You are on page 1of 22

1.

DEFINISI
Kepimpinan merupakan satu konsep yang sukar diterjemahkan. Terdapat

amat banyak definisi berkenaan dengan kepimpinan. Akan tetapi, kesemuanya


merujuk kepada seorang ketua yang mengepalai sesuatu kumpulan, dan wujudnya
pengikut yang melakukan tugas atas perintah ketua. Menurut Beekun & Badawi
(1999), kepimpinan ialah proses mengarah dan mempengaruhi ahli organisasi
supaya mereka berasaskan aktiviti-akiviti dan program organisasi itu kepunyaan
mereka (Shahril@Charil, 2010).
Basbous (1988) pula mentakrifkan kepimpinan sebagai seni mempengaruhi
dan mengarah orang lain ke arah satu objektif sepunya dengan cara membolehkan
pemimpin

memperoleh

kepercayaan,

penghormatan

dan

kerjasama

serta

pengakuran yang ikhlas (Shahril@Charil, 2010). Takrifan ini melihat pemimpin


sebagai satu seni yang memerlukan beberapa kemahiran memahami orang lain dan
berurusan dengan mereka secara bijak. Pemimpin bukan sahaja perlu mengarahkan
orang lain dalam menjalankan tugas, tetapi juga membantu mereka bergerak
dengan memotivasikan mereka dengan cara menggalakkan supaya mempunyai
sikap yang positif terhadap kerja.
Menurut Tannenbaum (1961) kepimpinan adalah pengaruh antara peribadi
yang dijalankan dalam situasi tertentu serta diarahkan melalui proses komunikasi,
kearah pencapaian satu atau beberapa matlamat. Kepimpinan adalah sejenis
hubungan perilaku manusia,pengaruh, daya tindakan serta penghalangnya kearah
matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan
dan penghormatan. Dapat disimpulkan bahawa kepimpinan merupakan proses
memberi arahan dari ketua kepada pengikut untuk memberi garis panduan
bagaimana untuk mencapai satu atau lebih objektif dengan menggunakan cara yang
betul.
Dalam Islam kepimpinan amat perlu dalam membina dan membangunkan
sesebuah organisasi atau persatuan. Gagal atau berjayanya sesebuah organisasi itu
banyak ditentukan oleh ciri-ciri dan gaya pemimpin organisasi berkenaan. Ahli fikir
Islam terawal merujuk kepada kepimpinan sebagai Wilaya, Imamah dan Khalifah.
Ibn Taymiya (661-728 AH) mendefinisikan wilaya sebagai mengekalkan agama
rakyat sehingga sekiranya agama itu lenyap, mereka yang akan rugi dan
1

mengekalkan kehidupan yang membantu rakyat memahami agamanya. Al-Mawardi


(957-1058) pula, melihat Imamah dalam konteks menjaga agama dan kehidupan ia
adalah tanggungjawab setiap orang Islam, kerana tanpanya manusia berada dalam
kegelapan dan agama tidak akan dijaga.
Kepimpinan dalam Islam mengikut sesetengah penulis adalah jambatan yang
digunakan mempengaruhi sikap dan tingkah laku bagi mencapai objektif organisasi
(Adlouni dan Sweidan,2000). Takrifan ini adalah yang paling masyur di kalangan
literatur Barat iaitu kepimpinan melibatkan pengaruh. Seorang pemimpin harus
mempunyai pengaruh yang kuat agar dapat menarik pengikutnya akur dan patuh
kepada arahannya. Di samping membuatkan pengikut akur dan patuh, pengaruh ini
merupakan satu aura positif di mana ia mampu mengubah jiwa dan fahaman
seseorang pengikut.
Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah Sad; ayat 26:

Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di


muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan
janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan
Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat darin jalan Allah akan mendapat azab
yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan.
Ini menunjukkan kepimpinan dalam Islam mempunyai peranan yang sangat
besar iaitu bukan sekadar memenuhi objektif dalm kerja harian malah ia seharusnya
dapat membimbing orang lain ke arah kebaikan di dunia dan di akhirat. Objektif
sesebuah organisai harus selaras dengan kehendak dan tuntutan agama.
Kepimpinan mempunyai dimensi baru iaitu perkaitannya dengan agama dan Allah.
2

Oleh yang demikian, pemimpin Islam wajib memahami peranannya dalam


membimbing orang lain ke arah membentuk mereka sebagai insan dan khalifah
Allah dan bukan sahaja sekadar mencapai objektif kerja. Ini kerana kehidupan di
akhirat merupakan matlamat terakhir setiap orang Muslim.

2.0

PEMIKIRAN AWAL DAN KONTEMPORARI TENTANG KEPIMPINAN


ISLAM
Salah seorang ahli fikir terawal tentang kepimpinan ialah Ibn Taymiyah (661-

728AH). Di dalam buku beliau yang berjudul The Shariat Politics telah menetapkan
beberapa ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin. Antara ciri tersebut ialah:

Amanah
Watak peribadi yang kuat
Berkelayakan
Berpengalaman
Patuh pada hukum agama
Bertanggungjawab

Di samping itu, beliau juga telah menggariskan prinsip kepimpinan iaitu


tanggungjawab, amanah dan mesyuarat (Shara). Di antara dua sebab mengapa
Shara disarankan ialah yang pertama melalui Shara ia dapat memupuk
persahabatan dan kerukunan perhubungan antara ahli dalam organisasi. Yang
kedua ia dapat memupuk interaksi sosial yang positif dan meningkatkan prestasi
kerja. Ini kerana ketika Shara ahli dapat berkongsi idea dan bertukar pendapat
secara positif dan aktif.
Al-Qalqashandi (756-821AH) pula dalam buku beliau yang berjudul The
Night-Blinds Morning memberi tumpuan kepada fungsi kepimpinan khususnya kerja
pengkeranian. Di dalam buku beliau lengkap mengandungi cara-cara merancang
kerja, tatacara, pengaturan, tanggungjawab, keperluan atau syarat dan cara
berkomunikasi antara pelbagai kumpulan. Ini menunjukkan skop tugas seorang
pemimpin itu amat luas bukan sekadar memberi arahan dan tugas kepada ahli
pengikutnya.

