Professional Documents
Culture Documents
_______________________________________________________________________
ABPS3203
INDUSTRIAL AND ORGANISATIONAL PSYCHOLOGY
JANUARY 2016
_________________________________________________________________________
Soalan :
1.
Bincangkan kaedah penyelidikan utama dalam psikologi
industri dan organisasi.
2.
Justifikasikan alasan untuk mempelajari kaedah penyelidikan
dalam psikologi industri dan organisasi.
3.
Bincangkan limitasi kaedah penyelidikan dalam psikologi
industri dan organisasi.
NAMA
NO MATRIKS
NRIC
NO TELEFON
EMAIL
NAMA PENSYARAH
NAMA TUTOR
PUSAT
PEMBELAJARAN
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 KAEDAH UTAMA DALAM
PENYELIDIKAN PSIKOLOGI
INDUSTRI DAN ORGANISASI
3.0 JUSTIFIKASI UNTUK
MEMPELAJARI KAEDAH
PENYELIDIKAN PSIKOLOGI
INDUSTRI DAN ORGANISASI.
4.0 LIMITASI KAEDAH
PENYELIDIKAN DALAM
PSIKOLOGI INDUSTRI DAN
ORGANISASI.
5.0 KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI
1.0
PENGENALAN
MUKA
SURAT
1-2
3-7
8-9
10-12
17
Psikologi merupakan bidang pengajian dan aplikasi yang melibatkan kajian saintifik
tentang fungsi mental dan tingkah laku manusia. Matlamat utama dalam bidang psikologi
adalah untuk memahami individu dan kumpulan melalui prinsip-prinsip umum berdasarkan
teori dan kajian saintifik bagi memberi faedah kepada manusia sejagat. Bidang psikologi
pada masa kini perlu mengalami transformasi seiring dengan perkembangan zaman. Hal ini
disebabkan kerana, matlamat negara yang menginginkan mutu kematangan dalam sektor
pembangunan sahsiah khususnya dalam pengurusan organisasi dan industri negara setanding
dengan negara-negara maju dari aspek pengeluaran produktiviti. Pembangunan ini perlulah
dimulai dengan perubahan dalam pengkajian aspek psikologi yang merupakan antara intipati
utama dalam bidang pengurusan. Atas sebab itulah, bidang psikologi pada masa kini
didefinisikan sebagai bidang yang mengkaji proses mental dan tingkah laku manusia.
Sebenarnya bidang psikologi ini bermula dengan falsafah tentang minda dan tingkah laku
manusia sejak zaman ketamadunan Egypt, Greek, Cina dan India.
Pakar psikologi juga boleh dikenali sebagai saintis sosial, saintis tingkah laku atau
saintis kognitif kerana mereka cuba memahami peranan dan fungsi mental dan tingkahlaku
sosial individu tatkala meneroka proses fisiologi dan neurobiologi yang menjadi asas kepada
fungsi kognitif dan tingkah laku individu. Antara konsep-konsep penting yang mendapat
perhatian ahli psikologi adalah persepsi, kognisi, tumpuan perhatian, emosi, motivasi,
fenomenologi, fungsi otak, personaliti, tingkah laku dan hubungan inter personal. Konsepkonsep ini banyak dikaji melalui kajian empirikal yang menyiasat hubungan antara konsep
atau pemboleh ubah-pemboleh ubah psikologi ini. Bidang psikologi ini banyak memberi
manfaat kepada penyelesaian masalah di peringkat individu, organisasi dan masyarakat.
Menurut Lawrence, P.R & J.W Lorsch. (1999) menjelaskan bahawa, psikologi industri
merupakan antara sub psikologi yang menjadi tumpuan bagi negara maju ekoran
kepentingannya dalam melahirkan kumpulan masyarakat yang memiliki tahap kematangan
minda yang tinggi.
