You are on page 1of 14

ULASAN JURNAL

Information Technology Sophistication and Goods and Services Tax


in Malaysia
Nor Hafizah Abd Mansor, Intan Salwani Mohamed, Lai Ming Ling, Nawal Kasim

1.0

PENGENALAN

Jurnal ini adalah berkenaan strategi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melalui
penggunaan Teknologi Maklumat (IT) dalam pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan
(GST) bagi kepentingan komuniti perniagaan. Penyelidik menyatakan adalah penting bagi
kerajaan dalam melaksanakan pengukuhan sistem IT untuk mensistematikkan kaedah-kaedah
dan peraturan-peraturan, peruntukan bajet dan bantuan kewangan, pembangunan sistem
berkomputer, dan penyertaan vendor yang terlibat dalam perlaksanaan GST. Di samping itu,
pendekatan IT dianggap aset penting yang dapat meningkatkan kelebihan daya saing dan
meningkatkan nilai kepada perniagaan, masyarakat, dan juga kerajaan (Barbosa, Rodello , dan
Padua, 2014). Melihatkan implikasi yang positif banyak kerajaan di seluruh dunia telah
melabur dalam bidang IT terutamanya dalam organisasi awam bagi melicinkan program
kerajaan termasuk Malaysia.
2.0

ISU DAN PERSOALAN KAJIAN

Menurut penyelidik dalam menyelesaikan defisit kewangan yang berpanjangan dan mengatasi
kelemahan sistem yang sedia ada, cukai tidak langsung telah mengalami pemodenan
pentadbirannya. Pelaksanaan GST yang berkuat kuasa pada April 2015, menggantikan cukai
tidak langsung yang berasingan, iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST).
Perlaksanaan GST ini telah melibatkan ramai pihak yang tidak terkira banyaknya khususnya
sistem pengurusan. Lantaran itu, kedua-dua aspek IT digunakan dan pengurusan IT atau
dikenali sebagai kecanggihan IT, perlu diterokai untuk memberikan manfaat berguna pada
masa hadapan. Walaupun GST telah dilaksanakan di 154 Negara Anggota (PBB), namun
hanya sedikit yang diketahui oleh tentang GST dari sudut pandangan teknologi. Oleh itu,
jurnal ini mengetengahkan sumbangan kecanggihan IT dalam pelaksanaan GST dan kedua,

untuk meneroka strategi kerajaan atau pihak berkuasa cukai dalam pengukuhkan kecanggihan
IT untuk pelaksanaan GST, terutamanya untuk komuniti perniagaan.
3.0

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan secara kuantitatif iaitu gabungan maklumat yang diperoleh daripada
instrumen temu bual dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan maklumat yang
didapati daripada pelbagai sumber lain. Pertamanya, kajian ini menyediakan maklumat
ringkas mengenai konsep kecanggihan IT. Seterusnya, kecanggihan IT dalam bidang
perakaunan dan perbandingan cukai tidak langsung yang sedia ada di Malaysia, SST dan
cukai baharu, GST. Akhir sekali ialah strategi yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam
mengasah kecanggihan IT dalam perlaksanaan GST.
4.0

KECANGGIHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Istilah kecanggihan berkait rapat dengan bidang IT. Kerana takrifan kecanggihan menjurus
kepada kualiti jentera yang canggih, teknologi atau sistem berasaskan komputer. Pada
dasarnya, kecanggihan IT tidak tertakluk semata-mata kepada fizikal atau kewujudan
teknologi yang memberi kesan organisasi akhirnya, tetapi kecanggihan IT adalah menyeluruh
dalam alam semula jadi. Kecanggihan IT juga terbukti dengan terbinanya pelbagai dimensi
yang merujuk kepada jenis, kerumitan dan saling bergantung dua perspektif penting iaitu
penggunaan dan pengurusan IT. Dalam skop yang lebih luas, teknologi yang digunakan dan
portfolio aplikasi IT mesti selaras dengan struktur organisasi dan aspek pengurusan untuk
menyumbang impak IT yang positif. Penekanan kepada empat dimensi kecanggihan IT,
kecanggihan iaitu teknologi, kecanggihan maklumat, kecanggihan berfungsi, dan kecanggihan
pengurusan. Menurut Hayati Talib (2002) yang menyokong kenyataan ini dengan menyatakan
bahawa faktor penggerak terhadap perubahan sesuatu organisasi adalah teknologi yang
merangkumi teknologi komputer, sistem telekomunikasi, robotik, dan flexible manufacturing
systems akan memberi kesan terhadap sesebuah organisasi yang menerima perubahan
tersebut. (Hayati Talib, 2002)
Kecanggihan IT yang pertama merujuk kepada kepelbagaian teknologi yang
digunakan oleh organisasi yang melibatkan perkakasan, perisian, mod pemprosesan, dan jenis
operasi. Kedua, kecanggihan maklumat mewakili sifat portfolio aplikasi dan tahap integrasi
2

aplikasi yang nampaknya mempengaruhi kandungan maklumat. Ketiga, kecanggihan


berfungsi merujuk kepada aspek struktur termasuk peranan IT atau sistem maklumat,
kedudukan IT atau sistem maklumat

fungsi, dan penyertaan pengguna. Akhir sekali,

kecanggihan pengurusan mencerminkan mekanisme yang digunakan untuk merancang,


mengawal dan menilai masa kini dan masa depan IT atau sistem maklumat aplikasi yang
mengambil kira sokongan pengurusan atasan, evolusi IT, pelaburan IT, dan juga objektif
organisasi.
Selain itu, saiz organisasi mempengaruhi kecanggihan IT organisasi. Saiz organisasi
ini turut memberi impak kepada pengetahuan umum. Menurut Nor Shah Mohamed (2002)
menyatakan

bahawa

masyarakat

bermaklumat

memerlukan

pangkalan

data

yang

mengandungi pelbagai maklumat yang tepat dan diurus dengan cekap bagi menjamin
perkembangan pengetahuan yang sentiasa dinamik. Maklumat-maklumat yang diterima dari
sumbernya perlu dijana dan dicema oleh masyarakat yang mempunyai kelengkapan dan
kesedaran untuk mengguna perisian, aplikasi IT, menyimpan dan menggunakan data serta
maklumat, dan mempunyai kelengkapan rangkaian dan teknologi komunikasi.
Dalam struktur organisasi, pengenalan jawatankuasa pemandu adalah perlu dalam
melibatkan penyediaan hala tuju operasi IT, mengekalkan kepimpinan dalam mengurus dan
mengeksploitasi operasi IT, mendapatkan sokongan pengurusan IT serta mengekalkan
peruntukan sumber, mampu mempengaruhi tahap kecanggihan IT. Di peringkat nasional,
dasar-dasar kerajaan, infrastruktur, latihan, dan budaya akan mempengaruhi IT terhadap
penggunaan dan pengurusan IT terutamanya bagi negara-negara membangun. Dengan
memberi tumpuan kepada kesan kecanggihan IT, penggunaan dapat meningkatkan kedua-dua
prestasi individu dan organisasi. Hal ini turut dinyatakan Noraida Sahari, et.al (2011) yng
menyatakan bahawa pelaksanaan IT dikalalangan organisasi terutamanya pihak kerajaan
seperti pelaksanaan e-Kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan
kemantapan perkhidmatan awam selaras dengan matlamat negara. Pelaksanaan e-Kerajaan ini
yang bermula pada tahun 1997 ini memberi kesan secara langsung terhadap pembangunan
dan pentadbiran kerajaan di Malaysia terhadap masyarakat awam.

5.0

KECANGGIHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN PERAKAUNAN

Pengaplikasian

IT

dalam

organisasi

adalah

penting

untuk

mempertingkatkan cara kerja dan kecekapan jabatan yang berkenaan. Hal


ini

juga

termasuklah

jabatan

perakaunan

atau

jabatan

kewangan

organisasi yang menguruskan aliran tunai keluar masuk dalam akaun


syarikat.

