa mudarat.

Gunakan ia hanya untuk menghilang kebosanan sama seperti bergurau senda, ketawa,
bersukan dan sebagainya. Tentunya penenang yang hakiki adalah pada membaca
dan menghayati AL-Quran, zikir dan membaca, namun tidak semua manusia sama
status iman mereka, tatkala itu amat relevan kata-kata Nabi kepada Hanzalah dan Abu
Bakar r.a yang kerisauan kerana masih boleh berehat-rehat ketiak di rumah dengan isteri
dan anak, sedang mereka begitu serius ketika mendengar kuliah Nabi s.a.w berkenaan
akhirat dan lainnya :

Ertinya : Wahai Hanzalah ; satu waktu (zikir dan ibadah khusus serta serius) dan satu
waktu lain pula ( rehat dan ringan) ( Riwayat Muslim)

Berkenaan hukum menjual catur di dalam mazhab Sayfie, disebabkan mazhab ini
mengganggap catur sebagai makruh, hukum menjualnya juga turut makruh. (Al-Majmu',
An-Nawawi, 9/243)

Jawapan kepada soalan

Jika demikian perbincangan kita, hukum bermain games PS1,2, dan 3 juga harus dengan
makruh jika berlebihan, dan haram hanya apabila melanggar perkara asas yang
telah disebutkan di tadi.

Tatkala itu, saya berpandangan, hukum terlibat sebagai programmer computer, grafik
animator dan sepertinya bagi pembikinan sesebuah games adalah turut HARUS, namun ia
bukankah satu kerja yang terbaik dan terpilih bagi individu yang mahu jelas hilang dari
sebarang syubhat.
Unsur syubhat wujud khususnya kerana pencipta permainanan itu TIDAK MAMPU mengawal
kekerapan, dan addicted sang pemain serta kelalaian mereka.

Asalnya penjual dan pencipta barang jualan yang bersifat neutral TIDAK menanggung
sebarang tanggungjawab jika pembeli menggunakan barang neutral itu untuk tujuan jahat.
Seperti penjual lap top computer, pisau, Television, printer dan sebagainya. Semua ini
tergolong dalam kategori neutral yang mana pengguna akan menentukan sama ada ia
digunakan kepad adosa atau pahala.

Namun berbeza dengan PENJUALAN GAMES;  kerana amat diketahui, permainan itu
diciptakan sememangnya untuk dimain, menghiburkan pembeli, malah lebih baik jika
mampu dicipta kecanggihan sehingga boleh menjadikan pemain ketagih dengannya. Tatkala
itu, pencipta games menanggung beban tanggungjawab kepada mainan ciptaannya,
berbeza dengan barangan neutral yang saya sebutkan di atas.

Justeru, jika permainanan yang direka yang bersifat pendidikan ilmu fardhu kifayah seperti
matematik atau permainan serampang dua mata, hiburan dan pendidikan atau lebih hebat
dari itu ia membawa kepada kesedaran Islam. Tatkala itu ia menjadi sunat pula dan pahala
yang diperolehi oleh penjual juga.

Hukum boleh berubah pula menjadi HARAM apabila kandungannya dan paparan terdapat
hal yang bertentangan dengan Islam.

Sekian
4 Isu Semasa : Ulasan Ringkas
www.iLuvislam.com
Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
editor : ibnulatef

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Terdapat beberapa isu semasa yang saya tidak sempat untuk memberikan respon,
walaupun agak ramai yang meminta ulasan. Isu-isu semasa yang berkait dengan Islam
seperti keputusan kabinet untuk membiarkan anak kekal dalam agama masing-masing
walau selepas ibu bapanya memeluk Islam, penggunaan nama Allah bagi penganut Kristian,
orang bukan Islam membaca ayat Al-Quran dan isu bahasa Melayu untuk pengajarn sains
dan matematik.

Bagi tidak menghampakan mereka yang bertanya dan menjelaskan pandangan saya, tulisan
ini dibuat, namun disebabkan oleh kekangan masa dan memandangkan agak ramai ilmuan
Islam telah menulis berkenaan hal ini, saya tidak akan menghurai panjang lebar beserta
dalil, cukup sekadar menjelaskan pandangan saya sebagai menjawab soalan ringkas dari
mereka yang bertanya.

PERTAMA  : ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA AL-QURAN

Isu ini timbul dari kempen ceramah politik pakatan rakyat di pilihanraya Kecil Bukit
Gantang, terdapat dua kelompok masyarakat Islam ketika mengamati peristiwa ini. Pertama
: Yang tidak bersetuju serta menganggap ia sebagai penghinaan khususnya disebabkan
kesilapan sebutannya dan nama surah. Kedua : yang tidak melihat sebagai satu kesalahan
malah menganggapnya sebagai satu kelebihan buat Islam.

Setelah mendengar sendiri ucapan Yang Berhormat yang berkenaan di youtube, dan setelah
meneliti hujjah kedua-dua kelompok, saya secara peribadi dan atas dasar ilmiah, tidak
nampak sebarang masalah yang besar atau yang boleh dihebohkan.

Ia adalah kerana :-

1)   Banyak dalil jelas menunjukkan bukan Islam turut membaca sama ada secara tertutup
atau terbuka ayat-ayat al-quran di zaman Nabi sa.w. Malah ayat-ayat al-Quran digelar
mu'jizat (sesuatu yang mencarik adat dan luar biasa serta melemahkan musuh), apabila
ayat-ayatnya diteliti oleh ahli sastera kafir quraisy, tatkala itulah baru mereka mendapati
Al-Quran adalah sebuah kalam Allah dan bukan hasil pemikiran manusia.

2)   Nabi s.a.w turut menghantar surat yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran kepada
pemimpin bukan Islam di zamannya. Tentunya ia dibaca dan sememangnya untuk
diwarwarkan.

3)   Ayat Al-Quran juga turut dibaca oleh Umar al-Khattab semasa beliau belum Islam.
Akhirnya menjadikannya Islam.

4)   Ayat yang dibaca bukan dalam intonasi dan situasi menghina tetapi adalah untuk
menegaskan intipati keperluan kepada kesaksamaan dan keadilan dalam kehidupan. Benar,
ia adalah satu penghormatan dan bukan penghinaan.

5)   Kesalahan sebutan dan nama surah, adalah dimaafkan bagi mereka yang dalam
pembelajaran, apatah lagi orang bukan Islam. Terlalu ramai umat Islam yang masih gagal
membaca al-Quran dengan betul malah ramai juga yang langsung tidak mampu
membacanya. Tun Dr Mahathir turut pernah menyebut nama surah  dengan sebutan yang
salah, ketika menyampaikan ceramah umum beliau di Nilam Puri pada tahun 1993, semasa
beliau menghentam PAS yang ingin memperkenalkan hudud. Saya berada di sana ketika
itu, namun tiada rakaman yang boleh dikongsikan.
KEDUA : PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH KRISTIAN

Isu ini turut menjadi hangat khususnya apabila terdapat beberapa pandangan diberikan
oleh kumpulan ilmuan. Kumpulan pertama yang tidak membenarkan dengan pelbagai
hujjah dan nas, demikian juga kumpulan kedua. Secara asasnya, ini adalah isu cabang
dalam bab aqidah yang tidak sama sekali menjatuhkan seseorang dalam kekafiran,
perbezaaan pendapat dan ijtihad adalah dibenarkan dalam hal ini.

