You are on page 1of 4

Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan hasil daripada mesin, haiwan atau

manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan.
Kebanyakan sumber pencemaran ini berlaku di luar rumah seperti sistem pengangkutan,
termasuk bunyi kenderaan, bunyi kapal terbang, dan bunyi kereta api.[1][2] Perancangan bandar
yang tidak tersusun telah menimbulkan pencemaran bunyi kerana bangunan kilang dan kawasan
perumahan yang bersebelahan boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam kawasan
perumahan.
Punca yang lain bagi pencemaran bunyi di dalam dan di luar rumah adalah penggera kereta, siren
perkhidmatan kecemasan, perkakasan pejabat, mesin pengilangan, kerja pembinaan, peralatan
penyenggaraan laman, salakan anjing, alatan elektrik, perkakasan bermotor, dengungan lampu,
sistem hiburan audio, pembesar suara, dan suara yang bising.

Isi kandungan

1 Kesan kepada kesihatan manusia

2 Kesan alam sekitar

3 Kesan pencemaran bunyi di UK

4 Pengurangan dan mengawal bunyi

5 Rujukan

6 Pautan luar

Kesan kepada kesihatan manusia


Kesan bunyi adalah berkait dengan kesihatan dan tingkah-laku secara semulajadi. Bunyi yang
tidak dikehendaki ini dikenali sebagai pencemaran bunyi. Bunyi yang tidak diingini ini mampu
merosakkan kesihatan secara fisiologi dan juga secara psikologi. Pencemaran bunyi mampu
menyebabkan seseorang itu rimas dan mempunyai gangguan seperti sikap yang agresif,
hipertensi, tahap tekanan tinggi, kehilangan pendengaran, gangguan tidur, dan kesan buruk yang
lain.[3][4][5][6] Seterusnya, tekanan dan hipertensi adalah punca utama masalah kesihatan, di mana
telinga berdengung atau 'tinitus' yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah daya
ingatan, tekanan teruk dan serangan panik yang tidak dapat diduga.[4][7]
Pendedahan yang kronik kepada bunyi yang bising mungkin dapat menyebabkan kehilangan
pendengaran akibat. Statistik telah menunjukkan bahawa lelaki yang berusia yang didedahkan
kepada bunyi yang bising akan mengalami kekurangan pendengaran yang sensitif berbanding
rakan sejawat yang tidak terdedah. Walaupun perbezaan di antara kedua-dua kumpulan dari segi

pendengaran yang sensitif akan menurun dengan mengikut masa, tetapi kedua-dua kumpulan ini
tidak dapat dibezakan ketika berumur 79 tahun.[8] Satu perbandingan telah menunjukkan bahawa
puak Maaban di Ghana tidak begitu terdedah kepada bunyi bising yang dihasilkan oleh
pengangkutan atau perkilangan, berbanding dengan penduduk di Amerika Syarikat yang biasa.
Perkara ini menunjukkan bahawa pendedahan kronik bunyi yang bising kepada persekitaran
dengan tahap bising yang sederhana dapat menyumbang kepada kehilangan pendengaran.[3]
Tahap bunyi bising yang tinggi mampu menyumbang kepada kesan kardiovaskular dan
pendedahan kepada tahap sederhana tinggi dalam tempoh lapan jam boleh menyebabkan
peningkatan statistik pada tekanan darah daripada lima hingga sepuluh poin. Peningkatan
tekanan perasaan atau vasoconstriction juga mendorong kepada[3] peningkatan tekanan darah
termasuk juga peningkatan kejadian penyakit arteri koronari.
Pencemaran bunyi juga merupakan punca gangguan kepada orang ramai. Kajian pada tahun
2005 oleh penyelidik dari Sepanyol telah mendapati bahawa penghuni di sekitar kawasan bandar
sanggup untuk membayar sekitar empat Euro pada setiap desibel dalam tempoh setahun bagi
mengurangkan bunyi.[9]