Al-Farabi (872-920AH) dalam buku beliau yang berjudul Opinions of Dwellers


of the City of Excellence memberi tumpuan kepada kepimpinan yang betul iaitu
kepimpinan yang dapat membangunkan negara cemerlang dan membawa
kebahagiaan kepada rakyatnya (Shahril@Charil, 2010). Al-Farabi menyatakan
seorang pemimpin mestilah mempunyai ciri-ciri yang unggul seperti pintar,
bijaksana, dan mempunyai ciri yang sesuai dari segi fizikal dan mental yang kuat,
ideal dan boleh membuat polisi jangka masa panjang. Semangat kerjasama dan
saling menyokong antara satu sama lain amat penting untuk mencapai
kesejahteraan untuk semua.
Manakala Al-Ghazali pula dalam buku beliau bertajuk Council or Advice for
Kings telah menyenaraikan sepuluh perkara yang disokong oleh Sunnah Nabi
Muhammad SAW. Antaranya ialah:

Shura (consultation)
Elakkan daripada ketidakadilan
Kelembutan dan kemesraan menjadi cara penghubung antara badan

berkuasa dan rakyat


Membantu ahli menyelesaikan masalah mereka samada secara peribadi
ataupun professional.

Sumbangan para ilmuan tersebut masih digunapakai sehingga kini.


Perbincangan yang meliputi aspek pentadbiran, kepimpinan dalam kerajaan, hal
ehwal kerajaan dan lain-lain boleh diterapkan kepada institusi dalam masyarakat
dalam membentuk falsafah kepimpinan melalui perspektif Islam.
Walau bagaimanapun, tiada bahan yang berkaitan dengan kepimpinan
pendidikan oleh ahli fikir Islam. Sehingga hari ini, para ilmuan Islam gagal
memformulasikan teori kepimpinan Islam. Usaha lebih tertumpu kepada memberi
bukti iaitu Islam mempunyai sumber yang mencukupi bagi memformulasikan teori.
Beekun dan Badawi (1999) menekankan pentingnya moral dan tingkah laku yang
baik dalam kepimpinan Islam. Empat asas watak yang perlu diikuti oleh pemimpin
Islam ialah iman, kepercayaan, takwa dan ihsan. Selain itu, lima tingkah laku yang
ditekankan ialah adil, amanah, wajar, mujahadah dan menepati janji.

Abdul Athim (1994) mencadangkan teori di mana nilai dan moral adalah asas.
Ini dikatakan sebagai kepimpinan berasaskan nilai. Abu Sin menggariskan sifat
utama teori kepimpinan Islam adalah seperti berikut:

Ia berkaitan dengan falsafah sosial masyarakat Islam, etika dan nilainya

Ia menekankan variable ekonomik dan bahan serta berusaha bagi


memastikan keperluan individual dipenuhi

Ia juga mempertimbangkan dimensi kemanusiaan dan spiritual. Menghormati


aspek-aspek individual sebagai manusia dan melibatkannya dalam proses
pentadbiran, mengikut keupayaan masing-masing

Ia sepatutnya memberi perhatian sewajarnya kepada bahagian-bahagian


dalam organisasi, pengkhususan tanggungjawab, menghormati autoriti,
hubungan formal dan struktur organisasi.

3.0

PERANAN PEMIMPIN ISLAM


Kepimpinan dalam Islam sangat penting kerana ia melibatkan bukan sahaja

hal

duniawi

tetapi

lebih

mementingkan

hal

akhirat.

Pemimpin

Islam

bertanggungjawab membimbing organisasi ke arah kesejahteraan di dunia dan di


akhirat. Misi membimbing bukan sekadar dapat memberi panduan menyelesaikan
tugas dan tanggungjawab di dalam kerja harian. Malah pemimpin tersebut harus
membimbing ahlinya agar melakukan tugas berdasarkan lunas-lunas Islam.
Pemimpin yang bersifat adil adalah sifat yang mesti ada kepada sesaorang
pemimpin. Ia merangkumi semua peringkat kepimpinan sama ada di peringkat
keluarga, perkumpulan atau satu organisasi yang besar. Islam mengajak manusia
menepati keadilan dalam segenap aspek kepimpinan yang diwakili olehnya. Oleh itu
pemimpin yang adil tempatnya kelak adalah di bawah naungan Arash yang mulia.
Kepimpinan daripada kacamata Islam merujuk kepada keperibadian dan segenap
aspek tindakan yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w.
Ciri-ciri kepimpinan Rasulullah yang baik dan perlu di contohi oleh sesaorang
pemimpin diantaranya ialah :
5

a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.

Berilmu Pengetahuan.
Teras Aqidah yang kukuh
Amanah.
Benar dalam perkataan dan tindakan.
Bijak dalam menangani masalah.
Keadilan yang meliputi segenap aspek yang dipimpin.
Bersifat Rohim.
Sentiasa menyampaikan perkara-perkara yang baik dan pesan dengan

perkara-perkara yang benar.


i. Seorang Lelaki.
Pemimpin yang menjalankan tugasnya berlandaskan lunas-lunas Islam serta
mempraktikkan

ciri-ciri

kepimpinan

Islam

terhadap

corak

mahupun

gaya

pemerintahan mereka dapat menjadi contoh teladan kepada yang lain. Pemimpin
haruslah memainkan peranan mereka dengan betul. Berikut merupakan lima
peranan pemimpin dalam Islam:
1. Pemimpin yang mempunyai visi
Seorang pemimpin harus mempunyai visi yang jelas tidak kira visi
jangka pendek mahupun jangka panjang. Beliau mesti membantu ahli
organisasi untuk memahami visi agar mereka jelas ke mana hala tuju
sesebuah organisasi. Di samping itu, mereka dapat menjalankan tugas
dengan lebih efektif kerana sedia maklum dengan apa yang ingin dicapai oleh
pemimpin.
Sebagai contoh, Allah meminta agar Nabi Muhammad dan para
sahabat agar bersabar dan meneruskan visi dan tidak bermusuhan selagi visi
belum tercapai. Allah berfirman:
Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada
mereka tahankanlah tanganmu (dari peperangan) dirikanlah solat dan
tunaikanlah zakat.
(Surah Al-Nisa; ayat 77)
Nabi Muhammad merancang visi akhir ini sehingga ia tercapai dengan
tertubuhnya kerajaan Islam di Madinah.
2. Pemimpin khadam

Pemimpin tidak merasakan kedudukan sebagai pemimpin merupakan


satu kedudukan yang istimewa kerana mereka bertanggungjawab dalam

melindungi ahli-ahli organisasi dan menjanakan apa yang perlu untuk


mencapai

objektif

(Shahril@Charil,

2010).

