You are on page 1of 2

Ruj.

Kami
Tarikh

: SKTB/40/002/10 ( )
: 10 SEPTEMBER 2012

Kepada,
MARKAS TENTERA LAUT,
KEMENTERIAN PERTAHANAN,
JALAN PADANG TEMBAK,
50634 KUALA LUMPUR.
(U/P : CAWANGAN SEKRETRIAT TADBIR)
Tuan ,
PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN LAWATAN KE MARKAS ARMADA
PERAK
Adalah dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2.
Untuk makluman Tuan, Program Pendidikan Khas Integrasi SK Taman Bersatu,
Kuala Kedah akan mengadakan program lawatan sambil belajar ke Pulau Pangkor.
Butiran aktiviti adalah seperti berikut:Tarikh
Bilangan Pelajar
Guru dan Waris

:
:
:

18 - 19 September 2012
17 Orang
24 Orang

3.
Berikutan dengan itu kami bercadang untuk mengadakan satu sesi lawatan ke
Markas Tentera Laut Kuala Lumut untuk melawat kapal laut milik tentera pada butiran
yang berikut :Tarikh
Waktu Lawatan

:
:

19 September 2012
3.30 Petang - 6.30 Petang

4.
Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik Tuan agar dapat menerima lawatan
daripada pihak kami. Untuk pengetahuan pihak tuan, murid-murid kami adalah kanakkanak istimewa dan terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

5.
Bersama-sama ini juga disertakan senarai nama ahli rombongan untuk makluman
Tuan. Budi dan jasa pihak Tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima
kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
MENDIDIK DAN MEMIMPIN
Saya yang menjalankan tugas,

..............................................
(ZAIBAIDAHAINI BT ABDUL RAZAK)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu
06600 Kuala Kedah
Kedah
s.k Fail Sekolah
Fail Pendidikan Khas

You might also like