Kesan alam sekitar


Bunyi bising mampu memberi kesan buruk pada haiwan menyebabkan tekanan, meningkat risiko
kematian dengan menukar keseimbangan sensitif pengesanan dan mengelak pemangsa/mangsa,
dan menganggu penggunaan bunyi mereka sebagai perhubungan terutama berkait dengan
pembiakan dan navigasi. Dedahan lampau akustik boleh mendorong kepada kehilangan
pendengaran sementara atau kekal.[10]
Kesan bising pada kehidupan haiwan adalah kemusnahan habitat yang disebabkan bunyi bising,
dalam kes spesies terancam mungkin merupakan laluan kepada kepupusan. Pencemaran bunyi
telah menyebabkan kematian speseis paus tertentu yang menyadai diri mereka selepas terdedah
kepada sonar tentera yang kuat.[11]
Bunyi bising turut menyebabkan spesies berhubung lebih kuat, yang dikenali sebagai tindak
balas vokal Lombard.[12] Ahli sains dan penyelidik telah melakukan ujian yang menunjukkan lagu
paus adalah lebih panjang apabila pengesan kapal selam diaktifkan.[13] Sekiranya makhluk tidak
"bercakap" cukup kuat, suara mereka akan tenggelam oleh bunyi "anthropogenik". Bunyi yang
tidak didengari ini mungkin amaran, pencarian mangsa, atau persediaan bagi jaring buih. Apabila
satu spesies mula bersuara lebih kuat, ia akan menengelami suara speseis lain, menyebabkan
keseluruhan sistem ekologi akhirnya bercakap lebih kuat.
Burung Robin Eropah European Robins yang tinggal dalam persekitaran bandar lebih cenderung
untuk menyanyi pada waktu malam di tempat yang memiliki pencemaran bunyi yang tinggi pada
waktu siang, mencadangkan bahawa ia menyanyi malam kerana ia lebih senyap, dan perutusan
mereka boleh disebarkan melalui persekitaran dengan lebih jelas.[14] Yang menariknya, kajian
yang sama membuktikan bahawa bunyi waktu siang adalah jangkaan lebih kuat bagi nyanyian
waktu malam berbanding pencemaran cahaya, yang sering kali dikatakan punca fenomena
tersebut.

Zebra finch menjadi kurang taat dengan pasangannya apabila terdedah kepada bunyi trafik. Ini
mampu mengubah arah evolusi melalui pemilihan trait, menyerap sumber yang biasanya
digunakan bagi aktiviti laindan dengan itu mendorong kepada akibat genetik dan evolusi yang
besar.[15]

Kesan pencemaran bunyi di UK


Angka yang dikumpulkan oleh Rockwool, pengilang kapas mineral penebat bangunan,
berdasarkan tindak balas pihak berkuasa tempatan kepada permintaan berasaskan Akta
Kebebasan Maklumat ("Freedom of Information Act - FOI") menunjukkan dalam tempoh April
2008 - 2009 majlis dewan menerima 315,838 aduan berkait pencemaran bunyi dari kediaman
persendirian. Ini menyebabkan pegawai kesihatan persekitaran diseluruh UK mengeluarkan
8,069 notis pengurangan bunyi, atau sebutan di bawah syarat Akta Tingkah-laku Anti-Sosial
("Anti-Social Behaviour (Scotland) Act"). Dalam tempoh 12 bulan terakhir, 524 rampasan
peralatan telah dibenarkan termasuk mengalih pembesar suara, stereo dan televisen kuat. Majlis
Dewan Bandar Westminster telah menerima aduan tertinggi bagi setiap seorang penduduk
berbanding daerah lain di UK dengan 9,814 aduan mengenai bunyi, yang bersamaan dengan
42.32 aduan setiap seribu penduduk. Lapan dari 10 majlis tertinggi menurut aduat setiap 1,000
penduduk terletak di London.[16]

Pengurangan dan mengawal bunyi

Tiub bunyi di Melbourne, Australia, direka bagi mengurangkan bising laluan jalan tanpa
mengurangkan kecantikan kawasan tersebut.
Teknologi bagi mengurangkan atau menyingkir bunyi boleh dilaksanakan seperti berikut:
Terdapat pelbagai strategi bagi mengurangkan bunyi jalan termasuk: penggunaan halangan
bunyi, menghadkan kelajuan kenderaan, menukar tekstur permukaan jalan, menghadkan
kenderaan berat, menggunakan kawalan trafik yang melicinkan aliran trafik bagi mengurangkan
brek dan pecutan, dan reka bentuk tayar. Faktor penting dalam perlaksanaan strategi ini adalah
model komputer bagi bunyi jalan, yang mampu menangani topografi, meteorologi, operasi trafik
dan pengurangan hipotesis tempatan. Kos membina pengurangan bina dalam adalah serdahana,
tertakluk kepada penyelesaian ini difikirkan pada tahap perancangan projek laluan jalan.

Bising kapal terbang boleh dikurangkan sehingga satu tahap dengan mereka semula enjin jet
yang lebih senyap, yang dilakukan dengan tekunnya pada 1970-an dan 1980-an. Strategi ini telah
membawa pengurangan terhad tetapi disedari bagi tahap bising bandar. Pertimbangan operasi,
seperti menukar laluan penerbangan dan tempoh masa penggunaan landasan, telah membuktikan
kebaikannya bagi penduduk berhampiran lapangan terbang. Program penebat semula disponsor
oleh FAA bermula sejak 1970-an juga mendapat kejayaan besar bagi mengurangkan bising
dalam kediaman bagi beribu penduduk seluruh Amerika Syarikat.
Pendedahan pekerja kepada bising pengilangan telah diatasi sejak 1930-an. Perubahan termasuk
reka semula peralatan perkilangan, memasang sistem gantungan dan halangan fizikal di tempat
kerja.

You might also like