Pemimpin

bekerjasama

melaksanakan tugas bersama ahli organisasi dan dengan cara ini pemimpin
dapat memahami tugas dan tanggungjawab ahli organisasi.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W iaitu;
Seseorang pemerintah (bagi orang Islam) adalah perisai bagi mereka.
Mereka berperang di belakangnya, dan dilindungi olehnya (daripada penjahat
yang menyerang). Kiranya beliau tunduk kepada Allah SWT, Yang Maha
Berkuasa, dan bersikap adil, akan diberikan ganjaran yang banyak dan
kiranya ia tunduk kepada yang lain, akan diberi balasannya.
Ini jelas menunjukkan Nabi Muhammad sendiri bersama-sama dengan
para sahabat berperang di medan perang dan bukan sekadar memberi
arahan. Greenleaf (1970, 1977) mengemukakan konsep servant leadership
iaitu kepimpinan berkesan lahir daripada keinginan menolong orang lain
(Shahril@Charil, 2010).

3. Pemimpin sebagai pemandu

Pemimpin Islam seharusnya maklum dengan tanggungjawab mereka


iaitu membimbing ahli organisasi ke arah kebaikan di dunia dan di akhirat.
Mereka hendaklah mampu memandu ahli organisasi yang professional di
mana boleh menjadi pemimpin dan menggantikan mereka pada satu masa
nanti. Pemimpin juga perlu memandu ahli organisasi dalam memahami
objektif, misi dan visi dan membantu ahli memahamai cara bagaimana untuk
mecapai objektif tersebut.
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

Maksudnya:
Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang
memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada,
mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat,
dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah.
Pada zaman Khalifah Umar Ibn Al-Khattab, beliau sering menegur dan
memperingatkan

pemimpin

agar

dapat

membimbing

pengikut

bagi

membolehkan mereka hidup aman dan bahagia. Sikap adil dan saksama,
memberi pujian tetapi jangan sampai mengikis disiplin mereka dan memberi
perhatian supaya tidak berlaku penganiayaan sangat penting dan perlu ada
pada diri seorang pemimpin.
4. Pemimpin berpengaruh

Dalam konteks ini, pemimpin dipandang sebagai seorang yang


mempunyai pengaruh yang kuat dan mampu mengubah ahli organisasi
daripada buruk ke baik. Ini termasuklah dari aspek sikap, cara bekerja dan
lain-lain. Melalui mempengaruhi orang, pemimpin dapat mengubah jiwa dan
fahaman

dan pengalaman seseorang. Dengan mengambil contoh Nabi

Muhammad SAW, baginda berjaya mengubah jiwa dan kepercayaan


masyarakat pada masa itu dengan memeluk agama baru iaitu agama Islam.
Pemimpin seharusnya mempunyai sikap yang baik untuk menjadi
contoh kepada ahli organisasi. Kepimpinan melalui teladan amat penting
kerana melalui pemerhatian, seseorang boleh tertarik dan berubah mengikut
sikap pemimpin yang menjadi contoh tersebut.
5. Pemimpin yang mendidik

Kepimpinan mementingkan peningkatan ahlinya melalui beberapa cara


iaitu spiritual, akademik, intelek, psikologi, sosial dan professional. Misi utama
pemimpin bukan sekadar memastikan tugas selesai malah pemimpin diharap
dapat melahirkan manusia yang mampu membuat kerja dengan sendiri tanpa
disuruh di kemudian hari. Proses pemindahan maklumat dari pemimpin

kepada ahli sangat penting dalam kepemimpinan untuk menyediakan pelapis


apabila pemimpin sudah tiada. Kepercayaan seorang pemimpin kepada ahli
sangat penting kerana melalui cara ini, ahli lebih yakin dalam menjalankan
tanggungjawab mereka dan mereka lebih professional dalam bidang masingmasing (Shahril@Charil, 2010).
4.0

GAYA KEPEMIMPINAN ISLAM


Sekolah merupakan satu wadah untuk menuntut ilmu pengetahuan secara

formal. Ia bukan sahaja berperanan sebagai tempat untuk menimba sebanyak


mungkin ilmu pengatahuan, malah ianya juga merupakan tempat mendidik murid
agar mempunyai keseimbangan dari segi perkembangan jasmani, emosi, rohani dan
intelek bagi menyediakan diri bagi menghadapi alam kedewasaan. (Hussein
Mahmood, 1997)
Pendidikan dari sudut Islam juga memperlihatkan suatu paradigma yang
bersifat holistik, sepadu dan seimbang. Pendidikan ini bersifat holistik atau
menyeluruh kerana ia meliputi perkembangan manusia dari aspek jasmani, rohani,
intelek dan emosi secara bersepadu yang dapat digunakan potensinya untuk
meningkatkan kualiti kehidupan manusia. Melalui keseimbangan pendidikan inilah
yang dapat menghasilkan individu yang berkualiti dalam segenap aspek kehidupan,
termasuklah kehidupan dunia dan akhirat, khususnya melalui Pendidikan Islam.
Menurut Asmawati (2007) seimbangnya Pendidikan Islam kerana ia menekankan
kemajuan dan kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat.
Misi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk membangunkan sistem
pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu
dan memenuhi asprasi negara dengan bermatlamat untuk melahirkan bangsa
Malaysia yang taat setia serta bersatu padu, melahirkan insan beriman, berakhlak
mulia, berilmu, berketerampilan; menyediakan sumber tenaga manusia untuk
keperluan kemajuan negara dan memberi peluang pendidikan kepada semua
warganegara.
Untuk mencapai matlamat tersebut, pemimpin sekolah iaitu guru besar atau
pengetua sekolah berperanan merancang dan melaksanakan setiap aktiviti di
sekolah dengan gaya kepimpinan dan kebijaksanaan masing-masing bagi mencapai

