You are on page 1of 17

Tuesday, February 19, 2008

Dari Segamat kembali ke Muar... Berakhirlah satu episod


pengembaraan...
Setelah berjaya menyiapkan artikel-artikel bertajuk Tangkak, the textile
town! dan A quick trip up Gunung Ledang... dalam blogspotBERPETUALANG
KE ACEH barulah saya dapat menyambung daripada ceritaDari Segamat
kembali ke Muar... Apa ada dari Lenga ke Pagoh? . Cerita ini penting kerana ia
bukan sahaja bakal menamatkan siri cerita-cerita "Segamat ke Muar" malah
keseluruhan cerita-cerita Johor yang meliputi 8 daerah utama (mungkin 9,
nanti kita bincang) di negeri selatan semenanjung ini.

Lihat gambar di atas


ini... Kenapa begitu kabur? Kenapa pula gambar kabur ini diletakkan di sini?
Untuk pengetahuan inilah Makam Panglima Mat Berani berhampiran Kuala
Sungai Pagoh. Saya sampai di sini hampir waktu Maghrib... Eh... Rasanya
sudah masuk pun waktu Maghrib.
Makam ini dihiasi batu nesan Aceh berkepak, sedikit serupa dengan batu
nesan Aceh di makam Sultan Alauddin Riayat Shah tetapi lebih kecil. Saya tak
tahu siapakah nama sebenar Mat Berani tetapi begitulah namanya dikenali.
Apabila sampai, baru saya tahu Panglima Mat Berani adalah seorang
pahlawan Melayu yang gugur setelah kejatuhan Kota Melaka tahun 1511 oleh
Portugis... Gugur apabila tentera Portugis mengejar askar-askar Melayu yang
berundur lalu berkubu di Muar, Sultan Ahmad di Bentayan dan ayahandanya
Sultan Mahmud di Pagoh sekitar kawasan ini.

Makam Panglima Mat Berani ini terletak tidak jauh daripada Kuala Sungai
Pagoh, kuala yang ada dipaparkan dalam gambar terakhir artikel Dari
Segamat kembali ke Muar... Apa ada dari Lenga ke Pagoh? . Untuk melihat
kaitan semua ini, elok saya copy and paste satu sedutan daripada Internet...
Hmm, nampaknya aturan dan ejaan perlu di edit sedikit. Tak pa...

Pagoh maksudnya 'bagus' mengikut Bahasa Melayu Tua. Ianya dibuka oleh
Dato' Bendahara Wan Sulaiman dari Kota Tinggi pada tahun 1707. Anak Dato'
Bendahara Wan Sulaiman bernama Dato' Bendahara Hassan (Tok San)
menggantikannya. Penduduknya terdiri daripada orang Jawa, Minangkabau
dan Bugis. Pagoh adalah asas penempatan kawasan hulu Muar dengan
beberapa kesan sejarah silam yang menjadikan Sungai Muar sebagai
penghubung utama dengan Empayar Kerajaan Melayu Melaka.
Pagoh merupakan satu-satunya tempat terpenting yang mempunyai kaitan
rapat dengan kerajaan Empayar Melayu Melaka. Terletak di pinggir sungai
terdapat sebuah kubu yang kini hanya terdapat kesan - kesannya sahaja.
Kubu ini adalah kubu terakhir angkatan Melaka apabila diserang oleh
Portugis pada tahun 1511. Kubu ini terletak di Kuala Sungai Pagoh dan
terdapat sebuah lagi kubu yang disebut Kubu Malini di satu kawasan tidak
jauh dari kubu tersebut.
Terdapat sebuah perkuburan di kawasan ini yang dikenali dengan
pusaraPahlawan Mat Berani, yang dikatakan salah seorang pahlawan
Melayu dari negeri Pahang yang datang membantu angkatan Sultan
Melaka bagi mempertahankan kawasan ini, tetapi telah kecundang dan telah
dikuburkan di situ. Di tepi Sungai Pagoh kira - kira 2 kilometer dari Kuala
Pagoh terdapat Makam Sultan Alauddin Riayat Shah (I), yang dimakamkan di
dipinggir Sungai Pagoh bersama adindanya yang terkenal sebagai Al Marhum Berdarah Putih.
Kedua - duanya mangkat di situ dan dimakamkan di tanah perkuburan
kawasan masjid Jamek Kampung Raja. Sultan Alauddin adalah Sultan
Merdeka yang memerintah Melaka 1477- 1488, merupakan salah seorang
raja yang tegas menjalankan tugasnya dan baginda sendiri dikatakan
berkawal menghapuskan perompak lanun yang mengganas di Melaka
semasa pemerintahannya. Satu batu peringatan telah dibina oleh pihak
Muzium Negara dan telah dirasmikan makam ini dalam satu upacara penuh
khusyuk pada tahun 24 Disember 1971.