Pengurusan

kewangan

yang

baik

dapat

memaparkan

kedudukannya di dalam pasaran. Bagi peniaga kecilan mungkin hal ini


agak sukar tetapi bagi organisasi yang besar, pembangunan perakaunan
yang mantap adalah perlu untuk mengawal selia sistem perakaunan
organisasi

tersebut.

Kebanyakan

organisasi

menggunakan

perisian

perakaunan berkomputer yang asas seperti Mr. Accounting TM yang dapat


membantu dalam urusan perakaunan yang melibatkan lejar nominal, lejar
jualan dan lejar belian (Norhayati Talib, 2002).
5.1

Kepentingan aplikasi IT dalam pengurusan akaun percukaian

Malaysia
Pembangunan teknologi sesungguhnya memberikan impak kepada sistem
perakaunan. Oleh yang demikian, bagi pelaksanaan sistem percukaian di
Malaysia pula, kerajaan berusaha mempertingkatkan lagi usaha untuk
pengurusan perakaunan yang efisien ditambah pula apabila pengenalan
sistem percukaian GST di Malaysia. Percukaian di Malaysia pada asalnya
dikawal selia oleh pihak MAMPU, manakala setelah pengenalan GST dan
pelaksanaannya pula, sistem percukaian bagi GST pula akan dikawal selia
oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Standard

Accounting

System

for

Government

Agencies

atau

ringkasnya SAGA telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu


sistem perakaunan diselaraskan di dalam Malaysia. Pada tahun 1996
Kerajaan telah memutuskan satu pakej perakaunan yang terdapat di
pasaran diubah suai menjadi pakej perakaunan standard bagi kegunaan
4

Badan Berkanun Persekutuan. Kerjasama antara Unit Pemodenan Tadbiran


dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Akauntan
Negara Malaysia (JANM), Jabatan Audit Negara dan pakar runding yang
dilantik oleh Kerajaan, telah menghasilkan satu pakej perakaunan
berkomputer yang dinamakan SAGA. Pakej ini membolehkan agensi
Kerajaan menyediakan penyata kewangan dengan lebih cepat, tepat dan
kemas kini (Jabatan Perdana Menteri, 2011).

5.2

Kepentingan aplikasi IT dalam pengurusan akaun GST

Menurut Norsaadah Ahmad (2014), melalui pelaksanaan sistem cukai


barangan dan perkhidmatan di Malaysia dapat dilihat memberi kesan
kepada organisasi dan peniaga kerana peniaga dan organisasi yang
berdaftar harus menaik taraf sistem perakaunan yang patuh GST dan
tentunya ia memberi kesan positif kepada proses kerja dalam syarikat.
Prosedur standard harus dikaji semula terutamanya yang melibatkan
pembekalan dan akaun penghutang, perbelanjaan dan akaun pemiutang,
stok serta fail GST. Kajian semula prosedur standard dan proses kerja akan
meningkatkan

kawalan

dalaman

syarikat

dan

mengurangkan

risiko

ketirisan pendapatan serta pembaziran kos. Tambahan lagi, melalui


pengenalan sistem GST ini juga akan meningkatkan tahap kemahiran
pekerja khususnya di bahagian perakaunan dan kewangan apabila mereka
menyertai program latihan perakaunan dan GST oleh pihak kerajaan.
Penyimpanan rekod yang betul adalah perlu untuk pengisytiharan
cukai tepat. Dengan menggunakan perisian perakaunan, ianya sangat
membantu dalam penyimpanan rekod. Di samping itu, penggunaan
perisian perakaunan menjana maklumat operasi dan kewangan lain yang
berguna untuk pengurusan perniagaan. Dengan sistem perakaunan yang
betul bagi mendapatkan data yang tepat dan menghasilkan maklumat
5