wawasan tersebut. Pemimpin yang baik bukanlah pemimpin yang ditakuti, tetapi
pemimpin yang dihormati serta sentiasa memberi inspirasi kepada orang-orang di
bawah pentadbirannya untuk terus bermotivasi dengan penuh dedikasi di dalam
melaksanakan tugas seharian. Menurut Abdul Ghani Abdulllah, Abd. Rahman Abd
Aziz, Mohammed Zohir Ahmad (2010), seorang pengetua atau guru besar berfungsi
sebagai pemimpin dari segi kedudukan mahupun mempunyai tingkah laku tertentu
adalah ditentukan oleh hasil kombinasi interaksi tuntutan persekitaran pentadbiran
sekolah. Tiga keadaan yang membezakan persekitaran pentadbiran sekolah ciri
sekolah sebagai institusi morel, kewujudan tenaga kerja yang tetap dan autonomi
(persekitaran sosial sekolah) yang ditentukan oleh gesaan yang berterusan oleh
pihak yang ada kepentingan. (Hussein Mahmood, 1993).
Dalam memimpin sekolah pihak pengetua atau guru besar perlu memilih gaya
kepimpinan yang tersendiri bagi memastikan organisasi sekolah yang dipimpinnya
itu mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Menurut Lokman (2011), faktor yang
mempengaruhi pemilihan corak kepimpinan boleh diklasifikasikan kepada dua faktor
utama iatu faktor dalaman pemimpin itu sendiri dan faktor luaran diri pemimpin.
Faktor dalaman lebih merujuk kepada ciri demografi seperti jantina, umur dan
latihan. Manakala faktor luaran ialah budaya organisasi yang dilihat mempengaruhi
pemilihan stail kepimpinan. Dalam membincangkan konteks ini, kepimpinan Nabi
Muhammad S.A.W. Rasulullah yang membawa syariat Islam dianggap pengasas
kepada pengamalan prinsip-prinsip dan ciri-ciri kepimpinan Islam itu sendiri. Menurut
Hilmy Bakar Almascaty (1995), syariat adalah undang-undang Allah s.w.t. yang
mengatur kehidupan umat manusia agar tercipta keamanan, kedamaian dan
keadilan di muka bumi ini, ia meliputi aspek hubungan manusia dengan Allah s.w.t.
manusia dengan manusia dan manusia dengan semua makhluk. Terdapat empat
cara gaya kepimpinan dalam Islam iaitu :
a. Kepemimpinan Persaudaraan
Pemimpin dan ahli-ahlinya hidup bagaikan sebuah keluarga. Pemimpin tidak
boleh membeza-besakan mengikut status dan darjat. Layanan yag sama rata
dapat

mewujudkan

suasana

seperti

satu

keluarga

tanpa

sebarang

perselisihan faham. Dengan wujudnya perasaan sedemikian, semua ahli


dapat merasakan layanan tanpa pilih kasih. Persekitaran sosial yang sihat
atau iklim yang positif wujud boleh membantu dalam meningkatkan
10

kecemerlangan.
b. Kepemimpinan Kolaboratif
Pemimpin dan ahli-ahlinya perlulah bekerja dalam satu kumpulan atau satu
pasukan.

Ia memerlukan kerjasama serta kesefahaman antara golongan

pemimpin dan juga ahli-ahlinya. Pemimpin percaya dengan mengukuhkan


perhubungan antara pemimpin dan ahli dapat mewujudkan budaya dan iklim
yang sesuai di tempat kerja tersebut dan seterusnya meningkatkan kerjasama
antara satu sama lain dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Tolong-menolong dan kerjasama jenis ini dianggap sebagai sistem bagi
orang-orang Islam supaya mencapai kejayaan. Pemimpin perlu membantu
pengikutnya

menyelesaikan

masalah

dan

memudahkan

cara

dalam

menyelesaikan tugas mereka dengan sebaik mungkin.


c. Kepemimpinan Mesyuarah
Pemimpin yang mengamalkan kepimpinan mesyuarah ini merupakan
pemimpin yang melibatkan orang bawahannya dari segi membuat keputusan
dan bukanlah keputusannya sahaja. Tujuan bermesyuarat diantara pihak
atasan dan juga ahli-ahlinya adalah untuk mendengar idea-idea daripada
semua pihak serta dapat membuat keputusan sebulat suara yang dipersetujui
oleh semua pihak. Di samping itu, ahi-ahlinya juga dapat merasakan bahawa
diri mereka serta idea mahupun pendapat mereka dihargai. Sekaligus, dapat
meningkatkan taraf kesetiaan ahli kepada golongan pemimpin.
d. Kepemimpinan Suportif
Pemimpin memerlukan sokongan daripada ahli-ahlinya dalam menjayakan
sesuatu organisasi. Begitu juga sebaliknya. Di dalam konteks sekolah, guruguru juga memerlukan dorongan motivasi dan galakan daripada barisan
pentadbir. Mereka memerlukan latihan dalam meningkatkan kemahiran
mereka dalam pelbagai aspek. Para pentadbir perlu sentiasa menggalakkan
mereka serta membuka peluang mereka dalam memajukan diri sekaligus
dapat meningkatkan kecemerlangan sekolah.
5.0

KEPIMPINAN PENGAJARAN DARI SEGI PERSPEKTIF ISLAM


Kepimpinan pengajaran menjadi penting kerana peranan yang dimainkan

11

oleh pengetua dalam bidang kurikulum dan pengajaran dikatakan mempunyai


hubungan dengan kejayaan sekolah. Hussein Mahmood (1993) turut mengakui
bahawa keberkesanan sekolah lazimnya diukur dan dinilai dari segi kejayaan
atau pencapaian sekolah dalam peperiksaan, disamping mewujudkan rasa
kepuasan bekerja guru

dalam sesebuah sekolah sehingga mendapat

kepercayaan dalam kalangan masyarakat. Kepimpinan pengajaran dari perspektif


Islam pula mengutamakan moral dan akhlak selari dengan pencapaian
akademik. Ia adalah berdasarkan idea kaedah pendidikan berkesan yang
disarankan oleh Abdullah Nasih Ulwan (1981) dalam bukunya "Pendidikan
Kanak-Kanak Dalam Islam". Lima kaedah pendidikan tersebut ialah;
a. Pendidikan melalui contoh teladan

Pendidikan melalui contoh teladan bererti para pelajar akan meniru


sifat-sifat yang baik dan akhlak yang mulia. Umat Islam sudah mengetahui
Nabi Muhammmad s.a.w. menyuruh seseorang itu berbuat sesuatu apabila
baginda terlebih dahulu mengerjakan perkara tersebut dan tidak melarang
seseorang itu berbuat sesuatu sehinggalah baginda menjauhinya terlebih
dahulu (Abdul Raof Dalia, 1992). Sikap seperti ini hendaklah diikuti oleh
semua pengetua sehingga tingkah laku yang baik sama ada dalam
pekerjaan, ilmu pengetahuan dan sebagainya memberi kesan kepada diri
pelajar. Ini bermakna pengetua haruslah bersifat terpuji, iaitu bercirikan
insan cemerlang, bijak memimpin, berakhlak, mempamerkan teladan yang
baik dan berketrampilan. Oleh itu, tidak ragu lagi contoh teladan yang baik
yang ditunjukkan oleh pengetua dalam amalan kepimpinan pengajarannya
dipandang sebagai salah satu kaedah utama dalam pembentukan akhlak
pelajar. Akhlak yang baik akan memudahkan pelajar mendisiplinkan diri
seterusnya membantu ke arah mencapai kejayaan dalam kurikulum dan
kokurikulum sekolah.
b. Pendidikan melalui adat kebiasaan