Selepas berhenti sebentar


menziarahi Makam Panglima Mat Berani, kami pun mula bergerak untuk
menghala ke Muar. Sebenarnya, saudara Khairul dari Segamat mengikut saya
ke Muar kerana ingin menziarahi Kota Buruk, sebuah kota yang menurut
ceritanya telah didirikan Parameswara di Muar sebelum baginda membuka
Melaka... Baca artikel The legendary Kota Buruk (ruined fort) of Muar... yang
dibuat hujung tahun lepas. Itulah kali pertama saya sampai di sana, 2-3 hari
setelah menyambut Hari Raya Aidil Adha bersama keluarga di Kampung
Temiang, berdekatan Bukit Treh...
Berbalik pada perjalanan Segamat ke Muar... Pagi itu Khairul seolah telah
menjangkakan kami akan sampai (jika sampai...) ke Kota Buruk pada waktu
malam. Sebabnya, kami cuma dapat meninggalkan Segamat selepas makam
tengahari akibat kawan-kawannya mahu lama bersoal-jawab dengan saya.
Dan Khairul sudah pun diberitahu, kami perlu singgah ke beberapa tempat
sebelum pergi ke Kota Buruk.

Bayangkan, kami sampai ke Makam Panglima Mat Berani pun sudah waktu
Maghrib, bagaimana pula ke Kota Buruk yang terletak lagi 20km menghala ke
bandar Muar? Bagaimana sedangkan gerak hati saya menyatakan ada
beberapa tempat lagi yang perlu disinggahi walau tak pasti di mana...

Tak jauh selepas meninggalkan Makam Mat Berani, tiba-tiba saya rasa
terpanggil melihat sebuah bukit. Terus saya keluar daripada kereta seraya
menyuruh Khairul menunggu... Terus meredah sebuah kawasan ladang lalu
memanjat bukit sehingga melepasi tiang eletrik yang terpapar di dalam
gambar di atas...

Di atas sana, saya dapat melihat puncak bukit yang tidak berapa tinggi
sekitar 100 meter daripada tempat saya berdiri... Kelihatan juga sebuah
rumah batu 2 tingkat. Ait??? Betulkah apa yang saya lihat ini? Apakah ia
cuma bayangan atau rumah orang bunian. Kelihatan ia seperti rumah yang
agak moden. Mahu sahaja saya melangkah melihat lebih dekat jika tidak
memikirkan hari semakin gelap... Susah nanti hendak kembali ke kereta
kerana tidak membawa lampu picit. Dan Khairul pula sudah lama
menunggu...

Oh... Kenapa saya paparkan 2 gambar di atas yang tidak cukup terang?
Kerana mahu memberitahu, apa yang berlaku seterusnya boleh dikatakan
dalam keadaan gelap belaka...

Setelah kembali ke kereta, kami singgah di sebuah masjid berdekatan. Di


situ, melalui seorang jemaah baru saya dapat tahu bahawa bukit yang saya
naiki itu dipanggil Bukit Setaki. Dan memang di atas itu ada rumah orang,
rumah pengurus ladang...

"Bukit Setaki?" ajuk Khairul yang sangat teruja. Baru dia tahu inilah Bukit
Setaki kerana pernah membaca tentangnya di dalam sebuah buku tentang
sejarah Muar yang turut dibawa bersama... Dinamakan Setaki sempena nama
seorang pengurus ladang berbangsa Inggeris zaman penjajah iaitu S. Tacky.

Rupa-rupanya memang patutlah Khairul ikut sama... Bukan sekadar


memudahkan saya berjalan kerana dia memiliki kereta, rupanya orang
Melayu yang pernah membuka kawasan ini dahulukala adalah saudara
maranya, kalau tak salah ingatan dipanggil Tok San... Namanya ada disebut
dalam cerita tentang Pagoh yang dipetik di atas.