Dalil-dalil yang diutarakan oleh kedua-dua kumpulan, masih terdiri dari dalalah yang
zhonniah, hasil takwilan dan tafsiran. Hanya yang tidak memahami ilmu Usul Fiqh sahaja
akan merasakan ia tergolong dalam hal usul yang jatuh kufur bagi yang berbeza. Juga tiada
wajar bagi menuduh secara rambang bahawa sesiapa yang membenarkan tergolong dalam
kategori Islam liberal, mungkin sebahagiannya benar ingin menyamaratakan semua agama,
namun tidak semuanya membenarkan dengan niat sedemikian.

Setelah melakukan penilaian terhadap pelabagai hujjah dan pandangan silam dan
kontemporari. Secara asasnya, saya lebih cenderung kepada pendapat yang membenarkan
penganut kristian untuk menggunakan nama Allah swt. Antara nas yang paling jelas
adalah :

Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah
yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian)
maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan
Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu
kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88).

Ini hanya satu dalil sahaja, memang boleh diperdebatkan dengan pelbagai sisi pandang
SEPERTI mentafsirkan Allah dalam ayat itu bukan sebagai ‘ALLAH' dalam konteks yang
dikhususkan oleh Islam yang terkandung di dalam surah al-Ikhlas, tetapi adalah tuhan
pencipta secara umum.

Namun di dalam kaedah dalam fiqh, memerlukan kepada dalil lain jika takwilan sedemikian
ingin dilakukan. Khususnya masyarakat Jahiliyyah sudah sedia maklum berkenaan agama
yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s, dan Allah telah difahami merujuk kepada siapa.

Cukuplah, saya tidak ingin menghurai panjang dan berbahas dalam hal ini, hakikatnya
banyak lagi nas dan dalil lain yang menyokong kepada keadaan membolehkan tersebut.
Menurut penilaian dan pengamatan saya, pandangan membolehkan adalah terlebih kuat
dari hujah kumpulan yang menolak.Saya juga kurang bersetuju untuk dipisahkan nama
Allah kepada penegrtian lughah (dari sudut bahasa secara literal kononnya merujuk kepada
tuhan umum), dan Allah secara istilah yang merujuk kepada Allah yang disebut di dalam
surah al-Ikhlas.

Satu lagi, perlu diingat, sama ada nama Allah digunakan di dalam Bible atau tidak, itu tidak
sama sekali  penting untuk kita, kerana Bible bukan rujukan kita tetapi Al-Quran. Oleh itu,
merujuk  kepada bible dalam mencari pendirian dalam hal ini adalah salah sama ada secara
sedar atau tidak sedar. Umat Islam hanya merujuk Al-Quran dan Hadis dalam menentukan
sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi Bible yang wujud hari ini bukannya injil yang
diturunkan kepada Nabi Isa as.

TETAPI ..

Namun demikian, itu adalah dalam konteks penelitian dalil dan nas, atau konteks ilmiah.
Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari'yyah khususnya bagi mengelakkan salah guna
dan kekeliruan khususnya di Malaysia, saya cenderung untuk BERSETUJU PENGHARAMAN
PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan.

Selain itu, saya juga tidak setuju istilah lain seperti solat, kaabah digunakan oleh pihak
Kristian.

Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin sahaja berbeza mengikut penilaian masing-
masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada
hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini. Justeru
itu, penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat
wajar dilarang oleh pihak kerajaan. Ye di dalam hukum Islam, kerajaan berhak
memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat.

Terutamanya apabila mengenang keadaan umat Islam yang ada hari ini terlalu amat lemah.
Keadan missionary bukan Islam yang amat galak untuk menggunakannya dengan tujuan-
tujuan tertentu. Kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam yang dirasakan akan
mempermainkan dan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara
berleluasa.  Jika dilakukan kajian teliti terhadap hal mudarat ini, eloklah ia dilarang.

Sekali lagi perlu diingatkan, perlu diperbezakan keputusan hukum dan siyasah syar'iyyah. 
Sekuat manapun hujjah untuk membenarkan kristian menggunakan nama Allah, namun
dari sudut mudarat, ia wajar dilarang sama ada dalam tempoh tertentu atau berterusan
atau mungkin boleh dibenarkan tetapi dengan syarat-syarat tertentu bagi menhindarkan
mudarat yang boleh menimpa orang awam Islam yang lemah.

KETIGA :  ANAK KEKAL DALAM AGAMA ASAL

Berlaku lagi isu yang dianggap sensitif berkait isu agama, sebagaimana kes jenazah individu
yang dipertikai sama ada telah menganuti Islam atau tidak semasa hayatnya.

Merujuk kepada laporan akhbar tempatan, keputusan kabinet Menteri memutuskan bahawa
setiap ibu bapa yang menukar agamanya ke agama lain, anak-anak mereka yang dibawah
umur tidak akan bertukar secara automatik, malah mereka akan kekal dalam agama asal
sehinggalah mereka dewasa dan membuat keputusan sendiri selepas itu.

Pelbagai artikel ditulis dalam hal ini, saya tidak berhasrat untuk mengulang-ulang apa yang
telah ditulis. Fatwa dari empat mazhab turut disertakan. Secara ringkasnya, majoriti
mazhab berpandangan anak akan menjadi Islam secara automatik sama ada ayah atau
ibunya menganuti Islam. Manakala mazhab Maliki pula hanya meletakkan kemasukkan
Islam secara automatik itu hanya berlaku jika si ayah yang menganuti Islam. Justeru itu,
menurut pandangan keempat-empat mazhab, kes  yang berlaku di Malaysia ini, anak turut
automatik menjadi Islam.

Bagi yang berminat membaca lanjut boleh merujuk di link berikut .

PKPIM juga ada mengeluarkan kenyataan yang baik, disamping menyertakan beberapa kes
lama yang boleh dijadikan panduan dalam menetapkan sikap terhadap kes terbaru ini,
iaitu :-

"Berdasarkan kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, Mahkamah


Persekutuan telah memutuskan bahawa si bapa mempunyai autoriti dan kuasa untuk
mengislamkan anak berlandaskan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan walaupun
tanpa persetujuan ibu.

"Sementara itu, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa


agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun perlu ditentukan oleh ibu-bapa (salah
seorang) atau penjaga.

"Manakala Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 telah


memperuntukkan bahawa seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah boleh memeluk
agama Islam sekiranya ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga anak tersebut memberi
keizinan,"

Secara kesimpulan, sudah tentu saya cenderung kepada pendapat majoriti yang
menganggap secara autoamtik anak-anak menjadi Islam. Namun demikian adalah lebih
tepat dan hikmah jika si suami dapat mengambil keputusan bijak mengelakkan isu ini
dibawa ke mahkamah dan berusaha sedaya mampu mengajak isterinya tuurt serta
menganuti islam sebagai cara hidup mereka. Dapatkan bantuan bijak pandai antara agama
jika perlu.

Selain itu amat wajar untuk pihak berkuasa merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum
melakukan sebarang kenyataan umum berkait isu Islam. Saya bersetuju dengan pendapat
Mufti Perak bahawa isu ini memerlukan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan,

Namun masalah yang paling ketara jika dirujuk ke Majlis Fatwa adalah tidak pasti bilakah
mereka mampu memberi respond dan jawapan. Wallahu'alam.

KEEMPAT : ISU PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS BAGI MENGAJARKAN


MATEMATIK DAN SAINS

Ini juga isu hangat yang ditanyakan kepada saya, namun saya tidak mampu memberikan
banyak idea berkenaan isu ini khususnya kerana ia adalah satu isu yang lebih dominan
berkaitan keputusan politik dalam sesebuah negara. 