Mengikut Abdullah Nasih Ulwan (1981), pendidikan

melalui

adat

kebiasaan bermakna manusia dilahir dengan fitrah semulajadi yang mahukan


kepada kebaikan. Beliau mengusulkan adat kebiasaan ini dibentuk dengan

12

tiga perkara asas:

mengaitkannya dengan akidah atau kepercayaan.

menjauhkan dari kejahatan dan menggalakkan kebaikan.

mengubah adat kebiasaan yang tidak baik kepada yang baik.

Antara kaedah untuk mewujudkan adat kebiasaan yang baik dan boleh
menjadi

budaya

sekolah

adalah

pengetua

hendaklah

menjadikan

Rasulullah s.a.w. sebagai contoh dalam membimbing guru-guru dan pelajar


ke arah kebaikan (Abdul Raof Dalia, 1992). Oleh itu, teladan yang baik oleh
pengetua sebagai pemimpin pengajaran akan menjadi ikutan guru-guru dan
pelajar-pelajar-sertamembentuk adat kebiasaan yang menjadi budaya sihat
di sekolah. Budaya sihat yang menggalakkan perbuatan baik dan menjauhi
kejahatan ini akan melahirkan guru-guru yang bertanggungjawab dan
pelajar yang cemerlang.
c. Pendidikan melalui nasihat dan bimbingan

Menurut Abdullah Nasih Ulwan (1981), bimbingan yang ikhlas serta


nasihat yang berkesan itu, jika diletakkan kepada jiwa yang bersih, hati
yang jujur, akal yang waras dan mengerti, maka sudah tentu akan cepat
diterima. Malah, akan memberikan kesan kepada jiwa seseorang. Nasirah
Muin (2000) berpendapat pengetua bertangggungjawab memberi bimbingan
profesional kepada staf, mengajar, dan

menjalankan kaunseling kepada

pelajar-pelajar dan ibu bapa, Pengetua juga harus memberi bimbingan dan
tunjuk ajar yang sepatutnya untuk panduan staf dan guru-guru tersebut
menjalankan tugas dengan berkesan. Kaunseling kepada pelajar dan ibu
bapa dapat mengatasi masalah kemerosotan disiplin atau pencapaian
kurikulum dan kokurikulum pelajar-pelajar. Malah, pengetua merupakan
pembimbing dan penggalak guru-guru dan pelajar-pelajar supaya kreatif
dan inovatif dalam penggunaan teknologi. Nasihat dan bimbingan ini boleh
diadakan dalam pelbagai bentuk: program kursus dalam perkhidmatan,
program perkembangan staf, mesyuarat sekolah dan kursus dalaman.
d. Pendidikan melalui pemerhatian dan pengawasan

13

Guru-guru akan mengikut langkah pengetua membuat pemerhatian


yang terperinci terhadap pelajar supaya dapat mengawasi tingkah laku
mereka sepanjang pengajaran. Bagi Ibnu Khaldun (dalam Abdullah AlAmin, 1994), pendidikan dan pengajaran merangkumi ilmu dan akhlak. Oleh
itu, orang yang mempunyai ilmu dan akhlak yang baik akan mudah
menerima input baik yang lain melalui pembelajarannya.
Penilaian perlu dilaksanakan bagi memantapkan nilai dan pencapaian
dalam pendidikan. Ianya bertujuan untuk memerhati dan mengawasi
akhlak, pencapaian kurikulum dan kokurikulum pelajar-pelajar. Penilaian
hendaklah dilakukan bersama oleh pengetua dan guru dari semasa ke
semasa. Jika terdapat sebarang masalah, ianya hendaklah diatasi dengan
segera supaya tidak menular kepada pelajar lain. Seterusnya, langkahlangkah pembaikan, pembetulan, pengubahsuaian mahupun pengekalan
boleh diambil dalam kadar segera. Dengan demikian, matlamat pendidikan
untuk melahirkan pelajar yang berakhlak dan berilmu dapat dicapai. la juga
dapat menghalang pelajar daripada melakukan perkara-perkara yang
dilarang dalam Islam.
e. Pendidikan melalui denda dan hukuman

Ibnu Shahnun (dalam Gamal, 2003), melihat hukuman dalam dunia


pendidikan sebagai langkah terakhir untuk melurus dan raemperbaiki
akhlak anak didik. pengetua hendaklah memastikan hukuman tidak
mengandungi unsur-unsur kekerasan dan sifat balas dendam. Motif
hukuman adalah semata-mata untuk melatih dan memperbaiki tingkah
laku pelajar supaya mereka boleh membuat perubahan diri. Menurut
Gamal (2003), seseorang pendidik tidak dibenarkan memukul pelajarnya
dalam keadaan marah. Tindakan tersebut menyebabkan hilangnya
tujuan mendidik dan berubah menjadi pemuasan atau pembalasan
dendam terhadap pelajar.
Pemilihan lima peranan ini kerana kelima-limanya dapat memenuhi
falsafah tauhid yang menjadi tunjang kepada kepimpinan di dalam Islam serta
selari dengan saranan pendekatan bersepadu (Nur Azzah Kamri, 2002). Selain

14

itu, lima pendekatan ini sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan


pengajaran dan pembelajaran dan pada masa yang sama dapat membantu
membentuk akhlak dan

moral yang

tinggi dalam

diri pelajar. Secara

ringkasnya diterangkan setiap satu peranan kepimpinan pengajaran daripada


perspektif Islam.