Hmm... Eloklah Khairul ikut sama. Dia pun rajin menziarahi makam tetapi di
belah Johor. Ini kerana menurutnya, bapanya berasal daripada keturunan
Bendahara Pahang yang mana satu cabangnya muncul menjadi Sultan-sultan
Pahang hingga sekarang. Ibunya pula daripada keturunan Sultan Ali (cuba
baca Makam (tomb of) Baginda Ali ) yang kekuasaannya ke atas Johor
kemudian diambil Temenggung Abu Bakar.

Masing-masing bermoyangkan Bendahara Tun Habib Abdul Majid (lihatMakam


(tomb of ) Bendahara Tun Habab ). Tun Habib adalah adinda kepada Sayyid
Jaafar yang membawa kepada keturunan Raja-raja Temenggung Muar
(lihat Makam-makam lama di (The old tombs at) Lubok Batu,... ) lalu
terkaitlah dia dengan beberapa makam dan tempat yang diziarahi sepanjang
perjalanan ini...

Daripada masjid, kami naik ke puncak Bukit Setaki. Di sebalik kegelapan


malam yang diterangi sedikit dengan lampu kuning rumah yang penghuninya
mungkin tidak menyedari kehadiran kami, saya deja vulagi... Segala yang
kelihatan daripada rupa rumah, suasana sekeliling sehingga ke kambingkambing bertanduk pusing yang duduk di bangsal pernah saya lihat dalam
mimpi atau bayangan bertahun lalu.

Allah, seketika itu juga saya dapat merasakan bukit ini pernah menjadi kubu
kuat orang Melayu dahulukala. Yang pasti kedudukannya sangat strategik
kerana ia adalah satu-satunya bukit yang saya lihat dekat dengan Kuala
Sungai Pagoh lalu boleh digunakan untuk memantau pergerakan turun naik
keluar masuk Sungai Muar... Lebih penting lagi dalam keadaan Portugis
sedang mengejar ketumbukan askar Melayu pimpinan Sultan Mahmud yang
berkubu di Pagoh!

Hmm... Nak cerita banyak takut panjang sangat pula. Cukuplah dikatakan
kami kemudian sampai dan singgah di Panchor untuk membeli 2 set lampu
picit sebagai persediaan untuk memasuki Kota Buruk. Oh, lupa hendak
beritahu... Kebetulan malam itu malam Juma'at.

Daripada Panchor, Khairul mahu terus Kota Buruk. Saya ingatkan ada
jalanshort-cut tapi akhirnya tersilap jalan hingga menyeberangi Sungai Muar
lalu berlegar-legar di Gerisik... Akhirnya terpaksa mengalah dan ikut jalan

yang biasa diketahui orang... Perlu turun ke selatan ke simpang jalan


menghala timur ke Pagoh, barat ke Bukit Pasir...

Ketika itulah saya dapat "panggilan" untuk masuk ke kawasan kuari sebelum
Bukit Pasir. Semuanya kerana untuk mendapatkan kepastian tentang
beberapa bukit yang pernah dilihat dalam mimpi... Sila baca The hill I saw in
a recent dream? untuk memahaminya... Nyaris kami tersangkut dalam gelapgelita (kecuali kehadiran lampu kereta) apabila kereta Khairul
tersilap reverse lalu tayar tersangkut ke dalam lekukan tanah merah.

Selesai itu barulah kami masuk ke Kota Buruk, kalau tak salah ingat sekitar
jam 11 malam. Malas hendak memanjangkan cerita lagi... BacaKota Buruk
(the ruined fort) in Muar... dan bayangkan membuat ziarah termasuk ke
makam lama di tempat sebegitu jauh di dalam estet kelapa sawit pada jam
11 malam Jumaat yang gelap-gelita, setakat ada cahaya lampu picit sahaja...

Akhirnya tercapailah impian Khairul untuk ke Kota Buruk. Malam itu kami
bermalam di rumah seorang bekas guru, kenalan Khairul yang berumur
70an... Orang tua ini amat meminati sejarah dan katanya biasa berhubung
dengan pihak-pihak ghaib... Yang pasti, dia memiliki banyak koleksi bahan
bacaan sejarah yang susah didapati di tempat lain selain menyimpan koleksi
senjata-senjata lama seperti keris, pedang Arab dan rencong. Dan koleksi
wang dinar lama yang dimiliki, tidak kurang 20 keping sama dengan apa
yang saya pernah lihat terpapar di Internet... Dinar lama yang telah
dikatalogkan, termasuk daripada zaman keSultanan Samudera-Pasai lebih
700 tahun lalu!