bagi tujuan laporan perakaunan cukai, perniagaan kurang cenderung


untuk membuat kesilapan dalam pengisytiharan cukai mereka. Ini akan
mengurangkan kos pematuhan untuk perniagaan, seperti mana-mana
kesilapan laporan cukai yang seterusnya akan mengakibatkan hukuman
yang dikenakan. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan menjalankan
audit ke atas perniagaan dari semasa ke semasa untuk memastikan
perniagaan membuat pengisytiharan cukai yang betul. Ia adalah prosedur
biasa bagi JKDM untuk meminta maklumat perakaunan tertentu sebagai
sebahagian daripada audit. Untuk perniagaan yang menggunakan rekod
manual, proses menghasilkan rekod yang dikehendaki oleh JKDM biasanya
memakan masa. Perniagaan yang menggunakan perisian perakaunan
yang mampu menjana GAF seperti yang disyorkan dalam panduan ini akan
mendapati ia lebih mudah untuk memenuhi permintaan JKDM dan ini
menjimatkan masa

perniagaan dan

usaha

(Jabatan

Kastam

Diraja

Malaysia, 2014).
Secara

ringkasnya

dapat

dilihat

kepentingan

pengurusan

perakaunan yang berkesan akan menghasilkan rekod yang tepat bagi


pelaksanaan cukai termasuklah apabila tertubuhnya sistem percukaian
GST ini. Pembangunan perakaunan ini sedikit sebanyak membantu para
peniaga untuk mengelakkan berlaku kesilapan dalam penyimpanan rekod
manakala
efisien

ini

bagi pihak kerajaan pula, pembangunan perakaunan yang


pula

membantu

pihak

kerajaan

menyelaraskan

rekod

penyimpanan data.
6.0

CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST) DAN KECANGGIHAN


TEKNOLOGI MAKLUMAT (ITS)

Perlaksanaan GST oleh pihak kerajaan dalam meningkatkan ITS telah dilakukan dengan
perlaksanaan strategi yang tertentu. Pengenalan kepada peraturan yang mengantikan SST
kepada GST

telah menwujudkan

satu mekanisme baru dalam sektor ekonomi negara.

Penggunaan IT semakin meluas dalam GST melalui Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan
1975, berbanding SST yang masih menggunakan pengkodan manual . ini amat penting bagi
6

memastikan pengurusan cukai negara dalam keadaan yang lebih baik dengan menglibatkan
teknologi. Dalam perlaksanaan GST ini pelbagai akta telah diperkenalkan seperti Seksyen
17A (1) dan Seksyen 18(1) bagi memastikan kelancaran dalam penyimpanan maklumat dalam
komputer disamping kawalan kepada perlaksanaan ini. Perlaksanaan

GST secara

berkomputer sebenarnya telah menyebabkan proses atau prosiding lebih cepat dan mudah
berbanding perlaksanaan SST yang mana memerlukan peniaga menghantar dokumendokumen yang berkaitan kepada pejabat daerah. Perlaksanaan sistem yang baik dan mudah
sebenarnya amat penting bagi memudahkan para peniaga sekaligus kepada pengguna itu
sendiri. (Mustafa Mohd Hanefah 1996).
Strategi yang seterusnya dijalankan oleh kerajaan adalah melalui peruntukkan bajet
dan bantuan kewangan. Kerajaan sebenarnya telah mula memperkenalkan Akta GST dari
aspek teknologi sejak dalam bajet 2005 lagi namun demikian akibat daripada ketidaksediaan
masyarakat di samping