6.0

PENERAPAN KONSEP ULUL-ALBAB DALAM PENDIDIKAN


Program ulul albab merupakan satu transformasi pendidikan hasil cetusan

idea Y.B. Dato Seri Idris bin Jusoh pada 31 Mei 1996 dalam menginovasikan sistem
pendidikan di Malaysia. Al-quran dijadikan asas pegangan utama dalam melahirkan
generasi ulul albab (Rohaizan, Zulkifli, Abdul Hakim & Syed Mohamad Azmi, 2014).
Beliau telah mengambil inisiatif mengelompokkan 3 ciri yang perlu ada pada murid
iaitu quranik, ijtihadik dan ensiklopedik.
Selain itu, ia juga bertujuan sebagai melengkapkan satu keperibadian
manusia secara menyeluruh dalam mengimbangi antara aspek spritual, emosi,
rohani, jasmani dan juga intelektual (Zamroni, 2015). Manakala pendidikan ulul
albab di peringkat menengah pula lebih menjurus kepada satu corak pembelajaran
yang komprehensif tanpa berlakunya pemisahan antara ilmu agama (ullumuddin)
dan ilmu umum (Sains). Penerapan konsep ulul albab dalam sistem pendidikan ini
diharap dapat melahirkan modal insan yang seimbang antara kecerdasan intelektual
(IQ), kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spritual (SQ).

Penekanan ini

bertujuan untuk memperkasakan penghayatan Islam ke dalam diri murid agar


meletakkan agama sebagai landasan utama dan murid mampu memisahkan antara
hak dan batil. Beberapa tokoh ilmuan lain turut mendefinisikan istilah ulul albab
sebagai:
Ulul albab atau golongan yang berakal sempurna, sepertimanan yang disebutkan
dalam Al-quranadalah orang yang mempunyai kekuatan akal fikiran, yang
menguasai falsafah, sains dan teknologi- Dato Seri Ahmad Badawi
Satu golongan yang mempunyai asas kukuh dalam Al Quran, ilmu pengetahuan
yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan memerhati kejadian Tuhan melalui mata
hati dan akal yang tajam serta mengambil iktibar darinya.- Dato Seri Idris bin Jusoh

15

Pendekatan model ulul albab menekankan 3 elemen penting iaitu quranik,


ijtihadik dan ensiklopedik (Aminudeen, 2012; Idris, 2006; Ruhaizan et al., 2014; Wan
Mariana & Mohd Shafiee, 2012). Qurnik merujuk kepada kemampuan menghafaz
30 juzuk ayat suci Al-quran serta menjadikan Al-quran sebagai satu budaya hidup
seharian. Ensiklopedik pula dilihat kepada kebolehan menjadi pakar rujuk dalam
pelbagai bidang ilmu dan bahasa. Manakala ijtihad adalah keupayaan dapat
menyumbang

idea,

membuat

penyelesaian

masalah,

menginovasi

dengan

memaksimumkan hikmah akal fikiran yang dikurniakan Allah s.w.tdengan sebaik


mungkin.Konsep ijtihadik ini juga selari dengan salah satu aspirasi murid yang
ditetapkan dalam pelan pembangunan pendidikan 2015-2025 iaitu kemahiran
berfikir.
a. Pendidikan Yang Bersifat Quranik
Pendidikan bertemakan al-Quran adalah asas dalam melahirkan golongan
Ulul Albab. Tujuan pendidikan al-Quran adalah untuk menanamkan rasa cinta,
memahami, mengamalkan ajarannya dan sikap menghargai al-Quran sebagai
kalam Illahi (Rosadah et al. 2006). Hal ini bersesuaian dengan matlamat
Pendidikan Islam sebagai satu usaha berterusan dalam menyampaikan ilmu,
kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah ke
arah kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Program Ulul
Albab ini merupakan satu program pendidikan integrasi antara program
pendidikan sedia ada dengan program aliran agama termasuk tahfiz AlQuran. Para pelajar bukan sahaja diajar membaca Al Quran malah
menghafaz 30 juzuk Al-Quran serta memahaminya berdasarkan konsep baca,
ingat, faham, fikir, amal dan sebar. Antara program yang telah diwujudkan
bagi melahirkan generasi Ulul Albab yang mendapat pendidikan bersifat
Quranik ini ialah dengan menyediakan Program Pintar al-Quran ketika di
peringkat pra persekolahan lagi. Seterusnya di peringkat sekolah rendah,
kerajaan negeri turut membantu dengan mengadakan kelas KAFA (Kelas alQuran dan Fardu Ain) bagi setiap negeri agar penguasaan ilmu al-Quran dari
segenap segi dapat dipelajari dan termasuk juga pelaksanaan Program j-QAF
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Di peringkat menengah pula,
penguasaan ilmu al-Quran adalah melalui mata pelajaran Pendidikan Islam

16

sama ada yang melibatkan aktiviti kurikulum mahupun kokurikulum yang


berdasarkan kepada Kurikulum Pendidikan Kebangsaan. Peranan ini turut
dimainkan oleh institusi yang lain selain kerajaan seperti Maktab Rendah
Sains Mara (MRSM), sekolah-sekolah IMTIAZ, Maahad-maahad Tahfiz dan
Institut Quran yang lain. Kesinambungan pendidikan bersifat Quranik ini
diteruskan lagi melalui Program Pensijilan Tahfiz al-Quran antara Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM). Pembentukan generasi Ulul Albab yang menyepadukan
unsur-unsur ketuhanan dan nilai-nilai akliah sebagaimana acuan al-Quran ini
jugalah yang pernah meletakkan umat Islam dalam lembaran sejarah sebagai
pelopor kemajuan sains dan pelbagai cabang ilmu selama beratus-ratus
tahun lamanya.
b. Pendidikan Yang Bersifat Ensiklopedik
Situasi peluang pendidikan di Malaysia memberi peluang kepada rakyatnya
untuk mendalami ilmu secara bersepadu, yang menggabungkan di antara
ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah (Rosni et al. 2006). Hal demikian ini telah
membuka ruang seluasnya kepada rakyat untuk mendalami segala khazanah
lautan ilmu sehingga dapat menghasilkan generasi Ulul Albab yang bersifat
ensiklopedik,

iaitu

mereka

yang

menguasai

pelbagai

disiplin

ilmu

(multidisciplinary) dan pelbagai jenis bahasa (multilingual) (Idris 2006) serta


berkemahiran tinggi dan menjadi sumber rujukan utama masyarakat.
Pendidikan yang bersifat ensiklopedik menekankan penguasaan ilmu sebagai
teras pembinaan tamadun. Sebagai contohnya, Ibn Sina, Ibn Khaldun, alKhawarizmi, al-Haytham dan Ibn Rushd adalah tokoh cendekiawan Islam
yang mendapat pengiktirafan masing-masing sebagai pakar perubatan, ahli
falsafah, Kimia, Matematik, Sosiologi dan Optometrik, namun dalam masa
yang sama mereka juga terkenal sebagai tokoh agama terbilang. Inilah yang
dikatakan multidisciplinary, iaitu mahir dalam kepelbagaian bidang kesan
daripada pendidikan yang bersifat ensiklopedik. Pembudayaan konsep belajar
sepanjang hayat (life long learning) perlu diterapkan ke atas segenap lapisan
masyarakat melalui proses pembacaan yang berterusan terhadap bahanbahan yang berbentuk ilmiah kerana melalui pembacaan inilah, proses