Orang tua itu menguji saya... "Lihat apa yang terdapat di bawah rumah ini..."
Saya jawab saya tidak tahu menilik ataupun scan... Orang tua itu menyuruh
juga. "Beritahu sahaja apa yang terpancar di hati"... Saya jawab saya lihat
berpeti-peti kotak harta karun tertanam dengan di dalamnya terdapat
pinggan-mangkuk emas juga tembaga merah. Orang tua itu tersenyum lalu
mengiyakan. Lalu banyaklah perbualan kami malam itu di mana saya
"dipaksa" menceritakan perihal senjata-senjata lama yang disimpannya...

Lihat peta di atas ini


untuk mendapatkan gambaran liku-liku perjalanan kami dalam satu hari dan
malam itu... Elok juga ditelaah balik dengan membaca cerita Dari Segamat
kembali ke Muar... Peristiwa Bukit Kepong... dan Dari Segamat kembali ke
Muar... Apa ada dari Lenga...sekali lagi diikuti cerita yang ini...

Oh... Rasanya saya harus memberitahu. Tulisan ini dibuat untuk menutup
semua cerita-cerita Johor yang dibuat kebelakangan ini, cerita berdasarkan
perjalanan mengharungi 8 daerah utama negeri iaitu Muar diikuti Batu Pahat,
Pontian, Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Kluang dan Segamat. Lalu
perjalanan kembali ke Muar boleh dikatakan sebagai penutup perjalanan
melawan arah jam ini.

Dalam perjalanan, ada seseorang mengingatkan agar turut melawat Gunung


Ledang. Katanya mungkin ada "talian" dengan bukit yang saya mimpikan
hujung tahun lepas, mimpi yang ada terkeluar nama Tanjung Olak sehingga
saya cuba mencarinya 2-3 hari selepas Aidil Adha dan cuba memastikan lagi
dalam perjalanan Segamat kembali ke Muar ini.

Maka itu saya memutuskan untuk ke Gunung Ledang selepas puas berehat di
rumah keluarga di Kampung Temiang. Lalu saya juga bermalam di Tangkak
dan mungkin kedua-kedua perjalanan ini harus diambil kira, barulah lengkap
cerita-cerita Johor. Ini kerana mungkin Tangkak sudah berdiri sendiri sebagai
daerah yang terpecah daripada Muar. Mungkin tidak... Saya tak pasti tapi
itulah yang disebut orang.

Untuk memastikannya, saya membuat sedikit kajian ringkas melaluigoogle.


Ternyata Tangkak sudah memiliki Majlis Daerah sendiri. Tetapi apakah ia
sudah betul-betul berdiri sebagai daerah sendiri? Tadi saya masuk ke laman
web kerajaan Johor dan mendapati laman yang diperuntukkan untuk Majlis
Daerah Tangkak ternyata kosong. Dan saya tidak dapat menemui siapakah
Pegawai Daerah Tangkak, apakah sudah ada atau masih bernaung di bawah
Pegawai Daerah Muar? Mungkin pemecahan ini masih baru dan belum
diwartakan sepenuhnya.

Jika telah diwartakan, maka jadilah Tangkak daerah ke 9 Johor. Apa hendak
dihairankan? Suatu masa dahulu, Segamat juga terletak di dalam daerah
(atau negeri?) Muar... Sebab itu Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Malim
Deman menyebut pemerintahan mereka ke atas kerajaan Kuala Bandar Muar
sedangkan orang Segamat turut mengakui kedua ini sebagai watak legenda
yang pernah berkuasa ke atas daerah mereka... Sebab itu juga Raja
Temenggung Muar ada dimakamkan dan pernah berkuasa ke atas Segamat.

Perjalanan ke Gunung Ledang dan Tangkak nampaknya perlu untuk


melengkapkan cerita-cerita Johor samada ia sudah diwartakan sebagai
daerah ke 9 di Johor atau tidak... Atau ia masih daerah kecil merangkap
daerah bawahan Muar. Apapun, ia nampaknya tetap perlu dijejaki. Mana
mungkin mengaku berjalan seluruh Johor tanpa menziarahi gunungnya yang
paling terkenal, gunung penuh legenda sehingga kekuasaan mistiknya
dikatakan meliputi seluruh Tanah Melayu atau bumi Nusantara ini?