mekanisme yang masih tidak menyeluruh dan baru, kerajaan

menangguhkan perlaksanan ini. Namun demikian, kerajaan sekali lagi cuba memperkenalkan
Akta GST dengan menggunakan IT sebagai mekanisme dalam penyampaian maklumat
melalui bajet 2014 dan 2015. Kerajaan telah memberi galakkan kepada peniaga dengan
memberikan potongan cukai , latihan kepada peniaga, elaun modal dipercepatkan bagi
pembelian ICT dan sebagainya. Kerajaan juga telah melaksanakan pemberiaan baucer kepada
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam membantu peniaga dalam mengurangkan beban
yang ditanggung oleh peniaga dalam perlaksanaan GST dalam pembelian atau menaik taraf
perisian perakaunan. Ini secara tidak langsung akan membantu peniaga dalam menyokong
usaha kerajaan dalam mengawal ekonomi di negara ini. ( Portal rasmi Kementerian
Kewangan Malaysia 2016).
Sistem MyGST telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan dalam memastikan kelancaran
perlaksanaan GST di Malaysia. Sistem pengkomputeran ini telah dikendalikan oleh pihak
Unit Pemodenan Taadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU). Sistem yang digunakan
ini akan memudahkan pihak peniaga dalam pendaftaran GST, pengauditan dan bayaran balik.
Perlaksaan sistem ini sebenarnya memudahkan penyampaian GST kepada peniaga disamping
dapat membantu peniaga dalam berurusan dengan agensi-agesi yang berkaitan (Portal Rasmi
Kastam Diraja Malaysia 2016).

Selain itu, sistem perakaunan (CAS) yang dijalankan oleh pihak kerajaan juga
digunakan oleh pihak kerajaan dalam mengendalikan pengurusan GST. Kerajaan Malaysia
cuba untuk memperkenalkan CAS yang patuh syariah. Pihak Kastam Diraja Malaysia telah
mengeluarkan garis panduan yang jelas dalam penggunaan sistem CAS ini yang mana ianya
menekankan aspek IT dan aspek-aspek kecanggihan pengurusan.
Kerajaan juga telah menggalakkan penyertaan vendor dalam

menggalakkan dan

membangunkan CAS untuk syarikat kecil dan sederhana. Pihak Vendor perlu mematuhi garis
panduan yang telah ditetapkan dan melalui peringkat penilaian. Ini secara tidak langsung telah
memberikan pengalaman baru kepada Vendor CAS dalam mengintegrasikan kedua-dua
teknologi dan aspek-aspek GST dalam menjana maklumat. Selain itu mereka diwajibkan
untuk untuk menyediakan latihan mengenai sistem GST patuh, terutama pada invois cukai
pengeluaran, pengiraan cukai dan pelarasan , mengubah kadar cukai mengikut kod cukai, dan
sebagainya.
7.0

ANALISIS PERBINCANGAN: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

7.1

Manfaat Sistem Pencukaian GST Terhadap Peniaga

Pengenalan kepada peraturan yang mengantikan SST kepada GST yang telah dilakukan oleh
pihak kerajaan dibuat secara menyeluruh. yang mana ia telah memperkenalkan beberapa akta
yang berkaitan dengan IT dalam perlaksanaan GST di Malaysia. Perlaksanaan IT dalam GST
yang lebih mudah dan cepat amat membantu peniaga dalam berurusniaga. (Mustafa Mohd
Hanefah 1996). Mereka bukan sahaja senang untuk akses kepada maklumat malahan
memudahkan proses dalam pengiraan perakaunan. Mereka tidak perlu menggunakan kaedah
yang manual yang mana memerlukan menghantar segala dokumen-dokumen yang berkaitan
kepada pejabat daerah. Pihak kerajaan juga senang dalam mengawal perlaksanaan GST
melalui pengenalan akta GST yang menggunakan IT. Pelbagai seminar atau latihan diberikan
kepada peniaga untuk menerangkan bagaimana GST dilaksanakan dalam menggantikan SST.
(Jariah Masud 2010)
Penguatkuasaan Akta yang diperkenalkan melibatkan GST melalui IT sebenarnya
merupakan satu strategi yang padu yang mana menggambarkan kesungguhan kerajaan dalam
perlaksanaan GST. duti eksport telah dimansuhkan selepas pelaksanaan cukai bentuk baharu
8

itu bagi menggalakkan syarikat untuk memasarkan produk tempatan ke luar negara. Faedah
lain ialah mengurangkan kos perniagaan apabila cukai jualan yang dahulunya tidak boleh
dituntut kini digantikan dengan GST yang boleh dituntut balik daripada Jabatan Kastam
Diraja Malaysia (JKDM). (Nizam Yatim 2015).
Dalam melancarkan lagi perlaksanaan GST di negara ini, kerajaan telah
memperkenalkan sistem MYGST, yang mana ianya adalah satu sistem yang digunakan oleh
pihak kerajaan dalam memudahkan para peniaga untuk daftar, audit dan bayaran balik.
Kecanggihan sistem MyGST ini sebenarnya dapat membantu kerajaan dalam mengesan
seterusnya membendung unsur-unsur penipuan yang boleh dikenakan tindakan kepada
peniaga. Pengenalan kepada sistem ini sekaligus dapat memastikan pungutan cukai
dilaksanakan dengan telus dan adil. (Kosmo 2015)
7.2