Apa sahaja yang diputuskan oleh pihak kerajaan sememangnya perlu berdasarkan hasil
kajian terperinci teori dan praktikal, kesan dan target, perbincangan peringkat atasan, ahli
akademik, guru, murid, ibu bapa dan ahli politk. Hanya selepas ini semua dilalui, barulah
pihak kerajaan patut memutuskan keputusan. Bagi saya, itu cara terbaik jika sesebuah
kerajaan menghormati minda dan idea rakyatnya. Malah setiap keputusan yang diambil
pula tidak semestinya tidak boleh dibuah, boleh sahaja dicuba beberapa tahun dan dilihat
kesan buruk dan baiknya, kemudian ia terbuka kepada pindaan dan perubahan. Yang
menjadi maslaah hari ini, kerajaan mungkin malu untuk membuat penilaian dan pindaan
kerana bimbang akan dituduh sebagai flip flop dan yang sepertinya.

Perlu diingat, tekanan politik yang menghentam sehingga terlebih had, sehingga bertindak
dan tidak bertindak, kedua-duanya akan dihentam, bakal membawa kerugian kepada
banyak pihak. Ada kalanya terdapat individu yang ingin melakukan perubahan kebaikan,
tetapi membatalkannya kerana tidak mahu dihina dan dimalukan akibat dituduh flip flop
selain dianggap tidak cekap dalam membuat keputusan politik. Padahal, keputusan untuk
sesebuah negara bukan mudah, malah dengan kajian sekalipun, ia mungkin sahaja tersilap
atau berubah berdasarkan keperluan dan zaman.

Malah para ulama sendiri pun banyak yang terpaksa mengubah fatwa dan pendirian apabila
mendapat info baru. Seperti Imam As-Syafie yang mengubah beberapa fatwanya ketika
berada di Mesir. Adakah ini menjadikan Imam Syafie rh, flip flop dan tidak cerdik.? Tidak
timbul isu tidak cerdik sebenarnya, itulah adalah sifat kemanusiaan biasa yang ilmu kita
terbatas.

Lihat sahaja, kerajaan Britain hari ini, bajet terbaru menyaksikan pihak parti pemerintah
terpaksa mematahkan janji manifestonya untuk tidak menaikkan cukai pendapatan individu,
tetapi bajet pada minggu lepas (April 2009) menyaksikan mereka terpaksa menaikkan juga
cukai individu kaya. Hasilnya, mereka dilanyak sepuas hati oleh pembangkang yang
diketuai oleh David Cameroon. Itulah politik kepartian yang merugikan banyak pihak jika
tidak ditangani dengan baik.

Bagi saya secara peribadi, tiada pandangan yang lebih saya cenderung kerana saya tidak
punyai data yang mampu menyokong atau menolak. Saya telah baca banyak tulisan
sokongan dan bantahan, tetapi semuanya tidak cukup untuk saya menetapkan keputusan
buat masa ini.

Semoga apa yang dicoretkan mampu memberi sedikit sebanyak manfaat buat anda.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman


Maksiat Di Depan Mata, Dimanakah Kita?
www.iLuvislam.com
l@IYyinUL h@Rir
editor : everjihad

Hari ini, ketika ini, dan saat ini, ketika kemungkaran dan maksiat menjadi sebahagian daripada kehidupan
masyarakat dan ummat yang kita sayang, DIMANAKAH KITA?

Dimanakah kita yang mengatakan bahawa kita meletakkan

 Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perlembagaan,

 Rasulullah sebagai model ikutan,

 Allah sebagai tujuan dan

 Jihad fi sabilillah sebagai penamat kehidupan??

Amatlah jelik sekali pada masa ini ketika ummat yang lantang berkata kononnya kita menegakkan negara Islam di
kalangan pemimpin-pemimpin kita,mereka yang dengan lantang mengatakan kita ikut langkah Islam dalam negara
ini, turut sama leka dalam jalan taghut.

Malah amat lagi menyedihkan bilamana maksiat itu dilihat sebagai perkara biasa yang normal untuk berlaku
dimana-mana.

Saudara ku,

Syaitan akan mengindahkan pandangan manusia ini atas maksiat yang kita lakukan.

Perhubungan tanpa batasan atas nama cinta sejati antara dua insan dipandang indah oleh masyarakat, dipandang
cantik oleh sahabat handai malah dipopularkan oleh ramai dalam kalangan kita dan bahkan ia dipandang mulia.

Namun, perhubungan untuk membina baitul muslim secara baik dan suci tanpa ikatan dan perhubungan yang keji
dipandang kolot dan ketinggalan zaman bahkan tidak lagi sesuai dengan zaman ini.

Pemuda-pemuda dan para pejuang yang membawakan dakwah Islamiyah, yang ingin meletakkan kefahaman yang
betul kepada ummat dipandang sebagai orang penyibuk bahkan mungkin sekali akan dilabel sebagai ‘terrorist’,
pengganas, malah dilabel juga sebagai ‘extremist’. Wujudkah ekstremist dalam beragama? Andai mereka yang
mahu menegakkan perintah Allah, mendukung kebenaran serta menjalankan perintah Allah itu digelar ekstrem,
bukanlah patut kita gelarkan mereka yang sengaja mahu melanggar perintah Allah juga sebagai ekstrem? ‘Ekstrem’
dalam melakukan kemungkaran. Tidak layakkah begitu?
Para pendokong yang ingin membawa semula ummat Islam kepada Islam dipandang sebagai lebai-lebai yang
kuno,kolot dan ketinggalan zaman. Bahkan senang sekali dikatakan:

“Aku enjoy,enjoy gak. Ibadat,ibadat jugak”.

Maka adakah kehidupan kita ini membezakan kehidupan ini dengan Islam?

Bukankah sebagai muslim, kehidupan kita adalah Islam dan Islam itu adalah kehidupan. Bahkan untuk berseronok
sakan pun bukankah lebih cantik dan lebih indah sekali kalau ianya selari dengan jalan Islam.

Tiada pergaulan tanpa batas. Tiada kelucahan. Bahkan da`wah juga dapat disampaikan melalui hiburan. Ini bukanlah
sesuatu yang mustahil. Tidak semestinya lagu nasyid sahaja perlu ada unsur da`wah. Bukankah lebih cantik andai
lagu rock juga ada unsur da`wah?
 

Tidakkah lebih jelik pabila ketika ada segolongan pihak yang ingin membuat tugas menyedarkan ummat tentang
hakikat Islam ini dihalang dengan kuatnya. Tetapi mereka yang ingin melakukan konsert, pesta, keraian yang bukan-
bukan dibenarkan dengan sesuka hatinya? Maka dimanakah kononnya Islam yang dilaung-laungkan itu?

Adakah Islam itu hanya tertegak dengan kata? Adakah Islam itu tertegak hanya dengan ceramah dan jualan air liur
sahaja?

Saudaraku,

Islam itu adalah kehidupan kita. Saat kita mengucapkan shahadah, kita telah berikrar dan mengikat perjanjian untuk
menerima Islam sepenuhnya.

Tiada istilah “part time Muslim”. Hari ini aku ikut jalan kafir, esok aku ikut jalan Islam. Tiada istilah pengasingan
Islam dari kehidupan. Tidak ada pengasingan Islam itu dari pemerintahan. Kerana Islam ini sungguh lengkap dan
syumul.

Segalanya dari aspek kehidupan seharian, pemerintahan malah kematian. Ketika kita bershahadah, kita telah berikrar
pada aqidah kita dan juga kita juga berikrar bahawa kita sanggup mengikut Islam ini.

Adakah shahadah itu sekadar hanya kata-kata kosong??? Renung-renungkan bersama.