Maka itu saya telah siap-sediakan cerita-cerita berkenaan di


dalamblogspot BERPETUALANG KE ACEH . Jangan lupa baca A quick trip up
Gunung Ledang... dan Tangkak, the textile town! untuk melengkap ceritacerita Johor dan mendapatkan kefahaman yang tersurat dan tersirat di
dalamnya... Hmm... Elok saya letak sedikit gambar berkenaan supaya lebih
menarik untuk pembaca...

Untuk melihat lebih


banyak gambar-gambar di Gunung Ledang, sila klik A quick trip up Gunung
Ledang...

Untuk melihat keadaan Tangkak yang kini sudah memiliki Majlis Daerah
sendiri, sila klik Tangkak, the textile town! Semasa bermalam di Tangkak lah
saya rasa terpanggil untuk
membuat posting bertajukhttp://merahsilu.blogspot.com/2008/01/salamdaripada-tangkak-ledang.html , setelah mendengar aduan serta melihat
sendiri bagaimanachatbox yang disediakan di blogspot ini telah dijadikan
medan kecaman dan memaki-hamun oleh mereka-mereka yang kurang
kesedaran...

Apapun, berbalik pada persoalan samada Tangkak sudah "merdeka" daripada


Muar. Peta-peta Johor yang sempat saya lihat tidak menunjukkan Tangkak
sebagai daerah sendiri. Mungkin belum lagi... Lihat peta di bawah yang saya
diambil daripada Wikipedia, peta yang ternyata digunakan beberapa laman
web lain di Malaysia juga.

Lihat peta ini dan bayangkan pergerakan pengembaraan saya menaiki


pengangkutan awam, berjalan kaki juga menumpang kenderaan orang...
Daripada Muar ke Batu Pahat ke Pontian ke Johor Bahru ke Kota Tinggi ke
Mersing ke Kluang ke Segamat lalu kembali ke Muar... Selepas itu baru ke
Gunung Ledang dan Tangkak kemudian masuk ke Melaka lalu tamatlah
perjalanan Johor...

Perjalanan ini asalya sekadar untuk kembali menyambut Hari Raya Aidil Adha
di Muar kemudian mungkin ke Kluang sahaja (itupun kalau pergi) untuk
bertemu rakan daripada KL yang sering berulang-alik bekerja di Kluang... Ke
Kluang juga kerana berhasrat untuk menziarahi sekolah lama saya, Sekolah
Menengah Sains Kluang... Hmm... Sila juga jenguk kembaliMemori lama pahit

getir SMSJ, Kluang, Johor... Sebaliknya buat pertama kalinya di Muar saya
pergi melawat Kota Buruk yang ternyata tidak begitu jauh daripada kampung
saya... Sempat juga buat pertama kali menaiki Gunung Banang, pergi ke
Pantai Minyak Beku melihat punca nama Batu Pahat kemudian bermalam di
rumah Habib Ali, seorang Sayid yang disebut orang bertaraf Wali, setaraf
dengan Almarhum Habib Nuh yang dimakamkan di Singapura!

Di Pontian, saya sempat menziarahi Muzium Bugis lalu mendapat kepastian


secara zahir dan batin akan kaitan seorang anak Raja Bugis yang pernah
"bermain-main" di Kota Buruk dengan keluarga sebelah ibu di Kampung
Temiang. Di Johor Bahru saya menyusuri sedikit nostalgia lama sebelum ke
Kota Tinggi lalu buat pertama kali menziarahi makam raja-raja daripada
keturunan keSultanan Melaka di sana... Raja-raja yang selama ini saya tidak
ambil peduli kerana dirasakan tidak ada kena-mengena... Disebabkan terlalu
mengutamakan cabang keturunan Sultan Melaka yang beraja di Perak, yang
banyak terkait dengan darah diraja Aceh.

Saya berehat menikmati udara laut di Mersing sebelum menyusuri nostalgia


membesar di Kluang. Lalu ke Segamat di mana bermulalah proses
penyambungan kembali wasilah diri ke darah keturunan Sayid lama belah
sana yang kebanyakannya tidak lagi memakai nama Sayid... Ada pula kaitan
tertentu dengan cerita Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Malim Deman lalu
berkait juga dengan anak-anak Raja Bugis seperti Daeng Lima Bersaudara,
Daeng Parani, Daeng Kemasi, Daeng Merewah, Daeng Menambun dan Daeng
Chelak.