Dewasa ini, ahli psikologi organisasi kerap dikenali sebagai ahli psikologi di tempat
kerja (work psychologist). Walau bagaimanapun, fokus pengajian dan bidang ini tidak
terbatas di tempat kerja sahaja kerana terdapat banyak faktor di luar persekitaran tempat kerja
yang memainkan peranan ke atas tingkah laku kerja seperti kepelbagaian budaya, keluarga,
perundangan, faktor ekonomi dan sebagainya. Malah, faktor utama yang sering menjadi
fokus di dalam pengajian psikologi organisasi adalah faktor perbezaan individu. Faktor ini
3
banyak mempengaruhi tingkah laku kerja individu di tempat kerja. Ini adalah kerana setiap
individu adalah berbeza. Menurut Stogdill, R. M. (1966) menyatakan bahawa, perbezaan
antara individu dari aspek personaliti, pengetahuan dan pengalaman menyebabkan setiap
individu itu akan mempamerkan kelainan dalam pelbagai perkara seperti pendidikan,
pemilihan kerjaya dan budaya prestasi dalam pekerjaan. Atas sebab itulah, pengkajian ke atas
bidang psikologi industri dan organisasi semakin rancak dilakukan bagi memperkukuhkan
aspek pengeluaran produktiviti dan perkhidmatan sesebuah organisasi. Pengkajian disiplin
ilmu ini membawa kepada beberapa langkah penyelidikan utama dalam mencapai
keberhasilan produktiviti dan perkhidmatan sesebuah industri dan organisasi.
2.0
Malaysia secara sepenuhnya setelah tertubuhnya badan-badan berkanun seperti INTAN yang
menyediakan beberapa kursus latihan kepada para penjawat awam dan swasta demi
memantapkan psikologi pekerja secara psikologi personel. Penubuhan badan ini didorong
ekoran langkah pihak kerajaan dalam melahirkan tenaga buruh yang berkemahiran tinggi
sekali gus memiliki daya pemikiran yang matang dalam menghadapi masalah ditempat kerja.
Perlaksanaan ke arah pembentukan badan berkanun seperti INTAN memerlukan perancangan
yang rapi untuk mendapatkan modul-modul latihan dalam menyediakan kaedah penyelidikan
utama dalam bidang I/O. Menurut Mohr, L. B. (1982) menjelaskan bahawa, penyediaan
latihan secara berterusan oleh pihak bertanggung jawab khususnya kerajaan dan majikan
bukan sahaja membantu melahirkan produktiviti yang berkualiti, bahkan juga mampu
membantu meningkatkan psikologi pekerja secara konsisten dalam menempuh tekanan
pekerjaan di tempat kerja. Secara tidak langsung, langkah latihan seperti kursus itu mampu
meningkatkan kualiti produktiviti individu yang berkerja dalam sesebuah organisasi.
Antara langkah utama dalam penyelidikan psikologi I/O melalui kaedah tinjauan.
Kaedah ini bertujuan mendapatkan maklumat asas mengenai psikologi industri khususnya
mengenai struktur organisasi yang perlu dilaksanakan dalam sesebuah industri. Pada masa
yang sama juga, kaedah tinjauan ini juga bertujuan untuk mendapatkan kepentingan
komunikasi sehala/dua hala antara pihak industri dengan kumpulan pekerja yang akan
menganggotai barisan organisasi. Menurut Lawrence, P.R & J.W Lorsch. (1999) menjelaskan
bahawa, proses tinjauan ke atas I/O boleh dikenalpasti apabila pihak majikan bertanggung
jawab kepada kumpulan pekerja dalam memaksimumkan penggunaan pengurusan sumber
manusia secara terancang. Proses penggunaan sumber manusia secara terancang ini
diimplementasikan sebagai langkah majikan menyusun organisasinya dari peringkat bawahan
sehingga kepada penetepan prestasi pekerja dan organisasinya. Penetapan ini turut menyentuh
aspek mengenai hubungan antara pengikut dan pemimpin samada wujud konflik atau dan
sebagainya. Sebagai contoh dalam pengurusan I/O bagi sektor kesihatan khususnya
pengurusan hospital, pihak pentadbiran (majikan) bertanggung jawab menyediakan borang
soal selidik bagi mendapatkan tinjauan awal mengenai prestasi produktiviti perkhidmatan
yang diberikan pihak hospital melalui kumpulan pekerjanya. Langkah ini juga secara tidak
5
langsung membuka peluang kepada pihak majikan dan kumpulan pekerja menyampaikan
komunikasi dua hala antara kedua-dua pihak.
Selain itu juga kaedah berbentuk pemerhatian merupakan antara pendekatan
penyelidikan dalam kajian bidang I/O. Kaedah ini kebiasaanya menitik beratkan cabangcabang dalam I/O termasuklah prestasi kerja bagi kumpulan pekerjaan. Menurut Schein, E.H.