17

pengilmuan akan berlaku. Di samping itu juga, pendidikan bersifat


ensiklopedik ini dapat dihasilkan melalui pendidikan yang bersepadu
(integratif) antara ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah. Usaha-usaha untuk
mempertingkatkan

penguasaan

ilmu

secara

meluas,

berterusan

dan

bersepadu antara ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah perlu dipergiatkan
(Abdullah 2006). Hal ini adalah kerana menurut pendapat Sideq (2009),
tunjang kepada pembangunan modal insan ialah melalui penguasaan ilmu
yang integratif. Keperluan kepada pengintegrasian ilmu ini dapat digambarkan
dengan suasana ilmu dunia diwarnai oleh nilai-nilai dan norma-norma agama
Islam, iaitu proses islamisasi ilmu dunia dan juga proses relevanisasi ilmu
pengetahuan agama dengan ilmu dunia. Melalui kedua-dua proses ini akan
terserlahlah kehebatan para intelektual Islam dalam mendepani arus keilmuan
yang sebenar berteraskan ajaran Islam.
c. Pendidikan Yang Bersifat Ijtihadik
Pendidikan yang bersifat ijtihadik bermaksud satu proses pendidikan yang
dapat melahirkan golongan ilmuan dan intelektual Islam yang mempunyai
kreativiti dan daya cipta yang tinggi, yang mempunyai iltizam untuk berani
mencuba perkara baru dan menghasilkan idea-idea baru untuk kebaikan umat
manusia. Menurut Idris (2006), golongan Ulul Albab yang bersifat ijtihadik
adalah mampu dan berkeupayaan memberikan pandangan mereka dalam
penyelesaian ummah, memaksimakan keupayaan berfikir, berfikiran kreatif
dan inovatif serta berteknologi tinggi. Keperluan kepada ijtihad wujud
sepanjang zaman kerana kehidupan manusia sentiasa berubah dan syariat
Islam sesuai sepanjang zaman dan tempat. Dakwaan pintu ijtihad telah
tertutup adalah tidak berasas. Malah pada zaman ini, keperluan ijtihad lebih
ketara kerana perubahan yang besar telah berlaku dalam kehidupan
masyarakat manusia. Perkembangan teknologi yang melanda dunia secara
global ini menjadikan dunia yang besar begitu sempit. Walaupun ijtihad pada
dasarnya dihasilkan oleh akal manusia yang relatif sifatnya, tetapi ia dianggap
satu unsur yang tidak dapat dielakkan di dalam sistem perundangan Islam
kerana penggunaan al-Quran dan al-Sunnah adalah sumber asas untuk
sistem fiqh Islam, manakala selebihnya ialah penggunaan intelektual umat

18

manusia terhadap kedua sumber tersebut. Di samping itu, teks kandungan alQuran dan al-Sunnah yang berkaitan dengan hukum amat terbatas dari segi
jumlahnya, sedangkan persoalan dan permasalahan yang sentiasa timbul
dalam kehidupan manusia tidak terbatas (Ibn Qayyim 1996). Atas sebab
inilah, keperluan kepada ijtihad oleh generasi Ulul Albab ini mampu untuk
menyelesaikan masalah ini.
Pendekatan model ulul albab amat perlu dimantapkan dalam sistem
pendidikan Malaysia, agar terhasillah generasi Ulul Albab yang menguasai ilmu alQuran, ilmuwan dalam segenap bidang disiplin ilmu serta mampu untuk menangani
permasalahan dan cabaran umat Islam terkini. Perubahan dan perkembangan
dalam sistem pendidikan sedikit sebanyak mula menampakkan usaha ke arah
memartabat dan menitik beratkan soal pendidikan agama (al-Quran) terhadap
pembentukkan akhlak dan jati diri belia muda mudi yang dikatakan berkait rapat
dengan permasalahan keruntuhan akhlak dan moral. Oleh itu, dengan terlaksananya
program Ulul Albab yang semakin bercambah dan mula menyubur dalam sistem
pendidikan Malaysia, sedikit sebanyak agar dapat membantu dalam membentuk
sahsiah dan jati diri belia muda mudi pada zaman globalisasi yang penuh cabaran
tidak kira sama ada dari sudut sains, teknologi, komunikasi, ekonomi, agama,
budaya, jati diri, perundangan malah juga pendidikan.

6.0

KESIMPULAN
Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W., adalah model kepimpinan unggul yang

mengintegrasikan segala ciri kepimpinan, antaranya kekentalan akidah, kekuatan


ilmu dan daya fikir, kewibawaan akhlak, keupayaan fizikal, kemantapan kesabaran,
kebijaksanaan berdiplomasi, dan keakraban kasih-sayang. Pemimpin yang dapat
menerapkan ciri-ciri kepimpinan ini mampu menjadi teladan kepada ahli-ahlinya. Di
dalam konteks sekolah, ia bukan sahaja merangkumi aspek pengetua kepada gurugurunya malah melibatkan pelajar juga. Banyak usaha yang telah dilakukan oleh
Malaysia bagi memastikan taraf pendidikan berkualiti mencakupi semua bidang dan
aspek kehidupan. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan soal pendidikan lebih
mengutamakan akademik yang beraliran duniawi (sains, teknologi, kemahiran)

19

berbanding aliran ukhurawi (agama) walaupun di dalam matlamat pendidikan


Malaysia tercatat isu melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia dan berilmu.
Di dada-dada akhbar sering terpampang isu keruntuhan akhlak dan moral
seperti salah guna najis dadah, rompak, samun, rogol, bunuh, pembuangan bayi,
seks di luar nikah, Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT), Pengkid,
Gothic, Black Metal, pergaulan bebas, rempit dan lain-lain. Susulan dari itu, wujud
sebahagian pihak yang mula menyedari akan kepentingan gandingan di antara
kedua-dua bidang ilmu iaitu ilmu duniawi (sains) dan ilmu ukhrawi (agama) di dalam
sistem pendidikan. Dan salah satunya ialah Program Ulul Albab. Dengan itu, nilainilai murni dapat diterapkan secara mendalam di dalam jati diri belia muda mudi.
Kesedaran ini berputik apabila keruntuhan moral dan akhlak belia muda mudi
menjadi semakin parah dan bernanah sehingga kemelesetan akhlak umpama satu
lumrah kehidupan muda mudi kini. Tanpa ciri-ciri Ulul Albab, negara tidak akan
mampu menjelmakan sebuah bangsa berdaya juang dan berdaya saing bagi
mendepani cabaran semasa. Umat Islam harus bijakdalam merancang inisiatif ke
arah persiapan untuk melahirkan generasi Ulul Albab yang bersifat Quranik,
Eksiklopedik dan Ijtihadik seperti Ibnu Rush, Al-Farabi, Ibnu Khaldun dan lain-lain
yang membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berilmu, inovatif dan
kreatif yang merupakan komponen utama barisan warga berfikiran kritis, terbuka dan
minda kelas pertama.

