You are on page 1of 2

Peranan Dasar Ekonomi Baru (DEB):

DEB berperanan merapatkan jurang dan membasmi kemiskinan dengan


menyusun semula masyarakat.
Ia juga berperanan untuk mengurangkan keadaan yang tidak seimbang
dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam
sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut
komposisi kaum menjelang tahun 1990.
Ia juga memastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan
perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera.
Selain itu,ia menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam
pemilikan sektor produktif.
Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di
luar bandar.

Penerangan maksud Dasar Ekonomi Baru (DEB):

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di


Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun
Abdul Razak Dato' Hussein.

Dilaksanakan bagi tempoh 1971-1990 yang merupakan satu rancangan


pembangunan ekonomi dan perpaduan negara dalam konteks masyarakat
pelbagai kaum.

Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)


pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud
dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah
mempunyai keyakinan diri.

DEB dicetuskan akibat daripada peristiwa 13 Mei 1969.

Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan


untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di
negara ini.

Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru


dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:1) penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
2) pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum

Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa
strategi telah dirancang, antaranya:
1) Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna
tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan
mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum
menjelang tahun 1990;
2) Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan
perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya

mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30%


daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
3) Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan
sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum
Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaumkaum lain;
4) Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di
luar bandar.
Kesan perlaksanaan DEB terhadap kedudukan ekonomi masyarakat
berbilang kaum di negara kita:

Orang melayu mula bergiat aktif dalam bidang perniagaan


Ramai usahawan melayu diwujudkan oleh kerajaan dengan cara memberi
bantuan, pinjaman, lessen dan kontrak pekerjaan.
Kerajaan meluaskan lagi peluang-peluang pekerjaan bagi semua rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum
Kerajaan juga telah menggalakkan penyertaan semua kaum dalam sektorsektor yang berpotensi tinggi dan daya pengeluaran yang tinggi seperti
perniagaan, perkhidmatan dan perindustrian.
Ia juga memajukan lagi daya pengeluaran dari golongan miskin yang
seterusnya meningkatkan pendapatan penduduk. Pendapatan golongan
petani yang terdiri daripada kaum Melayu meningkat dengan programprogram tanaman padi dua kali setahun, tanaman padi luar musim,
kemudahan tali air, kemudahan pasaran dan juga kredit.

You might also like