Latihan Pengurusan Sistem GST

Pihak kerajaan perlu perbanyakkan Latihan pengurusan Sistem GST bagi memperlihatkan
dasar GST lebih efektif dan sistematik. Sistem kecanggihan IT yang dijalankan terlalu
kompleks dan capaian yang terhad kepada peniaga-peniaga yang tidak mempunyai
pengurusan akaun yang sistematik. Lantaran itu, menyebabkan hanya segelintir syarikat dan
peniaga tertentu sahaja yang dapat melepasi standard akaun yang telah ditetapkan. Pihak
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah memberikan senarai kelayakan untuk
berdaftar diantaranya ialah Syarikat-syarikat yang terletak di dalam Zon Perindustrian Bebas
(FIZ), Gudang Pengilangan Berlesen (LMW), Pusat Perolehan Antarabangsa (IPC), Pusat
Pengedaran Serantau (RDC), pengeluar tol di bawah SPT, pengeluar Jewellery bawah AJS,
Syarikat-syarikat dengan perolehan melebihi RM25 juta dan sekurang-kurangnya, 80 %
daripada bekalan mereka dibuat adalah berkadar sifar atau mana-mana orang lain yang
diluluskan oleh Menteri. Berdasarkan kelayakan itu, terdapat hanya 188 buah syarikat dan
perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS) sahaja yang berdaftar di bawah GST (Malaysia
Good & Service Tax, 2016). Ini menunjukkan masih banyak syarikat yang tidak berdaftar atau
di tolak pemohonannya. Di samping itu, hal ini boleh terjadinya penyelewengan bagi peniaga
yang tidak berdaftar dengan sengaja mengenakan cas GST kepada pengguna.
Dengan itu, pihak kerajaan atau Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) perlu
memperbanyakkan advokasi dalam penggunaan IT kepada pengusaha syarikat dan staf-staf
9

dalam menguruskan sistem GST seperti myGST system, computerizing accounting system
dan sebagainya. Namun demikan, terdapat kajian oleh Ahmad Zubir dan Nor Azura, 2015
telah melihat kepada kempen pengiklanan GST kepada pengguna sahaja. Di dalam kajian
tersebut menunjukkan pihak kerajaan telah mengadakan kempen dan publisiti termasuklah
kempen di televisyen, radio, surat khabar,brosur, billboard, media baru dan kempen
penerangan terus kepada pengguna berkenaan GST. Namun demikian, daripada hasil kajian
dilihat bahawa tahap kefahaman pengguna masih rendah dan program penerangan mengenai
GST perlu dilaksanakan secara meluas. Tambahan pula isu GST ini dipolitikkan
pembangkang sebagai satu sistem percukaian yang membebankan pengguna, oleh itu pihak
bertanggungjawab perlu mempergiatkan usaha mereka dalam memberi penerangan penuh
kepada rakyat.
7.3 Ketersampaian Teknologi Maklumat Perlu Menyeluruh Dalam
GST
Sebagai cadangan penambahbaikan dalam sistem pengurusan GST ini
seharusnya perlu ditekankan lagi dalam pengurusan teknologi untuk
memantapkan lagi advokasi GST kepada masyarakat. Hal ini seperti yang
kita sedia maklum, penyampaian GST walaupun secara keseluruhan
namun demikian hanya syarikat vendor sahaja yang terlibat sepenuhnya
dalam sistem pengurusan seperti perakaunan yang sistematik manakala
bagi perniagaan kecil-kecilan hanya terlibat dalam pembayaran cukai GST
tetapi kurang mengaplikasikan secara dinamik di dalam perniagaan
mereka. Kadangkala hal ini akan merumitkan lagi kerana imbangan
pembayaran akaun perniagaan mereka sedikit sebanyak akan terganggu.
Pada masa kini, IT sememangnya amat penting kepada masyarakat
dan dunia global masa kini. Hal ini dibuktikan lagi apabila penggunaan IT
ini digunakan secara menyeluruh untuk menyampaikan sesuatu. Tetapi
bagi kes sistem percukaian GST