Al-Quran Milik Siapa?
www.iluvislam.com
dihantar oleh: NISWATUL HUSNA
Editor: deynarashid

“Sepatutnya sudah lama benda al-Quran ini dibaca dan digunakan dengan meluas oleh semua orang termasuk oleh
orang Cina”. (Berita TV1 pada pagi 6 April 2009 dan rancangan Berita TV9 jam 8.00 malam).

Inilah lebih kurang, bunyi kata-kata saya sewaktu diminta mengulas penggunaan dan sebutan ayat al-Quran oleh
Exco Kerajaan Negeri Perak, YB. Nga Ko Ming. Sebagai penjelasan lanjut, izinkan saya berkata begini:

Islam ini pada dasarnya diturunkan untuk membawa petunjuk. Ia sumber hidayah. Ia menjadi rahmat dan penawar.
Nilai gunanya adalah untuk seluruh semesta alam. Ia bersifat “rahmatal lil ‘alamiin.” Ia berguna untuk seluruh
umat manusia tanpa mengira perbezaan kaum, suku bangsa, warna kulit dan bahasa.

Sepatutnya, al-Quran itu boleh digunakan dengan jujur dan ikhlas oleh penggunanya tanpa mengira sesiapa. Pada
saya, kesediaan YB. berkenaan yang cenderung menggunakan ayat al-Quran adalah satu permulaan kepada satu
perkembangan yang cukup menggalakkan. Tidak ada sebab ia tidak dialu-alukan.

Jika dalam zaman awal Islam pun, Abu Lahab yang bukan Islam itupun diizin membaca dan memahami surah Al-
Lahab yang mencela beliau, maka apa pilihan kita untuk menutup hak bukan Islam untuk mendekati, membaca dan
cuba memahami al-Quran?

Isu ini bermula sebaik sahaja sesetengah pihak mencetuskan keresahan demi meraih perhatian untuk mendapatkan
populariti dan simpati ke atas diri mereka. Saya diberi faham bahawa isu asal hanyalah kecil. Isu yang berbangkit
ialah nama surah sahaja yang disebut salah tetapi ayat yang dikutip dan diterjemahan adalah betul.

Bacaannya masih OK; cuma intonasi dan sebutannya saja yang sedikit tersalah. Tetapi, tidaklah pula bacaannya itu
sebaik seorang qari musabaqoh atau tilawah. Hatta, ada juga orang Islam baka, yang sudah lama Islamnya sekalipun;
masih tidak sempurna dari segi tertib dan tartil, dari segi sebutan dan tajwid serta lafaz panjang pendeknya.

ِ ‫"إِ َّن اللّه يأْمر بِالْع ْد ِل وا ِإلحس‬


"...‫ان‬ َ ْ َ َ ُُ َ َ
Apa yang saya nampak, YB. berkenaan tidak mentafsir. Dia cuma membaca terjemahan "Sesungguhnya Allah
menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan". Dia terjemah perkataan “ehsan” sebagai 'belas kasihan'. Itu
sahaja.

Dalam Islam, ada satu perkara yang disebut “Li iilaafi-quraisy“ seperti yang terkandung didalam surah Quraisy ayat
1. Maksud bergerak dari kalimat ini saya ertikan sebagai “menjinak atau menjinakkan.” Menjinakkan siapa, jika
tidak orang-orang yang belum Islam kepada Islam?

Disini, apa salah orang Cina jika dia membaca Quran dengan tujuan untuk berjinak-jinak dengan Islam? Jika
katakan tersalah (katakan), maka dengan lemah lembut dibetulkan. Tidak berbangkit sama sekali soal keperluan
laporan polis oleh sesiapa.

Pada saya, ini percubaan menutup ruang dan menyekat langsung laluan non-Muslim mendekati Islam seperti yang
pernah dilakukan oleh sebahagian dari penguasa masjid di tempat-tempat tertentu yang menghalang orang non Islam
dari memasuki masjid.

Sedangkan dalam surah ‘Abasa, jelas yang Nabi SAW menerima, menegur dan membimbing orang Islam dan non-
Muslim di dalam masjid.

Berbalik kepada isu, jika orang Cina baca salah, maka apa jaminan yang orang Melayu yang kebanyakannya datang
dari jenis Islam baka ini pun turut tidak salah? Hal ini boleh disahkan oleh guru-guru tajwid seluruh negara pada
bila-bila masa.

Ambil saja surah al-Fatihah yang menjadi ummul kitab. Saya tidak suka mencabar tetapi saya hampir pasti akan
kekurangan yang juga turut melanda orang Melayu yang diperanakkan dalam suasana Islam sepenuhnya ini.

Satu lagi ialah apa gunanya Quran jika tidak untuk dibaca? Bagaimana orang bukan Islam mahu memahami jika
diharamkan mereka dari bertatih membaca al-Quran. Ini permulaan. Kita kena faham.

Hatta, Saidina Umar sendiri diwaktu belum Islam (kufur) sekalipun direkodkan pernah merampas sesuatu dari
tangan adik beliau. Beliau lalu mendapati bahawa ia satu tulisan dari Surah Toha lalu beliau membacanya dalam
keadaan genggam dan lepas.

Sebenarnya kufur zaman dulu adalah orang Cina atau Indialah di zaman sekarang. Sepatutnya, kita berbangga
apabila orang bukan Islam boleh memetik dan cuba-cuba membaca ayat dari kitab suci kita.

Salah satu punca kelemahan dalam menguasai ilmu pembacaan al-Quran ini ialah tidak dapat menguasai tulisan
jawi. Ini kerja siapa jika tidak mereka yang memperjuangkan “dasar anti- jawi”? Dalam keadaan mereka yang
meninggalkan Quran dan telah membunuh tulisan jawi itu, tiba-tiba, apabila ada pemimpin Cina membaca Quran
dalam pelat yang dipandang salah, mereka sibuk mendesak DAP mengemukakan permohonan maaf secara terbuka.
Disini soalan pertama saya, mana lebih besar dosanya, menolak Quran dan mengherdik hukum Islam atau dosa cuba
membaca al-Quran?

Soalan kedua saya, apa kata, jika dalam satu masa terdekat, ada pihak yang dapat buktikan yang ada juga pemimpin
Melayu Muslim yang membaca Quran dengan salah? Mahu atau wajarkah mereka dimalukan dengan dituntut
membuat permohonan maaf secara terbuka?

Dalam hal begini saya lebih gemar kita semua melakukan muhasabah. Jika takdirnyalah, rakan-rakan kita dari yang
“belum Islam” ini ada kekurangan dari segi sebutan ayat-ayat Quran, kenapa kita tidak berfikir untuk adakan kelas-
kelas asas pengenalan ilmu al-Quran kepada non-Muslim?
Dalam hal ini, gunakanlah semua rangkaian radio dan televisyen kita untuk mengadakan slot-slot rancangan berupa
kelas “mesra al-Quran” seperti yang ada dalam rancangan “learn a word a day” atau belajarlah satu perkataan satu
hari.

Mungkin juga ia boleh disusuli dengan kelas-kelas malam percuma di semua masjid dan surau. Mungkin juga,
kelas-kelas tuisyen malam disekolah-sekolah boleh juga diatur seperti sistem sekolah dewasa di awal tahun 60 han.

Atau, kita ada IKIM, JAKIM, YADIM, dan Jabatan-Jabatan Agama Islam setiap Negeri. Saya percaya, kita boleh
melakukan sesuatu; mengambil kesempatan dan menafaat dari trend keghairahan baru yang sihat ini demi
membangun bersama Islam dan mendekatkan non-Muslim kepada Islam.

