You are on page 1of 12

ALATAN JAHITAN ASAS

Terdiri daripada :

alat mengukur dan menanda seperti pita ukur, kayu


ukur, tolok ukur, roda surih dan kertas karbon

alat memotong seperti gunting fabrik, gunting


benang, gunting sulam, gunting bergerigi dan
gunting lubang butang.

Alat menjahit seperti jarum dan benang.

Alat menekan seperti seterika, bod seterika dan kain


lembap

ALAT MENGUKUR DAN MENANDA

Pita ukur

Panjang pita ukur yang biasa ialah 150cm

Gunakan pita ukur yang berkualiti, iaitu tidak mudah


memeri dan berbulu.

Pilih pita ukur yang bertada dengan terang dan berlogam


pada kedua-dua hujungnya.

GUNTING FABRIK

Gunakan gunting yang diperbuat daripada kekuli berkilat


Panjang gunting hendaklah tidak kurang daripada 20 cm dan
bermata tajam.
Gunakannya untuk mengunting fabrik sahaja.
Kesat mata gunting supaya bersih dan kering sebelum
simpan.

RODA SURIH

Roda surih digunakan bersama-sama kertas


karbon untuk menanda garisan-garisan pola
pada selapisan fabrik atau lebih.

PEMBARIS

Kayu ukur diperbuat daripada kayu atau plastik.


Kayu ukur didapati dalam ukuran panjang 100cm.
Ada beberapa jenis kayu ukur iaitu kayu Siku-Siku, kayu
pembentuk

KAPUR TANDA

Kapur tanda digunakan untuk menandakan tanda-tanda


pola pada fabrik buat sementara.

Tanda-tanda ini akan tertanggal apabila fabrik dicuci.

Kapur tanda boleh didapati dalam pelbagai warna seperti


putih, hitam, merah, biru dan kuning. Ia berukuran 6cm
serta berbentuk tiga atau empat segi.

JARUM JAHITAN TANGAN

Saiz jarum ditentukan mengikut nombornya. Jarum yang


kasar bernombor besar.
Jarum bernombor 7 9 digunakan untuk jahitan tangan
biasa.
Simpan jarum di dalam kertas pembungkusnya atau
didalam kotak jarum.

PENETAS JAHITAN

Digunakan untuk menanggalkan benang jelujur atau


menetaskan jahitan.
Selepas digunakan mata penetas harus disarungkan
dengan penutup semula untuk mengelakkan sebarang
kemalangan.

JIDAL

Jidal digunakan untuk menutup atau melindungi jari


hantu semasa menjahit dengan tangan

Jidal diperbuat daripada keluli atau plastik

BENANG JAHIT

Pilih benang yang sesuai dengan fabrik yang hendak dijahit.


Gunakan benang nombor 40 atau 50 untuk jahitan biasa dan
nombor 70 untuk fabrik halus.

JARUM PEN ITI

Jarum peniti yang baik adalah jarum yang :


- halus
- tajam
- dibuat daripada keluli berkilat
Jarum peniti digunakan untuk menyemat pola kertas dan
lapisan fabrik untuk menetapkan kedudukannya.

You might also like