di Malaysia pula, wujud pertanyaan

adakah sistem ini tersampai dalam kalangan perniagaan kecil kecilan


kerana

mereka

amat

memerlukan

modal

yang

besar

untuk

menggunapakai aplikasi penggunaan IT seperti perakaunan yang canggih


untuk menyelaraskan imbangan akaun mereka. Hal ini dibuktikan lagi
10

dengan kajian oleh yang menerangkan bahawa komputer dan teknologi


komunikasi juga menggalakkan lebih banyak jenis pasaran seperti
pengeluaran

dan

pengedaran.

Infrastruktur

pengkomputeran

dan

teknologi komunikasi, menyediakan akses 24 jam pada kos yang rendah


untuk hampir apa-apa harga dan maklumat produk yang dikehendaki oleh
pembeli (Lee, 2012).
Sesungguhnya ketersampaian IT adalah perlu dalam peringkat
percukaian GST di Malaysia dan

amat penting kerana ia akan

memudahkan dan mengemaskinikan pemfailan bagi kedua-dua pihak


peniaga dan pengguna. Kesan teknologi boleh dilihat dan dirasai dalam
setiap bidang kehidupan kita dari dagang hiburan, pendidikan, komunikasi,
penjagaan kesihatan, pertahanan dan cukai. Menurut Laporan Bank Dunia
pada tahun 2013, enam puluh enam ekonomi telah melaksanakan
sepenuhnya pemfailan elektronik dan pembayaran cukai pada 2010. Dua
puluh daripada mereka mengamalkan sistem lalu 7 tahun. Suatu sistem
elektronik untuk memfailkan dan membayar cukai, jika dilaksanakan
dengan baik dan digunakan oleh kebanyakan pembayar cukai, faedah
kedua-dua pihak berkuasa cukai dan pembayar cukai. Cukai pihak
berkuasa,

pemfailan

elektronik

mencerahkan

beban

kerja

dan

mengurangkan kos operasi - seperti kos pemprosesan, penyimpanan dan


pengendalian pulangan cukai (Oyedele, 2013).
8.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya, sistem percukaian GST tidak hanya dilaksanakan di


Malaysia sahaja, bahkan telah diterima pakai oleh lebih 100 negara di
dunia. Namun begitu, skop pelaksanaannya adalah berbeza-beza diantara
negara

lain.

Akan

tetapi

pelaksanaannya

di

setiap

negara

telah

menitikberatkan dan memperkemaskan aspek teknologi maklumat iaitu IT


untuk digunakan dan pengurusan IT dalam usaha melicinkan operasi GST.
Menurut perspektif Malaysia dalm pelaksanaan sistem percukaian GST ini,
didapati bahawa kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan, peruntukan
11

bajet dan bantuan kewangan, pembangunan sistem berkomputer, dan


penyertaan vendor adalah strategi yang digunakan oleh kerajaan atau
JKDM untuk mengukuhkan kecanggihan perniagaan IT.
Walau bagaimanapun GST masih di peringkat peralihan. Oleh itu
banyak lagi aspek yang perlu dikaji dan dipertingkatkan lagi terutama dari
perspektif IT dan IS. Usaha kerajaan dalam usaha memansukan

duti

eksport selepas pelaksanaan cukai bentuk baharu bagi menggalakkan


syarikat untuk memasarkan produk tempatan ke luar negara dan juga
pengenalan sistem MyGST dapat membantu kerajaan dalam mengesan
seterusnya membendung unsur-unsur penipuan yang boleh dikenakan
tindakan kepada peniaga. Dalam memantapkan lagi pelaksanaan sistem
percukaian