(1993) menjelaskan bahawa, prestasi kerja merujuk kepada tingkah laku individu dalam
menjayakan sasaran sesebuah organisasi yang ditetapkan oleh industri. Secara ideal, ia adalah
tingkah laku yang boleh dinilai melalui pemerhatian. Walau bagaimanapun dalam realiti
dunia pekerjaan, perlaksanaan tugas melibatkan tindakan yang tidak boleh diperhati secara
fizikal seperti berfikir, merancang ataupun menyelesaikan masalah. Kajian telah
menunjukkan bahawa ratio produktiviti personel berprestasi tinggi dan personel berprestasi
rendah untuk pekerjaan yang mudah adalah antara 2:1 ke 4:1. Manakala ratio produktiviti
personel berprestasi tinggi dan personel berprestasi rendah untuk pekerjaan yang sukar adalah
10.1 pada kebiasaannya (Campbell, Gasser & Oswald, 1996).
Di dalam organisasi, prestasi kerja hanya melibatkan perbuatan atau tingkah laku
yang releven dengan matlamat organisasi dan boleh diukur berdasarkan kecekapan setiap
individu. Prestasi bukanlah hasil kepada sesuatu tindakan tetapi ia adalah perbuatan dan
tindakan yang perlu dilaksanakan oleh personel yang dilantik untuk memastikan pencapaian
matlamat organisasi. Keberkesanan pula adalah penilaian hasil suatu prestasi kerja. Manakala
produktiviti adalah ratio keberkesanan (output) kepada kos untuk mencapai tahap
keberkesanan itu (input) (Lawrence, P.R & J.W Lorsch. (1999). Keuntungan marginal pula
adalah indeks produktiviti. Berdasarkan konsep tersebut, kaedah pemerhatian ke atas
keputusan pengukuran prestasi bagi sesebuah organisasi digunakan untuk urusan seperti
pembangunan personel yang melibatkan seorang personel yang menerima maklum balas
tentang kekuatan dan kelemahannya boleh bekerjasama dengan penyelianya untuk
membangunkan
pelan
penambah
baikan
bagi
prestasi
kerja
dan
pembangunan
profesionalismenya. Keadaan ini secara tidak langsung turut membuka ruang dan peluang
secara psikologi personel kepada kumpulan pekerja untuk mencapai kepuasan dalam
perkhidmatannya.
Tambahan pula, kaedah pemerhatian ini turut menyentuh aspek motivasi/kepuasan
personel dengan penetapan piawaian prestasi kerja dan maklumbalas serta penilaian terhadap
prestasi kerja sehingga mampu memotivasi dan memberikan kepuasan kerja kepada personel.
6
dan industi. Setiap laporan eksperimen direkodkan dalam bentuk maklumat penyelidikan dan
pembangunan yang merupakan satu daya ukur atau kriteria untuk menilai dan mengkaji
keberkesanan R&D. Tujuannya adalah untuk mendapatkan laporan keberkesanan organisasi
latihan sekali gus menentukan keperluan latihan supaya ianya dapat dilakukan dengan baik.
Sebagai contoh dalam pengurusan Hospital yang melaksanakan penyelidikan eksperimen
melalui amali perubatan dan pemulihan kerja bagi setiap individu dibawah pengurusan
organisasi. Melalui kaedah eksperimen itu, pihak pentadbiran (majikan) bertanggung jawab
menyediakan laporan kajian dan pembangunan ke atas bahagian perubatan dan pemulihan
kerja agar proses pembangunan dan latihan pada masa hadapan dapat dijalankan untuk tujuan
penambah baikan.
3.0
JUSTIFIKASI
UNTUK MEMPELAJARI
KAEDAH
PENYELIDIKAN
seimbang. Menurut Lim, M., G. Griffiths, & S. Sambrook. (2010) menjelaskan bahawa,
soroton literatur yang direkodkan oleh pihak organisasi akan membincangkan kekuatan dan
kelemahan seseorang pekerja sama ada yang hanya melakukan tugas sekadar mengikut
tuntutan dengan pekerja yang sentiasa bekerja melebihi daripada tuntutan yang sepatutnya.