Sebenarnya sejak kembali ke Muar untuk Aidil Adha lagi saya sering terfikir
akan kaitan lama keluarga Ahlul Bait anak cucu Rasulullah SAW di sebelah
Muar dengan yang di Perak dan Aceh, kaitan yang tersirat melalui cerita
dalam Hikayat Malim Dewa di mana Tuanku Gombang Malim Dewa dikatakan
membawa diri daripada Aceh lalu membuka negeri di Muar. Kebetulan pula
saya ada terdengar tentang satu cerita yang tidak dapat disahihkan tetapi
rasanya sangat berkait... Tentang seseorang bernama Sultan Muhammad AlKamil yang meninggalkan Bandar Khalifah di Perlak (dalam Aceh sekarang)
abad ke 13 Masihi lalu berkerajaan di Muar.

Semasa bermalam di rumah bekas guru setelah selesai perjalanan Muar ke


Segamat, saya ada menyebut tentang hasrat mencari kaitan pengembaraan

di Johor ini dengan cerita Malim Dewa dan Malim Deman. Lalu terpacul
perkataan "Sultan Muhammad Al-Kamil" daripada mulutnya... Hati saya pula
mula berkata Sultan Muhammad Al-Kamil ini juga ada kena mengena dengan
Terengganu... Ini mungkin menjawab persoalan kenapa seperti di Terengganu,
rumah-rumah Melayu tradisional di Muar juga ada memakai ukiran batang
kayu di sudut atas bumbung yang dikenali sebagai buah potong...

Kemudian, baru saya terbaca, mengikut sumber-sumber kajian kerajaan lama


Batak, Sultan Malikul Mansur iaitu cucu Sultan Malikus Salih (pengasas
kerajaan Samudera-Pasai) pernah merajai kerajaan Aru Barumun yang
dibanggai orang-orang Batak dan berkahwin dengan anak Sultan Muhammad
Al-Kamil. Tetapi ini bukan bermakna Malikul Mansur juga Malikus Salih adalah
keturunan Batak seperti yang cuba diperjuangkan sesetengah pihak... Tidak,
mereka cuma merajai beberapa golongan orang Batak seperti mana Yang di
Pertuan Agung sekarang yang berasal daripada keturunan Tun Habib Abdul
Majid, seorang berdarah Rasulullah SAW adalah juga raja bagi semua orangorang Asli seluruh Malaysia.

Beginilah... Tak semestinya rakyat yang diperintah dengan raja atau


bangsawan sesuatu negeri itu sama keturunannya. Saya bagi contoh
terdekat, ibu mertua makcik di Ampang tempat saya menumpang... Katanya
keturunan Mandailing, bukan calang-calang Mandailing... Datuknya adalah
Datuk Setia Raja yang mendirikan Rumah Kuning di Batu Gajah.

Kata orang, Mandailing adalah orang-orang Batak yang masuk Islam... Dan
orang-orang Batak sering digambarkan sebagai berwajah seperti orang Asli,
Negrito dan sebagainya sedangkan muka ibu mertua ini yang saya panggil
opah (sudah meninggal dunia hampir setengah tahun lalu) adalah putih
bersih dengan ciri-ciri muka perempuan Arab.

Orang Batak juga sering dikatakan suka makan orang... Tak pa... Mungkin ia
fitnah sepertimana orang Bugis dituduh lanun belaka sedangkan mereka
berbuat begitu kerana selalu menyerang kapal-kapal Inggeris dan Belanda
yang pernah memporak-porandakan tanah-air mereka. Tak pa.. Apa yang
saya nak bagitahu adalah betapa jauhnya opah saya itu dengan sifat-sifat
yang selalu digambarkan sebagai sifat orang Batak... Batak yang masuk
Islam jadi Mandailing.

Soalan ini terjawab apabila saya melihat sendiri salasilah keluarga opah...
Datuk Setia Raja di Perak membawa kepada Bendahara apa entah, saya lupa
tetapi pernah berperang di Selangor abad ke 19 Masihi... Membawa pula
kepada beberapa nenek-moyang di Sumatera yang sesetengahnya ada
memakai nama raja disertai nama-nama berbunyi pelik yang mungkin
memang nama-nama Batak.