Di sini, tidak bolehkah kita sama-sama cuba berfikir dalam kerangka pemikiran sebuah kerajaan. Janganlah terlalu
mahu berpolitik secara berparti dalam serba-serbi sehingga segenap perkara hendak dipolitik mengikut syak
wasangka kepartian. Sikit-sikit menuntut maaf. Sikit-sikit laporan polis. Sikit-sikit perkara perkauman, menghasut,
sensitif dan boleh menimbulkan pecah belah.

Jika kita tidak sensitifkan isu ini maka tidak sensitif lah ia. Perkara ini bukannya susah sangat tetapi sengaja nak
dikeliru dan nak disusah-susahkan. Sekarang, orang sudah ramai yang cerdik. Ini khususnya dikalangan orang-orang
muda. Mereka biasanya lebih cepat menghidu dan dapat membezakan terus antara durian dengan tempoyak.

Sebagai penutup, mari kita mendalami keluhan dukacita YB. Nga di atas isu yang sengaja ditimbulkan. Kata beliau,
“saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab
berkenaan, tiba-tiba dihalang.”
Sambutlah Valentine Sempena Kejatuhan Islam di Sepanyol
www.iLuvIslam.com
* Al-Marhum Ustaz Rosdi Yusof dan Hasanah Abd. Khafidz
editor : IskethaykaL

Hari Valentine semakin menghampiri. Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati
sudah sentiasa terbayang-bayang di mata.

"Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai
permaisuri di hati…"

Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari
muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai
sejarah hitam disebaliknya. Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada
pesta jamuan "supercalis" bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama
Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan
kematian St. Valentine.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat
menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama
Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang
Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana
Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan
akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa
Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi
kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan
dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara
seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di
dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan
sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang
bertulis "From your Valentine".

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari
kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari
tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya
Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Semoga anda semua mengambil iktibar!!! Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini
padahal ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol...

*Artikel ini ditulis oleh Al-Marhum Ustaz Rosdi Yusof dan diolah sedikit oleh Hasanah Abd.
Khafidz. Artikel ini telah diterbitkan semula dalam www.drhasanah.com
Bertudung atau Berfesyen?
www.iluvislam.com
oleh: wanita sinaran islam
Editor: doraemong13

Bertudung atau Berfesyen? Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia
menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana
syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh
badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian,
ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan
wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih
boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama,
harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang
menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula
memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat
atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun
pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi
menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai
kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk
wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan
kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang
dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk
mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita
mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita.
Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana
akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari
menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun
bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik
dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya.
Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina,
banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan
bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan
berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang
bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan
pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya. Dan
bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina,
khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang
ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.
Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung.
Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam
yang tidak menjaga kemuliaan.

Sekian, wassalam.
(Click picture to enlarge)
Kehilangan bekas mufti, Winograd dan yakinkah kita?
www.iLuvislam.com
oleh: nor fahmi

RAMAI SUDAH yang menulis tentang kisah ringkas Dato Ishak Baharom, jasa dan kisah dakwah beliau. Bagi yang
masih kurang jelas, jangan lepas peluang untuk google siapa Data Ishak Baharom.

Beberapa hari yang lalu juga telah keluar report kedua ‘Winograd Report’ iaitu post-mortem kerajaan Israel
mengenai perang Israel-Lebanon yang berlaku. Winograd Report menjelaskan kegagalan kuasa politik dan tentera
Israel dalam perang, lalu menyebabkan mereka gagal menghalang serangan roket Hizbullah.

Dato Ishak Baharom adalah tokoh ulama yang cekal, amanah dengan ilmu dan tegas dalam dakwah. Bukan mudah
untuk mempertahankan agama, terutamanya apabila perkara yang dipertahankan berhadapan dengan pemecatan
jawatan. Boleh jadi kalau kita di tempatnya, didiamkan sahaja, harap-harap supaya kes jadi sejuk, lagi-lagi nak fikir
apa anak bini nak makan, atau fikir tengah save duit nak beli kereta atau motor, eheh. Bukan sedikit juga orang yang
berdegar-degar cakap pasal Islam, tetapi apabila apabila terpaksa memilih, memilih yang ‘selamat’ atas pelbagai
alasan. Saya pun tak yakin apa nak dibuat apabila berada dalam situasi tersebut. Cakap sekarang pun boleh gebak-
gebuk, doa dsb, tapi jika terjadi moga Allah jua membantu.

Hizbullah membuktikan bahawa Israel boleh digugat. Jangan lupa, dalam perang tersebut, boleh sahaja dikira tentera
Israel kalah. Tentera sebuah negara yang ada memiliki 200 nuclear warheads (sekadar yg terdedah), dengan polis SB
mossad yg dikatakan terhebat. Siapa kata polis perisik spy ni hebat sangat..? manusia juga tu. Winograd Report
sekadar membuktikan bahawa mereka juga adalah manusia yang tidak lari dari kelemahan. Kadang-kadang bila kita
mengajak untuk membantu menyedarkan ummah tentang Islam, atau memboikot barangan Israel, banyak sahaja
celoteh nakal atau sikap mengaku kalah sebelum berhadapan dengan musuh Islam.

‘ada kesan ke boikot ni..?’


‘tapi barang dia murah-murah belaka. Kita pun dituntut berjimat-cermat. Camana tu..?’

Sendiri mahu jawablah. Soal hati. Masing-masih pandai, pokoknya hati mau atau tidak.

Perang Israel-Hizbullah membuktikan bahawa kita boleh sahaja kuat sekiranya menyusun kekuatan dengan
perpaduan dan berani. Kalau nak ikut nasihat negara2 Islam lain, confirm la akan tunduk menyimpuh malu-malu
pada Israel dan US.

Dato Ishak Baharom pula…? Kekal hidup dia, malah lagi banyak jemputan dakwah lepas peristiwa tersebut. Oh ya,
tiada pula terdengar dia tidak cukup makan kerana sudah tidak bekerja dgn JAIS.

Yakinnya mereka pada agama yang diperjuangkan.… kita pula bagaimana? Moga kita berdoa dibekalkan semangat
yang sama.

Ledakan Islam
www.iLuvislam.com
oleh : Shahreza

Assalamualaikum...Salam keamanan
BOOOM! Bunyi letupan kuat memecah dinding-dinding ketenangan yang berdiri tegak di atas sejadah
keimanan. 11 Zulhijjah menyaksikan sebuah letupan gergasi yang telah menggegarkan sebuah lagi
rumah Allah, rumah ibadat yang menjadi kebanggaan insan-insan yang hidup di atas tanah yang dipanggil
Sherpao, sebuah kampung kira-kira 25 batu di barat daya bandar raya Peshawar. Ketika hati-hati dalam rumah
Allah itu sedang gembira dan khusyuk menjalankan solat berjemaah yang aku kira amat dianjurkan Islam, hari-hari
sepatutnya dikorbankan haiwan-haiwan ternakan, menjadi hari terkorbannya 35 orang awan yang tidak berdosa,
di mana belas kasihan, mungkin hilang bersama-sama letupan ganas itu?

"Menteri Kesihatan Wilayah Syed Kamal Shah berkata, 35 orang terbunuh dan kira-kira tiga dozen cedera dalam
kejadian itu. Ketua Polis wilayah Sharif Virk berkata, seorang daripada anak lelaki Sherpao tercedera"

Ya Allah, hati-hati yang tidak berdosa dijadikan korban. Jangan berasa terkejut jika kita, umat Islam
dikaitkan dengan ledakan bom, tidak pula dengan ledakan teknologi ataupun ledakan ilmu. Mungkinkah
kita ini benar-benar begitu? Tidak! Firman Allah yang bermaksud:

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang
khalifah di muka bumi."...