GST

ini,

pihak

kerajaan

perlu

perbanyakkan

Latihan

Pengurusan Sistem GST bagi memperlihatkan dasar GST lebih efektif dan
sistematik dikalangan pihak yang terlibat. Selain itu, penekanan khusus
dalam pengurusan teknologi bagi memantapkan lagi advokasi GST kepada
masyarakat perlu digalakkan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, pelaksanaan
GST yang diperkenalkan oleh kerajaaan ini diharap mampu diterimapakai
oleh rakyat Malaysia dalam usaha memantapkan sistem percukaian di
dalam negara. Pelaksanaan GST ini juga diharap mampu dilaksanakan
dengan sistem yang adil bagi meningkatkan thap kesejahteraan rakyat
dan pendapatan negara.

12

9.0

RUJUKAN

Ahmad Zubir Zaiyadi & Nor Azura Adzharuddin. 2015. Kempen Pengiklanan GST Kepada
Pengguna. Journal of Education and Social Sciences.2: 2289-9855.
Akhbar Kosmo. 2015. 1000 Penyata GST Yang Dihantar Berisiko Untuk Diambil Tindakan.
http://www.treasury.gov.my/pdf/akhbar/2015/23mei_kosmo1.pdf

Barbosa, S. C. B., Rodello, I. A., & Padua, S. I. D. D. 2014. Performance Measurement of


Information Technology Governance in Brazilian Financial Institutions. Journal of
Information Systems and Technology Management, 11(2): 397-414.
Hayati@Habibah Abdul Talib & Khairur Rijal Jamaludin. 2002. Aplikasi Teknologi
nnnnnnMaklumat (IT) Dalam Pengurusan Organisasi: Sorotan Kajian. Jurnal nnnnnnTeknikal
Dan Kajian Sosial. UTM.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 2014. Guide To Enhance Your Accounting
Software To Be nnnnnnGST Compliant.
Jabatan Perdana Menteri.2011. Pelaksanaan Sistem Perakaunan Standard
Bagi Agensi nnnnnnKerajaan. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Bilangan 1 Tahun 2011.
Jariah Masud. 2010. Tindakan tepat ketika ekonomi tidak menentu. Utusan Malaysia
Lee R. K. 2012. Impacts of Information Technology on Society in the new
Century. nnnnnnSwitzerland.
Mustafa mohd Hanefah. 1996. An Evaluation Of The Malaysian Tax Administrative System,
And Taxpayers Perceptions Towards Assessment Systems, Tax Law Fairness, And
Tax Law Complexity.Sintok. Universiti Utara Malaysia Press.
13

Nazim Yatim. GST Berfaedah


nnnnnnhttp://www.utusan.com.my/

Kepada

Peniaga.

2015.

Utusan

Malaysia.

Nor Shah bin Mohamed. 2002. Mengadaptasi Penguasaan Maklumat Kepada Anggota
nnnnnnAwam Dalam Pembangunan K-Ekonomi Berasaskan Maklumat. Jabatan Perkidmatan
nnnnnnAwam Malaysia
Norsaadah Ahmad. 2014. GST Untuk Bines Dan Peniaga: 40 Soalan
Penting Untuk nnnnnnMemahami GST Dan Pelaksanaannya Di Malaysia.
Mph Online.
Noraida Sahari, et.al. 2011. Kemudahan Capaian dan Penggunaan e-kerajaan di Malaysia.
nnnnnnBangi. Universiti Kebangsaan Malaysia
Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia. 2016. http://www.treasury.gov.my
Portal Rasmi Malaysia Good & Service Tax (GST). 2016. List of Vendor With Subsidies GST
Accounting Software for Small and Medium Enterprise (SMEs).
http://gst.customs.gov.my/en/ib/Pages/ib_ppp_senarai.aspx. [31 Mei 2016]

14

You might also like