Keberkesanan program ulul albab boleh dilihat dari pelbagai perspektif iaitu
kemahiran, minat, motivasi, sahsiah dan kemenjadian murid. Memang tidak dapat
disangkal lagi murid ulul albab telah dapat menguasai pelbagai kemahiran (Al-quran,
bahasa, berfikir, kreativiti) malah mereka juga berbakat tinggi dalam penghasilan
inovasi Sains berteraskan Islam (MohdShahril Amad Razimi & Sidek Baba, 2013).
Minat serta motivasi yang tinggi ditambah pula dengan sahsiah yang mantap telah
berjaya menghasilkan teknokrat, profesional serta usahawan yang hafiz dan hafizah
yang bukan sahaja celik mata tetapi juga celik hati (Mohd Abdillah et al., 2014;
Norhazriah Mohamed@Ismail. 2012; Umi Kathsom el al., 2014). Sungguhpun begitu,
menurut Nor Zalmiah Jahidin dan Hamidah Mat (2011) aspek pengajaran dan
pembelajaran agama Islam yang menjurus kepada kemahiran berfikir aras tinggi,

20

aktiviti pemusatan murid, kolaborasi, pembelajaran masteri serta eksplorasi masih


perlu dipertingkatkan lagi. Satu kerangka kurikulum bersepadu multidisplin atau
interdisiplin perlu diwujudkan dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih
terbuka. Aspek-aspek ini perlu diambil kira dalam usaha negara memperlengkapkan
diri murid dengan cabaran pembelajaran abad ke-21.

RUJUKAN
Abdullah Ibrahim. (2004). Kepimpinan Pendidikan Berkesan. Jurnal Akademik
(2003/2004). 14. 92-96.
Abdullah Al-Amin Al-Na'miy (1994), Kaedah dan teknik pengajaran menurut ibn
Khaldun dan al-Qabisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Nasih Ulwan (1981). Pendidikan anak-anak dalam Islam. Singapura:
Pustaka Nasional.
Abdullah Md. Zin. 2006. Ulul Albab: Pendekatan Islam Hadhari ke Arah Melahirkan
Modal Insan Terbilang. Kertas Kerja Seminar Ulul Albab. Anjuran Bersama
Kerajaan Negeri Terengganu dan Terengganu Development Institute. Kuala
Terengganu, 21 September.
Abdul Raof Dalia (1992). Pengajaran dari kisah nabi. Selangor: Progressive.
Abdul Wahab Bin Mohd Arshad (Sekolah Menengah Imtiaz Besut, Besut,
Terengganu).
Hashim, C.N. (2009). Kepimpinan Berkesan. Prosiding Seminar Kepengetuaan
Kebangsaan
Ke-V1

Halatuju
Kepemimpinan
Sekolah
Untuk
Penambahbaikan Yang Mapan. Institut Kepengetuaan, Kampus Kota,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Hussein Mahmood (1993). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala
Lumpur: DBP.
Ibrahim Ahmad Bajunid. 2002. Ke arah Memupuk Budaya Pembelajaran Cemerlang:
Memperluaskan Disiplin Bahan Bacaan Pelajar. Dlm. Shaikh Mohd Saifuddeen
Shaikh Mohd Salleh dan Suzalie Mohamad (pnyt.). Anjakan Minda Belia Islam.
Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Idris Jusoh. 2006. Satu Pemikiran Praktis Dalam Merealisasikan Konsep Ulul Albab.
Kertas Kerja Seminar Ulul Albab. Anjuran Bersama Kerajaan Negeri
Terengganu dan Terengganu Development Institute. Kuala Terengganu, 21
September.

21

Mohd Nor. (2007). Kepemimpinan Pengajaran Guru Besar, Komitmen dan


Kepuasan Kerja Guru: Satu Kajian Perbandingan dan Hubungan Antara
Sekolah Berkesan dengan Sekolah Kurang Berkesan. Kedah: Maktab
Perguruan Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
Mohd Kamal Hassan. 2006. Konsep Ilmu dan Pembentukan Generasi Ulul Albab
Dalam Konteks Dunia Global. Kertas Kerja Seminar Ulul Albab. Anjuran
Bersama Kerajaan Negeri Terengganu dan Terengganu Development Institute.
Kuala Terengganu, 21 September.
Norhazriah Mohamed @ Ismail (2012). Program Ulul Albab Suatu Proses
Tranformasi Pendidikan Malaysia: Kajian Kes Sekolah Menengah Imtiaz,
Terengganu. Workshop Antarabangsa Pembangunan Berteraskan Islam V
(WAPI-5)
Omar Abdul (2012). Pemimpin Dan Kepimpinan Menurut Perspektif Islam. Maktab
Perguruan Perempuan Melayu, Melaka.
Ucapan Dasar Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Presiden UMNO. Bertajuk:
Kata Dikota. Diperhimpunan Agung UMNO Ke-57. Di Pusat Perdagangan
Dunia Putra (PWTC), 15 November 2006.
Wan Liz Ozman Wan Omar (1996). Pengurusan Islam abad ke-21: Revolusi
pengurusan untuk keunggulan sektor awam dan korporat. Kuala Lumpur:
Utusan.
Wan Mariana. W.D (2014) Penerapan Konsep Ulul Albab Dalam Pendidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zulkiple Abd. Ghani (2006). Kepimpinan Islam: Konsep Dan Amalanya Dalam
Konteks Islam Hadari.
http://www.jais.sarawak.gov.my/KertasKerja/PdfFormat/kpimnan.pdf.

22

You might also like