(Surah Al-Baqarah ; 30)

Khalifah, tugas besar yang menjadi tanggungjawab manusia untuk mentadbir dunia ini dengan berlandaskan
agama. Namun, adakah ini yang diperjuangkan? Adakah Islam menganjurkan keganasan?penghijrahan Rasulullah
SAW yang mempunyai signifikasi yang amat besar dalam perjuangan Islam. Konflik di antara suku Aus dan Khazraj
ditamatkan dengan mempersaudarakan mereka dengan ikatan semangat Ukhuwwah Islamiyah .
Sebelum itu, mereka saling bermusuhan. Peperangan sering tercetus sesama mereka. Di sini, konklusi yang dapat

kita perhatikan ialah, Islam memperjuangkan keamanan sejagat, bukan


keganasan seumat. Hari-hari dihitung, berapa ramai umat Islam yang mati di atas tangan teman seakidah, seagama
dengan mereka. Kejadian di masjid di Sherpao harus kita jadikan sempadan.

Dunia hari ini mengaitkan kita dengan bom, keganasan, pembunuhan, ketidakadilan, macam-macam lagi yang
boleh dikaitkan dengan unsur-unsur negatif. Masyarakat mula mendiskusikan aktiviti pengeboman yang dilakukan
oleh segelintir persatuan dan pergerakan Islam, operasi pengeboman di tempat-tepat awam pada hari ini menjadi
lubuk emas bagi mereka. Mayat-mayat yang dahulunya turut menyembah Allah yang sama, tumbang
bergelimpangan, menjadi saksi akan kehilangan semangat yang dulunya pernah dilaung-laungkan dalam
perjuangan umat Islam dahulu kala, tika kita disegani dan dihormati dunia. Ledakan bom bukanlah jalan
penyelesaian bagi masalah yang kini menjadi barah dalam umat Islam masa kini, ledakan ilmu seharusnya
dijadikan sebuah medium perpaduan, medium kebangkitan, medium kegemilangan yang bakal mengembalikan
kegemilangan yang telah hilang tika sistem Khalifah jatuh digulingkan oleh umat Islamnya sendiri...

Ketika di bangku sekolah, frasa "matlamat menghalalkan cara" pernah aku lihat dalam buku teks sejarah tingkatan
5, yang pernah menjadi teras perjuangan bagi sesetengah pihak ketika dunia diambang kekecohan. Kini,
pendekatan ini dicedok dan dijadikan tunjang ideologi mereka. Pendekatan ini kemudiannya dihalalkan menerusi
rasional yang kononnya selaras dengan kepentingan masyarakat umum dan kerasionalannya di war-warkan secara
meluas menerusi ideologi-ideologi sejagat.

Kewujudan ideologi sebegini menjadikan kita goyah dan lemah. Ikatan agama yang terbentuk, dirungkai ganas
dengan ideologi-ideologi yang nyata menimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Maka, berlakulah penyemarakan
sentimen kekitaan berlainan ideologi dalam ummah masa kini yang akhirnya menjadikan pertunjukan
pertumpahan darah antara umat Islam sebagai tontonan umum yang kini banyak menghiasi dada-dada akhbar.
Seharusnya, bukan ledakan bom yang harus kita perbanyakkan, ledakan dalam ilmu Allah harus dijadikan
budaya kita agar agama kita tidak dikenali sebagai agama keganasan, namun sebagai agama kejayaan, agama yang
benar dan agama yang menggalakkan keamanan. Allah memerintahkan kita untuk menakutkan dan
menggentarkan orang-orang kafir, kita seharusnya menggunakan saluran ilmu pengetahuan sebagai wadah
perjuangan masa kini.

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah"
(al-Alaq ; 1-2)

Demikian ayat Al-Quran yang meletakkan Muhammad SAW sebagai Rasul utusan Allah Ar-Rahman. Ayat-ayat yang
menyentuh tentang ilmu, "Bacalah" jelas memaparkan akan kepentingan ilmu, di mana pencarian ilmu menjadi
ibadat yang dipandang mulia oleh Islam. Ini menunjukkan betapa Islam meletakkan martabat ilmu
begitu tinggi sekali.
Demikian, walaupun sekarang kita dikaitkan dengan ledakan bom, namun adakah kita perlu berdiam diri? Ledakan
ilmu dalam umat Islam perlu ditegakkan agar kita, umat Islam sejagat menjadi ummah yang disegani seperti

dahulu. Takbir !!!

Aduhai2 kawanku.. Sekarang ini,dunia x keruan...Disaat ini,manusia menjadi tamak,seorang kawan sanggup
mengkhianati kawan sendiri,soal duit jadi ukuran...walaupun soal agama sekalipun,duit juga yg jadi ukuran...ak x
mahu menjadi org sebegini rupa...Walaupn kita maju selangkah tetapi kita mundur beberapa langkah...alangkah
sayangnya jika kita lupa akan hikmah menjadi seorang islam...

Kini kita sanggup berperang sesama kita,demi kepentingan sendiri...jika dahulu sahabat-sahabat nabi berperang krn
menegakkan islam...mereka sanggup bergadai nyawa demi menegakkan 'tali allah'..pernah ku dengar suatu
cerita,dimana seorang sahabat nabi yg sanggup berperang semata-mata ingin mati didalam keadaan syahid...tetapi
apakan daya,disaat ajal tiba...dia berasa sedih..bukan kerana takut meninggalkan dunia...tetapi apa yg dihajatkan
selama ini tidak kesampaian...'walaupun aku sering kali berperang atas jalan Allah,aku sedikitpun tidak berasa
kesal,krn mati syahid itu yg selama ini kucari alangkah bagusnya jika aku mati dalam medan perang... ,lihatlah
diriku sekarang ini,berbaring diatas katil menunggu ajal seumpama unta'...kata-kata ini yg terkeluar dr hujung
bibirnya disaat maut menghampirinya...
Lihatlah zaman ini,zaman yg diwar-war sebagai zaman berteknologi dan berinformasi tetapi masyarakat hidup
dalam ketakutan. Anak-anak muda islam sudah menjadi teruk...yg mana dosa yg mana pahala tidak tahu
dibezakan...dihati mereka hanya mahukan kepuasan...mcm mana hendak dikata... nama nabi sanggup diperkotak
katikkan...jangan begini wahai saudaraku...nak dirujuk jgn berdasarkan ilmu akli sahaja..nakli pun penting juga..
jangan pandai-pandai membuat hukum...hanya dosa percuma yg diterima ...krn ini banyak agama sesat
terbentuk..sanggup mengaku dr adalah nabi kononnya.. sejak kecil sudah tahu tiada nabi akhir selain nabi
muhammad...tetapi ada juga yg terpedaya...nak dikeluh tiada kata,nak dikata tiada bahasa..walaupun penganut
agama islam ramai diserata dunia...ukhwah sesama kita tiada...apa nak jadi..apa nak jadi...tidak terungkap seribu
kata untuk dirasa....yg perlu hanya keinsafan dlm diri dan moga diberi petunjuk oleh Allah... insyaallah...
USRAH?? Lama xdgr ayat tu...sejak tggal KISAS dlu (SPM'00)..sebenarnya bg korang untuk ape diadakan
USRAH?apa tujuan..mesti utk saling memperingati kan...emm,sbnarnya bg aku USRAH ni mmg bgus..tp bg aku x
ramai yg sukarela,dgn hati yg terbuka,dgn kesedran sendiri nk g USRAH kecuali terpaksa..biasanya yg rela hati g
usrah ni org2 yg agak warak,org2 yg dah ada kesedaran ttg iman dan islam..tp yg lalai diluar sana?*helpless*

mestikah menyebarkan dakwah melalui usrah? mestikah menyebarkan dakwah dengan memakai
kopiah?dengan memakai jubah?dengan membacakan ayat2 quran kepada si "mad'u"?mestikan selalu dibacakan
hadith2 nabi untuk berdakwah?
jgn sesekali silap paham..aku bukan tolak al-quran dan hadith ..al-quran dan hadith adalah panduan
kita..panduan aku!!Just wanna 2 say itu bukan cara yg sesuai utk mendekati seterusnya berdakwah dgn golongan
'hardcore'..jenis manusia yang dalam I/C nya islam,tapi semayangnya entah ke mana,jumaat setahun sekali pon
payah,puasanya entah terbang ke mana...jenis yang menogok air setan,yang dok berkepit dgn pompuan2, yang nok
menikam nombor ekor iblis..