Penyelidikan secara saintifik ini membantu pihak pengurusan dalam mendapatkan laporan
yang lengkap demi meningkatkan kualiti pengeluaran produktiviti jangka panjang ke atas
sesebuah organisasi dan industi. Secara tidak langsung juga, organisasi akan bertindak
memberikan sokongan peribadi kepada kumpulan pekerjanya melalui khidmat nasihat dan
bimbingan, kemahiran, sokongan moral dan juga membantu perlaksanaan tugas mereka
secara langsung. Fenomena ini akan menyuntik semangat bekerjasama yang tinggi dalam diri
pekerja sekali gus matlamat untuk meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi terlaksana.
11
4.0
penyelidikan tidak tersasar daripada skop bidang tumpuan kajian. Hal ini kerana, cabang
kajian psikologi yang luas memerlukan para pengkaji menetapkan batas-batas kajian dalam
mencapai matlamat kajian secara menyeluruh. Atas sebab itulah, cabang kajian psikologi
menetapkan fokus penyelidikan I/O meliputi aspek tertentu seperti pembangunan sumber
manusia. Penetapan aspek pembangunan sumber manusia ini diperkecilkan kepada beberapa
item tertentu bersesuaian dalam mencapai matlamat dan objektif sesebuah organisasi dan
industri.
Antara limitasi dalam penyelidikan sumber manusia bagi psikologi industi seperti
dalam proses pemilihan dan petempatan sumber manusia. Menurut Lim, M., G. Griffiths, &
S. Sambrook. (2010) menjelaskan bahawa, proses pemilihan dan penempatan sumber
manusia dijalankan melalui kaedah tertentu seperti pembentukan ujian dan pengesahan ujian
keatas kumpulan personel bagi mendapatkan laporan balas daripada personel untuk tujuan
penetapan pekerja di sesuatu bidang organisasi yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. Hal
ini secara tidak langsung membantu pihak pengurusan pentadbiran melakukan analisis
kandungan tugas yang bersesuaian dengan skop bidang perkhidmatan yang diberikan agar
proses pengenalpastian potensi pengurusan serta justifikasi ujian dalam konteks perundangan
terlaksana. Sebagai contoh dalam pengurusan pentadbiran di peringkat Hospital, apabila
Pengarah Hospital bertanggung jawab menjalankan ujian saringan sama ada dalam bentuk
peperiksaan atau pun temuduga sebelum mengambil dan melantik tenaga kerja baru bagi
menganggotai organisasi di bawah pentadbiran pengurusan Hospital.
Selain itu juga, limitasi penyelidikan I/O ini turut meletakan proses latihan dan
pembangunan organisasi dijalankan sepanjang tahun. Hal ini bertujuan bagi memberikan
peluang kepada setiap individu memantapkan kualiti perkhidmatan agar sasaran dan
matlamat sesebuah organisasi itu terlaksana. Menurut Davis, R. (1951) menyatakan bahawa,
proses latihan ini membolehkan pihak pentabiran mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
tenaga kerja di dalam sesebuah organisasi untuk diberikan keperluan latihan susulan bagi
tujuan pembangunan. Secara tidak langsung juga, organisasi dapat merencana skop tindakan
12
susulan dalam proses pembentukan, perlaksanaan dan penilaian program latihan sama ada
terlaksana secara sepenuhnya ataupun memerlukan penambah baikan di masa mendatang.
Proses ini juga turut membantu pihak pengurusan dalam menetapkan sasaran perancangan
kerjaya kepada setiap kumpulan pekerja. Sebagai contoh dalam pengurusan Hospital, pihak
pentadbiran sewajarnya meletakkan limitasi dalam proses latihan dan pembangunan
organisasinya agar setiap perancangan pengurusan tercapai. Proses limitasi ini dalam latihan
ini dapat dilihat melalui kursus dalaman yang dijalankan oleh setiap jabatan sepanjang bulan
mengikut kesesuaian keadaan seperti motivasi jati diri sepanjang bulan ramadhan dibawah
penganjuran Pengurusan Jabatan Islam Hospital.
