You are on page 1of 2

Nama

: Abdulaziz Bin Ahmad Fauzi

Tajuk

: Pengharaman Vape di Malaysia

Jenis bahan bacaan: Rencana (31 September 2015)

Isu penggunaan rokok elektronik atau vape merupakan antara isu besar
pada tahun ini yang menarik perhatian pelbagai pihak, antaranya
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Dalam Negeri (KDN),
kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, masyarakat umum dan
pengguna vape itu sendiri.

Ia mula menjadi perhatian bermula pada Ogos selepas beberapa laporan


mengenai penggunaan vape menjadi viral di laman sosial dan menarik
perhatian media massa.

Pakar kanser berpendapat bahawa menghisap cecair nikotin


menggunakan rokok elektronik menjadi punca penggunanya menghidap
kanser itu sendiri dan ia digesa oleh pihak atasan supaya ianya
diharamkan.

Majlis Ulama Isma menyatakan kebimbangan apabila terdapat pihak


menyebut kononnya antara kebaikan rokok elektronik ini adalah ianya
menjadi ubat kepada perasaan ketagih terhadap perbuatan menghisap
rokok.

Terdapat juga kes-kes kemalangan yang melibatkan penggunaan vape.


Contohnya, kes bateri vape milik seorang penumpang terbakar secara
tiba-tiba ketika berada dalam penerbangan Malindo Air. Ia menyebabkan
penerbangan- penerbangan lain mengharamkan penggunaan vape di
dalam kabin penerbangan.

Selain itu, mufti juga berpendapat bahawa vape tidak tepati syarak kerana
ia memerlukan seseorang itu berbelanja atas perkara tidak berfaedah.
Sudah jelas bahawa penggunaan vape ini wajar diharamkan kerana ia
boleh merugikan masyarakat.

Tambahan pula, terdapat juga kes-kes yang mengaitkan penggunaan


perisa vape campur dadah. Perbuatan ini juga dikatakan telah menjadi
satu trend di Amerika Syarikat kerana
Ramai pengguna vape di Amerika Syarikat mencampurkan dadah di
dalam cecair vape.

Oleh yang demikian, lebih baik vape diharamkan sebelum budaya


mencampurkan dadah dalam cecair vape merebak ke negara ini. Malah, ia
juga boleh meningkatkan bilangan penagih dadah di Malaysia ini.

Pendapat :

Pada pendapat saya, vape dan juga rokok ini wajar diharamkan kerana ia
boleh membinasakan diri sendiri kerana ia boleh menyebabkan pelbagai
penyakit seperti kanser. Tambahan pula, ia juga boleh meruntuhkan hubungan
keluarga serta institusi masyarakt di Malaysia disebabkan keburukannya. Sudah
terang lagi bersuluh bahawa vaping ini menyumbang kepada keburukan dan
tidak memberi sebarang faedah kepada penggunanya. Oleh itu, pihak atasan
haruslah mengambil tindakan dengan membendung penggunaan dan penjualan
vape di Malaysia ini.

You might also like