camne nak tarik diorang g usrah? camne nak dakwah golongan hardcore nie? stakat hampiri diorang dgn cara seperti
yang dilakukan oleh golongan tabligh baik xyah..awal2 lg diorang lari..mau x lari, member tu tgh lepak sambil
togok arak, dgn berseluar pendek, ade pompuan seksi lagi, tiba-tiba datang 3-4 orang pakai jubah bg salam nak share
citer nabi, nak perdengarkan ayat suci al-quran, nak bace hadith...

sukar kan nak dakwah golongan seperti mereka..bagi aku xde la sukar mane..tapi biar kena ngan
cara..salah satu syarat dakwah kan HIKMAH..biarlah berhikmah kalo nak berdakwah..jgn berdakwah cara org
BODOH,cara org JAHIL..macam ade member aku sorang dulu, kononnya nak dakwah budak TKC (Tunku
Khursiah Kolej) sbb pkai tudung tapi pkai baju lengan pendek..dia pon sound la 'dari awk pkai tudung tp pkai bj
lengan pendek baek awk xpayah pkai tudung' (kononnya nak dakwah la) nak tau ape jadi esoknya??awek
tu betul2 xpkai tudung...skang sape nak tanggung dosa dier xpkai tudung??mmg la yang sah2nyer awek
tu..tapi yg menyuruh dan yg 'mendakwah'nya camne?

Bagi aku,golongan hardcore ni kena didekati dengan cara mereka..sekali lagi diulangi BAGI AKU....bukan ikut
diorang 100%..just mula dgn jadi kwn..dok lepak sesama diorang,borak2..kalo diorang togok arak,jgn ikut
lak..biar jer dulu,step by step bro..bukan kita halalkan ape yg dia buat..just bila masuk waktu, ko slow2 ckap,
contohnya 'jap ek,aku nak g semayang jap'..xpayah dok ajak diorang contohnya 'korang tak semayang ke? xtakut
Allah ke? Jom r g semayang sesama dll cara yg kureng seswai',biar diorang terasa malu dengan sendirinya dan
slow2 ikut kita..mungkin ambil masa 2-3 bulan or lebih baru diorang terasa nak semayang..tapi tak pe,slow2
beb..jgn main redah je..ntah la..aku nak share pon terasa banyak sangat benda nak kena tulis..malas la aku nak
sambung...
lain kali kalo aku rase rajin aku sambung r..hehehe..

(Kalo korang rase ape yang aku tulis ni kasar n 'KERAS' sangat terpulang la..cuma aku nak tanya
korang,mestikah dakwah itu selalunya lembut dan halus bahasanya?? lagi pun ni memang cara
aku..cara aku menulis,cara aku meluahkan rasa hati, so sukati aku la nak tulis camne..hehehe.. sori kalo terasa
ek..0-0, igt Allah ada lebih dekat dari nadi kita..wassalam)
Jangan Banyak Berdebat
Wasiat ke-4 Hassan al-Banna
www.iluvislam.com
dihantar oleh : teen4Allah
editor : IskethaykaL

@}---~---{@
Janganlah memperbanyakkan perdebatan dalam pelbagai bidang pembicaraan kecuali
dalam hal yang penting. Pertengkaran ini semata-mata tidak akan mendatangkan kebaikan,
demikian wasiat Hasan al-Banna. Sememangnya, perdebatan lebih banyak mengundang
kehancuran kerana pada realiti hari ini, umat Islam terdedah dengan sifat angkuh, kurang
ilmu serta tidak menghormati kebenaran. Mereka lebih suka berdebat sekadar menonjol-
nonjolkan kehebatan diri. Sedangkan, yang jujur berdebat mengenai hal-hal dasar sangat
kurang.

Dalam pada itu, kita lihat ramai sekali yang suka berdebat akan memilih tajuk-tajuk yang
ringan, bersifat rantingan dan ini tentunya membuang masa. Sesetengah isu itu sudah lama
didebatkan dan ia cuma diulang semula semata-mata mahu meraih publisiti, menonjol-
nonjolkan kehebatan diri. Sudah tentulah hal ini membazirkan masa dan pendirian Islam
berhubung masa sangat jelas.

                   "Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian."

Demikian maksud ayat al-Quran yang ringkas dan padat dengan falsafah itu.

Mengundang lebih banyak pertengkaran

Sebenarnya bukanlah Hasan al-Banna tidak menggalakkan debat. Tetapi hampir kesemua
debat ini lebih banyak mengundang parah dan bahaya perpecahan. Sebabnya, pihak yang
berdebat itu tidak berbahas dengan ikhlas, berhikmah, beradab dan intelektual. Mereka
mungkin tidak menjaga lidahnya daripada memaki hamun, mengeluarkan kata-kata kesat
dan semua ini akan menyinggung perasaan pihak-pihak tertentu dan akhirnya akan
menimbulkan pertengkaran yang berakhir dengan perpecahan. Apabila berlaku lebih banyak
perpecahan, maka yang untungnya adalah golongan kuffar yang sentiasa mengintai
kelemahan dan meneropong pekung dalaman umat Islam sendiri. Dan, retak-retak
perpecahan itulah yang melambatkan kemenangan dakwah Islam.

Hadis yang masyhur telah menyebutkan bahawa umat Islam ini terpecah kepada 73 puak.

"Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 golongan dan umatku terpecah


kepada 73 golongan. Semua mereka masuk neraka kecuali satu golongan yang
selamat."

Sahabat bertanya: " Siapakah yang selamat itu ya Rasulullah? "

Rasulullah saw bersabda: "Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan jalan hidup
para sahabatku. " (at-Tirmidzi)

Maka, perpecahan ini disebabkan oleh pemikiran berbeza. Jika mereka berjuang mencari
kebenaran dengan kejujuran dan keikhlasan, bertujuan ingin berpandukan jalan hidup dan
pemikiran Rasulullah serta para sahabat baginda, maka kemungkinan penyatuan bolehlah
dilakukan semula.

Cabaran umat Islam makin berat

Sebetulnya, cabaran umat Islam memang berat dan mereka mestilah cuba mengurangkan
ketegangan daripada sudut emosi dan pemikiran. Suatu masa dahulu, umat Yahudi
terancam oleh Roman dan mereka telah diperhambakan oleh bangsa Mesir. Maka, dengan
ancaman ini, termasuk campuraduk ajaran para pendita yang tidak bertanggungjawab
maka mereka terpecah kepada 71 buah golongan.

Umat Kristian turut menerima tempias jarum-jarum Yahudi. Maulana Jalaludin Ar-Rumi
lewat kitab Matsnawi menulis bagaimana satu rencana disusun dengan niat mengelirukan
aqidah asal Nasrani hingga pada akhirnya mereka berubah menjadi Kristian. Maka bermula
saat itu hingga era kegelapan Eropah, Kristian dan Yahudi saling bersengketa sesama
mereka.