Di samping itu juga, penetapan limitasi dalam penyelidikan I/O turut menyentuh
aspek pembangunan organisasi. Menurut Raymond E. Miles & Charles C. Snow. (1992)
menjelaskan bahawa, pengurusan bahagian pembangunan organisasi akan bertindak dalam
proses menganalisis struktur organisasi sama ada berbentuk fungsi, geografi mahupun
berbentuk matriks. Proses penganalisis struktur organisasi ini penting bagi sesebuah
pentadbiran ekoran memudahkan setiap pentadbir mengetahui hala tuju dan matlamat
organisasi itu direka. Tambahan pula, proses ini juga secara tidak langsung mendedahkan
kepada pihak pengurusan mengenai kepuasan maksima dan keberkesanan personel yang
menganggotai setiap organisasi tersebut.
khususnya berdasarkan prestasi serta penilaian sistem prestasi kerja. Secara tidak langsung
juga, ukuran prestasi ini akan menimbulkan kualiti kehidupan bekerja dalam diri pekerja.
Kewujudan nilai imbuhan ini akan menghadirkan faktor kepuasan bekerja, pengurangan stres
di tempat kerja, penilaian dan pembentukan semula rekabentuk kerja dan tugas individu
dalam sesebuah organisasi. Sebagai contoh dalam pengurusan Hospital yang saban tahun
memberikan anugerah perkhidmatan cemerlang kepada setiap anggotanya bersesuai dengan
prestasi yang ditonjolkan dalam perkhidmatan. Secara tidak langsung, langkah ini merupakan
antara limitasi penyelidikan dalam bidang I/O khususnya aspeks penilaian kualiti pekerjaan
berdasarkan prestasi kerja yang ditonjolkan.
14
5.0
KESIMPULAN
Kesimpulannya, dapat dijelaskan bahawa peranan organisasi amatlah penting dalam
kehidupan manusia. Ini kerana disebabkan oleh ciri, tujuan, dan strategi organisasi tersebut
dalam menjadikan organisasi tersebut mencapai matlamat yang diimpikan dan teguh serta
berupaya menjalankan fungsinya. Selain itu, dengan adanya penyelidikan I/O secara
menyeluruh membawa kepada perkembangan jenis struktur dalam organisasi tersebut.
Struktur organisasi yang baik bermula melalui perancangan penyelidikan I/O secara saintifik
sehingga dapat menyokong kepada bentuk perancangan segala objektif dan misi yang telah
ditetapkan. Struktur ini dapat menerangkan dan menunjukkan hubungan saluran antara satu
sama lain, komunikasi formal, penentuan tanggungjawab dan tugas setiap individu, serta
autoriti pembuatan keputusan. Reka bentuk organisasi haruslah mengikut konsep yang lebih
luas.
Oleh sebab itulah, perkara utama yang perlu dilakukan dalam sesebuah organisasi
yang besar lagi kompleks adalah melakukan penyelidikan I/O berdasarkan kepentingan
organisasi tersebut seperti menyusun sumber-sumbernya dengan cara yang efisien dan
berkesan. Aktivitiaktiviti yang sama diletakkan di bawah satu unit, bahagian atau
kumpulan. Proses mengumpul dan menyatukan semua kegiatan yang sama dengan cara yang
sesuai dan praktikal di panggil penjabatanan. Melaluinya pengurusan akan dapat menilai
jenis mana yang sesuai dan boleh memberikan pulangan terbaik kepada mereka
15
BIBLIOGRAFI
Barndard, C. 1. (1938). The Function of the Executive. Cambridge, MA: Harvard Univercity
Press.
Davis, R. (1951). The Fundamentals of Top Management . New York: Harpers Bros.
Lawrence, P.R & J.W Lorsch. (1999). Organisations and Enviroment in Psychology.
Homewood : IL Richard D.Irwin.
Lim, M., G. Griffiths, & S. Sambrook. (2010). Organizational structure for the twenty-first
century. Presented at the annual meeting of The Institute for Operations Research and
The Management Sciences, Austin.
Mohr, L. B. (1982). Explaining Organizational Behavior. San Francisco: Jossey-Bass
Publishers.
Raymond E. Miles & Charles C. Snow. (1992). Causes of Failure in Network Organizations,.
California: Management Review.
Richard L. Daft. (2008). NEW ERA OF Management ( 9th edition ). South-Western: Cengage
Learning
Schein, E.H. (1993). Organizational Psychology. New Delhi : Prentice-Hall of India.
16