Apa yang memeranjatkan adalah nama yang teratas... Menurut salasilah itu,
mereka semua sebenarnya berasal daripada Saidina Ali Karamallahuwajha...
Cuma daripada isteri yang lain iaitu bukan Saiditina Fatimah binti Rasulullah
SAW. Jadi apakah Ali itu Batak ataupun Arab? Fahamkan betul-betul
penerangan saya ini yang membawa kepada satu cabang keturunan
bangsawan yang dikaitkan dengan Batak, setelah ia dikaji sehingga 1,400
tahun dahulu..

Suami opah pula adalah anak kepada seorang pahlawan Melayu terkenal di
Perak iaitu Ngah Jabor. Ngah Jabor yang juga adik-beradik susuan Sultan Idris
yang membuka Bukit Chandan diketahui berasal daripada keluarga
Maharajalela yang dikatakan Bugis...

Ngah Jabor dikatakan hilang setelah selamat daripada hukuman gantung dan
buang negeri yang dikenakan terhadap para pejuang Melayu yang disabitkan
atas kesalahan membunuh J.W.W. Birch tahun 1875. Dalam masa itu, muncul
satu watak pemimpin perang melawan penjajahan Inggeris yang dikenali
sebagai Imam Perang Jabarumun atau Jabaranum, katanya orang
Mandailing...

Ada sumber keluarga menyebut, Imam Jabarumun itu adalah Ngah Jabor
dalam penyamaran. Maka apakah beliau itu orang Batak masuk Islam jadi
Mandailing ataupun orang Bugis? Atau persoalan ini tidak begitu penting jika
kita menyusur lebih jauh beberapa generasi ke atas lalu menyedari akan
identiti nenek-moyang sebenar yang berasal daripada Tanah Arab?

Ah... Sudah banyak sangat pula saya menulis mengikut gerak hati. Cukuplah
saya kata cerita-cerita Johor dan kaitan dengan Hikayat Malim Dewa dan
Hikayat Malim Deman ini boleh ditutup dengan satu nama... Sultan
Muhammad Al-Kamil...

Selebihnya, kajilah siapa itu keluarga Al-Kamil yang pernah datang ke Tanah
Melayu sejak lebih 1,000 tahun lalu... Fikirkan nama ini... Abdullah bin Hassan
Al-Muthanna bin Saidina Hassan, cucu sulung Rasulullah SAW. Hassan AlMuthanna telah berkahwin dengan sepupunya iaitu puteri kepada Saidina
Hussein, adinda Saidina Hassan. Lalu bercantumlah kembali darah Rasulullah
SAW menjadi darah Abdullah, juga dikenali sebagai Abdullah Al-Kamil...

Abdullah meninggalkan banyak keturunan, antaranya Muhammad Nafs AzZakiyah atau Muhammad bin Abdullah yang juga dikenali sebagai Al-Mahdi
semasa zaman peralihan keKhalifan Bani Umaiyah beralih ke Bani Abbasiyah.
Daripada cabang Muhammad juga seorang adik (atau abang? saya tak pasti)
muncullah para pemerintah di Maghribi sampai sekarang juga wali-wali besar
seperti Sheikh Abul Hassan as-Shadzili, pengasas Tariqat Shadziliyah dan
Sayid Ahmad bin Idris, pengasas Tariqat Ahmadiyah. Daripada seorang adikberadik lain iaitu Imam Musa Al-Jaun muncul pula cabang yang membawa
kepada Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani, juga satu cabang yang
mewujudkan Sharif-sharif Mekah, cabang yang seterusnya membawa kepada
keSultanan Brunei sampailah sekarang.

Keluarga anak cucu Abdullah Al-Kamil adalah besar, sangatlah besar... Sangat
besar sehingga ramai yang tidak tahu mereka memiliki darah yang berkait
walaupun sekarang mungkin dikenali sebagai orang Aceh, Bugis, malah
Mandailing yang dikatakan keturunan Batak makan orang tapi masuk Islam.
Sekian! :]

p/s: Peh... Lega dah settle cerita ni. Penat woo...

Ya Allah ya Tuhanku, saksikanlah... Hambamu ini telah cuba menjalankan


amanah sebaik mungkin walaupun diri ini sendiri begitu lemah dan masih
bergelumang dengan dosa. Selamats!

