You are on page 1of 2

DEFINISI ORGANISASI

Kamus Dewan mendefinisikan organisasi sebagai kesatuan (susunan) yang terdiri


daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan)
untuk tujuan tertentu.
Organisasi merupakan himpunan individu (dua atau lebih) yang menjalankan tugas
tersendiri mengikut unit kerja, yang diselaraskan untuk mencapai sesuatu matlamat
yang telah ditetapkan. Ia bertindak sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada
manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan yang lain bagi
mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi.
DEFINISI PERANCANGAN PENGURUSAN
pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan
dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan
semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai
matlamat organisasi.
Proses perancangan oleh sesebuah organisasi seperti institusi
pendidikan merujuk kepada tujuan dan objektif yang telah dikenalpasti di
awal perancangan sesuatu program.
Tujuan dan objektif tertentu adalah merujuk kepada matlamat penubuhan
organisasi pendidikan yang ingin dicapai.
Perancangan juga melibatkan strategi yang akan digunapakai sepanjang
program yang akan berlangsung bagi mencapai matlamat yang telah
ditetapkan.
Ringkasnya proses perancangan ialah berusaha mengatur program atau
projek mengikut strategi yang berasaskan matlamat organisasi.

Proses penyusunan melibatkan kerja menstruktur organisasi dan


kakitangan orgnisasi. Dalam sesebuah struktur organisasi merupakan
perkara penting di mana maklumat tentang pembahagian kerja mengikut
aktiviti dan tingkat autoriti ditunjukkan.
Disamping itu pengurusan staf melibatkan perancangan sumber manusia,
orientasi latihan, program keselamatan dan program kebajikan.

Proses pengarahan perlu dilaksanakan untuk memastikan semua

aktiviti organisasi berjalan dengan teratur, lancar serta dalam suasana


harmoni.
Beberapa faktor yang terlibata dalam
kepimpinan dan sistem komunikasi.

proses

ini

ialah

motivasi,

Proses pengawalan pula mesti berjalan dengan teratur dan tersusun di


sepanjang program berjalan bagi memastikan prestasi organisasi telah
dicapai mengikut perancangan.
Proses ini membabit beberapa perkara penting seperti mengenalpasti
masalah dalam penyusunan dan langkah-langkah penyelesaian tertentu
yang mesti diambil.
Pengawasan aspek kemanusiaan juga merupakan perkara penting yang
mesti diberi perhatian seperti sifat kakitangan yang ada hubungan dengan
prestasi dan tingkah laku.
ZERO DEFECT
Zero defects atau kecacatan sifar diperkenalkan oleh Philip Crosby pada tahun
1979. Ia merupakan salah satu daripada 14 langkah dalam proses penambahbaikan
kualiti. Menurut Philip Crosby, kecacatan sifar membawa maksud
Ralat atau kesilapan tidak seharusnya dianggap sebagai suatu yang tidak boleh
dielakkan. Ini bermakna jika sesuatu kerja dijalankan maka hasilnya mestilah
berkualiti tanpa sebarang keraguaan atau tolak ansur. Bagi memastikan ini terjadi
segala kerja mestilah dikaji, dirancang dan seterusnya dilaksanakan dengan baik.

MISI & VISI SEKOLAH


OBJEKTIF SEKOLAH
PERANCANGAN STRATEGIK

You might also like