Akhirnya, Islam tiba di celah-celah sengketa itu. Maka, serangan Yahudi dan Kristian ke
atas Islam menyebabkan ancaman ke atas Islam bertambah berat. Ini kerana, umat Islam
dikepung pemikiran mereka dan maklumat latar hidup mereka dimonopoli para penjajah
yang ada pertalian erat dengan Yahudi dan Kristian. Maka, umat Islam yang sepatutnya
memikul amanah sebagai umat pendakwah agama ini ke atas umat lain telah kalah dengan
ujian pemikiran kerana sering bersengketa sesama sendiri, dalam mempertarungkan idea
antara mazhab. Alangkah baiknya, jika mereka mencuba bidang lain, meneroka bidang lain
seperti usaha mengkaji agama-agama lain dan cuba mengheret perhatian penganut agama
itu kepada Islam. Maka, debat-debat yang seperti inilah yang mungkin sesuai dilaksanakan.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Debat antara agama atau debat dalam agama?

Di akhir usia dunia hari ini, umat Islam sepatutnya membuat keputusan dengan bijaksana;
adakah mereka mahu habiskan masa dengan bertarung idea sesama mazhab dalam Islam,
atau menghabiskan waktu dengan bertarung idea bersama penganut agama lain?

Bertarung sesama sendiri, walaupun berlainan mazhab tidak ke mana-mana kerana akhir
pada debat itu, kita sendiri mengaku bahawa kita sama-sama menganut Islam yang benar.
Maka, tidak berbaloi untuk didebatkan lagi melainkan sekadar memuaskan hati. Dan hal
inilah yang mungkin membuang masa, menurut pendapat Hasan al-Banna. Tapi, jika kita
mahu manfaatkan masa untuk mengkaji perbandingan antara agama agar dengan itu
penganut agama lain dapat menyertai Islam sebagai agama universal ini, maka hal itu
tentulah tidak membuang waktu. Sekurang-kurangnya, jika tiada yang menganut Islam
selepas debat antara agama-agama itu, setidak-tidaknya kita berjaya membuktikan bahawa
Islam adalah agama Tauhid yang masih mempertahan kesucian pengabdiannya berbanding
agama samawi yang lain.

Ringkasnya, berdebat dan bertengkar tentang masalah dalam agama Islam itu perlu kita
kurangkan kerana ia banyak mengundang keburukan dan perpecahan, sebaliknya debat
antara agama samawi lebih berfaedah kerana lebih banyak membawa kebaikan kerana ia
termasuk dalam usaha menerangkan kedudukan Islam yang sememangnya tinggi.

Sumber : Harakahdaily.net

Tazkirah Remaja: Solat dan lima jenis


manusia
Bersama Mohd Zawawi Yusoh

2009/12/30

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah
masih samar-samar dalam kehidupan kita.

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah
masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu
orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai
peringkat solat.

Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan
golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi
perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama
Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak
bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala
perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta
dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat.
Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak
bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai
solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa
besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat,
Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini
dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah
(kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah
terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta
fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai
solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum
seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz
dalam solatnya.
Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa
pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti
perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam
solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini
rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin
solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan
merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin
hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.
Tazkirah Remaja: Lima cara syukuri nikmat
Bersama Mohd Zawawi Yusoh

2009/12/30

KETIKA Saidina Umar al-Khattab mengerjakan tawaf di keliling Kaabah, beliau terdengar doa
seorang lelaki.

KETIKA Saidina Umar al-Khattab mengerjakan tawaf di keliling Kaabah, beliau terdengar doa
seorang lelaki.

"Ya Allah masukkanlah aku dalam kumpulan orang yang sedikit."

Terkedu juga Saidina Umar dengan doa yang agak ganjil itu.

Biasanya manusia suka kepada kumpulan yang ramai. Malah, kita sendiri mahu mempunyai
ramai kawan. Jika pengikut ramai, lagi kukuh dan gah kita.

Tetapi lain pula halnya dengan lelaki terbabit.

Apabila ditanya, rupanya lelaki itu menjelaskan begini: "Tidakkah tuan baca dalam al-Quran.
Allah menjelaskan ayat yang bermaksud:...sedikit sahaja di kalangan hamba-Ku yang
bersyukur..." Rupanya, dia berdoa supaya menjadi golongan orang yang bersyukur.

Daripada ayat itu, memanglah Allah memberitahu kita sangat sedikit orang yang tahu

berterima kasih dan bersyukur. Tersenyum Saidina Umar.

Sangat ramai di kalangan manusia sibuk berfikir bagaimana hendak mendapat yang diidamkan.
Tetapi sangat sedikit manusia yang berfikir, bagaimana hendak bersyukur dan berterima kasih
kepada Tuhan dengan apa yang dimiliki.

Kita wajib bersyukur kerana dengan bersyukur kita mendapat jaminan pertambahan dan
gandaan. Yang menjamin ini datang daripada Tuhan Yang Maha Kaya lagi Berkuasa iaitu Allah.

Firman Allah bermaksud: "Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmat dan jika kamu
kufur sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

Jika kita perhatikan, zaman sekarang mana ada yang percuma. Semuanya mesti dibayar, malah
sikit-sikit bil, sikit-sikit bil. Lambat bayar kena amaran, lama-lama kena tindakan.

Tetapi Allah, Tuhan Yang Maha Kaya, boleh memberikan secara percuma tanpa bil seperti udara
percuma, jantung percuma, mata dapat melihat tanpa bayaran, malah semuanya tidak kena bayar.

Apabila dikenangkan kebaikan percuma, sepatutnya timbul rasa terima kasih dalam diri kita
kepada pihak yang memberi itu iaitu Allah. Itulah namanya bersyukur.

Remaja yang sentiasa fikirkan kebaikan orang tuanya juga akan timbul di dalam dirinya rasa
ingin membalas budi terhadap segala jasa dan pengorbanan mereka yang tidak terkira.

Bersyukur itu sangat besar kedudukan dalam Islam. Tetapi jika tidak bersyukur jadi kufur.

Oleh itu, marilah kita bersyukur. Bagaimana bentuk syukur patut kita lakukan? Sebenarnya ada
lima bentuk syukur nikmat perlu kita renungkan.

Pertama: Yakinlah segala nikmat itu datang daripada Allah.

Kedua: Apabila kita mendapat pujian kerana sesuatu kelebihan, pulangkan kepada Pemberinya
iaitu Allah. Kalau kita cerdik, ucap saja 'alhamdulillah' (segala puji bagi Allah) kerana yang
memberi otak dan kecerdikan ialah Allah.

Ketiga: Terima kasih pada orang yang menjadikan penyebab nikmat. Bila cerdik kena syukur
juga pada orang yang membantu kita cerdik seperti guru dan ibu ayah.

Keempat: Jadikan segala nikmat diperoleh sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah.

Jika kita mendapat anak misalnya, cara bersyukur ialah didik anak betul-betul hingga menjadi
orang berguna pada agama, bangsa dan negara. Mereka yang menjadi guru dan mempunyai ilmu
patut berkhidmat dengan ikhlas untuk umat.

Kelima: Ceritakan nikmat anugerah Allah itu kepada orang lain. Memperlihatkan sebahagian
nikmat adalah termasuk dalam erti kata syukur. Tetapi dalam bab ini, kita mesti berhati-hati,
kerana dibimbangi mengundang riya'

You might also like