====

Tun Teja Berpindah ke Istana Kayu Ara[sunting | sunting sumber]


Pada tahun 1511 Portugis menyerang Melaka. Oleh kerana serangan bertambah hebat, pembesarpembesar telah menasihatkan Sultan Mahmud berpindah ke Istana hinggapnya iaitu istana Kayu
Ara yang terletak di Lembah Bertam (Bertam Hulu). Padawaktu itu Sultan Mahmud thelah
menyerahkan kerajaannya kepada anaknya Sultan Ahmad.
Ketika di Istana Kayu Ara, Tun Teja telah gering. Waktu itu serangan Portugis bertambah hebat dan
berita Portugis hendak menyerang Bertam melalui sungai Melaka talah sampai kepada sultan.
Sultan telah diminta mengundurkan diri ke Bentayan (Muar).
Tun Teja Gering
Pada waktu iru Tun Teja sangat gering, Sultan Mahmud telah memerintahkan orang-orangnya
menyediakan tandu untuk menandu Tun Teja ke Bentayan. Dari Bertam sultan Mahmud dan
pengikut-pengikutnya telah bergerak ke Batu Hampar. Bersama-sama Sultan Mahmud ialah Seri
Nara Diraja Tun Hamzah (Penasihat Raja) dan Sang Sura (Ketua Angkatan Perang). Selain dari itu
ialah isteri-isteri, kaum kerabat diraja, pebesar-pembesar lain dan pengikut setianya. Dari Batu
hampar mereka dipercayai, berundur memalui Bukit Katil, Duyung, Teluk Mas, serkam, Umbai dan
ke Merlimau. Sepanjang jalan merentas hutan dan denai mereka sampai di satu kawasan tidak jauh
dari pantai.

Kemangkatan Tun Teja.[sunting | sunting sumber]


Mengikut sumber sejarah
Setelah beberpa hari berjalan menuju ke Muar, pada
pada satu tempat yang tidak jauh dari tepi pantai, lalu
dengan perintah Sultan Mahmud, angkatan itu berhenti di
situ. Baginda menyuruh membuat tempat perhentian. Kata
baginda kepada Sang Sura dan Seri Nara Diraja, berjagajagalah kita di sini sehari dua, beta rasa dinda beta Tun
Teja harus telah sampai saatnya.

Kawasan yang di maksudkan itu ialah kawasan Pengkalan Samak, Merlimau yang sekarang. Di
kawasan inilah angkatan Sultan Mahmud singgah sebelum meneruskan perjalanannya ke Muar.
Kawasan ini terletak berhanlir dengan laut. Dahulu kira-kira 20-30 meter sudah sampai ke tepi
pantai. Kini pantai sudah jauh ke laut, kira-kira 100 meter dari Pengkalan Samak. Kampung ini
disebut sebagai Kampung MENTEJA.

Tun Teja direhatkan di atas sebuah hamparan khas. Sumber sejarah melaporkan

Setelah Tun Teja dipindahkan di atas hamparan dengan dikelilingi oleh isteri-isteri baginda yang
lain, Sultan Mahmud duduk hampir dengan Tun Teja.tiba-tiba Tun Teja yang telah beberapa hari
tidak berkata-kata memandang baginda dan dan dengan suara perlahan-lahan cuba hendak
menyamaikan permintaan kepada baginda tetapi sia-sia kerana suaranya tidak kedengaran
lagi.. kemudian gerak bibirnya berhenti. Masa itu Sultan Mahmud pun tahulah isterinya telah
meninggal dunia ..

Sultan Mahmud merahap isteri kesayangannya sambil menangis terisak-isak. Berita kemangkatan
Tun Teja diterima oleh seluruh angkatan Sultan dengan penuh kedukacitaan.
Setelah itu Sultan Mahmud berbincang dengan Seri Nara Diraja, Sang Sura dan ahli kelurganya
bagaimana hendak membawa jenazah Tun Teja ke Muar, sedangkan perjalanan sangat jauh dan
makan masa beberapa hari.

Tun Teja Di Makamkan di MERLIMAU[sunting | sunting sumber]


Setelah berbincang mereka bersetuju yang Tuan Teja hendaklah dimakamkan ditempat itu juga
(Pengkalan Samak, Merlimau) dengan alasan Muar masih jauh, perjalanan makan masa 4 atau 5
hari, tidak ada kemudahan menyelamatkan jenazah yang mungkin menjadi terlalu uzur dan tidak
menyiksa mayat. Semua bersetuju dimakamkan di kawasan itu.

You might also like